Jumaat, 21 September 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Awek hamil ditinggal kekasih, diusir keluarga

Posted: 21 Sep 2012 01:52 AM PDT

Awek hamil ditinggal kekasih, diusir keluarga5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Mimi bersama seorang rakan selepas ditemubual.
 KULIM - Kerana ditipu kekasih, seorang remaja berusia 16 tahun kini terpaksa menanggung masalah dihadapi sendirian setelah doktor mengesahkannya hamil.

Lebih mengecewakan, kekasihnya berusia 17 tahun yang sebelum ini berjanji akan menikahinya bersikap lepas tangan dan menuduh anak dalam kandungannya itu milik orang lain.

Dia, yang hanya ingin dikenali sebagai Mimi berkata, kejadian berlaku di rumah teman lelakinya apabila kedua-dua mereka bertindak ponteng sekolah.

Katanya, memandangkan tidak ada wang dan tempat untuk pergi, teman lelakinya mempelawa balik ke rumahnya untuk berehat sehingga tamat waktu sekolah.

"Pada mulanya saya memang takut untuk melakukan hubungan seks dengan kekasih saya itu. Saya bimbang sekiranya mengandung, namun termakan dengan pujuk rayunya, saya bersetuju untuk melakukan perbuatan sumbang itu bersamanya.

"Sebagai pelajar sekolah, saya masih tidak tahu apa-apa tentang hamil, walaupun saya sudah tidak datang haid selama empat bulan. Sehinggalah pada bulan kelima, saya rasa seperti ada sesuatu bergerak dalam perut.

"Saya kemudiannya pergi ke klinik untuk menjalani ujian air kencing dan doktor mengesahkan saya hamil. Saya cuba hubungi kekasih saya itu tetapi dia sudah menukar nombor telefon," katanya.

Memandangkan keadaan perutnya yang semakin membesar, Mimi kemudiannya memaklumkan kejadian yang berlaku kepada keluarganya.

Malangnya, keluarga mengusirnya keluar dari rumah kerana rasa terhina dengan perlakuannya. Mimi kemudiannya pergi berjumpa seorang rakan dan menceritakan masalah dialaminya. Kerana simpati, rakannya itu membenarkan Mimi tinggal di rumah sewanya sehinggalah dia bersalin.

"Ketika dalam pantang, saya didatangi sepasang suami isteri yang tidak mempunyai anak. Mereka meminta kebenaran untuk menjaga anak saya. Saya tidak ada pilihan lain selain menyerahkan bayi perempuan saya kepada mereka.

"Saya tidak berniat untuk menjualnya, tetapi kerana ketiadaan wang, saya terpaksa meminta RM1,500 daripada pasangan itu," katanya.

Katanya, kerana cinta dia hilang keluarga, anak dan sekolah dan berharap golongan remaja lain menjadikan apa yang berlaku kepadanya sebagai iktibar.

"Kerana terlalu sayang seorang lelaki yang masih mentah dan terlalu taksub pada cinta, akhirnya saya tinggal berseorangan. Ingatlah usia muda hanya datang sekali dan jangan kita sia-siakannya," katanya.

sinar harian/-

Bantah saja tidak cukup, boikot produk Yahudi

Posted: 21 Sep 2012 01:49 AM PDT


5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -




(Tuan Guru Nik Aziz antara peserta demo)

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa umat Islam memboikot produk Yahudi sebagai tindak balas terhadap penghinaan mereka kepada Rasulullah SAW.

Katanya, mengadakan demonstrasi bantahan terhadap perbuatan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW adalah tidak cukup sebaliknya barang-barang keluaran Yahudi seperti makanan, pakaian dan kenderaan perlu diboikot.

Justeru, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan meminta pihak berkenaan supaya menyenaraikan barang-barang yang perlu diboikot itu.

(Gambar: TG Nik Aziz membakar replika cakera padat flilem yang menghina Nabi)

"Ini puak-puak duit, kalau stop duit, menengung (termenung) mereka," ujarnya ketika berucap pada demonstrasi aman membantah filem "Innocence of Muslims" yang diadakan di Medan Ilmu di sini selepas menyampaikan kuliah sebentar tadi.

Beliau berkata, mengadakan demonstrasi aman sebagai membantah penghinaan kepada Rasulullah SAW itu adalah kerja Islam.

Ini, jelasnya kerana Islam menyuruh kepada perkara yang makruf dan menentang kemungkaran.

Kemuncak kepada demonstrasi itu ialah membakar replika cakera padat filem itu pada jam 10.45 pagi yang diiringi dengan laungan 'Hidup Islam, Sayang Rasul, Hancur Yahudi, Laknat Musuh, Laknat Amerika'.

Turut berucap ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zalilah Mohd Yusoff, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Ustaz Hassan Mahmod dan Ketua AMK Kelantan, Azehan.

Filem "Innocence of Muslims" yang diarahkan oleh Sam Becile, seorang pengarah filem keturunan Yahudi Israel Amerika telah membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia kerana menghina Rasulullah SAW.

harakahdaily/-

Maut langgar forklift

Posted: 21 Sep 2012 01:48 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHARU: Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar sebuah 'forklift' (jentera angkat susun) dalam kemalangan di Jalan Merbau 2, Bandar Putra, dekat Kulaijaya, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya berkata kejadian berlaku pukul 11.30 malam dan menyebabkan Mohd Ridzuan Abdullah, 21, yang beralamat di Kampung Separa, Kulaijaya meninggal dunia di tempat kejadian.

"Motosikal yang ditunggang Mohd Ridzuan telah melanggar bahagian hadapan besi sisi kiri forklift terbabit semasa kenderaan itu sedang menurunkan barang dari sebuah lori," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zulkefly berkata pemandu jentera dan lori terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

metro/-

70 bomoh tidak berkesan

Posted: 21 Sep 2012 01:45 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



KOTA BHARU - Meskipun sudah menggunakan khidmat 70 orang bomoh dan ribuan ringgit dihabiskan untuk membayar upah mereka, api misteri tetap mengganggu keluarga Zainab Sulaiman di Kampung Penambang Bunga Emas di sini.

Lebih mengejutkan, tidak sampai seminggu api misteri itu mengganggu keluarga itu baru-baru ini, semalam gangguan itu datang lagi ketika Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengunjungi rumah berkenaan bersama isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Menteri Besar Kelantan itu mengunjungi rumah tersebut dengan tujuan untuk mengadakan solat hajat dan membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi memohon Allah supaya menjauhkan keluarga itu daripada api misteri itu.

Malangnya kata Zainab, 75, api berkenaan muncul di dalam sebuah bilik di bahagian belakang rumah ketika Nik Abdul Aziz sedang mengadakan solat hajat di ruang tamu rumah mereka. 

Bagaimanapun dalam kejadian kali ini, api tersebut tidak membakar sebarang benda atau peralatan di rumah itu sebaliknya hilang begitu sahaja.

Zainab tetap gembira menerima kunjungan Menteri Besar yang sudi membantu menyelesaikan masalahnya sekeluarga.

"Sudah 70 orang bomoh saya guna untuk hapuskan gangguan ini, duit pula sudah habis ribuan ringgit kami sudah hilang punca untuk menyelesaikannya," ceritanya ketika dihubungi di sini semalam.

Episod serangan api misteri membabitkan sebuah keluarga tersebut bagaikan tiada penghujungnya selepas kali pertama berlaku tiga tahun lalu.

Sepanjang tempoh tersebut, Zainab yang tinggal bersama menantunya, Rafeah Zakaria, 40, dan tiga cucunya, Wan Mohd. Faiz Wan Hanafi, 15, Wan Norfatihah, 14, dan Wan Nurfatini, 12, terus dihantui keresahan kerana serangan tersebut tidak pernah berhenti.

Sepanjang Aidilfitri lalu, keluarga tersebut terpaksa bersengkang mata apabila api misteri berkenaan kembali mengganas dengan serangan antara empat hingga enam kali sehari membakar pelbagai peralatan rumah termasuk pakaian.

sinar harian/-

‘Hilang nikmat tidur telentang’

Posted: 21 Sep 2012 01:42 AM PDT

PRIHATIN...Adnan Salleh melihat ketumbuhan di belakang badan Adnan Teh ketika mengunjungi rumah warga emas itu di Kampung Ladang Sahat, Kuala Terengganu.

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

PRIHATIN...Adnan Salleh melihat ketumbuhan di belakang badan Adnan Teh ketika mengunjungi rumah warga emas itu di Kampung Ladang Sahat, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU: "Sudah tujuh tahun saya hilang nikmat tidur telentang," kata Adnan Teh, 71, yang mempunyai ketumbuhan di belakang badan ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ladang Sahat, di sini, kelmarin.

Menurutnya, ketumbuhan itu mula dikesan pada 2005 dan semakin membesar menyebabkannya hanya boleh tidur mengiring setiap hari.

Katanya, ketumbuhan itu menyukarkannya memakai baju berikutan benjol yang bersaiz agak besar.
"Walaupun ketumbuhan itu besar, namun tidak menyakitkan menyebabkan saya tidak mendapatkan rawatan segera," katanya.

Katanya, buat masa ini dia belum merancang melakukan pembedahan membuang ketumbuhan itu walaupun ia semakin membesar.

"Namun, jika ada pihak sudi membantu dari segi kos rawatan, saya tiada masalah," katanya.
Adnan yang tidak bekerja berkata, kebanyakan masanya dihabiskan di rumah kecuali waktu pagi apabila ke pasar membeli lauk-pauk.

"Saya tinggal bersendirian berikutan tidak pernah berumah tangga dan hanya bergantung harap kepada saudara terdekat selain bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM200 sebulan," katanya.
Penderitaan warga emas itu mendapat perhatian Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu yang menghulurkan zakat RM1,000 disampaikan wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Kampung Ladang Sahat di rumahnya, kelmarin.

"Saya bersyukur kerana menerima bantuan zakat ini yang dapat meringankan beban menguruskan perbelanjaan harian," katanya.

Pengerusi JKK Kampung Ladang Sahat, Adnan Salleh berkata, pihaknya akan memohon dana daripada Tabung Penyakit Kronik negeri bagi membantu warga emas terbabit membuang ketumbuhan berkenaan.

metro/-

Ubi kayu rebus dengan ikan tamban kiat

Posted: 21 Sep 2012 01:38 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



Hidangan ubikayu bercampur kelapa parut berlaukkan ikan tamban 'kiat' dan gelama masin mungkin bagi yang agak berusia merupakan menu yang cukup lazat tetapi bagi golongan muda belum tentu dianggap resepi yang baik bahkan pasti ada yang mengatakan ia adalah makanan ketinggalan zaman.

(Ubi rebus dengan kelapa)

Ketika saya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Datuk Saleh Man menyertai program penutupan Sambutan Kemerdekaan Yang Ke 55 Madrasah Khairiah Islamiah Pokok Sena yang diasaskan oleh Tuan Guru Haji Husein ayahanda kepada Ahli Parlimen PAS yang pertama iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husain yang menang di Krian, Perak.

Bila kami memasuki ruang makan untuk menikmati jamuan ringan sebelum majlis dimulakan dengan ucapan  Pengetuanya, Ustaz Khairol Anuar Musa dan Datuk Saleh yang diiringi oleh pegawai dari Pusat Urus Zakat (PUZ) untuk menyampaikan sebuah komputer riba dan projektor, kami terkejut bila semua hidanganya adalah hidangan di era zaman Jepun.

Menurut kata pengetuanya, mereka sengaja buat begitu untuk memberikan pengajaran serta pendedahan kepada anak-anak murid bahawa betapa sengsaranya orang Melayu dahulunya semasa di bawah pemerintahan negara matahari terbit itu.

Orang Melayu hanya makan ubi kayu kerana bahan itu mudah diperolehi, maklumlah di kampung pokok itu tumbuh merata di kawasan hutan atau dipinggir halaman rumah.

Puhh.... Sedapnya tidak terhingga...itulah barangkali ucapan yang keluar dari mulut sesiapa yang memakannya.

Saya mendapati Datuk Saleh dan para ustaz yang sebayanya bukan main lagi 'pulun' menikmati hidangan yang jarang dibuat sebagai menu mana-mana gerai makan mahupun restoran.

Jika ada gerai atau restoran yang berani menjadikan ubikayu belaukan ikan tamban kiat atau gelama masin pasti ada yang teruja untuk merasaikan keenakan makanan di era pemerintahan Jepun itu.


(Datuk Salleh Man melihat ubi kayu kelapa dengan lauk ikan tamban 'kiat' di majlis penutup sambutan kemerdekaan negara di Madrasah Khairiah Islamiah Pokok Sena, Pulau Pinang )

Sepanjang berada di majlis tersebut saya asyik teringatkan makanan itu sehinggakan sekembali ke rumah saya lantas menyuruh isteri tersayang menyediakan hidangan tersebut bagi juadah sarapan pagi keesokanya tapi apakah daya ubi kayu walaupun ia dipandang rendah oleh sesetengah individu ekoran hidangan zaman lampau tiada bekalan  termasuk tamban kiat untuk digoreng.

Sampai hari ini saya masih mengidamkan makanan itu dan sedang mencari di manakah ubi kayu untuk dibeli sebab di pasar malam pun ianya sukar didapati mungkin harganya sudah mahal tidak macam dulu dicabut dan dicampak begitu sahaja tanpa ada sesiapa yang teringin mengambilnya.

Itulah kesan bila merasai makanan yang jarang dibuat orang khususnya bagi masyarakat yang sudah mengecapi kemajuan.  Namun, makanan tersebut tidak menjadi masalah bagi masyarakat di luar bandar seperti Negeri Kedah.

Saya rasa tindakan Madrasah Khariah Islamiah, Pokok Sena laksanakan menu yang kena pada tempatnya kerana golongan muda harus dibiasakan untuk merasai apa yang orang tua-tua dahulu rasai kerana kemajuan tidak akan dikecapi tanpa merasai terlebih dahulu erti sengsara.

harakahdaily/-

‘Saya jaga dia sampai bila-bila’

Posted: 21 Sep 2012 01:37 AM PDT

KASIH...Abdul Hamid menjaga isterinya di rumah mereka di Pantai Permai, Kerinchi.


5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: "Pernah satu ketika, saya hilang arah dan tak tahu nak buat apa. Buntu memikirkan anak-anak dengan keadaan isteri yang kritikal, saya pula dibuang kerja, namun saya kuatkan semangat menghadapi ujian ini.
"Alhamdulillah, saya berjaya laluinya dan isteri semakin sihat. Insya-Allah, saya akan jaga dia sampai bila-bila," kata Abdul Hamid Alias, pemandu teksi yang menjaga isterinya selepas disahkan menghidap kanser tulang tahap empat sejak dua tahun lalu.
Katanya, kasih sayang yang kuat terhadap Zurida Yusuff, 44, sedikit pun tidak pernah pudar biarpun rutin harian hidupnya berubah sama sekali apabila terpaksa mengambil alih semua tanggungjawab menjaga anak, memasak, mengemas rumah termasuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada isterinya itu, setiap hari.

Menurutnya, pengesahan doktor mengenai keadaan kesihatan isterinya pada 2010 begitu memberi kesan kepada hidupnya sehingga diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan kerana terlalu kerap mengambil cuti menjaga insan tersayang.

metro/-




Selatan Sumatera digegar gempa bumi sederhana

Posted: 21 Sep 2012 01:34 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter menggegarkan selatan Sumatera, Indonesia awal hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini, gempa berlaku pukul 4.47 pagi dan berpusat di 141km dari barat laut Siberut, Indonesia dan 458km barat daya Port Dickson, Negeri Sembilan.
Tidak ada ancaman tsunami dilaporkan. – BERNAMA


Royalti: NGO R akan berkonvoi ke Putrajaya

Posted: 21 Sep 2012 01:31 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan, (Royalti) akan menganjurkan konvoi mega R ke Putrajaya.

Ianya adalah bersempena berlangsungnya perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan Royalti Petroleum jam 9 pagi di Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman Putrajaya pada 3 Oktober ini.

Mengikut jadual, konvoi itu akan bermula sehari awal iaitu pada 2 Oktober dari beberapa tempat dari seluruh negara sebelum bersama menuju ke Putrajaya pada pagi 3 Oktober.

Konvoi yang datang dari beberapa tempat itu dijangka akan bergabung di Dataran Kemerdekaan  Shah Alam pada malam 2 Oktober itu sempena majlis solat hajat royalti yang akan dihadiri kepimpinan Pakatan Rakyat dan pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Satu majlis ceramah royalti juga akan diadakan selepas solat Isyak yang akan menampilkan Tuan Guru Nik Aziz, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa, Pengerusi NGO R, Nazri Deraman serta pimpinan Pakatan Rakyat Selangor, Sabah dan Sarawak.

Pada keesokannya pula, semua kepimpinan kerajaan negeri Kelantan akan hadir ke Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman Putrajaya bersama pasukan konvoi R.

Pada masa sama, NGO R juga akan menyerahkan 150,000 tanda tangan rakyat Kelantan yang menyokong tuntutan royalti kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Jabatan Perdana Menteri.

Perbicaraan pada 3 Oktober ini adalah bagi mendengar permohonan Kerajaan Negeri Kelantan untuk mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan berkenaan dengan 3 perkara:

i. Pendengaran permohonan untuk merayu terhadap keputusan yang menolak permohonan oleh Kerajaan Kelantan untuk mendapatkan penzahiran dokumen.

ii. Pendengaran permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan yang membenarkan permohonan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menentukan kes melalui isu undang-undang Aturan 14A dan bukan melalui perbicaraan (hanya hujah guaman tanpa saksi)

iii. Pendengaran permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan yang membenarkan permohonan oleh Petronas untuk menentukan kes melalui isu undang-undang Aturan 14A dan bukan melalui perbicaraan (hanya hujah guaman tanpa saksi).

harakAHDAILY/-

Budak jalanan terima hadiah RM400,000

Posted: 21 Sep 2012 01:23 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -




THE HAGUE  - Keperitan hidup seorang remaja lelaki yang 13 tahun yang hidup gelandangan di Filipina tetapi pada masa sama dia turut sama membantu insan lain sepertinya telah diiktiraf di peringkat antarabangsa, kelmarin.

Cris Valdez berjaya menewaskan dua finalis selepas pihak juri menilai kesungguhannya terlibat dengan kerja kebajikan di Cavite City terletak kira-kira 30 kilometer di selatan Manila.

Valdez menerima Hadiah Keamanan Kanak-kanak dalam bentuk wang tunai 100,000 euro (RM400,000) yang disampaikan oleh penerima Hadiah Nobel Keamanan, Desmond Tutu dalam satu majlis gemilang di The Hague. - AFP  

Umat Islam Kota Bharu mulakan bantahan

Posted: 21 Sep 2012 01:19 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

(Tuan Guru Nik Aziz membakar replika CD filem pendek yang menghina Nabi Muhamad saw)

KOTA BHARU: Beribu-ribu Umat Islam di Kota Bharu Kelantan memulakan demo menyatakan bantahan terhadap filem menghina Nabi Muhamad saw dengan membakar replika CD filem jahat itu.

Upacara pembakaran tanda bantahan itu disempurnakan sendiri oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka menyatakan bantahan terhadap pihak yang menerbitkan filem pendek "Innocent of Muslim' itu yang menghina pemimpin umat Islam, Nabi Muhamad saw.

Hampir kesemua yang hadir memakai 'headband' khas berwarna pink yang bertulis 'We Love Muhamad' dalam tulisan jawi dan rumi serta simbul cinta.

Bantahan ini dikira sebagai permulaan sebelum demo yang akan diadakan di perkarangan kedutaan Amerika di Jalan Ampang selepas solat Jumaat nanti.

Bantahan  yang sama juga diadakan di seluruh negara dan di beberapa masjid di Kelantan, Perak dan Johor.

Minggu lalu, Presiden PAS memimpin himpunan di Masjid Rusila, Marang.

Berikut adalah gambar-gambar di Kota Bharu pagi ini.

(Orang ramai melihat replika CD filem pendek hina Nabi dibakar)

(Ketua Muslimat, Siti Zailah berucap membantah filem itu)

(Antara Muslimat yang hadir dengan memakai 'headband' 'Kami sayang Muhamad')

harakahdaily/-

Muslimat sokong Presiden PAS saman Mashitah

Posted: 21 Sep 2012 01:08 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

 KUALA LUMPUR: Muslimat PAS menyokong tindakan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang telah mengambil keputusan untuk menyaman Datuk Dr Mashitah Ibrahim ekoran fitnahnya dalam sebuah artikel ke atas Presiden PAS itu.

Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi (gambar) berkata, tindakan ini wajar untuk membersihkan nama Presiden dan yang paling penting adalah sebagai satu pengajaran, ingatan dan amaran kepada Mashitah khususnya dan penulis-penulis artikel berunsur fitnah yang lain.

"Politik baru Malaysia tidak memerlukan orang seperti ini. Politik baru Malaysia mesti dibangunkan dengan akhlak mulia, saling hormat miskipun berbeda," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

Tambahnya, ide membangunkan rakyat serta negara ke arah sebuah tadbir urus kehidupan yang memenuhi atau sekurang-kurangnya menghampiri 'baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur'.

Tegasnya, tindakan memfitnah yang dilakukan oleh Mashitah adalah memalukan kaum wanita dan sangat memalukan kelompok ilmuan Islam.

Katanya, Mashitah dinasihatkan agar bermuhasabah diri dan jangan menjadikan kepentingan politik dirinya membutakan hati dan minda.

"Hargailah ilmu yang telahpun dianugerahi Allah untuknya  dan segeralah kembali kepada ketakwaan yang benar," ujarnya.

Bagaimanapun, katanya semua manusia melakukan kesilapan tetapi yang paling penting selepas itu dia sedar kemudian memohon maaf kepada orang yang difitnah seterusnya memohon ampun kepada Allah sebelum berdepan dengan hari pembalasan.

"Mashitah adalah orang yang baik tetapi jalan politik yang dipilihnya telah menjadikan dia menjauhi kebenaran," tambahnya.

Semalam Tuan Guru Abdul Hadi memfailkan saman terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berhubung tulisannya yang didakwa mengandungi unsur fitnah.

Saman tersebut telah difailkan Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam melalui firma guaman Mazwan dan Nasar.

Abdul Hadi menamakan Mashitah sebagai defendan pertama dan akhbar Sinar Harian sebagai defendan kedua.

Sebelum ini pihaknya sudah meminta Mashitah dan Sinar Harian membuat permohonan maaf secara terbuka, tetapi mereka gagal berbuat demikian.

harakahdaily/-

Penduduk Green Cow mohon AG gugur pertuduhan

Posted: 21 Sep 2012 01:07 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

PUTRAJAYA:  Gabungan Penduduk Green Cow Cameron Highlands memohon Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail mengugurkan rayuan dan tuduhan ke atas mereka dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dilihat berunsur 'mala fide'.

Menurut penduduk berkenaan, pihak peguam negara harus berpihak kepada kehendak rakyat tetapi setelah melihat pendakwaan oleh pihak timbalan pendakwaraya seolah memberikan laluan kepada pemaju untuk terus menjalankan aktiviti tanpa menghindar keselamatan penduduk.

Tuduhan pertama melibatkan dua orang penduduk Green Cow yang didakwa di bawah seksyen 341KK kerana menghalang lori pemaju.

Manakala tuduhan kedua melibatkan seorang aktivis PSM dan dua penduduk Green Cow sebelum ini dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Cameron kerana tiada kes bagaimanapun pendakwaraya membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Temerloh. Kes ini akan disebut semula pada 2 Oktober ini.

Mewakili rombongan menyerahkan memorandum kepada Peguam Negara di sini Suresh Kumar berkata, mereka bertindak menghalang pemaju kerana nyawa penduduk Green Cow terancam dengan kerja-kerja pemaju.

Malah beliau percaya, polis Cameron Highland dari awal lagi berpihak kepada pemaju dan ingin membalas dendam kerana kalah dalam kes pertama.

Buktinya, kata beliau, polis menahan penduduk dan aktivis PSM di atas tanah milik persendirian tanpa perintah mahkamah pada 13 Oktober 2011.

Malah tambahnya, polis tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas pemaju walaupun penduduk ada membuat banyak laporan polis, selain tidak mengambil sebarang tindakan ke atas pemaju yang menggunakan gangster dan pistol untuk pecah kandang kambing penduduk.

Beliau menyifatkan dakwaan ini 'mala fide' apabila pihak berkuasa menggunakan seksyen 341KK yang mana ia digunakan untuk salahlaku mengurung atau menghalang seseorang, malangnya dalam kes ini polis Cameron Highlands mentafsirkan seksyen ke atas mereka yang cuma menghalang pemaju bekerja.

Suresh turut mempersoalkan, mengapa pihak polis hendak mengklasifikasikan kes ini sebagai jenayah walhal pihak pemaju sudah pun mengambil kes sivil di mahkamah?

"Apakah niat untuk mendakwa mereka dalam tuduhan jenayah apabila isu-isu cukup jelas ia adalah isu kes sivil?" katanya yang turut ditemani Setiausaha Agung PSM S.Arutchelavan.

Memorandum tersebut diserahkan kepada wakil Peguam Negara, iaitu Pegawai Perhubungan Awam Nasrudin Mahmud.

Sebelum ini, Majistret Cameron Highlands Nik Habri Muhamad telah membebaskan kesemua tiga orang pada 30 Julai 2012 kerana ada isu keselamatan rumah penduduk Green Cow, pemandu jentolak tiada lesen memandu jentolak dan permit menolak tanah pemaju meragukan.

Bukan itu sahaja, baru-baru ini Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Shaani Abdullah dalam lawatannya ke kawasan berkenaan pada 16 September 2012 mendapati isu keselamatan penduduk adalah sahih.

Green Cow adalah kawasan berbukit yang terletak di persimpangan jalan Sungai Palas, ia termasuk di dalam kawasan Kea Farm, Cameron Highlands.

Majlis Daerah Cameron Highlands telah meluluskan projek membina enam blok kedai pejabat empat tingkat berjumlah 65 unit dan 256 unit tempat letak kereta dengan nilai projek RM20 juta.

Dengan pembinaan struktur besar ini, rumah penduduk Green Cow yang terletak di bawah kaki bukit terdedah kepada batu dan tanah runtuh, ianya mengancam nyawa penduduk dan pengguna jalan raya.

harakahdaily/-

Kualiti Udara Di Seluruh Negara Bertambah Baik - JAS

Posted: 21 Sep 2012 01:06 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Status kualiti udara di seluruh negara pada Jumaat secara amnya bertambah baik berbanding Khamis setelah beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung dilanda hujan.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataan berkata bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan pada 7 pagi tadi menunjukkan 28 stesen berada pada tahap baik dan baki 24 lagi pada tahap sederhana.

Bagaimanapun, keadaan kualiti udara masih belum stabil kerana bilangan titik panas di Sumatera pada Khamis masih tinggi iaitu sebanyak 155 dan asap pembakaran itu akan dibawa angin barat daya menghala ke arah Pantai Barat Semenanjung Malaysia, kata kenyataan itu.

Keadaan itu dijangka berterusan hingga Oktober susulan cuaca panas kering sekarang.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta melaporkan kejadian sedemikian kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727. - BERNAMA

Umno yang ajar bukan Islam hina Islam

Posted: 21 Sep 2012 12:56 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

 KUALA LUMPUR: Kalau pemimpin Umno tidak ajar orang lain menghina Islam, bangsa lain tidak berani melakukannya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Utusan Malaysia dan RTM tanya saya mengenai kenyataan (Pengerusi DAP Perak, Datuk) Ngeh (Koo Ham) yang saya akui langsung tidak peka kepada sensitiviti umat Islam.

"Saya beritahu mereka, tindakan Ngeh yang lansung tidak peka kepada sensitiviti umat Islam itu sama dengan pemimpin Umno yang menghina Islam. Antaranya, (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dahulu. Beliau juga pernah hina orang Islam dan Islam. Koo Ham pun sama dengan pemimpin Umno.

"Dr Mahathir berjaya didik Koo Ham," beliau memberitahu kenyataannya kepada Utusan.

Ngeh Koo Ham baru-baru ini menarik balik kenyataannya dan meminta maaf kepada umat Islam atas kenyataan silapnya itu.

Menurut Mahfuz, media-media pro-Umno Barisan Nasional (BN) itu tidak memberikan sebarang contoh penghinaan para pemimpin Umno terhadap Islam.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengecam orang-orang Umno yang hanya pandai memarahi satu pihak sahaja.

"Pemimpin-pemimpin Umno dan MCA hina Islam mengapa tidak marah?

"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sangat terkenal dengan kenyataannya yang mendakwa negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan, mengapa Umno tidak bantah?" Mahfuz mempersoalkan.

Malah, katanya, Najib disiarkan oleh media sebagai mendakwa "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu".

Mahfuz juga bertanya, adakah orang-orang Umno lupa ucapan Dr Mahathir yang disepakati majoriti rakyat sebagai penghinaan kepada Nabi Muhammad?

Dalam ucapannya yang masyhur dan atas sifat sebagai Presiden Umno itu, Dr Mahathir berkata: Dalam ucapannya pada Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan 1997, Dr Mahathir berkata: "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa).

"Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu".

Mahfuz juga mempersoalkan mengapa orang-orang Umno diam membisu terhadap pelbagai ucapan lain para pemimpin yang menghina Islam seperti dakwaan kononnya Saidina Hamzah tidak dimandikan semasa terbunuh di dalam peperangan Uhud kerana di padang pasir tidak ada air, orang perempuan Arab memakai tudung kerana di zaman Nabi orang Arab kuat nafsunya dan berbagai lagi ucapan yang mempersenda Islam yang diucapkan oleh mereka.

"Kita tidak larang mereka nak bantah ucapan Ngeh. Tetapi kenapa diam membisu terhadap ucapan para pemimpin Umno dan MCA yang lebih teruk dari ucapan Ngeh?" beliau mempertikaikan.

Beliau mengulangi penegasan bahawa ucapan-ucapan para pemimpin Umno yang menghina Islam itu serta sikap membisu orang-orang Umno terhadap penghinaan-penghinaan itu hakikatnya adalah galakan kepada penganut agama lain di negara ini untuk menghina Islam.

harakahdaily/-








Pelajar dan Ulama Iran bantah kartun hina Nabi

Posted: 21 Sep 2012 12:47 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

TEHRAN: Ratusan pelajar dan ulama Iran telah berkumpul di luar kedutaan Perancis di Tehran untuk memprotes penyiaran karikatur Nabi Muhammad oleh akhbar mingguan Perancis yang berbentuk satira.

Penunjuk perasaan melaungkan "Matilah Perancis" dan "Jatuh bersama Amerika Syarikat" serta membakar bendera Amerika Syarikat dan Israel Khamis lalu, dalam demonstrasi yang berlangsung selama dua jam.

Di Paris, sebuah organisasi yang kurang dikenali, Syrian Freedom Association (Persatuan Kebebasan Syria) telah memfailkan tuntutan mahkamah mengatakan penerbitan kartun tersebut menyindir secara terbuka dan menimbulkan diskriminasi, kebencian atau keganasan etnik, kaum atau agama.

Kes itu sedang dipertimbangkan oleh mahkamah di ibu kota Perancis.

Wartawan Al Jazeera, Jacky Rowland yang melaporkan dari Paris berkata, "Pihak berkuasa meminta kepada sesiapa yang merasakan hak mereka telah dicabuli, maka mahkamah adalah tempat yang sesuai" untuk meluahkan kebimbangan mereka.

Kerajaan telah mengharamkan demonstrasi yang dirancang untuk diadakan Sabtu ini di Paris.

Perancis mengumumkan akan menutup buat sementara waktu kedutaan dan sekolah-sekolah di 20 buah negara Jumaat ini selepas Charlie Hebdo menerbitkan kartun yang menghina Nabi.

Pada Rabu lalu, Perancis meningkatkan tahap keselamatan dan merayu untuk bertenang selepas Charlie Hendo menerbitkan kartun tersebut.

harakahdaily/-


Syria rancang alih senjata kimia

Posted: 21 Sep 2012 12:44 AM PDT

Syria rancang alih senjata kimia5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

 

Rejim Assad bersama kumpulan saintis menguji senjata kimia itu di kawasan gurun Diraiham berhampiran kampung Khanasir pada akhir bulan lalu.
LONDON - Bekas jeneral Syria yang berpaling tadah, Adnan Sillu mendedahkan Presiden Bashar al-Assad ada merancang untuk memindahkan senjata kimia kepada Hizbullah menerusi wawancara bersama Times of London.

Selain itu, Sillu juga membongkar rancangan kerajaan untuk menggunakan senjata kimia itu ke atas penduduk Syria.

"Kami pernah mengadakan perbincangan serius berhubung penggunaan senjata itu sebagai jalan terakhir jika rejim hilang kawalan di kawasan penting seperti Aleppo," katanya.

Awal minggu ini, akhbar mingguan Der Spiegel di Jerman turut melaporkan Syria telah mula menguji sistem senjata kimia itu di kawasan gurun Diraiham pada akhir bulan lalu.

Menurut laporan tersebut lagi, Assad turut menggunakan kepakaran saintis dari Iran dan Korea Utara untuk melakukan kajian di pusat penyelidikan al-Safir, di mana didakwa sebagai tapak ujian terbesar bagi senjata kimia atau gas beracun itu.  - Times

Ribuan berarak ke kedutaan AS bantah filem anti-Islam

Posted: 21 Sep 2012 12:43 AM PDT

NONE5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Kira-kira 5,000 umat Islam berhimpun di Masjid Tabung Haji sebelum berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi mengecam filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Demonstrasi Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW anjuran Pemuda PAS diketuai Naib Presiden PAS Salahudin Ayub.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hasan, barisan exco Pemuda, Angkatan Muda PKR (AMK) dan wakil-wakil NGO yang turut sama-sama memberi sokongan mengutuk penyiaran filem tersebut.

Perarakan tersebut dikawal Unit Amal PAS turut membuat rantai manusia - yang bergerak di hadapan peserta perhimpunan.
 
malaysiakini/-

3 serangan dendam

Posted: 21 Sep 2012 12:39 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

TAMPIN: Tiga lelaki dipercayai bekas tahanan Ordinan Darurat melakukan tiga serangan 'ala Mafia' dipercayai bermotifkan dendam lama di sekitar bandar ini kelmarin, menyebabkan seorang lelaki terbunuh, seorang parah ditetak, manakala dua remaja lelaki berusia 16 tahun cedera.

Dalam insiden pertama jam 10.30 malam, ketiga-tiga suspek bersama lebih 15 rakan mereka yang bermotosikal menyerang dua remaja berusia 16 tahun di sebuah kedai mencuci kenderaan di Repah, di sini, menyebabkan kedua-dua mangsa cedera.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, insiden itu berlarutan apabila pada jam 11.30 malam, tiga suspek sama menyerang mangsa kedua, M Sivabalan, 42, di rumahnya di Taman Bukit Tampin, di sini.

Katanya, dua daripada suspek menetak kepala, bahu dan tangan Sivabalan menggunakan parang di depan anak dan isterinya sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Tampin (HT), namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

metro/-

Askar Britain lahirkan anak di medan perang

Posted: 21 Sep 2012 12:38 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

LONDON - Seorang anggota tentera Britain melahirkan anak lelaki semasa berkhidmat di sebuah kem tentera tempat Putera Harry ditempatkan di Afghanistan.

Kelahiran di zon perang itu dipercayai kes pertama seumpamanya dalam sejarah tentera Britain.
Askar wanita berkenaan yang merupakan seorang pengendali meriam, melahirkan bayinya pada Selasa lalu di Kem Bastion.

Terletak dalam wilayah Helmand, kem tersebut merupakan pangkalan utama tentera Britain di selatan Afghanistan.

Pangkalan itu diserang hebat oleh kumpulan Taliban pada minggu lalu dengan menyebabkan dua askar Marin Amerika Syarikat (AS) terbunuh manakala enam pesawat pejuang AS turut musnah.
Mengulas kelahiran mengejut itu, Kementerian Pertahanan Britain (MOD) dalam satu kenyataan semalam menyatakan ia tidak menyedari askar tersebut sedang mengandung.

Kenyataan MOD menegaskan bahawa pihaknya tidak akan membenarkan askar wanita dikerahkan ke medan perang sekiranya mereka hamil.

Kenyataan sama enggan mendedahkan sama ada askar tersebut yang tidak didedahkan identitinya menyedari tentang kehamilannya.

"Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan baik di hospital tersebut dengan mereka kini diberikan rawatan terbaik," kata kementerian berkenaan.

Menurut kementerian itu lagi, sepasukan doktor akan diterbangkan ke Afghanistan dalam tempoh beberapa hari lagi bagi membantu askar terbabit dan bayinya pulang ke Britain.

Askar wanita berkenaan hamil sebelum dihantar ke medan perang ekoran dia dikerahkan ke Afghanistan pada Mac lalu.

Ditanya tentang insiden tersebut, sebuah badan amal penjagaan kanak-kanak di Britain, National Childbirth Trust menyatakan tugas berat askar terbabit dipercayai menyebabkan dia tidak menyedari atau cuba untuk tidak mengendahkan kehamilannya.

"Askar ini mungkin terlalu fokus pada tugasnya tambahan pula, dia berada dalam situasi hidup mati di zon perang. Ini menyebabkan dia tidak menyedari atau tidak mengendahkan kehamilannya," kata ketua eksekutif badan amal tersebut, Belinda Phipps.

Menurutnya, kehamilan tersebut mungkin tidak disedari oleh askar-askar lain.
"Bukan semua wanita memiliki perut yang besar semasa hamil, sebahagian wanita mempunyai rahim yang jauh ke dalam," tambahnya. - AP

Tiada ulasan:

Nuffnang