:: cina islam | 2011 :: |
- Jangan beri kepercayaan kepada yang 'desperate'
- Himpunan bersebelahan: Ali resahkan rakyat Melaka
- Pampasan RM207b: Harapan mangsa jika Pakatan menang
- Anak tidak sah taraf perlu tindakan Majlis Fatwa
- 90 cedera struktur pelantar minyak condong
- Pidato Habibie di Unisel Khamis ini
- Sapu’ beg atas meja
- PKR: Pengguna adu bil eletrik naik lepas ganti meter
- Umno makin lemas, berpaut pada ‘dahan’ 13 Mei 1969
- Pegang jari hampir putus
- Rakyat Malaysia Rugi Jutaan Ringgit Jadi Mangsa Penipuan Cinta Internet
- Majoriti Pemimpin UMNO Akan Bersidang Di Sungai Buloh Tahun Depan
- Taman Rekreasi Piasau Perlu Diubahsuai
- BERSAMA MEMERANGI YAHUDI
- Penemuan Gas Terbaru Sarawak: Wajar Royalti Sarawak Ditingkatkan 20%
- 105 dipaksa makan kertas
- Ke mana sistem kewangan Islam di Malaysia?
- Suka hutang tapi malas bayar
- S'gor teliti senarai calon ganti datuk bandar MBPJ
- Khalwat Dengan Jururawat: KP Kesihatan Dr Hasan Diturunkan Pangkat
- Hutang Negara Mencecah RM500 Bilion Bukti Najib ‘Pandai’ Ekonomi
- Dasar si tua kutuk
- Merahnya muka Najib!
- Filipina negara yahudi berikutnya di Asia Tenggara?
- Perancis, Britain panggil duta Israel
Jangan beri kepercayaan kepada yang 'desperate' Posted: 04 Dec 2012 12:28 AM PST Perhimpunan Agung UMNO yang baru selesai pada 1 Disember 2012, mudah bagi kita untuk merumuskannya dan apa yang berlaku dalam perhimpunan itu sangat tepat dengan apa yang kita telah tahu selama ini. UMNO itu sungguh tertekan dan akan menghadapi pilihanraya yang paling getir dalam sejarah parti itu. Segala apa yang berlaku dalam perhimpunan itu merupakan satu manifestasi yang jelas tentang tekanan yang parti itu hadapi. Setakat ini UMNO telah melakukan banyak usaha untuk mendapatkan keyakinan rakyat dan salah satu dari perkara yang dilakukan ialah berbai'ah di depan Dr Mahathir supaya ahli-ahli parti tidak melakukan sabotaj terhadap calon-calon BN. 'Initiative' yang dilakukan oleh Mahathir memanggil pemimpin-pemimpin Bahagian UMNO di seluruh negara untuk berjanji dan bersumpah tidak mensabotaj parti itu menunjukkan yang sabotaj-mensabotaj calon merupakan masalah yang terbesar dalam UMNO. Jika berbai'ah itu di jadikan sebagai salah satu usaha besar untuk bertahan, maka itu sekali gus membayangkan kepada kita UMNO sudah terlalu hampir kepada kekalahan. Jika isu sabotaj-mensabotaj itu tidak besar masakan tindakan bersumpah itu di jadikan usaha yang dilakukan oleh pemimpin besar yang pernah menjadi PM selama lebih dari dua dekad. Tindakan bekas PM ini memanggil pimpinan bahagian untuk bersumpah itu juga mengiyakan apa yang di pandang oleh rakyat yang Mahathir merupakan orang yang paling takut jika UMNO itu jatuh. Sebab beliau merasa takut itu boleh lah tuan-tuan agak dan agakan saudara-saudara itu tidak mungkin salah. Kenapa sampai bersumpah? Kalau parti itu (UMNO) kuat dan mendapat sokongan, apa yang perlu bersumpah-sumpah itu? UMNO sepatutnya memberikan kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin mereka di peringkat bahagian tetapi sebaliknya UMNO tidak yakin dan tidak mempercayai ahli-ahlinya sendiri. UMNO mempunyai masalah dalaman yang ketara. Orang ramai tidak tahu masalah ini asalnya, tetapi setelah berlakunya angkat sumpah di depan Mahathir itu sudah cukup untuk menyatakan dengan 'conclusive' UMNO dalam kesempitan. "Yang lebih lucunya kami terpaksa angkat sumpah dengan orang yang menjadi penyebab kepada perpecahan kami dalam UMNO ini. Nampak sangat Mahathir terlalu takut dengan masalah beliau jika UMNO tewas dan dia mahu kita jadi pelindung dia setiap masa. Kita di bawah ni hanya diperguna macam lembu saja" kata seorang AJK Bahagian yang saya kenali sebegitu lama. Lebih banyak bercakap lebih banyak kelemahan kita lihat dalam UMNO ini. Kata Najib dalam perhimpunan itu, "satu undi untuk DAP merupakan satu undi untuk tekanan terhadap orang Melayu". Kata perpatah 'bercakap di siang hari pandang-pandang, bercakap malam hari di dengar-dengar'. Najib tidak langsung nampak musuhnya di dalam BN sendiri yang bercakap bertentangan dengan kata-kata pemimpin tertingginya. "Chua Soi Lek pula berkata satu undi untuk DAP itu adalah satu undi untuk tekanan terhadap orang Cina". Apa maknanya semua ini? Kata-kata ini sahaja sudah menunjukkan kecelaruan dalam hala tujuan parti-parti dalam BN. MCA ke hulu UMNO pula ke hilir. Dalam bercakap dengan gegaran tinggi tentang penyatuan kaum-kaum di negara ini UMNO dan Najib masih bercakap isu yang berteraskan elemen rasis yang merbahaya dan ingin melihat rakyat yang berbilang kaum ini untuk mengesyaki di antara satu dengan lain. Ini merupakan manifestasi yang UMNO sedang tersepit apabila Pakatan Rakyat mampu untuk mencari formula penyatuan kaum yang ampuh yang tidak mungkin boleh dicapai oleh BN. UMNO memusuhi DAP seolah-olah kami dalam DAP ini seperti haiwan dan binatang liar. UMNO tidak mahu mengakui yang DAP lebih di yakini oleh sesiapa yang ikhklas mahu melihat kerjasama di antara kaum itu. UMNO masih menakut-nakutkan orang Melayu dengan mangatakan jika PR memerintah maka DAP dan orang Cina akan berkuasa. DAP hanya akan meletakkan lima puluh calon di dalam PRU ini dan jika calon-calon parti ini menang kesemua kerusi sekali pun, orang-orang Cina tidak akan menguasai politik negara ini. Lagi pun, adalah di perkatakan yang di antara lima puluh calon-calon DAP itu berkemungkinan ada calon Melayu yang akan menunjukkan yang DAP bukannya parti rasis seperti UMNO dengan Melayunya dan MCA dengan chauvinis Cinanya. Sesungguhnya kemampuan DAP untuk lebih bertanggungjawab terhadap siasah yang realistik dan politik keamanan ini menjadikan BN khususnya UMNO begitu goyah dari hari ke hari kerana yang pasti MCA akan kehilangan undi Melayu dan UMNO juga bertambah kurang sokongan dari orang Melayu itu. UMNO sekarang ini sedang kehilangan sokongan dari orang Melayu kerana PAS telah menunjukkan kemantapannya untuk menarik sokongan Melayu Islam. Isu ini lebih membuatkan UMNO tidak tentu arah dan menyebabkan pucuk pimpinannya bercakap dengan nada yang tinggi dalam PAU baru-baru ini. Laungan dan jeritan pucuk pimpinan UMNO itu hanya melambangkan betapa runsingnya UMNO dalam menghadapi pilihanraya kali ini, yang merupakan ibu segala pilihanraya dalam sejarah kemerdekaan negara. Hanya saya ingin mengingatkan parti-parti dalam PR agar sentiasa bersyukur dengan perkembangan ini dan jangan sekali-kali bersikap takbur dan mendahului Tuhan. Sikap parti-parti dalam PR setakat ini baik dan diharapkan ia akan bertambah baik dari masa ke semasa. Saya sendiri sangat berbesar hati yang PR tidak henti-henti berusaha untuk mencapai matlamat yang satu negara kita, iaitu perpaduan kaum atau yang di sebut selalu sebagai 'national unity' ini. Perjuangan ini merupakan perjuangan 'ultimate' rakyat. Rakyat sudah tidak mahu lagi diperguna oleh mana-mana pihak untuk memecahkan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum semata-mata kerana sikap 'desperado' mereka dalam politik kepartian yang jumud dan merekahkan kesatuan yang sedang kita pupuk sekarang ini. Apa yang perlu sekarang hanyalah kesedaran rakyat yang orang Melayu khususnya tidak menolak perpaduan tetapi biarlah perpaduan itu berlaku di luar UMNO dan BN. Inilah perubahan yang sedang jelas berlaku di negara ini dan fenomena ini nampaknya akan membuahkan masyarakat yang berpadu walaupun di bawah naungan siasah yang berbeza. Rakyat wajar melakukan perbezaan ini. Kita sudah muak dan jemu dengan kata-kata yang memecah belahkan kita semua. Ingat! yang rugi hanya kita rakyat di bawah ini jika kita masih mahu berfikir cara yang dikehendakki oleh UMNO. Kita perlu menolak isu rasis terus-terusan dan ini akan menjamin keamanan negara yang kita cintai ini. Ingat betul-betul, memberikan kepercayaan kepada pihak yang 'desperate' amat merbahayakan negara pada masa yang akan datang. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/ harakah/- | ||||||||
Himpunan bersebelahan: Ali resahkan rakyat Melaka Posted: 04 Dec 2012 12:25 AM PST 20 Muharram 1433H. [MOD] - (Poster Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Melaka) MELAKA: Tindakan Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam yang mengarahkan Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Bukit Palah menganjurkan karnival di sebelah tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka pada 8 Disember di Bukit Palah dikecam. Tindakan Ali Rustam ini suatu tindakan tidak sesuai dan wajar, kata Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari melalui blognya adlyzahari.blogspot.com "Provokasi pemimpin sebegini mengundang keresahan di kalangan rakyat, Umno akar umbi pun resah," ujar Adly. Beliau juga melahirkan kekesalan dengan sikap kerajaan dan agensi kerajaan negeri yang tidak melayan permintaan Pakatan Rakyat (PR) untuk mendapatkan tempat awam seperti Dataran Sejarah dan Stadium Tun Fatimah. "Oleh kerana permohonan kami tidak dilayan maka kami bersetuju untuk menjalankan program tersebut di tanah persendirian, di Kampung Bukit Palah yang di kejar oleh Ali Rustam. "Mungkin pada pandangan Ali bahawa kerja buat mengganggu ceramah pembangkang semenjak 1999 itu mendatangkan kemenangan kepada Umno Melaka," tambah Adly. Menurut Adly, sekarang ini tahun 2012 sudah hampir masuk 2013. Media baru boleh menceritakan perangai buruk Ali ini. "Apakah Ali berhajat rakyat 'bertembung' pada 8 haribulan ini?" soal Adly. "Pakatan Melaka menyeru rakyat Melaka memberi mesej jelas kepada Ali Rustam pada 8 haribulan ini, ayuh orang Melaka, hentikan politik dengki dan busuk hati," tambahnya lagi. Beliau menyeru seluruh rakyat Melaka berhimpun pada 8 haribulan ini di Bukit Palah Melaka. "Gelombang ribuan rakyat sahaja yang boleh menghentikan sombong dan bongkak politik Ali Rustam," katanya. Roadshow Himpunan Kebangkitan Rakyat di seluruh negara telah mendapatkan sambutan yang sangat luar biasa. Terbaru kira-kira 30,000 rakyat berkumpul di Batu Pahat pada program tersebut. Pada 8 Disember, Pakatan Rakyat Melaka akan menganjurkan program ini peringkat negeri Melaka. Dijangkakan sekali lagi rakyat akan menzahirkan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat seperti yang ditunjukkan di negeri-negeri lain. Beberapa pemimpin utama PR Pusat akan berkumpul di Melaka antaranya Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu; Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Setiausaha PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. harakah/- | ||||||||
Pampasan RM207b: Harapan mangsa jika Pakatan menang Posted: 04 Dec 2012 12:07 AM PST 20 Muharram 1433H. [MOD] - (Gambar: Rombongan Nizar bertemu dengan Pak Hashim di kediamannya di Changkat Jering baru-baru ini) TAIPING: Selepas menunggu sekian lama, buruh paksa pembinaan landasan keretapi maut kini menggantungkan harapan mereka untuk mendapat bayaran itu jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum nanti. Sehubungan itu juga, mereka berterima kasih kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di atas inisiatif beliau menubuhkan Sekretariat Jejak bagi menuntut wang pampasan yang dinafikan kerajaan. Namun Mohamad Nizar ketika ditemui tidak dapat memberikan sebarang jaminan kerana beliau sendiri tidak tahu dimanakah wang itu berada kini. Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno pula sehingga kini senyap seribu bahasa walaupun ia sudah dibangkitkan di Dewan Rakyat oleh Mohamad Nizar. Terkejut Salah seorang dari mereka yang masih hidup, Hashim Yaakub, 122, berkata, beliau terkejut dengan maklumat bahawa kerajaan Jepun telah membayar pampasan kepada kerajaan Malaysia sebanyak RM207 bilion sejak lama dahulu, sedangkan beliau tidak mendapat apa-apa. Perasaan itu dizahirkan beliau ketika menerima kunjungan Mohamad Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang di kediamannya di Changkat Jering di sini baru-baru ini. Beliau yang masih kuat ingatannya menceritakan, beliau menjadi buruh paksa zaman Jepun itu ketika beliau baru berusia 26 tahun. Menurut Pak Hashim, beliau menjadi buruh paksa selama tiga tahun lapan bulan dan hanya menerima gaji sebanyak 3 bath duit Siam. Ekoran kehilangannya dan tidak dapat dikesan pada waktu itu, ahli keluarganya telah membuat kenduri tahlil kepada Pak Hashim. Sebaik selesai perang dunia kedua, Pak Hashim bagaimanapun selamat pulang ke kampung halamannya bertemu keluarga, dan kepulangannya disambut dengan kenduri kesyukuran. Justeru, dengan perkembangan terbaru ini beliau meletakkan harapan tinggi kepada Pakatan Rakyat agar membela nasib mereka yang telah dinafikan hak mendapat pampasan tersebut oleh kerajaan Barisan Nasional. Mohamad Nizar dalam pada itu berjanji akan membangkitkan isu tersebut dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang akan bersidang 17 Disember ini. Malah kata Adun Pasir Panjang itu, satu sidang media bersama bekas buruh dan waris mereka akan diadakan dalam masa terdekat. Isu landasan maut ini sebelum ini didedahkan Mohamad Nizar Nizar yang mempersoal ke mana perginya wang pampasan berjumlah RM207 billion yang telah dibayar oleh kerajaan Jepun itu. Nizar berkata seramai 72,000 penduduk Tanah Melayu pada ketika itu dikerah menjadi buruh paksa membina landasan itu dan hanya 30,000 orang daripada mereka yang kembali ke Malaysia sementara selebihnya gagal dikesan. Sekembalinya mereka ke tanah air, satu pertubuhan dibentuk yang digelar Persatuan Kebajikan Bekas Dan Waris Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Ke Burma Tahun 1942-1946. Mengikut pecahan, jumlah 30,000 buruh ini mellibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain. Nizar berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan. Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal. harakah/- | ||||||||
Anak tidak sah taraf perlu tindakan Majlis Fatwa Posted: 03 Dec 2012 11:56 PM PST 20 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Senator Khairiah Mohamad meminta kerajaan khususnya Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil serius masalah peningkatan anak tidak sah taraf kerana ia melibatkan akhlak dan moral rakyat negara ini khasnya yang beragama Islam. "Bila kita sebut anak tidak sah taraf bermakna ada kaitan dengan di luar perkahwinan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen. Mengulas jawapan kepada soalan lisannya yang dikemukakan semalam, Khairiah berkata 10 peratus jumlah anak tidak sah taraf untuk tahun 2010 sahaja sudah menunjukkan perlakuan tidak bermoral berlaku dengan serius. Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan seramai 52,982 anak tidak sah taraf yang telah didaftar daripada 510,462 kelahiran pada tahun 2010. Manakala bagi jumlah anak tidak sah taraf mengikut tiga kategori umur yang paling tinggi antara umur 21 hingga 30 tahun seramai 130,775 orang bagi tahun 2008 hingga November 2011. Dan diikuti umur 16 hingga 20 tahun seramai 67,755 dan umur antara 31 hingga 40 tahun seramai 44,359 anak tidak sah taraf. Dalam tempoh lima tahun itu, negeri Sabah mencatat jumlah anak tidak sah taraf paling tinggi iaitu 72,939 diikuti Selangor seramai 32,992 dan Sarawak seramai 30,187 orang. Katanya, bagi orang Islam Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun mengeluarkan fatwa berkenaan penamaan anak tidak sah taraf pada tahun 1981, di mana anak dilahirkan lebih dari enam bulan tempoh perkahwinan boleh dibinkan ayahnya. Tetapi jika kurang dari enam bulan perkahwinan anak tersebut tidak boleh dibinkan bapanya. Justeru, beliau memohon Majlis Fatwa Kebangsaan melihat kemaslahatan anak-anak tidak sah taraf ini yang semakin hari semakin ramai demi kebaikan dan masa depan mereka. "Dari sudut Islam sendiri anak yang dilahirkan melalui penzinaan tidak berdosa yang berdosa adalah ibu bapanya. Wajarlah Majlis Fatwa melihat semula fatwa yang telah dikeluarkan agak lama sejak 1981," katanya. Sementara itu Senator Datuk Dr Johari Mat berkata, anak-anak ini akan mengalami tekanan jiwa apabila mengetahui mereka tidak sah taraf menyebabkan ramai yang tidak bersekolah akhirnya mereka tercicir. Tegasnya, anak itu boleh dibinkan bapanya walaupun tidak cukup enam bulan selama mana ayahnya tidak menafikan anak berkenaan. Malah beliau percaya jika Majlis Fatwa berbuat demikian secara tidak langsung boleh mengurangkan atau mengelakkan gejala pembuangan bayi. "Kita perlu lihat mengapa kes buang bayi semakin berleluasa antara sebabnya anak yang dilahirkan tidak boleh dibinkan bapanya. "Yang perlu ditangani adalah anak yang menjadi mangsa, ibu bapa boleh bertaubat," katanya. harakah/- | ||||||||
90 cedera struktur pelantar minyak condong Posted: 03 Dec 2012 11:54 PM PST SINGAPURA - Beberapa pegawai berkata, seramai 90 orang pekerja cedera, 23 orang lagi serius dalam satu kemalangan di sebuah dermaga kapal di sini, semalam. Kementerian Sumber Manusia menyatakan, kejadian itu berlaku ke atas struktur pelantar minyak yang dalam pembinaan. Syarikat Jurong Shipyard Pte. Ltd., membina struktur tersebut. Jurucakap limbungan kapal berkata, para pekerja sedang menguji strutur berkenaan tetapi salah satu kakinya gagal berfungsi lalu menyebabkannya condong. Katanya, pekerja yang cedera itu dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan. Dia menyatakan, seramai 53 orang telah dibenar keluar, manakala seorang lagi masih dalam keadaan kritikal. Siasatan ke atas kemalangan itu sedang dilakukan. - Agensi | ||||||||
Pidato Habibie di Unisel Khamis ini Posted: 03 Dec 2012 11:50 PM PST SHAH ALAM: Bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie akan memberikan pidatonya 6 Disember ini di Dewan Pro Canselor Unisel, Shah Alam. 'Habibie dan transisi Indonesia ke demokrasi' bakal menjadikan topik ini sesuai dengan peranan yang telah beliau lakukan dalam mengubah Indonesia ke demokrasi. Majlis yang bermula jam 9 pagi itu dikira penting untuk rakyat negara ini yang juga bercita-cita untuk membuat perubahan di negara ini. Bacharuddin Jusuf Habibie adalah presiden ketiga Republik Indonesia. Beliau lahir di Pare-Pare, Sulawesi Selatan, pada 25 Juni 1936. Sebagai presiden yang mengambilalih tampuk pemerintahan dari Sooharto, Habibie banyak membuat perubahan walaupun tempoh masa untuknya hanya singkat sahaja. Antara perubahan besar yang dibuat Habibie adalah kebebasan media di Indonesia. Hari ini, media di Indonesia jauh lebih bebas dari Malaysia. harakah/- | ||||||||
Posted: 03 Dec 2012 11:44 PM PST GOMBAK: Angkara cuai, seorang wanita berputih mata apabila kerugian hampir RM30,000 selepas beg tangannya yang diletakkan atas meja ketika makan di sebuah restoran di Kuang, dekat sini, dilarikan penjenayah. Kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam kelmarin, ketika mangsa yang berusia 30-an asyik menjamu selera bersama ahli keluarganya. Menurut sumber, tiba-tiba seorang lelaki memakai topi keledar dan berusia lingkungan 20-an muncul dan dengan pantas mencapai beg tangan mangsa. "Mangsa tidak sempat berbuat apa-apa dan hanya mampu menjerit apabila beg tangannya yang mengandungi barang kemas termasuk beberapa bentuk cincin dan rantai emas bernilai hampir RM29,000 dan wang tunai sebanyak RM1,000 dilarikan lelaki itu," katanya. Menurutnya, suspek melarikan diri bersama seorang rakannya yang bersedia di luar restoran dengan menunggang motosikal. metro/- | ||||||||
PKR: Pengguna adu bil eletrik naik lepas ganti meter Posted: 03 Dec 2012 11:33 PM PST Pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa satu badan bebas diwujudkan untuk menyiasat aduan kenaikan bil elektrik selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggantikan meter analog pengguna kepada meter elektronik. ADUN Seri Setia itu berkata beliau menerima 22 aduan daripada penggua yang mendakwa bil mereka meningkat antara 20 hingga 50 peratus selepas TNB menjalankan operasi penggantian meter tersebut. Nik Nazmi berkata badan itu perlu menyiasat aduan berkenaan memandangkan TNB mendakwa meter baru itu memberi bacaan yang lebih baik dan tepat. Dalam sidang media bersama pengerusi Biro Pelaburan PKR Wong Chen hari ini, Nik Nazmi mencadangkan agar badan itu diberi kuasa untuk memeriksa meter elektrik yang didakwa memberikan bacaan meragukan. "Badan ini sepatutnya diberi kuasa untuk menguji meter baru sebagai pengimbangtara dan membuat dapatan bebas yang mengikat TNB dan pengguna," katanya. malaysiakini/- | ||||||||
Umno makin lemas, berpaut pada ‘dahan’ 13 Mei 1969 Posted: 03 Dec 2012 11:32 PM PST 20 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Hasutan bahawa 13 Mei akan berlaku sekiranya Umno BN kecundang dalam PRU13 menggambarkan betapa tertekan dan lemasnya Umno sehingga terpaksa mengungkit tragedi 13 Mei 1969 sebagai amaran. "Agenda rasis ini terus dimain tanpa rasa segan silu agar Umno masih lihat relevan terutama kepada ahli-ahli Umno yang terus ditipu dengan momokan 13 Mei," kata Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia, Fariz Musa dalam satu kenyataan. Berikut kenyataan penuh beliau. Perhimpunan Agung UMNO 2012 (PAU 2012) sepertimana biasa menjadi medan kepada 'memuji-muji' dan 'membodek' pimpinan UMNO dengan suara-suara yang lunak dan memualkan sekian rakyat yang mendengar. Tidak kurang juga berkumandang dendangan keras lagi kasar menyerang pimpinan Pakatan Rakyat khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dengan pelbagai gelaran yang melampau dan biadap, menjadi hidangan kepada rakyat melalui media UMNO BN. Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO tanpa rasa bersalah dan kesal memulakan perang psikologi bagi tujuan menghasut dan 'membakar' sentimen rasis dengan membangkitkan isu 13 Mei yang sudah tidak relevan dan lapuk. Hasutan beliau bahawa 13 Mei akan berlaku sekiranya UMNO BN kecundang dalam PRU 13 menggambarkan betapa tertekan dan lemasnya UMNO sehingga terpaksa mengungkit tragedi 13 Mei 1969 sebagai amaran. Agenda rasis ini terus dimain tanpa rasa segan silu agar UMNO masih lihat relevan terutama kepada ahli-ahli UMNO yang terus ditipu dengan momokan 13 Mei. Sedangkan rakyat semakin matang dan bijak menyedari bahawa UMNO adalah punca dan dalang kepada berlakunya peristiwa hitam 13 Mei agar perancangan sulit dan licik mereka. UMNO sebenarnya sekarang berada seperti perumpamaan 'kelemasan' sehingga terpaksa berpaut kepada 'dahan' rasis untuk memastikan 'talian hayat' UMNO semakin panjang agar Putrajaya akan terus dipertahankan walau apa jua cara. Igauan UMNO sebagai parti memperjuangkan Islam adalah sangat melucukan kepada sesiapa yang mendengar,malah gelak rakyat semakin besar apabila pelbagai gelaran hebat kepada Datuk Seri Najib Razak. Sedangkan dalam masa yang sama terpalit dengan pendedahan Deepak Jaikishan yang melibatkan beliau dengan skandal berkaitan akuan bersumpah pertama melibatkan skandal pembunuhan Altantuya dan pendedahan Deepak mendakwa membayar keluarga Datuk Seri Najib Razak agar campurtangan bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan. JINGGA 13 hairan Datuk Zahid Hamidi pula yang terkinja-kinja untuk mejawab semua dakwaan Deepak melibatkan DS Najib Razak dalam ucapan beliau. Apakah hubungan beliau dengan skandal tersebut dan hubungan beliau dengan DS Najib Razak? Sikap 'membodek' Presiden UMNO sudah makin menjadi-jadi dan sudah ditahap kritikal dalam UMNO. 13 Mei adalah sejarah hitam yang sudah tidak patut dikenang dan diingati terutama golongan generasi muda yang tidak memahami dengan lebih mendalam kejadian tersebut. Sejarah akan diputar belit agar lebih dilihat relevan demi survival UMNO dalam PRU 13 yang amat merisaukan mereka. DAP akan menjadi sasaran mereka dengan cerita dan fakta diseleweng seolah-olah Pakatan Rakyat di Putrajaya, maka DAP atau orang Cina akan menguruskan negara ini dengan agenda songsang yang digunakan untuk mempengaruhi orang-orang Melayu agar menolak DAP dan Pakatan Rakyat. JINGGA 13 meminta rakyat Malaysia agar bersiap sedia dengan taktik dan propaganda murahan UMNO yang sudah tidak relevan. Adakah orang Melayu akan terus diperbodohkan dengan isu lapuk ini? Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu semakin matang dan bersama-sama atas nama soladiriti membina negara bangsa Malaysia yang sebenar-benarnya tanpa diulit dengan agenda rasis yang sudah pasti merosakkan agenda sebangsa dalam erti kata yang sebenar dan bukannya konsep 1 Malaysia yang retorik semata-mata sedangkan laungan rasis terus dimainkan oleh UMNO. harakah/- | ||||||||
Posted: 03 Dec 2012 11:20 PM PST 20 Muharram 1433H. [MOD] - SELAMAT...anggota bomba mengeluarkan mangsa nahas. BAGAN SERAI: "Saya merangkak keluar menerusi cermin hadapan trak yang pecah sambil memegang jari yang hampir putus," kata Koperal Ahmad Aping, 52, seorang mangsa yang cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah trak Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kenderaan pelbagai guna (MPV), di sini, pagi semalam. Dalam kejadian jam 8.30 pagi di Kilometer 197.2, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), arah utara berhampiran Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Gunung Semanggol itu, MPV dinaiki tiga penumpang hilang kawalan ketika cuba memotong deretan konvoi 10 trak PGA dari Batalion 3, Bidor, sebelum merempuh belakang sebuah trak berkenaan. Rempuhan itu menyebabkan MPV jHonda Edix dan trak dinaiki tujuh anggota PGA Senoi Praq itu terbabas sebelum terhumban ke longkang di tepi lebuh raya. Kejadian menyebabkan seorang penumpang MPV dikenali Mohammad Saome, 30, yang juga pekerja asing warga Bangladesh maut. metro/- | ||||||||
Rakyat Malaysia Rugi Jutaan Ringgit Jadi Mangsa Penipuan Cinta Internet Posted: 03 Dec 2012 11:19 PM PST KUALA LUMPUR: Setiap hari, seramai tiga rakyat Malaysia menjadi mangsa kepada sindiket penipuan cinta Internet dan kebimbangan polis terhadap bilangan kes yang tidak dilaporkan boleh meningkat tiga kali ganda lebih tinggi. Pengarah Bahagian Keselamatan Siber dan Multimedia, Asisten Komisioner Mohd Kamaruddin Din berkata, seramai 613 mangsa iaitu 375 wanita dan 238 lelaki kerugian RM25.89 juta kepada sindiket berkenaan antara Januari dan September tahun ini. "Tahun lepas, kami mencatatkan 876 kes dengan kerugian berjumlah RM34.17 juta," katanya. Beliau berkata, sindiket itu menggunakan beberapa modus operandi untuk menipu mangsa mereka untuk jatuh cinta dan memberikan sejumlah besar wang tunai. "Paling popular adalah penipuan bungkusan, di mana mangsa diberitahu bahawa dia akan menerima bungkusan mengandungi hadiah yang mahal, barangan kemas atau wang tunai tetapi bungkusan itu ditahan oleh Kastam atau bayaran perlu dibuat untuk mengeluarkannya. "Sesetengah anggota sindiket mendakwa mereka datang ke Malaysia untuk berkahwin dengan mangsa. Pada ketibaan mereka ke sini, mereka akan mendakwa telah ditahan oleh pihak berkuasa dan hanya akan boleh dibebaskan sekiranya bayaran tertentu dilunaskan," katanya. Kamaruddin berkata, jabatan beliau turut menyiasat kes-kes di mana anggota sindiket memperdaya mangsa dengan mendakwa mereka menjadi pemimpin atau tentera dari zon konflik yang mempunyai jutaan mata wang asing secara tunai. "Mangsa akan diminta untuk membayar antara RM100,000 dan RM200,000 bagi membawa wang dari zon konflik itu dan berjanji akan memberikan sebahagiannya," katanya. mstar/- | ||||||||
Majoriti Pemimpin UMNO Akan Bersidang Di Sungai Buloh Tahun Depan Posted: 03 Dec 2012 11:17 PM PST 20 Muharram 1433H. [MOD] - PAU 2012 hanya seperti pesta Glee. Najib jerit lah awak sekuat mana kamu mahu. Bersembur air liur pun mengenai timbalan dan naib presiden parti UMNO pun tak kisah kerana ianya tidak sedikit pun mengobah nekad dan tekad rakyat mahu menyingkirkan UMNO dari Putrajaya. Nak berperang macam Churchill pun tak mengapa- dalam longkang, celah kankang, dalam bilik, dalam stadium pun tak kisah. Tapi jangan lupa tentera bersekutu lawan parti Nazi yang macam UMNO sekarang ini. yang menjerit perang sana sini ialah KJ seoarang sahaja- majority pemuda dan senior UMNO buat tak tahu sahaja. Mampuih lah KJ kali ini. Yang matlaon UMNO tahu, hendak kekal jadi ADUN atau MP. Rosnah Sherlin nak berperang apa- angkat badan sendiri pun tak boleh. Wanita UMNO- hendak tunjuk muka dikampung pun, rakyat lembukan mereka. Macam mana kita nak percayakan Shahrizat, orang yang tidor dengan dia pun, dia tak tahu apa kerja nya. Orang berkualiti macam inilah yang Najib cakap besar hendak mengurus Malaysia. Bila saya lihat perwakilan UMNO mengibar ngibarkan placards dengan tulisan dan lakaran, kita sayangkan PM- saya ingatkan ini adalah projek Meng-Glee-kan UMNO. Glee ada lah suatu rancangan hiburan TV yang menjadi kegilaan anak2 muda diseluruh dunia. Mungkin projek Gleekan UMNO adalah hasil pemikiran budak2 muda disekeliling Najib. Setelah 55 tahun kita merdeka dan umur UMNO 66 tahun, meremajakan UMNO yang difikirkan oleh pemimpn UMNO ialah mengGleekan UMNO. Hidup UMNO! Parti pilihan Allah. Seperti yang saya sebut dan tulis, orang UMNO menyifatkan Allah pun ahli UMNO! Tahun hadapan Dato Najib tidak perlu bimbang. PAU akan berjalan dimana ahli nya akan mengundi untuk menggantikan Najib. Najib akan disalahkan sebagai penyebab utama UMNO kalah PRU13. Majority pemimpin pula akan bersidang di Sungai Buloh. Sebaik sahaja tamat ucapan memekik dan melolong, rakan saya dari UMNO talipon saya bertanyakan apa sudah jadi dengan presiden UMNO. Saya kata entah sebab saya tidak mendengar ucapan. Seperti yang lazim, saya lebih suka membaca yang bertulis. Pembacaan bahan yang bertulis mengelak kita daripada terpengaruh dengan penggayaan pengucapan Najib. Saya bertanya- awak bekalkan sapu tangan atau tidak? Kertas tissue? Nanti presiden UMNO nak sapu mulut, takde apa2 bahan. Jaga2 kamu- kalau dia sapu mulut dengan tangan, kalau bersalam dengan dia, segeralah basuh dengan Dettol atau disinfectant. Air lir pembawa penyakit tahu. Apa yang baru yang dibawa oleh Najib? Ini semua wine dalam botol baru. Bertahun tahun lama UMNO membantai pihak parti lawan. Dalam PAU mau bantai lagi? Muktamar PAS tidak ada masa pun membicarakan mengenai UMNO. PAU- semua sessi perhimpunan berkisar kepada pembantaian parti lawan. Itu maknanya, UMNO sudah kehilangan punca seperti juga Presiden nya yang tidak tahu bagaimana melepaskan UMNO dari jeratan tali disekeliling leher yang makin mengetat. Apa yang kita harap dari seorang PM dan menteri kewangan yang tidak berani mempertahankan bajet yang dia sendiri bentangkan? Rakan2 dalam UMNO pun ramai yang menyampah dan meluat bila Najib sekian hari bunyi lebih dari seorang ustaz sedangkan memberi contoh najis mughallazah pun dia tidak tahu? Apa lah yang diharapkan daripada presiden UMNO oleh orang Melayu untuk membela Islam bila Islam dipermainkan dan dipersendakan, dia hanya tersenyum dan beri lagi upah RM30juta kepada Soi Lek? Mari kita beritahu Najib al wasatiyah bahawa kebenaran bukan diukur dengan kuat jeritan kamu. Ucapan presiden UMNO tidak ada kesan kerana ianya pengucapan yang diperdengarkan kepada geng sendiri yang terdiri dari penyamun perompak, dan penyundal. 80% penduduk dari 29 juta rakyat Malaysia adalah dibawah umur 45 tahun, yang memandang masa depan yang gelap jika UMNO terus memerintah. Najib janganlah cakap besar seolah olah pemajuan negara ini hanya boleh dilakukan oleh UMNO. Cerdik mana sangatlah pimpinan UMNO? kecuali ahli UMNO sememangnya pekak, buta dan bisu- rakyat sudah melihat prestasi dan pencapaian negeri2 yang ditabir oleh Pakatan jauh lebih baik dari bagaimana pemimpin UMNO mentadir negeri masing2. Semenjak dia ambl alih pentadbiran negara dari Paklah, hutang kerajaan federal meningkat dari RM230bn kepada RM502bn yakni, 2 kali ganda lebih!. Najib akan diingati sebagai PM yang paling boros. Dari 2008-2011, ubahsuai, penyelenggaraan rumah rasmi PM ialah RM7juta. Bil letrik sahaja RM10juta. Bil air sebanyak RM1.9juta. Najib bergentayangan seantero dunia dengan jet milik kerajaan menelan belanja RM17 juta. Inilah dia transformasi yang selalu disebut oleh Najib. Setelah 55 tahun, 40% rakyat negara ini mempunyai pendapatan RM1500 sebulan yakni tahap miskin. Tahap kelayakan untuk dapat BR1M pun sudah RM3000. Dari 40% itu, 70% atau 8.5 juta adalah orang Melayu yang Najib omong kosong mahu memajukan. Jika RM3000 dianggap tahap kurang pendapatan dan layak dapat BR1M, maka RM 1500 apa dia? 70% daripada 40% yang miskin ini ialah orang Melayu. Setelah 55 tahun merdeka, dan 66 tahun usia UMNO, jurang kekayaan paling terbesar ialah dikalangan orang Melayu. Apa yang Najib cakapkan? Apa yang dilakukan oleh UMNO selama 55 tahun memerintah? Kamu parti Melayu tapi jurang kekayaan dikalangan orang Melayu paling besar? Ini bermakna, kepentingan yang kamu perjuangkan terutama semenjak 1981, ialah kepentingan penindas dan kepentingan tuan tanah kedawong. Kita akan sambung membahas pengucapan yang penuh dengan kelentong, takabbur dan sombong. Tapi itulah UMNO. Parti penyamun, lanun dan penyundal. -sakmongkol | ||||||||
Taman Rekreasi Piasau Perlu Diubahsuai Posted: 03 Dec 2012 09:24 PM PST 20 Muharram 1433H. [MOD] - MIRI - Piasau Jaya atau lebih dikenali sebagai Piasau Link merupakan kawasan perumahan rakyat yang sudah dibina khas untuk Bumiputera berpuluh tahun yang lalu. Di situ terdapat sebuah bangunan kedai untuk peniaga Melayu menjalankan perniagaan. Di hadapan kedai terdapat sebuah taman rekreasi untuk penduduk perumahan bersantai. Baru-baru ini kita mendapat aduan dari penduduk di situ mengatakan bahwa taman rekreasi tersebut sepatutnya dibina untuk bersantai tapi sayangnya kawasan tersebut terbiar begitu saja tanpa sebarang penyelenggaraan. Walaupun bersebelahannya terdapat sebuah gelanggang futsal tetapi taman rekreasi yang berhampiran dengan kedai agak terbiar. Kawasan tempat duduk agar kotor dan becak dengan air bertakung apabila musim hujan dan kawasan parkir juga terhad. Setakat ini jarang sekali melihat orang ramai bersantai dalam taman tersebut kecuali nyamuk dan serangga. Menurut pengadu lagi, mereka telah dijanji oleh setiausaha politik Datuk Peter Chin yang kawasan itu akan dijadikan kawasan persekitaran hijau dan taman rekreasi, tetapi malangnya kawasan yang sepatutnya menjadi tempat orang bersantai dan juga tempat berniaga telah bertukar menjadi kawasan pembiakan nyamuk. Air bertakung dan juga tiada penyelenggaraan yang baik menyebabkan orang ramai tidak ingin hendak bersantai di kawasan itu kerana kawasan tanahnya kotor terutama sekali selepas hujan. Begitu juga dengan tong sampah besar yang penuh dengan sampah diletak di tepi jalan masuk kedai di situ juga tidak sesuai dan tidak elok dipandang oleh para pengunjung. Sepatutnya tong sampah tersebut diletak di kawasan yang sesuai untuk pembuangan sampah bukannya diletakkan dihadapan jalan masuk taman itu. Ianya akan nampak terlalu kotor apabila terlalu banyak sampah dibuang disitu sekiranya pihak yang berkenaan lambat untuk mengutip sampah tersebut. Kita mencadangkan agar tapak tempat duduk di kawasan taman itu perlu diubahsuai sepenuhnya, agar ianya sesuai untuk para pengunjung bersantai. Begitu juga perlu ada tapak untuk berniaga dan kawasan parkir juga perlu ditambah. Untuk mencantikkan lagi taman itu, tapak untuk berjalan kaki dan tempat duduk perlu ada lantai semen, agar ianya tidak kotor terutama sekali selepas waktu hujan. Apabila taman rekreasi nampak cantik maka pengunjung pun suka bersantai sambil menikmati udara segar dibawah pohon yang rendang. Disamping itu para peniaga juga mendapat hasil dari para pengunjung dan ini akan menambahkan pendapatan para peniaga di situ. Secara tidak langsung ini akan menaikkan imej kawasan perumahan Piasau dan juga bandaraya Miri sebagai pusat pelancongan. Kerjasama dengan pihak MBM dan juga pihak yang berkenaan amat dihargai, kita ingin melihat kawasan perumahan serta bandaraya Miri nampak cantik dan sesuai sekali dengan gelaran pusat bandaraya pelancongan. Kebersihan dan kesihatan penduduk adalah tanggungjawab kita bersama tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak | ||||||||
Posted: 03 Dec 2012 09:20 PM PST خطبه جمعة اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :يَـٰبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ ٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتِىَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَنِّى فَضَّلْتُكُمْ عَلَى ٱلْعَـٰلَمِينَ ﴿٤٧﴾ وَٱتَّقُوا۟ يَوْمًۭا لَّا تَجْزِى نَفْسٌ عَن نَّفْسٍۢ شَيْـًۭٔا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا شَفَـٰعَةٌۭ وَلَا يُؤْخَذُ مِنْهَا عَدْلٌۭ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ ﴿٤٨﴾ اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. سيدغ جمعة سكلين، ففراغن انتارا اومة اسلام دفلسطين دان اورغ-اورغ يهودي اداله ساتو ففراغن يغ امت لاما ملبيهي ليم فولوه تاهون. نامون سهيغضا كهاري اين اومة اسلام فلسطين مغهدافي تكانن دمي تكانن يغ امت مثديهكن تنفا ادا أوسها يغ بنر-بنر بركسن درفد نضارا-نضارا اسلام. والوفون اومة اسلام سبنرث امت جاوه لبيه رامي درفد يهودي نامون بيلاغن يغ باثق سهاج تيدق خوكوف اونتوق مغالهكن مريك. بهكن اونتوق مناكوتكن مريك سهاجا فون كيت تيدق براوفاي. انيله كثتأن يغ ادا دهدافن كيت، سوك تيدق سوك كيت ترفقسا مغاكوءيث. سيدغ جمعة سكلين، سبنرن بغسا يهودي بوكنله ساتو بغسا يغ بوليه داجق بردامي. سجاره يغ فنجغ سمنجق برسام نبي محمد (ص) يغ موليا ايت تله ممبوقتيكن بهوا مريك ممغ سوك مموغكيري جنجي. فريستيوا فغفوغن ترهادف يهودي بَنِيْ نَضِيْر دان بَنِيْ قَيْنُوْقَاع دمدينة مروفاكن بوقتي يغ امت ثات دمان كالو دغن رسول الله صلى الله عليه وسلم سنديري فون مريك بوليه مموغكيريث مك افاكه يغ ماهو دهارفكن دغن ضنخاتن سنجات يغ دبوات تتكالا مريكا مثداري كماراهن دنيا سماكين ممبواق-بواق. مريك هاث برجنجي كتيك مريك لمه. ضنخاتن سنجات هاث برلاكو افبيلا مريك همفير كاله. سباليقث افبيلا مريك ممفوثإي كقواتن مريك اكن كمبالي ممراغي كيت دمان سهاج مريك برادا. الله منجلسكن دالم سورة المُمْتَحَنَة اية 2: إِن يَثْقَفُوكُمْ يَكُونُوا۟ لَكُمْ أَعْدَآءًۭ وَيَبْسُطُوٓا۟ إِلَيْكُمْ أَيْدِيَهُمْ وَأَلْسِنَتَهُم بِٱلسُّوٓءِ وَوَدُّوا۟ لَوْ تَكْفُرُونَ ﴿٢﴾ ارتيث : جك مريك دافت منغكف كامو مريك اكن منجاديكن كامو موسوه-موسوه كامو دان ملفسكن تاغن دان ليده مريك كفدامو دغن مثاكيتيمو دان برخيتا-خيتا سفاي كامو منجادي كافير. سيدغ جمعة سكلين، الشهيد سيد قطب رحمم اللهدالم تفسيرثفي ظلال القران مثبوت مغناي طبيعة سبنر بغسا يهودي يغ امت كتارا يأيت : طبيعة كفور، تيدق مغنغ كبإيقكن، فمنتيغن ديري يغ سمفيت دان هيدوف دالم فناتيك فرقومان يغ تبل. مريك مراس بهوا ستياف كبإيقكن يغ دخافي اوليه اورغ لاين سلأين مريك اداله بوليه دان فاتوت دفوتوغ دان درمفس درفد مريك. مريك تيدق ممفوثإي فراسأن بهوا مريك ترجالين دغن هوبوغن إنسانية يغ اضوغ يغ مغيكت سلوروه أومت مأنسي. دمكينله كأدأن مريك سلاما-لاماث دان مريك اكن تروس هيدوف دالم فغاسيغن دان فمنخيلن ديري. مريك مراس ديري مريك سباضاي ساتو داهن يغ ترفوتوغ درفد فوكوء. مريك منوغضو-نوغضو اومة مأنسي لأين دتيمفا بنخان دان مالا فتاك سرت مريك مناروه دندم كسومت ترهادف قوم-قوم لأين. مريك مندريتا عقيبة حسد دغكي مريك سنديري. مريك ممبوات أومة-أومة لأين مراس كسن حسد دغكي مريك دالم بنتوق فتنة دان هورو هارا يغ دختوسكن اوليه مريك انتارا ستغه بغسا دغن ستغه بغسا يغ لأين. مريك مثالاكن افي ففراغن أونتوق منغضوق دأير كروه دان ممواسكن دندم كسومت مريك يغ تيدق فرنه فادم. جوض دالم بنتوق كموسنهن يغ دلاكوكن كأتس قوم-قوم يغ لأين دسمفيغ قوم=قوم لأين يغ برتيندق بالس ترهادف مريك. سموا كجهاتن دان اغكارا اين اداله تربيت داري طبيعة فمنتيغن ديري مريك. سيدغ جمعة سكلين، سبنرث يهودي تيدق ممفوثإي كقواتن داري مان-مان سودوت. كقواتن مريك هاثاله فغضنتوغن مريك كفد أمريك (Amerika). مالغث همفير سموا نضارا اسلام ترلالو بركنتوغ كفد أمريك. اين كران كجيأن مريك ممخهبلهكن كيت مغيكوت فهامن ماسيغ-ماسيغ. نضارا عرب دفجهكن دغن خارا ممبنتو سبهاضين فميمفين مرمفس كواس درفد راج يغ ممرينته. باضي راج يغ ماهو مغيكوت تلونجوق مريك اكن دفرتاهنكن. آخير نضارا عرب باضايكن هيلغ كفرخيأن دان برفرغ سسام سنديري. سيدغ جمعة سكلين، كيت واجب برجهاد ممفرتاهنكن بيت المقديس والوفون سلوروه بغسا عرب برستوجو مثرهكنث كفد يهودي. يغ منجادي اساس دان حقيقة فرتاروغن اين اداله عقيدة. بوقتيكنله كإيمانن كيت دغن ممراغي مريك مغيكوت كممفوان دان كماهيران يغ كيت ادا. بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ. khutbah jumaat/- | ||||||||
Penemuan Gas Terbaru Sarawak: Wajar Royalti Sarawak Ditingkatkan 20% Posted: 03 Dec 2012 08:51 PM PST Dewan Pemuda PAS Sarawak bersyukur dengan penemuan terbaru simpanan gas (gas reserve) di perairan Miri oleh PETRONAS baru-baru ini. Penemuan gas di lapangan Kuang Utara dan Tukau Timur ini dianggarkan mempunyai simpanan gas sebanyak 4.4 TSCF (trillion standard cubic feet). Penemuan terbaru ini menunjukkan Sarawak ialah negeri yang kaya dengan hasil asli terutama hasil minyak dan gas. Hasil gas ini hendaklah dimanfaatkan untuk kemajuaan dan kesejahteraan rakyat Sarawak, sesuai dengan tuntutan Islam untuk sesuatu hasil hendaklah dibelanjakan untuk negeri tersebut sebelum dipindahkan kepada kerajaan pusat. Fokus utama hendaklah diberikan kepada pembangunan infrastruktur asas seperti lebuhraya, kemudahan air bersih dan elektrik di seluruh Sarawak serta program-program mensifarkan kemiskinan di kalangan rakyat Sarawak. Kami menganggarkan pendapatan sebanyak RM43 billion sepanjang operasi pengeluaran gas daripada dua lapangan ini. Dengan menganggarkan operasi pengeluaran selama 20 tahun, hasil tahunan daripada penemuan terbaru ini ialah RM2.16 billion setahun. Kami meneruskan tuntutan 20% royalti daripada hasil pendapatan tersebut yang dianggarkan RM430 juta setahun bermula daripada tahun pengeluaran pertama. Dengan jumlah royalti tahunan sebesar ini, kemiskinan di Sarawak dengan kadar 5.3% mampu disifarkan sepenuhnya hanya dalam masa setahun. Dalam masa yang sama, sekiranya keseluruhan hasil daripada 20% royalti gas ini dijumlahkan untuk 20 tahun operasinya, kerajaan negeri akan memperoleh hampir RM 9.0 bilion yang dianggarkan mampu membina sekitar 60,000 buah rumah mampu milik untuk rakyat Sarawak yang memerlukan. Kerajaan Negeri Sarawak hendaklah sedar bahawa hasil minyak dan gas Sarawak ialah milik rakyat Sarawak dan hendaklah dikembalikan kepada rakyat Sarawak. Hasil royalti 20% selaras dengan tuntutan NGO R dan Pakatan Rakyat ini hendaklah disokong oleh kerajaan negeri demi kesejahteraan rakyat Sarawak. Janganlah berslogan juara rakyat tetapi tidak mahu membela nasib rakyat sendiri. pas sarawak/- | ||||||||
Posted: 03 Dec 2012 08:26 PM PST 20 Muharram 1433H. [MOD] - PELABUHAN KLANG: Seramai 105 wanita warga asing bukan saja dikurung, malah turut dipaksa makan kertas surat khabar selain tidak dibayar gaji sejak enam bulan lalu oleh sebuah syarikat agensi pembantu rumah yang beroperasi di Bandar Baru Klang, di sini. Mereka yang berusia 18 hingga 25 tahun itu diperdaya menjadi pembantu rumah secara bulanan dan harian, namun tidak menerima gaji selepas berkhidmat sejak enam bulan lalu dengan alasan mereka perlu menyerahkan gaji selama tujuh bulan sebagai bayaran untuk bekerja di Malaysia. Mereka yang terdiri daripada 95 warga Indonesia dan masing-masing enam dan empat warga Filipina itu, diselamatkan dalam Ops Khas 6P Jabatan Imigresen Selangor, kelmarin. Pengarah Jabatan Imigresen Selangor, Amran Ahmad berkata, serbuan jam 7.45 pagi itu mendapati semua wanita terbabit dikurung di tingkat tiga dan empat premis syarikat agensi pembantu rumah berkenaan. Beliau berkata, wanita terbabit turut mendakwa dikasari selain makanan dicatu agensi berkenaan dan ada antara mereka yang dipaksa makan kertas surat khabar setiap kali cuba melawan atau menuntut hak mereka. "Setiap pagi, agensi ini akan menghantar mangsa dengan van ke rumah dan pejabat di Klang untuk bekerja sebagai pembantu rumah dan tukang cuci dengan pendapatan RM700 sebulan. "Mereka dikurung di beberapa bilik di premis berkenaan sebaik pulang dari tempat kerja dan tidak dibenarkan keluar bagi mengelak kegiatan ini dihidu pihak berkuasa," katanya pada sidang media di sini, semalam. Amran berkata, siasatan mendapati, semua mangsa masuk ke Malaysia sejak sebulan hingga enam bulan lalu menggunakan pas lawatan sosial sebelum ditempatkan di premis agensi pembantu rumah itu. Dalam operasi itu, pihaknya turut menahan tiga lelaki tempatan dan masing-masing lima dan tiga warga Indonesia Kemboja yang berusia 30 hingga 50 tahun dipercayai penjaga premis berkenaan. Amran berkata, pihaknya kini mengesan seorang lelaki tempatan iaitu pemilik agensi pembantu rumah terbabit bagi membantu siasatan. Katanya, agensi berlesen itu beroperasi sejak lima tahun lalu, tetapi didapati melakukan kesalahan kerana semua wanita yang diambil bekerja itu hanya memiliki pas lawatan sosial bukan permit bekerja sah. "Semua wanita terbabit dibawa ke rumah perlindungan di Bukit Ledang, Damansara untuk perlindungan sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing. "Mereka disiasat mengikut Seksyen 44(1), Akta Pemerdagangan dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670), manakala lelaki dan wanita yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 12, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan jika disabitkan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun dan denda," katanya. Sementara itu, seorang daripada wanita terbabit, Adinda Tanas, 20, mendakwa sejak bekerja dengan agensi itu Mei lalu, dia tidak pernah menerima gaji. Harian Metro | ||||||||
Ke mana sistem kewangan Islam di Malaysia? Posted: 03 Dec 2012 08:18 PM PST Akta Perkhidmatan Kewangan Islam, 2012 (APKI), telah pun dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat. Terdahulu Akta Perkhidmatan Kewangan (APK) diluluskan utuk menggantikan BAFIA, Akta Kawalan Pertukaran Asing, Akta Insuran dan Akta Sistem Pembayaran. APKI pula untuk menggantikan Akta Perbankan Islam dan Akta Takaful. Kedua-dua akta yang dimansuhkan ini akan diletakkan di bawah akta baru ini. Tujuan pengenalan akta-akta baru ini adalah untuk menyelaraskan undang-undang sedia ada sekaligus memangkin pertumbuhan Malaysia sebagai hub kewangan antarabangsa. Tidak dinafikan bahawa Malaysia adalah antara negara ummat Islam yang banyak berperanan mendayakan dan mengarusperdanakan Kewangan Islam. Usaha-usaha perintis tentunya merujuk seawal penubuhan institusi Tabung Haji dalam tahun 1969, seterusnya penubuhan Bank Islam pertama pada tahun 1983 sehingga terkini cadangan menubuhkan Mega Bank Islam. Kemelut kewangan antarabangsa mutakhir ini, khasnya kemelut kewangan di Amerika, krisis zon Euro yang menyaksikan Greece, dan terkini Itali dan Sepanyol juga di ambang kebankrapan, meletakkan Kewangan Islam kembali mendapat perhatian. Sebut-sebutan bahawa Kewangan Islam mampu mengambil alih dan diarusperdanakan menjadi teras kewangan antarabangsa sudah tidak lagi menjadi rahsia dan ditakuti masyarakat antarabangsa. Pun begitu malangnya, Kewangan Islam belum lagi difahami betul-betul oleh ummat Islam sendiri. Lebih malang kalau penganjur dan penaja Kewangan Islam sendiri masih belum berpuashati tentang kefahamannya oleh pihak penguasa politik dan pemerintah. Kegagalan menghayati tasawur dan tujuannya, meletakkan 'Maqasid (Matlamat) Kewangan Islam' ini tidak mampu dicapai. Penulisan ini dibuat bertujuan memaparkan aspek ini. Umumnya Kewangan Islam difahami sebagai satu 'industri berorientasi pencegahan' atau 'prohibition-oriented industry'. Kewangan Islam lazimnya diertikan dengan mencegah Riba, Gharar (Penipuan) dan Masyir (spekulasi) dalam transaksi serta kontrak dan mengelakkan dari terlibat dalam pelaburan serta pembiayaan sektor dan perniagaan 'haram'. Lebih khususnya lagi, sisi-sisi pandang mengikut kerjaya dan pengkhususan juga turut mewarnai kefahaman dan persepsi tentang Kewangan Islam. Seorang pengamal undang-undang, seorang ahli ekonomi, seorang 'regulator' dan seorang penasihat Syari'ah punya perspektif masing-masing. Justeru amat mustahak untuk ummat ditegaskan kembali 'Apa itu Kewangan Islam'? Lebih penting,'Bagaimanakah Kewangan Islam seharusnya berperanan membangunkan ummat dan negara'? Penulis juga akhirnya akan memaparkan bagaimana, dalam usaha penguasa dan pemerintah menaja Kewangan Islam, amalan tadbir-urus dalam negara tampak semakin mengalami percanggahan dengan prinsip-prinsip Syari'ah dan tadbir-urus Islam dengan laporan Ketua Audit Negara dan pendedahan pelbagai skandal kewangan. Wajar ditegaskan Kewangan Islam bukan hanya untuk mengelakkan muamalat atau transaksi pengurusan perniagaan yang bebas unsur-unsur riba, gharar dan spekulasi. Sudah sampai waktunya Kewangan Islam ini kembali diletakkan berperanan untuk sentiasa mencapai 'Maqasid Syari'ah' itu sendiri khasnya 'Pemeliharaan Harta' atau Hifzul Maal. Malah lebih fundamental dan luas dari itu Kewangan Islam mesti juga diletakkan berperanan dalam kerangka untuk mencapai 'Maqasid Syariah'atau Matlamat-Matlamat Syariah yang lebih luas yakni 'Keadilan (Justice), Kemakmuran (Prosperity) dan Kelestarian (Sustainability). Sudah sampai waktunya satu 'penilaian kritikal' dibuat terhadap matlamat yang seharusnya dicapai oleh perlaksanaan Kewangan Islam ini di segi kayu ukur kemakmuran rakyat dan tadbir-urus yang menjadi lebih bersih, beretika, bebas rasuah serta salahguna kuasa. Syariat Islam terbahagi kepada dua jenis hukum hakam yang bersifat Kekal (Thawabit) dan Berubah (Mutaghyyirat). Muamalat tergolong dalam hal perkara yang bersifat "Mutaghayyirat". Meniliti perkembangan Kewangan Islam menyerlahkan betapa Syariat Islam itu adalah sangat anjal (flexible) dan berdaya-maju (dyamics). Dengan gandingan pelbagai pihak serta penubuhan beberapa badan penting terkini seperti MIFC (Malaysian International Islamic Financial Cetre), ISRA (BNM), ASAS (Association of Syariah Advisors), pacuan pengembangan Kewangan Islam terus diterokai. Ini mengizinkan pembangunan produk-produk kewangan Islam secara inovatif dan agresif dalam dekad-dekad mutakhir. Pengukuhan amalan perbankan, pasaran kewangan dan pelaburan Islam berlaku ketika wujudnya pelbagai produk yang mampu memenuhi pelbagai keperluan instrumen pelaburan dan kecairan (liquidity). Permintaan yang meluas serta produk yang diterima di peringkat global dengan peraturan yang kukuh juga turut menstabilkan pasaran keseluruhannya. Justeru, perkembangan dan inovasi dalam industri kewangan adalah sangat pesat samada dalam produk sector perbankan,insuran, pasaran saham, pasaran wang termasuk terkini derivatif yang "Patuh-Syariah" atau "Syariah-Compliant". Pun begitu, kelangsungan perkembangan kewangan Islam terkekang dengan pelbagai faktor. Antara yang menghalang kepesatannya ialah kewujudan modal insan yang terlatih dan berkepakaran – skilled human capital. Penjanaan produk baru adalah satu usaha menuntut sumber yang lebih besar dari kewangan konvensional. Adalah diakui pelbagai pihak pengamal Kewangan Islam sendiri, bahawa ketika Institusi Perbankan Islam (IPI) ini terpaksa juga menggunakan pakar institusi perbankan kovensional, produk-produk yang terhasil tidak dapat tidak adalah sebahagian besarnya 'Syariah-Compliant' dan bukan sebenar-benarnya produk Syariah. Ini membawa kita kepada contoh produk Sukuk Bai' Bithaman Ajil (BBA) yang diizinkan oleh Majlis Penasihat Syariah atau Syariah Advisory Council (SAC), Bank Negara Malaysia. Namun Sukuk BBA ini adalah tidak diterima dan tidak diluluskan (prohibited) oleh badan "Accounting and Auditing Organisation for Islamic Finance Istitutions (AAOIFI) justeru kerana 'aqadnya'. Badan ini mengenalpasti bahawa 'Aqad' atau 'Contract' yang melandasi Sukuk BBA itu adalah aqad "Bai Al-Inah" yang sifat kewangannya ialah "Ribawi" atau 'riba-based financing'. Pembelian semula asset oleh cotohnya pihak mudharib semasa matang sukuk tersebut pada harga nominal, mengandungi unsur ribawi. Amat mustahak bagi pengamal Kewangan Islam, berbeza dengan kewangan konvensional, yang mesti meletakkan pelbagai langkah-langkah kawalan dan pemantauan supaya ia tidak terdedah kepada salah-laku mereka yang mahu memanipulasi pasaran kewangan dan sebagainya. Ini membawa kepada topik yang terakhir dalam penulisan ringkas ini. Sesungguhnya, Kewangan Islam adalah satu juzuk penting dalam mengatursusun kehidupan ummat yang telah disyariatkan oleh Allah SWT.Kewangan Islam juga berpaksikan nilai moral Islam yang tinggi sebagai 'Moral Compass' yang bertanggungjawab membenteras segala tabiat yang curang dan khianat. Penghayatan Etika yang murni ini akan dapat menangani amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa, pemborosan, pembolotan kekayaan di kalangan segelintir manusia rakus dengan cara monopoli, kronisme dan pengepungan (kartel) dan pengherotan pasaran. Wajar bagi ummat Islam khasnya dan rakyat seluruhnya, membuat penilaian secara kritis, ikhlas, terbuka dan berani, supaya tadbir-urus kewangan dan pembangunan ekonomi di negara dilakukan dalam etika dan semangat ruh syariat Islam. Ataukah sebaliknya, sementara kita ghairah memacu pengembangan amalan Kewangan Islam, negara ini semakin tercabar kewibawaan dan integritinya kerana kebejatanrasuah dan salah guna kuasa yang endemik atau semacam tidak dapat dibendung lagi. Kejatuhan kedudukan dalam 'Indeks Persepsi Rasuah' (CPI) negara di peringkat antarabangsa adalah petanda buruk bagi kita. Hakikat wujudnya kesenjangan atau jurang kaya-miskin yang terus melebar dan pembolotan kekayaan negara yang juga semakin terserlah, mengesahkan bahawa Matlamat murni Kewangan Islam danEkonomi Islam itu masih jauh untuk direalisasi dan didayakan. Jangan hanya sukuk atau bon yang diterbitkan sahaja 'komplian-syariah' atau Patuhi Syariah, tetapi amalan dan tadbri-urusnya bobrok dan melanggari good-governance atau tadbir-urus Syariah seumpama yang mencetuskan skandal kes PKFZ dan berhubung kegagalan pengurusan Pelabuhan Antarabangsa Tuna Malaysia di Batu Maung oleh Malaysia International Tuna Port Sdn Bhd dan Bindforce Sdn Bhd. Selama skandal NFC menjadi 'lambang penularan tadbir-urus buruk' yang dilakukan oleh golongan yang memilikki kuasadan PKFZ sebagai mercu-tanda keberanian 'perkongsian rompakan pihak penguasa politik pemerintah', maka cita-cita Matlamat Kewangan Islam untuk membangunkan negara dan rakyat yang makmur dan sejahtera akan terus dicabar dan tersudut. * Dr Dzulkefly Ahmad adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas Pusat. | ||||||||
Posted: 03 Dec 2012 07:54 PM PST 20 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR – Seramai 169,218 individu lelaki di negara ini telah diisytiharkan bankrap sejak tahun 2005 hingga April tahun ini disebabkan sikap buruk mereka sendiri yang liat untuk membayar balik hutang. Jumlah tersebut meliputi 70 peratus daripada jumlah keseluruhan individu yang telah diisytiharkan bankrap dalam tempoh sama iaitu seramai 241,740 orang. Ketua Jabatan Korporat dan Komunikasi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd. Khalil Jamaldin berkata, fakta tertersebut menunjukkan golongan lelaki di negara ini lebih suka berhutang berbanding golongan wanita. Beliau berkata, jumlah golongan wanita yang diisytiharkan bankrap dalam tempoh sama adalah seramai 72,522 orang. Katanya, punca utama golongan Adam menjadi liat untuk membayar hutang adalah disebabkan sikap mereka yang gemar melangsaikan hutang sedia ada dengan membuat pinjaman baharu. Beliau menegaskan, tindakan tidak berhemah golongan lelaki membuat hutang baharu itu ibarat menutup lubang hutang lama dan kemudian menggali lubang hutang yang baharu. "Hutang yang baharu itu tidak akan selesai malah semakin bertambah. "Apabila sudah tidak mampu bayar, tanggungjawab untuk membayar hutang itu turut hilang. "Jadi akhirnya dia biarkan saja hutang itu macam orang malas nak bayar hutang," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. | ||||||||
S'gor teliti senarai calon ganti datuk bandar MBPJ Posted: 03 Dec 2012 07:52 PM PST SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor kini dalam proses meneliti beberapa nama bagi menggantikan tempat Datuk Mohamad Roslan Sakiman sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya yang baru. Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, beliau telah menerima beberapa nama calon dan sedang dalam penilaian sebelum diumumkan selewat-lewatnya hujung tahun ini. "Kerajaan Negeri akan mula menentukan siapakah calon yang layak untuk menjadi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebelum hujung tahun ini. "Menteri Besar telah diberi beberapa cadangan yang masih dalam pemerhatian," katanya dalam sidang media semalam. Isu datuk bandar MBPJ sebelum ini timbul ekoran arahan tergesa-gesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mengarahkan Mohamad Roslan bertukar ke jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) di Pusat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor berkuatkuasa 1 Okt lalu. Bagaimanapun, arahan itu ditarik semula dan Mohamad Roslan dikekalkan sebagai Datuk Bandar MBPJ kerana jawatan berkenaan adalah statutori yang tertakluk di bawah Akta Kerajaan Tempatan. Ianya didakwa bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976, yang memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk melantik Datuk Bandar, di mana Datuk Bandar dilantik mengikut prosedur di bawah undang-undang. harakah/- | ||||||||
Khalwat Dengan Jururawat: KP Kesihatan Dr Hasan Diturunkan Pangkat Posted: 03 Dec 2012 07:23 PM PST 20 Muharram 1433H. [MOD] - Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang digantung kerja ekoran kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini. Mahmood dalam kenyataannya berkata tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pada 26 November lepas, SPA memutuskan Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini. SPA juga memutuskan agar Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan. Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan Wan Syarifah Nooraazmanita, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama. - Bernama | ||||||||
Hutang Negara Mencecah RM500 Bilion Bukti Najib ‘Pandai’ Ekonomi Posted: 03 Dec 2012 07:21 PM PST 20 Muharram 1433H. [MOD] - Sibuk canang kononnya Anwar Ibrahim tidak pandai ekonomi, rupa-rupanya fakta itu terkena batang hidung Perdana Menteri sendiri apabila Ketua Pembangkang dedahkan hutang negara semasa di bawah pemerintahan Najib Razak berjumlah RM300 bilion. "Najib, ini angka Bank Negara. Tapi kamu sibuk kata orang lain tak pandai ekonomi. Lim Guan Eng tak pandai jaga Pulau Pinang tapi ada lebihan RM2 bilion. Di Selangor, Tan Sri Khalid (Ibrahim) pun tak pandai…tapi lebih RM2.42 bilion. Najib pandai, sebab itu hutang sampai RM300 bilion sepanjang empat tahun perintah," katanya. Ketua Umum KEADILAN berkata demikian depan 3,000 penduduk Pasir Salak malam tadi pada program Jelajah Merdeka Rakyat ke Perak. Menurut Anwar, jumlah hutang negara keseluruhan hampir RM500 bilion, tetapi Pasir Salak dipinggir daripada pembangunan. Beliau menunjukkan carta hutang negara bermula era 1970 an ketika Tun Abdul Razak sebagai Menteri Kewangan sehingga zaman Najib. "Masa zaman Tun Razak, ada hutang tapi tak apa…Dia hutang untuk bangunkan Felda. Hutang diteruskan sampai tahun 1991 hingga 1992. Kemudian pada 1993, tiada penambahan hutang. Tapi 1993 hingga 1998 wang berlebihan. Siapa jadi Menteri Kewangan masa itu?" soalnya disambut sorakan 'Anwar' oleh rakyat. "Kemudian 1998, saya masuk istana hinggap (penjara) di Sungai Buloh. Lepas itu Daim Zainuddin, Mahathir, Pak Lah dan kemudian Najib yang ambil alih. Sepanjang (tempoh) itu hutang tak pernah menurun," kata Anwar sambil menjelaskan ia bukan untuk mendabik dada tapi perlu dibuktikan dengan angka. Malah Ketua Pembangkang menyifatkan Najib sebagai sombong kerana mengangkat diri orang paling pandai, hakikatnya hanya bijak berhutang. Katanya, berhutang tiada masalah asalkan ada hasil untuk pembangunan dan kesenangan rakyat. "Ini hutang banyak-banyak, tapi apa hasil pun tak nampak. Saya nak tanya orang Pasir Salak, apa pembangunan yang kamu dapat? Jalan raya pun teruk," katanya. "Fikirlah baik-baik dan bawa perubahan pada negara sebab ini wang kita," kata Anwar. kelab grennboc/- | ||||||||
Posted: 03 Dec 2012 07:10 PM PST SUBANG JAYA: Atas prinsip yang bersalah wajib dihukum, seorang wanita dengan berat hati membuat laporan polis ke atas bapanya selepas lelaki itu mencabul dua cucu kembarnya yang berusia 13 tahun. Wanita terbabit yang berusia 37 tahun hilang sabar apabila bapanya yang berusia 78 tahun beberapa kali melakukan perbuatan menjijikkan itu di rumahnya di Bukit Puchong, di sini, sejak November lalu. Sumber polis berkata, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong, di sini, jam 2 petang, kelmarin selepas kedua-dua mangsa yang juga anak saudaranya menceritakan perbuatan aib datuk mereka. Menurutnya, dua beradik kembar perempuan itu tinggal bersama datuk dan nenek mereka yang berusia 78 tahun sejak kecil selepas ibu dan bapa mereka bercerai hampir 10 tahun lalu. "Bapa kembar itu kini menjalani hukuman penjara manakala ibu mereka bekerja di utara tanah air. Mengikut laporan, mangsa memberitahu mula dicabul datuk mereka sejak awal November lalu. metro/- | ||||||||
Posted: 03 Dec 2012 06:59 PM PST Tiga individu yang "memerahkan" wajah pimpinan tertinggi UMNO sepanjang Perhimpunan "Perpisahan" Agung UMNO baru-baru ini. Mereka bertiga adalah Deepak Jaikishan, mantan IGP Tan Sri Musa Hasan dan Bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Rahman Maidin. Serangan Deepak ke atas Najib dan Rosmah amatlah mengejutkan pasangan suami isteri itu. Dulu kawan dan rakan perniagaan, kini Deepak semacam "musuh" yang mengancam seperti Bala. Bahkan mengaitkan nama Rosmah sekali. Najib mengharapkan Menteri Tenteranya Zahid Hamidi untuk membelanya. Tapi malangnya Zahid seperti "mengkhianati" janjinya untuk membela Najib dalam ucapan penggulungannya. Tiada sepatahpun Zahid ucapkan untuk membela Najib. Menggulangi pengkhianatan Zahid semasa PAU 1998 yang menghentam Mahathir atas isu kroni. Serangan Deepak baru sekadar mukaddimah. Barangkali Deepak ada baki 1001 biji "peluru" lagi untuk dihamburkan ke atas Najib dan Rosmah. Sepupu Najib juga tidak berkecuali. Menteri Polis Hishammuddin Hussien kini menghadapi serangan dari bekas "kulinya" sendiri, mantan IGP Musa Hasan. Musa yang menghadapi serangan dari bekas "kulinya" Datuk Ramli Yusof semasa ucapan perpisahannya di Bukit Aman tempoh hari kini menghalakan "pistol"nya ke arah Hishammuddin. Hingga kini Hishammuddin membisu seribu bahasa. Agak menghairankan Musa yang terkenal dengan "kesetiaan bertaraf barua" terhadap UMNO, tiba-tiba berpaling tadah menyerang tuannya sendiri. Jarang kita mendengar anjing polis K9 menyerang anggota yang menjaganya. Kes Deepak dan Musa adalah satu fenomena biasa dalam politik lanun UMNO. Apabila kepentingan pangkat, kuasa dan ekonomi menjadi rebutan maka terbongkarlah segala rahsia dan skandal. Barangkali ada 1001 orang lagi bekas-bekas kroni dan barua UMNO menunggu giliran membongkarkan kebejatan UMNO. Ini menunjukkan jumlah kroni UMNO semakin mengecil untuk membolot projek yang berskala juta dan bilion. Ini mengakibatkan kroni bertaraf "kecil-kecilan" semakin terpinggir. Dan akhir sekali kemasukan Datuk Rahman dalam PAS menampakkan keyakinan tokoh koporat dan ahli perniagaan Melayu kepada ketelusan PAS dan bencian terhadap perangai UMNO yang mengutamakan kroni dan anak beranak yang mana budaya ini dijuarai oleh Mahathir dan diwarisi oleh Najib. harakah/- | ||||||||
Filipina negara yahudi berikutnya di Asia Tenggara? Posted: 03 Dec 2012 06:57 PM PST 20 Muharram 1433H. [MOD] - Selepas pungutan suara berkaitan status Palestin yang dilakukan oleh PBB di New York minggu lalu, ratusan rakyat Filipina mengadakan perarakan di Manila bagi menyokong Israel. Jumlah mereka dianggarkan 300 hingga 400 orang dan berkumpul di kawasan perniagaan. Beberapa orang di antaranya membawa bendera Israel, belon putih biru, pembesar suara dan menetapkan lagu dalam bahasa Ibrani, dan bahkan beberapa shofarot(alat muzik yahudi laknatullah).
Mereka diikuti dengan konvoi berjumlah 50 hingga 60 buah kereta dengan membawa kain rentang bertulis "Berdirilah dengan Israel, sekarang dan akan datang". Slogan ini sama pada tahun 1947 ketika Filipina menjadi negara Asia pertama yang menyokong penubuhan bangsa Yahudi di Palestin.
Perarakan ini diadakan oleh segelintir organisasi Kristian yang pro-yahudi zionais laknatullah. Mereka menyokong Israel dengan pelbagai cara sepanjang tahun ini dengan acara doa, perjumpaan gereja hari minggu, derma, dan perarakan secara tahunan.
Mereka berkumpul di taman nasional dengan menyanyikan lagu kebanggan Israel "hatikva" dan meniup shofars. harakah/ | ||||||||
Perancis, Britain panggil duta Israel Posted: 03 Dec 2012 06:54 PM PST 20 Muharram 1433H. [MOD] - PARIS - Perancis dan Britain memanggil duta Israel semalam ketika tekanan diplomatik ke atas Israel terus meningkat berhubung rancangannya untuk membina 3,000 kediaman peneroka haram Yahudi di timur Baitulmuqaddis dan Tebing Barat, Palestin. Jerman dan Rusia turut melahirkan kebimbangan berhubung rancangan Israel itu yang disifatkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon akan memusnahkan pelan damai Asia Barat. Israel berdepan gelombang bantahan diplomatik selepas cadangan pembinaan tersebut ditimbulkan pada Jumaat lalu bagi membalas pengiktirafan Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota PBB oleh badan dunia itu. Sebahagian projek penempatan itu akan didirikan di koridor tanah di timur Baitulmuqaddis yang dinamakan E1 yang mana penempatan haram baharu Yahudi akan memisahkan Tebing Barat kepada dua bahagian. Jurucakap Kementerian Luar Perancis, Philippe Lalliot berkata, Duta Israel, Yossi Gal dipanggil agar Perancis dapat menyatakan kebimbangan serius berhubung projek penempatan tersebut. "Pembinaan di kawasan E1 akan menjejaskan penyelesaian dua negara (Israel-Palestin) dengan meminggirkan Baitulmuqaddis dari Tebing Barat sekali gus mengancam wilayah dan masa depan penduduk Palestin," kata Lalliot. "Kami kesal dengan keputusan pemerintah Israel untuk membina 3,000 unit rumah baharu dan meneruskan pembangunan di kawasan E1 yang sebelum ini dibekukan," kata Jabatan Luar Britain. Amerika Syarikat dan Belgium turut melahirkan kebimbangan berhubung penempatan Yahudi tersebut dengan Ki-moon memberi amaran bahawa projek berkenaan melanggar undang-undang antarabangsa. - AFP |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan