Anwar Ibrahim |
- [SIDANG MEDIA] Aliran Terbaru Keluar Wang Haram (20 Disember 2012)
- [KENYATAAN MEDIA] Serangan Biadab Ke Atas Pemimpin Indonesia: Menteri Penerangan Wajar Pohon Maaf
- In Top 3 For illicit Capital Outflow
- Pena Bercabang Dr Mahathir
[SIDANG MEDIA] Aliran Terbaru Keluar Wang Haram (20 Disember 2012) Posted: 19 Dec 2012 02:27 AM PST Bermula minggu ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dan Ketua Umum KEADILAN akan mengadakan sidang media mingguan mengenai pelbagai isu. Selain membentangkan dasar Pakatan Rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13), sidang media mingguan ini juga akan digunakan untuk menjawab pelbagai isu rakyat atau serangan politik dari Barisan Nasional secara tersusun sehinggalah kempen rasmi PRU13 diumumkan. Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan mengulas mengenai laporan terbaru aliran keluar wang haram (illicit fund transfers) dalam sidang media mingguan pertama yang akan diadakan seperti berikut: Tarikh : 20 Disember 2012, Khamis
|
[KENYATAAN MEDIA] Serangan Biadab Ke Atas Pemimpin Indonesia: Menteri Penerangan Wajar Pohon Maaf Posted: 19 Dec 2012 12:24 AM PST KENYATAAN MEDIA 19 DISEMBER 2012 SERANGAN BIADAB KE ATAS PEMIMPIN INDONESIA: MENTERI PENERANGAN WAJAR POHON MAAF Serangan dangkal dan biadab Zainudin Maidin ke atas mantan Presiden Indonesia, YTH BJ Habibie kini merebak kepada Almarhum Gus Dur dan Amien Rais pula. Ternyata, Zainudin mewakili sosok pimpinan UMNO yang angkuh dan anti-demokrasi. Menteri Penerangan, Dr. Rais Yatim sewajarnya tidak berdolak-dalih dan memberi alasan lagi memandangkan perancangan biadab menghina tokoh pimpinan Indonesia ini disiarkan di dalam Utusan Malaysia, sebuah media yang diketahui dimiliki oleh UMNO! Justeru, apakah tidak wajar untuk pimpinan UMNO mendesak Zainudin dan Utusan Malaysia supaya memohon maaf secara terbuka? Saya percaya dan yakin bahawa kebiadaban sebegini tidak sekali-kali mewakili sentimen rakyat malah dibantah keras oleh majoriti rakyat Malaysia yang amat menghormati tokoh-tokoh Indonesia tersebut. ANWAR IBRAHIM |
In Top 3 For illicit Capital Outflow Posted: 18 Dec 2012 09:14 PM PST Malaysia ranks number three globally in terms of illicit capital outflow over a 10-year period from 2001 to 2010, according to a report released by the Washington-based Global Financial Integrity (GFI) on Monday. A whopping US$285.24 billion (RM872.8 billion) of illicit outflow occurred in the country between 2001 and 2010, or an average of US$28.5 billion annually. An illicit outflow refers to a form of illegal capital flight and occurs when money is illegally earned, transferred or spent. The GFI report said China and Mexico topped Malaysia during the 10-year period, with illicit outflows of US$2,740 billion and US$475.6 billion respectively According to the report, in 2010 Malaysia was the world's number two in terms of illegal capital outflow with US$64.4 billion. China was in the top spot with US$420.4 billion. Malaysia's capital flight has been increasing every year since 2002, except in 2009 when the outflow was US$7 billion lower than 2008. The GFI report revealed that Asia was still the main driver of such flows, accounting for 61.2% of cumulative outflows. Five of the 10 countries with the largest illicit outflows — China, Malaysia, the Philippines, India, and Indonesia — are in Asia. "The private sector in developing countries transfers illicit capital into the global shadow financial system through different channels, depending on the country of origin. For instance, while trade mispricing is the preferred method of sending illicit funds out of China, the balance of payments is the major channel for transferring unrecorded capital from oil exporters such as Nigeria, the Russian Federation, Saudi Arabia and Indonesia. "Mexico and Malaysia are the only oil exporters where trade mispricing is the preferred method of transferring illicit capital abroad," the report noted. Interestingly, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak last year gave Parliament a lower outflow figure of RM135.3 billion from 2000 to 2009. The GFI report, however, put Malaysia's illicit outflow at US$220.84 billion for the 2001-2009 period. The GFI, launched in September 2006, receives funding from the Ford Foundation, the Task Force on Financial Integrity & Economic Development and various individual donors. Centre for Policy Initiatives director Dr Lim Teck Ghee said the findings are not surprising given the prevalence of high-level corruption in Malaysia, as well as its elevated position in global corruption ranking. "Illicit outflows are so large because of the tremendous amount of financial gains related to kickbacks, corruption and other illegal means," he said. He also noted that it is alarming that Malaysia belongs to the same league as China. "Our population and national output of goods and services are many times smaller than China's. Hence, for us to belong to the same league as China in terms of absolute size of illicit outflows is an alarming indicator of the extent of financial pillage taking place," he added. He pointed out that there was also little enforcement to curb such practices. "There isn't even any interest in the government to pursue the matter. In January 2011, an offer was made by a senior staff member of GFI to assist Bank Negara Malaysia and the government to look into the outflows and to see how they can be prevented, but it appears that the offer has been completely ignored," he said. RHB Research Institute executive director and economist Lim Chee Sing said it is not unusual for developing countries to experience illegal capital outflow. "While it is hard to ascertain the actual figures, I believe illegal practices of capital being siphoned off do happen. During the Asian financial crisis in 1997/98, there were reports of people trying to take capital out illegally but we don't hear much of this today," he told The Edge Financial Daily. An executive with a local stockbroking firm said it is not unusual for local companies to transfer prices via inter-company transactions to evade taxes. "Such practices are common even for foreign companies with operations in Malaysia, so they can avoid paying higher taxes to the government. As to how much capital has escaped taxes, I think it is quite difficult to track," he noted. Nevertheless, he pointed out that the estimated outflow of US$285 billion from Malaysia over 10 years was a startling figure. "If it is true, the figure is very high even for an exporting nation such as Malaysia. Consider Singapore which has a higher volume of exports, but it is not on the list," he said. He opined that the lack of illegal capital outflow in Singapore could be attributed to the stronger capital governance laws there. |
Posted: 18 Dec 2012 12:58 PM PST Malaysiakini Pada 2001, Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Malaysiakini sebagai “pengkhianat” negara. Waktu itu portal berita ini dituduh mengambil dana hartawan George Soros, spekulator yang dituduh dalang perosak ekonomi Asia susulan “kesan tom yam” keruntuhan mata wang bath. Lima tahun kemudian, mantan perdana menteri tidak semena-mena menerima penjelasan Soros bahawa beliau tidak terlibat meranapkan ekonomi negara dalam krisis 1997 selepas satu pertemuan di Kuala Lumpur. Padahal Soros dan Mahathir pernah menjalin permusuhan senyap sejak awal 1990-an. Dalam tempoh berbaik-baik dengan Soros itu, Dr Mahathir memberikan wawancara kepada Malaysiakini, media dalam talian yang didakwa “pengkhianat” sewaktu di puncak kuasanya. Mahathir mempergunakan Malaysiakini – seperti juga taktiknya berbaik-baik dengan Soros – waktu itu kerana beliau sedang berperang besar dengan pengganti pilihannya sendiri, Abdullah Ahmad Badawi, sehingga parti dan media arus perdana membelakangkannya. Hanya Malaysiakini satu-satunya media alternatif yang sepadan dengan media besar arus perdana. Maka, beliau memilih Malaysiakini, selain pentas-pentas ceramahnya di serata negara. Tujuan rasmi (siapa tahu tujuan tidak rasmi pertemuan Soros-Mahathir?) berbaik-baik itu dilaporkan untuk bersama-sama menentang presiden George Bush yang mengamalkan dasar perang demi petroleum. Dana gelap kepada Abramoff Padahal, kemunculan awal Bush ini disambut positif oleh Umno dan media arus perdana atas kejayaannya menewaskan calon Demokrat, Al Gore pada tahun 2000. Mereka bergembira atas kenaikan Bush semata-mata dendam mereka pada Gore – sewaktu itu, 1998, naib presiden Amerika Syarikat – yang pernah melemparkan percikan sokongan pada Gerakan Reformasi dalam ucapannya di Kuala Lumpur. Susulan kemenangan Bush, Dr Mahathir secara senyap-senyap mengatur pula pertemuan dengan presiden Amerika Syarikat itu di Rumah Putih pada 2002. Maka tersebarlah foto kedua-dua pemimpin ini berjabat tangan sambil tersenyum ke serata dunia. Namun, kehebatan Dr Mahathir ini terbongkar apabila beliau dituduh menggunakan AS$1.2 juta (RM4.56 juta) kepada pelobi Jack Abramoff untuk membeli janji temu dengan Bush. Dana yang disalurkan secara gelap kepada Abramoff – bersama taktik gelap pelobi itu sendiri – menyebabkan Senat Amerika menyiasatnya. Abramoff akhirnya mengaku bersalah, dan pada waktu yang sama mendedahkan tembelang di sebalik makna jabat tangan Mahathir-Bush, empat tahun sebelum Mahathir-Soros berbaik-baik untuk menentang presiden tersebut. [Dr Mahathir akhirnya mengakui kewujudan dana ini tetapi menafikan ia dibayar oleh kerajaan Malaysia.] Bolak-balik perseteruan Dr M Seperti hubungan mesra Mahathir-Anwar Ibrahim dan Mahathir-Abdullah, semua imej indah beliau dengan Soros dan Bush berakhir dengan sikap perseteruan. Abdullah diangkat sebagai pengganti Anwar sewaktu bekas “anak didiknya” menjadi musuh nombor satunya. Kemudian Abdullah menjadi musuhnya pula. Di saat itulah, Mahathir mempergunakan Malaysiakini dalam empat wawancaranya, termasuk menjelang pilihan raya umum 2008, untuk menentang Abdullah. Selepas itu beliau tidak berminat lagi ditemubual akhbar portal ini. Sikap sebegini – berbolak-balik dalam persahabatan dan perseteruan – sudah lama mendarah daging dalam kelicikan politik Mahathir, seperti dilihat sejak 1980-an. Musa Hitam, seorang lagi bekas timbalannya, diangkat menjadi regu kuatnya sewaktu perlunya tokoh Johor itu dipergunakan untuk menentang kemaraan Tengku Razaleigh Hamzah. Musa akhirnya tersungkur dan sekali gus tersingkir dengan beban sejarah yang ditanggungnya hingga saat ini. Jadi tidaklah menghairankan apabila Mahathir menyerang Soros dan sekali gus Malaysiakini semula dalam artikelnya di New Sunday Times baru-baru ini. Padahal akhbar itu pernah juga menjadi kecaman utama beliau dan sekutu-sekutunya sewaktu berperang dengan Abdullah. Lidah orang politik Cuma, beliau mungkin terasa sasarannya (Malaysiakini) terlalu kecil dalam skema analisisnya dan tidak pula sepadan dengan status besarnya sebagai perdana menteri selama 22 tahun. Lalu, bagi menampakkan artikelnya itu besar setaraf dengan kenegarawanannya, maka diolah pula slogan “undi untuk pembangkang bermakna undi untuk Soros”! Dalam wawancara terakhirnya di Malaysiakini, hanya tiga hari sebelum 8 Mac 2008, Dr Mahathir menyokong penuh barisan pembangkang – perlunya pembangkang yang menunjukkan sisi-sisi hodoh wajah politik kerajaan. Orang kerajaan dan orang parti pemerintah hanya tahu membodek, tambahnya ketika berperang dengan Abdullah dan dengan New Straits Times empat tahun lalu. Negara kita akan jahanam jika pembangkang lembik seperti politik Singapura, katanya lagi, merujuk negara yang tidak pernah disenanginya itu. Tanpa sebarang perubahan, barisan pembangkang yang sama – dan “NGO seperti Malaysiakini” itu juga – kini dianggapnya “ejen Soros” untuk “menukar rejim” BN. Kita boleh faham lidah bercabang orang politik; hal itu tidak perlu dihairankan. Namun kita tidak pernah melihat mata pena bercabang-cabang seperti digunakan Dr Mahathir di dada akhbar pada Ahad itu. FATHI ARIS OMAR ketua pengarang Malaysiakini. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan