Selasa, 11 September 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Pakatan rancang konvensyen mega di Bukit Jalil

Posted: 11 Sep 2012 01:14 AM PDT

24 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat dalam perancangan akan menganjurkan Mega Konvensyen Pakatan Rakyat di Stadium Bukit Jalil pada 3 November nanti.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini memberitahu perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat esok.

"Mesyuarat hari ini telah memutuskan agar satu himpunan Mega Konvesyen Pakatan Rakyat diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 3 November nanti.

"Dan kita berharap pihak kerajaan mahupun perbadanaan stadium dapat memberi keizinan kepada kita untuk mengadakan himpunan tersebut," jelasnya.

Kata beliau lagi, selaras dengan janji yang dikeluarkan oleh kerajaan yang mana Pakatan boleh mengadakan perhimpunan di mana-mana stadium.

Namum, jika kerajaan gagal mengotakan janji tersebut mereka maka janji ditepati perlu ditukar kepada janji dimungkari, jelas beliau.

"Kita lihat adakah keizinan diberikan atau tidak untuk kita mengadakan perhimpunan di Stadium Bukit Jalil nanti," sambung beliau selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat.

harakahdaily/-

Langat 2: Pusat berlagak ‘pembuli dan samseng’

Posted: 11 Sep 2012 12:53 AM PDT

24 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam sikap kerajaan Persekutuan kerana cuba berlagak sebagai 'pembuli dan samseng' apabila ingin meneruskan agenda projek Loji Rawatan Air Langat 2 walaupun tidak mendapat lampu hijau daripada kerajaan negeri.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berasa cukup kecewa dengan tindakan kerajaan persekutuan yang telah membelakangkan kerajaan negeri Selangor," kata ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Pusat tanpa rasa malu telah mengeluarkan iklan tender bagi projek bernilai berbillion ringgit itu di laman sesawang Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) - sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dengan tarikh tutup tawaran tender itu ialah pada 20 November 2012.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor cukup yakin dan percaya bahawa Umno dan Barisan Nasional yang mendalangi pengkhianatan di dalam isu pembinaan Langat 2 ini sudah semakin terdesak untuk mendapatkan 'duit mudah' bagi menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 dan bukan semata-mata membina loji ini untuk kepentingan rakyat," ujarnya.

Hasbullah berkata, pihaknya turut kesal terhadap Pengerusi Jawatankuasa Kabinet berkenaan isu itu yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah menunjukkan sikap dan akhlak seorang pemimpin yang tidak menghormati konsep federalisme dan bersikap khianat terhadap kepimpinan Sultan Selangor selaku pemerintah negeri yang berdaulat.

Oleh itu, tegasnya Pemuda PAS negeri menggesa kerajaan persekutuan menarik semula tender Langat 2 yang sudah diiklankan itu serta memanggil kerajaan negeri di meja rundingan untuk menyelesaikan kemelut itu.
Beliau menambah, pihaknya juga meminta kerajaan negeri supaya mengambil sebarang langkah yang perlu bagi membalas pengkhianatan yang dilakukan itu sekiranya Pusat masih berdegil.

harakahdaily/-

Padah ragut wanita dalam lif

Posted: 11 Sep 2012 12:48 AM PDT

24 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Seorang penjenayah tegar bukan sahaja gagal melarikan barangan yang diragut malah dia cedera parah apabila dibelasah orang ramai yang geram dengan tindakannya menyamun seorang wanita di dalam lif flat Wisma Hock Ann, Jalan Haji Hussein, Chow Kit di sini semalam.

Kejadian pukul 12 tengah hari itu berlaku ketika suspek berusia 30 tahun tersebut cuba melarikan diri selepas mencekik dan melarikan rantai leher, dua bentuk cincin emas, loket serta telefon bimbit milik wanita tersebut yang kesemuanya bernilai RM2,800.

Mangsa berusia 33 tahun dan merupakan pekerja salon.

Seorang saksi, Kamal Ngah, 57, berkata, orang ramai yang mendengar jeritan meminta bantuan kemudian ternampak suspek yang ketika itu cuba melarikan diri ke arah Masjid Jamek.

Katanya, peragut itu kemudian dapat diberkas ketika dia cuba menyelinap masuk ke lorong di belakang sebuah warung.

"Ketika kejadian, saya sedang minum dengan kawan-kawan di warung berhampiran dan melihat seorang lelaki telah diberkas dan dibelasah oleh orang awam sebelum diserahkan kepada polis," ceritanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

kosmo/-

Anwar gesa Singapura jangan diskriminasi pekerja Sabah-Sarawak

Posted: 11 Sep 2012 12:46 AM PDT

24 Syawal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerajaan Singapura menerangkan kedudukan rasmi mereka mengenai dasar "diskriminasi" republik itu yang melarang lelaki berumur bawah 35 tahun, dari Sabah dan Sarawak, bekerja di negara jiran itu.

"Jika laporan itu adalah benar, maka Singapura adalah bersalah kerana diskriminasi terhadap pekerja Malaysia berdasarkan demografi, dalam kes ini adalah lelaki muda dari Sabah dan Sarawak," kata beliau dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, menjadi hak Singapura untuk mendapatkan sumber manusia demi ekonomi pihaknya, tetapi ia adalah dari segi moral diragui untuk menerima buruh Malaysia dan kemudian mendiskriminasi satu subset tertentu.

"Bagi kita dalam Pakatan Rakyat, semua rakyat Malaysia adalah sama.

"Singapura perlu sedar bahawa pekerjaan ini adalah penting untuk kesejahteraan mereka yang bekerja dan keluarga mereka di Borneo," kata beliau.

Katanya, Kerajaan Singapura perlu mencapai matlamat keselamatan dalaman mereka tanpa menggunakan cara yang drastik dan tidak spesifik.

Tambah beliau, rasional bahawa mungkin terdapat beberapa "tidak diingini" unsur-unsur dari subset yang tidak mewajarkan menolak semua yang jatuh di bawah kategori.

"Visa perlu dikeluarkan berdasarkan kemahiran, pengalaman dan kesesuaian pekerjaan, bukan dengan profil demografi.

"Semua rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, termasuk mereka kini nampaknya diketepikan, menyumbang kepada ekonomi Singapura itu, tapi tidak termasuk berdasarkan apa yang mereka telah lakukan, oleh kerana hak kelahiran mereka dan itu adalah zalim," kata beliau.

Tambah beliau: "Saya mahu respons yang segera kepada isu ini supaya kehidupan beribu-ribu rakyat Malaysia dan keluarga mereka boleh diselesaikan dengan secepatnya."

sinar harian/-

‘Tak sempat brek’

Posted: 10 Sep 2012 11:59 PM PDT

24 Syawal 1433H. [MOD] -

REMUK...anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.

SABAK BERNAM: "Ngeri saya melihat kepala seorang daripada mangsa pecah dan otaknya terkeluar," kata S Kumar, 30, pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta mengakibatkan lima maut termasuk tiga sekeluarga di Kilometer 70, Jalan Klang-Teluk Intan, berhampiran Kampung Parit Tujuh, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Kumar yang memandu lori tiga tan bersama kelindannya dikenali sebagai Sivakumar, 25, dalam perjalanan ke Pantai Remis, Perak, selepas menghantar muatan telur ayam di Klang.

Tiga beranak yang terbunuh ialah Yeap Chin Hing, 52; anak lelakinya, Yeap Soon Keong, 19, dan anak perempuan, Yeap Chin Maei, 25. Turut maut dalam kejadian itu ialah dua wanita yang juga rakan Soon Keong iaitu Ling Siew Mooi, 26, dan Ling Lee Min, 26.

Empat daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Chin Maei meninggal dunia di Hospital Tanjung Karang.

Kumar berkata, sebelum kemalangan dia melihat sebuah kereta Honda City dinaiki lima mangsa dari arah bertentangan cuba memotong sebuah kereta lain.

"Ketika memotong, ia bergesel dengan sebuah Honda CRV dari arah bertentangan sebelum hilang kawalan dan menuju ke arah lori.

"Kejadian terlalu pantas dan saya tak sempat mengelak atau membrek. Kereta itu terus merempuh bahagian depan lori.

Kumar berkata, walaupun impak rempuhan itu kuat, dia dan kelindannya bersyukur tidak cedera.

"Sebaik turun dari lori saya lihat kelima-lima mangsa dalam kereta itu tidak bergerak. Saya tidak berani nak tolong kerana kecederaan mereka yang terlalu parah," katanya yang kemudian menghubungi polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, kejadian berlaku apabila kereta Honda City dari arah Sabak Bernam yang dipandu Chin Hing cuba memotong sebuah kereta lain sebelum bergesel dengan sebuah Honda CRV di laluan bertentangan.

"Kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan sebelum ia merempuh lori berkenaan. Semua mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, di sini, manakala seorang lagi mangsa iaitu Chin Maei yang parah dibawa ke Hospital Tanjung Karang. Mangsa bagaimanapun meninggal dunia di wad kecemasan hospital berkenaan.

Noor Mushar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Zambry dicabar bentang audit YBUDR di sidang Dun

Posted: 10 Sep 2012 11:56 PM PDT

24 Syawal 1433H. [MOD] -

IPOH: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak mendesak agar Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membentangkan laporan audit kewangan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) akan datang.

Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik PAS Perak, Salman Saleh berkata, pembentangan itu penting bagi membuktikan ketelusan pentadbiran menteri besar itu selama ini.

"Kami merasakan perkara ini penting kerana ianya melibatkan wang rakyat yang besar disalurkan setiap tahun kepada YBUDR," katanya.

Menurut Salman, pihaknya menerima banyak rungutan daripada rakyat yang menerima bantuan dari yayasan ini yang tidak menepati seperti yang sepatutnya.

Sebagai contoh katanya, skim baikpulih rumah yang ibarat 'melepaskan batuk ditanggga' sahaja di mana rumah yang dibaikpulih masih tidak sempurna walaupun peruntukan sudah habis digunakan.

"Malah polisi peruntukan baikpulih rumah yang sepatutnya tidak melebihi RM15,000 sebuah rumah tetapi kami menerima laporan ada yang mendapat dua kali peruntukan yang mencecah pembinaan rumah baru iaitu sebanyak RM30,000 sebuah rumah. Adakah ini benar," soalnya.

Justeru, pihaknya akan terus mendesak agar menteri besar membuktikan ketelusannya sehingga kewangan YBUDR diaudit dan dinilai setiap rakyat dalam pelbagai kaedah.

Selain mendesak ianya dibentang pada persidangan Dun akan datang, mereka juga mencadangkan ianya dipaparkan di dalam laman web rasmi seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIAMPk) dan dibukukan bagi penilaian rakyat terhadap kewangan yayasan itu.

"Kami sekali lagi mencabar ketelusan dan integriti kepimpinan Datuk Seri Zambry dalam keikhlasannya membantu rakyat selama ini," katanya.

harakahdaily/-

'Angin kuat bagai puting beliung'

Posted: 10 Sep 2012 11:54 PM PDT

24 Syawal 1433H. [MOD] -

KLANG - "Saya hanya mampu berdoa sebaik melihat zink ruang tamu diterbangkan angin. Dalam masa sama saya memeluk anak, menantu dan cucu kerana khuatir zink diterbangkan angin menimpa kami," demikian cerita Rosmah Mohd Yusuf, 43, berkenaan detik-detik mencemaskan ketika bumbung kediamannya di Jalan Haji Tahir, diterbangkan angin ketika ribut kuat melanda sekitar Pendamar, kelmarin.

Rosmah berkata, kejadian berlaku sekitar jam 3 petang yang mana ketika itu dia bersama anak, menantu dan seorang cucu berusia dua tahun di kediamannya.

"Sebaik menidurkan cucu, saya berhasrat ke dapur bersama menantu untuk memasak kurma ayam bagi hidangan makan pada petang itu.

"Ketika sibuk di dapur, secara tiba-tiba saya terdengar angin bertiup kencang diiringi bunyi pokok tumbang dan menghempap dinding di bahagian dapur.

"Khuatir sesuatu yang buruk menimpa, saya segera berlari ke ruang tamu bersama menantu," katanya.

Dalam masa beberapa minit, menurutnya, angin kuat bagaikan puting beliung menerbangkan zink bilik tidur dan ruang tamu sejauh beberapa meter.

"Saat itu, saya memeluk cucu yang tidur sambil berdoa. Hati saya tergamam melihat angin kuat menerbangkan bumbung kediaman. Tidak lama kemudian hujan lebat turun dalam tempoh 40 minit.

"Kami tidak sempat menyelamatkan barangan perabot di ruang tamu dan pakaian di bilik anak kedua kami yang mana bumbungnya turut diterbangkan angin.

"Dalam tempoh itu, air memenuhi lantai bilik tidur hingga paras betis," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya semalam.

Dia berkata, dia dan ahli keluarga lain tergamam dan tidak terdaya untuk berbuat apa-apa kerana semua peralatan basah dimasuki air.

"Suami, Azman Tormudi, 49, dan anak lelaki kedua tiada di kediaman kerana keluar bekerja dan mereka hanya pulang sebaik dimaklumkan melalui telefon.

"Dalam kejadian itu juga, zink diterbangkan angin nyaris menghempap kereta Perodua Kancil milik kami yang diletak di laman rumah.

"Berikutan kejadian itu, kami sekeluarga terpaksa bermalam di kedai kecil milik bersebelahan kediaman kerana khuatir hujan lebat akan berulang lagi," katanya.

Azman Tormudi berkata, kejadian itu adalah kali kedua menimpa kediamannya sejak dihuni 1995 lalu.

"Bagaimanapun kejadian pertama tidak serius seperti kali ini. Namun hingga kini kami sekeluarga masih menunggu bantuan mana-mana pihak untuk membaiki semula bahagian bumbung yang rosak," katanya.

Sinar Harian dimaklumkan penduduk di situ, terdapat beberapa bumbung kediaman lain turut diterbangkan, namun tidak serius kediaman Azman dan Rosmah terletak kira-kira 300 meter dari Sungai Pendamar..

Polis Panggil Wartawan Suara Keadilan, Jurufoto Kawad Cam Samseng Umno

Posted: 10 Sep 2012 11:38 PM PDT

24 Syawal 1433H. [MOD] -

Polis memanggil wartawan dan jurufoto akhbar Suara Keadilan menjalani kawad cam hari ini bagi mengenalpasti samseng yang terlibat dalam insiden provokasi dan serangan ke atas bas jelajah Merdeka Rakyat Sabtu lalu.

Kedua-dua mereka adalah Aedi Asri dan Yuisriah Yusof.

Mereka membuat liputan sepanjang program siri kedua jelajah itu ke selatan bermula Jumaat lalu.

Menurut Setiausaha Pengelola KEADILAN, Radin Shamsulakmar Radin Shamsudin, polis menghubungi pihaknya kira-kira jam 1.30 petang semalam memaklumkan perkara itu.

Turut menjalani proses itu, krew bas jelajah, Maisuri Zainal dan Abdul Hadi Suhaimi serta semua petugas yang mengikuti konvoi tersebut.

"Kawad cam akan diadakan pada jam 3 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin.

"Ia melibatkan petugas yang berada di dalam bas (ketika serangan berlaku)," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.

Pada 8 September lalu, sekumpulan 30 samseng Umno menyerang bas jelajah Merdeka Rakyat dengan membaling batu, botol air mineral dan menyimbah cat ketika bas tiba di Majlis Sambutan Aidilfitri KEADILAN Jasin di Kampung Kelubi, Melaka.

Ia berlaku kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari secara terang-terangan.

KEADILAN kemudian membuat laporan polis berhubung insiden itu di IPD Jasin pada jam 8.43 malam hari yang sama.

Berhubung kawad cam itu, Radin memberitahu, semua yang dipanggil akan menjalani proses berkenaan petang ini bagi membantu siasatan polis.

Katanya, mereka sekali lagi akan bergerak menaiki bas Jelajah Merdeka Rakyat bersama-sama menuju ke IPD Jasin.

Minggu lalu, pada jelajah sulung Merdeka Rakyat ke empat buah negeri, bas itu turut disimbah cat merah sekitar jam 4.20 pagi manakala cermin depan retak dilontar batu di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan.

Samseng Perkasa turut mengganggu tazkirah Anwar di Masjid Al-Hussain, Alor Setar hingga tergamak membaling kasut ke dewan solat. -KD

Menteri Kabinet Jepun Ditemui Mati

Posted: 10 Sep 2012 11:18 PM PDT

24 Syawal 1433H. [MOD] -

Tadahiro Matsushita. Foto AP

TOKYO: Polis berkata, menteri Kabinet Jepun, Tadahiro Matsushita yang bertanggungjawab terhadap perkhidmatan kewangan ditemui mati.

Jabatan Polis Metropolitan Tokyo dalam satu kenyataannya berkata, Matsushita, menteri perkhidmatan kewangan ditemui mati di rumahnya di Tokyo pada Isnin.

Beliau berusia 73 tahun.

Polis sedang menyiasat punca kematian.

Matsushita dilantik memegang jawatan itu pada Jun lalu oleh Perdana Menteri, Yoshishiko Noda. - AP

Nenek rugi RM10,000 ditipu 2 ‘pekerja TNB’

Posted: 10 Sep 2012 11:11 PM PDT

24 Syawal 1433H. [MOD] -

ALOR GAJAH: Seorang warga emas kerugian kira-kira RM10,000 apabila diperdaya dua penyangak yang menyamar sebagai kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di rumahnya di sebuah kampung di Lubok Cina, di sini.

Difahamkan, dalam kejadian jam 11.30 pagi Selasa lalu, mangsa yang juga ibu tunggal berusia 79 tahun berada di rumahnya seorang diri.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin berkata, wanita itu didatangi dua lelaki menaiki Perodua Myvi berwarna putih dengan mendakwa dari TNB Alor Gajah dan memberitahu mahu melakukan pemeriksaan elektrik di setiap rumah. "Mangsa yang tidak mengetahui niat sebenar suspek membenarkan lelaki itu masuk ke dalam rumah untuk melakukan pemeriksaan pada peralatan elektrik.

"Seorang suspek berpura-pura melakukan pemeriksaan peralatan elektrik di dalam rumah, manakala rakannya mengambil gambar dalam dan luar rumah," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, seorang suspek kemudian menyuruh wanita itu mengambil kad pengenalan untuk direkodkan ke dalam buku catatan sebelum pemeriksaan selanjutnya dilakukan.

Katanya, tanpa berfikir panjang, mangsa masuk ke dalam bilik dan mengambil kad pengenalan dalam beg sebelum meletakkan semula beg itu di atas katil.

"Mangsa menyerahkan kad pengenalannya kepada seorang suspek yang bertindak mengisi butirannya. Selepas 15 minit di sekitar rumah mangsa, kedua-dua suspek menyatakan tugas mereka sudah selesai lalu meminta diri sebelum menghilangkan diri.

"Beberapa minit selepas suspek beredar, mangsa masuk ke dalam biliknya dan mendapati wang dalam sampul surat berjumlah RM750 hilang," katanya.

Menurutnya, selain wang tunai, satu rantai leher, dua rantai tangan dan dua bentuk cincin emas disimpan dalam beg turut lesap.

Umar berkata, wanita itu mengalami kerugian dianggarkan RM10,000 selepas wang tunai dan barang kemasnya dilarikan dua lelaki terbabit.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek berkulit cerah, seorang daripadanya memiliki susuk tubuh kurus dan tinggi, manakala rakannya berbadan rendah.

"Polis menasihatkan orang ramai berhati-hati sekiranya didatangi individu berkenaan dan segera menghubungi balai polis berhampiran atau talian 06-5562222 untuk tindakan lanjut," katanya.

METRO/-

Terkejut hujan air batu

Posted: 10 Sep 2012 11:00 PM PDT

24 Syawal 1433H. [MOD] -

MARAN - "Hujan air batu lebat dengan angin kencang dan tiba-tiba, mak cik terdengar satu bunyi kuat yang datang semakin dekat sebelum rasa rumah seakan bergoyang ketika kepingan atap zink terkopak diterbangkan angin".

Demikian kata seorang suri rumah warga emas, Zauyah Bidi, 77, di Kampung Dalam dekat sini yang berhadapan saat getir dalam ketakutan apabila rumahnya dipukul ribut dipercayai membawa hujan air batu kira-kira 7.30 petang, semalam.

Zauyah berkata, dia bersama suami dan seorang anak yang berada di ruang tamu terkejut apabila atap zink rumah mereka berbunyi kuat ketika ditimpa hujan berkenaan.

Menurutnya, bunyi kuat itu menyebabkan dia berada dalam ketakutan kerana tidak pernah mengalami atau berhadapan situasi sedemikian.

"Kalau hujan lebat seperti sebelumnya, atap zink tidak berbunyi kuat tetapi kali ini lain seakan batu-batu halus yang jatuh.

"Dalam ketakutan itu, tiba-tiba terdengar satu lagi bunyi angin kuat yang datang semakin dekat dan tidak semena-mena rumah bergoyang dilanggar.

"Pada masa ini, baru mak cik sedar hujan tersebut adalah hujan berserta ketulan batu halus selepas membanjiri kawasan ruang tamu selepas atap diterbangkan angin kuat," katanya kepada Sinar Harian.

Zauyah berkata, dia tergamam dan hanya mampu menangis melihat apa yang berlaku namun bersyukur kerana suami dan anak selamat tanpa insiden lebih buruk.

Anaknya, Tarmizi Sulaiman, 39, berkata, menyedari atap zink diterbangkan, dia segera mengalihkan perabot dan barang elektrik daripada rosak terkena hujan.

"Ini kali pertama kejadian teruk sepanjang usia saya membesar di sini dan juga kali pertama merasai hujan manik.

"Hujan seperti biasa (air) tetapi ada ketulan batu kecil," katanya.

Hanya berdoa

Sementara itu, seorang lagi mangsa di kampung sama, Som Taib, 65, yang tinggal berseorangan ketika kejadian mengalami situasi sama apabila rumah kayu berusia lebih 30 tahun didiami seakan bergoyang-goyang dipukul angin kuat.

Som berkata, hujan manik dengan angin kuat menyebabkan dia rasa ketakutan kerana dua anaknya belum pulang ke rumah.

"Mak cik duduk diam atas katil dalam bilik dan berdoa banyak-banyak agar tiada kejadian buruk berlaku.

"Selepas satu jam, hujan reda dan ketika buka pintu selepas dengar bunyi motosikal anak, baru sedar dua pokok durian tumbang di hadapan rumah.

"Syukur kerana tidak tumbang menghempap rumah," katanya.

Seorang mangsa di Kampung Pamah, Mohd Sabri Sudin, 28, berkata, kejadian ribut itu menyebabkan sebatang pokok petai berusia lebih 70 tahun tumbang lalu menghempap bahagian ruang makan dapur rumah.

Menurutnya, hempapkan kuat mengakibatkan dinding belakang dan bumbung rosak teruk apabila runtuh keseluruhannya.

"Selepas hantar ayah dan emak ke surau berdekatan, saya balik dan ketika hendak turun mandi, tiba-tiba terdengar bunyi kuat.

"Pada masa sama, rumah seperti bergegar sebelum dapati dinding dekat dapur runtuh," katanya.

Bapanya yang juga Imam Masjid Kampung Awah, Sudin Pin, 70, berkata, ketika kejadian, dia di surau berdekatan untuk mengajar dan seterusnya mengimamkan solat Maghrib di surau berkenaan.

Menurutnya, ia merupakan kejadian ribut paling teruk namun bersyukur anak bongsunya itu terselamat.

sinar hRIAN/-

Harga saham FGV terus merudum

Posted: 10 Sep 2012 10:57 PM PDT

24 Syawal 1433H. [MOD] -

Semakan pagi ini menunjukkan harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) terus merudum.

Pada jam 11.30 pagi ini, harga saham itu berada pada tahap RM4.58 – turun 10 sen berbanding harga ketika kaunter ditutup semalam.

Setakat ini, saham itu mencatat harga paling rendah di tahap RM4.57, menghampiri harga tawaran pemulaannya pada RM4.55.

Trend ini berterusan walaupun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja terus meningkatkan pegangannya daripada lima peratus kepada 6.8 peratus.

Jun lalu, FGV mengeluarkan IPO kedua paling besar di dunia.

Harga saham itu turun melampaui tahap psikologi RM5 minggu lalu dan trend itu berterusan sejak Julai lalu.

Dagangan saham di Bursa Malaysia jatuh 15 mata daripada 1,618 mata ketika berita ini ditulis.

MALAYSIAKINI/-

Traktor berentap di Jerman

Posted: 10 Sep 2012 10:41 PM PDT

24 Syawal 1433H. [MOD] -

SEBUAH traktor yang diubah suai beraksi pada pertandingan traktor di bandar Fuechtorf, Jerman kelmarin.

FUECHTORF - Satu pertandingan traktor diadakan di sini, barat Jerman kelmarin.Dinamakan Tractor Pulling Euro Championships, acara tersebut disertai oleh 80 buah pasukan dari seluruh benua Eropah.

Pertandingan selama dua hari itu menyaksikan penyertaan pelbagai jenis traktor yang diubah suai dan berkuasa tinggi.

Traktor yang dapat menarik beban sejauh mungkin di atas trek sejauh 100 meter akan memenangi pertandingan tersebut. - Reuters

Tiada tindakan ke atas Nasharudin mengecewakan media PB

Posted: 10 Sep 2012 10:39 PM PDT

24 Syawal 1433H. [MOD] -

Tindakan bijak Majlis Syura Ulamak dan juga Jawatankuasa Pas Pusat tidak membincang dan mengenakan apa-apa tindakan ke atas Nasharudin Mat Isa berjaya mengecewakan beberapa pihak yang mengharap Pas akan berpecah belah menyebabkan pihak berkenaan mengeluarkan ulasan dan pandangan sinis memukul Pas dengan tindakan itu.

Nasharudin membuat kenyataan bersama semasa di Sarawak.

Media penjilat buntut membuat tuduhan kononnya golongan Anwar Ibrahim kecewa dengan keputusan Pas itu. Ulas akhbar berkenaan, golongan Anwar sebelum ini beriya untuk melihat Nasharudin dipecat oleh Pas sehingga memfitnah Anwar mengecek Nik Aziz agar bertindak ke atas Nasharudin.

Beberapa individu, termasuk seorang tokoh 'jubah carik' telah digunakan akhbar berkenaan dan individu itu juga sanggup membuat fitnah kononnya pemergian Anwar ke Kota Bharu berjumpa Nik Aziz bagi mempengaruhi Nik Aziz agar bertindak ke atas ahli Parlimen Bachok berkenaan.

Nik Aziz selaku Mursyidul Am hadir ke mesyuarat berkenaan kemudian menyerahkan kepada timbalannya Dr Haron Din untuk mempengerusikan mesyuarat yang diadakan malam kelamarin. Tindakan Nik Aziz itu adalah sebagai mengambil jalan selamat dalam kes berkenaan. Semua harus faham sebelum ini Nik Aziz pernah 'menghalau' Nasharudin keluar Pas kerana tindak tanduk bekas timbalan presiden Pas itu menjadi sampah kepada Pas apabila mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pemimpin tertinggi Umno untuk menjalinkan kerjasama politik.

Keputusan Majlis Syura Ulamak itu juga mengecewakan seorang bekas ahli Pas yang dilihat intim dan mahu melihat Nasharudin menjadi sahabatnya dalam menyerang dan memburukkan Pas. Individu itu menuduh kenyataan Abdul Hadi Awang yang menjelaskan isu Nasharudin tidak disentuh dalam mesyuarat sebagai satu retorik semata-mata. Beliau mempersoalkan masakan selama mesyuarat tidak sedikit pun bincang hal Nasharudin. Pertanyaannya, kenapa anda perlu mempersoalkan tindakan Pas itu sedangkan anda bukan sesiapa lagi dengan Pas melainkan beas.

Bekas lebih kurang macam mangkuk tandas sahaja?

Bekas ahli Pas itu beriya-iya supaya isu Nasharudin disentuh, dan lebih diingini lagi Nasharudin dikenakan tindakan pecat sepertinya kerana kalau Nasharudin dipecat mudahlah untuk beliau menjalankan perniagaan bersama Nasharudin menyerang Pas. Jelas sekali niat busuk individu berkenaan yang kononya padat dengan ilmu agama, intelektual dan seorang yang khatam Qur'an sewaktu 12 tahun. Individu itu mungkin sudah termakan ajakan Mahathir Mohamad agar berkawan dengan syaitan dikenali.

Sudah tentu dengan adanya rakan dia akan dapat membuat penjelajahan di seluruh negara mengkritik Pas dalam masa sama memburukkan Anwar Ibrahim. Dan apa diharap di sebalik penerangan itu ialah wang upahan dari agensi tertentu di alam Umno. Individu berkenaan kini kekeringan wang setelah tidak lagi menjawat jawatan tinggi dalam politik. Apakah dia terdesak untuk menguruskan rumah tangganya yang mempunyai dua dapur?

Setiap majlis penerangan dan serangan Pas diadakan individu berkenaan bersama sebuah NGOnya akan menerima upahan dikatakan di antara RM50,000 hingga RM100,000. Sejumlah wang telah disalurkan kepada Ngo berkenaan untuk tujuan upahan dan bayar kepada kerja-kerja memburukkan Pas. Sebuah kementerian telah menyumbang sebanyak RM300,000 kepada NGO berkenaan bagi tujuan pembukaan opis dan pembelian peralatan fitnah.

Kesimpulannya tindakan bijak Majlis Syura Ulamak yang tentunya atas nasihat Jawatankuasa Kerja Pas itu mematikan langkah individu berkenaan yang sudah lama bersekongkol dengan media penjilat bontot. Media itu juga kekeringan modal untuk menghentam Pas dan terpaksa membelek isu lama dan mengambil semula sekalian orang yang dicemuhnya selama ini untuk dijadikan sumber.

Dalam pada itu saya cukup yakin selepas ini Nasharudin akan sekali lagi digunakan untuk membuat kenyataan-kenyataan menyinggung Pas bagi membolehkan dendam mereka tercapai untuk melihat Pas berpecah belah sesama sendiri. Justeru kalau Nasharudin masih mengenang Pas beliau harus berhati-hati dan tidak mengeluarkan pendapatan yang boleh menimbulkan kontroversi. Manakala ahli Pas terutamanya pemimpin atasan tidak perlu membuka mulut lagi untuk mengulas apa-apa yang bakal terjadi. [wm.kl.7:31 am 11/09/12]

HARAKAHDAILY/-

30 pondan lari digempur

Posted: 10 Sep 2012 10:36 PM PDT

24 Syawal 1433H. [MOD] -

CEKUP...sebahagian pondan yang menyertai pertandingan ratu cantik ditahan, kelmarin.

SUNGAI PETANI: Lebih 30 pondan bergaya dalam pertandingan ratu cantik mak nyah di sebuah hotel berhampiran Taman Ria Jaya, di sini, bertempiaran lari selepas sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) menyerbu tempat berkenaan, malam kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 8.30 malam, sepasukan anggota PADKM menerima maklumat orang awam yang memaklumkan satu pertandingan ratu cantik mak nyah berlangsung di dewan hotel berkenaan.

Pegawai Penguat Kuasa PADKM, Zaiferi Zainul Abidin, berkata serbuan membabitkan seramai 21 anggota terdiri anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK), penguat kuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) dan Jabatan Imigresen.

Katanya, kehadiran pihak berkuasa dikesan pengawal keselamatan yang berjaga di hadapan pintu dewan berkenaan yang segera bertindak memberitahu pihak penganjur menyebabkan semua pondan terbabit cuba meloloskan diri melalui pintu belakang.

"Ketika intipan dibuat semua pondan terbabit sedang bergaya bagi merebut beberapa kategori yang dipertandingkan iaitu Miss Favourite, Best Hair, Best National Costume, Body Beautiful, Miss Cute, Best Make Up dan Catwalk. "Dalam keadaan kelam-kabut itu hampir 30 pondan yang cuba meloloskan diri sanggup berkaki ayam serta terjun dari tangga bagi mengelak ditahan.

"Semua pondan itu lari ke kawasan padang golf dan tasik berhampiran hotel itu dan terus menghilangkan diri di dalam gelap, namun kami menahan lapan mak nyah terbabit dalam acara berkenaan selepas gagal melarikan diri," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati dewan terbabit disewa penganjur terbabit bagi mengadakan Pertandingan Ratu Antarabangsa 2012, di mana pesertanya membabitkan mak nyah yang datang dari negeri ini dan negeri lain.

"Semua mak nyah yang ditahan itu dibawa ke pejabat PADKM dan diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan seorang penjamin.

"Mereka akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1948 iaitu lelaki berpakaian perempuan dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.

METRO/-

Pelajar terselamat cubaan rogol di tandas universiti

Posted: 10 Sep 2012 10:09 PM PDT

24 Syawal 1433H. [MOD] -

Seorang pelajar sebuah universiti swasta terselamat daripada cubaan rogol di dalam tandas wanita universiti itu di Bukit Beruang di Melaka semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata dalam kejadian pada jam 8.30 malam itu, pelajar wanita berusia 21 tahun itu sedang mengulang kaji pelajaran di bilik bacaan, di aras dua universiti berkenaan, sebelum ke bilik air di aras sama.

"Pelajar berkenaan kemudian terdengar seseorang memasuki tandas bersebelahan dan apabila keluar dia melihat kelibat seorang lelaki, sebelum matanya disembur dengan bahan memedihkan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mangsa turut cedera di pipi akibat ditumbuk ketika bergelut dengan suspek yang cuba memasukkan tangan ke dalam bajunya.

Raja Shahrom berkata lelaki terbabit melarikan diri selepas mangsa menjerit meminta pertolongan.

Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Melaka dan membuat laporan di balai polis di hospital tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata polis akan mengadakan pertemuan khas dengan pihak universiti bagi membincangkan langkah meningkatkan kawalan keselamatan di universiti berkenaan.

- Bernama

Kelantan akan bina lebih banyak rumah kos rendah

Posted: 10 Sep 2012 09:23 PM PDT

24 Syawal 1433H. [MOD] -

(Gambar: Penyelia dun Kok Lanas, Nik Mahadi menyampaikan dirham kepada salah seorang pembeli pertama rumah Wadi Iman sebagai cenderahati)

KETEREH: Kerajaan Negeri Kelantan melalui anak syarikatnya akan memperbanyakkan pembinaan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) tahun hadapan.

Usaha itu juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk mencapai kempen penggalakan memiliki rumah sendiri oleh rakyatnya.

Ketua Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir Mustapha Salleh berkata, tahun hadapan pihaknya akan membina sebanyak 60 unit RAKR di Kota Bharu.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas majlis penyerahan anak kunci kepada pembeli kediaman di Wadi Iman, Kok Lanas dekat sini pagi tadi.

Tanpa mengira keuntungan, katanya sebagai syarikat penuh milik kerajaan negeri, pihaknya merancang untuk pembinaan rumah tersebut.

"Tidak ada perkara yang membahagiakan melainkan apabila kita memiliki kediaman sendiri,"ujarnya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau memberitahu pada tahun 2010 pihaknya berjaya menyiapkan 64 unit rumah di tempat yang sama.

"53 unit pula baru siap tahun ini dan dalam pembinaan sebanyak 32 unit lagi,"ujarnya.

HARAKAHDAILY/-

Pintu LRT laluan Kelana Jaya gagal ditutup

Posted: 10 Sep 2012 09:07 PM PDT

24 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya terganggu kira-kira satu jam 30 minit hari ini ekoran masalah teknikal.

Ketua Bahagian Komunikasi dan Pemasaran Syarikat Prasarana Berhad Masnizam

Hisham berkata, kejadian 8 pagi itu berlaku setelah satu daripada pintu tren ketika berhenti di Stesen LRT Kampung Baru gagal ditutup rapat.

"Masalah itu menyebabkan pemandu LRT terpaksa menutup pintu tren secara manual menyebabkan perkhidmatan LRT di laluan Kelana Jaya bergerak perlahan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Keadaan itu menyebabkan beribu-ribu warga Lembah Klang yang menggunakan perkhidmatan LRT tiba lewat ke destinasi atau tempat kerja masing-masing.

"Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya kembali beroperasi seperti biasa pada 9.38 pagi," katanya. - Bernama

Sikap Dwi-Standard Polis Terus Dibidas Walaupun Laporan Polis Sudah Dibuat.

Posted: 10 Sep 2012 09:06 PM PDT

24 Syawal 1433H. [MOD] -

Tindakan Polis Terhadap Aksi Biadap Harus Menyeluruh

Tindakan pantas pihak polis menahan pelajar kolej yang melakukan aksi punggung terhadap gambar Najib, Rosmah dan Pengerusi SPR, Aziz Yusof pada malam sambutan merdeka yang bertukar menadi Himpunan Janji Demokrasi, walaupun boleh dipuji tetapi ia juga menimbulkan beberapa persoalan lain untuk diperdebatkan.

Polis nampaknya begitu pantas bertindak dalam kes ini namun dalam beberapa kes lain yang lebih dahsyat seperti memijak gambar Lim Guan Eng dan bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaludin serta juga aksi remaja kencing terhadap gambar Haji Hadi Awang dan Haji Nik Aziz Nik Mat, tidak pula kedengaran pihak polis mengambil tindakan.

Dalam aksi-aksi itu, wajah-wajah pelakunya cukup jelas kelihatan dan pihak polis tidak seharusnya ada masalah untuk mencari mereka sebagaimana pantasnya mencari remaja yang menunjukkan punggung kepada Najib, Rosmah dan Aziz itu.

Meskipun kita rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan aksi punggung yang dilakukan seorang remaja kolej terhadap gambar Najib, Rosmah dan Aziz Yusof itu, kita yang berfikiran waras tentunya lebih tidak bersetuju dengan aksi yang dilakukan terhadap Hadi Awang, Nik Aziz, Nizar dan Lim Guan Eng.

Maka, demi keadilan dan untuk mewujudkan suasana politik yang matang, pihak polis harus segera bertindak tanpa memilih bulu dan berpilih-pilih.

Sebelum dari ini, kita juga dikejutkan dengan tindakan bekas veteran askar yang melakukan aksi senaman punggung di depan rumah Ambiga sebagai membantah tindakannya menganjurkan Himpunan Bersih.

Ramai yang tidak bersetuju dengan aksi yang dianggap biadap itu dan ramai juga yang sudah memberi komen mengenainya. Masalahnya tiada pula tindakan lanjut daripada pihak polis.

Selain berbagai aksi biadap yang ditunjukkan pelbagai kelompok sejak akhir-akhir ini, kita juga turut menyaksikan perbuatan yang sungguh kurang ajar oleh ahli-ahli Perkasa yang memprotes tindakan Anwar Ibrahim menyampaikan syarahan di sebuah masjid di Kedah baru-baru ini dengan membaling kasut ke dalam masjid.

Tindakan ahli Perkasa ini bukan saja memalukan tetapi juga memperlihatkan mereka sebagai orang Islam seperti tidak menghormati kemuliaan masjid itu sendiri.

Laporan polis juga sudah dibuat mengenainya dan gambar-gambar samseng Perkasa ini juga sudah tersebar merata-rata tetapi sehingga ini belum lagi ada tangkapan atau tindakan pihak polis terhadapnya. Malahan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin hanya berdiam diri terhadap insiden itu, jauh sekali bertegas untuk melindungi masjid daripada terus dicemari dengan aksi-aksi sedemikian rupa.

Jika kita masih ingat, aksi biadap dalam senario politik Malaysia ini sebenarnya dimulakan oleh Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob yang pernah menunjukkan aksi punggung kepada sekumpulan penyokong pembangkang dalam sebuah pilihanraya kecil beberapa tahun lalu.

Aksi teladan daripada seorang Menteri Besar itulah sebenarnya yang menyebabkan berlakunya deretan gejala tidak sopan hari ini.

Benarlah kata pepatah Cina, busuk ikan bermula daripada kepala. Jika pemimpin sudah menunjukkan perilaku buruk, sudah tentulah ia mudah menjalar dan menjadi ikutan masyarakat.

Untuk mengelakkan gejala ini daripada berterusan memalukan perjalanan politik negara yang sudah 55 tahun merdeka, pihak polis seharusnya bertindak tanpa memilih bulu. Polis mestilah bertindak menyeluruh. Jika Hishammuddin dianggap menteri KDN paling lembik dan penuh retorik dalam sejarah Malaysia, tidak semestinya pihak polis juga terikut-ikut dengan cara beliau itu. Pihak polis seharusnya bertindak mengikut undang-undang serta peraturan yang ada.

Lagi pula slogan polis, mesra, cepat dan betul hendaklah sepenuhnya dipraktikkan.

Sekiranya pihak polis gagal menangani semua gejala tidak sopan ini dengan sewajarnya, dibimbangi lebih banyak lagi gelaja-gejala tidak sopan terus bercambah dalam masyarakat yang akhirnya hanya mempamerkan masyarakat kita semakin tidak terkawal dalam menangani emosi masing-masing. Maka, pihak polis harus segera mengangkat wibawanya di mata umum. -shahbudindotco

Pekerja Binaan Dikurung Lapan Jam Dalam Kandang Anjing

Posted: 10 Sep 2012 08:54 PM PDT

24 Syawal 1433H. [MOD] -

MELAKA: Kunjungan ke sini dari Pulau Pinang untuk bertemu rakan di Facebook bertukar menjadi mimpi ngeri buat pekerja pembinaan berusia 28 tahun apabila sekumpulan lelaki mengurungnya di dalam kandang anjing selama lapan jam.

Lebih mengerikan anjing jenis German Shepherd itu dibiarkan berkeliaran untuk mengawasinya.

Mangsa yang berasal dari Tok Kangar, Juru, di Bukit Mertajam mendakwa dia ditahan lima lelaki selepas bertemu dengan rakan di sebuah restoran di Ayer Keroh di sini pada 1 September.

Salah seorang lelaki mendakwa dia merupakan pak cik kepada rakannya yang mahu mangsa menjauhkan diri daripada gadis tersebut.

Lelaki tersebut didakwa merampas MyKad mangsa dan mengancam untuk memenjarakannya.

Mangsa kemudiannya dipaksa masuk ke dalam sebuah kereta dan dibawa ke sebuah rumah di Bukit Berendam.

Di situ, mangsa dikurung di dalam kandang dengan seekor anjing jenis German Shepherd dibiarkan berkeliaran untuk mengawasinya.

Selepas lapan jam, mangsa dikeluarkan dari kandang tersebut tetapi dikurung di dalam sebuah bilik.

Mangsa mendakwa sekumpulan lelaki berkenaan mengambil dompetnya yang berisi wang sebanyak RM168 dan dua telefon bimbit.

Mereka juga mengancam untuk memukulnya.

Mangsa berjaya meloloskan diri apabila pintu bilik terbuka dan melompat keluar pagar ketika sekumpulan lelaki terbabit sedang leka.

Dia kemudiannya meminta pertolongan daripada jiran berdekatan yang bertindak menghubungi abang mangsa di Melaka.

Abangnya mengambil mangsa dan memandu pulang ke Pulau Pinang serta membuat laporan polis di Ibu Pejabat polis daerah Seberang Perai Tengah pada 2 September.

Kes itu dirujuk kepada pihak polis di sini.

mstar/-

Umno seumpama penagih tegar!

Posted: 10 Sep 2012 08:38 PM PDT

24 Syawal 1433H. [MOD] -

Meningkat Daya Saing Negara?: Tangani bersama 'Penagihan Tegar' Umno-BN.

1. Ketika kedudukan Malaysia dalam daya saing global (Global Competitive Report - GCR) yang dilaporkan oleh World Economic Forum (WEF) dalam kajian Global Competitiveness Index (GCI), melonjak dari tangga ke 25 tahun 2010 ke tangga 21 untuk tahun 2011 yakni peningkatan 5 mata. PEMANDU segera membuat kenyataan bahawa program Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan telah berjaya menatijahkan prestasi yang baik.

2. Dalam laporan GCI terkini, bukan sahaja Malaysia tidak dapat mengekalkan kedudukannya pada tangga ke-25, bahkan telah jatuh 4 anak tangga ke kedudukan 24 sekaligus meletakkan prestasinya lebih rendah daripada kedudukannya berbanding sebelum PEMANDU melancarkan program GTP dan ETPnya.

3. PEMANDU telah mensabitkan kejayaan prestasinya dahulu kepada GTP dan ETP, beranikah PEMANDU terangkan kepada rakyat kenyataan bahawa GTP dan ETP yang dikendali PEMANDU telah jelas gagal menambahbaik prestasi daya saing Negara, bahkan sebaliknya menyebabkan penurunannya?

4. PEMANDU yang merupakan kunci penggerak Agenda Transformasi Kerajaan Najib-BN kini, mesti bertanggungjawab menjelaskan apakah dan sebab apakah kejatuhan ini berlaku sekaligus menunjukkan dan mengesahkan bahawa dakwaan Pakatan, pihak NGO dan penganalisis, ada kebenarannya.

5. Metodologi Laporan GCI ini menggunakan 30% data statistik dengan 33 kriteria, 70% data kajian (survey) dengan 78 kriteria daripada pungutan pandangan pihak Eksekutif.
6. Laporan ini juga menekankan aspek faktor-faktor pengupayaan (enabling factors) yang mampu menjana pertumbuhan yang mapan dan bersifat jangka sederhana dan jauh dengan menggunakan 11 tonggak kritikal (pillars) dengan 111 indikator penting.

7. Dengan pencapaian yang tidak memberangsangkan ini, rakyat ingin tahu apakah lagi kelemahan GTP dan ETP yang menjadikannya tidak mampu menjana daya saing yang diharapkan Najib dan pemimpin Umno-BN kini?

8. Lebih khusus lagi, Malaysia mengalami kejatuhan dalam 77 indikator dan penambahbaikan dalam 48 indikator, dengan 23 tidak berganjak atas apa jua sebabnya. Kejatuhan markah Malaysia dari 5.08 dalam tahun 2011 kepada 5.06 tahun ini mengakibatkan juga Malaysia dipintas oleh beberapa Negara seperti Korea, Luxembourg, New Zeland dan UAE.

9. Sementara kita bersedia mengiktiraf PEMANDU dalam apa yang jua yang baik dari segi pencapaian negara (dalam laporan ini), namun yang ketara ialah lebih banyak perkara menyinggung ekonomi dan program transformasi kerajaan, yang nampaknya menunjukkan kemerosotan daya saing.

10. Contoh-contoh kegagalan Negara adalah dalam hal 'Kedudukan Imbangan Belanjawan Negara' dalam Strategic Reform Initiatives (SRI) yang merudum dari tangga 110 ke tangga 96, 'Pengurangan Jenayah dan Keganasan' di bawah NKRA yang jatuh dari tangga 69 ke 63, dan 'Kerancakan Persaingan Tempatan' yang jatuh dari 36 ke 26.

11. Penelitian yang lebih terperinci akan menyerlahkan bahawa indikator-indikator penting yang disebutkan contoh-contohnya ini, mampu memahamkan kita bahawa 'transformasi ekonomi' negara bakal gagal kalaulah kerajaan Najib ini hanya ghariah dan cepat untuk mewar-warkan pelbagai projek mega dalam infrastruktur dan pembinaan, sementara gagal meletakkan asas-asas atau penekanan yang lebih kukuh dan mapan dalam menjana pertumbuhan mapan yang bersifat jangka panjang.

12. WEF telah mengenalpasti bahawa antara faktor yang merencat pencapaian prestasi ekonomi sesebuah negara ialah birokrasi kerajaan yang tidak efisien dan system 'delivery' yang lemah, rasuah dan ketirisan, ketidakcukupan tenaga berketerampilan dan berpendidikan tinggi, etika kerja yang tidak mantap dan peraturan dan undang-undang buruh yang terlalu menyekat.

13. Sebaliknya pula, negara-negara yang berkedudukan tinggi seperti Switzerland yang menduduki tangga daya saing pertama, diikuti oleh Singapore, Finland, Sweden, Netherlands, Germany, US, UK, Hong Kong dan Japan mempunyai ciri-ciri yang berbeza.

14. Negara-negara ini, berbeda dengan Malaysia, dikesani sebagai memiliki kelebihan dan kelainan seperti persaingan pasaran yang rancak (intense) dan efisien (tidak diherot oleh monopoli dan oligopoli serta amalan kronisme) dan mempunyai iklim serta kerangka bisnes yang mesra dan sangat membantu, di samping mempunyai daya penyelidikan dan inovasi serta kehadiran ramai pekerja 'berpengetahuan' dan ' enterprising' (daya keusahawanan yang tinggi).

15. Najib wajar tahu bahawa tidak akan dapat dikeluarkan negara daripada 'kereputan' dan 'kelembapan' ekonominya akibat telah terlalu dikongkong dengan budaya 'kronisme' yang mencekik dan membunuh persaingan sihat dan mengherot pasaran menjadikannya kerap tidak efisien dengan monopoli-oligopoli, dan 'subsidi yang regresif' yang menguntungkan golongan yang kaya dan pihak yang punya pertalian politik serta bisnes dengan penguasa BN.

16. Najib wajar tahu bahawa segala cita-cita besarnya tentang transformasi akan gagal seandainya tidak didahulukan dengan Reformasi yang 'genuine' dan menyeluruh dalam aspek politik, penambahbaikan institusi-institusi kritikal negara agar benar-benar bebas dan berintegriti tinggi (SPR, SPRM, PDRM, Judisiari) dan etika serta sikap penguasa serta pihak birokrat yang semestinya bebas rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

17. Tidak guna kalau secara zahir komited dengan system 'Tender Terbuka', tetapi telah awal awal lagi mengurniakan kontrak kepada kroni seperti dalam kes pemberian kontrak kepada konsortium George Kent dalam RM1 bilion LRT Ampang, mengulangi tabiat lama mengurniakan kontrak dalam kes MRT SBK (Sungai Buloh-Kajang) sedikit waktu dahulu.

Terlalu panjang senarai buruk amalan Umno-BN yang mesti dipertanggungjawabkan. Sampai bila mahu begini? Pemberian pelbagai projek mega MRT, Suruhanjaya Tenaga (EC) dalam pembaharuan kontrak IPP dalam waktu terdekat akan ditunggu semua pihak dan akan dinilai dalam World Competitiveness Yearbook (WCY) oleh Institute for Management Development (IMD) dan 'Doing Business' Report (DB) oleh Bank Dunia, disamping GCR oleh WEF.

18. Najib dan BN tidak akan belajar untuk mengalami serta menghayati 'Reformasi Sebenar' selagi mereka tidak dikalahkan dalam satu pilihan raya kerana jelasnya keputusan PRU ke-12 belum cukup parah untuk mengajar mereka.

19. Maaf, saya terpaksa sifatkan tabiat Najib-BN ini persis seumpama seorang 'Penagih Tegar' yang meskipun telah cuba berubah dengan memakai kopiah dan menunjukkan bahawa beliau telah 'reformed' namun sebaik sahaja wujud 'peluang', akan terus 'tersungkur' akibat daya kekebalan 'ketahanan' yang sangat rapuh untuk 'terjerumus' kembali buat kesekian kalinya kepada cara dan tabiat lamanya! 'NFC' adalah lambang 'penagihan tegar' Umno dan 'PKFZ' akan menjadi simbol kesepaduan pimpinan BN 'merompak' negara.

20. Umno sejak tiga dekad mutakhir ini telah dihinggapi kebejatan Rasuah dan kerasukan tamak haloba sehingga telah menjadi sinonim parti Melayu terbesar ini dengan narratif sedih dan mengecewakan ini. Mengeluarkan negara daripada kebejatan ini bagi memungkinkan daya saing negara dilonjakkan menuntut supaya Umno-BN ditangani terlebih dahulu atau bersama-sama daripada kebejatan rasuah dan salah-guna kuasa yang menjadi kelaziman dan darah-daging sebahagian besar kepimpin tertinggi dan menjangkit hingga ke akar umbinya.

Dr Dzulkelfy Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Harga Kad Raya & Banner FELDA Pun Kroni Isa Samad Kaut Untung Gila Babi

Posted: 10 Sep 2012 08:31 PM PDT

24 Syawal 1433H. [MOD] -

Jabatan Seranta Felda di Jabatan Perdana Menteri mengemukakan permohonan peruntukkan yang tidak munasabah untuk kad raya Perdana Menteri kepada warga Felda dengan kos keseluruhan berjumlah RM494,560.

Cetakan kad raya sebanyak 175,000 unit ini diserahkan kepada warga Felda sempena Aidilfitri tahun ini.

Ketirisan ini didedahkan oleh Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK), Mazlan Aliman dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS hari ini berjumlah RM494,560.

Menurutnya, Jabatan Seranta di bawah kendalian Pengarahnya, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid merupakan 'lubuk politik' Umno-BN di Felda dibawah teraju Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

"Tanyalah mana-mana kedai, kalau cantik sekalipun (kad raya) dengan kuantiti lebih 100,000 tidak lebih RM1.00 satu kad raya. Tetapi untuk 175,000 unit, mereka mohon peruntukkan RM2.50 untuk satu kad.

"Banner hari raya pula dengan saiz standard biasanya tidak lebih RM100 tetapi peruntukkan yang dipohon untuk 317 rancangan Felda, mereka mohon RM180.00 untuk satu banner.

"Jumlah permohonan dan kos yang dipohon serta yang diluluskan oleh oleh Tan Sri Isa Samad kepada Seranta berjumlah RM247,280," katanya.

Jelas beliau, perkara sebegini jelas menunjukkan Tan Sri Isa Samad dan kroni sedang bermaharajalela mengaut keuntungan dengan menyalahgunakan wang peneroka.

"Sekarang ini timbul persoalan adakah Felda ini jadi satu badan atau syarikat macam wilayah autnomi yang tidak ada siapa pantau kerana duduk dibawah PM.

"Sudah dedah banyak kali tentang Felda tapi tidak ada laporan audit atau mana-mana pihak tentang Felda ini. Kalau begini cara habis duit peneroka," tegas Mazlan.

Tegas beliau, tindakan ini nyata tidak beretika sedangkan adalah lebih baik jumlah besar sedemikian diperuntukkan kepada Skim Perumahan Peneroka.

Kini, permohonan peneroka berhubung Skim Perumahan Peneroka yang mula diperkenalkan ketika Felda di bawah pengurusan Tan Sri Yusof Noor masih belum mendapat maklum balas selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holding pada 28 Jun lalu.

Katanya, pengurusan Felda cuba berbohong dengan mengemukakan permohonan semula kepada peneroka dan sehingga kini tidak ada satu permohonan yang diluluskan. -selangorku

Nasib Kg Baru dalam bahaya jika BN menang

Posted: 10 Sep 2012 08:28 PM PDT

24 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Isu Kampung Baru membuktikan bahawa Umno telah gagal dalam membela hak rakyat khususnya orang Melayu di negara ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, isu ini juga menjadi tanda aras kezaliman kerajaan Umno terhadap rakyat.

Menurutnya, penduduk Kampung Baru dinafikan hak terhadap tanah mereka sendiri semata-mata kerana memberi laluan kepada pembangunan.

Sebaliknya, pemaju dimanjakan dengan pelbagai kemudahan manakala pemilik dan pewaris dibiarkan mereka tanpa sebarang pembelaan sewajarnya.

"Ternyata slogan Rakyat Didahulukan serta Janji Ditepati hanyalah kata-kata manis yang indah diucapkan di lidah pemimpin mereka, hakikatnya ia adalah suatu yang pahit untuk ditelan apabila menghadapi kenyataan," katanya.

Keperihatinan PR

Dalam pada itu beliau bekata pihaknya menyokong penuh kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat yang akan membatalkan Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu 2011 serta merta jika diberi mandat membentuk Kerajaan Persekutuan.

"DPPKT merakamkan penghargaan setingginya atas keprihatinan pemimpin Pakatan Rakyat yang berusaha memberi jaminan Akta PPKB 2011 akan dibatalkan dan seterusnya akan dikembalikan kepada pemilik dan pewaris Kampung Bharu.

"Dalam keadaan isu ini didiamkan dari pengetahuan rakyat, pemimpin PR terus memainkan isu ini sebagai agenda penting PR bagi memastikan ianya terus bermain di bibir rakyat," ujarnya.

Kenyataan itu sebelum ini dilontarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi jaminan untuk membatalkan akta ini jika Pakatan Rakyat mendapat mandat memerintah Malaysia dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

"DPPKT merasakan kenyataan inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat khususnya pemilik Kampung Bharu," katanya.

Pastinya kenyataan ini akan melegakan penduduk Kampung Bharu keranan jaminan bahawa tanah milik mereka akan dikembalikan kepada mereka setelah dizalimi oleh kerajaan BN.

harakahdaily/-

Mesir adakan pertemuan empat hala

Posted: 10 Sep 2012 08:19 PM PDT

24 Syawal 1433H. [MOD] -

UTUSAN PBB/Liga Arab, Lakhdar Brahimi (kiri) menemui Presiden Mesir, Mohammed Morsi di Kaherah semalam.

KAHERAH - Kementerian Luar Mesir semalam mengesahkan bahawa pihaknya menjadi penganjur pertemuan empat hala bagi menamatkan konflik di Syria selepas Iran bersetuju menyertai rundingan berkenaan.

Dalam satu kenyataannya, kementerian itu menyatakan, delegasi dari Turki, Iran dan Arab Saudi dijadualkan bertemu semalam bagi menangani situasi yang semakin buruk di Syria dan mengakhiri penderitaan rakyat Syria serta menamatkan pertumpahan darah melalui proses politik.

Pertemuan empat hala itu merupakan yang pertama melibatkan kumpulan hubungan di rantau Arab berhubung isu Syria.

Ia dicadangkan oleh Presiden Mesir yang baharu, Mohamed Morsi pada persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam di Arab Saudi.

Berlangsung pada Ogos lalu, persidangan tersebut membuat keputusan untuk menggantung keanggotaan Syria dalam organisasi berkenaan.

Pegawai Kementerian Luar Mesir, Nazih Al-Naggari dipetik sebagai berkata, para delegasi akan bertukar-tukar pendapat berhubung perkembangan tragis di Syria dan cara menamatkan pertumpahan darah serta mencapai aspirasi rakyat Syria.

Menurutnya, Mesir akan mengusahakan satu konsensus untuk segera menamatkan pembunuhan dan keganasan, mengekalkan penyatuan, kedaulatan dan integriti wilayah Syria di samping menolak campur tangan tentera asing di negara berkenaan.

Ia juga akan melancarkan proses politik dengan penyertaan daripada semua segmen masyarakat Syria.

Pada masa yang sama katanya, pertemuan itu turut menyokong usaha Arab dan antarabangsa bertujuan untuk menamatkan krisis di Syria termasuk misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) /Liga Arab yang diketuai oleh Lakhdar Brahimi.

Terdahulu, Kementerian Luar Iran dalam satu laporan menyatakan, Timbalan Menteri Luar, Hossein Amir Abdollahian telah meninggalkan Teheran menuju ke bandar raya ini bagi menyertai rundingan berkenaan.

"Penglibatan Iran dalam pertemuan ini adalah dalam rangka kerja untuk menyelesaikan krisis Syria dan mendengar usul Mesir," kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Ramin Mehmanparast.

Perkembangan tersebut berlaku ketika tentera rejim Presiden Bashar- Al Assad menguasai semula beberapa berek tentera di bandar raya Aleppo selepas berlaku pertempuran sengit selama beberapa hari dengan pemberontak.

"Tentera Syria kini menguasai sepenuhnya berek tentera Hanano selepas pertempuran tamat pada malam semalam," kata satu sumber kepada agensi berita AFP dari dalam berek berkenaan.

Pada Jumaat lalu, pejuang-pejuang pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria melancarkan serangan bertujuan untuk menawan pangkalan tentera berkenaan yang terletak di timur Aleppo.

Dalam pada itu, kumpulan Pemerhati Syria Bagi Hak Asasi Manusia menyatakan, lebih 23,000 nyawa melayang sejak rakyat Syria bangkit menentang Bashar pada Mac tahun lalu kerana menuntut pembaharuan demokrasi. - Agensi

Tiga Restoran Shahrizat Di Singapura Ditutup

Posted: 10 Sep 2012 08:17 PM PDT

24 Syawal 1433H. [MOD] -

Tiga restoran di Singapura yang dimiliki oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil dilaporkan ditutup, dan berakhirnya perniagaan keluarganya di republik tersebut.

Akhbar Straits Times di Singapura melaporkan, restoran tersebut, Meatworks, Brawn Steakhouse dan Churrascaria Senor Santos telah tutup selepas pasar raya Farmhouse telah ditutup di Rochester Mall di Buona Vista.

Akhbar itu melaporkan Meatworks telah menutup cawangannya di ION Orchard pada 4 September dan Brawn Steakhouse cawangan Marina Bay telah ditutup pada Julai, yang akan digantikan oleh Erwin's Gastrobar.

Keluarga ketua wanita Umno itu telah dituduh oleh pembangkang kerana menyalahgunakan dana kerajaan persekutuan untuk Syarikat Fidlot Kebangsaan (NFCorp) yang menguruskan projek penternakan lembu negara untuk kepentingan peribadi, yang mereka nafikan, bagaimanapun mereka mengakui sebahagian dari dana itu digunakan untuk membeli kondominium mewah di Bangsar dan Singapura.

Rentetan dari kontroversi itu menyebabkan tekanan kepada Shahrizat untuk meletakkan jawatan sebagai menteri wanita, keluarga dan masyarakat pada 11 Mac yang lalu.

Sehari kemudian, suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah didakwa atas pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat melibatkan RM49 juta dana persekutuan yang diberikan kepada NFCorp.

Tarikh perbicaraan akan berlangsung pada 5 November.

Ketika dihubungi oleh pengurus Meatworks di Mont Kiara mengesahkan bahawa cawangannya di Singapura telah ditutup tetapi tidak diberitahu maklumat selanjutnya.

Skandal NFCorp juga dijangka menjadikan undang-undang melindungi pengadu dalam keadaan samar selepas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli didakwa pada 1 Ogos kenana mendedahkan data NFCorp. -TMI

Tiada ulasan:

Nuffnang