. |
Ikhlas: 50% peniaga asing miliki MyKad, Pasport palsu Posted: 04 Oct 2012 09:47 PM PDT [DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mendakwa wujudnya pihak yang tidak bertanggungjawab membekalkan MyKad dan Pasport palsu kepada warga asing khususnya golongan peniaga dan penjaja. Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, hasil maklumat yang dikumpul pihaknya mendapati kira-kira 50 peratus peniaga dan penjajaasing di seluruh negara, terutamanya warga Pakistan memiliki MyKadyang telah diklon. Menurutnya, MyKad dan Pasport antarabangsa palsu itu boleh diperolehi dengan harga RM18,000 hingga ke RM50,000. "Dokumen tersebut akan menggunakan maklumat warga tempatan, tetapi menggunakan gambar warga asing tersebut. Contohnya seperti nama saya, saya dapati ada tiga orang menggunakan maklumat yang sama. "Terdapat satu kes di Seremban, warga Bangladesh menggunakan pasport antarabangsa palsu, dan bekerja sebagai kontraktor yang mengambil kontrak di balai-balai polis selama tempoh lima ke enam tahun, termasuk melakukan jenayah. "Warga asing ini telah ditahan dan dihantar pulang ke Bangladesh, namun kini kembali ke Malaysia membuat kerja yang sama," katabeliau pada sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Travers, Bangsar di sini, hari ini. Ridzuan berkata, beliau bersama ahli-ahli Ikhlas yang lain mengumpul maklumat berhubung perkara tersebut dalam tempoh setahun ini. Katanya, kaedah penyamaran digunakan bagi memperoleh maklumat terus daripada warga asing terlibat. "Saya sendiri turun padang, menyamar dan bergaul dengan peniaga warga asing ini untuk memperoleh maklumat. Kami ada bukti-bukti berhubung perkara ini untuk diserahkan bersama memorandum yang akan dihantar kepada Perdana Menteri," katanya. Menurutnya, perkara tersebut menjadi ancaman besar kepada negara berikutan lambakan warga asing tidak terkawal. "Sekarang ini, Melayu merupakan yang paling ramai di Malaysia, diikuti dengan Cina, dan warga asing. Kaum India lebih sedikit berbanding warga asing. Jika keadaan ini berterusan, warga asing mampu mengatasi jumlah Melayu. "Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu tegas kerana isu ini melibatkan menjual keselamatan negara. Ikhlas mahu SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) siasat habis-habisan berhubung perkara ini," katanya. Ikhlas membuat laporan polis dengan menyenaraikan beberapa isu menjual keselamatan negara disebabkan wujudnya keadaan di mana warga asing yang dengan mudah memiliki MyKad biru, juga berkaitan dengan tender MyKad yang diberi kepada syarikat swasta, termasuk rasuah membabitkan kakitangan kerajaan. Memetik laporan polis yang dibuat Ridzuan berkata, pihaknya mendapati wujudnya unsur sabotaj terhadap kepimpinan Perdana Menteri apabila sebilangan penjawat awam tidak menyokong kerajaan. "Sebagai sebuah NGO (pertubuhan bukan kerajaan), Ikhlas memandang isu ini sebagai isu kepentingan awam dan tidak mahu mana-mana pihak cuba menggadaikan keselamatan negara demi duit. "Malah, apa yang kami bimbangkan pembangunan sistem MyKad di negara luar boleh menjejaskan keselamatan negara," katanya. Dalam laporan itu juga menyebut Ikhlas akan membuat tangkapan awam sekiranya isu berkenaan tidak selesai dan berada pada tahap kritikal. |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan