Nuffnang

:: cina islam | 2011 ::

Posted by Tanpa Nama | Posted on 7:28 PG

:: cina islam | 2011 ::


Parti pembangkang menang p''raya kecil S'pura

Posted: 26 Jan 2013 04:41 PM PST

15 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


Parti Pekerja mencatat kemenangan dalam pilihan raya kecil Punggol East - kerusi yang dianggap kubu kuat pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Calon  Parti Pekerja Lee Li Lian, 34, memperolehi hampir 54 peratus daripada undi, menewaskan calon PAP Koh Poh Hoon yang mendapat 43 peratus undi dalam pertandingan empat penjuru.

Pegawai pengurus pilihan raya, Yam Ah Mee mengumumkan Lee memperolehi 16,038 undi, manakala Koh, 40, seorang pakar bedah terkemuka, mendapat 12,856 undi.

Lee melakar sejarah dipilih sebagai ahli parlimen pembangkang wanita kedua dalam pasca kemerdekaan Singapura.

PAP, yang telah berkuasa selama lebih 50 tahun, tewas di tangan pembangkang ekoran kempen yang didominasi oleh isu-isu seperti kos sara hidup dan jurang pendapatan yang semakin melebar.

Pilihan raya kecil Punggol Timur adalah kekalahan kedua PAP kedua sejak pilihan raya umum Mei 2011 apabila undi popularnya merosot ke tahap 60 peratus.

Bagaimanapun, ia masih menguasai 80 daripada 87 kerusi di Parlimen

Anelka ke Juventus untuk tempoh jangka pendek

Posted: 26 Jan 2013 04:38 PM PST


14 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

MILAN: Juventus mendapatkan khidmat penyerang Perancis, Nicolas Anelka daripada kelab Shanghai Shenhua dalam tempoh kontrak jangka pendek selama lima bulam, demikian menurut Presiden Jeventus, Beppe Moratta. 


Bekas penyerang antarabangsa Perancis itu yang berusia 33, itu menjadi bintang kedua dalam Serie A menandatangani kontrak selepas penyerang Sepanyol, 


Fernando Llorente, yang turut bersama Juventus mulai 1 Julai nanti. Moratta memberitahhu stesen Sky Sport Italia bagaimanapun berkata, setakat ini kontaknya Anelka belum diadakan secara rasmi lagi namun beberapa media di Turin berkata sudah tiba menggunakan pesawat peribadi.


Marotta berkata: "Ia satu keadaan yang mendadak kerana kami memerlukan penyerang yang mempunyai kehebatan di depan. Justeru kami memberikan tugas ini kepada Anelka untuk tempoh lima bulan." - AFP

Keputusan Piala FA Inggeris

Posted: 26 Jan 2013 04:35 PM PST


15 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -



Pusingan keempat: 

Bolton 1 (Sordell 27) Everton 2 (Pienaar 18, Heitinga 90) 



Brighton 2 (Barnes 33, Ulloa 62) Arsenal 3 (Giroud 16, 56, Walcott 85) Derby 0 Blackburn 3 (Kazim-Richards 44, Dann 66, Rhodes 71) Huddersfield 1 (Novak 74-pen) Leicester 1 (Wood 82) 


Hull 0 Barnsley 1 (Dagnall 70) 
Macclesfield 0 Wigan 1 (Gomez 7-pen) 
Man Utd 4 (Giggs 3-pen, Rooney 50, Hernandez 52, 66) Fulham 1 (Hughes 77) 
Middlesbrough 2 (Jutkiewicz 83, 90) Aldershot 1 (Hylton 89) 
Norwich 0 Luton 1 (Rendell 80) 
QPR 2 (Bothroyd 83, Fabio 90) Milton Keynes Dons 4 (Traore 4-gol sendiri, Lowe 40, Harley 50, Potter 56) 
Reading 4 (Hunt 6, 50, Leigertwood 40, McCleary 54) Sheffield Utd 0 Stoke 0 Man City 1 (Zabaleta 85). - AFP

K'jaan tarik balik pengharaman Hindraf

Posted: 26 Jan 2013 04:33 PM PST

15 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -



Selepas lebih empat tahun selepas diharamkan, kerajaan menarik pengharaman ke atas Hindraf.

hindraf 5th anniversary 251112 waythamoorthy waytha moorthy
Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dalam mesej teks berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada pertubuhan itu melalui surat bertarikh semalam dari Kementerian Dalam Negeri.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen lanjut kerana sedang berada di United Kingdom.

Hindraf telah diharamkan pada 15 Oktober 2008 oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kerajaan pada masa itu menyifatkan Hindraf  sebagai ancaman kepada ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara serta keharmonian kaum.

Hindraf mendapat perhatian selepas berjaya menggerakkan lebih 30,000 orang turun ke jalanan di Kuala Lumpur pada 25 November 2007 bagi memperjuangkan nasib masyarakat India yang didakwa terpinggir di Malaysia.

hindraf british petition rally 251107
Hindraf juga dianggap telah menjejaskan teruk prestasi BN pada pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan sokongan kaum India untuk parti pemerintah merosot dengan mendadak.

BN gagal mengekalkan prestasi penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat sejak penubuhannya pada 1973.


Surat itu dihantar ke pejabat firma guaman Waythamoorthy di Negeri Sembilan. Ia berbunyi: Dimaklumkan bahawa YB Menteri Dalam Negeri setelah menimbangkan semula rayuan tuan telah bersetuju untuk membatalkan Perintah Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966 bertarikh 14 Oktober 2008 yang telah mewartakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Surat itu tidak menyatakan sebab bagi keputusan itu diambil. Ia 
ditandatangani oleh Dasmond Das Michael Das dari Bahagian Pengurusan Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Malaysia.

s ganesan hindraf pc brickfields five-year blueprint
Dalam reaksinya, penasihat Hindraf, N Ganesan (kanan) berkata, 
surat yang diterima hari ini itu adalah satu kejutan.

"Ini berlaku secara tiba-tiba dan begitu hampir dengan Thaipusam. Kami perlu membincangkan perkara ini terlebih dahulu sebelum kita boleh mengeluarkan respons rasmi," katanya.

Beliau menambah ia akan diadakan selepas Thaipusam esok kerana kepimpinan Hindraf berada di merata tempat untuk menyambut perayaan tersebut.

Waythamoorty yang pulang daripada tinggal dalam buangan di United Kingdom pada 1 Ogos tahun telah didekati oleh BN dan Pakatan Rakyat untuk membincangkan nasib golongan miskin kaum India di negara ini.

Walaupun pergerakan itu akhirnya mengadakan perbincangan dengan Pakatan, tetapi rundingan dengan BN tidak menjadi kenyataan kerana ia telah menetapkan pra-syarat, iaitu kerajaan hendaklah terlebih dahulu menarik balik pengharaman Hindraf.

Tidak jelas sama ada ini akan membuka jalan untuk pertemuan antara pemimpin Hindraf dengan kerajaan.

manoharan first visit to selangor state assembly building 110509 04
Sementara itu, peguam Hindraf, M Manoharan berkata penarikan
pengharaman itu dibuat menjelang pendengaran di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac ini berhubung permohonan untuk mendaftarkan Hindraf sebagai sebuah organisasi yang sah.

"Memandang sekarang larangan itu telah ditarik balik, kita mahu Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan pendaftaran Hindraf. Saya juga ingin menasihatkan Hindraf untuk mendapatkan gantirugi dari kerajaan kerana pengharaman itu telah menyebabkan banyak kesusahan kepada aktivis kami.

"Kerajaan harus memohon maaf dan membayar sejumlah besar pampasan kepada masyarakat India," kata Manoharan, yang juga ADUN Kota Alam Shah. Beliau dipilih mewakili kerusi negeri Selangor dalam pilihan raya umum 2008 ketika di bawah tahanan ISA.

Walaupun beliau mengalu-alukan "berita baik" itu, Manoharan berkata 'tiada apa yang hendak diraikan' kerana kerajaan masih belum bersetuju dengan tuntutan 18 perkara Hindraf.

hindraf uthayakumar klang invite 040412
Ketika dihubungi, P Uthayakumar (kiri), peguam bagi 54 aktivis dalam empat kes di mahkamah majistret Kuala Lumpur, Seremban, Ipoh dan Selayang berkata Jabatan Peguam Negara kini sepatutnya menggugurkan kes terhadap mereka.

"Dalam semangat menarik balik pengharaman tersebut, adalah adil bagi kes-kes terhadap mereka ditarik balik. Ia telah lama berlanjutan dan malah seorang daripada 54 orang telah meninggal dunia dua bulan lalu," katanya.

Seramai 54 aktivis Hindraf didakwa menjadi ahli organisasi haram selepas mereka menyertai perhimpunan anti-Interlok Hindraf pada tahun 2011. 

Sumber : Malaysiakini/-

Nasa digugurkan dari Majlis Syura Ulamak PAS

Posted: 26 Jan 2013 04:30 PM PST

15 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.

Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.

Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.

Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja.

Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti

ADUN Titi Serong rasmikan Pelancaran Markaz Besar PAS Kedah.

Posted: 26 Jan 2013 04:28 PM PST


15 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


Pelancaran Markaz Besar PRU 13 PAS Kedah berlangsung dengan jayanya di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut dengan dihadiri oleh sekitar 5000 orang malam tadi.

Namun begitu Mursyidul Am PAS yang telah sampai di negeri Kedah semalam tidak dapat memenuhi hasratnya untuk merasmikan program tersebut atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim telah diberikan amanh mewakili Tuan Guru Nik Abdul Aziz merasmikan Pelancaran Markaz besar tersebut.




Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP