:: cina islam | 2011 :: |
- Jelajah berbasikal Parlimen Kuala Kangsar Siri 5
- Kit Siang: DAP bertanding di Gelang Patah, Bentong
- MB Selangor: 'Anwar tiada masa untuk lakukan itu semua'
- Kerajaan akan tumbang bila tiba ajalnya
- Lahad Datu: Gegar mahu laporan tepat untuk rakyat Sabah
- Keluarga Kiram antara ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan
- Kes Sugumar: PKR ancam demo lebih besar
- Najib 'meniru' untuk kaburi mata rakyat - TG Nik Aziz
- 87 Pati berjaya ditahan polis
- Unta pernah hidup di Kutub Utara
- Racun lebah mampu bunuh virus HIV
- Konvoi bertukar tragedi
- Lawatan Presiden PAS suntik semangat Anis Afida
- 26 pemuda Dun Pinang Tunggal sertai PAS
- Mahathir nafi kerajaan arah beri IC pada yang tak layak
- Menjelang PRU13: Hanya tunggu isyarat PM
- Noryn, Yatt dan Najwa meriahkan Karnival Wanita Kelantan
- Foto intim mirip Anwar sudah dijangka, taktik basi serang Pakatan
- Hadi: Pas tanding 76 kerusi parlimen, tambah 10
- 330 juta pengguguran kandungan di China
- Militan Sulu mungkin guna ilmu sihir
- Maut motosikal rempuh van
- Agbimuddin Kiram pengecut
- Wira Lahad Datu 'syahid dunia'
- Christopher Presiden Majlis Peguam, panel disiplin siasat isu SD kedua Bala
Jelajah berbasikal Parlimen Kuala Kangsar Siri 5 Posted: 17 Mar 2013 04:03 AM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA KANGSAR : Jelajah berbasikal Siri 5 bersama ADUN Titi Serong, YB.Drs. Khalil Idham Lim diteruskan pada hari ini dengan penyertaan sekitar 50 orang peserta. Kayuhan bermula dari Pejabat PAS Kawasan Kuala Kangsar pada jam 9.00 pagi dan berakhir di mesjid Menora pada jam 5.00 petang tadi. Ikut serta dalam program tersebut ialah Ketua Wanita KeAdilan Negeri Perak, Puan Fathmawaty Salem yang disebut-sebut gandingan YB. Idham Lim untuk DUN Bukit Chandan. Jarak kayuhan pada hari ini ialah sejauh 45 kilometer dengan pengisian pelbagai program sepanjang perjalanan seperti edaran risalah, merayu undi, ziarah pesakit, ziarah kematian, minum pagi, solat zohar dan asar berjemaah, dan makan bersama jemaah mesjid. Bacaan doa sebelum program kayuhan bermula d hadapan Pejabat PAS Kawasan Kuala Kangsar Kayuihan bermula YB. Idham Lim beriringan dengan kenderaan yang dihiasi dengan gambarnya dan lengkap dengan sistem pembesar suara Rombongan sempat menziarahi kematian di Kg Sayong Mendengar dengan teliti luahan perasaan seorang penyokong PAS Singgah sembahyang Zohor dan makan tengahhari di Mesjid Bendang Kering Singgah minum petang di kedai kopi bersebelahn Hentian Plus Menora Merayu undi dan edar risalah bersama Pn. Fathmawaty Merayu undi dan edar risalah bersama Pn. Fathmawaty bertanya khabar kepada anak muda yang ditemui Masih tersenyum walaupun kepenatan memanjat bukit bersama romobongan |
Kit Siang: DAP bertanding di Gelang Patah, Bentong Posted: 17 Mar 2013 02:37 AM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Selepas melalui perbincangan, PKR akhirnya bersetuju untuk membenarkan DAP bertanding di kerusi Bentong, Pahang dan Gelang Patah di Johor. Penasihat DAP Lim Kit Siang mengumumkan perkara itu dalam satu majlis di Batu Pahat petang ini. "Kami mencapai persetujuan dalam satu pertemuan di antara saya, (ketua umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin tertinggi DAP dan PKR lain Isnin lalu," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi. Beliau bagaimanapun tidak menamakan calon yang akan bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan. "Jelas bahawa ini bukan satu persoalan mengenai mana-mana individu atau parti politik, tapi sama ada Pakatan Rakyat akan membawa perubahan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya. Kedua-dua parti berkenaan pada mulanya berminat untuk mendapatkan kerusi Gelang Patah sejak Februari lalu. Dengan jumlah pengundi lebih 100,000 orang, ia merupakan kawasan parlimen yang paling besar. Ia mengandungi dua kerusi DUN – Skudai dan Nusajaya. Kerusi Skudai diwakili Datuk Abdul Aziz Sapian dari Umno. malaysiakini/- |
MB Selangor: 'Anwar tiada masa untuk lakukan itu semua' Posted: 17 Mar 2013 02:31 AM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR - "(Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) terlalu sibuk berkempen. Tiada masa untuk lakukan itu semua." Demikian reaksi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulas berhubung kontroversi terbaru dikaitkan dengan ketua pembangkang itu. Abdul Khalid berkata, Pakatan Rakyat (PR) menganggap perkara yang ditonjolkan itu taktik lama Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Justeru tegas beliau, rakyat perlu membuat penilaian semula dalam memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN) kali ini. "Apabila ada PRU, ada orang hilang seluar dan baju. Jadi saya ingat, rakyat tak payahlah... itu bukan... ini tujuan untuk memilih pemerintah yang bersedia berkorban untuk rakyat. "Jadi walaupun cerita-cerita ini yang sedap didengar, tidak akan menyelesaikan masalah ekonomi tidak baik, rasuah,.. hilang baju bukan rasuah," katanya ditemui Sinar Harian di Taman Connought, Cheras, di sini hari ini. Abdul Khalid berkata, dakwaan terbaru ini tidak berasas sama sekali melihat kepada kesibukan Anwar, yang Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum PKR, menghadiri program-program PR. "Jika saudara ikut dia, seperti berapa orang wartawan ikut dia, saya ingat, wartawan pun pengsan, tak larat. "Jadi saya rasa, kalau itulah taktik BN, tak perlu undi BN lagi. Kita perlu hentikan mengundi golongan seperti ini," katanya. Sinar harian/- |
Kerajaan akan tumbang bila tiba ajalnya Posted: 17 Mar 2013 02:29 AM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA TERENGGANU: Sesebuah kerajaan itu pasti berakhir apabila sampai masanya sebaliknya akidah Islam akan terus berkembang, kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib. Berucap di Majlis Makan Malam Dana PRU-13 Parlimen Kuala Nerus kelmarin, beliau berkata, PAS yakin Islam yang diperjuangkan parti itu akan kekal. "Setiap kerajaan itu ada tempoh masanya, ada ajalnya, sampai umur akan mati, walau pun dijaga dengan rapi, kerajaan ini sampai masanya akan jatuh, walau pun mereka mempertahankan dengan habis-habisan, habis tenaga, habis kekuatan, habis kewangan, apabila sampai masanya dia akan tumbang. "Kita (PAS) yakin akan diberi kemenangan sebagaimana yang dijanjikan Allah dan Nabi (Muhammad SAW) telah mengingatkan kepada kita, Islam akan berkembang dimana sahaja adanya matahari dan bulan," katanya. Menurut beliau, PAS tidak memberikan wang ringgit kepada rakyat agar mereka mengundi PAS seperti yang dilakukan oleh Umno BN sebaliknya PAS memberikan keyakinan serta menanmkan akidah ke dalam hati rakyat. Oleh itu, katanya, PAS tidak gentar dengan persiapan yang dilakukan oleh musuh dalam menghadapi PRU 13. "Sebab itu kita tidak gentar dan takut dengan persiapan oleh lawan kita, setiap kali kita menghadapi pilihanraya bukan dengan kewangan yang cukup, tetapi kita berbeza dengan mereka, Mereka bagi duit, duit akan habis, kita tak bagi duit (tapi) kita bagi idea, bagi pandangan, mantap akidah (dan) keyakinan (kerana) sebanyak mana kita beri pun (modal) kita tak habis, tidak akan habis apa yang kita sampaikan,"ujarnya. Harakahdaily/- |
Lahad Datu: Gegar mahu laporan tepat untuk rakyat Sabah Posted: 17 Mar 2013 02:28 AM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (Gegar) melancarkan Gerakan Pemantau Media yang akan menyelia perkembangan berita yang disampaikan oleh media tempatan mahupun antarabangsa mengenai isu pencerobohan Lahad Datu. Menurut Pengerusi Gegar, Harieyadi Karmin, penubuhan gerakan ini bagi membolehkan rakyat Sabah membuat penilaian secara menyeluruh mengenai isu yang berlaku dan memastikan maklumat yang diterima adalah berasaskan sumber yang sahih dan bukan sekadar khabar angin. Ini kerana katanya, Gegar mendapat maklumat berhubung tindakan pihak tertentu yang cuba mengapi-apikan sentimen perkauman di kalangan masyarakat Sabah, dipercayai untuk menimbulkan ketegangan antara kaum. "Melihat kepada laporan media yang disiarkan oleh media tempatan dan antarabangsa, Gegar mendapati terdapat beberapa percanggahan fakta yang didedahkan. "Sebagai contohnya media di Philipina ada melaporkan mengenai tindakan keterlaluan pihak keselamatan Malaysia terhadap masyarakat Sulu di Sabah, namun laporan ini bercanggah dengan laporan media tempatan yang menunjukkan pihak keselamatan Malaysia menjalankan tugas dengan baik tanpa sebarang penganiayaan terhadap masyarakat Sulu. "Kekeliruan ini seterusnya boleh menyebabkan rakyat terpengaruh dengan khabar angin yang tidak tepat. Oleh itu, perbezaan laporan ini perlu sampai kepada rakyat agar rakyat sendiri dapat menilai keabsahan berita yang disiarkan," katanya dalam satu kenyataan. Sehubungan itu, Gegar menyediakan satu talian hotline bagi memudahkan masyarakat berhubung secara terus dengan pihak Gerakan Pemantau Media iaitu 014-875-0414 atau 013-546-7541. "Selain menjadi sumber maklumat, talian Hotline ini juga boleh dihubungi untuk aduan sebarang masalah berkaitan dengan perpaduan dan keharmonian masyarakat awam khususnya dalam jangka waktu pencerobohan Lahad Datu," katanya. Sementara itu, Gegar turut menyeru semua pihak daripada pelbagai latar belakang agama, kaum dan bangsa terus mengekalkan perpaduan di negeri itu bagi menjaga keharmonian yang telah lama dikecapi. "Segala fitnah yang dilemparkan bertujuan mengapi-apikan permusuhan antara kaum perlu ditangkis dan dikaji kesahihannya terlebih dahulu. Kami di peringkat anak muda sangat cintakan perpaduan seperti mana yang telah kita kecapi selama ini," katanya. Gegar juga menyeru seluruh rakyat Sabah agar tidak berasa takut untuk mempertahankan negeri daripada sebarang bentuk pencerobohan dan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan bumi Sabah daripada sebarang ancaman keselamatan. Media tempatan pula diminta melaporkan perkembangan sebenar mengenai isu Lahad Datu dengan turut memetik kenyataan media asing seperti media dari negara jiran iaitu Filipina. "Hal ini penting bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran menyeluruh mengenai isu yang sedang berlaku. "Anak muda sekali lagi merakamkan jutaan penghargaan kepada para anggota keselamatan yang telah berhempas pulas menjaga keselamatan negeri ini," katanya. Harakahdaily/- |
Keluarga Kiram antara ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan Posted: 17 Mar 2013 02:26 AM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - LAHAD DATU - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). "Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain...di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain. Ini kita sedang siasat," katanya dalam sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16 di sini, hari ini. Beliau berkata operasi membanteras pengganas tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah sejak 12 Februari lepas, kerana polis turut menjejaki kaum keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan itu. "Kita juga turut menyiasat orang lain yang mempunyai kaitan dengan pengganas di bawah SOSMA," katanya tanpa memberitahu bila mereka akan didakwa di mahkamah. Mengenai kematian seorang tahanan di bawah SOSMA di Semporna semalam, beliau berkata individu itu meninggal dunia di hospital akibat sakit dan bukannya membunuh diri seperti yang didakwa sesetengah pihak. Sehingga kini seramai 104 orang telah ditahan di bawah SOSMA dan 232 lagi ditahan atas pelbagai kesalahan lain. Dalam pada itu, Hamza berkata keadaan di seluruh Sabah adalah terkawal termasuk di Semporna dan Lahad Datu, kecuali di kawasan operasi di gugusan Tanjung Labian, yang kini dalam proses pembersihan. - Bernama |
Kes Sugumar: PKR ancam demo lebih besar Posted: 17 Mar 2013 02:24 AM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Naib presiden PKR N Surendran berkata satu perhimpunan lebih besar akan diadakan di hadapan pejabat perdana menteri jika pakar patologi Thailand, Dr Pornthip masih tidak dibenarkan membuat bedah siasat kedua ke atas mayat C Sugumar. Beliau yang bertindak sebagai peguam kepada keluarga Sugumar berkata keluarga mendiang kini tersepit di antara upacara menyempurnakan mayat mendiang dan tuntutan mencari keadilan di sebalik kematiannya. Menurutnya, satu upacara khas agama Hindu perlu diadakan pada hari ke-16 dan ke-30 selepas mayat disempurnakan. Namun, sehingga kini mereka tidak dapat berbuat demikian kerana bedah siasat kedua masih tidak dapat dijalankan dan mayat mendiang masih lagi berada di bilik mayat Hospital Serdang, katanya. "Jumaat lalu keluarga mendiang pergi ke pejabat perdana menteri menyampaikan surat menuntut PM menarik balik larangan ke atas Dr Pornthip bagi menjalankan bedah siasat kedua. "Sekarang kita tunggu jawapan daripada PM dalam masa 48 jam. "Jika beliau masih enggan kita terpaksa buat himpunan aman lebih besar untuk (gesa beliau) tarik larangan ke atas Dr Pornthip," katanya kepada Malaysiakini. Sugumar, seorang pengawal keselamatan ditemui mati dalam keadaan digari polis dan mukanya dilumur serbuk kunyit pada 23 Januari lalu. Bedah siasat Hospital Serdang mengenal pasti punca kematiannya akibat sakit jantung namun ia ditolak keluarga mendiang. Polis kemudian menawarkan satu inkues diadakan bagi mengenal pasti punca kematian namun keluarga Sugumar mahu satu siasatan kes pembunuhan dibuat. Dr Pornthip dari Thailand kemudian dilaporkan bersetuju untuk menjalankan bedah siasat kedua namun beliau kemudian menukar fikirannya selepas "dinasihati" kerajaan Thailand. Surendran sebelum ini dilaporkan mendakwa ahli patologi itu bertindak demikian selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campur tangan dengan menghubungi Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra. Dakwaan itu bagaimana pun telah dinafikan Najib yang menyifatkannya sebagai "cerita dongeng". malaysiakini/- |
Najib 'meniru' untuk kaburi mata rakyat - TG Nik Aziz Posted: 17 Mar 2013 02:22 AM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyebut soal dosa pahala sebagai meniru untuk mengaburi mata rakyat. Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, sebutan berkait dosa pahala sinonim dengan perjuangan Islam tetapi agak kontra jika ia disebut oleh parti yang mempejuangkan kebangsaan. Oleh itu, beliau tidak menolak kemungkinan kenyataan itu dibuat Najib hanya untuk menampakkan imej Islam pada perjuangan kebangsaan. "Ini kita sebut tiru jenama. Kalau dalam korporat bila tiru jenama boleh bawa ke mahkamah. Bila tiru, maknanya barang ni adalah palsu. "Dosa pahala ini sebutan Islam. Dalam kebangsaan tidak ada dosa pahala, tidak ada syurga neraka. Bila kebangsaan sebut dosa pahala, dia meniru untuk mengelirukan rakyat,' katanya ketika sidang media selepas merasmikan Ekspo Kelantan 2013 di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini malam tadi. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib yang juga presiden Umno di Majlis `Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Kelantan pada Jumaat lalu. Najib dalam ucapannya antara lain menghukum tujuh dosa besar PAS terhadap rakyat dan umat Islam. Mengulas lanjut, Tuan Guru berkata, amalan meniru ini pernah ditunjukkan dalam sirah Rasulullah SAW, apabila seorang munafik bernama Abdullah Bin Ubai yang sanggup membina masjid dirar semata-mata ingin menyaingi masjid Nabi. "Dia tengok masjid Nabi ramai orang, dia pun buat masjid jugak yang dipanggil masjid dirar," katanya. Terdahulu, ribuan hadirin hadir mendengar ucapan Tuan Guru sebelum merasmikan Expo Kelantan 2013 di sini. Expo Kelantan 2013 telah bermula kelmarin dan akan melabuhkan tirai lewat petang ini. Lebih 80 gerai pameran dan jualan disediakan untuk pengunjung. Antara lain, objektif utama expo ini adalah bagi 'membawa' Kelantan ke Kuala Lumpur supaya masyarakat luar Kelantan dapat melihat sendiri wajah sebenar negeri Serambi Mekah itu selain hanya mendapat maklumat dari media arus perdana semat-mata. Harakahdaily/- |
Posted: 16 Mar 2013 09:25 PM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - SUNGAI BESAR - Hasrat 87 warga Myanmar untuk memasuki perairan negara secara haram tidak kesampaian apabila mereka ditahan ketika Operasi Cegah Jenayah yang diadakan awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohammad berkata, semua pendatang asing tanpa izin (Pati) terbabit ditahan selepas pihaknya mendapat maklumat daripada orang awam ketika menjalankan Operasi Cegah Jenayah di Bagan Sungai Burung, semalam. Menurutnya, bot dinaiki kesemua Pati berkenaan dipercayai mengalami kerosakan enjin ketika tiba di perairan negara sebelum ditahan pihak polis kira-kira jam 2 pagi. "Orang awam mendapati mereka sedang berkeliaran di Jalan 7 dan melaporkan kejadian itu kepada polis," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Noor Mushar berkata, Pati ditahan terdiri daripada 80 lelaki dan tujuh orang wanita berusia di antara tujuh hingga 30 tahun dan hasil siasatan awal dijalankan, polis tidak menemui sebarang dokumen perjalanan sah milik pada mereka. "Tiada dokumen sah ditemui dan kesemua mereka didapati memasuki negara ini secara tidak sah," katanya. Beliau berkata, kesemua Pati terbabit dipercayai membayar kira-kira RM350 setiap seorang kepada tekong bot berkenaan bagi memasuki perairan negara ini. Katanya, polis sedang giat mengenal pasti pemandu dan tekong bot yang menjalankan kegiatan membawa masuk Pati ke negara ini. Beliau berkata, kesemua yang ditahan diserahkan kepada Jabatan Imigresen kira-kira jam 4 petang semalam bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil. Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 20 orang anggota terlibat dalam operasi tersebut. "Kita menggunakan kekuatan anggota yang ramai bagi membantu memberkas Pati dalam operasi tersebut," katanya. Menurutnya, pihaknya yakin kesemua Pati terbabit masuk ke negara ini untuk mencari pekerjaan dan menetap di sini secara haram. Sinar harian/- |
Unta pernah hidup di Kutub Utara Posted: 16 Mar 2013 09:22 PM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - OTTAWA - Sekumpulan arkeologi membuktikan unta yang biasanya hidup di kawasan gurun beriklim kering pernah wujud di kawasan kutub pada pertengahan zaman Pliosene iaitu era generasi pertama unta. Penemuan itu dilakukan selepas sekumpulan arkeologi dari Canadian Museum of Nature di Ottawa menemui fosil unta di Pulau Ellesmere, Nunavut iaitu pulau yang terletak di bahagian paling utara Kanada. Ketua penyelidik, Natalia Rybczynski berkata, fosil unta yang ditemui itu berusia kira-kira 3.5 juta tahun. "Penemuan ini satu mengejutkan kerana selama ini unta dianggap haiwan yang hidup di habitat beriklim kering dan separa kering," katanya dalam laporan Livesciencenews Menurutnya, kajian terhadap 30 tulang unta itu dilakukan dengan menggunakan kaedah collagen fingerprinting iaitu kajian dilakukan dengan menghitung jumlah protein Kolagen Type I. "Kajian juga berjaya membuktikan ukuran unta adalah tiga kali lebih besar dari unta yang ada ketika ini," katanya. Rybczynski berkata, unta yang hidup pada era Pliosene kebiasaannya mempunyai suhu badan yang tinggi dan bersaiz besar. "Suhu badan unta ketika itu memungkinkan unta-unta berkenaan dapat hidup pada suhu global sekitar dua dan tiga darjah Celsius," katanya. Sinar harian/- |
Racun lebah mampu bunuh virus HIV Posted: 16 Mar 2013 09:19 PM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - WASHINGTON - Sekumpulan saintis dari Universiti Washington di St Louis, Amerika Syarikat berjaya membuktikan bahawa racun lebah mampu membunuh dan menyembuhkan pesakit dijangkiti virus Human Immunodeficiency Virus (HIV). Saintis, Joshua L Hood berkata, penggunaan racun lebah melittin dan partikel nano mampu membunuh virus ini dengan tindak balas darah manusia. "Melittin pada partikel nano dapat menyerap lapisan luar virus dan membentuk pori kecil lalu meleraikan lapisan pelindung virus," katanya dipetik laporan Science news Menurutnya, melittin dan partikel nano hanya bertindak balas pada HIV dan tidak menjejaskan sel manusia. "Tindak balas ini mampu menghapuskan kehadiran virus HIV dari tubuh manusia namun ia berbeza dengan perawatan anti-retroviral yang hanya mencegah reproduksi HIV. Beliau berkata, kajian juga mendapati racun lebah juga boleh disuntik pada salah satu sel kemaluan wanita untuk mencegah jangkitan HIV. Sinar harian/- |
Posted: 16 Mar 2013 09:15 PM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - SENAWANG - Hajat 30 remaja hendak berkonvoi ke Klang, Selangor tidak kesampaian apabila salah seorang daripada mereka maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 244.2, Lebuhraya Utara Selatan (NSE) arah utara, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, mangsa, Henry John Anthony, 26, menetap di Taman Muzaffar, Ayer Keroh, Melaka sedang menunggang motosikal jenis Honda Wave Dash SE Repsol bersama rakan-rakannya. Menurut sumber, semasa insiden berlaku, mangsa dan rakan-rakan sedang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Klang untuk menghadiri majlis perasmian sebuah kedai motosikal di sana. "Siasatan awal mendapati, kemalangan berpunca apabila mangsa gagal memotong sebuah treler yang sarat dengan muatan kayu di hadapannya selepas kepalanya dipercayai terkena lebihan kayu yang terjulur keluar dari belakang kenderaan tersebut. "Keadaan itu menyebabkan motor ditunggangi mangsa hilang kawalan lantas tercampak ke lorong tengah, manakala motosikalnya pula terseret sehingga ke lorong kanan lebuh raya," kata sumber kepada pemberita, di sini, semalam. Sumber berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di muka dan kepala, selain mengalami patah tangan, manakala treler terbabit langsung tidak berhenti sejurus selepas kejadian. "Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga bagi urusan pengkebumian," katanya. Menurut sumber, kemalangan tersebut juga telah menyebabkan berlakunya satu lagi insiden di lokasi sama yang melibatkan tiga buah kenderaan jenis Honda, Proton Waja dan Perodua Kancil di lorong kanan. "Difahamkan, kereta Honda berkenaan telah membrek mengejut kerana cuba mengelak treler yang tiba-tiba masuk ke lorong kanan, mengakibatkannya dirempuh dari belakang oleh kenderaan lain. "Bagaimanapun pemandu dan penumpang ketiga-tiga kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan, kecuali sedikit kerosakan pada kenderaan tetapi masih boleh meneruskan perjala-nan," katanya. Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sinar harian/- |
Lawatan Presiden PAS suntik semangat Anis Afida Posted: 16 Mar 2013 09:13 PM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Tuan Guru Abdul Hadi dan rombongan di hadapan rumah keluarga Afida yang disimbah cat merah. KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam turun ke Pengerang untuk melawat Pengerusi NGO Pengerang, Anis Afida Azli yang menerima ugutan daripada pihak-pihak tertentu. Turut sama dalam rombongan lawatan ke Pengerang itu ialah Naib Presiden dan Setiausaha Agung PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mustafa Ali serta Pesuruhjaya PAS Johor , Datuk Dr. Mahfodz Mohamed bersama kepimpinan PAS negeri yang lain. Kehadiran Presiden PAS telah menyuntik semangat kepada Anis Afida untuk terus memperjuangkan nasib penduduk Pengerang ekoran pembinaan PICC Pengerang oleh kerajaan, lapor Nusajaya Kini. Rumah Anis Afida telah disimbah cat merah pagi semalam, dua minggu selepas menerima ugutan pertama berupa batu nisan pada 24 Februari yang lalu. Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut dibawa melawat kawasan-kawasan yang akan terjejas akibat daripada projek yang akan dijalankan di Pengerang nanti. Harakahdaily/- |
26 pemuda Dun Pinang Tunggal sertai PAS Posted: 16 Mar 2013 09:12 PM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Sebahagian pemuda yang menyertai PAS di Dun Pinang Tunggal. KEPALA BATAS: Seramai 26 pemuda sekitar Kampung Kubang Menerong dalam kawasan Dewan Undangan (Dun) Pinang Tunggal bertindak menyertai PAS. Tindakan yang diambil mereka itu bersempena majlis perasmian Bilik Gerakan Jentera Pemuda Pakatan Rakyat oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan HamimimTaib Azamuden semalam. Kebanyakan mereka adalah pengundi baru termasuk bekas pemuda Umno yang tidak sebulu dengan kepimpinan cawangan dan bahagian. Menurut Pengarah Piihanraya Dun Pinang Tunggal, Muhasdey Muhamad rata-rata mereka memilih PAS kerana yakin parti berlandaskan Islam itu yang bersama Parti Keadilan Rakyat dan DAP mampu mengubah lanskap politik negara. Lagipun sambungnya, perkembangan itu bukan berlaku pada Jentera Daerah Mengundi (JDM) Kubang Menerong sahaja malahan sepuluh JDM seluruh Dun Pinang Tunggal. "Satu perkembamgan yang sihat di mana ramai kalangsn muda pilih Pakatan Rakyat berbanding Umno dan Barisan Nasional. "Mereka akan menjadi jentera untuk memanggil seramai mungkin rakan yang lain supaya tinggalkan Umno," ujarnya yang juga Penyelaras Dun Pinang Tunggal. Harakahdaily/- |
Mahathir nafi kerajaan arah beri IC pada yang tak layak Posted: 16 Mar 2013 09:11 PM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Kerajaan tidak pernah mengeluarkan arahan kepada mana-mana pihak untuk memberikan kad pengenalan (IC) atau kewarganegaraan kepada pendatang asing yang tidak layak di Sabah, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Justeru, beliau menegaskan rakyat Sabah tidak boleh mempersalahkan kerajaan semasa pentadbirannya kerana penyelewengan seumpama itu dilakukan oleh pihak tertentu untuk kepentingan diri.. "Saya sedar isu (Projek IC) ini jadi perhatian rakyat Sabah. Saya ada diberitahu ada yang tak layak...baru sampai hari ini, dah dapat IC. "Ini bukan arahan kita, bukan arahan kerajaan...ini adalah penyelewengan pegawai di tempat itu kerana kepentingan lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama sempena program 'Bicara Minda bersama Tun Dr Mahathir Mohamad' di Dewan Masyarakat Papar, semalam. Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas trend kempen pembangkang yang kini lantang memainkan isu 'Projek IC' bagi meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum yang akan datang. Beliau memperjelaskan bahawa ramai orang yang bukan berasal dari negara ini diberi hak kerakyatan kerana mereka telah tinggal lama di negara ini serta menguasai bahasa kebangsaan. "Ramai daripada kita berasal dari negara lain, misalnya dari China, Arab dan India dan kesemua mereka duduk lama di sini dan setia kepada negara ini. Kita beri kerakyatan kalau mereka menepati syarat selepas proses ujian," katanya. Dalam perkembangan lain, ditanya sama ada kerajaan mampu meningkatkan royaliti minyak daripada lima peratus sekarang kepada Sabah, Dr Mahathir, 87, berkata amalan kerajaan kini lebih menjurus kepada perkongsian kekayaan untuk semua rakyat di negara ini. Sebelum ini, pakatan pembangkang dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 menjanjikan 20 peratus kadar royalti minyak kepada rakyat Sabah. "Kalau mereka (pembangkang) nak bagi (lebih tinggi)...bagilah 100 peratus kepada Sabah," katanya yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun sejak 1981 sebelum berundur pada 2003. Mengenai penubuhan kawasan keselamatan khas, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di Sabah ekoran kes pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Dr Mahathir berkata langkah itu wajar dan tepat pada masanya memandang kini terdapat ancaman keselamatan yang ketara di perairan negara. Beliau menyifatkan tindakan pengganas Sulu menceroboh dan membunuh sembilan anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah pada awal bulan ini, sebagai tidak bijak. - Bernama |
Menjelang PRU13: Hanya tunggu isyarat PM Posted: 16 Mar 2013 08:15 PM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - JERANTUT- Bagaikan pesta. Begitulah perasaannya apabila melalui sepanjang jalan raya tidak kira di kampung mahupun bandar. Di mana-mana sahaja bahagian kiri dan kanan jalan dihiasi dengan bendera parti yang pelbagai warna. Kadangkala sebatang pokok kelapa bergayutan bendera daripada pelbagai parti untuk menunjukkan sokongan mahupun sebagai promosi parti yang akan bertanding di kawasan berkenaan. Lebih menarik apabila penyokong parti masing-masing membuat replika daripada tayar atau barangan terbuang membentuk sesuatu yang menarik perhatian dan menampalnya dengan bendera parti. Selain itu, bilik gerakan atau juga dikenal sebagai Pusat Daerah Mengundi (PDM) turut dihias cantik mengikut kreativiti masing-masing. Tinjauan Sinar Harian di sekitar daerah Jerantut mendapati kebanyakan bilik gerakan milik Umno dan PR sudah bersedia untuk memulakan operasi pada bila-bila masa. Bagi Dun Damak, sebanyak 20 PDM sudah dibuka dan kini hanya menunggu masa untuk jentera parti bergerak bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN). Adun Damak, Datuk Lau Lee berkata, terdapat juga beberapa PDM MCA dibuka bagi kawasan Sungai Jan, Taman Muhibbah, Jerangsung dan Sungai Lekok. "Kita sudah lama bersedia dan hanya menunggu isyarat daripada PM, kita sudah melaksanakan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin. "Kita mahu lihat pembangunan pesat terus berlaku dan dilaksanakan di kawasan ini di bawah pemerintahan BN," katanya. Lau Lee berkata, rakyat perlu sedar dan tahu menilai manifesto yang dibentang PR di mana janji yang ditabur mereka tidak akan dapat ditunaikan. Menurutnya, jika PR yakin akan menang, mereka tidak akan membuat janji yang sudah pasti tidak dapat dilaksanakan itu. "Kita harap rakyat dapat menilai sendiri dan bukti bagaimana Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang sekarang. Mana manifesto mereka dan satupun tidak ada yang dilaksanakan. "Rakyat sekarang sudah bijak dan boleh menilai dengan melihat sendiri apa yang dilakukan sama ada BN mahupun PR," katanya. Anjur baca Yasin di PDM Ketua Penerangan Wanita Umno Bahagian Jerantut, Datuk Khatijah Mohd Said berkata, Wanita Umno Bahagian juga sudah bersedia di 54 PDM Parlimen Jerantut. Menurutnya, bagi wanita, pelbagai program terus dilaksanakan seperti Program Salam Sayang dan majlis membaca Yasin atau dipanggil Yasinan di setiap PDM. "Kita juga laksanakan Walkabout dan ceramah isu semasa bagi menjelaskan kepada orang ramai berkaitan isu yang berlaku. "Hanya tunggu gong dipalu, selepas itu kita akan mulakan gerakan beri kemenangan kepada Umno," katanya. Pastikan calon PR menang Sementara itu, bagi Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pusat, N Balasubramaniam berkata, di negeri ini terdapat 20 bilik gerakan DHPP dibuka bagi menyokong calon Pas dan PR menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Beliau yang juga Ketua DHPP Pahang merangkap Ketua DHPP Jerantut berkata, di daerah ini terdapat sebuah bilik gerakan yang bersedia bila-bila masa sahaja. "Apabila PRU diumumkan jentera kita akan melaksanakan tugas sebaik mungkin dan memastikan calon Pas serta PR yang bertanding menang. Kita mahu memberikan pembaharuan kepada rakyat," katanya. Sinar harian/- |
Noryn, Yatt dan Najwa meriahkan Karnival Wanita Kelantan Posted: 16 Mar 2013 08:06 PM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KOTA BHARU: Artis Noryn Aziz, Yatt Hamzah dan Najwa Latif, telah memeriahkan majlis Karnival Wanita Kelantan Peringkat Negeri Kelantan. Program yang diadakan di Kelantan Trade Center itu anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri. Noryn Aziz menyampaikan dua buah lagu 'Mutiara' termasuk sebuah lagu baru ketuhanannya yang bertajuk 'Tinta Putih'. Najwa pula menyampaikan tiga buah lagu hitsnya termasuk lagu 'Kosong'. Sementara itu, Yatt pula tampil dipentas bicara santai bersama Noryn dan Najwa. Kupasan yang diberikan banyak berkisar penghijrahan masing-masing kecuali Najwa yang menceritakan bagaimana beliau mula dikenali di Youtube. Noryn ketika berucap di majlis itu berharap penghijrahannya akan berkekalan buat semalamanya kerana ketenangan begitu dirasai sejak berhijrah. "Noryn memohon pada semua supaya turut mendoakan semoga Noryn sentiasa istiqamah dalam penghijrahan ini,"ujarnya. Bagi Yatt, hijrah sahaja belum mencukupi sekiranya tidak ditambah dengan ilmu. Kerana itu menurutnya, beliau sering mengikuti kuliah agama yang disampaikan oleh beberapa orang tokoh ulamak. Noryn terkenal sebagai artis irama jazz sering muncul membuat persembahan di majlis-majlis koprat. Najwa Latif pula melahirkan rasa terima kasih kepada seorang bloger yang memuatkan kisah berhubung dirinya sehingga membuatkan tontonan youtube nyanyiannya meningkat lebih 2,000 permulaannya. "Saya tahu sekiranya kisah saya tidak ditulis oleh seorang abang dalam blognya, saya yakin saya tidak akan dikenali masyarakat,"ujarnya. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar, ketika berucap pada majlis itu memberitahu penghijrahan para artis, tidak bererti berkuburnya kerjaya mereka sebagai seorang artis. Menurutnya, masih banyak ruang yang boleh mereka ceburi dalam bidang itu, kerana seni dan hiburan tidak dihalang oleh Islam selagi ianya tidak bercanggah dengan Islam. Katanya, kerajaan negeri menganjurkan pertandingan Wanita Kelantan Got Telent 2 khusus untuk mencungkil bakat baru disamping untuk memberi peluang mereka berhibur secara tertutup. Sementara itu, Tuan Nor Fatin Tuan Yusof, muncul johan dalam pertandingan itu dengan lagu Nirmala yang dipopularkan Datuk Siti Nurhaliza. Manakala johan tarian pula dimenangi Kumpulan Jastera dari Kota Bharu. Program ini diadakan disebelah pagi, dimana Noryn Aziz sebagai ketua juri. Sempena majlis ini juga diadakan demontrasi tudung oleh perunding imej Mastura Mansur dari Profesional Trainer Training International Sdn Bhd dan Yatt Hamzah. Sambutan penyertaan pertandingan tahun ini begitu meningkat berbanding tahun lalu sehingga 100 peratus apabila 75 peserta memohon untuk mengambil bahagian. Turut berucap pada majlis itu, Anggota Dewan Negara, Khairiah Mohamed. Hadir sama, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim dan Pengarah Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Zainiah Halim. Harakahdaily/- |
Foto intim mirip Anwar sudah dijangka, taktik basi serang Pakatan Posted: 16 Mar 2013 08:04 PM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - SHAH ALAM – Penyebaran gambar perlakuan intim seorang lelaki yang didakwa mirip Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai taktik basi digunakan pihak lawan untuk 'menyerang' Pakatan Rakyat (PR). Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Mohamed Talha mendakwa, taktik itu sudah diketahui umum memandangkan ia kerap dimainkan menjelang pilihan raya umum (PRU) dan orang ramai juga sudah boleh 'menghidu' dalang di sebalik penyebaran gambar berkenaan. "Ia sudah jadi tidak relevan lagi. Biar mereka (individu tidak bertanggungjawab) buat selalu (perkara sebegini). Kelak rakyat sendiri akan jemu dan menolak mereka. "Tindakan mereka itu ibarat sudah musnahkan masa depan politik sendiri," katanya ketika diminta mengulas berhubung satu blog yang memuatkan entri memaparkan 13 gambar perlakuan intim seorang lelaki mirip Anwar dengan seorang lagi lelaki lain. Haniza yang juga Adun Taman Medan mendakwa, pihak yang tidak bertanggungjawab itu tidak mempunyai modal lain dan terdesak sehingga terpaksa mengeluarkan gambar berunsur lucah untuk menjatuhkan PR. Beliau bagaimanapun yakin PR tidak akan tergugat dengan 'serangan' ini memandangkan rakyat sudah muak dengan taktik tersebut. "Sepatutnya dalam politik, kita kena tumpukan kepada perkara berkaitan dasar dan polisi untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, bukannya menggunakan politik durjana," katanya. Timbalan Setiausaha DAP Negeri, Ng Suee Lim berkata, PR sudah menjangka serangan taktik kotor akan menjadi semakin rancak digunakan pihak tidak bertanggungjawab menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), terutama terhadap Anwar. "Ini kerana, beliau (Anwar) yang kita (PR) tonjolkan sebagai ketua umum dan bakal perdana menteri jika PR berjaya membentuk kerajaan dalam PRU akan datang. "Sejak 15 tahun lalu, beliau sudah jadi sasaran utama parti politik, penulis blog dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak memihak kepada PR untuk menyerang beliau antaranya isu liwat I dan II, kemudian dikait dengan video seks bersama seorang wanita," katanya. Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, ia bukan perkara baru yang dilakukan pihak tertentu, sebaliknya mereka yang terlibat hanya 'kitar semula' isu berkenaan. "Ini satu tindakan tidak bermaruah dan politik kotor kerana tiada fakta yang jelas untuk membuktikannya. Sepatutnya, dalam politik ini, kita hanya 'bertempur' dari segi idea, bukan dengan cara seperti ini. "Saya percaya, rakyat kini sudah bijak menilai mana (perkara) yang betul," katanya. Sinar harian/- |
Hadi: Pas tanding 76 kerusi parlimen, tambah 10 Posted: 16 Mar 2013 06:58 PM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA TERENGGANU – Pas dijangka bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Jumlah kerusi yang dinyatakan itu juga menunjukkan pertambahan sebanyak 10 kerusi kepada Pas berbanding pilihan raya umum sebelumnya yang menyaksikan parti itu bertanding di 66 kerusi parlimen sahaja di seluruh negara. Perkara itu disahkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan merujuk bahawa pihaknya akan bertanding lebih satu pertiga daripada jumlah kerusi Parlimen bagi memastikan Pas menjadi teras politik negara untuk menggantikan Umno. Berdasarkan pertambahan kerusi yang disebutkan itu juga, Abdul Hadi tidak menolak kemungkinan berlaku pertambahan kerusi lain melebihi 76 buah sekiranya terdapat perubahan yang menyebelahi parti itu pada saat-saat akhir. "Kita kena ingat kerusi parlimen seluruh Malaysia ada 222. Daripada jumlah itu, saya hendak beritahu, insya-ALLAH Pas akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi. "Kita bertanding lebih satu pertiga daripada jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan seluruh negara. Insya-ALLAH mungkin akan ada lagi (pertambahan kerusi) jika rakan-rakan kita dalam PR memberi lagi kerusi kepada kita untuk bertanding," katanya ketika menyampaikan ceramah di Chabang Tiga, di sini. Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Marang itu mengulangi kenyataannya supaya mana-mana pihak tidak terpengaruh dengan dakwaan bahawa DAP bakal menerajui negara sekiranya PR menang pada PRU13. Abdul Hadi berkata, dengan jumlah kerusi yang dipertandingkan parti itu, DAP masih belum layak untuk menerajui pentadbiran kerajaan. "DAP bertanding dalam 50 hingga 60 kerusi dan jika dia boleh menang 50 kerusi pun, masih tidak boleh hendak memerintah Malaysia ini. "Oleh itu, usahlah terpengaruh dengan dakyah Umno-Barisan Nasional (BN). Mereka letak calon bukan Melayu di 21 kerusi majoriti orang Melayu. Umno telah beri kerusi kepada MCA, MIC dan Gerakan," katanya. Sinar harian/- |
330 juta pengguguran kandungan di China Posted: 16 Mar 2013 06:17 PM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Peraturan satu anak hadkan pertambahan penduduk BEIJING: Hampir 330 juta pengguguran dilakukan di China dalam tempoh 40 tahun sejak pertama kali pelaksanaan langkah untuk mengehadkan pertambahan penduduk di negara dengan jumlah populasi terbesar di dunia itu, kata data rasmi. China mengumumkan perubahan struktur dalam sistem perancangan keluarganya yang menyelia dasar seorang anak ketika mesyuarat tahunan mengenai perundangan kebangsaan di Beijing yang sedang berlangsung. Selepas perubahan itu, China akan mematuhi dan meningkatkan dasar perancangan keluarga", Ma Kai, Setiausaha Agung Majlis Negara, Kabinet China Data yang disiarkan melalui halaman web kementerian kesihatan awal tahun ini menunjukkan bahawa mulai 1971 sebaik saja China mula menggalakkan penduduknya mengurangkan anak, sejumlah 328.9 juta pengguguran sehingga 2010 dijalankan di negara itu yang mempunyai sejumlah 1.35 bilion penduduk. Pembangunan ekonomik China berkata dasar seorang anak yang diperkenalkan mereka awal 1980-an menghalang lebihan penduduk dan meningkatkan pembangunan ekonomik. Dasar terbabit mengecualikan beberapa keluarga luar bandar, etnik minoriti dan pasangan yang kedua-dua adalah anak tunggal. Bagaimanapun gesaan supaya sekatan itu dihentikan semakin meningkat berikutan kadar buruh negara itu yang kian berkurangan selain bertambahnya golongan tua. Kumpulan hak asasi kemanusiaan mengkritik apa yang disifatkan mereka sebagai langkah penguatkuasaan keras. Di bawah dasar berkenaan, keluarga di bandar biasanya dibenarkan untuk memiliki hanya seorang anak manakala keluarga di luar bandar boleh memiliki anak kedua jika anak pertama mereka adalah perempuan. Mereka yang melanggar peraturan itu akan dikenakan denda. Ahad lalu, kerajaan mengumumkan penggabungan Suruhanjaya Perancangan Keluarga dan Agensi Penduduk Kebangsaan yang memantau dasar terbabit bersama kementerian kesihatan dalam satu langkah yang disifatkan media tempatan sebagai bertujuan meningkatkan dan bukan mengabaikan dasar seorang anak. "Selepas perubahan itu, China akan mematuhi dan meningkatkan dasar perancangan keluarga," kata Setiausaha Agung Majlis Negara, Kabinet China, Ma Kai yang dipetik agensi berita rasmi Xinhua, ketika langkah itu diumumkan. Langkah itu termasuk dalam satu laporan mengenai penstrukturan semula kerajaan dibentangkan kepada Kongres Penduduk Kebangsaan yang akan mengakhiri tahunannya pada Ahad ini. - AFP |
Militan Sulu mungkin guna ilmu sihir Posted: 16 Mar 2013 06:08 PM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KOTA BHARU- Desas-desus tentang penggunaan ilmu hitam atau sihir oleh militan Sulu mungkin ada kebenarannya. Perkara ini diakui Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Shamsuri Shafie tidak menolak kemungkinan wujudnya amalan sihir di sebalik konflik melanda negara lebih sebulan lalu itu. "Memang maklumat dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan sihir dan ilmu hitam adalah amalan mereka untuk mempertahankan diri dan menjadi kebal. "Malah saya difahamkan ada dalam amalan yang memerlukan mereka berendam semalaman dengan bacaan mantera tertentu mungkin untuk mendapatkan kekebalan dan menyebabkan tentera kita tidak nampak kewujudan mereka," katanya kepada Sinar Harian. Tidak menafikan setiap kejadian berlaku dengan izin Allah, Shamsuri yang juga pengamal perubatan Islam berkata, amalan sihir sememangnya wujud walaupun mempercayainya adalah syirik. Menurutnya, militan Sulu sedar mereka kekurangan dari segi kelengkapan kerana itu mencari kekuatan lain untuk mempertahankan diri, menyebabkan mereka memilih mengamalkan sihir dan ilmu hitam bagi mendapatkan kekebalan diri. Menasihatkan agar tentera negara di perbatasan sentiasa mengingati Allah dan tidak leka, Shamsuri berkata, amalan- amalan sihir ini mampu ditundukkan dengan ayat-ayat suci al-Quran. "Kita nak berperang kena ingat Allah, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita. Baca doa, atau ayat- ayat tertentu misalnya, al-Fatihah dan ayat Kursi supaya kita sentiasa berada dalam keadaan benar dan tidak lalai," katanya. Sinar harian/- |
Posted: 16 Mar 2013 06:05 PM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - HULU SELANGOR - "Dia sangat ceria malam tadi, sempat hidangkan kami masakan istimewa, tapi berita kematiannya tadi (semalam) sangat mengejutkan kami," kata chef Yah, 31, rakan Rossdy Mustapha, 24, yang maut dalam kemalangan motosikal pagi semalam. Menurut Yah, Rossdy merupakan tukang masak di sebuah restoran masakan Thailand, dekat sini, dan semasa kejadian mangsa dipercayai menunggang sendirian dalam perjalanan menghala Sungai Choh. Katanya, kejadian berlaku di persimpangan tiga Jalan Bunga Kertas antara Jalan Bukit Beruntung-Sungai Choh. "Kami terkejut ketika menerima berita kematiannya dan seperti tidak percaya kerana malam tadi (kelmarin) kami semua ceria bersamanya. "Dia kelihatan sangat ceria dan bergurau dengan adiknya, Sham," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Yah berkata, mangsa yang lebih mesra dipanggil Along kebelakangan ini dilihat murung tanpa diketahui puncanya. Menurutnya, mangsa meninggalkan isteri dan dua anak yang menetap di Kelantan. Seorang saksi, Rosharizat Roslan, 28, berkata, motosikal dinaiki mangsa dipercayai merempuh van yang tiba-tiba membelok di persimpangan tersebut. "Mangsa masih bernyawa ketika itu tapi tidak mampu berkata-kata. Saya mahu membantu tapi tidak tahu bagaimana. Saya cuma dapatkan telefon bimbit mangsa dan menghubungi majikannya serta adiknya," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa mati akibat kecederaan di bahagian kepala dan dagu. Menurutnya, kemalangan berlaku jam 9.30 pagi melibatkan motosikal dinaiki mangsa dengan sebuah van sekolah yang membawa empat penumpang dipandu Muhamad Azmi, 52. "Siasatan mendapati van terbabit cuba membelok ke kanan ke Jalan Bunga Kertas dan masa itu penunggang motosikal dari arah Bukit Beruntung ke Sungai Choh sampai dan terlanggar bahagian pintu depan sebelah kiri van. "Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang penumpang van dirawat di Hospital Sungai Buloh sementara pemandu serta penumpang lain tidak cedera," katanya. Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sinar harian/- |
Posted: 16 Mar 2013 06:00 PM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - LAHAD DATU - Ketua pengganas, Azzumudie Kiram atau Agbimuddin Kiram yang dipercayai melarikan diri ke selatan Filipina kelmarin disifatkan sebagai pengecut dan kejam kerana meninggalkan pengikutnya berdepan pasukan keselamatan di kawasan operasi Op Daulat. Sebagai ketua pengganas, tindakan itu menunjukkan mereka kalah dan hendaklah meletakkan senjata segera selepas melanggar kedaulatan Malaysia. Peneroka, Jigga Aktajak, 60, berkata, langsung tidak masuk akal perbuatannya itu membuatkan pengganas lain bertempur, sedangkan dia hilang. "Sudahlah ceroboh dan buat kacau di negara orang, kemudiannya larikan diri. Memang dia penakut dan pengecut. "Jika benar, berdepanlah dengan pasukan keselamatan kita. Jangan cuba buat kacau dengan kita, kemudiannya cuci tangan. Peralatkan orang yang taksub dengan kesultanan Sulu," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Malam kelmarin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dalam sidangnya akhbar bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mendedahkan adik Jamallul Kiram III itu tidak mungkin berada di kawasan operasi pembersihan dalam gugusan Labian di Tungku, kerana pasukan keselamatan tidak menemui sebarang petanda kehadirannya. Katanya, berdasarkan maklumat dan risikan diperoleh pasukan keselamatan mereka berpendapat dan berkeyakinan besar Azzumudie sudah meninggalkan pengikutnya yang berada di kawasan Op Daulat. Menurut Jingga, tindakan pencerobohan yang dilakukan juga sudah mencerminkan siapa mereka sebenarnya, oleh itu pasukan keselamatan hendaklah mengambil tindakan segera yang sepatutnya. Bagi, Mat Terawih Payau, 50, Azzumudie sememangnya orang yang paling dibenci sejak hari pertama pencerobohannya bersama sekumpulan pengganas bersenjata. "Kehadirannya langsung tidak diundang. Kami tidak mahu dia berada di negara yang berdaulat. Sepatutnya dia lari bersama pengganas lain, bukan bersendirian. "Lihat tindakannya, jelas seorang yang pentingkan diri, buat kacau dan lari bersendirian. Biarkan yang lain berdepan dengan pasukan keselamatan kita," tegas lelaki separuh abad itu. Ujarnya, sebagai seorang Islam, Azzumudie tidak patut menyerang negara Islam lain, lebih-lebih lagi negara berdaulat dan memiliki perundangan. "Untuk apa serangan dilakukan pun kita tidak tahu, kami tidak mahu dia berada di Sabah lagi," katanya. Sementara itu, Amzah Assan, 30, berkata, sebagai penduduk Sabah, dia mengharapkan pasukan keselamatan dapat membuat pendakwaan segera kepada Azzumudie. "Orang yang melanggar kedaulatan negara kita tidak sepatutnya dibiarkan lebih lama mengambil kesempatan menceroboh Malaysia. "Tindakan kepadanya dan konco-konconya akan membuatkan pihak lain lebih berjaga-jaga untuk terus cuba-cuba menceroboh negara orang," katanya. Sinar harian/- |
Wira Lahad Datu 'syahid dunia' Posted: 16 Mar 2013 05:59 PM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan anggota dan pegawai keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Sabah sebagai 'syahid dunia'. Kenyataan dibuat Harun itu sekali gus menolak tanggapan sesetengah pihak yang mempertikaikan status kematian perwira negara sebelum ini dan menjelaskan mereka terkorban kerana mempertahankan keselamatan negara daripada pencerobohan kumpulan bersenjata warga Filipina di Sabah. "Kalau mereka mahu pertahan negara itu (mati) syahid (iaitu) syahid dunia, bukan syahid dunia akhirat," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Makan Malam Dana Pilihan Raya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Parlimen Kuala Nerus, di Kuala Ibai, di sini. Hadir sama, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali. Harun yang juga Adun Manir berkata, syahid ada dua iaitu syahid dunia dan syahid dunia akhirat. Bagaimanapun beliau menjelaskan, kematian perwira terbabit tidak dikategorikan syahid dunia akhirat kerana tidak jelas niat sebenar mereka sama ada untuk pertahankan negara, membela Islam atau sebab-sebab lain. "Syahid dunia akhirat ini adalah syahid memperjuangkan dan mempertahankan Islam atau mengembangkan Islam. Jadi, apabila mati di medan perang maka dikata syahid dunia akhirat," katanya. Sinar harian/- |
Christopher Presiden Majlis Peguam, panel disiplin siasat isu SD kedua Bala Posted: 16 Mar 2013 05:57 PM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Presiden baru Majlis Peguam, Christopher Leong berkata beliau akan melibatkan semua pemegang kepentingan termasuk badan kehakiman dalam mencari jalan bagi mempertingkatkan standard profesion guaman. Leong berkata, Majlis Peguam juga berkongsi kebimbangan yang disuarakan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mengenai standard ahli majlis dan anggota badan kehakiman. "Kita akan menemui Ketua Hakim Negara dan pegawai kanan badan kehakiman untuk mencari jalan ke arah memperbaiki diri sendiri dan badan kehakiman," katanya. Leong, yang mengambil alih jawatan itu daripada Lim Chee Wee berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pertama sebaik selesai Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-67 semalam. Pada mesyuarat AGM itu, katanya ahli badan itu melahirkan kebimbangan bahawa peguam tidak diberi masa yang cukup untuk melakukan penghujahan dan dalam beberapa insiden, mereka tidak dilayan dengan sopan oleh hakim. "Mereka percaya hakim perlu memberi alasan penghakiman yang lebih khusus dan menyeluruh dan bukan secara luas khususnya di mahkamah tertinggi kerana ia tidak cukup berhubung titik penting dalam undang-undang," katanya. Barisan baru dalam kepemimpinan Majlis Peguam turut merangkumi Naib Presiden, Steven Thiru; Setiausaha Agung, Richard Wee Thiam Seng dan Bendahari, Karen Cheah Yee Lynn. Pada AGM itu, seramai 1,304 ahli Badan Peguam Malaysia turut bertafakur seminit bagi menghormati 10 wira negara yang gugur termasuk seorang selepas kemalangan jalan raya ketika bertempur dengan pengganas Sulu di Sabah. Mengenai usul utama yang diperdebatkan oleh ahli, Leong berkata, mereka mendesak supaya seorang peguam kanan yang terbabit dalam menyediakan akuan bersumpah (SD) kedua kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu disiasat dan dirujuk ke Lembaga Disipilin untuk tindakan susulan. Leong berkata, Majlis Peguam tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat atau memaksa sesiapa untuk menjawab sebarang aduan atau dakwaan berbanding Lembaga Disiplin yang mempunyai kuasa statutori untuk berbuat demikian. Beliau memperjelaskan bahawa usul itu ditarik balik oleh pencadang selepas berhujah hampir 90 minit dan akhirnya penjelasan ahli majlis bahawa inkuiri mengenai perkara itu sedang dalam peringkat akhir dan akan dirujuk ke Lembaga Disiplin. "Selepas apa yang didedahkan pada AGM ini dan kenyataan sebelum ini oleh peguam berkenaan dan ahli perniagaan (Deepak Jaikishan) sejak beberapa bulan lepas, adalah wajar untuk Lembaga Disiplin menyiasat lanjut kemungkinan berlaku salahlaku profesional oleh peguam kanan itu yang dikaitkan dalam SD kedua itu," katanya. Ditanya sama ada majlis itu akan membuat laporan polis, Leong mengesahkan bahawa pencadang telah memaklumkan pada AGM itu bahawa dia berhasrat membuat laporan tetapi bukan dengan majlis itu ketika ini. - Bernama |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan