Jumaat, 1 Mac 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


1,600 rumah ditenggelami air

Posted: 01 Mar 2013 12:25 AM PST

18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Seorang wanita menaiki sebuah lori pikap meredah sebatang jalan yang dinaiki air sambil disaksikan sekumpulan kanak-kanak perempuan di Narathiwat, kelmarin. - AFP 
 
NARATHIWAT 28 Feb. - Lebih 1,600 buah rumah di tujuh daerah di Narathiwat ditenggelami air selepas hujan lebat melanda wilayah itu, sejak tiga hari lalu.

Lebih 6,500 penduduk di kawasan itu terpaksa dipindahkan ekoran kejadian tersebut.
Akhbar Bangkok Post melaporkan hujan lebat menyebabkan banjir di kawasan sekitar Sungai Golok, Si Sakhon, Chanae, Waeng, ChoAirong, Rueso dan Tak Bai di Narathiwat.

Banjir terburuk dilaporkan di daerah Sungai Golok dengan paras air naik antara 60 sentimeter dan 80 sentimeter, memaksa 130 orang daripada 17 keluarga dipindahkan ke tempat pemindahan sementara.
Kira-kira 24 batang jalan raya di enam daerah di Narathiwat juga terputus hubungan selepas paras air banjir naik antara 50 sentimeter dan 80 sentimeter.

Sebanyak empat buah sekolah di daerah Rangae, Muang Narathiwat dan Waeng ditutup ekoran banjir itu.
Di Songkhla, seluas 51.2 hektar kawasan sawah di daerah Rattaphum musnah akibat banjir.
Seorang petani, Sumeth Kwanprod berkata, kawasan sawah seluas 1.6 hektar miliknya ditenggelami air sejak beberapa hari lalu selepas hujan lebat.

''Semua petani tidak bersedia menghadapi banjir dan air naik dengan cepat selepas hujan lebat,'' katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pembendungan dan Pengurangan Bencana Alam, Chatchai Promlert berkata, hujan lebat menyebabkan wilayah selatan negara ini dilanda banjir terutama di Yala, Phatthalung, Narathiwat dan Songkhla.

''Setakat ini, sebanyak 100,000 orang daripada 26,713 keluarga di empat wilayah di selatan negara ini terpaksa dipindahkan akibat banjir,'' katanya. - AGENSI


Syarikat telco putar alam

Posted: 01 Mar 2013 12:24 AM PST

18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Syarikat telco putar alam
Kwee Hoh menunjukkan dokumen dengan syarikat telekomunikasi berkenaan.
IPOH - Seorang pemilik syarikat pemborong barangan elektrik kecewa apabila telefon pintar model iPhone 5 yang dijanjikan sebuah syarikat telekomunikasi (telco) terkenal sejak lapan bulan lalu tidak diterima sehingga kini.

Mangsa, Hew Kwee Hoh, 45, mendakwa ditipu syarikat tersebut melalui pakej yang ditawarkan kepadanya.

Dia yang berasal dari Buntong Tambahan berkata, sewaktu perbincangan mengenai pakej tersebut, syarikat berkenaan berjanji untuk memberi sebuah telefon pintar dengan nilai yang ditetapkan.

"Pada mulanya, mereka menawarkan saya telefon pintar model Samsung Galaxy S3 namun saya menolaknya kerana menggunakan model yang sama. Kemudian saya memohon untuk menukarkannya kepada i-Phone 5.

"Bagaimanapun, selepas menggunakan lapan nombor melalui pakej tersebut sejak Julai lalu, telefon pintar yang dijanjikan masih belum diterima, " luahnya dengan nada kesal.

Disebabkan tidak berpuas hati, Kwee Hoh membuat aduan berhubung masalahnya kepada pihak atasan namun syarikat telekomunikasi terbabit seolah-olah cuba lepas tangan.

"Saya telah menghubungi dan berjumpa dengan mereka hampir empat kali untuk mendapat penjelasan tetapi terlalu banyak alasan yang diberikan.

"Malah, saya pernah turun ke ibu pejabatnya sebanyak dua kali untuk mengetahui situasi sebenar berhubung perkara tersebut.

"Kemudian, syarikat tersebut bertindak menghantar wakilnya ke rumah saya untuk mengambil semula dokumen peribadi dan syarikat milik saya dan sekali lagi berjanji akan memberikan telefon pintar itu dalam tempoh seminggu.

"Namun, sekali lagi saya kecewa kerana masih tidak menerima telefon itu," katanya.

Bagaimanapun, pada  21 Februari lalu, Kwee Hee berkata, dia dihubungi pekerja syarikat telekomunikasi yang meminta beliau menandatangani semula kontrak baru.

Berang dengan tindakan syarikat terbabit, dia enggan menurunkan tanda tangan pada perjanjian baru itu kerana berasa tertipu dengan syarikat telekomunikasi berkenaan.

Katanya, beliau sangat kecewa dan ingin menghentikan pakej perkhidmatan talian tetap yang digunakan itu tetapi dikenakan penalti sebanyak RM150 sebulan untuk satu talian memandangkan pakej itu telah menetapkan kontrak selama dua tahun.

Sementara itu, Ketua Urusetia Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Negeri, Mohd Rawi Abdullah menasihatkan supaya masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai tawaran menarik yang dikemukakan syarikat telekomunikasi.

"Jika berminat, mereka perlu meneliti terlebih dahulu perjanjian yang diberikan sebelum menandatanganinya.

"Sejak pertengahan tahun lalu hingga kini kami sudah menerima lebih kurang 10 kes berhubung penipuan membabitkan syarikat komunikasi.

"Kami akan membuat aduan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan agar tindakan sewajarnya diambil kepada mana-ana pihak yang melakukan penipuan ini," katanya.

sinar/-

Terjun lori elak ditahan

Posted: 01 Mar 2013 12:20 AM PST

18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Terjun lori elak ditahan
Seorang pati terpaksa didukung dua rakannya.
Terjun lori elak ditahan
Dua anggota imigresen menahan seorang Pati wanita.
JOHOR BAHRU – Hasrat seorang pendatang asing tanpa izin (Pati) untuk melarikan diri daripada ditahan pihak berkuasa tidak kesampaian apabila lelaki itu patah kaki ketika terjun daripada sebuah lori.

Penolong Pengarah Imigresen, Masri Adul berkata, kejadian itu berlaku apabila anggota peronda dalam dalam Operasi Serkap di Bukit Dagang, Pasir Salam Ulu Tiram, kira-kira jam 9.30 pagi hingga 12 malam, kelmarin, ternampak sebuah sebuah lori merah yang ditutupi kanvas dalam keadaan mencurigakan.

"Menyedari kehadiran anggota Imigresen ketika itu menyebabkan kebanyakan penumpang yang berada di dalam lori itu panik sehingga sanggup terjun dari kenderaan berkenaan lalu melarikan diri.

"Kebanyakan mereka menyorok di kawasan semak malah ada yang berani terjun ke sungai," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata seorang daripada Pati mengalami patah kaki semasa terjun daripada kenderaan terbabit.

Turut ditahan tiga orang tempatan disyaki menjadi dalang tekong darat dalam penyeludupan migran.

Dalam operasi itu, seramai 21 Pati warga Indonesia dan daripada jumlah itu, seramai 13 lelaki dan 8 perempuan berumur 19 hingga 53 tahun ditahan kerana tidak mempunyai permit perjalanan yang sah selain tinggal lebih masa.

Hasil siasatan, Pati berkenaan datang dari Pahang, Kuala Lumpur dan Melaka dengan menaiki kereta api dan bas ke Terminal Larkin, di sini.

"Teksi dan kereta persendirian akan ke lokasi ditetapkan oleh tekong yang menguruskan Pati dengan caj bayaran RM1,000 hingga RM1,300 setiap seorang," katanya.

Katanya, kesemua Pati dihantar ke Depo Imigresen Pekan Nenas untuk tindakan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan d ibawah Seksyen 6(1)(C)dan 15(1)(c) Akt Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pas dan permit sah dan tinggal lebih masa.

"Kesemua Pati juga disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Atipsom 2007 dan Akta Pasprt 1960," katanya.

sinar/-

Iklan Najib di Youtube, berapa kosnya?

Posted: 01 Mar 2013 12:18 AM PST

18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Belum lagi terjawab berapakah jumlah yang telah dibelanjakan dari duit rakyat untuk membeli semuka penuh iklan di akhbar Washington Post bagi tujuan mengucapkan tahniah kepada Rosmah pada April 2011 lalu, kini terpampang pula iklan Moving Forward Together With Najib Raza' di laman utama Youtube.
Promosi habis-habisan pembinaan imej Presiden Umno dalam rangka untuk mengekalkan tampuk kuasa menjelang PRU13 ini, tentunya menelan jutaan ringgit lagi wang rakyat.

Tak cukup dengan memanipulasikan segenap ruang media perdana yang ada di Malaysia, sedang berlangsung sekarang jelajah Presiden dan Timbalan Presiden Umno ke seluruh negara untuk berkempen yang kosnya juga dibayar dari wang rakyat, menggunakan kemudahan milik rakyat sama ada pesawat khas yang dinaiki, helikopter, sekolah atau premis milik rakyat, peruntukan jamuan yang dibayar dari duit rakyat, cenderahati untuk Presiden Umno juga dibeli dari duit rakyat, belum lagi dikira kakitangan kerajaan yang sepatutnya berkhidmat untuk rakyat tetapi dikerah hadir ke program Presiden Umno dengan dibayar sagu hati dari duit rakyat juga.

Pendek kata setiap langkah yang diatur Presiden Umno bagi tujuan kempen mengekalkan kuasa ditanggung oleh rakyat. Takrif rakyat tentunya bermakna bukan hanya yang penyokong Umno dan BN.

Memang tepat ungkapan bahawa Umno akan mati bila hilang kuasa, kerana tonik yang memacu kelangsungan umno adalah wang dan wang tersebut adalah wang rakyat!

Hanya dengan memiliki kuasa yang membolehkan wang rakyat menjadi wang Umno!

Bagaimana caranya?

Sangat mudah bagi mereka yang berada di puncak kuasa.

BR1M, Bantuan Awal Persekolahan semuanya dari duit rakyat, tetapi sebelum menerimanya, rakyat dipaksa mendengar ucapan berbentuk bebelan panjang dari pemimpin-pemimpin Umno yang bersyarah seolah-olah duit tersebut mak bapak Umno yang bagi.

Persoalan lain, dengan promosi habis-habisan apakah posisi Umno benar-benar terdesak dan berada dalam kedudukan defensif menjelang 'pertempuran' paling sengit di medan PRU13 nanti?

harakahdaily/-

Terhumban dalam parit

Posted: 01 Mar 2013 12:18 AM PST

18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Terhumban dalam parit
menyelamatkan mangsa bersama seorang lagi adiknya, Mohd Shafie, 21 seterusnya membantu mengeluarkan motosikal mangsa Shaiful Shahrin menunjukkan lokasi kejadian kemalangan berla
KUALA KURAU - Seorang warga emas nyaris maut apabila terhumban ke dalam parit dipenuhi batu dan kayu tajam akibat gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya, di Kampung Parit Mat Ali, di sini, kelmarin.

Saksi kejadian, Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi,29, berkata, sewaktu kejadian jam 8.30 malam, dia sedang menonton televisyen bersama keluarga sebelum terdengar jeritan meminta tolong di kawasan parit berhampiran rumahnya.

Menurutnya, dia terkejut mendengar jeritan itu memandangkan ketika kejadian keadaan hujan lebat.

"Saya bersama adik bergegas keluar rumah dan mencari arah suara tersebut datang.

"Saya terlihat kelibat manusia yang sedang terkapai-kapai di dalam parit berdekatan rumah saya, meminta pertolongan," katanya kepada Sinar Harian.

Kata Shaiful Shahrin, dia lantas memanggil tiga lagi adik dan seorang sepupu untuk pergi ke tempat kejadian.

Jelasnya, mereka terkejut apabila melihat seorang warga emas berada di dalam parit bersama motosikalnya.

"Saya segera terjun ke dalam parit itu untuk menyelamatkan mangsa bersama seorang lagi adiknya, Mohd Shafie, 21 seterusnya membantu mengeluarkan motosikal mangsa yang berada di dasar parit itu.

"Mangsa yang dikenali sebagai Hamdan, 60, difahamkan hampir lemas berikutan kakinya terbenam di dasar parit dan turut tertindih motosikal miliknya," katanya.

Shaiful Shahrin berkata, mangsa bernasib baik kerana pada ketika itu air parit surut namun, warga emas berkenaan mengalami kecederaan di muka dan badan.

Katanya, mangsa turut menceritakan punca kegagalannya mengawal motosikal disebabkan matanya dimasuki serangga kecil sewaktu dalam perjalanan untuk makan sate di Batu 14, di sini.

"Mangsa yang berasal dari Kampung Parit Tok Hin, dekat sini turut menceritakan dia hampir tertusuk sebatang kayu tajam sewaktu motosikal ditunggangnya terjunam ke dalam parit," katanya.

Mangsa yang cedera dihantar pulang ke rumah kira-kira 15 minit selepas kejadian berlaku.

sinar/-

Badan Khairat Jabi tepis keraguan masyarakat

Posted: 28 Feb 2013 11:05 PM PST

18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -



Dr Azman (kiri) menyampaikan sumbangan BKKK kepada Ketua PAS Cawangan Gong Pasir kerana kematian ibunya.

SETIU: Bergerak di atas konsep bersama kita membantu saudara seperjuangan yang ditimpa ujian dan musibah, Badan Kebajikan dan Khairat Kematian (BKKK) Dun Jabi semakin kukuh mengorak langkah dalam melaksanakan objektifnya setelah menjangkau usia tiga tahun selepas penubuhannya pada 1 Januari 2011.


Pengarah MTD Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, dengan keahliannya yang kini mencapai angka 400 orang sepanjang 3 tahun, sebanyak RM20,000 telah dibelanjakan dalam bentuk sumbangan kematian dan RM5,000 dibelanjakan untuk sumbangan-sumbangan kebajikan yang lain.

"Fasa tahun pertama penubuhan yang dianggap sukar telah dilalui dengan jayanya terutama untuk pihak Jawatankuasa BKKK Jabi menepis keraguan dan kata-kata sinis masyarakat tentang kemampuan kewangan kami untuk melaksanakan objektif menyumbang RM1,000 bagi setiap kematian ahli dan kita meletakkan sasaran supaya wang sumbangan tersebut dapat diterima waris terdekat sebelum jenazah diusung ke tanah perkuburan," katanya yang juga Pengerusi BKKK Dun Jabi.

Beliau berkata, berkat kerja keras seluruh jawatankuasa yang terlibat, setakat 3 tahun yang pertama dengan angka 20 kematian ahli dan tanggungannya, janji sumbangan itu mampu dilaksanakan dan dibayar dengan ketepatan 100%.

Katanya, kepercayaan masyarakat yang diraih hasil kejayaan ini menyaksikan pertambahan mendadak jumlah keahlian pada tahun kedua penubuhan.

Setiap ahli, ujarnya hanya dikenakan yuran tahunan RM10 setahun serta setiap kali berlaku kematian ahli atau tanggungannya, mereka perlu menghulurkan sumbangan RM3 sahaja.

"Suatu kaedah yang sangat mudah dan praktikal tetapi hasilnya mengkagumkan sehingga menarik minat beberapa orang ahli Umno untuk turut mendaftar," ujarnya.

Menurutnya, pernah berlaku kematian seorang ahli di Felda Selasih yang dikenali sebagai lubuk Umno Dun Jabi.

"Kita hadir menghulurkan sumbangan RM1,000 ketika rumah si mati dipenuhi orang-orang kuat Umno Felda.

"Insiden secara kebetulan ini menjadi buah mulut mereka lantaran di Felda Selasih, mereka juga mempunyai khairat kematian dengan kutipan RM10 setiap ahli apabila berlaku kematian, tetapi jumlah sumbangan untuk waris simati hanya RM500. Kata mereka, orang PAS cuma kutip 3 riyal (RM3), mereka boleh bagi 1,000 riyal (RM1,000)," ujarnya.

Beliau memberitahu, fokus BKKK Dun Jabi, bukan hanya setakat dalam hal-hal kematian tetapi menjangkau aspek kebajikan yang lebih luas meliputi sumbangan ketika ahli dilanda musibah dan ujian, sumbangan Ramadhan dan Hari Raya, sumbangan anak-anak yatim dan sebagainya.

"Kita berhasrat menjadikan BKKK ini jambatan kukuh penghubung antara PAS Dun Jabi dengan masyarakat pelbagai peringkat dengan mempelbagaikan lagi program dan perancangan selaras dengan kemampuan kewangan yang dimiliki," katanya.

Tambahnya, perancangan terdekat adalah untuk memiliki sebuah van jenazah dan sebuah van pelbagai guna untuk pusat khidmat masyarakat Dun Jabi.

Sumbangan para dermawan sangat dihargai dan boleh disalurkan ke akaun MayBank 563046108671 atas nama Badan Kebajikan dan Khairat Kematian PAS Dun Jabi.

harakahdaily/-

Mahasiswa mohon RTM siar debat dengan PM

Posted: 28 Feb 2013 11:04 PM PST

18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -




Mohd Nadzir menerima surat daripada GM13.

KUALA LUMPUR: Gerakan Mahsiswa PRU13 (GM13) hari ini memohon RTM menganjurkan debat terbuka mahasiswa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara langsung.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu surat kepada Ketua Pengarah RTM, yang diserahkan di Angkasapuri tengah hari tadi.

Bagaimanapun surat permohonan tersebut diserahkan kepada Pengarah Pengurusan RTM, Mohd Nadzir Don di hadapan pintu gerbang Angkasapuri.

Mohd Nadzir memaklumkan Ketua Pengarah RTM tidak dapat menerima surat permohonan itu kerana beliau mempunyai urusan penting di luar.

Di dalam pertemuan tidak sampai 20 minit itu, Mohd Nadzir menegaskan mereka hanya boleh menerima surat tersebut tetapi tidak boleh memberi jaminan akan menganjurkan debat kerana ia melibatkan Perdana Menteri.

Beberapa wakil GM13 yang diketuai oleh Pengerusinya Syis Abdul Kadir tidak dibenarkan masuk, walaupun melebihi garisan pintu pagar utama Angkasapuri.

Kelihatan lebih 10 anggota polis sedang mengawal di pintu masuk utama Angkasapuri.

Menurut Syis, permohonannya itu untuk mengetahui maklum balas dari Perdana Menteri sendiri berhubung segala isu yang telah berlaku kepada mahasiswa sebelum ini terutama berkenaan manifesto mahasiswa dalam menghadapi PRU13.

Malah kandungan surat tersebut turut memaklumkan tarikh debat iaitu bermula sekarang sehingga 6 Mac 2013 dengan tajuk 'Barisan Nasional Jadikan Universiti Sebagai Kilang' bertempat di Angkasapuri RTM.

"Kami berharap permohonan ini mendapat perhatian demi menyuburkan nilai demokrasi serta memberi pendidikan politik untuk rakyat Malaysia," katanya.

harakahdaily/-

Jurutera bakar diri sendiri

Posted: 28 Feb 2013 11:03 PM PST

18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Jurutera bakar diri sendiri
Mangsa yang kelihatan rentung di bahagian kerusi belakang.
 
JELEBU – Akibat tidak tahan berhadapan dengan tekanan hidup, seorang jurutera yang dipercayai mempunyai masalah mental bertindak membakar dirinya sendiri di dalam kereta miliknya di Taman Bukit Kempas, Titi, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa, Chai Meow Cheong, 60, ditemui mati dalam keadaan rentung di dalam kereta Toyota Camry yang dipercayai dibakarnya sendiri.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Superintendan Setapa Yusof berkata, kejadian disedari oleh jiran mangsa yang ternampak kepulan asap hitam di dalam kereta tersebut yang terletak di bahagian depan rumah berkenaan.

Katanya, mangsa yang tinggal seorang diri itu, dipercayai mengalami tekanan dengan masalah hidup selain menghidapi sakit mental berikutan kad pesakit mental ditemui dalam rumahnya.

"Setibanya di lokasi kejadian, mangsa yang duduk di bahagian kerusi belakang dan keretanya didapati telah musnah terbakar 100 peratus.

"Siasatan awal mendapati mangsa mengalami tekanan perasaan sehingga menyebabkan dia sanggup membakar diri dan keretanya.

"Namun sehingga kini kita masih lagi mencari punca bagaimana kereta tersebut boleh terbakar sehingga menyebabkan mangsa rentung seluruhnya," katanya.

Setapa berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, adik kepada mangsa yang enggan dikenali memberitahu, kali terakhir dia berjumpa dengan abangnya adalah pada 12 Februari lalu, iaitu dua hari selepas Tahun Baru Cina.

Katanya, pada waktu itu, abangnya kelihatan seperti biasa dan tidak pernah menceritakan sebarang  masalah yang dihadapi.

"Sejak abang saya bercerai dengan isterinya beberapa tahun lalu, dia hanya tinggal seorang diri berikutan dua orang anaknya juga tinggal bersama bekas isterinya di ibu negara.

"Tiada sebarang perubahan yang ditunjukkan pada pertemuan makan malam bersama keluarga lalu, sehinggalah kami mendapat berita tentang kematiannya tengah hari tadi (semalam).

"Berita yang kami terima ini sangat mengejutkan kerana mangsa adalah seorang abang yang baik dan peramah dengan semua orang," katanya.

sinar/-

Dua anggota tentera M’sia cedera di Lahad Datu

Posted: 28 Feb 2013 10:57 PM PST

18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Dua anggota tentera Malaysia yang cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, tempat kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina berkubu, diterbangkan ke Hospital Lahad Datu.

Mereka dibawa dengan sebuah helikopter tentera pada pukul 1.50 tengah hari ini.

Sebaik tiba, seorang daripada mereka diusung dengan katil bergerak manakala seorang lagi dibawa dengan kerusi roda menuju ke wad kecemasan hospital
berkenaan.


Kedua-dua mereka dilihat mempunyai kesan darah pada pakaian celoreng mereka dengan wajah menahan kesakitan, menurut wartawan Bernama di hospital itu.
- Bernama

Sariah wanita tertua di dunia?

Posted: 28 Feb 2013 10:55 PM PST

18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Sariah wanita tertua di dunia?
MyKad milik Sariah yang menunjukkan dia dilahirkan pada tahun 1899.
Sariah wanita tertua di dunia?
Chumi (kiri) bersama ibunya, Sariah yang masih sihat.
PORT DICKSON - Jika benarlah tarikh yang dicatat dalam MyKad, Sariah Marjo, yang dilahirkan pada tanggal 28 April 1899 mungkin boleh dikatakan wanita tertua di dunia ketika ini, hanya setahun lebih muda daripada Misao Okawa, 114, yang diiktiraf wanita paling tua di dunia dalam Rekod Dunia Guinness, kelmarin.

Sariah yang berasal dari Kampung Bukit Tembok di sini akan menyambut hari lahirnya ke-114 pada 28 April depan. Walaupun umur Sariah sudah mencecah ratusan tahun, dia tidak mengidap penyakit kronik, malah masih mampu menguruskan dirinya sendiri.

Isi masa dengan berzikir

Sariah ketika ditemui di rumah anaknya menolak anggapan bahawa dia mengamalkan amalan tertentu sehingga usianya panjang serta kesihatan masih dalam keadaan baik. Mata dan telinganya juga masih peka, jalannya tidak perlu bertatih, malah makannya tidak perlu bersuap.

Pada masa lapang, Sariah tidak gemar menonton televisyen dan hanya mengisi masa luangnya dengan duduk di belakang rumah sambil berzikir.

Kuat bekerja masa muda

Sariah adalah anak sulung daripada empat beradik dan kesemua adiknya sudah meninggal dunia. Tiga daripada lapan anaknya juga meninggal dunia, termasuk empat daripada lima menantunya.

Sariah yang mempunyai 33 cucu, 60 cicit dan dua piut berkata, dia gembira kerana mempunyai keturunan yang ramai dan diberikan peluang oleh ALLAH SWT untuk melihat generasinya walaupun tidak mampu mengenal dan mengingati kesemua warisnya.

Suami Sariah, Kasmawi Md Yunus meninggal dunia sekitar tahun 1970-an ketika berusia 70 tahun.

Ketika mudanya, Sariah seorang yang sangat kuat bekerja, dia menoreh pokok getah pada awal pagi dan kemudiannya turun ke bendang. Dia melakukan kerja itu untuk membantu suaminya yang bekerja sebagai petani.

Sinar Harian difahamkan, Sariah mula meninggalkan kampungnya iaitu Kampung Bukit Tembok di Pasir Panjang kerana mengikuti anaknya ke Kuala Lumpur yang ketika itu usianya mencecah 60 tahun.

Tidak boleh makan ayam

Anaknya Chumi, 59, berkata, walaupun umur emaknya mencecah 114 tahun, namun dia masih sihat.

"Di sana (Kuala Lumpur) emak menjaga cucu. Malah sehingga kini, semua keperluannya emak akan lakukan sendiri. Sekarang ini emak tinggal bersama saya di sini sejak setahun lalu.

Malah menjadi tradisi keluarga kami, setiap tahun terutamanya hari raya akan berkumpul di rumah adik paling bongsu di Kampung Bukit Tembok," katanya yang merupakan anak ketujuh.

Chumi berkata, setiap hari dia akan memberi emaknya makan oat, namun emaknya tidak boleh makan ayam.

"Jika emak makan ayam, kakinya akan gatal-gatal. Dari dulu emak memang tiada pantang dalam aspek pemakanan, namun gaya hidupnya yang bekerja sebagai petani menjadikan dia setiap hari menggunakan tenaga dalam erti kata lain bersenam. Oleh itu, saya rasa ini yang menjadi antara faktor emak masih sihat dan panjang usianya," katanya.

Permohonan BR1M ditolak kerana keliru

Menurutnya, nombor kad pengenalan emaknya adalah 990428****** dan ia banyak kali menimbulkan salah faham ramai pihak.

"Contohnya semasa proses mengambil Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ada yang tidak percaya, malah permohonan pertama emak pernah ditolak kerana didakwa tidak layak.

"Mungkin mereka ingat usia pemohon adalah 14 tahun. Malah bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga baru sahaja dimohon setahun lalu," katanya.

sinar/-

Generasi kedua tuntut rumah

Posted: 28 Feb 2013 10:48 PM PST

18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Generasi kedua tuntut rumah
Khairul Azlan mengetuai perhimpunan terbabit yang disertai hampir majoriti belia generasi kedua tanah rancangan ini.
Generasi kedua tuntut rumah
Peserta menunjukkan resit bayaran dan borang yang diisi ketika dijanjikan tapak rumah dan rumah sebelum ini.
Generasi kedua tuntut rumah
Sebahagian belia tanah rancangan ini yang menyertai demonstrasi terbabit membawa sepanduk tertera tuntutan mereka.
JERANTUT - Generasi kedua tanah rancangan ini berang setelah mereka merasakan diri mereka tertipu tindakan segelintir  pihak yang menjanjikan sebuah tapak rumah dan rumah kepada mereka sejak dua tahun lalu.

Justeru itu, di bawah anjuran Ahli Jawatankuasa Bertindak Anak-Anak Peneroka Felda Sungai Retang, satu demonstrasi aman diadakan dan disertai hampir keseluruhan generasi kedua tanah rancangan terbabit.

Ahli jawatankuasanya, Khairul Azlan Alisak berkata, demonstrasi bertujuan menuntut hak mereka yang dijanjikan sebuah tapak rumah dan rumah di mana mereka telah pun membuat bayaran RM35  setiap orang untuk mendapatkan tapak rumah dan rumah terbabit.

"Dengan bayaran RM35 seorang pada 8 Julai 2011, kami  dijanjikan akan diberikan sebuah tapak rumah atau rumah untuk kami.

"Namun begitu, sehingga kini kami masih belum terima sebarang maklumat berkaitan tanah terbabit, dan berdasarkan pemeriksaan kami, kami dimaklumkan bahawa Felda tidak tahu apa-apa berkaitan permohonan itu justeru merasakan telah tertipu dengan janji yang diberikan," katanya dalam perhimpunan aman terbabit.

Katanya lagi, jawatankuasa justeru itu menganjurkan demonstrasi aman bagi menuntut jawapan muktamad berkaitan perkara terbabit.

"Kita mahukan jawapan yang pasti dari pihak yang terlibat sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

"Tidak hanya mahukan jawapan, kami juga mahu pihak terbabit menampilkan bukti yang kukuh untuk meyakinkan anak-anak peneroka tanah rancangan ini yang terlibat dengan pembayaran dan penempatan lot rumah yang dijanjikan sebelum ini," katanya.

Permohonan tidak ikut prosedur

Sinar Harian difahamkan, permohonan tapak rumah dan rumah yang dilakukan sebelum ini dikatakan tidak mengikut prosedur yang sepatutnya.

Seorang lagi ahli jawatankuasanya, Zamri Seman berkata, sepatutnya permohonan tapak rumah dan rumah terbabit dilakukan melalui pengurusan Felda.

"Permohonan itu tidak sepatutnya melalui pihak berkenaan, sepatutnya melalui pengurus Felda, kemudian dibawa kepada Felda Wilayah Jengka dan kerajaan negeri.

"Tidak sepatutnya pihak berkenaan menjanjikan untuk memberikan tapak rumah dan rumah namun tidak mengikut prosedur sepatutnya," katanya.

Beliau justeru itu menasihatkan kepada belia tanah rancangan ini agar tidak lagi mempercayai mana-mana janji yang dikeluarkan pihak terbabit selepas ini.

"Selepas ini, apa juga maklumat berkaitan rumah atau lot tanah, kita hanya perlu mendapatkan rujukan dari pihak pengurusan Felda iaitu pengurus Felda sendiri," katanya.

Menurutnya lagi, isu berkaitan tanah itu telah berlarutan sejak 17 tahun yang lalu dan ini merupakan kali ketiga mereka dijanjikan tapak tanah dan rumah.

Pengerusi badan bertindak, Wan Zairi Shafidan Wan Ahmad pula berkata, selepas daripada itu, apa juga urusan membabitkan tanah akan dilakukan hanya melalui Felda.

"Kita akan berusaha untuk mendapatkan tapak rumah dan rumah untuk generasi kedua mengikut prosedur yang sepatutnya iaitu melalui Felda.

"Selepas ini apa juga arahan berkaitan, kita akan meminta pihak pengurusan Felda untuk memaklumkannya kepada belia," katanya.

sinar/-

Presiden PAS dijangka menutup HAT 2013

Posted: 28 Feb 2013 10:45 PM PST

18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan merasmikan majlis penutup Himpunan Anak Terengganu Di Perantauan 2013 (HAT13) pada 3 Mac ini, kata setiausaha penganjur, Zulhimi Abd Rahman.

Katanya, dua kertas bertajuk  Harapan Orang Terengganu PRU13 (HOT13) dan Cadangan Terengganu Negeri Maju (Termaju) disediakan untuk dibincangkan kali ini.

Diskusi bertemakan Terengganu Maju: Harapan, Realiti dan Cabaran juga diakan yang dimoderatorkan oleh Profesor Madya Dr Kamarulzaman Yusof dari UKM, dibarisi oleh empat Ahli panel, iaitu Datuk Ismail Hamzah, Raja Idris Raja Kamaruddin, Datuk Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad dan Mastura Mohamad.

Setakat ini, katanya penyertaan adalah menggalakkan dan pendaftaran awal telah melebihi 600 orang dan dijangka mencecah 1,000 orang kerana tidak ada yuran pendaftaran.

Pihak sekretariat juga, ujarnya sedang menghubungi dan mengalu-alukan tokoh-tokoh akademik, korporat dan pemimpin-pemimpin serta mahasiswa yang berasal dari Terengganu untuk hadir bersama-sama memeriahkan HAT13.

Program HAT13 dinaungi oleh Tengku Ibrahim Sultan Ismail diadakan di Universiti Selangor (Unisel), kampus Shah Alam bermula jam 8.30 pagi.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian sekretariat, Zulhimi 012-9283560 atau Hafizul Muda 019-9506457.

harakahdaily/-

Sayedee bersalah lakukan jenayah perang

Posted: 28 Feb 2013 10:43 PM PST

Dihukum mati18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Kumpulan besar pelajar tempatan dan penyokong kerajaan berhimpun menuntut hukuman mati terhadap pemimpin pembangkang itu sejak minggu lalu. Gambar kecil: Sayedee.
 
DHAKA - Tribunal Jenayah Bangladesh semalam, menjatuhkan hukuman mati ke atas pemimpin parti pembangkang, Jamaat-e-Islami, yang didapati bersalah melakukan jenayah perang semasa menuntut kemerdekaan daripada Pakistan pada 1971.

Delwar Hossain Sayedee, 73, berstatus Timbalan Presiden parti bersalah di bawah pertuduhan melakukan jenayah termasuk pembunuhan beramai-ramai, rogol dan merompak.

"Kami sangat gembira dengan keputusan yang sangat adil ini," kata pendakwa raya, Haider Ali.

Sementara itu, kumpulan peguam bela bertindak memboikot tribunal sejurus keputusan dibacakan.

"Saya tidak melakukan sebarang jenayah dan keputusan yang ditetapkan hakim bukan daripada pengadilan telus mereka," kata Sayedee.

Sebelum itu, ribuan rakyat berhimpun di Dataran Shahbag di ibu negara sebagai tanda sokongan terhadap tribunal sejak minggu lalu selain menggesa hukuman lebih berat terhadap penjenayah perang itu.

Awal bulan lalu, Tribunal Perang menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada timbalan setiausaha agung parti berkenaan, Abdul Quader Molla. - Al-Jazeera

Budak tujuh tahun teguk bir

Posted: 28 Feb 2013 10:43 PM PST

18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Petaling Jaya: Meskipun baru berusia tujuh tahun, seorang kanak-kanak lelaki sudah pandai meneguk bir yang disimpan di dalam peti sejuk di rumah jirannya dalam kejadian di Damansara Damai, di sini.
Difahamkan, kanak-kanak lelaki yang belajar di tahun satu itu dipercayai mengambil minuman berkenaan buat pertama kali kelmarin sebelum jirannya mengadu kepada ibu kanak-kanak lelaki itu.
Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, kanak-kanak terbabit mengunjungi rumah jirannya itu untuk bermain seperti biasa manakala ibunya berada di rumah bersama seorang lagi anaknya.
"Ketika itu, ibu kanak-kanak itu didatangi jirannya yang mengadu anaknya membuka peti sejuk tanpa kebenaran dan lebih mengejutkan, dia meneguk bir yang disimpan di dalam peti sejuk berkenaan.

"Sejurus selepas itu, ibu kanak-kakak terbabit menyoal anaknya itu dan dia mengaku serta memberi alasan berbuat demikian kerana ingin mencuba air orang 'dewasa' itu," katanya.

Menurutnya, ibu kanak-kanak berkenaan yang berang dengan tindakan itu merotan anaknya itu dengan wayar hingga menyebabkan kesan lebam di tangan, bahu dan belakang badan.

Katanya, selepas kanak-kanak itu pergi ke sekolah semalam, guru kelasnya yang ternampak kesan lebam di tangan kanak-kanak itu menyangka anak muridnya yang berusia tujuh tahun itu menjadi mangsa dera ibu sebelum membuat laporan polis.

"Selepas disoal siasat, akhirnya terbongkar kejadian kanak-kanak lelaki itu sebenarnya dihukum akibat tindakannya minum bir di rumah jiran sebelum diserahkan kepada guru kaunseling untuk tindakan lanjut," katanya.

Harian Metro


Hampir 20 tahun tiada bekalan elektrik

Posted: 28 Feb 2013 10:37 PM PST

18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Hampir 20 tahun tiada bekalan elektrik, akhirnya pemilik lebih 10 buah rumah di Jalan Simpang Renggam – Kulai berhampiran Kampung Bukit Nyamuk, Simpang Renggam terpaksa membuat keputusan untuk berpindah selepas harapan untuk memiliki bekalan elektrik selama ini dilihat seperti tiada penghujungnya.
Mohd Ja'afar Sari telah berniaga buah-buahan selama 20 tahun tanpa bekalan elektrik.

Kini jiran Mohd Ja'afar hanyalah tinggal sebuah kilang arang, sebuah kilang papan dan sebuah ladang ternakan kambing, lapor Nusajaya Kini.

Bagi peniaga kedai buah-buahan seperti Mohd Ja'afar terpaksa menanggung kos bahan api sebanyak RM300 sebulan berbanding RM100 jika menggunakan bekalan elektrik TNB.

Pemilik kilang papan dan ladang ternakan kambing Mohd Tan Chan Abdullah juga menghadapi masalah yang sama sejak 18 tahun yang lalu.

Kos sebanyak RM7,000 sebulan terpaksa dibelanjakan untuk membeli minyak diesel bagi menghidupkan generator berbanding kos hanya sekitar RM2,000 sekiranya menggunakan bekalan elektirk TNB.

Pemohonan kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dilakukan sebanyak dua kali dan juga pemakluman kepada Onn Mad Yassin (Adun Layang-layang) sebanyak tiga kali. Setakat ini tiada sebarang tindakan dibuat.

Difahamkan juga, jarak antara kampung berkenaan dengan punca elektrik dalam lingkungan 2 kilometer dan ia bukanlah satu alasan untuk tidak menyambungkan bekalan elektrik ke kampung berkenaan.

Tanah yang didiami penduduk di kampung itu berstatus penempatan perkelompok (GSA). Ini bermakna tanah sekitar Bukit Nyamuk adalah milik peribadi.

Jika terdapat bekalan elektrik di kawasan ini, maka ramai akan berpeluang membina rumah di kawasan terbabit.

Pihak TNB tiada sebarang masalah untuk membekalkan elektrik di kawasan itu jika terdapat peruntukan yang mencukupi daripada pihak kerajaan.

Justeru pihak kerajaan khususnya Pegawai Daerah Kluang wajar mengambil perhatian dan tindakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasan itu.

HARAKAHDAILY/-

Tentera Syria seksa 12 orang awam sehingga mati

Posted: 28 Feb 2013 10:36 PM PST

18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Penjenayah 'liat'

Oleh Muhammad Apendy Issahak
Gombak: Tindakan melulu seorang suspek jenayah yang memecut laju van dipandunya di jalan bertentangan arah selepas dikejar polis mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut manakala pembonceng motosikal cedera parah akibat bertembung dengan van suspek.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi berhampiran Templer Park, di sini, semalam beberapa lagi penunggang turut cedera dirempuh kenderaan suspek.
Menurut saksi kejadian, seorang lelaki dilihat memecut laju kenderaannya berhampiran pasar raya NSK di Selayang Baru selepas dikejar kereta peronda polis (MPV).

"Saya yang dalam perjalanan ke Rawang terkejut apabila melihat sebuah van dipandu laju dalam keadaan melawan arus dari Rawang ke Kuala Lumpur.
FotoPASUKAN paramedik membantu Maraimah yang tercampak selepas dirempuh suspek.

"Beberapa minit kemudian van dipandu lelaki terbabit dilihat merempuh sebuah kereta Perodua Viva dan dua motosikal, namun masih tidak berhenti dan kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi kemalangan pertama, van itu bertembung pula dengan sebuah lagi motosikal mengakibatkan penunggang serta pembonceng tercampak beberapa meter," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/Penjenayah__8216_liat__8217_//Article#sthash.jL91FkmD.dpu

DUA orang kanak-kanak berdiri di hadapan bangunan yang musnah akibat dibom tentera rejim di Idlib kelmarin.- Agensi

DAMSYIk – Empat sekeluarga antara 12 orang awam yang mati diseksa ketika berada di dalam penjara selepas mereka ditangkap tentera rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad, lapor Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia semalam.

Menurut badan pemerhati yang beribu pejabat di Britain itu, pihak keluarga menerima kad pengenalan mangsa-mangsa daripada pasukan keselamatan pada malam Rabu lalu.
  
Katanya, kesemua lelaki tersebut berasal dari daerah Nahr Aisha, di sini.
Sementara itu, kumnpulan pejuang penentang Bashar berjaya merampas Masjid Umayyad di bandar raya Aleppo daripada pasukan tentera Syria awal pagi semalam selepas pertempuran sengit selama beberapa hari, lapor badan pemerhati sama.

Muzium masjid terbakar ketika pertempuran berlaku menyebabkan silingnya runtuh.
Dalam pada itu, satu letupan bom kereta turut dilaporkan berlaku di pinggir bandar Homs, barat Syria yang menyebabkan beberapa orang maut dan cedera, kata agensi berita SANA.

"Pejuang penentang meletupkan bom kereta di kawasan kejiranan Akrama Jadideh dengan laporan awal menyatakan ada mangsa yang mati dan cedera," kata agensi itu.

Konflik di Syria meletus pada Mac 2011 selepas rakyat melancarkan penentangan ke atas rejim Bashar kerana menuntut pemerintahan demokrasi dan pembaharuan ekonomi.

Mereka turut menuduh Bashar gagal untuk melakukan pembaharuan dalam aspek pentadbiran dan hak kebebasan bersuara. – Agensi

JANGAN BERPALING DARI PERINGATAN ALLAH

Posted: 28 Feb 2013 08:21 PM PST

18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِى فَإِنَّ لَهُۥ مَعِيشَةًۭ ضَنكًۭا وَنَحْشُرُهُۥ يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ أَعْمَىٰ
أَشْهَدُ أَنْ لَّآ إِلهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ  وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ !  اِتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَاتَمُوْتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 124 – 126 surah Toha :
وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِى فَإِنَّ لَهُۥ مَعِيشَةًۭ ضَنكًۭا وَنَحْشُرُهُۥ يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ أَعْمَىٰ ﴿١٢٤﴾ قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِىٓ أَعْمَىٰ وَقَدْ كُنتُ بَصِيرًۭا ﴿١٢٥﴾ قَالَ كَذَ‌ٰلِكَ أَتَتْكَ ءَايَـٰتُنَا فَنَسِيتَهَا ۖ وَكَذَ‌ٰلِكَ ٱلْيَوْمَ تُنسَىٰ ﴿١٢٦﴾
Dan sesiapa yang berpaling engkar daripada ingatan dan petunjukKu maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit. Dan Kami akan himpunkannya pada hari qiamat dalam keadaan buta. Dia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu celik?" Allah berfirman : " Demikianlah keadaannya di mana telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu lalu engkau melupakan serta meninggalkannya. Dan demikianlah engkau pada hari ini dilupa serta ditinggalkan".

Sidang Jumaat yang berbahagia,

        Allah memberi amaran kepada manusia yang berpaling daripada peringatan Allah sehingga menyebabkan mereka akan menghadapi kehidupan yang amat sempit samada di dunia apatah lagi di akhirat. Adapun kesempitan hidup di akhirat jauh lebih menyiksakan berbanding kesempitan hidup di dunia. Berbeza dengan kesempitan  hidup di dunia yang boleh diatasi dengan usaha dan pertolongan manusia, kesempitan hidup di akhirat terpaksa di hadapi berseorangan ditambah dengan penyiksaan yang ditimpakan oleh Allah. Antara penyiksaan tambahan yang akan dikenakan adalah dibutakan matanya seolah-olah Allah melupakan keadaan mereka yang sempurna ketika di dunia. Allah sengaja melupakan keadaan mereka sebagai balasan atas sikap mereka yang melupakan peringatan Allah ketika di dunia.

Muslimin yang dirahmati Allah,

        Begitulah pentingnya "Az-Zikr" atau peringatan Allah kepada manusia. Sebagai insan yang beriman hendaklah kita memahami apakah yang dimaksudkan dengan "Az-Zikr", dan hendaklah kita sentiasa mengingati dan berwaspada dengannya. Maksud sebenar "Az-Zikr" ini boleh difahami melalui penjelasan Allah sendiri melalui kalamNya yang Maha Suci. Antaranya adalah sebagaimana firmanNya dalam ayat 9 surah al-Hijr :
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا ٱلذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَـٰفِظُونَ ﴿٩﴾
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kami benar-benar memeliharanya".

        Ayat ini menyatakan bahawa "Az-Zikr" atau peringatan Allah itu adalah Al-Quran itu sendiri. Berapa ramai di kalangan kita yang melupakan Al-Quran dalam kehidupan kita. Berapa ramai di kalangan kita yang buta al-Quran dan tidak berasa bersalah dengan kejahilan tersebut. Berapa ramai di kalangan kita yang pandai membaca Al-Quran namun jahil dengan makna dan isi kandungan Al-Quran. Berapa ramai di kalangan kita yang faham isi kandungan Al-Quran namun tidak mempercayai atau menolak ajaran dan perintah Allah melalui Al-Quran. Maka apakah layak kita mengharapkan kehidupan yang sejahtera di dunia dan di akhirat jika inilah sikap kita terhadap Al-Quran.


Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

        Di antara maksud "Az-Zikr" adalah ilmu sebagaimana firman Allah dalam ayat 43 surah an-Nahlu :
فَسْـَٔلُوٓا۟ أَهْلَ ٱلذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Maka bertanyalah kepada mereka yang berilmu sekiranya kamu tidak mengetahui".

       Ilmu amat diperlukan dalam semua bidang kehidupan manusia. Kehidupan manusia tidak akan sempurna tanpa dipimpin oleh golongan yang berilmu. Namun manusia biasanya akur dengan segala nasihat golongan berilmu melainkan ilmu keagamaan. Samada rakyat secara individu ataupun pertubuhan, agensi keraajaan mahupun swasta, malah para pemimpin negara sekalipun mempunyai penasihatnya di kalangan ahli ilmu dalam berbagai bidang. Kita begitu takut melanggar pantang larang pemakanan kerana akur dengan nasihat doktor dan pakar perubatan. Kita sanggup menduduki bangunan yang beratus tingkat walaupun zahirnya amat menggerunkan kerana keyakinan terhadap ilmu dan kepakaran jurutera dan kontraktor yang terlibat. Kita sanggup mengeluarkan modal jutaan ringgit untuk menambah pelaburan atas keyakinan terhadap pakar ekonomi dan kewangan. Namun sebahagian dari kita tidak langsung menghiraukan nasihat ilmu agama dalam melakukan sesuatu perkara. Kepakaran ulamak hanya digunakan untuk mencari nas bagi menghalalkan tindakan yang telah dibuat. Ilmu agama hanya digunakan apabila ianya memberikan keuntungan dunia kepada kita. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

        Az-Zikr juga membawa maksud solat sebagaimana firman Allah dalam ayat 9 surah al-Jumaat :
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوْمِ ٱلْجُمُعَةِ فَٱسْعَوْا۟ إِلَىٰ ذِكْرِ ٱللَّهِ وَذَرُوا۟ ٱلْبَيْعَ ۚ
Maka apabila telah diseru bagi mendirikan solat pada hari Jumaat maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkan olehmu akan jualbeli.

Pada hari ini solat bukan lagi menjadi kriteria penting dalam urusan seharian kita. Solat hanya menjadi upacara kerohanian yang hanya melibatkan peribadi seseorang tanpa hubung kait dengan peraturan dan undang-undang. Solat tidak pernah menjadi syarat dan keutamaan dalam pemilihan jodoh, pengambilan pekerja, kenaikan pangkat dan  sebagainya. Tidak hairanlah kenapa hari ini maksiat dan kemungkaran berlaku di mana-mana tak kira siapakah mereka. Tanpa solat apakah yang boleh menghalang seseorang melakukan rasuah, penyelewengan dan berbagai maksiat walaupun jawatannya dihormati oleh masyarakat. Kesempitan hidup yang dijanjikan oleh Allah akibat kita meninggalkan Az-Zikr iaitu Solat telahpun kita rasai dengan bertambahnya jenayah dan maksiat dari masa ke semasa.


Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Az-Zikr juga bermakna zikrullah atau menyebut nama Allah dan mengingatinya. Ini dinyatakan dalam banyak ayat Allah antaranya ayat 41 surah al-Ahzab :
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ ذِكْرًۭا كَثِيرًۭا ﴿٤١﴾

Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.

Menyebut dan mengingati Allah adalah penawar bagi keluh kesah di hati manusia. Tanpa zikrullah manusia akan terus lalai dengan urusan dunia sehingga menjadi keras hatinya. Allah menyatakan bahawa hanya dengan mengingati Allah sahajalah akan dapat menenangkan hati manusia.

Selain dari itu Az-Zikr juga bermaksud peringatan atau nasihat sebagaimana firman Allah dalam ayat  55 surah az-Zaariyat :

وَذَكِّرْ فَإِنَّ ٱلذِّكْرَىٰ تَنفَعُ ٱلْمُؤْمِنِينَ ﴿٥٥﴾

Dan berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang  yang beriman.

        Manusia sememangnya makhluk yang lemah dan sering terlupa jika tidak diperingatkan. Sebab itulah Al-Quran tidak datang hanya untuk memberi berita gembira kepada manusia. Al-Quran juga banyak memberikan ancaman mengenai azab Allah yang amat perit bagi mereka yang berpaling dari peringatanNya.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ للهِ القَائِلِ :
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَا إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنْتَقِمُونَ (السجدة : 22)
Dan siapakah yang lebih zalim daripada mereka yang diberikan peringatan dengan ayat-ayat Kami kemudiannya mereka berpaling darinya. Sesungguhnya kami tetap akan membalas segala kejahatan yang dilakukan.
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Apakah kita mahu menjadi golongan yang zalim sehingga melayakkan kita menempah neraka Allah apabila kita berpaling dari peringatan Allah. Berdasarkan ayat-ayat Allah yang dibacakan tadi maka antara sebab yang menyebabkan kita tergolong dalam golongan yang berpaling dari peringatan Allah adalah apabila kita meninggalkan Al-Quran, Ilmu, solat, zikrullah dan peringatan Allah. Maka marilah kita sama-sama bermuhasabah apakah selama ini kita sudah benar-benar mengambil berat dengan peringatan Allah atau kita terus lalai dan menganggap remeh dengan ancaman Allah. Apakah kita layak merungut dan mengeluh dengan kesempitan hidup yang kita lalui di dunia ini sedangkan pada masa yang sama kita sendiri yang menempah jalan untuk mendapatkannya.

  اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ.
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،  وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ. اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ.
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ.
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.
 

Kisah Pengislaman Adam Corrie: Dibawa Melihat Keindahan Syurga

Posted: 28 Feb 2013 08:00 PM PST

18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Assalamualaikum sahabat-sahabat.

Saya ada banyak menerima msg dari sahabat-sahabat di FB yang ingin tahu bagaimana saya boleh memeluk Islam.

Saya ringkaskan di sini untuk sahabat-sahabat budiman

Secara rasmi saya telah kembali pada fitrah.

Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Budha.

Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardu ain.

Saya telah mengucap 2 kali syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.

Bagaimana boleh peluk Islam?

1. Kaabah - saya suka tengok kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke sana.

2. Bersahabat baik saya anak ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka.

3. Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup. Telah banyak agama saya kaji sebelum membuat keputusan balik pada fitrah.

Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur;

"Ya Allah! sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku, Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah."

Ketika tidur saya telah bermimpi seperti berada di sayaurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum.

Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu. Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu.

Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah.

Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya di Baitullah Makkah :)

Belajar menghormati bangsa lain dan agama lain.




Telefon bimbit tak perlu caj 15 tahun

Posted: 28 Feb 2013 07:48 PM PST

18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


BARCELONA - Tidak dapat membuat panggilan kecemasan kerana telefon pintar anda kehabisan bateri? Jangan bimbang, Xpal ada penyelesaiannya.

Telefon bimbit baharu firma berkenaan, SpareOne Plus boleh bertahan sekitar 15 tahun menggunakan hanya sebiji bateri bersaiz AA.
Gajet tersebut turut didatangkan dengan pek kalis air supaya anda dapat menyimpannya untuk kegunaan kecemasan bagi dekad akan datang.

"Ini bermakna saya boleh mematikan telefon ini dan menyimpannya di dalam laci atau kompartmen kereta contohnya, se lama 15 tahun dan jika saya di timpa kecemasan dan perlu membuat panggilan, gajet ini sentiasa boleh digunakan," kata pengarah Xpal, Alan Cymberk noh pada pameran Kongres Mo bil Sedunia 2013 di sini yang berakhir semalam.

Pengguna juga katanya, tidak perlu berlanggan dengan 
pembekal telekomunikasi kerana panggilan kecemasan adalah percuma tetapi ia masih memerlukan kad modul identiti pelanggan (SIM) jika mereka mahu membuat panggilan biasa.

"Setahun sejak versi pertama dilancarkan, jualan telefon ini amat memberangsangkan di Amerika Syarikat," ujar Cym berknoh

Model terbaharu telefon itu boleh menghantar lokasi pemanggil melalui sistem pengesanan global apabila panggilan kecemasan dibuat. - AFP

Berpuluh-puluh ikan pari terdampar

Posted: 28 Feb 2013 07:33 PM PST

18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

GAZA - Berpuluh-puluh ekor ikan pari jenis Mobula ditemui terdampar secara misteri di pantai Bandar Gaza dalam wilayah Palestin kelmarin.

Penemuan itu sekali gus menjadi rezeki beberapa orang nelayan di sini yang bertindak melapah haiwan tersebut untuk dijual di pasar.

Dalam satu temu bual bersama media tempatan, seorang nelayan itu dipetik sebagai berkata, ini merupakan kali pertama ikan pari ditemui terdampar di pantai itu sejak enam tahun lalu.

Media tempatan melaporkan, ikan pari itu mampu mencapai berat 76 kilogram dan ia dijual pada harga lima shekel (RM4.21) untuk 0.5 kilogram di pasar tempatan. - Agensi

Manifesto bakal beri manafaat kepada semua

Posted: 28 Feb 2013 07:32 PM PST

18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Penjenayah 'liat'

Oleh Muhammad Apendy Issahak
Gombak: Tindakan melulu seorang suspek jenayah yang memecut laju van dipandunya di jalan bertentangan arah selepas dikejar polis mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut manakala pembonceng motosikal cedera parah akibat bertembung dengan van suspek.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi berhampiran Templer Park, di sini, semalam beberapa lagi penunggang turut cedera dirempuh kenderaan suspek.
Menurut saksi kejadian, seorang lelaki dilihat memecut laju kenderaannya berhampiran pasar raya NSK di Selayang Baru selepas dikejar kereta peronda polis (MPV).

"Saya yang dalam perjalanan ke Rawang terkejut apabila melihat sebuah van dipandu laju dalam keadaan melawan arus dari Rawang ke Kuala Lumpur.
FotoPASUKAN paramedik membantu Maraimah yang tercampak selepas dirempuh suspek.

"Beberapa minit kemudian van dipandu lelaki terbabit dilihat merempuh sebuah kereta Perodua Viva dan dua motosikal, namun masih tidak berhenti dan kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi kemalangan pertama, van itu bertembung pula dengan sebuah lagi motosikal mengakibatkan penunggang serta pembonceng tercampak beberapa meter," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/Penjenayah__8216_liat__8217_//Article#sthash.FzuXZdxe.dpuf

(Tarian Singa menyambut ketibaan Salahudin, Saifudin, Dr Mahfodz dan Dr Boo di majlis perasmian Wisma DAP Johor)

JOHOR BHARU: DAP yakin manifesto yang dikemukakan Pakatan baru-baru ini bakal memberikan manafaat kepada semua rakyat di negara ini.

Ia dianggap realistik kerana janji-janji yang dibuat berdasarkan pengiraan yang terperinci kepada kemampuan negara ini jika ia diuruskan dengan betul.

Ia juga berdasarkan pengalaman yang ada pada negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan selama lima tahun ini, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis sambutan Tahun Baru Cina dan perasmian Wisma DAP Johor, di Taman Nusa Indah, dekat sini.

"Manifesto yang kita kemukakan kepada rakyat untuk PRU13 akan memberi manfaat yang sangat besar kepada 28 juta rakyat negara ini.

"Pemimpin BN kata manifesto kita tidak baik sebab mereka dan kroni-kroni tidak mendapat keuntungan melaluinya, berbeza dengan manifesto BN yang hanya memberi keuntungan kepada mereka dan kroni-kroni saja," kata Lim Guan Eng.

harakahdaily/-

Penjenayah 'liat'

Oleh Muhammad Apendy Issahak
Gombak: Tindakan melulu seorang suspek jenayah yang memecut laju van dipandunya di jalan bertentangan arah selepas dikejar polis mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut manakala pembonceng motosikal cedera parah akibat bertembung dengan van suspek.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi berhampiran Templer Park, di sini, semalam beberapa lagi penunggang turut cedera dirempuh kenderaan suspek.
Menurut saksi kejadian, seorang lelaki dilihat memecut laju kenderaannya berhampiran pasar raya NSK di Selayang Baru selepas dikejar kereta peronda polis (MPV).

"Saya yang dalam perjalanan ke Rawang terkejut apabila melihat sebuah van dipandu laju dalam keadaan melawan arus dari Rawang ke Kuala Lumpur.
FotoPASUKAN paramedik membantu Maraimah yang tercampak selepas dirempuh suspek.

"Beberapa minit kemudian van dipandu lelaki terbabit dilihat merempuh sebuah kereta Perodua Viva dan dua motosikal, namun masih tidak berhenti dan kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi kemalangan pertama, van itu bertembung pula dengan sebuah lagi motosikal mengakibatkan penunggang serta pembonceng tercampak beberapa meter," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/Penjenayah__8216_liat__8217_//Article#sthash.FzuXZdxe.dpuf

Lot tanah dijanjikan masih berstatus padang ragut

Posted: 28 Feb 2013 07:30 PM PST

18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -



Abirerah menunjukkan pelan carian dari pejabat tanah membuktikan tanah masih berstatus rizab padang ragut.

TEMERLOH: Tidak ada siapa yang tidak gembira jika diberi peluang dijanjikan memiliki lot tapak rumah sendiri, namun selepas empat tahun memasang angan-angan 100 orang belia di Kampung Mambang Berulang, Mentakab dekat sini terus hampa.

Lebih mengecewakan mereka, setelah mendapatkan carian dan geran di Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh, tanah seluas 30 ekar itu didapati masih berstatus rizab padang ragut walaupun mereka telah membayar wang proses sebanyak RM75 seorang.

Seorang pemohon Kamarudin Harun, 47, berkata tanah tersebut telah banyak kali ditawarkan kepada generasi kedua kampung terutama menjelang pilihan raya sehinggalah pada tahun 2009 ia diproses melalui Jawatan kuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK) dan pejabat penghulu mukim.

"Selain mengisi borang kami dikenakan bayaran sebanyak RM75 seorang kononnya untuk caj proses. Tetapi hingga ke hari ini belum ada apa-apa jawapan, malah status rizab padang kerbau masih belum bertukar.

"Maknanya proses tanah kami langsung tidak diproses oleh pihak kerajaan yang berjanji dalam empat tahun ini," katanya sambil menunjukkan resit bukti bayarannya.

Katanya, semua belia yang memohon tanah tersebut masih tidak memiliki tanah sendiri tetapi sekarang jangankan melihat masing-masing belia mendapat lot tanah, malahan belukar di situ pun belum diusik.

Kampung Mambang Berulang terketak hanya dua kilometer dari bandar Mentakab iaitu bandar kedua dalam daerah Temerloh.

Rozali Husin, 43, (kanan) memang mengharapkan lot tanah tersebut menjadi kenyataan kerana hingga kini masih menumpang di tanah orang tua sedangkan adik beradik ada 11 orang.

"Yang peliknya tiap-tiap kali pilihan raya tanah itu diukur tetapi terus diam selepas itu, seolah-olah menjadi umpan untuk undi saja," keluhnya.

Beliau berharap supaya pihak berkuasa mempercepatkan proses kelulusan kerana kampung sudah menjadi semakin sempit kerana penduduk bertambah ramai.

Sabaruddin Husin, 37, merasa tertipu kerana wang bayaran sebanyak RM75 lesap tetapi tanah tidak dapat.

"Saya rasa tertipu, tunggu dan tunggu tanah yang dijanjikan tak dapat pun, tapi duit mereka dah ambil," keluhnya.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, beliau orang susah dan masih tinggal dengan keluarga. Sedangkan untuk membeli tanah lain tidak mampu kerana mahal.

Dengan itu beliau merayu supaya diselesaikan segera permohonan mereka kerana jika tidak keadaan hidup beliau bersama belia lain semakin susah.

Abirerah Awang Chik, 51, berkata beliau sendiri pergi ke pejabat tanah setelah merasakan permohonan tanah lot tapak rumah untuk belia itu terlalu lama. Tetapi terkejut apabila mendapati status tanah tersebut masih rizab padang ragut bukannya tapak kediaman.

"Kami selaku generasi kedua penduduk di sini kesal kerana menjadi orang Melayu tidak bertanah di pinggir bandar. Mustahil untuk membeli tanah di bandar Mentakab kerana harganya mencecah RM2 juta seekar.

"Sebab itulah jika pihak kerajaan tidak memproses tanah rizab yang dijanjikan, kami belia-belia kampung ini dan sekitarnya boleh menerima nasib seperti Red Indian," katanya.

Dalam pada itu, Abirerah berkata tawaran Pakatan Rakyat Pahang iaitu untuk menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menyelesaikan permohonan tanah yang tertunda sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, boleh menarik minat orang muda untuk mengundi parti itu.

harakahdaily/-

Altantuya: Panggil semua disebut dalam SD1 Bala

Posted: 28 Feb 2013 07:30 PM PST

18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyambut baik pendedahan dilakukan oleh Penyiasat Persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Sehubungan itu, beliau mendesak Peguam Negara membuka semula kes perbicaraan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan memanggil kesemua nama-nama yang disebut di dalam akuan bersumpah pertama (SD1) yang dilakukan oleh PI Bala sebelum ini.

"Saya menyambut baik pendedahan berani yang dilakukan oleh PI Bala malam tadi dan ia merupakan satu permulaan baru kepada kes yang membabitkan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya.

"Jadi, kita mendesak agar Peguam Negara segera membuka semula perbicaraan dan memanggil nama-nama yang disebut dalam SD1 itu," jelas beliau.

Khalid yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat turut berpendapat, PI Bala telah merasakan diri beliau selamat dari ancaman pihak-pihak tertentu termasuk keluarga sehingga berani tampil secara terbuka untuk membuat pendedahan.

PI Bala yang sebelum ini terpaksa membuat akuan bersumpah kedua (SD2) dan membawa keluarganya ke India apabila terdapat ancaman dari pihak tertentu yang tidak senang dengan SD1 beliau itu.

"PI Bala tampil membuat pendedahan apabila beliau merasakan dirinya termasuk keluarganya terjamin selamat dan tidak akan dicederakan.

Bala malam tadi tampil di pentas umum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), beliau menceritakan penglibatannya sebagai penyiasat persendirian kepada Abdul Razak Baginda yang merupakan orang kepercayaan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

PI Bala juga menceritakan secara terperinci kandungan akuan bersumpahnya yang pertama di  forum 'Pendedahan: Siapa Arah Bunuh Altantuya?' itu.

harakahdaily/-

Provokasi isu nama Allah punca pergaduhan

Posted: 28 Feb 2013 07:28 PM PST

18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD]



MARANG: Pemuda PAS menafikan insiden pergaduhan di Bukit Cempedak baru-baru akibat dari penubuhan cawangan penaja Umno di situ tetapi adalah kerana pemasangan kain rentang yang melampau dan memfitnah.

(Soadah Yatim, isteri kepada Muhamad Musa, salah seorang yang ditahan reman hadir ke IPD Polis Marang dalam keadaan kaki kanannya
terseliuh.)

Ketua Pemuda PAS Marang, Mohamad Khalil Abdul Hadi berkata, ia berpunca dari provokasi terhadap isu nama Allah.

"Ini kerana, laporan media sebelum ini tidak tepat kerana yang menjadi punca pergaduhan itu bukan kerana Umno tubuh cawangan baru. Hakikat sebenarnya, berpunca dari kain rentang atau banner berbentuk provokasi yang dipasang oleh pihak Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Kain rentang itu berkait dengan kalimah Allah. Mereka kata 'AWAS!!!!!! Anda Undi PAS bermakna Anda Sokong Allah Digunakan Dalam Bible bahasa Melayu.'

"Kita akan membuat laporan polis terhadap kain rentang itu dan harap pihak terbabit diambil tindakan sewajarnya," jelas Ustaz Muhammad Khalil kepada pihak media di perkarangan Balai Polis Marang.

harakahdaily/-

Keluarga Zaidi terharu MB imam solat jenazah

Posted: 28 Feb 2013 06:30 PM PST

18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -




TUMPAT: Keluarga allahyarham pendikir barat Zaidi Buluh Perindu atau nama sebenarnya, Zaidi Mohammad, 44, melahirkan rasa terharu di atas kesudian Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir untuk mengimamkan solat jenazah.

Isterinya, Zaharina Mohammad, 47, ketika ditemui melahirkan rasa syukur dalam nada sebak sebaik sahaja melihat Tuan Guru mengimami solat jenazah di kediaman arwah di Kampung Kebakat, Wakaf Bharu dekat sini.

"Terima kasih banyak-banyak, syukur kerana Tuan Guru sudi datang," ujarnya dengan nada sebak.

Zaharina turut mengakui Zaidi jatuh pengsan ketika membuat persembahan pada satu program di Pengkalan Kubor kira-kira jam 11.00 pagi tadi.

Jelasnya, arwah suaminya tiba-tiba jatuh dan pengsan serta disahkan meninggal dunia di Hospital Daerah Tumpat.

Tuan Guru mengimamkan solat jenazah tepat jam 5.15 petang. Beliau meminta menghubungi pihak keluarga allahyarham untuk menziarahi sebaik sahaja dimaklumkan berhubung kematiannya.

Allahyarham meninggalkan tujuh orang anak.

Ketua Kumpulan Ar-Rasy, Ausri Hussin mengucapkan takziah di atas kematian allahyarham.

Beliau menyifatkan kematian Zaidi begitu sukar dicari ganti.

"Suaranya begitu lunak, hingga berkesan pada siapa yang mendengarnya," ujarnya.

Sementara itu rakan yang sering berganding sewaktu persembahan dengan allahyarham, Mat Glamour atau nama sebenarnya Ahmad Awang Ahmad, 53, tidak menafikan beliau begitu terasa kehilangan Zaidi.

Menurutnya, selama 15 tahun beliau aktif bersama.

"Allahyarham bukan hanya sebagai rakan seperjuangan tetapi juga seorang sahabat yang baik, saya memang terasa kehilangannya," ujarnya.

Turut menziarahi keluarga allahyarham, Timbalan Speaker Dun, Mohd Zaki Ibrahim, Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Tumpat, Rosli Abdullah, Ketua Penerangan PAS Tumpat, Mohd Nawi Adam, bekas anggota Parlimen Tanah Merah, Mohd Saupi Daud, serta lain-lain pimpinan PAS.

Turut menziarahi rakan-rakan artis dikir barat yang lain, Man Khan, Fendi Kenali, Jen KL dan lain-lain termasuk anggota Ar Rasy.

harakahdaily/-

Tiada ulasan:

Nuffnang