. |
Malaysia ku? Tinggal di 'reban ayam' demi persekolahan anak Posted: 23 Oct 2012 03:00 PM PDT Eksklusif Sekumpulan ibu-bapa etnik Penan sanggup tinggal dalam reban ayam terbengkalai bagi membolehkan anak-anak mereka bersekolah. ![]() Ia memaksa Labang Paneh, 35, (kanan), berulang-alik ke Sungai Asap yang terletak sejauh dua jam setengah perjalanan untuk menyekolahkan anak-anaknya. ![]() Setiap hari apabila habis bekerja beliau akan menunggu lima anaknya di reban itu sehingga mereka selesai sesi persekolahan di SK Batu Keling dan SMK Bakun. ![]() Menurut jurupandu yang menemani pasukan wartawanMalaysiakini, pemilik reban itu dipercayai adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Belaga, Datuk Tajang Laing. ![]() "Memang susah, jika biar anak kita sendiri sini memang tidak selesai juga. "Kalau ibu bapa tidak di sini mereka tidak di sini," kata Paneh sambil menambah bahawa anak-anaknya kini hanya perlu berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk ke sekolah. ![]() Paling menyedihkan, lantai rumah itu diperbuat daripada kayu-kayu sebesar dua batang jari dan papan lapis yang memisahkan pintu rumah juga berlubang-lubang. "Ini reban ayam tapi kami tidak peduli apa-apa. "Sepatutnya kami berterima kasih kepada Tuhan kerana memberi tempat tinggal seperti ini," katanya sambil menambah mereka mula menetap di situ bermula 6 Januari 2006. Guru gereja sediakan pendidikan percuma ![]() Guru-guru berkenaan seramai empat orang wanita datang sejauh dari pekan Sibu dan menghabiskan dua jam masa perjalanan untuk sampai ke rumah panjang itu. ![]() Ia dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan berjaya menarik kira-kira seramai 15 orang kanak-kanak dari rumah panjang sebanyak 50 buah pintu. Menariknya, ibu-bapa kanak-kanak berkenaan yang menemani anak-anak mereka turut kelihatan 'curi-curi' belajar dari bahagian belakang kelas sewaktu sesi berlangsung. ![]() Jumlah itu adalah 33 daripada lebih 1500 orang etnik Penan. Ia terdiri daripada penduduk rumah panjang Long Wat yang berpindah ke Sungai Asap untuk meyekolahkan anak-anak mereka. Jarak ke sekolah, kos pengangkutan dan kekurangan sokongan menidakkan 593 kanak-kanak Penan mendapat pendidikan sempurna, kata laporan itu. |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan