Selasa, 30 April 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Rafidah: Jangan beri Kamilia undi simpati

Posted: 30 Apr 2013 07:02 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan pengundi terutama wanita supaya tidak memberikan undi simpati khususnya kepada calon bebas yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata tindakan itu akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi dan seterusnya menjejaskan agenda yang dirancang kerajaan untuk negara dan rakyat.

NONE"Mungkin calon bebas ini tidak boleh menang tetapi undi simpati itu walaupun sedikit akan sebabkan BN kehilangan undi dan ini merosakkan parti," katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis Kasih Yayasan Wanita Malaysia Melaka di Melaka.

Sebagai contoh di Parlimen Kuala Kangsar katanya pengundi wanita tidak seharusnya memberikan undi simpati kepada bekas Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang dipecat parti kerana bertanding sebagai calon bebas.

"Tindakan beliau (Kamilia) itu merupakan satu pengkhianatan kepada parti semata-mata untuk memenuhi cita-cita peribadi," katanya.

Justeru katanya pengundi perlu jelas dan rasional dengan membuat pilihan yang tepat tanpa dipengaruhi emosi.

- Bernama

Setelah 5 tahun, isteri PI Bala pecahkan kesunyian

Posted: 30 Apr 2013 03:05 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
VIDEO | Bahagian 1 | Bahagian 2
Hampir lima tahun selepas meninggalkan negara ini, balu kepada bekas penyiasat persendirian mendiang P Balasubramaniam, A Santamil Selvi, akhirnya memberikan wawancara pertamanya kepada media.

Menurutnya, beliau didorong mengambil langkah itu selepas menerima panggilan telefon individu tidak dikenali yang menawarkan wang dan peluang pendidikan untuk anak-anaknya sebagai pertukaran dengan "bukti" bahawa PKR membayar suaminya untuk membuat kenyataan bersumpah.

NONEIni berlaku setelah baru sahaja terdapat SMS palsu disebarkan bulan lalu yang mendakwa beliau akan mengadakan sidang media bagi mengisytiharkan suaminya dibayar oleh peguam, kata Selvi kepada Malaysiakini dan KiniTV pada Jumaat lalu.

"Selepas Bala meninggal, mereka buat tawaran dan saya tak boleh terimanya. Ini sebabnya saya beri wawancara ini. Sebelum ini, saya tak pernah fikir untuk diwawancara, tetapi saya tak boleh terimanya lagi," katanya merujuk kepada gangguan berterusan itu.

"Ini sebabnya kenapa saya mahu beritahu rakyat apa sebenarnya berlaku pada saya," kata Selvi sambil menegaskan suaminya tidak dikuasai sesiapa pun.

Lima tahun lalu, Selvi juga tidak menyangka apa yang berlaku apabila melihat suaminya muncul di kaca televisyen pada 3 Julai 2008.

Bala, pagi itu, memanggil sidang akhbar di ibu pejabat PKR dan mengumumkan akuan bersumpah pertama yang mengaitkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Malaysiakini/-

13 Mei angkara Dr M mahu rampas kuasa Tunku - Tamrin

Posted: 30 Apr 2013 03:00 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

JOHOR BAHRU: Rusuhan kaum 13 Mei berpunca dari percubaan untuk merampas kuasa dari Tunku Abdul Rahman yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Tamrin Tun Ghafar (gambar).

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba itu berkata, perkara tersebut diberitahu sendiri kepada beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie.

"(Menteri Dalam Negeri ketika itu) Ghazali (Shafie) memberitahu Anwar (Ibrahim) dan saya, ketika kami berada dalam Pemuda Umno, bahawa kejadian itu adalah percubaan kecil untuk merampas kuasa yang dirancang pemimpin-pemimpin Umno dan Mahathir turut terlibat," kata Tamrin dalam ceramahnya di Gelang Patah malam tadi.

"Tunku telah menulis dalam kolum 'As I See It" dalam akhbar The Star, dua tahun sebelum beliau meninggal dunia, bahawa kejadian itu adalah percubaan merampas kuasa yang sengaja dilakukan pemimpin-pemimpin Umno yang kemudiannya menyalahkan DAP dan Cina," katanya lagi.

Pendedahan Tamrin itu sama dengan apa yang didapati oleh hasil kajian Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong tentang peristiwa berdarah 13 Mei itu.



(Tun Ghafar dan Tunku Abdul Rahman)

Menurut Dr Kua, peristiwa 13 Mei adalah akibat dari percubaan merampas kuasa dari Tunku yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdul Razak Hussein yang turut disokong oleh Dr Mahathir.

Tamrin seterusnya menceritakan, Tunku telah mengusir Dr Mahathir dari Umno kerana menulis surat menuntut Tunku meletak jawatan selepas rusuhan itu.

"Selepas Tunku berundur dan Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, dia membawa Dr Mahathir masuk Umno semula dan melantiknya sebagai Menteri Pelajaran.

"Perkara itu menunjukkan Razak terhutang budi kepada Dr Mahathir (kerana menuntut Tunku berundur)," kata beliau sambil menambah Lim Kit Siang tidak ada di Kuala Lumpur ketika rusuhan itu berlaku.

Tamrin berkata, tindakan Umno menakut-nakutkan orang Melayu dengan peristiwa 13 Mei membuktikan parti itu begitu terdesak kini.

Harakahdaily/-

Kajian Unisel PRU13: PR 50.6%, BN 49.4%

Posted: 30 Apr 2013 02:27 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


PETALING JAYA: Dapatan kajian Universiti Selangor (Unisel) menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) mencatatkan 50.6 peratus manakala BN mencatat 49.4 peratus dalam aspek jangkaan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di peringkat Persekutuan.

Di peringkat negeri Selangor pula, PR mencatatkan 61.4 peratus dan BN 38.6 peratus dalam jangkaan menang dalam PRU13. 

Kajian tersebut dilakukan ke atas 1,015 responden terdiri daripada pengundi berdaftar di Selangor bermula 1 Februari hingga 31 Mac lalu.

Pembentangan oleh pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Unisel, Dr. Muhammad Shamshinor Abdul Azzizs itu turut menunjukkan dapatan kajian berkaitan parti yang dijangka menang dalam PRU13 di peringkat persekutuan dan negeri.

Di peringkat persekutuan, responden di kalangan pengundi Cina mencatatkan peratusan tertinggi yang menjangkakan PR akan menang iaitu sebanyak 53.5 peratus manakala sebanyak 46.5 peratus menjangkakan BN akan menang.

Bagi kaum Melayu pula, sebanyak 52.3 peratus menjangkakan PR akan menang dan 47.7 peratus menjangkakan BN akan menang.

Manakala responden India cenderung meramalkan BN akan menang di persekutuan iaitu sebanyak 62.9 peratus dan 37.1 menjangkakan PR akan menang.

Sementara itu, kajian berkaitan persepsi ketokohan kepimpinan di Negeri Selangor mendapati kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim lebih tinggi berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak.

Sebanyak 63.1 peratus responden meyakini kepimpinan Khalid, 58.4 peratus meyakini kepimpinan Anwar dan 51.2 peratus meyakini kepimpinan Najib.

Pembentangan kajian impak program kerajaan terhadap pola pengundian di Selangor menjelang PRU yang diadakan di Menara Yayasan Selangor itu turut turut mendapati inisiatif 20 meter padu air percuma sebulan paling disukai iaitu sebanyak 91 responden menyokongnya.

Kajian berkaitan persepsi positif terhadap program kerajaan negeri mendapati sebanyak 79 peratus menyokong program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), 77 peratus menyokong program baucar RM100 'jom shopping' warga emas, 83 peratus menyokong hadiah anak masuk universiti RM1000 dan 83 peratus menyokong khairat kematian RM2500.


harakahdaily/-

Perisa tekstil

Posted: 30 Apr 2013 01:52 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


pix_topright
Gula-gula murah menggunakan pewarna tiruan yang boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak dikesan semakin banyak dijual terutama oleh penjaja haram di luar kawasan sekolah.
Gula-gula itu yang mudah menarik perhatian kanak-kanak kerana berwarna-warni diibaratkan 'manisan maut' kerana bahan kimia yang digunakan sebagai pewarna dikatakan boleh menyebabkan emosi kanak-kanak tidak terkawal. Naib Presiden Persatuan Pengguna Perak (PCA) Paul Raj berkata kajian pihaknya mendapati gula-gula itu yang dijual dengan harga serendah 10 sen hingga 50 sen dikhuatiri memberi kesan buruk jangka panjang kepada pengguna, terutama kanak-kanak.

"Gula-gula itu mengandungi kadar gula dan pewarna tinggi. Ia bukan hanya menggalakkan pembentukan karies gigi, malah jika diambil secara kerap ini boleh meningkatkan paras adrenalin kanak-kanak hingga menjadi hiperaktif, gelisah dan agresif.

kosmo/-

Isteri patah tangan dikejar kera

Posted: 30 Apr 2013 01:48 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Muhammed Sabri

Muhammed Sabri menunjukkan laporan polis yang dibuat kerana mahu pihak bertanggungjawab segera menangani masalah kera yang mengganas di kawasan kediaman.
KUANTAN – Seorang wanita patah tangan gara-gara cuba melarikan diri daripada dikejar sekumpulan kera yang menyerangnya secara tiba-tiba di rumahnya dekat Kampung Bukit Sekilau di sini.

Muhammed Sabri Mat Hassan, 40 berkata, dalam kejadian pagi kelmarin isterinya, Kharul Zakiah Ishak, 40 berada di luar rumah bersama anak jagaannya terkejut apabila melihat sekumpulan kera datang ke arah mereka.

"Isteri saya panik tetapi masih mendukung anak jagaannya itu agar tidak dicederakan sekumpulan kera yang sedang mengganas tersebut.

"Ketika Sedang berlari menyelamatkan diri, dia tersembam dan mengalami patah tangan kanan, mujur anak jagaannya itu selamat tetapi isteri saya kini masih ditahan di wad," katanya.

Muhammed Sabri berkata, kini isterinya terpaksa dibedah untuk memasukkan besi di lengan tangan kanannya akibat kecederaan yang dialami serius.

Menurutnya, kedudukan rumah mereka yang berdekatan dengan kawasan hutan sememangnya menjadi habitat haiwan berkenaan, namun tidak menyangka ia akan bertindak ganas seperti ini.

"Sebelum ini, sudah beberapa kali kami penduduk kampung membuat aduan kepada Jabatan Perhilitan kerana kehadiran sekumpulan kera ini sememangnya mengganggu kehidupan kami.

"Pernah cermin kereta penduduk dipecahkan dan wayar televisyen y di bumbung juga dirosakkan" katanya.

Muhammed Sabri berharap agar pihak Jabatan Perhilitan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan penduduk terus berdepan dengan pelbagai masalah gara-gara haiwan yang bertindak agresif ini.

sinar/-

Teng : Umno-BN Munafik Politik

Posted: 30 Apr 2013 01:43 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

teng_chang_k_pc_01
SHAH ALAM 30 APRIL : Calon Pakatan Rakyat DUN Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim melahirkan rasa sedih dengan sifat berpura-pura Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sifat itu dapat dilihat jelas dengan sikap Umno-BN yang menunggu sesuatu masalah diselesaikan Pakatan Rakyat terlebih dahulu, sebelum menerjah untuk mengambil kesempatan kata Teng.
Sebelum ini, Najib didakwa cuba meraih sokongan dengan menawarkan potongan harga rumah Bukit Botak, sebuah projek perumahan yang diabaikan Umno-BN tetapi diselamatkan dan disiap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Najib, yang juga Pengerusi Umno-BN Selangor, turut disangah oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila beliau cuba mengambil kredit dalam penyelesaian projek rumah terbengkalai Alam Perdana.
Timbalan Ketua Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, dikesan cuba mengambil kredit daripada projek pengambil-alihan perumahan terbengkalai di Ukay Bistari, Hulu Kelang.
"Mengapa menunggu sehingga kerajaan Pakatan Rakyat menyelesaikannya? Ni barulah tampil menunjuk muka menyerahkan kunci"
Turut menarik perhatian bekas Speaker Dewan Negeri Selangor ini adalah janji pemberian air percuma yang dibuat Umno-BN.
"Bila dilaksanakan kerajaan PR Selangor beliau menuduh Selangor akan bankrup, namun kini menjanjikan air percuma dalam manifesto beliau untuk Selangor"
Sikap bermuka dua ini, tegas Teng, tidak mencerminkan sikap pemimpin yang beriman.
"Kami yakin rakyat akan membuat pilihan bijak dan memilih Kerajaan Pakatan Rakyat yang berhemah, bersih serta prihatin bagi meneruskan kecemerlangan."

selangorku/-

Cubaan bunuh PM Syria gagal

Posted: 30 Apr 2013 01:22 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



Ramai askar rejim dilaporkan mengalami simptom keracunan gas dalam pertempuran di Brzeh.

Ramai askar rejim dilaporkan mengalami simptom keracunan gas dalam pertempuran di Brzeh.
Wael al-Halqi

Wael al-Halqi
BEIRUT - Perdana Menteri Syria, Wael al-Halqi terselamat dari satu cubaan untuk membunuhnya apabila konvoinya diserang di Damsyik.

Stesen televisyen Al-Manar Hizbullah melaporkan, pengganas menyasarkan letupan di Al-Mezze ketika konvoi beliau melalui kawasan itu.

"Tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan dan Perdana Menteri berada dalam keadaan selamat," menurut laporan itu.

Menurut laporan itu lagi, daerah Al-Mezze menjadi sasaran utama kumpulan penyerang memandangkan lokasi itu merupakan pusat pentadbiran Syria.

Dalam perkembangan lain, media pro-kerajaan melaporkan, ramai askar rejim Bashar Al-Assad menunjukkan simptom keracunan gas selepas mendakwa Tentera Pembebasan Syria (FSA) menggunakan senjata kimia.

Pakar perubatan Al-Watan berkata, ramai askar telah dihantar ke hospital tentera Hamish di Damsyik, selepas menunjukkan tanda-tanda terhidu gas kimia selepas pertempuran di Brzeh kelmarin.

"Mereka mengalami sesak nafas, mual dan mengalir sejenis cecair putih dari hidung dan mulut," katanya dalam laporan Reuters

Sementara itu, Jurucakap Kumpulan Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  (PBB) melaporkan, jumlah pelarian Syria ke Lubnan meningkat kepada lebih 444,000 orang.

Menurutnya, bilangan pelarian berdaftar mencecah 330,000, manakala lebih 113,000 masih menunggu untuk memuktamadkan proses pendaftaran.

"Pada masa ini terdapat 137,000 pelarian Syria di utara Lebanon, 119,000 di rantau Bekaa, 45,000 di pinggir Lebanon dan Beirut serta 28,000 di selatan Lubnan," katanya.


sinar/-

Pindah wang ke Cayman Islands melebihi mandat 1MDB

Posted: 30 Apr 2013 01:18 AM PDT


19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -






Pemindahan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) ke dalam akaun sulit di Cayman Islands, United Kindom melebihi kuasa badan pelaburan milik negara itu, kata editor akhbar The Edge, M Shanmugam.
Beliau merujuk pemindahan RM7.18 bilion ke pusat kewangan pesisir pantai itu, yang dinyatakan dalam laporan tahunan 1MDB dan didedahkan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Shanmugan berkata, mandat utama 1MDB yang diilhamkan Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya menarik pelaburan asing ke dalam projek berimpak tinggi dalam ekonomi domestik.
"Beberapa siri urus niaga kabur dalam urusan 1MDB dengan PetroSaudi International (PSI) bangkitkan lebih banyak persoalan, yang mana badan pelaburan yang dilindungi kerajaan itu menolak untuk jawab.
"Contoh jelas adalah penebusan kertas hutang Islamik (Islamic debt paper) oleh PSI (kepada 1MDB) yang meningkat kepada RM6.8 bilion setakat 31 Mac 2012. Jumlah ini termasuk 'keuntungan yang boleh diterima' atau bayaran faedah yang belum dibayar PSI kepada 1MDB atas bon Islamik itu.
"Pada 1 Jun 2012, 1MDB ambil 49 peratus pegangan ekuiti dalam PetroSaudi Oil Sdn Bhd (PSOSL) dari PSI. Nilai pegangan itu sama dengan jumlah yang dihutang kepada 1MDB. Maka, bon Islamik itu dikira sudah ditebus," katanya dalam rencana fz.com.
Memetik rencana itu lagi, beliau mempersoalkan kekurangan maklumat mengenai PSOSL, walaupun dikatakan memiliki urus niaga yang melibatkan sejumlah wang yang besar.
"Apakah perniagaan utamanya, aset, liabiliti, keuntungan dan situasi aliran tunai? Apakah saiz sebenar syarikat ini? berdasarkan transaksi antara 1MDB dan PSI, ia tentulah besar…(Tetapi) kenapa terlalu kurang maklumat mengenainya?," katanya, seperti dipetik.

keadilandaily/-

Shaka Zoulou lelaki terkuat di Afrika Barat

Posted: 30 Apr 2013 01:15 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


SHAKA Zoulou sedang menterbalikkan sebiji tayar gergasi seberat 410 kilogram bagi merebut gelaran lelaki terkuat di Ivory Coast.


ABIDJAN, Ivory Coast - Seorang lelaki di Afrika Barat telah diisytiharkan sebagai lelaki terkuat di Ivory Coast pada Sabtu lalu.
Lelaki itu, Okonkwo Patrick Adebayor atau lebih dikenali sebagai Shaka Zoulou diumumkan sebagai pemenang pertandingan olahraga Lelaki Terkuat di negara terbabit.
Shaka Zoulou berjaya menjuarai pertandingan yang pertama kali diadakan di Ivory Coast, sekali gus menjadi perintis peserta terkuat pada pertandingan berkenaan.
Merebut gelaran lelaki terkuat bukanlah satu tugas mudah. Shaka Zoulou terpaksa melalui beberapa halangan paling sukar yang telah ditetapkan.
Dia perlu menarik sebuah trak yang mempunyai 22 kerusi seberat 5.5 tan sejauh 12 meter. Selain itu, dia perlu menterbalikkan sebuah tayar gergasi seberat 410 kilogram dari satu lokasi ke lokasi lain yang ditetapkan.
Bukan itu sahaja, Shaka Zoulou juga perlu menjinjing bebanan seberat 220 kilogram. - Agensi


Anggota tentera dakwa tidak dapat kertas undi pos

Posted: 30 Apr 2013 01:01 AM PDT


19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



JELI: Seramai 40 anggota tentera dari Kem Batalion Satu Rejimen Sempadan di Batu 11, Tanah Merah mendakwa mereka tidak diberi kertas undi pos.

Naib Yang Dipertua PAS Jeli, Sufely Abdul Razak berkata, anggota-anggota tentera terbabit memberitahu kepada petugas PAS mereka tidak diberi kertas undi biar pun disenarai sebagai pengundi pos.

Katanya, berdasar kepada semakan didapati nama-nama anggota tersebut memang ada pada senarai pengundi pos.

"Isunya sekarang di mana kertas undi pos milik anggota tentera terbabit. Mungkinkah ada pihak lain mengundi bagi pihak anggota berkenaan?

"Ini kerana kertas undi pos tidak sampai ke tangan mereka. Ini sesuatu yang serius. Kami telah mengemukakan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

"Dakwaan manipulasi undi pos yang duar-uarkan sebelum ini memang wujud. Dan apa yang berlaku hari ini semakin jelas," katanya di sini.

Menurutnya juga anggota tentera terbabit hari ini memasuki tempat pengundian awal di kem Batu 11 untuk membuang undi, sedangkan nama mereka tersenarai sebagai pengundi pos.

Kata Sufely sekiranya anggota tentera berkenaan dibenarkan mengundi awal pula, bermakna wujud dua undi bagi satu pemilih.

"Ini kerana undi pos milik mereka sudah dikeluarkan cuma tidak sampai kepada pemilik nama. Ini sesuatu yang cukup serius," katanya.

harakahdaily/-

UPU Pas disimbah cat merah

Posted: 30 Apr 2013 12:56 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


UPU Pas disimbah cat merah

Kesan cat merah yang terdapat pada kain rentang di UPU Pas Kampung Batin, semalam.
ALOR SETAR - Markas Unit Peti Undi (UPU) Pas di Kampung Batin, Mergong, di sini, disimbah cat merah awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu disedari orang awam yang lalu lalang di kawasan berkenaan sebelum melaporkannya kepada pihak berkenaan.

Calon PKR kerusi Dun Bakar Bata, Eekmal Ahmad berkata, beliau amat kecewa dengan insiden tersebut yang disifatkannya sebagai cubaan untuk menimbulkan provokasi antara parti lawan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana pihaknya tidak melakukan sebarang provokasi kepada mana-mana pihak lawan.

"Tindakan simbah cat ini satu tindakan yang kita percaya dilakukan oleh mereka yang sudah tidak ada jalan untuk menghalang kita. Maka dia kembali kepada cara yang tidak elok. Kita tahu cara itu sebenarnya adalah cubaan supaya kita berdiam diri.

"Pada saya, tindakan ini tidak wajar. Mereka yang buat provokasi mungkin untuk diprovokasi semula. Tapi saya yakin, jentera Pakatan Rakyat (PR) khususnya PKR tidak mudah untuk diprovokasi semula," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, ditanya mengenai adakah beliau yakin mampu tawan kerusi Dun Bakar Bata pada PRU13 yang disandang Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah selama tiga penggal, Eekmal berkata, kelebihan itu tidak akan menggusarkan dirinya untuk bertanding.

"Saya akui itu adalah kelebihan kepada beliau sebagai calon bertanding di situ. Tapi kalau sudah terlalu lama, dia mungkin menghadapi risiko out of charge dan kehilangan hubungan yang akrab bersama rakyat setempat.

"Walaupun saya ini orang muda dan tidak boleh menjanjikan wang ringgit yang begitu banyak, tapi saya boleh janji akan memberi khidmat yang lebih baik untuk rakyat di negeri ini. Alhamdulillah, saya lihat rakyat akan buat keputusan bahawa PR akan terus melangkah ke Putrajaya pada PRU13. Berjayanya kita ke Putrajaya maka agenda PR di Kedah pun akan lancar," katanya.

Berlandaskan kepada moto 'kerja lebih kuat dan berdoa kepada ALLAH agar diberi keberkatan', beliau yakin sekiranya kerja kempen dan amanah yang diberikan dibuat dengan baik, Insya-ALLAH kejayaan akan memihak kepadanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati pemimpin BN supaya tidak terlalu yakin bahawa orang muda akan menyokong BN pada PRU13.

"Jangan kita terlalu cepat buat kenyataan orang muda akan sokong BN. Biar kita tunggu sehingga 5 Mei nanti baru kita tahu siapa yang orang muda akan pilih.

"Saya percaya, orang muda akan pilih calon yang bebas rasuah dan bersih. Saya tidak maksudkan kepada sesiapa, tapi ini adalah sebagai gambaran sebenar kepada politik negara ini," katanya.


sinar/-

40 cedera dalam letupan di Prague

Posted: 30 Apr 2013 12:53 AM PDT


19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -







PRAGUE - Satu letupan kuat memusnahkan sebuah bangunan di kawasan bersejarah di bandar ini semalam, mencederakan kira-kira 40 orang dengan beberapa orang dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan.
Pihak polis telah menutup lokasi pelancongan popular itu selain memindahkan lebih 220 orang dari beberapa buah bangunan berhampiran.
Letupan sebuah bangunan berhampiran bangunan Teater Kebangsaan itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas.
"Kira-kira 40 orang telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Kebanyakan daripada mereka mengalami cedera ringan. Namun kami tidak menolak kemungkinan ada yang mengalami kecederaan serius," kata jurucakap polis Prague, Tomas Hulan.
Wujud kebimbangan bahawa mungkin tiga orang mangsa terperangkap dalam runtuhan bangunan yang dijadikan ruang pejabat.
"Letupan ini cukup kuat dan menyebabkan tingkap-tingkap cermin pecah," tambah Hulan. - AFP

kosmo/-

Warga M’sia di UK serah RM100,000 kepada PAS

Posted: 30 Apr 2013 12:48 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



MANCHESTER: Warga Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK) dan Ireland telah menyerahkan sumbangan berjumlah hampir RM100,000 kepada PAS.


Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi PAS Representative Council UK Eire, Ir Jupri Bade kepada Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairil Nizam dalam satu majlis yang diadakan di Abraham Moss High School, Manchester.

[Gambar: Ir Jupri Bade (baju hijau) sedang menyerahkan sumbangan kepada Khairil Nizam.]

Dalam majlis yang sama, PAS Representative Council UK Eire juga telah mengadakan sesi dialog antara golongan profesional yang menetap di United Kingdom dengan Khairil bagi menerangkan isu-isu yang berkaitan dengan pilihanraya dan situasi terkini tanah air.

Antara isu yang disentuh adalah berkaitan dengan situasi ekonomi Malaysia yang semakin membimbangkan dengan jumlah hutang negara yang sudah mencecah RM500 billion dan penerangan manifesto Pakatan Rakyat bagi PRU13 yang terdapat dalam Buku Jingga.

Selain itu, beliau juga ada menyentuh masalah sosial yang berlaku di Malaysia, seperti budaya samseng yang semakin parah dan kes pembunuhan berprofil tinggi.

Dalam majlis tersebut, Ir Jupri Bade menyatakan bahawa PAS melalui PRC UK Eire aktif melaksanakan beberapa aktiviti seperti sesi penerangan atas talian bersama dengan pimpinan PAS di Malaysia dan lawatan muhibbah ke kawasan-kawasan di United Kingdom.

Menurut beliau, sambutan yang diberikan oleh warga UK adalah sangat menggalakkan dan hal ini terbukti dengan jumlah sumbangan besar yang diberikan oleh warga UK dan Ireland setakat ini.

Salah seorang profesional yang hadir, Ahmad Ali yang merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat multinasional di sini mengatakan bahawa rakyat Malaysia yang berada di UK perlu mengambil peluang pilihanraya ini untuk membetulkan sistem pentadbiran negara dengan memberikan undi mereka kepada Pakatan Rakyat (PR).

Hal ini, katanya kerana PR begitu beriltizam untuk membetulkan kesilapan yang berlaku dalam dasar-dasar negara jika diberikan peluang untuk memimpin negara dalam pilihanraya umum ini.

Menurut beliau lagi, rakyat tidak perlu takut untuk melakukan perubahan kerana perubahan kerajaan ada berlaku di negara maju seperti United Kingdom sendiri.

harakahdaily/-

Dakwat kekal: PAS minta penjelasan SPR

Posted: 30 Apr 2013 12:32 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

IPOH: PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai penyebaran maklumat tentang keraguan penggunaan dakwat kekal oleh para pengundi yang turun membuat undian awal pada hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, PAS mendapat aduan bahawa dakwat yang digunakan pada pengundian awal hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

Menurutnya, gambar tentang cap jari yang tidak kekal itu telah tersebar luas di laman sosial menyebabkan kegusaran rakyat khususnya yang akan mengundi pada Ahad ini.

"Kami mendapat banyak maklumat tentang dakwat kekal yang digunakan pada hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

"Adakah benar maklumat yang kami terima ini? Jika benar, PAS meminta penjelasan daripada pihak SPR kerana sebelum ini mereka telah memberi jaminan bahawa dakwat kekal tersebut boleh bertahan sekurang-kurangnya selama tiga hari," katanya dalam sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Ipoh, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat itu berkata, penyebaran gambar-gambar jari pengundi yang boleh dipadam itu telah menyebabkan rakyat meragui ketelusan sistem yang diguna pakai pada pilihanraya ini.

"Jika perkara ini benar-benar berlaku, tidak mustahil akan ada pengundian dua kali akan dilakukan. Ini telah bermain dalam fikiran masyarakat ketika ini," jelas beliau lagi.

Harakahdaily/-

Pemantau: Masih wujud pengundi diragui dalam daftar pemilih Sabah

Posted: 30 Apr 2013 12:26 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
Mengikut pemantau pilihanraya, kebanyakkan pengundi ini didaftarkan dengan alamat tidak lengkap. - Gambar fail
PETALING JAYA — Kewujudan 60,673 kad pengenalan (IC) bermasalah didaftarkan di Sabah, seperti yang didedahkan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk "Projek IC" masih terdapat dalam daftar pemilih, kata pemantau pilihan raya Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP) hari ini.
Kebanyakkan pengundi ini didaftarkan dengan alamat tidak lengkap, di bawah jantina berlainan atau tarikh lahir berbeza atau di negeri yang mereka tidak dilahirkan, dengan contoh pelbagai orang didaftarkan di bawah satu IC, pembantu penyelidikan MERAP hari ini.
"Perlu ada beberapa tindakan asas diambil untuk membetulkan daftar pemilih," kata Lee Wee Tak di sini, walaupun dia mengakui tiada apa yang boleh dilakukan untuk pilihan raya 5 Mei ini kerana daftar pemilih telah diwartakan.
Lebih kurang 80 peratus daripada 60,653 pengundi didaftarkan dengan alamat tidak lengkap, 44 daripada mereka di bawah jantina berlainan, 193 di bawah tahun lahir berbeza dan 123 di negeri yang mereka tidak dilahirkan, kata pembantu penyelidikan MERAP Lee Wee Tak hari ini.
Beliau juga mendedahkan terdapat 84 kes pertindihan IC, dan dalam 29 kes-kes ini IC dikongsi antara dua orang.
"Perlu ada beberapa tindakan asas diambil untuk membetulkan daftar pemilih," katanya, walaupun dia mengakui tiada apa yang boleh dilakukan untuk pilihan raya 5 Mei ini kerana daftar pemilih telah diwartakan.
Beliau mengatakan pendaftaran tertinggi berlaku diantara 1990 hingga 1993 apabila Sabah diperintah oleh parti pembangkang Parti Bersatu Sabah (PBS).
Beliau juga mengatakan majoriti daripada pengundi bermasalah boleh ditemui di kawasan Parlimen Silam.
Beliau juga mendakwa komposisi kaum daripada 60,653 pengundi berdaftar adalah konsisten dengan pengakuan seorang bekas kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara Sabah (JPN) yang mengatakan tujuan "Projek IC" adalah untuk meningkatkan bilangan pengundi Islam di Sabah bagi memastikan mereka mengundi untuk Umno.
"Jika kamu lihat komposisi kaum pengundi, sebahagian besar mereka adalah Bugis, Bajau dan Melayu. Walau bagaimanapun, anda tahu di Sabah majoriti paling besar adalah Kadazan Dusun dan mereka tidak cukup diwakili di bawah dengan hanya 494 pendaftaran," katanya.
Syed Ibrahim Syed Noh, ahli jawatankuasa penaja Pematau yang turut hadir mengatakan mana-mana parti - menubuhkan kerajaan baru harus memulakan pembersihan daftar pemilih selepas pilihan raya umum 5 Mei.
"Ia adalah sesuatu yang memerlukan kajian lanjut tetapi saya ingin mengatakan banyak kumpulan pemerhati pilihan raya telah menyebut kita perlu melakukan semula daftar pemilih bagi semua pengundi," katanya.
Pemantau adalah sebuah payung organisasi pemerhati pilihan raya terdiri daripada Bersih, Rakyat Malaysia untuk Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel), dan Pusat Komunikasi Popular Malaysia untuk Hak Asasi Manusia (Komas).
The Malaysian Insider/-

Wacana Sinar petang ini kupas Manifesto PRU13 BN vs PR

Posted: 30 Apr 2013 12:23 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

wacana siri 19

SHAH ALAM - Di sebalik suhu hari pengundian Ahad ini yang semakin meningkat, Sinar Harian menganjurkan wacana yang mengupas topik Manifesto PRU13 Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat, petang ini.

Wacana siri ke-19 ini mengetengahkan pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin; penganalisis politik Dr Maszlee Malik dan Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Prof Dr Mansor Mohd Noor sebagai ahli panel.

Wacana kali ini yang berlangsung dari jam 3 hinggga 5 petang, di lokasi tradisi iaitu Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, akan dikendalikan oleh Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

Sinar Harian Online dan mobTV merupakan penganjur bersama.

Sinar/-

Lahad Datu: Kena tunjuk bukti, Musa

Posted: 30 Apr 2013 12:21 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan semalam berkata pihak yang mengeluarkan kenyataan bahawa tiga pemimpin pembangkang mendalangi pencerobohan pengganas di Sabah baru-baru ini perlu mengemukan bukti.

Bercakap pada satu sidang media di sebuah hotel di sini semalam, beliau berkata adalah tidak wajar membuat sesuatu tuduhan tanpa menunjukkan bukti.

"Jangan cakap sajalah, tunjukkan bukti. Kalau you spaculate, ini akan membuat orang tidak berpuas hati ataupun orang curiga sama ada statement you itu betul atau tidak," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan berhubung satu kenyataan yang dikeluarkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid beberapa hari lalu mendakwa kerajaan mempunyai bukti penglibatan tiga pemimpin popular pembangkang yang dipercayai mendalangi tindakan pencerobohan pengganas Kiram di Sabah baru-baru ini.

Beliau juga berkata bukti-bukti dari segi perundangan sedang dilakukan bagi membolehkan mereka diheret ke mahkamah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Kenyataan Zahid itu kemudian dicabar oleh Pakatan Rakyat agar mendedahkan nama-nama pemimpin yang dikaitkan itu.

Zahid bagaimanapun berkata, Kerajaan tidak bercadang mendedahkan nama-nama tersebut sebaliknya akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk melakukan siasatan terperinci dan diselesaikan mengikut perspektif undang-undang.

Mengulas lanjut, Musa yang baru dilantik sebagai Penasihat Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat semalam berkata, mana-mana pihak khususnya autoriti perlu berhati-hati dalam membuat kenyataan.

"Baru-baru ini keluar kenyataan kata militan Sultan Sulu 'mungkin' sudah ditembak mati, tetapi kemudian kerajaan filipina menafikan.

"Pada saya kena hati-hati buat kenyataan. Buatlah kenyataan terhadap sesuatu yang benar berlaku, kalau spekulasi ini berkemungkinan bembuat ketakutan kepada rakyat," katanya.

Harakahdaily/-

Pemilik asal gambar Bangla kahwin jadi Melayu dalam poster BN tak puas hati

Posted: 29 Apr 2013 11:05 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Kata pemilik gambar di akaun FBnya:


Gambar pengantin ini saya ambil pada 15 May 2007..... mengguna gambar ini di luar pengatahuan saya....gambar isteri telah ditukar... tak kira lah sape pon yng buat... INI KERJA TAK ELOK dan TAK BERTANGGUNG JAWAB


Tindakan pihak terdesak ini memang tidak bertanggungjawab. Rata-rata pemberi komen mencadangkan pemilik gambar agar mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit. Tepuk dada tanya selera!
Poster kempen BN yang turut memaparkan gambar calon BN di Putrajaya Tengku Adnan ini mula heboh diperkatakan di laman sosial sejak semalam. Ada dua isu yang diperkatakan sebelum timbul isu hak milik di atas, iaitu:

BERSYUKUR KEPADA BN
ORANG BANGLA BERTUKAR MENJADI MELAYU

Sudahlah menggunakan gambar orang tanpa meminta izin, kemudian menggambarkan pula orang Bangla bertukar menjadi Melayu selepas berkahwin. Selepas itu, mesej poster itu meminta rakyat Malaysia bersyukur kepada BN seolah-olah segala macam rezeki datang daripada BN bukannya daripada Allah. Mengucap panjanglah kalau terdesak sangat pun!
Betullah kata Faizal Tahir:
Kah kah kah!

Harakahdaily/-




Wahai anakandaku, pulanglah awal

Posted: 29 Apr 2013 11:00 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



Ayahanda ingin memulakan surat ini dengan bertanya soalan ini. Apakah anakanda sedar mengapa manusia sering menelan air liur?

Semasa kita mendengar, melihat, makan, bercakap (mengumpat mahupun memuji) dan bersolat, manusia sentiasa menelan air liur?

Apa tujuan manusia menelan air liur? Air liur adalah salah satu makhluk Allah yang sentiasa keluar dari rongga tanpa disedari aleh manusia. Ia terdiri dari pelbagai bentuk molekul yang akan berubah sebagaimana air lain.

Bilamana kebaikan yang diterima, didengar, dilihat, dibaca atau disentuh, maka molekul air akan berubah membentuk nilai yang baik, demikian sebaliknya.

Maka setiap orang sebenarnya membentuk perlakuan ber-asarkan air liur yang ditelannya.

