Isnin, 24 Disember 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ceramah Anak Tempatan DUN Kota 29 Dis 2012

Posted: 23 Dec 2012 07:29 PM PST



CERAMAH UMUM
Tarikh : 29 Dis 2012, Sabtu
Masa : 9 malam
Tempat : Kg Baru Chengkau Ulu,  Kota, N.Sembilan
Semua penceramah terdiri dari anak tempatan DUN Kota :
- YB Dato Kamarul Baharin Abbas, Ahli Parlimen Telok Kemang, Pengerusi PKR N.Sembilan
- Mohd Nazree Mohd Yunus, Ketua AMK N.Sembilan
- Rozmal Malakan, Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau
- Puan Norwani, Ketua Muslimat PAS Rembau

Anjuran : Penyokong Pakatan Rakyat DUN Kota

Maklumat lanjut hubungi Hj Roni 012-2268230

Pandu van Nissan tapi dapat saman kereta Viva, hanya berlaku di Malaysia

Posted: 23 Dec 2012 06:03 AM PST


23 Disember 2012

SEGAMBUT – Seorang peniaga terpaksa menanggung saman sebuah kereta Viva bukan milik sendiri yang dialamatkan kepadanya pada awal Disember lalu.

Chan Heng Kee, 60, berkata, apa yang menghairankan maklumat dalam surat saman itu menggunakan butiran van Nissan Vanette miliknya.

Menurutnya, aduan sudah dibuat kepada pihak berkuasa namun tiada tindakan diambil kerana namanya masih tersenarai dalam rekod saman hingga ke hari ini.

Difahamkan kesalahan itu merekodkan dia memandu melebihi had di Lebuh Raya Karak ke Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

"Saya sudah kemukakan surat dan baru-baru ini saya menerima sekali lagi menerima saman pelik mengatakan saya tidak mematuhi lampu isyarat pada 11 Oktober di Setapak," katanya ketika ditemui di Pejabat Parlimen Segambut. semalam.

Susulan itu satu surat telah dikirimkan kepada Ketua Polis Negara meminta penjelasan dan memperbetulkan kesilapan tersebut," katanya.

"Saya harap masalah ini dapat diselesaikan sebelum nama saya disenaraihitamkan kerana tidak menjelaskan saman," katanya.

NUTP: Cadangan ambil guru bahasa Inggeris dari India perlu kajian mendalam

Posted: 23 Dec 2012 06:02 AM PST


December 22, 2012

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu kajian mendalam dilakukan berhubung cadangan mengambil guru bahasa Inggeris dari India untuk mengajar pelajar di negara ini. Presidennya Hashim Adnan berkata perbincangan perlu dilakukan dengan pakar dalam bahasa itu bersama NUTP dan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sebarang keputusan dibuat akan menguntungkan kerajaan. 

"Diharap (cadangan itu) tidak akan dilaksanakan kerana ia sangat merumitkan. Budak-budak akan menjadi bahan uji kaji dan ini tidak sihat kepada pelajar yang ingin mendapatkan pelajaran bahasa Inggeris daripada orang yang berlainan punca dan latar belakang," katanya. 


Guru bingung dengan cadangan import guru bahasa Inggeris dari India
December 23, 2012

Rancangan Putrajaya untuk mengimport guru bahasa Inggeris dari India kelihatan ditentang oleh para pendidik yang meragui idea dari kerajaan untuk membantu pelajar menguasai bahasa tersebut.

"Saya ingin bertanya, kenapa kita perlukan orang asing mengajar rakyat Malaysia?" kata Khairun Nisa yang mengajar bahasa tersebut di sebuah sekolah di Manjung, Perak.

Guru yang berusia 27 tahun itu berkata dakwaan kerajaan mengenai kekurangan guru bahasa Inggeris adalah mitos dan tidak masuk akal.

Khairun merasa bingung dengan tindakan kerajaan untuk mengimport tenaga luar untuk mengajar bahasa Inggeris, yang turut dikongsi oleh Shawn Shim, yang mengajar di Austin Heights School, sebuah sekolah antarabangsa di Johor.

Menurut Shim, jumlah tenaga pengajar tempatan yang tidak gembira dengan gaji yang diterima oleh tenaga pengajar asing, menjadikan sebab mengapa warga India mahu mengajar di Malaysia.

"Secara purata, mereka menerima antara RM1,000 ke RM1,500 di India, tetapi mereka akan dapat RM4,000 ke RM8,000 mengikut taraf.

"Pengajar kulit putih pula mendapat dari RM8,000 hingga RM10,000 dan di sekolah swasta, gaji mereka mencecah RM25,000," katanya lagi.


MALAYSIA AMBIL GURU BAHASA INGGERIS DARI INDIA

20 Dis. 2012 - Malaysia bercadang mengambil sejumlah guru bahasa Inggeris dari India untuk mengajar pelajar-pelajar Malaysia dalam usaha meningkatkan kemahiran bahasa tersebut, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, cadangan tersebut disambut baik oleh Perdana Menteri India, Dr. Manmohan Singh yang mengarahkan tindakan susulan dilakukan segera.

Perdana Menteri berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Manmohan dan bermesyuarat dengan anggota Forum Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia-India (MICEOF) di sini hari ini.


NAJIB, MUHYIDDIN GADAI MASA DEPAN 7,000 GRADUAN PENDIDIKAN IPTS

20 Dis 2012 : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertaruh masa depan 7,000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) demi mengaut keuntungan daripada pelajar, sedangkan kursus tersebut gagal menawar peluang pekerjaan kepada mereka.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, dari jumlah itu, 2,000 graduan tersebut adalah daripada Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) yang dipengerusikan oleh Najib.

Beliau berkata, seluruh graduan tersebut masih menganggur menyebabkan mereka tidak mampu membayar hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Umno perlu bertangungjawab terhadap nasib graduan-graduan ini kerana institusi yang rapat dengan pimpinan Umno antaranya seperti UniRazak.

"UniRazak dimiliki Yayasan Pintar dan Lembaga Pengarahnya dianggotai Datuk Seri Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussien, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mustapha Mohamad dan Datuk Seri Ali Rustam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.

Menurutnya, perkara tersebut berpunca apabila pemimpin Umno memperdagangkan institusi pendidikan demi kemewahan.

"Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam masa sama meluluskan kuota pengambilan yang memberi lesen kepada UniRazak dengan memberi gambaran graduan-graduan ini akan mendapat pekerjaan di dalam perkhidmatan perguruan negara.

Tiada ulasan:

Nuffnang