. |
Krisis Rohingya: Lebih 800 premis musnah, 64 maut Posted: 27 Oct 2012 07:30 PM PDT YANGON - Human Rights Watch, sebuah badan hak asasi manusia, mengedarkan foto-foto yang menggambarkan kemusnahan teruk di sebelah barat Myanmar yang dilanda rusuhan kaum. http://www.sinarharian.com.my/global/krisis-rohingya-lebih-800-premis-musnah-64-maut-1.98194Rusuhan sejak awal minggu ini telah memusnahkan 800 rumah dan bangunan serta lebih 60 orang terbunuh. Foto satelit dikeluarkan Human Rights Watch menunjukkan kira-kira 10 hektar (35 ekar) musnah di Kyaukpyu, bandar tepi pantai di Rakhine. Kumpulan hak asasi manusia itu berkata kebanyakan penduduk kawasan tersebut adalah etnik Rohingya Islam. Laporan dipetik BBC berkata, kebanyakan penduduk telah meninggalkan lokasi sasaran yang dijadikan sasaran ke kawasan laut menggunakan bot. Timbalan Pengarah Human Rights Watch bagi Asia, Phil Robertson berkata, perkembangan itu menunjukkan kerajaan Myanmar perlu mengambil langkah keselamatan dengan segera bagi melindungi penduduk Rohingya di negeri Rakhine. Dahulu Rakhine dikenali sebagai Arakan. "Melainkan pihak mula mengenal pasti punca asas keganasan, ia akan bertambah buruk," kata Robertson. Laporan itu juga berkata, dalam tindakan tegas kerajaan kali ini, beberapa orang bukan Muslim juga ditembak oleh pasukan tentera pihak pemerintah. Satu lagi laporan menunjukkan sekurang-kurangnya 64 orang terbunuh dalam rusuhan kaum sepanjang lima hari lalu sehingga semalam. Semalam, enam bandar berhadapan dengan pertempuran. Perintah berkurung dikenakan di beberapa lokasi termasuk Min Mya dan Mrauk Oo. Jurucakap Rakhine, Win Myaing berkata, daripada jumlah yang mati, separuh merupakan kaum wanita. Rakhine berhadapan dengan rusuhan kaum sejak Jun lalu, sehingga menyebabkan kerajaan Myanmar mengisytiharkan darurat. |
Ayoyo Samy Vellu, Sendiri Lulus Sendiri Demo Bantahkah? Posted: 27 Oct 2012 09:04 AM PDT http://greenboc.blogspot.com/2012/10/ayoyo-samy-vellu-sendiri-lulus-sendiri.html Ayoyo Samy Vellu, Sendiri Lulus Sendiri Demo Bantahkah?Demonstrasi yang diketua bekas Presiden MIC, Samy Vellu yang berlakon sandiwara kononnya membantah cadangan projek pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves, Selangor berhampiran dengan patung Lord Muruga, semalam, diberitakan tak sampai 300 saja yang turun berikan sokongan!!!!! Walaupun disebar melalui SMS dan laman sosial beberapa pemimpin parti itu, ia nyata gagal menarik perhatian masyarakat India terutamanya di sekitar kuil tersebut. Sepatutnya jika diukur dari kata-kata besar berdegar-degar para pemimpin MIC, paling koman, sengkek dan kokak pun 30,000 kaum India/Hindu yang wajib hadir kerana MIC telah mainkan isu agama Hindu tergugat demi meraih simpati dan sokongan. Namun hambar!!!!! Mengapa boleh jadi sebegini rupa? Kaum India rata-rata sudah mengetahui projek berkenaan diluluskan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 2007 dan paling memedihkan, empat pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri sudah mempersetujui pembinaan tersebut. Inilah yang menyebabkan demo MIC ditolak dan yang hadir kebanyakkannya penyokong parti itu yang datang dari Kuala Selangor dan Kapar yang tidak mengetahui kisah sebenarnya. Samy Vellu dalam ucapannya yang berapi-rapi membidas pedas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri, Xavier Jayakumar kerana terus membenarkan pembinaan walaupun sudah dibantah penduduk setempat sejak lebih lima tahun lalu. Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar, pula membidas kenyataan pengerusi kuil R Nadarajan yang memutar belit fakta kononnya kerajaan negeri tidak menghalang pembinaan dari diteruskan. Maka berlakulah sesi tuduh-menuduh yang akhirnya rakyat menjadi mangsa kerakusan pemimpin BN yang tidak mengendahkan bantahan yang dibuat. Tan Sri Khalid Ibrahim pula sudah mengarahkan pembinaan dihentikan sementara menunggu hasil siasatan penilaian alam sekitar (EIA) yang diluluskan pada tahun yang sama. Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay yang pernah menjadi ahli majlis MPS turut tumpang semangkuk menyalahkan kerajaan negeri padahal dia adalah antara pemimpin MIC yang meluluskan projek itu. Jika beginilah tindakan MIC menyalahkan kerajaan negeri semata-mata tanpa mengaku merekalah yang bertanggungjawab mengabaikan kebajikan kaum mereka sendiri, jangan terkejut sekiranya parti itu sudah tidak relevan lagi dalam pilihanraya umum akan datang. SENDIRI LULUS SENDIRI BANTAH DAN TUDUH KERAJAAN PR YANG LULUS!!!!! CUBA NAK HERET ISU AGAMA DENGAN PATUNG LORD MURUGA DAN BATU CAVES TEMPAT PERAYAAN THAIPUSAM DIJADIKAN BAHAN NAMUN WARGA INDIA/HINDU TIDAK TERMAKAN. INI PETANDA JELAS YANG MENGATAKAN UNDI KAUM INDIA SUDAH BERPINDAH KE BARISAN NASIONAL HANYALAH OMONG-OMONG KOSONG!!!! MESEJNYA, DATANG PRU 13 NANTI UNDI KAUM INDIA AKAN BERADA DITANGAN PAKATAN RAKYAT!!!!!! -omakkau |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan