Jumaat, 24 Ogos 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


Pengundi muda atas pagar dan wanita, kunci kemenangan PRU 13

Posted: 23 Aug 2012 08:34 PM PDT


KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Satu daripada sepuluh pengundi dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang adalah pengundi kali pertama dan di mana mereka bersandar akan menentukan siapa yang mengambil Putrajaya.

Penentuan takdir Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) sudah terkunci dalam perebutan mendapatkan sokongan menjelang pilihan raya akan dating  — dikatakan sebagai ibu segala pilihan raya.
Penganalisis politik dan pemerhati mengatakan golongan atas pagar — terutama wanita yang bekerja di rumah dan pengundi muda — akan menjadi penting dalam menentukan keputusan pilihan raya, perlu diadakan selewat-lewatnya pada April 2013.

"Mereka (pegundi atas pagar) akan menentukan siapa bakal menang atau kalah oleh kerana terdapat jumlah besar kerusi (dalam PRU lalu) dimenangi dengan margin kecil," kata Ibrahim Suffian dari Merdeka Center.

Anwar Ibrahim menganjurkan live chat di Google Hangout dalam usaha untuk menarik pengundi muda.
Sehingga akhir tahun lepas, bilangan pengundi yang layak telah berkembang daripada 10.9 juta pada 2008 kepada 12.2 juta rakyat Malaysia, peningkatan sebanyak 1.3 juta.
 
Jumlah pengundi akan bertambah jika pilihan raya diadakan pada tahun hadapan.

Rabu lalu, DAP dilihat sebagai yang pertama melihat kepentingan pengundi baru apabila mereka melancarkan kempen nasional bagi menggalakkan pendaftaran pengundi.

DAP berkata mereka akan membuat satu usaha terakhir bagi mendaftarkan lebih ramai pengundi baru dalam usaha untuk mengatasi kelebihan tipis dalam undi popular BN menangi berbanding PR pada PRU 2008.
baca seterusnya di sini

Tiada ulasan:

Nuffnang