Jumaat, 4 Januari 2013

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA PELAJAR JADI MANGSA

Posted: 04 Jan 2013 10:04 PM PST

Industri pembinaan melibatkan proses kontrak yang mengandungi tiga fasa iaitu spesifikasi kontrak, penilaian sebutharga atau bidaan dan pengurusan kontrak. Dalam penilaian bidaan atau tender, aspek yang paling penting dalam memilih kontaktor antara lain ialah pengalaman, kedudukan kewangan  dan rekod yang bersih.  Dalam aspek pengurusan kontrak pula, tuan empunya atau pemilik projek mestilah sentiasa memantau dan menyelia aktiviti kontraktor dan subkontraktor. Untuk tujian ini, pemilik projek hendaklah melantik perunding yang amanah dan berwibawa. Pemantauan dan penyeliaan hendaklah fokus kepada unsur-unsur penting dalam kontrak semasa fasa pra-pembinaan, peringkat pembinaan dan pasca pembinaan. Sebarang bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kecuaian akan mengakibatkan cerita di bawah.....




 JKR arah tutup sementara asrama Unisel - Khalid   

Harakahdaily,     04 Jan 2013



KUALA SELANGOR: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan arahan mengosongkan asrama Universiti Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya.



Beliau berkata, ia bukan daripada pihak pengurusan Unisel sebaliknya keputusan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).



Ini, katanya kerana hasil kajian yang dibuat mendapati, sistem saluran air yang sepatutnya dihubungkan ke kolam utama berada dalam keadaan tidak sempurna sehingga mengakibatkan takungan air bawah tanah.



"Masalah ini berlaku lebih dah lebih dua tahun," katanya pada satu sidang media dipetik Selangorku.



Semalam, Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad memaklumkan atas faktor keselamatan, Unisel memindahkan 2,000 pelajarnya yang menghuni di asrama Bestari Jaya ke beberapa kediaman di luar kampus.



Langkah tersebut diambil bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan kawasan kampus yang dijangka mengambil masa kira-kira 12 bulan.



Sebelum itu, dilaporkan pada 20 Disember lalu, atas permintaan Unisel, Bahagian Senggara Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor melakukan tinjauan di kawasan asrama Unisel Kampus Bestari Jaya.



Tinjaun tersebut mendapati keadaan tanah mengalami mendapan yang serius sehingga menganggu kelancaran sistem kumbahan, perparitan dan kabel bawah tanah



Susulan dari itu, JKR pada 26 Disember menyarankan agar kerja-kerja pembaikan dilakukan segera dan bangunan asrama perlu dikosongkan penghuni.



Sehubungan itu juga, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM20 juta untuk kerja-kerja pembaikan asrama tersebut sekiranya Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) enggan bertanggungjawab.

EXCO Pendidikan round sekolah sesi 2013

Posted: 04 Jan 2013 06:21 AM PST

4/1/13
Klang

EXCO Pendidikan terus memantau sekolah dan prasekolah dengan permulaan tahun sesi persekolahan. Memang menjadi kerja rutin YB Dr Halimah tiap bermula sesi persekolahan awal tahun.
Tujuannya ialah untuk melihat sendiri perkembangan di sekolah, menyaksi gelagat si anak dan juga pengorbanan ibu dan ayah yang menghantar anak yang baru bermula di sekolah mahupun prasekolah.

Ada ibubapa yang masuk kelas bersama  si anak yang masih kurang rasa selamat untuk ditinggalkan. Ada pelajar tadika dan pelajar tahun 1 yang meleleh air mata  tapi majoriti mereka sudah mampu mengadaptasikan diri kerana sudah biasa dengan hidup 'bermasyarakat' sewaktu di tadika.

Ada ibu ayah yang sanggup ambil cuti untuk pastikan anak mereka melalui orientasi yang berjaya di hari hari pertama mereka berada di bangku sekolah.

Guru yang bijak dan minat akan mampu menggunakan kaedah tersendiri untuk memikat hati anak muridnya hingga mereka merasa selesa dan menganggapnya sebagai 'ibu' mereka. Guru seperti ini mudah dipatuhi segala arahannya dan dipercayai kata katanya.
Anak kecil yang nalurinya eksploratif yang ditafsir sebagai 'nakal' mampu di disiplinkan guru yang berwibawa.
Di sekolah atau tadikalah insan mula belajar berkongsi segala kemudahan awam seperti tandas, tempat makan dan minum serta main.Mereka mula dilatih menjaga masa dan menghormati hak orang lain.
Mungkin pada mulanya mereka kekok bersama sama dengan orang lain.Apabila di beri dorongan mereka selesa dan seronok mempunyai ramai kawan.
Pendidikan sepatutnya mampu menghasilkan manusia yang aman hidup dengan manusia, makhluk yang lain.

KESAN FASILITI YANG TIDAK DISELENGGARA

Posted: 04 Jan 2013 04:16 AM PST


Tak selenggara pam punca gangguan air di KL    SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan Syarikat Bekalan Air Selangor  (Syabas) tidak menunding jari kepada kerajaan negeri ekoran kegagalan syarikat itu membekalkan air kepada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur.

Katanya, krisis air yang berlaku di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur adalah berpunca daripada kegagalan syariakat itu menyelenggara Rumah Pam Air Wangsa Waju.

"Sejak 1 Januari 2005, semua aset dan fasiliti pengagihan air milik Kerajaan Selangor diserahkan untuk dikendalikan sepenuhnya oleh SYABAS termasuklan Rumah Pam Wangsa Maju.

"Hasil lawatan ke Rumah Pam Wangsa Waju pada 2 Januari dan melalui pemerhatian dari buku log operasi pam untuk tahun 2012, didapati bahawa pam nombor dua telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki," katanya dipetik Selangorku.

Lawatan itu adalah sebahagian siasatan yang dilakukan Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor bagi mengenal pasti punca krisis air yang terbaru itu.

Menurut Abdul Khalid lagi, terdapat lima unit pam di Rumah Pam Wangsa Maju dan siasatan mendapati bahawa gangguan bekalan air yang melanda Gombak dan Kuala Lumpur berpunca kegagalan kelima-lima pam tersebut.

Syabas ujarnya patut menyelenggara semua aset pengagihan air seperti yang termaktub dalam Perjanjian Konsesi yang ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Selangor dan syarikat itu.

"Gangguan bekalan air kali ini adalah kemuncak kepada siri-siri kegagalan SYABAS memenuhi tanggungjawab kepada pengguna seperti yang termaktud dalam Perjanjian Konsesi.

"Justeru,  Kerajaan Selangor mendesak kerajaan Persekutuan membenarkan penstrukturan semula  industri air diteruskan mengikut Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA)," tegasnya.

Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor selepas siatan mereka membuat kesimpulan bahawa Syabas:

- gagal menyelenggara aset dan fasiliti bekalan air yang terletak dibawahnya bermula dari 1 Januari 2005 seperti di dalam perjanjian konsesi.

- gagal mengenal pasti kerosakan pam-pam yang terdapat di Rumah Pam berkenaan dan kegagalan ini menyebabkan kerosakan lebih besar berlaku yang menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna

- gagal mengambil tindakan segera dalam membaik pulih kerosakan pam-pam tersebut

- gagal memaklumkan kejadian sebenar kerosakan yang berlaku kepada Kerajaan Selangor.

SUMBER: HARAKAHDAILY

Tiada ulasan:

Nuffnang