Anwar Ibrahim |
- Nurul Izzah Teraniaya
- [KENYATAAN MEDIA] Isu Kenyataan YB Nurul Izzah Mengenai ‘Tiada Paksaan Dalam Agama’
- Perutusan Khas Dato Seri Anwar Ibrahim Sempena Sambutan Deepavali
- Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Pulau Pinang & Kedah 15 November 2012 Bersamaan 1 Muharram 1434 (Khamis)
Posted: 13 Nov 2012 01:53 AM PST NURUL Izzah telah teraniaya seperti bapanya Anwar Ibrahim. Sama ada ucapannya tentang tiada paksaan dalam agama tersilap, keliru atau kurang jelas, maka dia telah dipelupuh hingga hampir mati oleh orang yang benci kepada anak beranak itu. Saya mengambil sikap melayan Izzah sebagai mana-mana orang yang didakwa belum bersalah selagi mahkamah belum mendapatinya bersalah. Sebagai manusia dia terdedah dengan segala macam kelemahan. Dia boleh melakukan kesilapan dan kekeliruan dan dia juga boleh jadi jahat. Tetapi semua dikehendaki adil terhadap semua sebagaimana kita mahu semua adil terhadap kita. Pertama dia bercakap tanpa teks. Walaupun ucapan itu dirakamkan tetapi ia tidak menghalang dia membuat kesilapan. Eloknya rakaman itu memungkinkan kita tahu kesilapan dan boleh dibetulkan. Sesiapa saja yang berucap khusus yang bukan nabi mesti ada kata-kata tersasul dan kesilapan dan ada yang tidak jelas yang memerlukan penjelasan. Misalnya seorang ustaz bercakap tentang Firaun dan Nabi Musa a.s. Dalam ucapannya itu dia terkata Nabi Musa itu kejam. Orang yang mendengarnya tahu cakapnya tidak betul. Biasanya orang tahu ustaz itu tersasul dan bukan itu yang dimaksudnya. Yang dia hendak kata kejam itu ialah Firaun, bukan Nabi Musa. Jika ustaz itu sedar dia tersasul, dia akan betulkan. Jika dia tidak sedar, dia rasa dia betul. Kecualilah sepanjang ucapannya itu terus menerus dia kata nabi itu begitu. Yang itu bukan silap tetapi dia benar-benar jahat. Apabila berlaku tersasul dan kekeliruan biasanya orang akan bertanya minta penjelasan. Jika yang bercakap tidak bermaksud seperti yang dicakapkannya, dia akan membetulkan kesilapannya dan menjelaskan apa yang kurang jelas. Tok-tok guru pondok yang mengajar agama pun kadang-kadang tersasul. Maka itu dia minta murid-muridnya bertanya apa yang kurang jelas. Saya yang terlatih sebagai wartawan, diminta bertanya kepada orang yang membuat kenyataan apabila ada perkara yang kurang jelas atau salah maksud itu. Tidaklah nanti kita membuat laporan yang tidak betul. Tidaklah pemberita itu dikira salah lapor apabila dia melaporkan cakap yang salah cakap dari seseorang. Beritanya itu betul tetapi dia benar-benar pandir kerana dia tidak minta penjelasan dari orang yang bercakap. Kekeliruan boleh berlaku bila-bila dan oleh sesiapa. Nabi SAW pernah membuat kenyataan yang mengelirukan seorang tua. Orang tua itu bertanya adalah dia boleh masuk syurga. Baginda menjawab, mana ada orang tua masuk syurga. Lalu menangislah orang tua itu. Nabi pun menjelaskan maksudnya betapa dalam syurga nanti semuanya muda-muda belaka. Orang tua seperti Nabi Nuh a.s. yang seribu tahun usianya, di syurga nanti jadi muda juga. Jika pemberta dengar cakap Nabi seperti itu dan tidak minta penjelasan, dia buat berita seperti yang didengarnya, maka huru haralah sekalian orang tua. Makhluk pertama melakukan maksiat ialah iblis apabila dia enggan sujud kepada Adam. Allah tanya dulu iblis menggapa dia begitu? Allah tidak terus laknat dia. Setelah dia jelaskan mengapa dia memusuhi Adam, maka barulah dia dilaknat. Tetapi mungkin wartawan pandir itu hendak memberi rezeki kepada Izzah dengan membuat laporan begitu tanpa minta penjelasannya. Izzah lalu menyaman mereka. Jika nasib Izzah baik, dia menang saman dan dapat bayaran berjuta. |
[KENYATAAN MEDIA] Isu Kenyataan YB Nurul Izzah Mengenai ‘Tiada Paksaan Dalam Agama’ Posted: 13 Nov 2012 01:10 AM PST Petaling Jaya, Selangor, 13 November 2012. "Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan." (Al-Quran, Al-hujurat: 6). Ayat di atas mengajar kita agar berhati-hati dalam menerima berita dari orang-orang fasik. Seorang Muslim Al Walid bin Uqbah bin Abi Mu'id diutuskan oleh Nabi Muhammad saw melakukan suatu tugasan ke Kampung Bani Mustaliq. Al Walid menyangkakan mereka sudah murtad lalu segera pulang ke Madinah melaporkan kepada Baginda Nabi apa yang ditanggapinya. Hasilnya, baginda mengarahkan Khalid al Walid bersama anggota tenteranya bertindak terhadap kampung tersebut. Namun, selepas melakukan risikan, Khalid Al Walid mendapati bahawa mereka tidaklah murtad sebagaimana didakwa. Ini dilaporkan kepada Rasulullah. Diketika inilah ayat ini diturunkan sebagai teguran dan panduan buat orang beriman dalam menerima khabar berita dari orang fasik. Media-media utama tertentu milik pemerintah UMNO dan Barisan Nasional telahpun kerap didapati bersalah oleh mahkamah kerana melaporkan berita yang tidak tepat, berunsur fitnah dan sengaja diputar belitkan. Pemimpin-pemimpin organisasi berita ini sendiri mengesahkan bahawa harus diputarbelit sesuatu berita demi mendokong aspirasi parti yang menjadi pemiliknya. KEADILAN melihat bahawa serangan menggila terhadap Naib Presiden Parti YB Nurul Izzah, yang sedang berlaku sekarang ini adalah langkah terbaru UMNO dalam percubaan mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat yang semakin terhakis. Hampir kesemua pemimpin tertinggi mereka memberikan ulasan semborono 'bagaikan menunda najis yang hanyut'. Media milik mereka dengan sengaja membentuk persepsi yang tidak betul mengenai apa yang dinyatakan oleh YB Nurul Izzah. Kemudiannya, dengan sengaja pula komen-komen berdasarkan persepsi yang salah ini disebar dan dijajakan. Amatlah jelas, UMNO sedang begitu tertekan dan desperado. UMNO gagal menghakis tanggapan buruk rakyat terhadap dirinya dalam pelbagai jenayah dan pengkhianatan terhadap rakyat dan Negara – penyelewengan SPR, NFC, Lynas, BERSIH, Kugan, Teo Beng Hock dan sebagainya. Isu terbaru yang paling menekan adalah skandal RM40 juta yang melibatkan beberapa menteri kanan UMNO. Ia begitu hangat diperkatakan ketika ini. Disaat kritikal inilah, kenyataan YB Nurul Izzah yang diputarbelitkan itu dijadikan isu besar untuk mengalih perhatian rakyat. Sesungguhnya, kenyataan spontan dan bersahaja YB Nurul Izzah pada majlis berkaitan adalah secara umum dan memang boleh mengundang pelbagai persepsi dan tafsiran. Namun, kekeliruan yang timbul telahpun diperjelaskan sendiri oleh beliau kemudiannya dengan tegas dan jelas. Peliknya, penjelasan lanjut itu dengan sengaja ditenggelamkan demi mengelakkan rakyat mengetahui hakikat dan apa sebenarya yang diperkatakan. KEADILAN ingin menjelaskan bahawa, YB Nurul Izzah sendiri adalah seorang yang komited kepada agamanya – Islam. Beliau merupakan antara pemimpin harapan generasi muda Negara, merentasi semua agama dan kaum. Latarbelakang keluarga dan penampilan yang sederhana jelas menzahirkan ketrampilan diri yang berpaksikan jiwa yang tauhidiq pada Ilahi dan agama Islam yang syumul. Sesungguhnya, seluruh lapisan kepimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat sedang terus mara mengemudi kebangkitan rakyat demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang. Dengan kehendak Ilahi, tiada apa yang dapat menggugatnya, InsyaAllah. Dr Muhammad Nur Manuty Ketua Penerangan, PKR 13 November 2012
|
Perutusan Khas Dato Seri Anwar Ibrahim Sempena Sambutan Deepavali Posted: 13 Nov 2012 01:00 AM PST |
Posted: 12 Nov 2012 08:01 AM PST 15 November 2012 Bersamaan 1 Muharram 1434 (Khamis) 1) 8.30 pagi – Wacana Buku Islam & Melayu Lokasi : Komplek Tabung Haji, Bayan Lepas ii. YBhg Dato' Dr Siddiq Fadzil iii. YBhg Prof Datuk Dr Mohammad Redwan Othman iv. YBhg Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin 2) 6.00 ptg – Perjumpaan Dengan JPRN di Yayasan Aman 3) 7.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib Lokasi : Surau Pangsapuri Idaman, Taman Pauh, Seberang Jaya 4) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – (P- Sungai Petani, Kedah) Lokasi: Taipan Square, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah ii. YB Dato' Saifuddin Nasution iii. YB Dato' Johari Abdul iv. YB Tan Choo Kang 5) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Merdeka Rakyat – (DUN – Sungai Aceh, Nibong Tebal) Lokasi: Dewan SJKC Yok Eng, Kg Sungai Udang, Sungai Aceh, Nibong Tebal ii. YAB Lim Guan Eng iii. YB Dato' Dr Mansor Othman iv. YB Tan Beng Huat |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan