Mohamad Taufek Abd Ghani |
Komik Kucing pun tahu sayang Rasulullah Posted: 11 Aug 2012 11:50 PM PDT Siri komik yang dihasilkan oleh Ustaz Zakaria Talib (Ibnu Zakirin) dari Kg Air Melintang, Kota, Negeri Sembilan. Cetakan terbaru berjudul NAK IKUT SIAPA? Siri 1, 2 dan 3. Antara yang menarik dalam komik tersebut ialah ; ~ Hukum memakai selipar orang lain tanpa izin ~ Jenis-jenis salam zina ~ Kesalahan ketika ziarah rumah orang ~ Cara menipu diri ~ Kedudukan butang baju dan kocek ~ Ilmu yang tak diamal ~ dan banyak lagi Cuma RM5 senaskhah, edisi dan cetakan terhad. Untuk mendapatkannya sila hubungi Ustaz Zakaria di 019-2865129 |
Sungai tempat kelahiran MB N.Sembilan tercemar Posted: 11 Aug 2012 07:54 PM PDT Semoga rintihan dan masalah yang dihadapi sejak beberapa tahun lalu oleh penduduk Kg Kundur, tempat kelahiran YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan yang juga merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan, mendapat perhatian semua pihak yang berkaitan. Air sungai berubah kehitaman 12 Ogos 2012 REMBAU – Penduduk di beberapa perkampungan berdekatan Kundur bimbang dengan keadaan air sungai yang dipercayai tercemar dan berwarna kehitaman sejak beberapa tahun lalu. Salah seorang penduduk, Bahadin Md Seh, 73, berkata, dia menyedari keadaan sungai berkenaan mulai berubah warna sejak beberapa tahun lalu dan dipercayai berpunca dari sebuah kilang kelapa sawit berdekatan lokasi perkampungan berkenaan. "Susulan keadaan air sungai yang berubah warna dan kotor selama beberapa tahun itu, ternakan seperti lembu serta kerbau juga tidak mahu minum air sungai yang mana ia menguatkan lagi keyakinan penduduk sungai di lokasi ini semakin tercemar," katanya. Bagi Ramlan Darmin, 47, dia sebagai penduduk bimbang sekiranya air sungai kotor dan tercemar berkenaan akan mengundang penyakit kepada penduduk terutamanya yang sememangnya gemar mandi di situ. "Anak-anak pun dah takut nak mandi air sungai, takut dapat penyakit dan lebih ketara lagi, jika dahulu penduduk boleh menangkap pelbagai jenis ikan kini aktiviti berkenaan tidak dapat dilakukan lagi," katanya ketika ditemui di lokasi berkenaan, dekat sini, kelmarin. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kundur Hulu, Zubir Jamal berkata, dia ada menerima aduan daripada penduduk yang bimbang dengan masalah sungai tercemar berkenaan. Menurutnya, perkara berkenaan sudah berlanjutan agak lama, bagaimanapun tiada aduan yang diketengahkan penduduk ke pihak Jabatan Alam Sekitar (Jas) dan berharap agar ia dapat disiasat oleh pihak berkaitan. "Sungai yang tercemar ini melibatkan sungai kundur sepanjang lima ke enam kilometer dan seterusnya mengalir ke sungai Kundur Tengah, Kundur Hilir terus sampai ke Lubok China," katanya. Biografi YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan Beliau dilahirkan di Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Mei 1956. Bersekolah di Rantau dan Sekolah Menengah Tengku Durah, Seremban, melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada tahun 1977. http://mbn9.com/biografi/ |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan