Ahad, 14 April 2013

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


PELAJAR CEMERLANG SPM DUN SELAT KLANG DIRAI

Posted: 14 Apr 2013 07:17 PM PDT

Kerajaan negeri terus membantu pelajar untuk terus menjadi insan cemerlang serta berdaya saing dan sebanyak RM32 juta  telah dibelanjakan  kepada anak Selangor yang berjaya memasuki universiti.


Bagi tempoh Januari hingga Mac 2013 , jumlah bayaran Skim TUNAS di Dun Selat Klang sahaja ialah RM18,800 (94 orang) dan untuk jumlah keseluruhan tempoh sama bagi Selangor adalah RM379,220 diberi kepada 2,239 penerima berdaftar untuk 480 tadika.

 Pada tahun lalu, mereka yang menerima bantuan Tunas ini dipilih berdasarkan pendapatan RM1,500 ke bawah tetapi pada tahun ini  dinaikkan iaitu pendapatan isi rumah RM2,500 ke bawah layak menerimanya.

Pelajar cemerlang catat peningkatan

TELOK GADONG
SITI AISAH HABIRIN/sinar harian
14 April 2013
Penekanan terhadap potensi diri secara berterusan dengan bantuan sokongan pendidikan daripada kerajaan negeri dilihat mampu meningkatkan kecemerlangan pelajar.

Penyandang kerusi Dun Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata, ini terbukti melalui pertambahan jumlah pelajar cemerlang sebanyak 93.7 peratus sejak PR memerintah negeri ini.

Menurutnya, kerajaan negeri terus membantu pelajar untuk terus menjadi insan cemerlang serta berdaya saing dan sebanyak RM32 juta  telah dibelanjakan  kepada anak Selangor yang berjaya memasuki universiti.

"Pelbagai program dilaksanakan kami untuk membantu pelajar bukan sahaja di peringkat sekolah menengah, sekolah kebangsaan, institusi pengajian tinggi (IPT) malah pelajar Tadika juga kita tolong.


Beliau berkata, bagi Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) pula, sebanyak RM217,475 diperuntukkan pada 2012 kepada 217 tadika meliputi 1,903 penerima berdaftar.

"Manakala bagi tempoh Januari hingga Mac 2013 pula, jumlah bayaran di Dun Selat Klang sahaja RM18,800 (94 orang) dan untuk jumlah keseluruhan tempoh sama bagi Selangor adalah RM379,220 diberi kepada 2,239 penerima berdaftar untuk 480 tadika," katanya.

Halimah berkata, Skim Tunas bertujuan membantu meringankan beban ibu bapa dan RM50 diberikan kepada mereka untuk membayar yuran bulanan anak mereka di Tadika.

"Pada tahun lalu, mereka yang menerima bantuan Tunas ini kita pilih berdasarkan yang berpendapatan RM1,500 ke bawah tetapi pada tahun ini kita naikkan iaitu pendapatan isi rumah RM2,500 ke bawah layak menerimanya," katanya.

Menurutnya, pada majlis berkenaan seramai 94 menerima skim bantuan Tunas dan 71 pelajar daripada empat Sekolah Agama Rakyat menerima anugerah cemerlang.

BUMBUNG RUMAH AISHAH DITEBUK UNTUK PASANG CCTV

Posted: 14 Apr 2013 09:39 AM PDT

Saya hampir jadi mangsa - Aishah


KOTA BHARU: Penyanyi Aishah (gambar) atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin mendakwa beliau hampir menjadi mangsa perbuatan jahat musuh politik PAS apabila rumahnya ditebuk atapnya untuk dipasang kamera.

Namun nasib menyebelahinya dengan cara ia disedari lebih awal apabila atas rumahnya bocor apabila ditimpa hujan.

Ekoran itu, beliau menyedari bumbung bahagian bilik tidurnya dikorek dipercayai untuk memasang kamera CCTV.

"Syukur alhamdulillah, Allah memelihara kita, Allah sentiasa bersama kita, begitu juga dalam kes Datuk Mustapha Ali, insyaallah, Allah akan memberi petunjuknya nanti,"ujar Aishah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian penyebaran video tidak bermoral Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali, yang kini menjadi bulan hangat di seluruh negara semalam.

Sebelum itu beliau menyampaikan ceramah di Dun Tawang, Bachok dekat sini bersama Adunnya, Ustaz Hassan Mahmod.

Bagi Aishah, sesiapa sahaja yang berada bersama PAS termasuk Pakatan Rakyat akan menjadi mangsa politik kotor pihak lawan sebagai modal akhir untuk mempertahankan hayat.

Artis yang juga calon PAS Jempol Negeri Sembilan itu berkata, ianya dijangka 'bom' hayat untuk menyelamatkan parti pemerintah sebelum ini untuk berhadapan dengan pihak lawan yang semakin mendapat sokongan rakyat.

Tambahnya, sedangkan tindakan begitu juga akan menjadi senjata 'makan diri' kerana akhirnya akan terpalit terkena diri.

Beliau yakin rakyat tidak akan menelan fitnah itu mentah-mentah kerana mereka telah sedar dan cerdik untuk terus bermimpi dengan permainan fitnah.

Jelasnya, mentaliti rakyat Malaysia bukan lagi di zaman dunia ketiga, mereka sekarang berpendidikan tinggi, paling besar pendidikan agama.

"Pihak lawan tidak perlu buat sesuatu perkara yang cukup jijik sekiranya sedar mereka adalah sebuah parti yang baik serta mampu membela rakyat.

"Tidak perlu takut, sebaiknya dedahkan apa yang ingin kita buat dan kejayaannya juga, bukan berterusan menekan pihak lawan dengan fitnah yang mengaibkan, kerana keaiban itu akan menikam diri kita juga,"ujarnya.

Dun Tawang adalah tempatnya yang terakhir untuk menyampaikan ceramah sebelum pulang menumpukan perhatian di Parlimen Jempol.

Sepanjang seharian beliau berada di Kota Bharu, Aishah turut mendapat sokongan dan doa restu dari rakyat di negeri itu apabila bertemu dengannya untuk membeli belah di Bazar Buluh Kubu-harakahdaily

Tiada ulasan:

Nuffnang