Selasa, 29 Januari 2013

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Belanjawan khas, Muhyiddin tiada hak

Posted: 28 Jan 2013 05:57 PM PST


Kuala Nerus : Pengumum pemberian belanjawan khas untuk sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan Cina (SJKC) mulai tahun depan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sebagai tindakan yang tidak betul.
Ini kerana semua perkara yang melibatkan belanjawan, mestilah dibahas dan diterima di dalam parlimen.
Apatah lagi kerajaan yang ada sekarang belum tentu menang dalam pilihanraya yang bakal diadakan.
Demikian pandangan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Ustaz Datuk Abu Bakar Chik ( kiri ) ketika ditanya berkenaan janji Tan Sri Muhyiddin kepada kaum cina dan tamil pada sambutan perayaan Thaipusam 2013 di Batu Caves baru-baru ini.
"Peruntukan khas yang akan diberikan kepada sekolah kebangsaan jenis Cina (SKJC) dan Tamil (SKJT) tahun depan sebenarnya, beliau tiada hak untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan belanjawan pendidikan tahun depan (2014).
Sebab pilihanraya insya Allah pada tahun ini. Oleh kerana itu semua orang tahu bahawa mana-mana perbelanjaan yang melepasi pilihanraya ( belanjawan yang belum diluluskan) maka tiada apa-apa makna janji itu," kata beliau.
Beliau ditemui dalam majlis sambutan maulidur rasul di Maahad Tahfiz wal Tarbiyyah Darul Iman Tok Jiring baru-baru ini.
Dalam ucapan beliau dihadapan masyarakat india, Muhyiddin, berkata Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dijangka dibentang kepada kabinet hujung bulan ini, dirancang untuk menjamin kualiti pendidikan kepada semua sekolah, termasuk SJKT.

Beliau berkata Kementerian Pelajaran telah menyalur peruntukan belanja mengurus kepada SJKT sebanyak RM584,382,340 pada 2011 dan meningkat kepada RM660,346,311 pada 2012.

Selain itu, SJKT mendapat peruntukan RM100 juta dalam Belanjawan 2012 dan 2013 untuk pembangunan, katanya.
Bagi Ustaz Abu Bakar, janji tersebut tidak lebih sebagai cara untuk memancing undi daripada kaum cina dan india sahaja.
Beliau juga melahirkan rasa hairan kerana tumpuan peruntukan pendidikan oleh kerajaan mutakhir ini hanya kepada SKJC, SKJC dan sekolah mubaligh kristian sahaja sedangkan sekolah agama rakyat (SAR) tiada langsung peruntukan.
SAR menurut beliau berhak mendapat peruntukan mengikut perlembagaan berdasarkan perkapita dan tidak boleh disamakan kategori dengan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).
"Maknanya disini diskriminasi  kepada masyarakat Islam adalah satu yang sangat jelas dan sebenarnya merupakan penghinaan kepada masyarakat yang menghantar anak mereka ke SAR.
Dan ini menunjukkan mereka sebenarnya tidak prihatin dan tidak mempunyai rancangan yang jelas pembangunan pendidikan Islam," ujar beliau lagi.
Ustaz Abu Bakar akhirnya meminta agar rakyat menolak segala janji BN ketika hampir pilihanraya kerana ianya tidak lebih dari janji manis sahaja.
Ini kerana mereka berkuasa melaksanakannya ketika mempunyai kuasa tetapi memilih saat menjelang pilihanraya untuk menabur janji-janji mereka.

Tiada ulasan:

Nuffnang