Pernahkah terlintas pada minda anakanda mengapa kita diwajibkan untuk menunaikan solat 5 kali sehari? Tujuannya mungkin adalah untuk kita menelan air liur yang baik yang menenangkan untuk 5 kali sehari. Begitu juga ketika kita senyum, orang yang melihat senyuman kita akan berasa riang kerana air liur yang dihasilkan adalah baik.

Sebaliknya sekiranya kita mengumpat seseorang, mendengar dan melihat benda yang tidak baik, air liur beracun akan dihasilkan sehingga minda kita terkena racun dengan buruk sangka, takut, dengki dan cemburu.

Wahai anakanda,

Anakanda sungguh bertuah kerana dilahirkan di zaman internet. Setelah subuh, anakanda membaca berita melalui internet – samada di Facebook atau mana-mana laman lain. Membeli surat khabar sudah dianggap sebagai satu pembaziran.

Ekoran itu, anakanda tidak terkena racun yang ditaburkan di media tradisional seperti akhbar tradisional dan TV.

Tapi, situasi sungguh berbeza bagi generasi ayahanda. Kami disajikan setiap hari dengan racun melalui surat khabar dan TV media perdana. Terlalu banyak air liur beracun yang telah kami telan untuk berpuluh tahun. Pemikiran kami sudah kaku seolah-olah diracuni. Berita pukul 8pm seolah-olah lebih penting daripada kuliah Maghrib bagi sebahagian besar kita.

Generasi ayahanda terkena racun air liur bahawa BN ialah tempat kami bernaung dan mencari makan. Tanpa BN habislah rezeki kami. Kami diracunkan sehingga sebegitu rupa sehingga terlupa bahawa rezeki datangnya dari Allah. Ada antara kita yang menganggap BN lebih besar daripada segalanya.

Namun itu sangat berbeza di generasi anakanda. Generasi anakanda tidak terkena racun ini. Air liur beracun yang cuba dihasilkan di mulut anakanda melalui akhbar-akhbar dan TV milik kerajaan gagal berlaku kerana anakanda ada internet sebagai sumber mencari kebenaran.

Oleh itu, dakyah kerajaan tidak terkena pada generasi anakanda. Generasi anakanda lebih sedar mengenai situasi negara kerana maklumat di hujung jari. Oleh itu, anakanda perlu menjadi agen perubahan dengan memberikan penawar kepada generasi ayahanda.

Generasi ayahanda perlu disembuhkan. Cara paling berkesan untuk menawarkan racun air liur berdekad yang ditelan kami ialah penerangan daripada anakanda menggunakan fakta dan hujah. Generasi ayahanda perlu dididik mendapatkan sumber maklumat kedua melalui teknologi-teknologi terkini. Diharap anakanda dapat memikul tanggungjawab ini.

Wahai anakanda,

Pulanglah mengundi kali ini. Ajaklah sahabat-sahabat anakanda untuk pulang ke kampung bersama untuk mengundi. Selain mengundi, anakanda boleh meluang masa dengan bonda dan ayahanda. 
Baliklah awal sehari dua untuk memberikan penawar kepada kedua-dua orang tuamu. Yakni, anakandalah penawar racun air liur terbaik untuk mereka terkena dakyah kerajaan di akhbar-akhbar dan tv perdana.

Sekian itu sahaja anakanda untuk kali.

Ayahandamu.
Senyum.
Ini KALI-Lah.

Harakahdaily/-

Johan As'ari Azam Lengkapkan Solat Lima Waktu

Posted: 29 Apr 2013 10:58 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Johan As'ari. Foto LOW LAY PHON
PETALING JAYA: Pelakon Johan As'ari bersyukur apabila kunjungannya ke Mekah untuk melakukan umrah pada 26 Mac hingga 8 April lalu telah membuka hatinya untuk lebih peka dalam hal berkaitan agama Islam.
Johan, 26, berkata, walaupun masih lagi belum sempurna sebagai lelaki soleh, dia cuba memastikan untuk menjalankan tanggungjawabnya memenuhkan perkara wajib dalam rukun Islam iaitu tidak meninggalkan solat lima waktu.
"Sebelum ini saya pernah menunaikan umrah ketika mengadakan penggambaran di Mekah menerusi drama Syahadat Cinta dan Tersalah Cinta. Tetapi ketika itu saya tidak terlalu fokus dengan ibadat dan lebih tertumpu pada kerja.
"Tetapi apabila kali kedua saya ke Mekah bersama-sama dengan penyanyi Hafiz Hamidun, terasa beza dan sayunya berada di sana. Saya juga saya mengambil kesempatan itu melakukan ibadah sebaik-baiknya dan bermuhasabah diri.
"Alhamdulillah, sejak pulang dari Mekah, saya sentiasa ke masjid. Dan azam saya kali ini adalah untuk lengkapkan solat wajib. Saya mahu berubah menjadi insan yang lebih baik, tetapi mahu buat dengan perlahan-lahan, Insya-Allah," katanya.
Johan kini bergiat aktif dalam memberikan ceramah di beberapa buah sekolah dan masjid. Foto adalah milik Johan
Tambah Johan, dia kini juga mahu mengenakan syarat-syarat lakonan di mana enggan melakukan adegan peluk dengan gandingan wanitanya jika ditawarkan berlakon.
Dalam pada itu, pelakon drama Karlos itu berkata, ketika menunaikan umrah, dia juga mendoakan keharmonian negara agar tiada terjadi perkara-perkara buruk pada masa akan datang.
"Biasalah sekarang ini macam-macam perkara pelik yang berlaku di negara ini jadi saya berdoa kepada Allah agar Malaysia aman dan makmur.
"Sebagai seorang rakyat, menjadi tanggungjawab dan adalah wajar untuk saya berbuat demikian," tuturnya.
Sementara itu Johan memberitahu bahawa dia kini menjadi duta kepada Dewan Pemuda Masjid Malaysia di mana dia akan ke beberapa masjid melakukan ceramah yang berkaitan dengan isu-isu remaja.
"Sehingga kini saya telah melakukan beberapa ceramah di sekolah dan masjid. Alhamdulillah. Nak kata ceramah pun tak juga, tetapi lebih berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada budak-budak remaja.
"Syukur, saya menerima respons yang baik daripada golongan remaja ini. Mereka cukup bersemangat mahu mendengar pengalaman saya selain bertanyakan pelbagai soalan," ujarnya.
mStar/-

Tanah RM10 juta: Bunga Raya layu sebelum kembang

Posted: 29 Apr 2013 10:55 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Saya membaca lontaran fitnah daripada calon Bebas di Parlimen Pasir Mas yang bertanding menggunakan logo Bunga Raya, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa kononnya Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memiliki tanah bernilai RM10 juta di Bandar Baru Tunjong. 

Ia disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini 30 April 2013.

Saya kira Ibrahim Ali (gambar) tidak lebih nilainya daripada sekuntum bunga raya yang sedang layu sebelum berkembang. 

Ia sudah buruk di tangkai dan menunggu jatuh untuk dipijak-pijak sebelum dilupakan daripada kamus politik rakyat Malaysia. 
Dalam misi untuk menjatuhkan lawan di Pasir Mas yang merupakan anakanda kepada Menteri Besar Kelantan, Ibrahim Ali menggunakan strategi kotor yang semenangnya sudah sinonim dengan perjuangan politiknya semenjak zaman muda lagi. 

Generasi lama pastinya tidak lupa insiden demonstrasi di Kota Bharu pada akhir tahun 70-an yang melibatkan peristiwa bakar tayar yang mengakibatkan berlakunya peristiwa Mageran di Kelantan. 
Siapa lagi dalangnya jika bukan calon Bunga Raya ini?

Dalam isu pemilikan tanah yang dihebohkan ini, perlu dinyatakan kesemua 14 lot tanah tersebut adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang mana ia dibeli oleh PMBK secara terus daripada orang perseorangan antara tahun 2006 sehingga tahun 2007. 

Kesemua tanah tersebut berada di dalam kawasan Tanah Rezab Melayu dan di atas pegangan hakmilik selama-lamanya (perpetuity).

Di dalam definisi 'Melayu' sebagai syarat untuk memiliki tanah Rezab Melayu di Kelantan, institute PMBK tidak ditakrifkan sebagai Melayu. 

Inilah yang termaktub di bawah Seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930 dan Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938.

Dalam situasi pemilik asal tanah ingin mendapatkan segera bayaran daripada pembeli yang terdiri daripada pelbagai badan korporat, PMBK mengambil pendekatan untuk mempercepatkan proses pindah milik bagi memudahkan sebarang usaha memajukan tanah dapat dilaksanakan segera. 

Justeru pada tahun 2007, PMBK membuat keputusan agar Menteri Besar Kelantan selaku Pengerusi PMBK dinamakan sebagai Pemegang Amanah bagi kesemua 14 lot tanah tersebut bagi pihak PMBK.

Bagi mengesahkan keputusan tersebut satu Surat Ikatan Amanah (Deed Trust) bertarikh 5 November 2007 telah dimeterai antara PMBK dan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. 

Surat ini mensyaratkan bahawa YAB Tuan Guru selaku Pemegang Amanah wajib melepaskan pegangan tanah tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh PMBK. Ia berkuatkuasa sehingga ke saat ini.

Berasaskan kepada fakta-fakta ini, YAB Tuan Guru bukanlah pemegang pemilik sebenar bagi 14 lot tanah seluas 4.4 ekar (1.76 ekar) sebagaimana yang didakwa oleh calon Bunga Raya. 

Beliau hanyalah pemegang amanah bagi pihak PMBK. Bila-bila masa hak pemilikan ke atas tanah tersebut boleh dituntut oleh PMBK.

Dengan penjelasan ini, saya kira kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh calon Bunga Raya tersebut dapat dijernihkan. 

Seeloknya saya nasihatkan calon Bunga Raya agar dapat mencari strategi yang lebih bersih dan jernih untuk menang. 

Janganlah pula kerana maruah jatuh di mata Tun Mahathir kerana hanya berjaya mengerah 200 orang sahaja dua hari lepas, beliau meracau bagaikan hantu raya mencari mangsa sehingga terlupa telur yang ditelan ialah telur buaya bukannya telur ayam.



* Penulis adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Harakahdaily/-

Saya doa Tun M terus sihat untuk lihat.... - Anwar

Posted: 29 Apr 2013 10:53 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

(Anwar ketika bercakap dengan penduduk Permatang Pauh sebelum ini)

PERMATANG PAUH: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak pernah meminta mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mati cepat sebagaimana yang tuduh olehnya semalam.

Sebaliknya, memohon usia Dr Mahathir terus sihat untuk melihat kejatuhan segala yang pernah dibuat di zaman kegemilanganya.

"Saya masih ingat lagi apa yang didoakan oleh Almarhum Presiden PAS, Ustaz Fadhil Mohd Noor agar Tun Mahathir sihat  supaya dia dapat melihat sendiri kejatuhan yang pernah diimpikanya,"  ujar beliau.

Apa yang diucapkan ialah Dr Mahathir jangan hanya fikirkan kubur orang lain saja sebaliknya fikirkan kubur sendiri memandangkan usianya kini kian lanjut.

Beliau keliru, macamana Dr Mahathir boleh tertipu dengan kenyataan dari media yang mengatakan Anwar sanggup mendoakan kematian Perdana Menteri yang ke  empat itu.

"Ini semuanya mainan media seperti TV3. RTM dan akhbar pro Barisan Nasional (BN) yang sanggup bertindak menabur fitnah dan keburukan orang lain yang tidak sebulu dengan kepimpinan Kerajaan BN.

"Tak apa biarlah mereka tabur fitnah kerana lepas ini mereka tidak boleh buat lagi kerana kita sudah membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat.  Jika masih ada yang degil tak ikut cakap pasti dibicarakan, " katanya.

Beliau yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri menegaskan,  tidak pernah takut dengan individu bernama Mahathir Mohamad seperti mana Perdana Menteri sekarang,  Datuk Seri Najib Razak yang terlalu akur dengan kehendak Dr Mahathir walaupun apa yang diputuskan dalam mesyuarat berlainan.

Menjadi orang takut sambungnya,  menyebabkan rakyat tertekan ekoran semua keputusan dibuat berdasarkan kepada kepala otak mereka sahaja.

Berceramah sama dalam program anjuran PKR Cabang Permatang Pauh itu ialah calon PKR  Seberang Jaya,  Dr Afif, calon Penanti, Dr Norlela Arifin, calon PAS Permatang Pasir,  Datuk Saleh Man dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri,  Ustazah Rahmah Mat Isa.

Harakahdaily/-

Alkisah seorang murid pandai tapi…

Posted: 29 Apr 2013 10:52 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Seorang pelajar bernama Mahros sangat disukai oleh para guru di sekolahnya. Keputusannya agak bagus dan budi pekertinya sangat elok.

Mahros membawa perwatakan gadis yang soleh, mendengar kata dan bertimbang rasa.

Di Tingkatan 2, Mahros terus diangkat menjadi Ketua Kelas dan juga pengawas sekolah. 

Sikap Mahros mula berubah selepas diangkat menjadi Ketua Kelas dan pengawas. 

Di waktu rehat, untuk mengelakkan beratur panjang, Mahros menyalahguna kuasanya setiap kali untuk keluar awal dari kelas atas alasan ada urusan pengawas.

Di kelas agama Ustaz Ismail yang Mahros sangat tidak menyukai, Mahros selalu menggunakan alasan ada guru yang memanggilnya untuk perkara lain. Lalu Mahros lari keluar ke kedai koperasi, di mana guru koperasinya Cikgu Bijan selalu memanjakannya.

"Ros tak ada kelas ke? Senang datang bantu cikgu menjaga kedai koperasi waktu ini," tanya Cikgu Bijan.

"Ustaz Ismail tak datang. Jadi kelas kosong. Saya ketua kelas keluar cari Ustaz Ismail tak dapat. Jadi datang sini," Mahros menipu Cikgu Bijan.

"Saya ada kelas. Mahros boleh jaga kedai untuk satu waktu (40 minit)?" tanya Cikgu Bijan.

"Boleh. Cikgu pergilah," kata Mahros.

Di kedai koperasi, Mahros mula mengambil untung sendiri dengan mengenakan harga lebih tinggi pada pelajar. Ada pelajar yang merungut, tapi kerana takutkan Mahros akan membalas dendam dengan selalu mencari masalah dengan mereka seperti pakaian tak sopan, rambut panjang, tudung tak elok dan lambat masuk kelas, mereka lebih rela memdiamkan diri.

Kadangkala bukan untung sahaja yang Mahros ambil, malah dia mula mencuri benda-benda yang boleh dijual di luar.

Cikgu-cikgu lain yang selalu memuji Mahros masih tidak mengetahui bahawa sikap Mahros dah berubah sama sekali.

Mahros kini seorang pelajar yang tamak, mencuri, menipu dan menindas pelajar. Di depan cikgunya, Mahros masih seorang pelajar yang keputusannya cemerlang dan sopan kerana di depan cikgu-cikgunya, Mahros akan berubah watak.

Namun, perubahan Mahros dikesan oleh Ustaz Ismail kerana Mahros paling banyak keluar daripada kelasnya. Namun keputusan pendidikan Islam Mahros masih mendapat A.

"Rosak kalau dibiarkan Mahros begini. Ya, keputusan pendidikan Islamnya masih A, tapi ia serupa membaca Quran tapi tidak mengamalkan segala yang disarankan Allah," bisik Ustaz Ismail di hati.

Ustaz Ismail memikirkan satu cara untuk mendedahkan wajah sebenar Mahros. Beliau mula merakam alasan-alasan yang diberikan Mahros untuk keluar daripada kelas agamanya.

Satu hari di kelas Ustaz Ismail, Mahros memberikan alasan bahawa dia dipanggil Cikgu Mala dan mohon keluar kelas. Ustaz Ismail merakam apa yang dikatakan Mahros dan membiarkannya keluar kelas. Selepas 5 minit, Ustaz Ismail menelefon Cikgu Mala bertanya apakah benar beliau memanggil Mahros.

"Tak adalah. Mengapa Mahros berkata begitu? Mesti ada sebab. Sebab dia budak baik jarang menipu," kata Cikgu Mala di telefon.

Ustaz Ismail kemudian menyuruh Cikgu Mala dan cikgu-cikgu lain untuk bersama mencari Mahros, dengan alasan Mahros jarang menipu, takut Mahros menghilang kerana sebab-sebab tertentu.

Akhirnya Ustaz Ismail sengaja membawa Cikgu Mala dan cikgu-cikgu lain ke kedai koperasi melihat Mahros sedang menjual barang-barang di kedai koperasi.

Mahros terkejut dengan kehadiran semua cikgu yang menyayanginya.

"Mengapa kamu di sini? Tadi kamu berkata Cikgu Mala nak jumpa," tanya Ustaz Ismail.

"Ustaz salah dengar kot. Saya kata ada cikgu panggil. Tak sebut Cikgu Mala pun. Cikgu Bijan yang panggil saya ke sini bantu, jadi saya datanglah. Kelas agama ustaz, jangan bimbang, saya tak masuk pun, saya tetap dapat score A," cubaan menipu Mahros dengan nada kecil kerana ingin berlakon seperti dia dianiaya.

Ustaz Ismail tidak mahu berkata apa-apa. Beliau menelefon Cikgu Bijan dan suruh beliau datang ke kedai koperasi segera.

Cikgu Bijan pun sampai dan terkejut melihat semua cikgu berada di sini bersama Mahros.

"Apa halnya ustaz?" tanya Cikgu Bijan.

"Mengapa Mahros ada di koperasi? Tuan Bijan ada panggil dia ke?" tanya Ustaz Ismail.

Cikgu Bijan melihat mata Mahros, dan Mahros mengangguk.


"Ya. Saya panggilnya. Ada apa?" kata Cikgu Bijan.

"Dia selalu keluar kelas saya dan Tuan Bijan selalu memanggil dia keluar waktu saya mengajar?" tanya Ustaz Ismail.

Cikgu Bijan mula menggelabah kerana nada Ustaz Ismail agak keras. 

"Ya. Sebab Mahros dah pandai agama. Dia dah selalu score A. Tak pergi kelas ustaz pun tak apa," Cikgu Bijan cuba mempertahankan Mahros.

Ustaz Ismail masuk ke kedai koperasi mengambil satu lagi alat perakam suara yang dipasangnya tanpa pengetahuan Cikgu Bijan dan Mahros.

Ustaz Ismail memainkan perakam suara yang ada di tangannya di mana jelas menunjukkan Mahros memberitahunya Cikgu Mala memanggilnya.

Perakam suara kedua di kedai koperasi berbunyi:

"Kamu ponteng kelas Ustaz Ismail lagi? Alasan apa yang kamu guna kali ini?" tanya Cikgu Bijan pada Mahros.

"Kali ini saya kata Cikgu Mala panggil," jawab Mahros sambil ketawa.

Wajah Mahros dan Cikgu Bijan terbongkar akhirnya. Pelajar-pelajar yang membeli di koperasi terus mengadu bahawa mereka dipaksa membeli harga barangan koperasi yang dijual Mahros pada harga yang lebih tinggi.

Ustaz Ismail mengarahkan Cikgu Bijan melakukan satu pemeriksaan stok ringkas – dan mendapati jumlah stoknya kurang daripada sepatutnya, menunjukkan bahawa Mahros telah mencuri.

"Cikgu-cikgu sekalian. Mahros seorang budak baik sebelum ini. Malangnya kepercayaan kita dan kuasa yang kita berikan pada dia telah merosakkan dia. Kita terpaksa bertindak untuk melucutkan jawatannya untuk menyelamatkan dia daripada terus melakukan dosa.

Lagipun, orang yang hilang kuasa lebih mudah bertaubat. Jika kita kekalkan kedudukan Mahros, walaupun dia berjanji akan berubah, ia tidak akan berlaku kerana kuasa yang ada di tangan tidak akan menyebabkan Mahros insaf sepenuhnya," cadang Ustaz Ismail.

Kalian cikgu-cikgu semua setuju termasuk Cikgu Bijan. Cikgu Bijan turut memohan maaf atas kesilapannya terlalu memanjakan Mahros.

Dapat maksud tersirat cerita ini? 

Untuk menyelamatkan Barisan Nasional, kita perlu menurunkannya daripada tampuk kuasa. Sebenarnya itu cara terbaik untuk kita membantu BN untuk mengurangkan dosa. Hanya setelah hilang kuasa, barulah boleh seseorang betul-betul bertaubat dan insaf.

Bagaimana nak turunkan kuasa BN? Tak perlu bertumbuk dan bersamseng seperti mereka. Kita hanya perlukan sebatang pen. Hari 5 Mei ini, pangkah Bulan, Roket atau Bulan kecil. 

Senyum.

Lepas baca, mohon share kepada kawan-kawan yang memerlukannya.

Jadilah agen perubahan.

INI KALILAH.

Harakahdaily/-

Pegawai polis parah, isteri dan 2 anak maut kemalangan

Posted: 29 Apr 2013 10:50 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Seorang pegawai polis cedera parah manakala isteri dan dua anaknya maut dalam kemalangan di Km 27 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang dekat Wakaf Tapai awal pagi ini.
   
Superintendan Ghazali Daud, 49, yang bertugas di Unit Agama dan Kaunseling Bukit Aman memandu bersama keluarga apabila kenderaan pelbagai guna yang dinaiki, hilang kawalan dan terbabas ke sisi jalan dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 pagi.
    
Ketua Polis Negeri Datuk Jamshah Mustapa ketika mengesahkan kejadian itu berkata akibat kemalangan itu isteri Ghazali, Haniza Abdul Rahman, 40, serta dua anak mereka, Ahmad Firdaus Izzudin, 11, dan Nur Aliah Adibah, 10, maut.
    
Lima lagi anak mangsa Ahmad Fahmi Izzudin, 12, Nur Aliah Afifah, 7, Nur Aliah Atikah, 6, Aina Yusro, 3, dan Akilah Husna, tujuh bulan, dilaporkan turut cedera.
    
Jamshah berkata semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Berang, Hulu Terengganu sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk rawatan lanjut. 

- Bernama

Tiada ulasan:

Nuffnang