DUN BUKIT PAYONG |
Projek untuk memecahkan Pakatan Rakyat Posted: 27 Aug 2012 06:07 PM PDT PAS merupakan parti yang sangat setia dengan perjanjiannya. Pimpinan PAS perlu dipuji dengan akhlak mulia dalam memperteguh dan memperkukuh pakatan dan tahaluf siasii ke arah menuju kemenangan Islam. PAS dan pimpinan tidak akan mengkhianati perjanjian dan tahaluf ini, walaupun sejarah pernah membukti PAS telah dikhianati rakan tahaluf politik seperti UMNO dan Semangat 46. Pengalaman pahit dengan pengkhianatan rakan tahaluf, tidak pernah mematikan perjuangan dan perjalanan politik PAS. PAS terus mengajak rakan tahaluf siasi agar menghormati dan bertasamuh dengan segala perselisihan dan kekhilafan idealogi dan bersepakat untuk bekerjasama dalam perkara yang dipersetujui bersama. Kenapa beberapa orang pimpinan DAP dan PKR tidak boleh berdiam diri untuk tidak terus mempertikai Negara Islam dan perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah Islam ? Marilah kita tumpukan tindakan untuk menggenggam jari jemari untuk membuatkan satu penumbuk kukuh dan kuat bagi menjatuhkan Barisan Nasional dan UMNO dalam PRU 13. Dalam kitab dongeng 'Kalilah wa Dimnah' terdapat satu cerita menarik yang dapat kita jadikan pengajaran berharga dalam menjalani tahalauf siasi. Ringkasan cerita itu adalah seperti berikut ; Konon ada seekor singa dan tiga ekor sapi yang berbeza-beza warnanya. Seekor berwarna putih, dan yang dua berwarna hitam dan merah. Keempat haiwan ini hidup di tengah-tengah hutan. Singa tidak dapat menerkam salah satu dari tiga sapi tersebut, kerana ketiga sapi bersatu dan saling bekerjasama menjaga antara satu sama lain. Singa mempunyai niat jahat, dia memujuk dua ekor sapi yang berwarna hitam dan merah untuk pergi menikmati keindahan hutan dan mencari makan. Kedua sapi itu dengan senang hati pergi berkeliling hutan. Sang singa gembira kerana ia punya kesempatan untuk memangsa sapi yang berwarna putih, kerana sapi itu hanya sendirian. Setelah memangsakan sapi putih, sang singa mengejar kedua sapi yang tadi pergi. Singa mendatangi sapi hitam dan berkata : "Aku mempunyai cadangan, bagaimana kalau aku membunuh sapi merah dan kemudian harta di hutan ini, kita bahagi antara kita berdua. Ini tentunya lebih menguntungkan kamu daripada harta di hutan ini dibahagikan menjadi tiga bersama sapi merah." Sapi hitam bersetuju dangan cadangan singa itu dan akhirnya sang singa menerkam sapi merah. Sekarang di hutan itu hanya ada seekor sapi hitam dan seekor singa. Dan di saat singa mulai lapar tidak ada lain melainkan dia mesti memangsakan sapi hitam tadi. Ketika singa hendak menerkamnya, sapi hitam mengingatkannya perjanjian yang pernah disepakati kedua, namun singa tidak ingat dengan janjinya. Maka di waktu itu, sapi hitam baru menyedari bahawa dia dibohongi oleh sang singa, dan sang sapi hitam pun berkata : "Sebenarnya aku telah mati di saat singa menerkam sapi putih kawanku." Pengajaran cerita ini sangat mudah difahami oleh mereka yang melalui pergolakkan politik negara hari ini. Barisan Nasional sangat menyedari kekuatan PAS dan pengundi melayu. UMNO hanya mengharapkan sokongan pengundi melayu untuk meneruskan UMNO berada di persada politik tapi musuh sebenar UMNO ialah PAS. Jika PAS kalah bererti UMNO menang, maka UMNO berjaya menolak segala usaha PAS ganti UMNO. Bagaimana UMNO bagaikan sang singa tadi mahu menjauhkan sokongan melayu dan rakyat terhadap PAS ? Bila PAS gagal menjatuhkan UMNO, bermakna UMNO terus berkuasa. Pakatan Rakyat juga tidak akan kuat, jika PAS lemah dan tidak mendapat sokongan rakyat dan pengundi melayu. UMNO akan pastikan rakyat dan pengundi melayu tidak mempercayai PAS untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan syariat Islam, akhirnya rakyat dibutakan oleh media pro UMNO dan terus menyokong UMNO yang penipu dan zalim. Jika PAS ditolak oleh rakyat, maka PKR dan DAP tidak akan memerintah juga kerana PAS sahaja insyaAllah yang mampu menjatuhkan UMNO yang menjadi parti tulang belakang dalam Barisan Nasional. Patah tulang belakang, nescaya lumpuh Barisan Nasional selepas PRU 13. Takbir.....!!! Ustaz Mohd Nor Hamzah 8 Syawal 1433 |
You are subscribed to email updates from DUN BUKIT PAYONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan