Nuffnang

:: cina islam | 2011 ::

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:30 PG

:: cina islam | 2011 ::


6 tokoh Imam Muda isytihar sokong PAS

Posted: 16 Mar 2013 03:02 AM PDT

4 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Seramai enam tokoh Imam Muda mengisytiharkan sokongan kepada PAS sempena Xpresi Ulama Muda Haraki yang berlangsung di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol, Perak.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairudin Aman Razali mengumumkan perkara itu di pentas expresi tersebut.

Mohd Fakhrurrazi Hussin mewakili 6 orang Imam Muda berucap dan menyatakan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan berikrar akan turut membantu perjuangan Islam sehinggalah bumi Allah dapat diimarahkan dengan syariat-Nya.


Selain Mohd Fakhrurrazi (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim ( IM Ar Razi)

Pilihan raya Umum ke-13 menjadi turning point untuk melakukan perubahan dalam negara kita dan Ulama Muda Haraki akan Memacu Kebangkitan dan Memimpin Perubahan.

Insya Allah seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut menyatakan sokongan kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam sempena Pentas Ulama Haraki di tapak program yang sama.



(VIDEO) Ribut melanda sebaik saja Najib membuat tuduhan 7 Dosa Besar

Posted: 15 Mar 2013 10:33 PM PDT

4 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


ACARA yang berlangsung di Kelantan..


Tiba-tiba.. Ribut melanda sebaik saja Najib membuat tuduhan kononnya ada 7 Dosa Besar Pembangkang Terhadap Rakyat & Umat Islam. Rupa-rupanya langit persis tidak bersetuju dengan kenyataan Najib itu, lalu turunlah ribut menghentam program Najib berkenaan. 



Kisah ribut yang meghentam program Najib di Kelantan Serambi Mekah itu tentu tidak disiarkan oleh BERNAMA dan media massa pencacai UMNO.

Lihat video ini..
Dengan jelas video ini memaparkan khemah yang disediakan beterbangan umpama dilanda puting beliung sebaik sahaja Najib terus menabur fitnah dan adu domba kononnnya Pakatan Rakyat hanya tahu berjanji tapi tidak pernah ditepati.

Lihat gambar di bawah ini.
  

  
Sejurus setelah Najib selesai menghabiskan ucapan, disusuli dengan iringan lagu-lagu memuja Barisan Nasional (BN), tiba-tiba angin yang kuat melanda sekitar tapak himpunan menyebabkan tiga buah khemah besar yang dikhaskan untuk penduduk terbang melayang dan hampir mengenai beberapa buah yang lain.


Beberapa saksi memberitahu Najib kelihatan terkejut beruk.. 

http://www.ibnuhasyim.com

Rumah NGO Pengerang disimbah cat merah

Posted: 15 Mar 2013 09:59 PM PDT

4 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Rumah Pengerusi NGO Pengerang, Anis Afida Azli telah disimbah cat merah hari ini, dua minggu selepas beliau menerima ugutan berbentuk batu nisan yang digantung di hadapan rumahnya.

Kejadian yang berlaku itu disedari oleh ahli keluarga beliau pada awal pagi hari ini, lapor Nusajaya Kini.

Pada 24 Februari yang lalu, Anis bersama dua orang lagi ahli jawatankuasa NGO Pengerang telah menerima batu nisan yang tertera nama dan tarikh kematiannya dan dua orang ahli jawatankuasa terbabit.

Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bandar Penawar terhadap insiden yang menimpa beliau itu.

Harakahdaily/-

Kereta dinaiki Tian Chua diserang di Pulau Pinang

Posted: 15 Mar 2013 09:55 PM PDT

4 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Sekumpulan 50 lelaki yang mendakwa mewakili pelbagai NGO bertindak ganas malam tadi ketika kereta dinaiki Naib Presiden PKR Tian Chua meninggalkan bangunan Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang kira-kira jam 11.15 malam tadi.


Tian Chua - yang dituduh di mahkamah bawah Akta Hasutan pada Khamis lalu ekoran didakwa mengaitkan Umno dengan penceroboh Lahad Datu - sebelum itu bercakap di majlis makan malam PKR di Jalan Masjid Kapitan Keling.


NONE
Kumpulan itu menendang kereta, menumbuk cermin kereta serta membaling topi keledar dan botol air mineral ketika kereta itu meninggalkan tempat berkenaan.



"Mana Tian Chua? Tian Chua musuh negara!" jerit seorang lelaki, sementara rakannya dalam kumpulan itu kemudiannya menyambung: "Saya ada kawan yang mati di Lahad Datu."



Ketika dihubungi, Tian Chua yang ketika itu dalam perjalanan keluar daripada Pulau Pinang, berkata melalui SMS: "Saya tak boleh tunggu. Kena elak konfrontasi."


Malaysiakini/-

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP