Rabu, 26 September 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Fahami Hak dan Tanggungjawab dalam membina rumah tangga

Posted: 26 Sep 2012 05:01 AM PDT

10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Ahmad Baei Jaafar


Masyarakat Melayu pada zaman ini sesetengahnya terpengaruh dengan kehidupan budaya Barat. Mungkin kerana banyak sangat menonton drama atau filem dari Barat. Malah drama dan filem tempatan juga memaparkan cerita persis drama kehidupan orang Barat. Lalu dengan sebab itu suami isteri melayari rumah tangga mengikut cita rasa yang dipaparkan itu.
Umat Islam pasca merdeka jauh daripada peraturan Islam kecuali masyarakat kampung yang tidak terdedah dengan kehidupan Barat. Rata-ratanya masyarakat bandar hidup seperti tiada peraturan tertentu kecuali apa yang dilihat pada kehidupan orang-orang terdahulu. Selebihnya mereka terpengaruh dengan filem atau drama. Ada yang lebih malang daripada itu, merek tidak mahu mendirikan solat secara istiqamah.

Mereka ini walaupun tahu, suami adalah pemimpin yang wajib memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak yang dilahirkan, tahu juga sebagai isteri wajib taat kepada suami dan menyediakan keperluan suami secukupnya namun tidak mampu dipatuhinya. Pada mereka peraturan itu sudah tidak releven lagi pada masa ini.

Sering berlaku dalam masyarakat kita, isteri keluar rumah tanpa meminta izin suami. Ada juga suami yang tidak berusaha mencari keperluan hidup kerana isterinya sudah mempunyai pendapatan yang besar. Manakala anak-anak boleh keluar masuk rumah tanpa perlu memuliakan atau menghormati ibu bapanya. Semua ini bertitik tolak daripada kekurangan ilmu pengetahuan agama yang dimiliki oleh mereka.

Hak dan tanggungjawab

Hak dan tanggungjawab adalah dua hukum yang berlainan tetapi sebahagian umat Islam tidak memahaminya malah kadang-kadang bertukar antara keduanya. Hak ialah sesuatu yang menjadi keperluan, wajib dipenuhi. Maka suami ada hak atau keperluan yang wajib dipenuhi, begitu juga isteri ada hak yang wajib dipenuhi.

Hak suami dan hak isteri tidak sama, tetapi kedua-dua hak itu kalau dapat dipenuhi akan menjadi kehidupan mereka bahagia dan tenang. Maknanya hak suami dan hak isteri saling kait mengait. Firman Allah yang bermaksud:

"Para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf." (Surah al-Baqarah : 228)

Begitu juga dengan suami jika difahami ayat itu secara terbalik iaitu, "para suami mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf." Ertinya hak yang dimiliki oleh seorang isteri atas suaminya sama seperti hak suami atas isterinya dari sudut masing-masing mesti mematuhi baik perintah mahupun larangan Allah. Oleh sebab itu Ibn Abbas pernah berkata:

"Sesungguhnya aku suka berhias untuk isteriku, sebagaimana ia berhias untukku. Aku pun suka meminta agar ia memenuhi hakku yang wajib dia tunaikan untukku, sehingga aku pun memenuhi haknya yang wajib aku tunaikan untuknya."  

Tanggungjawab suami bermaksud beban yang dipikulkan kepada suami dan begitu juga tanggungjawab isteri, maka isteri dipikulkan kepada isteri supaya memenuhi hak suami. Suami sebagai contoh dipikulkan beban melindungi isteri, memberi nafkah dan mendidiknya. Tanggungjawab ini tidak boleh diabaikan kerana sabda Rasulullah SAW bermaksud:

"Engkau (suami) harus memberinya makan jika engkau makan dan memberinya pakaian jika engkau berpakaian. Janganlah engkau menempeleng wajahnya, janganlah engkau menghinanya, dan jangan pula membiarkannya kecuali di dalam rumah." (Riwayat Ahmad, Abu Dawud, Ibn Hibban)

Isteri juga dipikulkan tugasan bagi memenuhi keperluan atau hak suami. Contoh dalam hal ini ialah isteri dipertanggungjawabkan menjaga tempat tidur suami. Maka isteri tidak boleh meninggal tempat tidur suami selagi suami berada di rumah. Apabila isteri berjaya memikul beban ini dengan sempurna, akan bahagia dan tenanglah suami dan isteri tersebut.

Bina keluarga dengan ilmu yang betul

Suami isteri perlu mengambil pendekatan menghayati ilmu Islam sebelum dan semasa membina rumah tangga. Selain menghadiri kursus pra perkahwinan selama dua hari, mereka masih perlu membaca ilmu tentang rumah tangga Islam dalam buku-buku yang tersedia dijual di pasaran. Ilmu yang penting dalam rumah tangga ialah tentang hak dan tanggungjawab masing-masing.

Perhatikan carta berikut:

Hak Suami
Tanggungjawab Isteri
Dihormati
Tidak membawa masuk ke rumah orang yang dibenci suami, meminta izin ketika keluar rumah
Disayangi dan dihargai
Menerima seadanya pemberian suami
Ditaati
Taati perintah suami selagi tidak melanggar hukum
Dilayani
Tidak meninggalkan tempat tidur suami

Hak Isteri
Tanggungjawab Suami
Mendapat nafkah secukupnya
Menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal
Dilindungi maruah
Menjaga keselamatan isteri, sentiasa berada di dalam rumah
Disayangi
Tidak memukul muka isteri, tidak menghinanya dan membelai tubuh isteri dengan penuh kasih sayang
Diadili dan mendapat keadilan
Memberi secukupnya keperluan isteri terutama yang bermadu

Dengan memerhatikan hak dan tanggungjawab dua belah pihak, kita dapati antara satu sama lain ada kait mengait dan sokong menyokong. Maknanya apabila kedua-dua belah pihak menunaikan hak masing-masing akan terbina kasih sayang yang kukuh. Hal ini kerana hak masing-masing telah dipenuhi pasangan dengan sebaiknya.

Di sini suka saya contohkan satu hak dan tanggungjawab iaitu hak isteri untuk disayangi, selain dia tidak dihina suami, keperluan seksual isterinya diberi perhatian serius. Malah dalam Islam sekurang-kurangnya empat bulan sekali perlu dipenuhi jika keadaannya tidak mengizinkan. Maknanya kalau suami dengan sengaja meninggalkan atau mengabaikan seksual isteri dalam tempoh itu adalah satu kesalahan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Kepada orang-orang yang hendak bersumpah untuk menjauhkan dirinya daripada isteri-isterinya, bagi mereka ada masa tangguh sampai empat bulan. Kemudian jika mereka kembali kepada isterinya maka sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Baqarah : 226)

Walau bagaimanapun dalam keadaan biasa seseorang isteri itu perlukan belaian suami sekurang-kurangnya sekali dalam setiap empat hari. Pada zaman Umar bin al-Khattab ketetapan semacam ini pernah dilakukan berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

"Nikahilah wanita-wanita yang kalian senangi dua, tiga, atau empat." (Surah an-Nisa' : 3)

Difahami daripada maksud ayat di atas, jika seorang suami itu mempunyai empat orang isteri (maksimum) maka jarak giliran antara setiap orang isteri adalah empat hari. Oleh sebab itu, empat hari adalah had maksimum bagi suami melayani isteri. Maknanya, walaupun isterinya hanya seorang, panduan ini masih boleh dipakai.

Bayangkan kalau hak isteri ini dipenuhi suami dengan penuh kasih sayang, apa mungkin akan berlaku keretakan rumah tangga. Hakikatnya hak dan tanggungjawab inilah yang menjadi asas kebahagian rumah tangga. Sebaliknya kalau hak ini diabaikan atau dinafikan, pasti berlaku kemurungan yang akhirnya membawa pergaduhan besar.

Menyentuh soal seks, suka dijelaskan di sini Islam menetapkannya sebagai keperluan kedua-dua pihak. Seks bukan nafkah seperti yang difahami orang kebanyakan sebagai nafkah batin. Tetapi satu keperluan yang ada pada kedua-dua belah pihak. Apabila dikatakan keperluan, maka samalah kedudukannya dengan keperluan untuk makan dan minum. Maka jika suami perlukan seks, isteri wajib memenuhinya, dan jika isteri perlukan seks, suami perlu mempertimbangkannya.

Begitulah seterusnya hak dan tanggungjawab lain seperti yang dicatatkan dalam carta di atas. Percayalah kalau suami dan isteri dapat memahaminya dan melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna tiada siapa yang akan berkecil hati dan bermasam muka.

Elak Nusyuz

Nusyuz ialah pelanggaran isteri terhadap perintah dan larangan suami secara mutlak. Namun nusyuz ini hanya boleh berlaku apabila isteri melanggar hak suami dan mengabaikan tanggungjawabnya semasa suami berada di dalam rumah sahaja.  Antara hak suami yang boleh dicontohkan di sini ialah hak ditaati. Memanglah pada dasarnya isteri tidak ditugaskan untuk mengurus rumah tangga, membancuh teh, memasak nasi dan membasuh pakaian. Bahkan suami yang sayang isteri boleh menggajikan petugas untuk melakukan kerja-kerja itu.

Walau bagaimanapun jika suami menyuruh isterinya membancuh teh, membasuh pakaian, memasak makanan, maka isteri wajib melaksanakan pemintaan itu. Isteri wajib mentaati permintaan suami kerana perintah itu tidak melanggar syariat. Apabila permintaan itu diabaikan apatah lagi dengan penolakan yang kasar maka isteri tersebut telah melakukan nusyuz terhadap suaminya. 

Hukuman terhadap isteri yang nusyuz telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud: 

"Wanita-wanita yang kalian khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidurnya, dan pukullah mereka (dengan pukulan yang tidak membekas), jika mereka mentaati kalian, janganlah kalian mencari-cari alasan untuk menghukum mereka" (Surah an-Nisa': 34)

Jelas di sini terdapat tiga bentuk hukuman yang boleh diambil oleh suami bagi memulihkan keadaan iaitu: 

1. Menasihatinya dan memberi peringatan kepadanya.
2. Mengasingkan tempat tidur.
3. Memukulnya dengan pukulan yang tidak membekas.

Jika dengan salah satu tindakan itu isteri tersebut boleh sedar dan kembali taat kepada suaminya, maafkan dia dan lupakan sengketa lama dan mulakan kehidupan baru. Semua itu bergantung kepada kebijaksanaan suami mengurus rumah tangga. Percayalah jika suami dapat memberikan kasih sayang kepada isterinya, sudah tentu akan berakhir dengan kebaikan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

"Sebaik-baik kamu ialah mereka yang paling baik terhadap keluarganya, dan akulah orang yang terbaik antara kamu terhadap keluargaku." (Riwayat Muslim)

7 teras utama Belanjawan Pakatan Rakyat 2013

Posted: 26 Sep 2012 04:38 AM PDT

10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 meletakkan tujuh fokus sebagai teras utama agar ia selari dengan matlamat mengawal defisit dan menurunkan hutang negara.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan belanjawan bertema Ekonomi Rakyat Negara Berkat tersebut menegaskan antara tujuh perkara teras itu adalah mengangkat martabat wanita.


"Kita ingin meningkatkan martabat kaum wanita dan atas usaha itu kita (Pakatan Rakyat) akan melaksanakan Caruman Wanita Nasional untuk suri rumag membabitkan peruntukan RM3 bilion setiap tahun.


"Selain itu juga kita akan memastikan reformasi dan ketelusan pada syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dengan antara lain kita akan membubarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mempunyai fungsi yang sama dengan Khazanah Nasional" jelas beliau di Bilik Taklimat di Parlimen.


Tambahnya lagi, melalui belanjawan kali ini juga Pakatan Rakyat turut mewujudkan bina dayasaing demi pertumbuhan dengan mengubal undang-undang anti-monopoli dan Suruhanjaya Anti Monopoli demi menggalakan pertumbuhan syarikat bersaiz sederhana dan merombak herotan ekonomi.


Hasil minyak untuk negeri turut diutamakan dengan menubuhkan syarikat-syarikat minyak PetroSabah, PetroSarawak, PetroTerengganu untuk menyertai pembangunan lapangan kecil (marginal field) yang kini diboloti oleh syarikat kroni.


"Skim khusus diwujudkan agar Petronas menaungi syarikat-syarikat ini supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa dalam tempoh 10 tahun.


"Mengenai perumahan rakyat, penubuhan Perbadanan Perumahan Negara untuk menjalankan amanah menyediakan perumahan mampu milik secara besar-besaran," kata beliau.


Tambahnya lagi, melalui perumahan rakyat ini program pemilikan bersama (50:50) di antara kerajaan dan rakyat bagi perumahan terpilih.


Selain penurunan harga kereta menjadi teras utama, reformasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga diberi perhatian dengan mengalihkan sumber manusia dan kewangan kepada kegiatan membanteras jenayah.


Malah kenaikan gaji sebanyak 5 peratus kepada anggota juga turut akan diumumkan, tidak ketinggalan juga pengumuman kenaikan gaji 20 peratus kepada kakitangan perubatan.


Belanjawan yang meletakkan jumlah perbelanjaan RM233 bilion iaitu jumlah lebih kecil dari jumlah yang dijangka diumumkan oleh kerajaan iaitu melepasi RN250 bilion tetapi terus meningkat sebanyak RM13 bilion berbanding Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.


Selain itu juga pertumbuhan ekonomi pengikut penganalisis dan ramalan ekonomi kekal optimistik pada kadar 5.2 peratus berbanding kerajaan yang menggunakan unjuran 5 hingga 6 peratus.


Dalam pada itu sasaran yang lebih drastik pada defisit belanjawan apabila Pakatan Rakyat mensasarkan 3.5 peratus jika dibandingkan pada belanjawan yang dibuat pada Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang meletakkan 4.4 peratus.


Walaubagaimana pun, kerajaan dijangkakan mengumumkan defisit sekitar 4 peratus kerana angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah disemak kembali menggunakan asas harga tahun 2005.

Harakahdaily/-

'Sampai bila pakcik mahu hidup begini'

Posted: 26 Sep 2012 12:54 AM PDT

10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

'Sampai bila pakcik mahu hidup begini'
Ruang tamu rumah Hamid yang sering digenangi air ketika hujan lebat dan musim tengkujuh.
'Sampai bila pakcik mahu hidup begini'
Hamid menunjukkan almari yang rosak digenangi air baru-baru ini di rumahnya di kampung Kepong, Kuala Terengganu.
 
KEPONG – Masalah longkang tersekat lebih 10 tahun masih membelenggu penduduk kampung terutamanya warga emas yang tinggal di kawasan laluan air.

Ngah Omar atau lebih dikenali Hamid, 80 berkata, dalam setahun, tiga hingga empat kali rumahnya digenangi air longkang sehingga paras lutut yang turut menyebabkan perabot rumahnya rosak.

"Kejadian ini sering berlaku terutamanya ketika hujan lebat kerana air tidak dapat keluar dengan sempurna ke parit berhampiran.

"Tambahan pula, rumah pakcik ini berada di kawasan laluan air menyebabkan air lebih cepat bertakung dan sekelip mata sahaja memasuki ruang tamu rumah.

"Malah, kami terpaksa membiarkan sahaja perabot seperti kerusi serta almari digenangi sekiranya air masuk ke dalam rumah pada waktu malam," katanya kepada Sinar Harian.

Penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini turut terkilan kerana pihak berkenaan tidak mengambil tindakan walaupun sudah beberapa kali mengemukakan masalah itu kepada pihak tersebut.

"Pakcik sebagai penduduk tetap, mahukan yang terbaik tetapi tidak menyangka masalah seperti ini tidak dapat diselesaikan biarpun ia terjadi di hadapan mata pihak berwajib.

"Sekiranya benar ada masalah yang menghalang pembinaan longkang dibuat, pihak berkenaan perlu menjelaskan perkara ini sewajarnya supaya dapat diatasi dengan cara baik, tidaklah perlu pakcik memanjangkan masalah ini kepada pihak luar," katanya.

Banyak perabot rumah rosak

Hamid berkata, dia hanya memohon pembinaan longkang secara sistematik kerana sudah tidak tahan menanggung kepayahan kerana saban tahun dia terpaksa membersihkan rumah yang dimasuki air hujan yang bertakung.

"Sampai bila pakcik mahu hidup seperti ini. Sudah banyak perabot yang rosak dan pelbagai usaha dilakukan bagi mengelak daripada air bertakung memasuki ruang tamu rumah, namun belum berhasil," katanya.

"Lebih menghairankan pak cik, sudah ramai pihak-pihak tertentu tampil mendengar masalah itu, tetapi sekadar bertanya khabar dan masih belum dilaksanakan sebarang tindakan bagi menyelesaikan isu longkang.

"Sekiranya datang bertanya khabar dan balik tanpa melakukan apa-apa, tiada maknanya," luah Hamid.

Mahu masalah segera diselesaikan

Menurut Hamid, longkang yang dibina 10 tahun lepas adalah hasil muafakat penduduk kampung mengumpul dana dan kini apabila ianya ditutupi tanah dan semak samun, penduduk tidak lagi mampu melaksanakannya untuk kali kedua.

"Lagipun setahu pakcik, peruntukan daripada pihak berwajib ada disediakan dan demi kepentingan ramai, masalah ini perlu diselesaikan jabatan atau pemimpin tertentu malah tidak sepatutnya mengharapkan dana yang dikumpulkan penduduk lagi," katanya.

Oleh itu, Hamid berharap mana-mana pihak tampil menyelesaikannya segera kerana baginya sudah menjadi kewajipan kerajaan untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

"Keperluan longkang ini juga bukannya kepentingan individu tetapi adalah kebaikan kepada orang ramai khususnya penduduk di kawasan ini yang terjejas setiap tahun terutama musim tengkujuh. Masalah ini perlu diselesaikan segera sebelum tiba musim tengkujuh sebagai langkah berjaga-jaga," katanya.

sinar harian/-

Konvoi Ke Putrajaya Tuntut Royalti Minyak

Posted: 26 Sep 2012 12:51 AM PDT

10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Konvoi ke Putrajaya tuntut royalti minyak

KUALA LUMPUR: Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) merancang untuk mengadakan konvoi Himpunan Aman ke Istana Kehakiman Putrajaya pada 2 hingga 4 Oktober depan bagi mendesak supaya hak hasil bumi mereka dikembalikan.

Presiden R, Nazri Deraman berkata, konvoi itu akan diadakan sempena berlangsungnya hari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum pada jam 9 pagi di Putrajaya.

Katanya, tindakan itu akan diambil sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyatakan pendirian tegas untuk mengembalikan royalti minyak dan gas yang tertunggak sejak tahun 2004 kepada Kelantan yang dianggarkan berjumlah RM7 bilion dalam pembentangan Bajet 2013 nanti.

Katanya, konvoi itu meliputi ceramah, tazkirah dan solat hajat, penyerahan 150,000 tandatangan dan memorandum kepada Najib, termasuk konvoi ke Menara Petronas dan piket aman ke KLCC.

"Kami mengajak seramai mungkin rakyat Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak untuk bersama-sama berjuang menuntut hasil kekayaan negeri yang selama ini dirompak.

"R telah menyedia pentas pidato pada 2 Oktober depan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam kepada semua pemimpin parti politik termasuk daripada Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kami juga ingin menjemput secara terbuka Perdana Menteri atau wakilnya untuk hadir menyatakan pendirian sama termasuk isu tuntutan royalti di Sabah dan Sarawak," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

5 peratus Selain itu, Nazri berkata pihaknya turut mendesak agar Jawatankuasa Bayaran Tunai yang diumumkan Najib pada 4 Ogos lalu melibatkan Kelantan, Terengganu, dan Pahang dibatalkan.

Sebaliknya, beliau mahu bayaran segera wang royalti lima peratus dibayar segera kepada kerajaan negeri Kelantan.

"Kami menolak jawatankuasa ini memandangkan ia tidak dinyatakan dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian yang dimeterai antara kerajaan Kelantan dengan Petronas pada 9 Mei 1975.

"Sedangkan penyelesaian isu bayaran wang royalti kepda kerajaan negeri Terengganu juga tanpa melalui Jawatankuasa Khas Bayaran Tunai," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya juga akan memfailkan permohonan Perintah Deklarasi Pembatalan Perjanjian 9 Mei 1975 di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Rabu ini.

R merupakan gabungan 58 badan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan yang bertujuan untuk menuntut royalti dan hak pendaratan minyak, serta membina hubungan nasional dengan negeri lain bagi menyatakan solidariti menuntut hak hasil bumi dikembalikan.

kelab grennboc/-



Isu Vanida-Rashidi: Peguam syarie tawar nasihat filem

Posted: 26 Sep 2012 12:47 AM PDT

 10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

 

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menawarkan diri sebagai penasihat kepada syarikat dan pihak berkuasa filem supaya kontroversi sekitar dakwaan 'lafaz cerai' pasangan pelakon Rashidi Ishak-Vanidah Imran tidak berulang.

"Ia bagi mengelakkan berlaku kekeliruan dan salah faham masyarakat terhadap hukum hakam dan perjalanan proses perundangan di negara ini, terutama tentang perundangan Syariah," kata presidennya Musa Awang (kanan).

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria Isnin lalu dilaporkan menggesa Vanidah dan Rashidi memaklumkan kepada jabatan agama Islam berikutan lafaz cerai yang didakwa diungkapkan dalam filem Untuk Tiga Hari.

Vanidah bagaimanapun menolak saranan itu kerana yakin tidak berlaku penceraian dan beliau tidak faham bahagian mana yang memuatkan lafaz 'cerai' itu, lapor Mstar.

Pasangan bintang itu sudah berkahwin selama 12 tahun.

Dalam kenyataannya hari ini, Musa berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PPFM), Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) serta penerbit filem bagi merealisasikan perkara itu.

Katanya, walaupun karya di layar perak boleh menjadi mekanisme dan medium berkesan untuk mendidik, gambaran yang salah tentang hukum hakam perundangan syariah boleh menjejaskan Islam dan institusi Islam, termasuk Mahkamah Syariah dan jabatan agama.

Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki itu mula ditayangkan di panggung wayang seluruh Malaysia bermula 20 September lalu.


malaysiakini/-


Masalah Dong Zong masih belum selesai

Posted: 26 Sep 2012 12:34 AM PDT












KUALA LUMPUR: Biarpun pelbagai usaha dilakukan, lapan masalah Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) masih belum diselesaikan.

Pengerusinya, Dr. Yap Sin Tian, berkata sebelum ini pihak Dong Zong telah mengadakan perbincangan meja bulat bersama Kementerian Pelajaran.

Malah, kata beliau Dong Zong juga pernah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong.

"Namun, masalah yang dibangkitkan kami masih belum diselesaikan.  Justeru, hari ini kami ke sini bagi menyerahkan surat, suara hati rakyat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli-ahli parlimen," tegas beliau pada sidang media di parlimen, hari ini, selepas bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bagi menyerahkan surat tersebut.

Antara masalah yang dihadapi Dong Zong ialah kekurangan guru yang serius di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina, penempatan guru-guru yang tidak berkelayakan bahasa Cina ke sekolah itu di samping masalah peruntukan pembangunan yang terlalu sedikit dan pelaksanaan mekanisme normal penubuhan sekolah berkenaan.

Sebelum itu beliau turut menyerahkan surat tersebut kepada wakil parti-parti komponen Pakatan Rakyat.
PAS diwakili Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli parlimen Pokok Sena, manakala DAP diwakili Penasihat parti yang juga ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, dan Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Fuziah Salleh.

harakahdaily/-

Pakatan Rakyat bentang Bajet alternatif

Posted: 26 Sep 2012 12:31 AM PDT

10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Kuala Lumpur: Pakatan Rakyat  membentangkan bajet alternatif  di bangunan Parlimen, sebentar tadi. 

Bajet itu dibentangkan oleh  Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dihadiri kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.


Dalam kenyatannya   Anwar berkata, tema bajet Pakatan Rayat  ialah "ekonomi rakyat negara berkat". 

Bomoh nikah batin didakwa merogol

Posted: 26 Sep 2012 12:30 AM PDT

10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

SEREMBAN - Selepas diberkas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) kerana didakwa mengamalkan nikah batin dan memperdaya wanita untuk tujuan seks, seorang bomoh dihadapkan pula ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan jenayah merogol seorang wanita pada Ogos lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Sombhah Abdullah, 48, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary. 

Mengikut pertuduhan, Muhammad Sombhah didakwa merogol seorang wanita berusia 50 tahun di sebuah rumah di Kampung LBJ dekat sini pada pukul 3 petang hingga pukul 3.30 petang 28 Ogos lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharudin Wan Ladin manakala tertuduh diwakili peguam Hanif Hassan dan Haris Salleh.

Dalam prosiding tersebut, pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 dan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Namun Hanif merayu supaya wang ikat jamin itu dikurangkan kerana anak guamnya hanya bekerja sendiri dengan pendapatan RM1,000 sebulan selain perlu menyara keluarga.

Kunasundary kemudian menetapkan tertuduh dibebaskan dengan wang ikat jamin RM10,000 dan seorang penjamin.

Beliau menetapkan 30 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Kunasundary juga mengarahkan tertuduh melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai pada setiap bulan selain dilarang berjumpa atau berkomunikasi dengan mangsa serta keluarga mangsa.

Tertuduh tidak membayar wang ikat jamin dan dia dibawa ke Penjara Sungai Buloh, Selangor.
Kosmo! pada 18 September lalu melaporkan seorang bomoh yang didakwa memperdaya pesakitnya untuk melakukan hubungan seks dengan alasan perubatan telah terperangkap apabila dia ditahan oleh JHEAINS di sebuah rumah di Kampung LBJ, Labu.

Sebelum melakukan hubungan seks dengan pesakitnya, lelaki itu didakwa turut mengadakan upacara nikah batin dengan wanita berkenaan.

Sehari selepas ditangkap, lelaki itu dilepas tanpa dibebaskan dengan bon jaminan sebanyak RM15,000 bagi empat kes berasingan di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Bon jaminan tersebut dikenakan terhadap Muhammad Sombhah sebelum dia bakal didakwa pada 9 Oktober depan atas empat tuduhan mengikut Enakmen Jenayah Syariah 1992 Negeri Sembilan.

Tiga tuduhan berkenaan iaitu mengikut Seksyen 49, 50 dan 52 bagi kesalahan mencela agama Islam, mempermain ayat suci al-Quran dan hadis serta melakukan perbuatan ajaran salah.
Satu lagi kesalahan disiasat mengikut Seksyen 77 Enakmen Jenayah Syariah 1992 Negeri Sembilan iaitu memperdaya serta melarikan wanita untuk tujuan seks.

kosmo/-

Israel serah sebahagian besar Tebing Barat?

Posted: 25 Sep 2012 11:22 PM PDT

10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

 


































JERUSALEM: Menteri Pertahanan Israel mengemukakan idea untuk meninggalkan  sebahagian besar Tebing Barat jika usaha perdamaian dengan Palestin masih tidak menunjukkan progres.

Ehud Barak berkata Israel akan menumbangkan berpuluh-puluh penempatan tetapi akan menyimpan blok penempatan utama, yang kebanyakannya berhampiran sempadan Israel, dan mengekalkan kehadiran tentera di kawasan sepanjang sempadan dengan Jordan.

Komen beliau datang dalam satu temu bual yang disiarkan Isnin lalu dalam akhbar Israel, Hayom.

Beliau berkata adalah lebih baik untuk mencapai perjanjian damai dengan Palestin selepas empat tahun menemui jalan buntu, beliau berkata Israel mesti mengambil "langkah-langkah yang praktikal."

Palestin menolak cadangan Israel tersebut. Mereka menyatakan dalam rundingan berikutnya bahawa mereka mahukan kesemua Tebing Barat.

Cadangan Barak berkemungkinan besar menghadapi tentangan hebat dari pihak konservatif Israel.

harakahdaily/-

Banjir di India, 1.7j penduduk dipindah

Posted: 25 Sep 2012 11:20 PM PDT


 
10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -














GUWAHATI - Banjir yang semakin buruk memaksa hampir 1.7 juta penduduk di timur laut India meninggalkan rumah mereka selepas pihak berkuasa mengeluarkan amaran bahaya terhadap kesihatan, kelmarin.

Agensi Pengurusan Bencana memaklumkan 19 dari 27 daerah di Assam kini telah ditenggelami banjir dan 13 mangsa dilaporkan mati lemas dalam beberapa insiden berasingan sejak minggu lalu.

Menteri Kesihatan Assam, Himanta Biswa Sarmah berkata, amaran bahaya itu dikeluarkan untuk menghindari wabak cirit-birit atau demam kepialu di zon bencana.

Pada masa ini, sekurang-kurangnya 2,200 kampung tenggelam berikutan air sungai Brahmaputra melimpah susulan hujan berterusan sejak minggu lalu.

Difahamkan, ia adalah banjir gelombang kedua yang melanda kawasan penduduk miskin tersebut dalam tempoh dua bulan.-AFP

Terkabulnya Sebuah Doa

Posted: 25 Sep 2012 11:16 PM PDT

10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -














Beberapa waktu yang lalu di Rumah Amalia saya kedatangan seorang bapak. Beliau bercerita tentang sakitnya penyakit radang empedu, penyakitnya sangat parah sehingga harapan hidupnya sangat menipis. Beliau menitipkan shodaqohnya untuk anak-anak Amalia dan memohon doa agar operasi yang dijalaninya berjalan dengan lancar sehingga masih ada harapan untuk berbuat baik untuk sesama. 'Saya yakin Mas Agus, hidup dan mati kita hanya ditangan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, 

kita hanya memohon dan berdoa semoga Allah memberkahi hidup dan mati kita sebagai hambaNya yang selalu bersyukur atas karuniaNya,' begitu tuturnya, kacamatanya nampak basah tak mampu untuk ditutupinya. berkali-kali beliau mengeluarkan kain pengelap untuk membersihkan kacamatanya. Usianya yang senja namun badannya masih terlihat tegap dan gagah tak terlihat bahwa didalam dirinya ada sesuatu penyakit yang menggerogoti tubuhnya.
Perjalanan waktu begitu cepat. Operasi itu berjalan dengan lancar. Beliau kembali pulih dan bugar. Beliau bercerita bahwa proses menuju kematian kita sungguh menakjubkan, dari rasa dingin naik ke kaki, betis sampai di kepala. Rasa dingin itu berjalan perlahan. 'Terbayang malaikat maut segera mencabut nyawa saya, Mas Agus..'tuturnya, wajahnya penuh ekspressi yang jernih. 'Tak lupa saya selalu mengucapkan syahadat, jangan sampai saya mati dalam keadaan sebagai orang yang ingkar,' ucapnya dengan suara pelan. Dalam keadaan antara sadar dan tidak, beliau mendengar suara anak-anak yang sedang melantunkan ayat suci al-Qur'an dan bayangan dirinya pada masa lalu semua berjalan dengan cepat dan nampak jelas semua yang telah dilakukannya, dosa-dosa yang membuat takut dirinya sendiri . Disaat itu juga beliau memohon ampun kehadirat Allah agar diberikan kesempatan untuk bertaubat.

Ketika beliau berjanji untuk bertaubat, tiba-tiba sadarkan diri. Semua operasinya dinyatakan berjalan dengan baik dan lancar. Tubuhnya kembali pulih seperti sediakala. Dari pengalaman itu beliau menjadi yakin bahwa doa yang dipanjatkan secara sungguh-sungguh dengan keikhlasan adalah sebuah keajaiban. Allah senantiasa peduli dengan apa yang kita pikirkan, kita rasakan dan apa yang kita perbuat. Allah Subhanahu Wa Ta'ala senantiasa mengabulkan doa-doa kita. "Obatilah orang-orang yang sakit dengan shodaqoh, bentengilah harta kalian dengan zakat dan tolaklah bencana dengan doa (HR. Baihaqi).


Sahabatku, aminkan doa agar permohonan kita dikabulkan oleh Allah. "Allaahumma innii a'udzubika min 'ilmin laa yanfa'u wa qolbin laa yakhsya'u du'aain laa yusma'u wanafsin laa tasyba'u" Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau dari ilmu yang tak berguna,dari hati yang tak pernah tenang, dari do'a yang tak didengar , dan dari nafsu yang tak pernah kenyang."


Wassalam,

Muhamad Agus Syafii



Bagi Bob, banya PAS harapan rakyat untuk berlindung

Posted: 25 Sep 2012 11:06 PM PDT

10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -




(Bob Lokman bercakap dengan penduduk Jelawat baru-baru ini)

KOTA BHARU: Rakyat di negara ini memilih perjuangan PAS memandangkan hanya parti itu harapan untuk rakyat di negara ini berlindung.

Artis terkenal, Bob Lokman berkata sama ada golongan artis, para cendikiawan termasuk dirinya memilih parti itu kerana hanya PAS sebuah parti yang berlandaskan Islam.

"Malah ianya (PAS) kemuncak pada perjuangan Islam di negara kita. Hanya parti ini yang boleh diharapkan untuk kita berlindung serta membawa kita ke jalan yang benar,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jalinan Aidilfitri anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, di Dataran Ilmu, Cabang Empat Gunong, di sini, baru-baru ini.

Turut berucap pada majlis itu, Adun Jelawat Abdul Aziz Kader.

Bob Lokman adalah antara artis yang awal menyertai PAS. Ketika itu, para artis menganggap PAS akan menyekat segala kegiatan artis.

Namun Bob Lokman buktikan, terdapat tempat yang baik di dalam PAS iaitu melalui pendekatan yang dibenarkan Islam.

Selepas itu, berbondong-bondong golongan itu menyertai PAS.

Menurut Bob lagi, setiap hari ada bisikan menyusuk ke telinganya supaya kembali pada zaman kegemilangannya sebagai seorang artis sama ada sebagai penulis lirik atau seumpamanya.

Menurutnya, namun seboleh mungkin beliau menolak kerana tidak mahu lagi terpalit dengan dunia berkenaan.

"Siapa tidak mahu sebuah lirik lagu sampai berbelas ribu, ada peminat, tetapi demi Islam saya akan tetap bersama PAS," tegas beliau di majlis itu.

harajahdaily/-

Dua penyamun ‘tukar’ jadi jaga

Posted: 25 Sep 2012 11:04 PM PDT

10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



SIASAT...anggota polis menjalankan siasatan di tempat kejadian.
SIASAT...anggota polis menjalankan siasatan di tempat kejadian.
BERLUBANG...pagar pusat pameran yang dipercayai dipotong penjenayah.
BERLUBANG...pagar pusat pameran yang dipercayai dipotong penjenayah. 
 
KAJANG: Dua daripada 15 lelaki yang memecah masuk sebuah pusat pameran kereta di Sungai Long, di sini, awal pagi semalam, berlakon sebagai pengawal keselamatan selepas menawan dua pengawal di situ sebelum melarikan lima kenderaan Honda bernilai lebih RM700,000.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, kumpulan penjenayah terbabit yang merancang rapi kegiatan mereka berpecah kepada tiga kumpulan sebelum masuk dalam premis berkenaan yang baru dibuka awal tahun ini.
Sumber polis berkata, selepas masuk dalam premis itu melalui pintu belakang mereka mengikat dua pengawal keselamatan dan memaksa mereka menanggalkan baju seragam.

"Dua daripada penjenayah terbabit memakai seragam itu dan terus ke pondok pengawal keselamatan untuk berpura-pura mengawal pos itu. 

"Pada masa sama rakan mereka yang lain menyelongkar pejabat dan peti simpanan pusat pameran itu," katanya, semalam.

 metro/-

wanita cedera parah 'disembelih' perompak

Posted: 25 Sep 2012 11:03 PM PDT

10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Seorang wanita cedera parah akibat dikelar di leher oleh lelaki yang disyaki cuba merompak mangsa di rumahnya di kampung Teroi, di Yan semalam.
  
Selain kecederaan sepanjang lapan sentimeter di leher, Jamaliah Ali, 55, yang ketika itu berseorangan di rumah, turut mengalami kecederaan di kepala dan beberapa anggota badan.
  
Ketua Polis Daerah Yan DSP Ismail Abu berkata Jamaliah adalah ibu tunggal dan tinggal di rumah itu bersama adiknya.
  
"Ketika kejadian pada pukul 7.10 pagi itu, adiknya keluar menghantar anak-anak saudaranya ke sekolah. Terdapat kesan geledah dalam rumah itu dan mangsa dipercayai dicederakan ketika berada di ruang tamu tingkat bawah.

"Mangsa yang berlumuran darah pergi ke rumah jiran untuk meminta bantuan dan dihantar ke Hospital Yan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (Sungai Petani) kerana kecederaan yang parah," katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati tiada barang berharga yang hilang dan polis percaya suspek melarikan diri selepas mencederakan mangsa dengan senjata tajam.

"Mengikut jiran, mangsa ada menyebut satu nama namun kurang jelas akibat kecederaan di lehernya agak parah seperti disembelih sepanjang lapan sentimeter. Jadi kami percaya mangsa mengenali penyerangnya," katanya.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

- Bernama

Anwar Naik Jet Pun UMNO Jadi Kecoh..

Posted: 25 Sep 2012 11:01 PM PDT

10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Isu jet supaya tokoh korporat henti sokong Pakatan – Anwar

KUALA LUMPUR 24 September: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, media Umno BN sengaja membesar-besarkan isu beliau menaiki jet bagi manakut-nakutkan ahli korporat supaya tidak membantu pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan).

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, dengan berbuat demikian, tokoh-tokoh korporat takut berurusan dengan pimpinan Pakatan kerana bimbang perniagaan mereka akan terjejas.

"Orang yang curi bilion ringgit, curi tanah ratus ribu ekar tidak diisukan. Tapi, menaiki jet dijadikan isu besar. Kononnya untuk menakut-nakutkan ahli korporat supaya jangan bantu Pakatan Rakyat. Kalau bantu akan jadi isu besar dan bakal jejas perniagaan," katanya mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini berkenaan isu tersebut.

Anwar berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ketua Umum KEADILAN itu menjelaskan, beliau dan beberapa pimpinan Pakatan lain menggunakan pesawat itu kerana menghadapi masalah penerbangan ketika dalam perjalanan dari Labuan ke Kota Kinabalu semasa menghadiri sambutan Hari Malaysia di Sabah dan Sarawak pada 15 September lalu.

Menurutnya, mereka ke sana untuk menerima penyertaan tokoh politik Sabah, Tan Seri Ibrahim Menudin ke dalam KEADILAN.

"Ada masalah daripada Labuan ke Kota Kinabalu. Masa itu tiada penerbangan petang. Jadi kita terpaksa atur bot laju. Tapi saya ada masalah naik bot selama dua jam…Maka ada seorang rakan membantu memberi pinjam jet," katanya.

Anwar berkata, pemilik jet tidak mempunyai kepentingan politik di mana-mana negeri yang ditadbir Pakatan.

"Dia cuma bantu…macam kereta saya rosak, saya pinjam kereta orang. Itu tak jadi masalah. Saya dah periksa, dia tiada apa-apa kepentingan.

Saya pun bimbang kalau dia nak mintak tanah atau apa-apa," katanya.

Dalam pada itu, Anwar secara berseloroh berkata, beliau mahu meminjam jet berkenaan jika pemiliknya sudi meminjamkan sekali lagi.

kelab grennboc/-

7 maut letupan bom di Turki

Posted: 25 Sep 2012 10:59 PM PDT

10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

 DIYARBAKIR: Enam askar dan seorang orang awam dilaporkan terbunuh dalam letupan bom yang mensasarkan satu konvoi tentera di barat daya Turki, semalam.

Letupan kuat itu berlaku di bahagian tengah Bandar Tunceli dengan kenderaan tentera berkenaan musnah sama sekali serta turut merosakan satu kenderaan orang awam.
Pejabat Gabenor tempatan berkata, kejadian itu meragut tujuh nyawa serta seorang cedera tetapi tidak menyatakan berapa anggota tentera yang terkorban.

Stesen televisyen swasta NTV melaporkan, letupan itu menyebabkan orang ramai di sekitar kawasan berkenaan panik dengan ambulans dikejarkan ke tempat kejadian.

Setakat ini belum diketahui pihak yang bertanggungjawab dalam melakukan letupan bom berkenaan.

Namun ia dikaitkan dengan serangan balas pemberontak Kurdis selepas tentera kerajaan meningkatkan operasi membanteras kumpulan itu terutama di sebelah selatan.

Minggu lalu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, berkata lebih 500 pemberontak Kurdis dibunuh oleh tentera kerajaan dalam tempoh sebulan lalu. - AFP

Saham FGVH: Hutang RM3,640 dikira RM4,000

Posted: 25 Sep 2012 10:57 PM PDT

10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -












BANDAR JENGKA: Harapkan dapat saham percuma, rupa-rupanya dikira hutang. Sudahlah begitu, jumlah hutang yang dicaj pula melebihi daripada harga sebenar.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan, sepatutnya peneroka perlu membayar balik pinjaman untuk 800 unit saham Felda Global Venture Holding (FGVH) sebanyak RM3,640 (pada harga terbitan RM4.55), sebaliknya peneroka perlu membayar RM4,000.

Serentak dengan itu beliau menggesa Felda memberi penjelasan mengenai jumlah bayaran balik pinjaman untuk saham yang tidak mengikut harga sebenar atau berhadapan dengan saman peneroka.

"Setiap negeri membuat pinjaman melalui bank yang berbeza. Peneroka Felda di Johor contohnya melalui Maybank, mereka diminta membayar semula pinjaman sebanyak RM5,000. Bagi negeri Pahang pinjaman melalui CIMB yang dikenakan caj RM4,000

"Sekiranya setiap peneroka di negeri ini terpaksa membayar RM4,000 berbanding jumlah sebenar, ke mana perginya lebihan wang RM360 bagi setiap peneroka yang membayar baik hutang saham tersebut?

"Bayangkan sekiranya setiap peneroka membayar RM360, dengan andaian kira-kira 80,000 peneroka yang membeli saham tersebut secara hutang, ia bermakna terdapat lebihan berjumlah lebih RM28 juta," katanya dalam sidang media di Jengka 19 di sini.

Turut hadir Pengerusi Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda (Bangkit) Pahang Abdul Rahim Abdul Rahman, Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Abdul Halim dan Timbalan Pengerusi Anak Aris Fezul Ismail.

Tambah Mazlan, persoalannya mengapakah jumlah yang perlu dibayar tidak sama dengan hutang saham yang diterima dan siapakah yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan daripada hutang saham peneroka.

Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat berkata, beliau mengetahui perkara tersebut melalui peguam Harris Abdullah yang menyerahkan dokumen berkaitan kepadanya yang menyatakan jumlah yang perlu dibayar peneroka kepada pihak bank dan ia ditulis menggunakan pen.

Katanya, pada awal proses mendapatkan saham itu, peneroka diminta menandatangani borang kosong dan kali kedua pula dengan mengisi borang biru.

"Kita sudah membuat road-show menasihatkan peneroka supaya tidak menandatangani borang kosong kerana ia berisiko dan terdedah kepada tindakan manipulasi, malangnya tidak ramai yang percaya.

"Masih ramai peneroka tidak sedar mereka sebenarnya telah tertipu, malah masih ramai yang tidak tahu perkara ini dan ada antaranya masih menganggap saham yang diberikan adalah percuma, sehinggalah mereka menerima surat tuntutan bayaran pinjaman semula ini," katanya sambil menunjukkan surat tuntutan bank berkenaan.

Beliau berkata, kebimbangan yang diramalkan Anak selama ini menjadi kenyataan dan ia terbukti menerusi maklumat terbaru itu.

Dalam pada itu, Mazlan berkata jika tiada sebarang jawapan daripada Felda atau bank berkaitan tuntutan melebihi hutang Anak akan meminta peneroka membuat laporan polis kerana menganggap ia sebagai satu penipuan.

"Kami sebagai anak peneroka berasa simpati dengan nasib peneroka yang tertipu dengan janji kosong yang mengatakan mereka akan menjadi jutawan sebaik saja saham FGHV disenaraikan.

"Kini mereka terpaksa menanggung lebih banyak bebanan hutang selain terpaksa membayar semula wang pinjaman rumah dan kos penanaman semula sekitar RM50,000 hingga RM60,000," katanya.

Mazlan berkata, kebanyakan peneroka kini berusia 70 hingga 80 tahun, namun masih dibebani dengan masalah hutang.

"Mereka tidak meminta untuk berhutang sebaliknya dipaksa untuk berhutang. Seandainya mereka ini mati nanti, bagaimana mereka mahu menghadap Tuhan dengan hutang yang masih belum dibayar?," soalnya.

harakahdaily/-

Simbah Cat Merah : Petanda Kuasa ‘Syaitan’ Akan Berakhir

Posted: 25 Sep 2012 09:36 PM PDT

10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
  
 GELANG PATAH – Ramai pihak menyuarakan kekesalan berhubung insiden simbah cat ke atas billboard milik PAS Kawasan ini di premisnya, di Kampung Ulu Pulai, dekat sini.

Bagi Normala Sudirman, Penyelia Pusat Aduan Rakyak (PAR) Pemanis berkata kebobrokan pihak tertentu untuk mengekalkan kuasa nyata bakal berakhir dan saat-saat kehancuran itu sudah menampakkan riaknya berikutan dengan isu ini.

"Kami menolak 'budaya samseng dan politik tidak matang' di Johor khususnya dan juga Malaysia. Tunggulah saat kehancuranmu wahai… (Syaitan yang dikenali ke?)" katanya lagi.

Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood menyarankan agar Pakatan Pembangkang menubuhkan satu unit Khas bagi membendung provokasi seperti ini dan tidak hanya bergantung kepada pemantauan pihak berkuasa.

"Kita tak perlu harapkan Polis, Hishamuddin dalam menangani isu sebegini lagi (buat tambah marah ke PDRM aje. Mereka diarah majikan).

"Semoga PAS dan PR tubuhkan unit khas untuk mengawasi dan bertindak cepat tepat bagi hadapi pelbagai kejadian di masa depan," katanya lagi.

Pun begitu, berlainan pula nada Mohd Nazri, Ketua AMK PKR Johor, pihaknya mempersoalkan tindakan ini adakah ia didalangi oleh satu pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).

Hal ini kerana menurut blog AMK Gelang Patah didakwa sebelum kejadian, salah seorang ahli PAS telah menerima ugutan dari pimpinan NGO terbabit agar menurunkan semua bendera parti Islam itu.

"Apakah benar Perkasa dalang disebalik perbuatan khianat terhadap Markas PAS Gelang Patah?" tanyanya menerusi laman rasmi Facebooknya.
 
selatan online/-

Kajian: Jangkaan BN menang PRU13 susut

Posted: 25 Sep 2012 09:24 PM PDT

10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Kajian: Jangkaan BN menang PRU13 susut
Jangkaan BN menang PRU ke-13 susut di peringkat nasional dan menguasai Putrajaya.
Kajian: Jangkaan BN menang PRU13 susut
Jangkaan BN menang PRU ke-13 susut dalam kajian parti manakah dijangka akan menang di negeri Selangor.
Kajian: Jangkaan BN menang PRU13 susut
 
Jangkaan BN menang PRU ke-13 susut dalam kajian parti manakah dijangka akan menang di negeri Kedah.
 
[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Peratusan jangkaan Barisan Nasional (BN) akan menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) merosot berbanding kedudukan awal tahun, demikian menurut hasil kajian terbaru diumumkan oleh pusat penyelidikan Universiti Malaya (UM), hari ini.

Sebaliknya, jangkaan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan mencapai misinya menguasai Putrajaya dan menggantikan BN di pusat meningkat.

Peratusan pengundi yang tidak pasti berhubung soalan yang membawa kepada jangkaan itu - "dengan andaian anda tidak memihak kepada mana-mana parti politik, parti manakah yang anda jangka akan menang di peringkat nasional dalam PRU13 dan menguasai Putrajaya", mengalami penurunan daripada 30 peratus kepada 26 peratus.

Kedudukan itu 26 peratus itu dilihat menggambarkan pendirian pengundi-pengundi atas pagar, yang akan memainkan peranan penting dalam PRU13.

Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (Umcedel) ini menunjukkan hanya 44 peratus mengatakan BN dijangka menang di peringkat nasional berbanding jangkaan 49 peratus Mac lalu. Dalam pada itu, peratusan keyakinan PR akan menang meningkat daripada 21 peratus kepada 30 peratus - satu tahap kenaikan yang besar.

Penemuam ini adalah berdasarkan kajian perbandingan yang dijalankan pada Mac-April dan September 2012. Kajian awal dijalankan antara 31 Mac dan 15 April lalu manakala yang terbaru dari 1 hingga 16 September.

Dalam pada itu, kajian yang sama menunjukkan bahawa bilangan responden yang yakin PR akan mengekalkan kuasa di Selangor meningkat besar daripada 38 peratus pada Mac kepada 50 peratus pada bulan ini.

Bagaimanapun jangkaan bahawa BN akan menang pula merosot daripada 28 peratus kepada 16 peratus. Jangkaan di kalangan responden yang tidak pasti kekal 34 peratus pada Mac dan September.
Senario yang sama ditunjukkan oleh data membabitkan Kedah.

Paras jangkaan PR akan menang di Kedah naik daripada 37 peratus kepada 48 peratus manakala di pihak BN pula menurun daripada 40 peratus kepada 32 peratus. Jangkaan di kalangan responden tidak pasti menurun sedikit daripada 23 peratus kepada 20 peratus.

Selangor, Kedah dan Pulau Pinang dikuasai oleh PR pada Pilihan Raya Umum 2008. Pas memerintah Kelantan sejak 1990.

Kajian Mac-April menggunakan 2,282 responden manakala kajian terbaru membabitkan 1,536 responden.
Daripada 1,526 responden, seramai 1,041 melibatkan orang Melayu, Cina (385) dan India (110).
Dalam kenyataan hasil kajian yang dikeluarkan hari ini, Umcedel berkata, pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur.






sinar harian/-

TERKINI! Muslihat Penjualan Tanah MARDI Oleh Noh "Udang" Terbongkar!

Posted: 25 Sep 2012 09:05 PM PDT

10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



Belum pun reda isu mengenai sarang burung walit dan skandal kolam ternakan udang, nampaknya satu lagi pendedahan berkaitan dengan isu sensitif membabitkan tanah milik kerajaan terbongkar! Terbaru, Kerajaan Selangor mempertikaikan tindakan kerajaan persekutuan yang didakwa mahu menjual tanah tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) di Serdang, Selangor untuk dibangunkan sebagai tapak sebuah universiti swasta.

Pertanian Negeri, Yaakob Sapari mendedahkan, selain harga yang sangat rendah, penjualan tanah milik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) itu memberi keuntungan kepada beberapa kerat individu sahaja.

"Saya mendapat makluman dalam mesyuarat exco kerajaan negeri baru-baru ini bahawa tanah milik MARDI di Serdang sedang dalam usaha rundingan dengan beberapa pihak untuk dijadikan tapak universiti swasta yang berorientasikan keuntungan semata-mata," ujar Dr Yaakob.

Nilai jualan tidak dinyatakan dalam kenyataan medianya hari ini.

Bagaimanapun, media rasmi kerajaan negeri Selangorku melaporkan tanah itu ingin dijual dengan harga hanya RM14.50 sekaki persegi sedangkan harga pasaran sekitar RM80 hingga RM100 sekaki persegi.

Dr Yaakob mendesak Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Noh Omar tidak meneruskan penjualan tanah tersebut kerana tapak MAHA patut kekal sebagai pusat pertanian dan terus digunakan sebagai Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

Sebagai contoh, kata Yaakob, MAEPS yang akan berlangsung antara 23 November hingga 4 Disember depan atas tanah 200 ekar itu dijangka akan menarik kunjungan sehingga tiga juta orang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik itu juga berkata, jika ada pihak swasta yang mahukan tempat itu untuk pembangunan universiti atau hospital, kerajaan negeri bersedia menawarkan tanah lain.

"Ekoran dari itu, kerajaan negeri Selangor menolak permohonan yang dibuat oleh pihak MARDI bagi menukarkan status tanah tersebut dari pertanian kepada perniagaan.

"Diharapkan pihak MARDI membatalkan permohonan jual beli tanah tersebut", kata Dr Yaakob. -jalanpulang
 

Lapan maut dalam kejadian feri karam di Selat Sunda

Posted: 25 Sep 2012 09:02 PM PDT

10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -













 JAKARTA - Sekurang-kurangnya lapan maut apabila feri KMP Bahuga Jaya yang membawa puluhan kenderaan dan lebih 200 penumpang karam, setelah dipercayai berlanggar dengan sebuah kapal lain di perairan Selat Sunda hari ini.

Media tempatan memetik kenyataan penumpang yang terselamat bahawa feri itu tenggelam setelah berlanggar dengan sebuah kapal tangki, namun pihak berkuasa belum mengesahkan mengenai punca kemalangan.

Agensi berita Antara memetik Pengurus Operasi syarikat PT ASDP Indonesia Ferry cawangan Bakauheni, Heru Purwanto sebagai berkata bahawa sehingga kini lapan penumpang dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian pada pukul 4.20 pagi itu.

Feri itu tenggelam kira-kira empat batu dari Pelabuhan Bakauheni, Lampung Selatan ketika dalam perjalanan dari Pelabuhan Merak, Banten menuju Bakauheni.

"Kapal feri itu mengalami robek di bahagian sisinya," kata Heru.

Sementara itu portal berita okezonenews memetik Heru sebagai berkata feri malang berkenaan dipercayai membawa lebih 210 penumpang namun jumlah sebenar belum dapat dipastikan.

Operasi mencari dan menyelamat sedang berjalan dan sehingga kini puluhan penumpang berjaya diselamatkan.- Bernama

PRK: UIA gantung keputusan, mengundi semula

Posted: 25 Sep 2012 09:00 PM PDT

10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Kampus bagi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan diadakan sekali lagi berikutan masalah teknikal dalam sistem pengundian secara elektronik (e-undi) yang dihadapi mereka semalam.

Difahamkan pengiraan undi semalam mendapati jumlah undi yang direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi.

Ekoran masalah itu, UIAM bakal menjadi kampus pertama membuat pengundian dua kali.

Difahamkan juga, pengundian semula akan diadakan secara manual dalam tempoh seminggu untuk mengelak kejadian serupa berulang.

Perkara itu turut disahkan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Datuk Mizan Hitam dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, untuk mendapatkan keputusan pengundian yang adil dan telus, pihaknya akan mencadangkan kepada senat supaya mengadakan satu lagi pilihan raya kampus secara manual.

Sebanyak 31 kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya kampus universiti itu pada tahun ini.

Ianya adalah 18 kerusi bagi kampus Gombak dan 13 kerusi bagi kampus Kuantan.

Tahun lalu kumpulan Pro-Mahasiswa menang 23 daripada 26 kerusi.  

harakahdaily/-

Akhbar Mesir terbit karikatur ‘lawan’ majalah Perancis hina Nabi

Posted: 25 Sep 2012 08:51 PM PDT

10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Akhbar Mesir terbit karikatur 'lawan' majalah Perancis hina Nabi
Satu lagi karikatur dibawa akhbar Al-Watan.
Akhbar Mesir terbit karikatur 'lawan' majalah Perancis hina Nabi
 
Salah satu daripada 13 karikatur dibawa oleh akhbar Mesir, Al-Watan. – Foto ihsan BBC
 
KAHERAH - Akhbar Mesir mula melancarkan kempen membalas karikatur majalah Perancis, Charlie Hebdo yang menghina Nabi Muhammad SAW minggu lalu.

Laporan BBC menyebut Al-Watan menerbitkan 13 karikatur kelmarin di bawah slogan "Lawan karikatur dengan karikatur".

Salah satunya menunjukkan pemandangan Menara Pusat Dagangan Dunia (WTC) terbakar dengan kapsyen berbunyi "Kaca mata Barat bagi dunia Islam".

Majalah Charlie Hebdo menyiarkan karikatur susulan klip video yang dimuat naik menerusi YouTube awal  bulan ini.

Hampir 60 orang dilaporkan terbunuh dalam protes ganas membantah filem Innocence of Muslims dan karikatur majalah itu.

Protes membantah filem itu tercetus di Mesir dan Libya pada 11 September lalu.
Al-Watan dilaporkan memperuntukkan 12 muka surat untuk membalas kandungan dibawa Charlie Hebdo. Karikatur-karikatur dimuatkan dalam dua halaman penuh.

Seksyen itu juga menyertakan artikel ditulis oleh penulis-penulis sekular popular, antaranya Pengarah Penyelidikan Carnegie Middle East Centre, Amr Hamzawi dan Mufti Besar Mesir, Ali Gomaa.

Laporan BBC juga menyebut bahawa pembaca-pembaca Al-Watan, yang kritikal ke atas Presiden Mesir, Mohammed Mursi, memberi reaksi positif dengan memuji idea tersebut.

sinar harian/-

P'raya Kampus: Pro-M kekal kuasai UKM

Posted: 25 Sep 2012 08:47 PM PDT

10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KAJANG: Keputusan pilihan raya kampus bagi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyaksikan kumpulan pro-M yang dikenali sebagai Gerakan Mahasiswa UKM (GMUKM) kekal menguasai kampus itu.

GMUKM menang di 19 kerusi berbanding kumpulan pro-Aspirasi yang hanya menang lapan kerusi.

Calon bebas turut memenangi satu kerusi pada pilihan raya kampus itu kali ini.

GMUKM meletakkan calon mereka di 28 kerusi iaitu sembilan kerusi umum manakala 19 lagi di fakulti.

Kemenangan majoriti itu sekaligus mengekalkan penguasaan Pro-M di kampus itu.

Pada pilihan raya kampus tahun lalu, GMUKM menang 23 kerusi.

harakahdaily/-

Pencuri kereta tumpas

Posted: 25 Sep 2012 08:45 PM PDT

10 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Ketua Balai Polis Sri Kembangan, Inspektor Chai Chee Boon
Ketua Balai Polis Sri Kembangan, Inspektor Chai Chee Boon menunjukkan alatan pecah kereta yang dirampas.
SERDANG – Sindiket curi kenderaan yang baru empat bulan beroperasi ditumpaskan berikutan penahanan isteri kepada seorang ahlinya di Ampang, baru-baru ini.

Wanita berusia 22 tahun itu ditahan ketika memandu sebuah kereta curi jenis Kia Forte, Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kereta yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu dilaporkan hilang dalam kejadian pecah rumah di Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, 17 Julai lalu.

Beliau berkata, polis kemudiannya menyerbu beberapa buah rumah dan menahan empat lelaki termasuk suami suspek berusia 27 tahun.

Katanya, dalam serbuan itu, polis merampas sembilan lagi kereta antaranya jenis Mitsubishi, BMW, Proton Waja dan Wira, bernilai hampir RM600,000.

Tun Hisan berkata, semua kereta itu dilaporkan curi di Kuala Lumpur dan Selangor, empat bulan lalu serta menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Suami wanita itu memiliki 16 rekod jenayah lampau termasuk dikehendaki polis dalam beberapa kes.

"Kita juga sedang menyiasat peranan wanita tersebut dalam kegiatan ini," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan sijil penghargaan daripada SOS Community Asistance Programme kepada pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, semalam.

Tun Hisan berkata, dua daripada suspek bekerja dan mempunyai kepakaran dalam membaik pulih kenderaan.

"Kita percaya ada kereta curi yang sudah dijual dan ada juga yang digunakan oleh ahli sindiket," katanya.

Beliau berkata, suspek berusia antara 22 dan 41 tahun itu ditahan reman sehingga Jumaat ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor.

sinar harian/-
 

Tiada ulasan:

Nuffnang