Mohamad Taufek Abd Ghani |
- SPPBS: Satu lagi aplikasi teruk Kementerian Pelajaran Malaysia
- 20 ahli Perkasa berdemo depan balai polis ketika azan berkumandang
- Senjata dari China lebih murah serta berkualiti
- PBS: Guru dilayan seperti robot, masa rehat dirampas
- Penduduk bimbang berlaku tanah runtuh
- PBS sangat membebankan para guru
SPPBS: Satu lagi aplikasi teruk Kementerian Pelajaran Malaysia Posted: 09 Nov 2012 08:35 PM PST Aduanrakyat.com 10 Nov 2012 1. Pengisian data tidak dapat dilakukan kerana kegagalan capaian ke url SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah). 2. Walaupun disarankan oleh Helpdesk agar mengisi data antara pukul 3 – 5 pagi namun sistem masih gagal berfungsi dengan pantas dan mengambil masa loading yang lama. Ini membuang masa. 3. Pihak PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) dan JPN (Jabatan Pelajaran Negeri) di negeri tertentu terlalu kemaruk 'deadline' hingga mengarahkan guru melengkapkan data pada 31 Oktober dan menghantar cetakan sppbs ke ppd walhal tarikh yang diberi oleh pihak sppbs ialah pada 20 November 2012. 4. Masalah lama sppbs nampaknya tidak dapat ditangani kerana mungkin pihak yang terlibat kurang kepakaran, ambil lewa dan kekurangan peruntukan (ini sudah tentu menjadi tanggungjawab pengurusan, menteri dan kerajaan amnya). 5. Saluran aduan KPM juga pernah digunakan bagi mengadukan masalah yang sama tetapi masalah kegagalan untuk meningkatkan kecekapan sistem gagal diatasi. 6. Kemunasabahan jangka masa memasukkan data dengan bilangan pengguna serta kemampuan sistem juga tidak diambil perhatian serius. (hanya tahu bagi arahan sahaja. Pemantauan masalah tidak dilakukan. Makan gaji buta !) Akhir kata, terima kasih kerana membaca. Walaupun ini tidak diambil tindakan segera, saya tidak lagi kisah kerana ini mungkin wajah sebenar pegawai-pegawai tertentu dan suku sakat gila kuasa di KPM. *Maaf kerana tulisan saya agak pedas kerana kurang tidur akibat menunggu SPPBS online berfungsi. By: MAZLAN ABDULLAH |
20 ahli Perkasa berdemo depan balai polis ketika azan berkumandang Posted: 09 Nov 2012 06:19 PM PST KERTEH 9 November 2012 : Kira-kira 20 ahli Perkasa biadap dan tidak menghormati agama apabila melakukan demontrasi ketika azan berkumandang di Masjid Sultan Mizan di sini, tengah hari ini. Mereka membawa kain rentang dan berkumpul depan balai polis Kerteh sambil terjerit-jerit menghambur kata kesat kepada rombongan bas Jelajah Merdeka Rakyat yang singgah untuk solat Jumaat. Namun, gangguan itu tidak menghalang jemaah masjid menyambut kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun kedudukan lokasi demontrasi berkenaan hanya dipisah dengan jarak 50 meter. Keadilan Daily yang turut menyertai siri Jelajah Merdeka Rakyat, difahamkan kumpulan ahli Perkasa yang mengadakan demontrasi itu, bukan penduduk tempatan. Mengikut jadual, Anwar bertemu rakyat dalam jamuan di Kampung Gelugor, Kerteh, selepas solat Jumaat. |
Senjata dari China lebih murah serta berkualiti Posted: 09 Nov 2012 06:18 PM PST Indonesia negara yang banyak mengeluarkan peralatan ketenteraan dan senjata untuk kegunaan dalam negeri serta dieksport kini menghadapi saingan dari China yang mengeluarkan senjata yang lebih murah serta berkualiti. .Malaysia beli senjata dari mana, adakah ianya lebih murah dan berkualiti atau lebih mahal tapi tak berkualiti? SENJATA MURAH SAINGAN BERAT BERAT PINDAD JAKARTA-( MilNas ) :PT Pindad (persero) menyatakan saat ini bersaing ketat dengan alat-alat militer buatan China yang menawarkan harga murah serta berkualitas. Hal ini disampaikan oleh Staf Ahli Pindad Teguh kepadadetikFinance dalam pameran Indo Defence Expo 2012 di JIExpo Kemayoran, Jakarta, Jumat (9/11/2012). "China menjadi saingan terberat kita soal pemasaran alat perang," kata Teguh singkat. Menurut Teguh, China dengan produk murahnya mudah untuk membuat calon pembeli tergiur. Tetapi Pindad memastikan akan terus berkompetisi secara sehat. "Pindad bisa berkompetisi soal harga, kita juga murah dan kita lebih berkualitas. Ini sudah diakui di banyak negara," paparnya. Saat ini pasaran alat dan kendaraan militer Pindad sudah memasuki negara ASEAN, Australia, dan Korea. Bahkan merambah ke ranah Eropa sebut saja Prancis, Jerman, Turki, dan Bosnia. Menurut Teguh dari banyaknya pasar Pindad, salah satu negara yang paling setia untuk membeli alat dan kendaraan militer Pindad adalah Singapura, Thailand, dan Brunei Darussalam. "Produk seperti bom, senjata baik senapan jenis SS2, pistol jenis G2 dan amunisi juga kendaraan tempur laku dijual. Khusus untuk negara Singapura, mereka yang paling setia beli dari kami," cetusnya. Pindad Siap Serbu Irak PT Pindad (Persero), BUMN yang bergerak memproduksi alat tempur siap menyerbu pasar Irak. Rencana ini akan segera terealisasi dalam waktu dekat. "Ini adalah himbauan dari Pak Dahlan Iskan untuk ekspansi ke sana," tutur staf ahli PT Pindad (Persero) Teguh saat ditemui detikFinance dalam acara Indo Defence di JIE Kemayoran Jakarta, Jumat (8/11/2012). Menurutnya, Dahlan Iskan terinspirasi oleh Pasukan Garuda yang saat ini sedang bertugas di Libanon. Dahlan Iskan berpendapat mengapa Indonesia tidak menjual senjata buatan Pindad ke Irak. "Pak Dahlan terinspirasi Pasukan Garuda di Libanon dan ada peluang untuk menjual kesana," katanya. Rencana ini masih menunggu perjanjian bilateral antara Indonesia dan Irak. Jika perjanjian berjalan mulus, maka PT Pindad (Persero) siap memasarkan semua jenis produknya ke negara rawan konflik tersebut. "Sudah ada delegasi dari Irak yang datang kepada kami (Pindad). Tinggal menunggu agreement saja dari Irak dan Indonesia. Selain itu Pindad harus selesai juga memenuhi kuota kebutuhan TNI sampai 60% baru kami bisa jual kesana," cetusnya. |
PBS: Guru dilayan seperti robot, masa rehat dirampas Posted: 09 Nov 2012 07:22 AM PST 9 Nov 2012 KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) memohon agar Kementerian Pelajaran mengkaji semula pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mewujudkan tekanan kerja yang melampau di kalangan guru. Presiden Pendidik Normala Sudirman (gambar) berkata, terlalu banyak aduan yang diterima oleh Jawatankuasa Pendidik berhubung isu PBS malah ada yang menyifatkan guru dilayan seperti 'robot' dan hak serta masa rehat mereka dirampas. Katanya, urusan dokumentasi, kerja- kerja perkeranian serta pemprosesan markah telah menjejaskan tumpuan dan perancangan rapi guru terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, Sedangkan ia merupakan faktor penting dan penentu kejayaan pelaksanaan PBS. "Guru terpaksa bersengkang mata dan bangun malam untuk 'key in' data hingga pukul 2- 3 pagi di rumah untuk mengurus sistem fail pelajar .Contohnya kalau ada 40 pelajar, maka begitulah jumlah fail yang menyebabkan guru- guru terbeban dengan 'kerja- kerja perkeranian'. "Ini menjejaskan tumpuan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagaimana pula dengan guru yang terpaksa mengajar dua atau tiga mata pelajaran sehingga terpaksa 'key in' data 120 orang pelajar?"tegasnya. Katanya, hak dan masa rehat guru serta kebajikan warga pendidik perlu diambil perhatian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelaksanaan PBS ini supaya guru tidak dibebankan dengan urusan tugas- tugas perkeranian. Dalam pelaksanaan PBS, katanya kelajuan internet adalah perkara paling penting dan segala masalah yang timbul berkitan akses capaian internet yang terganggu, menyebabkan urusan untuk proses dokumentasi penilaian untuk 'key in' data tidak dapat dilakukan. "Selagi akses capaian internet 1 Bestari Net yang menggantikan School Net di sekolah masih belum diatasi, maka tangguh dahulu PBS ini dan kaji semula pelaksanaannya," katanya ketika ditemui. Tambahan pula soalnya, bagaimana dengan nasib 800,000 pelajar dari Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang tidak diberi kod untuk melaksanakan PBS ini? "Apakah mereka dianggap telah terkeluar dari kerangka sisitem pendidikan negara? Bagaimana dengan nasib mereka pada masa hadapan?Seolah- olah kerajaan meminggirkan peranan mereka yang juga merupakan warganegara Malaysia," katanya. Justeru, beliau mencadangkan agar guru-guru diberi kursus peningkatan secara profesional dan kursus pemantapan secara terancang supaya pelaksanaan PBS dapat berjalan dengan lancar. |
Penduduk bimbang berlaku tanah runtuh Posted: 09 Nov 2012 07:21 AM PST November 9, 2012 Para penduduk percaya kejadian tersebut berpunca daripada projek persimpangan bertingkat (fly-over) Lebuhraya Kajang- Seremban. SEREMBAN: Walaupun Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan (JKR) telah mengambil tindakan segera dengan memulakan kerja-kerja penstabilan cerun berhampiran dengan kaki cerun Taman Desajaya, Paroi tetapi penduduk di kawasan perumahan tersebut tetapi bimbang kemungkinan berlakunya tanah runtuh. Seminggu yang lalu media melaporkan berhubung keresahan hampir 10 keluarga di kawasan perumahan tersebut berikutan kejadian hakisan cerun bukit dan tebing runtuh berhampiran depan rumah mereka. Para penduduk percaya kejadian tersebut berpunca daripada projek persimpangan bertingkat (fly-over) Lebuhraya Kajang-Seremban yang turut membabitkan kerja pengalihan laluan Sungai Paroi. Penduduk mendakwa alihan sungai tersebut yang berdekatan dengan tebing curam perumahan menyebabkan struktur tanah terhakis. Justeru itu JKR Negeri Sembilan telah melaksanakan kerja-kerja penstabilan cerun berkenaan dengan menggunakan kaedah jangka panjang iaitu 'Hybrid Anchor'. Kerja 'Hybrid Anchor' telah dimulakan dan dijangka siap dalam temph enam bulan iaitu pada April 2013. Sementara itu bagi tindakan jangka pendek semua 'plastic sheeting' yang telah rosak akan digantikan dan ditambah bilangan. Tinjauan FMT petang semalam mendapati kerja-kerja penstabilan sedang giat dijalankan dan mendapati ada di kalangan penduduk yang tetap melahirkan kebimbangan. Mohd Azri Zabadi, 30, berkata walaupun kerja penstabilan telah dimulakan tetapi tempoh enam bulan untuk menyiapkan sepenuhnya kerja penstabilan cerun ini tetap merisaukan beliau sekeluarga. "Saya puas hati kerana kerja penstabilan cerun telah dimulakan dengan segera. Tetapi apa yang saya bimbang ialah seandainya kejadian tanah runtuh berlaku dalam tempoh enam bulan sebelum kerja penstabilan ini sempat disiapkan, kerana tempoh enam bulan memang lama. "Sekarang pun hampir setiap hari hujan. Masuk bulan Disember (musim tengkujuh) saya percaya taburan atau kekerapan hujan akan bertambah. "Walaubagaimanapun saya belum nampak sebarang kerja penstabilan atau pemulihan pada bahagian tebing tanah yang jatuh berhampiran dengan Sungai Paroi. "Dua minggu lepas besi-besi penghadang di bawah tebing tanah ini tegak di tebing sungai. Namun kini banyak besi penghadang ini telah jatuh. Sebahagian tanah dari tebing ini juga telah jatuh ke bawah tebing sungai," kata Mohd Azri. Mohd Azri berpendapat aliran Sungai Paroi sepatutnya tidak diusik. "Jangan usik benda yang dah ada semulajadi. Bila dah diusik macam -macam boleh berlaku," katanya. Hakisan tanah Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani yang membawa isu ini ke pengetahuan FMT berkata beliau percaya masalah hakisan tanah cerun dan tebing ini adalah berpunca daripada perancangan yang tidak betul. "Sepatutnya apabila projek ini dimulakan pihak berkenaan sepatutnya mengambil kira faktor hujan lebat. Kalau projek ini dibuat dengan perancangan yang betul kenapa masalah hakisan tanah cerun ini berlaku? "Penduduk masih bimbang jika runtuhan tanah yang besar berlaku memandangkan hujan semakin berterusan. "Jawapan Pengarah JKR Negeri Sembilan tidak meyakinkan saya dari segi keselamatan rakyat setempat. Tempoh enam bulan bermaksud setengah tahun baru kerja penstabilan cerun siap. "Saya juga belum nampak sebarang kerja penstabilan dilakukan di tebing Sungai Paroi buat masa ini', kata Mohd Taufek. Mohd Taufek juga kesal kerana aliran sungai semula jadi diusik semata-mata kerana projek pembangunan yang boleh mengundang bahaya kepada penduduk perumahan berhampiran. |
PBS sangat membebankan para guru Posted: 09 Nov 2012 07:05 AM PST Aduanrakyat.com 9 Nov 2012 Saya sudah tidak mampu menyudahkan PBS kepada pelajar saya. Ada beratus instrument yang perlu diuji kepada pelajar. Dari band 1-6, dan beratus pelajar perlu dipantau… Sangat meletihkan… Dengan bilangan pelajar yang ramai dalam kelas, masa guru yg banyak dalam seminggu menyebabkan PBS menjadi satu masalah baru yang menyebabkan guru-guru makan hati… banyak sangat kerja-kerja lain tertangguh gara-gara menyiapkan PBS mengikut kehendak lembaga peperiksaan.. Saya berpendapat PBS menyebabkan pelajar semakin letih.. bayangkan setiap hari, setiap guru yang masuk ke kelas semuanya akan menjalankan PBS kepada pelajar.. lalu pelajar menjadi letih.. mereka tidak dapat fokus apa yang mereka belajar . Majoriti pelajar yang saya tanya, mereka tidak menyukai PBS..ramai pelajar akhirnya melihat buku semasa menjawab soalan… disini sudah tiada ketelusan dalam PBS.. guru2 pula akan memasukkan semua eviden ke dalam fail dan ini banyak mengambil masa.. Saya merasakan peperiksaan jauh lebih baik kerana pelajar ada daya usaha, daya saing, mereka akan belajar dan menjawab dengan baik.. seterusnya guru-guru ada ruang masa melakukan kerja-kerja lain spt ko-kurikulum, membuat lesson plan, program dll Dengan PBS, guru-guru akan menanda kertas dan memantau band pelajar sepanjang tahun…hingga menjadi semput dan sesak nafas… waktu malam pula kami bangun semata-mata mahu key-in PBS dalam talian yang sangat lambat.. Harap pihak LPM boleh mengkaji semula PBS dan mengeluarkan borang soal selidik kepada guru-guru yang terlibat.. Serkian terima Kasih By: halina |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan