Khamis, 30 Ogos 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


MB: Sewa bas PRU13 tak guna duit kerajaan

Posted: 30 Aug 2012 01:12 AM PDT

11 Syawal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, kos sewa bas dua tingkat, yang akan digunakan Pakatan Rakyat (PR) sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor.

Katanya, bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya beliau sendiri tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.

"Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri.

"Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Ketua Umum PKR, Seri Anwar Ibrahim.

sinar harian/-

Kes Amuk Putrajaya: Muhdalena Hadir Di Mahkamah Pakai Topeng Power Rangers

Posted: 30 Aug 2012 01:03 AM PDT

11 Syawal 1433H. [MOD] -

Putrajaya - Wanita yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) awal Julai lalu memakai topeng 'Power Rangers' warna merah bagi mengelak wajahnya dirakam media selepas selesai sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Gambar: Muhdalena Ahmad dilihat hadir ke mahkamah berbaju dan bertudung merah, ditemani bapanya, sempat menunjukkan isyarat keamanan ketika wajahnya cuba dirakam media.

Pada prosiding semalam, mahkamah mengarahkan wanita itu, melantik peguam secepat mungkin.

Hakim Mohd Kafli Che Ali berkata, mahkamah memberi tempoh dalam masa satu bulan untuk dia melantik peguam supaya semua isu berkaitan dokumen-dokumen kes itu boleh diselesaikan sebelum tarikh bicara ditetapkan.

Mahkamah turut menetapkan tarikh 12 September depan untuk pengurusan kes berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nor Mazrah Ahmad Din berkata, tertuduh perlu melantik peguam dan menyelesaikan segera perkara-perkara yang dipersetujui antara pihak pendakwaan dengan tertuduh sebelum perbicaraan.

Menurutnya, terdapat pindaan dalam kanun prosedur jenayah yang menyatakan, kes perbicaraan perlu dilaksanakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh didakwa.

Pada 19 Julai lalu, Muhdalena Ahmad, 28, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu mengugut polis dan membawa pedang.

Prosiding pendakwaan ketika itu terpaksa dijalankan di Hospital Putrajaya kerana dia sedang dirawat selepas cedera dalam kejadian amuk berkenaan.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu.

Kesalahan pertama didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dia diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Pada kejadian tersebut, dia bersama dengan Khalil Afandi Hamid, 47, mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang, namun Khalil mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala Muhdalena turut terkena tembakan di paha kanan. -SH


Panjat gunung batu untuk gambar perkahwinan

Posted: 30 Aug 2012 12:50 AM PDT

11 Syawal 1433H. [MOD] -

PASANGAN pengantin, Bob Ewing dan Antonie Hodge merakamkan gambar perkahwinan mereka di puncak gunung batu Seneca Rocks di Virginia Barat.

CHARLESTON - Sejauh manakah anda sanggup lakukan untuk mengabadikan ikatan perkahwinan anda?

Di Amerika Syarikat (AS), sepasang pengantin baharu, Bob Ewing dan isterinya, Antonie Hodge bertindak mendaki sebuah gunung batu setinggi 275 meter dengan lengkap berpakaian pengantin.

Mereka berbuat demikian untuk merakam gambar perkahwinan yang unik dan luar biasa.

Walaupun berdepan kesukaran, usaha pasangan itu berbaloi apabila gambar perkahwinan mereka ditonton lebih 500,000 kali di internet.

Gambar perkahwinan yang dirakam itu menunjukkan lokasinya adalah di puncak Gunung Seneca di negeri Virginia Barat.

Idea untuk mendaki gunung yang curam dan sempit itu datang daripada pengantin perempuan ekoran ibunya, Evangeline Hodge merupakan seorang pendaki gunung.

Turut sama melakukan pendakian termasuklah ibu pengantin perempuan dan rakan-rakan mereka yang juga merupakan pendaki amatur.

"Saya perlu membuktikan kepada diri sendiri bahawa saya mampu mendaki gunung batu ini," kata Hodge.

Mereka melakukan pendakian tersebut baru-baru ini dengan bantuan tali dan abah-abah. - Agensi

[TERKINI] Saham FGVH Turun Tanpa Henti. Dari Haramjadah ke Makhluk Perosak.

Posted: 30 Aug 2012 12:43 AM PDT

11 Syawal 1433H. [MOD] -

(Pagi ini jam 11.19 am, saham FGVH turun ke paras RM4.99 -GB)

PM Najib buat hal lagi. Mahu menipu peneroka. Tapi mungkin jugak pemimpin UMNO bersangkaan peneroka amat mudah ditipu. Maklum sahajalah- peneroka. Habis kuat ada sijil SRP- Sijil Rendah Peneroka. Terror sikit ada STPM= Sijil Tinggi Peneroka Malaysia. Inilah peneroka yang dimuliakan. Barsian depan transformasi ekonomi Najib.

Kali ini dia kata Felda akan mebiayai keseluruhan pembelian saham oleh peneroka. Apa pasal sekarang baru hendak umumkan? Mengapa tidak ketika saham belum disenaraikan? Apa sebab boring pinjaman bank ketika itu diedarkan keseluruh kawasan Felda?

Sebab baru sekarang dia sedar peneroka bersungut. 810 unit saham rupa2 nya kena beli oleh mereka.

Borang pinjaman bank dalam Bahasa Inggeris diedarkan sebelum FGVH di senaraikan. Yuran pinjaman RM200. Setiap keluarga yang beli 810 unit kena bayar RM 4.55 x 810= 3685.50. takpe, sebab bank pinjam penuh 100%. Lagi pun setelah 6 bulan dijual, peneroka tak rugi apa apa.

Harga hari ini ialah RM 5.02. tak sampai 6 bulan pun. Najib dah panic. Hendak menyampai 6 bulan, takut saham turun rendah dari harga senarai RM 4.55 seunit.

Rupa2 nya peneroka dok pakat ramai2 jual saham. Mereka pun pandai dan bijak rupa nya. Baik jual sebelum harga jatuh. Nanti kena bayar RM 50 sebulan tak pasal pasal.

Pada harga RM5.02 bermakna premium sebanyak RM0.47. atau 47 sen. Banyak tu. Dengan 810 uni saham yang dia ada, peneroka dapat RM380.70 sen. Tolak RM200, dapat untung berseih sebanyak RM 180.70. Ya Rabbi. Ya Ampuun. Syukur kepada UMNO BN. Hidup Najib yang telah memberi kami RM180.70 kerana kami peneroka. Mana ada pemimpin murah hati macam ini dalam dunia. Malaysia boleh.

Gostan kata Najib. Mampuih aku macam ini. kalau peneroka hanya untung RM180, mereka akan bunuh kita. Sembunyikan C4 semua!

Elokah kita menipu mereka sekali lagi ya PM kata Isa Samad. Macam mana? Kita biayai pembelian saham tersebut. Kita suruh dia orang bayar RM50 je sebulan. Setahun baru RM600. Cara demikian, peneroka yang bodoh tu sangka, mereka dapat durian runtuh. Kita akan kata mereka dapat saham 810 percuma. Situ dah ada nilai RM 3645.50. campur untung hari ini sebanyak RM 380.70 , untung besar sebanyak RM 4026.

Kita buat gitu je. Peneroka bukan cerdik sangat. Dapat RM 4000 tentu mereka suka. Jilat bontot den pun dia oghang mau punya.

Jadi apa yang sudah Najib lakukan? Pertama rasuah pendahuluan sebanyak RM 15000 setiap keluarga. Ertinya, kerajaan berbelanja sebanyak RM15000 x 112, 635= RM1.6895 billion. Ketajaan tidak cop duit. Mereka kena pinjam dari bank. Mungkin ini yang meyebabkan kerajaan menanggung hutang yang sudah mencecah 55% dari KNK. Ini tahap yang dibenarkan oleh parlimen.

Kemudian, kerajaan Najib beri bonus raya sebanyak lebih kurang RM383 setiap keluarga peneroka. Ini bermakna kerajaan belanja lagi sebanayk RM380 x 112, 635= 43 juta.

Nah sekarang Pak Najib mahu biayai semua pembelian saham tersebut. Jumlah saham yang di keluarkan untuk penroka ialah 91.2 juta unit saham. Jika seunit harga nya RM 4.55, kerajaan terpaksa belanja 91.200,000 x 4.55= 414.960 juta. Wah banyak tu.

Jadi kita ulang sekali lagi. Najib terpaksa berbelanja sebanyak:-
· RM1,680 juta( rasuah pendahuluan).
· Bonus raya = 43 juta.
· Pembiayaan penuh RM 415 juta.

Haramjadah punya peneroka. Aku terpaksa belanja RM 2.138 billion semua nya. Kalau tak dapat undi jugak, terpaksa lah kita berhimpunan agong di Sungai Buloh nampak nya tahun hadapan.

Apa yang nak dirisaukan? Bukan kah Felda mendapat pulangan sebanyak RM 5.99 billion dari penjualan saham FGV?

Hmm. cuba lihat. Kalau tolak RM2.14 billion dari hasil ini, Felda tinggal baki sebanyak RM 3.85 billion. Bayar hutang EPF sebanyak RM 3 billion, baki nya 850 juta. Mampuih Felda. Kos menampung Felda setiap tahun ialah RM3 billion.

Sewa tanah 360,000 hektar kat FGV selama 99 tahun ialah RM698/hektar. Situ dah ada 251.2 juta. Ok lah tu. Kongsian tetap dari hasil perniagaan FGV. Juta juta. Biliun biliun, pasti cukup punya.

Celaka betul. Mengapa RM698/hektar? Boustead sewa lading pada harga RM3500/hektar.

kelab grenboc/-

Auku: UM maju laksanakan undang-undang lapuk

Posted: 30 Aug 2012 12:39 AM PDT

11 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Nurul Izzah Anwar memuji langkah Universiti Malaya yang telah maju ke hadapan dalam melaksanakan perubahan berdasarkan undang-undang walaupun ia lapuk dan mencacatkan proses transformasi yang diuar-uarkan selama ini.

Naib Presiden PKR itu menyatakan demikian sebagai merujuk kepada perkembangan terkini berkenaan perlaksanaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) di Universiti Malaya yang telah mengemaskini peraturan tatalaku para mahasiswa berkenaan penglibatan dalam arena politik.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya Universiti Malaya tidak bermuka-muka dalam menegaskan pendirian anti-demokratiknya dalam penguatkuasaan Auku.

Menurutnya, Auku mengandungi sekatan yang merugikan dan menafikan para mahasiswa sebuah pendidikan yang lebih holistik.

Katanya lagi, Auku telah mematikan nadi yang memperkasakan para mahasiswa sebagai sebuah entiti berintelek tinggi yang mempunyai hak demokrasi dan budaya pembelajaran yang perlu dihormati oleh setiap individu, selaras dengan hak-hak yang digariskan di dalam Perlembagaan Malaysia.

"Sedang pihak universiti mempraktikkan perlaksanaan undang-undang yang lapuk ini, harus dipersoalkan, adakah Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih efektif memandangkan keputusan oleh sayap Pemudanya untuk mengambil langkah mendekati para Mahasiswa di IPTA walaupun tidak mendapat sebarang restu dari Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi?" tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Justeru, beliau ingin menegur pengamalan dwistandard dalam perlaksanaan undang-undang yang lapuk ini kerana ternyata sayap Pemuda Umno menyetujui langkah proaktif PKR yang telah menubuhkan Mahasiswa Keadilan dengan lebih awal.

Katanya, initiatif sayap Pemuda Umno untuk mendekati para mahasiswa bagi mendapatkan sokongan politik adalah bukti sokongan mereka terhadap memperkasakan para mahasiswa dari cengkaman Auku.

Justeru, sebagai langkah susulan, Nurul Izzah menjemput Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah untuk bersama-sama mengambil langkah proaktif dalam kewujudan kaukus penggantian Auku dalam sidang Parlimen seterusnya untuk menangani isu ini.

Katanya, jelas terdapat persefahaman bahawa para mahasiswa harus bebas dalam perjuangan mereka dalam meningkatkan kesedaran sosial dan perlunya mereka mengambil bahagian dalam pembangunan negara dengan lebih aktif berbanding dengan peranan pasif yang dikelolakan oleh Umno BN melalui cengkaman Auku.

Beliau menegaskan PKR tetap dengan pendiriannya bahawa tatakelakuan yang baru dikemaskini berdasarkan Auku adalah tidak relevan dan menyekat semangat kebebasan akademik.

Katanya, PKR akan meneruskan perjuangan dengan memasuki kampus kerana tanggungjawab pemupukan minda yang terbuka, berdikari, dan mempunyai kesedaran sosial adalah penting dalam melahirkan mahasiswa yang akan menyelamatkan negara kita dari apa kemelut sekalipun.

harakahdaily/-

JKM Daerah Timur Laut cari waris bayi lelaki

Posted: 30 Aug 2012 12:30 AM PDT

11 Syawal 1433H. [MOD] -

CARI WARIS...bayi berusia hampir dua bulan kini di bawah jagaan JKM. FOTO Bernama

GEORGETOWN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencari ibu bapa atau waris seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di sebuah rumah kosong di Lorong Kulit dekat sini, 12 Julai lalu.

Pegawai Pelindung Kanak-kanak JKM Daerah Timur Laut Rossilawati Aminuddin berkata bayi berusia hampir dua bulan itu, kini di bawah jagaan JKM.

"Semasa ditemui, bayi lelaki itu ditinggalkan tanpa dokumen pengenalan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Waris yang ingin menuntut bayi berkenaan diminta menghubungi Rossilawati di talian 04-2264531 atau 04-2277413. - Bernama

SAMM Alu-Alukan Saranan Datuk Bandar Kuala Lumpur Tidak Tutup Dataran Merdeka

Posted: 30 Aug 2012 12:24 AM PDT

11 Syawal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 30 OGOS: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengalu-alukan saranan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib agar Dataran Merdeka tidak ditutup bagi memberikan laluan kepada sambuatan ambang kemerdekaan malam ini.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, SAMM turut berharap agar Ahmad Phesal mempertahankan pendirian beliau dari tekanan pemimpin Umno-BN yang dianggap berfikiran sempit dan takut kepada perubahan.

Dalam kenyataan media sama, SAMM mempertahankan pendirian hak rakyat negara ini untuk menyambut kemerdekaan tanpa mengira apa warna pakaian yang dipakai untuk tujuan tersebut.

"Merujuk kepada kenyataan Ketua Balai Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang tidak memberikan 'lampu hijau', SAMM juga menegaskan bahawa tiada keperluan 'lampu hijau' dari mana-mana pihak untuk mana-mana rakyat yang ingin menyambut hari kemerdekaan.

"Rakyat punya hak untuk sambut kemerdekaan dengan apa warna sekalipun. Menutup Dataran Merdeka pada malam merdeka adalah satu malapetaka buat regim pemerintah.

"Apakah rasionalnya Dataran Merdeka ditutup bagi menghalang rakyat menyambut ambang kemerdekaan?" menurut kenyataan pertubuhan yang dipimpin oleh Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard itu.

Sebelum ini dalam satu kenyataan, ACP Zainuddin dipetik Bernama berkata, tiada sebarang kebenaran diberikan oleh pihak polis kepada penganjur kerana Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2011 mensyaratkan penganjur memberi notis 10 hari sebelum perhimpunan diadakan kepada polis, namun perkara itu gagal dilakukan oleh penganjur.

Gabungan Janji Bersih bakal mengadakan himpunan semasa ambang merdeka selama dua jam mulai jam 10 hingga 12 malam ini bagi meraikan ulangtahun ke 55 kemerdekaan negara.

Dalam perhimpunan yang tidak mendapat 'restu' pihak keselamatan itu, penganjur turut menggalakkan orang ramai agar mengenakan pakaian serba kuning bagi menyatakan tuntutan rakyat negara ini yang ingin melihat negara ini bebas dari cengkaman demokrasi palsu termasuk mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil.

selangorku/-

Clamping Berjaya Kurangkan Kejadian Meletak Kenderaan Merata-rata

Posted: 30 Aug 2012 12:19 AM PDT

11 Syawal 1433H. [MOD] -

SUBANG JAYA, 30 OGOS : Tindakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengunci tayar kenderaan (clamping) yang tidak diletakkan dengan betul berjaya mengurangkan kesesakkan lalulintas di bandar ini.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi berkata, pemandu kereta amat bimbang kenderaan mereka dikunci kerana mereka perlu ke pejabat MPSJ bagi membayar kompaun supaya kenderaan mereka dilepaskan.

"Tindakan mengunci kenderaan jelas memberi kesan positif kepada pengguna di bandar ini.

"Mereka lebih berhati-hati apabila meninggalkan kenderaan mereka di tepi jalan atau di kawasan yang tidak dibenarkan," kata Asmawi di dalam sidang media selepas mesyuarat penuh bulanan MPSJ di sini hari ini.

Pada 2010, MPSJ mengeluarkan sebanyak 9,592 saman diikuti 5,620 pada 2011. Sehingga Julai tahun ini sebanyak 6,004 saman dikeluarkan.

MPSJ juga mencatatkan perkurangan saman yang dikeluarkan. Pada Januari hingga Mei, 1,000 saman dikeluarkan tetapi Jun hingga Ogos mencatatkan hanya kira-kira 200 saman sahaja.

Sementara itu MPSJ bakal membawa dua kes ke mahkamah atas tuduhan merosakkan alat pengunci kenderaan. Manakala lebih 400 kes lagi dalam senarai menunggu dan telah dibawa ke Timbalan Pendakwaraya MPSJ.

Dalam hal yang lain, Asmawi berkata, MPSJ akan menerima tambahan 50 Kamera Litar Tertutup (CCTV) menjelang akhir tahun ini bagi tujuan pemantauan kejadian kes jenayah di kawasan bandar itu.

Katanya, penerimaan terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 174 CCTV yang mana ketika ini 124 CCTV dipasang di seluruh bandar di lokasi strategik.

selangorlu/-

Jepun jangka gempa bumi kuat

Posted: 30 Aug 2012 12:15 AM PDT

11 Syawal 1433H. [MOD] -

TOKYO: Kerajaan Jepun semalam mendedahkan kemungkinan berlakunya bencana alam paling buruk di mana gempa bumi gergasi di Lautan Pasifik mungkin akan membunuh 320,000 orang, iaitu lebih buruk daripada bencana tsunami, tahun lalu.

Jangkaan mangsa itu dibuat berdasarkan bencana di mana gempa bumi kuat dengan 9.0 magnitud menyebabkan tsunami besar yang pernah melanda pesisiran pantai Jepun di selatan Tokyo.

Jangkaan hipotesis bencana Pejabat Kabinet, akan menyaksikan gempa bumi melanda pada waktu malam dalam musim sejuk diikuti oleh angin kencang akan menyebabkan ombak besar setinggi 34 meter melanda ketika kebanyakan mangsa sedang tidur.

Kebanyakan 323,000 mangsa itu akan mati lemas disebabkan tsunami, dihempap objek yang jatuh atau akibat kebakaran disebabkan bencana itu, katanya.

Pada 11 Mac, tahun lalu, gempa bumi dengan 9.0 magnitud berlaku di Jepun pada awal tengah hari, menyebabkan tsunami setinggi 20 meter melanda negara itu.

Kira-kira 19,000 orang terbunuh atau masih lagi hilang ketika tsunami melanda loji nuklear Fukushima Daiischi menyebabkan kebakaran di reaktor dan menyebabkan krisis atom terburuk.

Menteri Pengurusan Bencana, Masaharu Nakagawa berkata, "Selagi kita tinggal di Jepun, kita tak boleh menolak kemungkinan gempa bumi dan tsunami."

Laporan itu disediakan untuk senario terburuk supaya ia dapat membantu pegawai meningkatkan lagi persediaan menghadapi bencana. - AFP

Nasharudin: Pemuda PAS serah kepada Majlis Syura

Posted: 29 Aug 2012 11:49 PM PDT

11 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengambil pendirian tidak mahu membuat sebarang kenyataan sebaliknya menyerahkan kepada kebijaksanaan Majlis Syura dalam membuat keputusan terhadap bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa.

Ketua DPPM Nasruddin Hassan (gambar) berkata demikian apabila diminta menyatakan pendirian mereka mengenai Ahli Parlimen Bachok itu yang sebelum ini mencadangkan agar parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat jika DAP menentang hukum hudud.

"Jadi, kita ikut saluran parti maknanya serahkan kebijaksanaan kepada kepimpinan Masjlis syura unttuk melihat bagaimana isu ini harus di selesaikan," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS.

Malah katanya, kami juga akur dengan keputusan PAS Pusat dan itulah yang sebaiknya.

Buat masa ini, katanya, DPPM tidak boleh mengukur dan menghukum Nasharuddin sehinggalah beliau bertemu dengan Majlis Syura sebagaimana proses saluran parti untuk menyatakan bagaimana kedudukan beliau.

"Jadi saya tidak boleh hukum itu bukan tugas saya, itu tugas Majlis Syura. Cumanya saya tegaskan kita jangan mendahului keputusan pemimpin.

"Pemuda ambil keputusan tidak mahu komen apa-apa. Tunggu keputusan Majlis Syura pada 9 September ini," katanya.

harakahdaily/-

Kembalilah kepada Islam

Posted: 29 Aug 2012 11:40 PM PDT

11 Syawal 1433H. [MOD] -

Tiada jalan pintas dan apa-apa juga jalan lain yang boleh menyelamatkan umat Islam melainkan kembali kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Buatlah dan rancanglah apa pun tidak akan dapat membuka simpul permasalahan sosial yang kini sangat membimbangkan kita.

Isu buang bayi, zina, sumbang mahram, dadah, maksiat dan syirik serta murtad dan juga jenayah lain tidak akan dapat dibendung selagi manusia berdegil tidak mahu kepada ajaran al-Quran sebagai pembimbing mereka. Malahan Allah cabar manusia mencari dunia lain untuk hidup jika tidak suka dengan peraturan-Nya lagi.

Kembalilah kepada asal walaupun dunia menganggap kita ketinggalan zaman dan kolot kerana terbukti pada zaman sebelum Merdeka dan pada zaman awal Merdeka dahulu apabila kita dapat menjaga tata susila dan adat resam serta berpegang teguh kepada ajaran islam. Ketika itu pergaulan lelaki perempuan terbatas dan kurangnya pengaruh budaya tidak sihat dari barat. Di samping tidak ada langsung bahan lucah daripada internet dan sebagainya. Umat pada masa itu mampu bertahan dan tidak terkeluar daripada landasan Islam yang sebenarnya.

Sebahagian daripada kita sudah jauh daripada Rasulullah SAW dan bertambah jauh dengan Allah walaupun kita rasa 'perjalanan' kita itu betul. Hakikatnya tidak kerana banyak penyelewengan yang kita lakukan terhadap Islam dan tidak memegang amanah saperti yang dituntut oleh agama.

Kita seolah-olah telah hilang punca dan diharapkan jangan sampai Allah tutupkan hijabnya hingga hilang perjalanan untuk kembali kepada-Nya. Kembalilah ke pangkal jalan dan ambillah kembali segala ajaran Islam itu sebelum terlambat. Hal ini kerana bila-bila masa sahaja bala akan diturunkan jika masih berdegil atau sekurang-kurangnya kembalikanlah kepada kehidupan sebagaimana datuk nenek kita hidup sebelum zaman merdeka dahulu.

Walaupun sederhana tetapi masih dapat mengekalkan identiti sebagai seorang muslim yang bertanggungjawab kepada agamanya dan masih lagi dapat mengekalkan budaya serta adat resam datuk moyang kita dahulu. Janganlah kita menzalimi diri kita sendiri dan juga anak cucu kita serta menzalimi masyarakat yang lain yang mahu kepada keharmonian hidup dan aman damai.

harakahdaily/-

Janji Demokrasi: Ayuh Kuningkan Dataran Merdeka!

Posted: 29 Aug 2012 11:30 PM PDT

11 Syawal 1433H. [MOD] -

Sebagai NGO yang terlibat secara langsung, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berdiri teguh di belakang Gabungan JANJI yang menganjurkan sambutan ambang kemerdekaan bersama seruan Janji Demokrasi yang dituntut. SAMM menjangkakan jumlah kehadiran yang besar apabila Dataran Merdeka dijadikan sasaran utama dari dalam dan luar Kuala Lumpur untuk menyambut detik tiba Hari Kebangsaan tahun ini.

Bagi SAMM, Sudah sekian lama rakyat membiarkan aparat pemerintah memperkuda sambutan kemerdekaan demi kepentingan politik mereka dan seolah-olah ianya sambutan hari Umno kebangsaan. Regim pemerintah saban tahun telah mempromosi tokoh kemerdekaan negara hanya dari kalangan presiden Umno terawal hingga terakhir sedangkan ramai lagi tokoh yang berjuang menuntut kemerdekaan telah disembunyikan dari paparan umum ketika sambutan merdeka. Sejarah sebenar disorok supaya dilihat hanya Umno yang memperjuangkan kemerdekaan namun fakta sejarah menunjukkan perjuangan menuntut kemerdekaan negara telah bermula sebelum Umno diwujudkan. Inilah 'lagu' yang didendangkan setiap tahun ketika Hari Kemerdekaan.

Kesabaran rakyat akhirnya teruji apabila sambutan tahun ini dicemar secara melampau sehingga tema hari kebangsaan itu sendiri terus disalin tampal (copy paste) daripada tema yang digunakan dalam jelajah BN, iaitu Janji Ditepati. Tanpa logo rasmi dengan berdolak dalik mengatakan logo ditukar setiap dua-tiga hari, nyata semangat Hari Kebangsaan tahun ini telah dirosakkan dengan teruk sekali. Selain itu, lagu tema Janji Ditepati juga mendapat penolakkan hebat dari pelbagai golongan masyarakat termasuklah komen terbaru dari bekas mufti iaitu Dr Asri Zainal Abidin yang mengatakan liriknya menggambarkan sebuah kerajaan yang nazak.

Di atas kesedaran ini, SAMM bersama hampir 50 NGO yang bernaung di bawah Gabungan JANJI menggerakkan sambutan ambang kemerdekaan dengan keunikan yang tersendiri. Dataran Merdeka dijadikan venue utama, kuning warna tuntutan diiktiraf sebagai warna tema, Janji Demokrasi acara ulung mengira detik ambang kemerdekaan.

SAMM juga mengesahkan acara Janji Demokrasi mahupun Janji BERSIH bukan sebuah perarakan dan bukan sebuah protes jalanan. Ia adalah semata-mata acara kiraan detik kemerdekaan edisi ke-55 sepertimana yang disambut di seluruh negara pada setiap tahun, bezanya kali ini setiap yang hadir mengenakan kostum kuning. Ia akan berlangsung dengan aman dan makmur tanpa provokasi dari pihak polis. Mana-mana individu yang bertindak liar akan dicop sebagai agen provokasi tindakan yang wajar akan diambil oleh unit keselamatan.

Merujuk kepada kenyataan Ketua Balai Polis Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad yang tidak memberikan 'lampu hijau', SAMM juga menegaskan bahawa tiada keperluan 'lampu hijau' dari mana-mana pihak untuk mana-mana rakyat yang ingin menyambut hari kemerdekaan. Rakyat punya hak untuk sambut kemerdekaan dengan apa warna sekalipun. Menutup Dataran Merdeka pada malam merdeka adalah satu malapetaka buat regim pemerintah.

Apakah rasionalnya Dataran Merdeka ditutup bagi menghalang rakyat menyambut ambang kemerdekaan?

SAMM juga mengucapkan syabas kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur yang menyarankan Dataran Merdeka tidak ditutup pada malam 30 Ogos untuk beri laluan kepada sambutan ambang merdeka Janji Demokrasi. SAMM juga mengharapkan keputusan Datuk Bandar adalah solid dan kalis daripada dipengaruhi anasir regim yang sempit pemikiran yang juga difahamkan takut kepada perubahan.

Mengenai tuntutan Janji Demokrasi di ambang merdeka, SAMM berpendapat bahawa kemerdekaan ialah berkenaan kebebasan dan jaminan hak warga dalam negara itu dan antara yang paling asas ialah untuk punya hak menentukan/memilih siapa untuk mentadbir negara. Maka jelas urusan menuntut untuk punya proses pilihan raya bebas dan adil bukan urusan politik kepartian sebaliknya ia urusan patriotik yang perlu diusahakan semua pihak. Selaku pihak yang menyelia keselamatan dalam negara PDRM juga harus mendokong usaha ini lebih-lebih lagi antara hak yang paling banyak dicabul ialah hak pengundi pos yang selama ini kertas undi mereka ditandakan oleh orang lain. Pihak polis juga harus 'merdeka' dari terus diperguna demi kelangsungan pemerintah mengekalkan kuasa.

SAMM menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadikan sambutan kemerdekaan kali ini lebih bermakna dan terus diingati dalam lembaran sejarah. Pakailah kuning dan hadirlah ke Dataran Merdeka dengan apa jua kebijaksanaan supaya sempat hadir sebelum kiraan detik kemerdekaan bermula.

Kepada seluruh anak muda dan yang berjiwa muda ingatlah, menuntut demokrasi ini diumpamakan seperti menuntut kemerdekaan baru, Merdeka Rakyat dari regim legasi penjajah, nyata acara Janji Demokrasi ini wajib tidak dilepaskan. Jadilah sebahagian daripada sejarah.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Sebenar-benar Merdeka!!

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com
edyesdotcom@gmail.com

Osama sudah mati apabila bilik tidurnya diserbu

Posted: 29 Aug 2012 11:22 PM PDT

11 Syawal 1433H. [MOD] -

RUMAH yang menjadi tempat persembunyian Osama di bandar Abbottabad, Pakistan.

WASHINGTON - Ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden sudah mati apabila pasukan komando Amerika Syarikat (AS), Navy SEAL menyerbu ke dalam bilik tidurnya di sebuah banglo di bandar Abbottabad, Pakistan.

Dakwaan kontroversi itu bercanggah dengan kenyataan rasmi White House tentang kematian Osama.

Pendedahan mengenainya dibuat oleh seorang bekas anggota komando SEAL yang terlibat dalam operasi rahsia membunuh ketua Al-Qaeda itu pada 2 Mei 2011.

Menurut akhbar MailOnline semalam, Osama juga tidak bersenjata apabila dia diserang pasukan elit SEAL.

Kisah misi membunuh ketua pengganas berkenaan didedahkan dalam buku biografi, No Easy Day: The Firsthand Account of the Mission That Killed Osama bin Laden.

Ditulis di bawah nama pena, Mark Owen buku tersebut yang dijadualkan berada dalam pasaran pada 11 September depan akan dijual seminggu lebih awal.

Penulis buku berkenaan merupakan antara enam komando SEAL yang melihat Osama mati pada tahun lalu.

Menurut salinan buku itu yang diperoleh akhbar Huffington Post, misi membunuh Obama jauh bercanggah dengan kenyataan White House.

Dalam bukunya, Owen memberitahu bahawa seorang anggota elit skuad berkenaan terserempak dengan Osama ketika dia cuba melarikan diri ke dalam bilik tidurnya.

Bilik itu terletak di tingkat tiga banglo berkenaan yang dihuni oleh Osama bersama sejumlah anggota keluarganya.

Beberapa anggota SEAL lain kemudian bergegas menaiki tangga untuk mengejar Osama.

"Kami kurang lima langkah untuk sampai ke tingkat atas apabila saya terdengar bunyi tembakan. Ketika itu, saya tidak dapat melihat sama ada tembakan itu mengenai sasaran," kata Owen.

Walaupun media AS melaporkan Osama bersenjata dan cuba melawan ketika dibunuh, askar itu berkata, ketua Al-Qaeda itu sebenarnya sudah tidak bernyawa apabila mereka berada di dalam bilik tidurnya.

Menurut Owen, ketika Obama terbaring, dia dan beberapa komando lain melepaskan beberapa das tembakan lagi ke dada lelaki itu.

Dalam bukunya, Osama dilaporkan memakai baju-T berwarna putih, seluar panjang bersama sehelai tunik.

Semasa mereka merakamkan gambar jenazah Osama, dua pucuk senjata turut di temui di bilik tidur berkenaan tetapi kedua-duanya tidak berpeluru.

"Dia (Osama) langsung tidak melakukan persediaan untuk mempertahankan diri. Lelaki ini langsung tiada niat mahu melawan walaupun selama beberapa dekad dia begitu gah mengarahkan pengikutnya supaya melakukan serangan berani mati," kata Owen.

"Sepanjang saya berkhidmat dalam tentera, kami telah kerap kali menyaksikan penipuan seperti ini," tambahnya.

Mengulas pendedahan memalukan itu, ketua Pusat Operasi Khas AS memberitahu, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang didapati mendedahkan maklumat sensitif ketenteraan.

Dalam pada itu, sebuah laman web rasmi Al-Qaeda pada Jumaat lalu menyiarkan gambar dan nama komando SEAL yang bertanggungjawab menulis buku tersebut.

Tindakan tersebut dilakukan selepas saluran berita AS, FoxNews.com mendedahkan identiti penulis sebagai Matt Bissonnette.

Anggota komando SEAL itu yang kini berusia 36 tahun bersara selepas operasi membunuh Osama. - Agensi

Utusan diperintah bayar gantirugi lagi

Posted: 29 Aug 2012 11:16 PM PDT

11 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Akhbar Umno, Utusan Malaysia, sekali lagi diperintah oleh Mahkamah Tinggi agar membayar ganti rugi ekoran saman malu. Kali ini kepada bekas MB Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin (gambar).

Peguam Nizar, Mohd Zamri Ibrahim berkata, mahkamah membuat keputusan 'interlocutary' hari ini apabila akhbar itu tidak diwakili oleh sebarang peguam.

Sehubungan itu, Pendaftar Mahkamah, Mazuliana Abdul Rashid meminta Zamri memfailkan anggaran gantirugi yang perlu dituntut dari utusan.

"Kita diarahkan agar memfailkan taksiran ganti rugi dan selepas itu barulah tarikh ditetapkan untuk pendengar taksiran berapa ganti rugi bagi kes tersebut," katanya kepada media di lobi mahkamah.

Menurutnya lagi pada waktu pendengaran tersebut barulah ditetapkan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh Utusan Malaysia.

"Penghakiman telah kami perolehi dan sekarang hanya perlu failkan taksiran ganti rugi," sambung beliau lagi.

Mahkamah juga akan membuat keputusan terhadap saman Nizar kepada TV3 dalam kes yang sama 19 September ini.

Nizar menyaman Utusan dan TV3 ekoran laporan tidak tepat berkaitan dengan isu pendaftaran kereta WWW 1.

Saman terhadap kedua-duanya difailkan ke Mahkamah Tinggi Julai lalu selepas tuntutan agar ianya ditarik balik tidak diendahkan oleh kedua-dua media itu.

Utusan pula sejak dari awal tidak mengendahkan saman yang dikemukakan oleh Nizar ini.

Ini menyebabkan hakim membuat keputusan hari ini selepas peguam Utusan tidak pernah datang untuk membelanya.

Peguam TV3 pula telah memfailkan afidavit pembelaannya dan akan diputuskan oleh Mahkamah 19 September ini.

Nizar Syukur

Nizar ketika dihubungi mengucapkan syukur atas kemenangan kes ini dan yakin ia adalah rentetan peristiwa yang membuktikan akhbar Umno ini tidak layak dibaca.

"Sebelum ini (Datuk) Mahfuz menang, Lim Guan Eng Menang, wartawannya minta maaf kepada Karpal.

"Jadi ada apa lagi pada akhbar ini sehingga ia perlu dibaca oleh rakyat negara ini.

"Saya akan mencadangkan kepada ulama kita agar meminta rakyat jangan lagi beli atau baca akhbar fitnah ini," kata Nizar kepada Harakahdaily.

Kes ini bagi beliau sesuai dengan kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa BN adalah syaitan yang dikenali.

RM50 juta

Nizar juga berkata, beliau akan berbincang dengan para peguamnya untuk menentukan ganti rugi dan kos yang patut dituntut dari Utusan.

"Semasa kita failkan kes ini, kini menuntut gantirugi RM50 juta. Selepas ini kita akan kajilah berapakan gantirugi yang sewajarnya selepas keputusan mahkamah ini," kata beliau.

Nizar diwakili oleh peguam Mohd Zamri Ibrahim dan Mohd Fitri Asmuni dari Asmuni & Co manakala Utusan tidak diwakili sebarang peguam sejak kes ini difailkan.

harakahdaily/-

KEMERDEKAAN NEGARA : NIKMAT ALLAH YANG PERLU DIINGATI

Posted: 29 Aug 2012 11:10 PM PDT

11 Syawal 1433H. [MOD] -

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئاَتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِ اللهِ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِىَ لَهُ .
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وَخَلِيلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ، وَالْهَادِي إِلى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ، وَعَلَى ءَالِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُم وَإيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ. قاَلَ اللهُ تَعاَلَى :

Maka ingatlah kamu kepada-Ku, supaya Aku mengingati kamu (membalas kamu dengan kebaikan) dan bersyukurlah kamu kepada-Ku, dan janganlah kamu Kufur. Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan mengerjakan solat, kerana sesungguhnya Allah menyertai orang yang sabar (surah al-Baqarah ayat 152 & 153)

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian,
Saya berpesan kepada tuan-tuan, dan diri saya, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT, dengan sebenar-benar takwa, kerana sesungguhnya hanya orang yang bertaqwa sahaja diwariskan dunia ini untuknya. Mudah-mudahan taqwa kita semakin hari semakin bertambah dengan melakukan amal kebajikan. Sesungguhnya, sebaik-baik pakaian kita di sisi Allah Taala adalah pakaian taqwa.

Muslimin Yang dirahmati Allah,
Dua ayat yang dibacakan diawal khutbah tadi adalah lanjutan daripada ayat-ayat yang menjelaskan tentang nikmat Allah yang besar yang diberikan umat Islam iaitu keizinan dan kebenaran daripada Allah Taala untuk memindahkan arah kiblat daripada Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis ke Baitullah al-Haram di Makkah.

Rasulullah SAW dan para sahabat, setelah menerima kefardhuan solat 5 waktu sehari semalam pada tahun kedua Hijrah, menunaikan solat dengan mengadap kiblat ke arah Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis selama hampir 17 bulan. Setelah begitu lama berkiblatkan Masjid al-Aqsa, Rasulullah SAW sering kali menadah tangan memohon kepada Allah untuk menukarkan arah kiblat ke arah Masjid al-Haram di Makkah. Maka, Allah SWT telah memperkenankan hajat Rasulullah SAW untuk mengadap kiblat ke arah Masjid al-Haram di Makkah. Hal ini telah dinyatakan oleh Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 144 yang berbunyi :

Kerapkali kami melihat engkau menadah (tangan) ke langit, maka Kami benarkan engkau menghadap kiblat ke arah yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjid al-Haram; dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah itu) adalah benar dari tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.

Mukminin Yang dirahmati Allah,
Ketahuilah tuan-tuan sekalian, nikmat yang Allah Taala telah berikan kepada kita terlalu banyak, tidak mampu dihitung dan dinilai. Rasulullah dan para sahabat telah diberikan dengan pelbagai nikmat, antaranya ialah keizinan perpindahan arah kiblat daripada Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis ke Masjid al-Haram di Makkah, yang merupakan tempat kelahiran Rasulullah SAW dan segelintir para sahabat Baginda.

Begitu juga kita sebagai warganegara Malaysia, telah dikurniakan kemerdekaan tida dinikmati oleh semua manusia di dunia ini. Kemerdekaan yang kita kecapi ini adalah juga nikmat Allah kepada kita yang wajib kita syukuri bersama. Dengan nikmat kemerdekaan yang kita nikmati membolehkan kita menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433 Hijrah baru-baru ini dengan penuh kegembiraan.

Hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-55 yang kita kecapi hari ini, adalah nikmat Allah Taala kepada kita hasil perjuangan generasi terdahulu yang berkorban harta benda, jiwa raga dan seluruh kehidupan mereka menentang penjajahan. Ianya menjadi hadiah yang tidak ternilai kepada kita yang berupa keselesaan dan keamanan menjalani kehidupan tanpa rasa takut dan risau dalam melakukan ibadah dan tugas seharian. Sebagai Muslim, kita hendaklah sentiasa memastikan segala perbuatan dan tindak tanduk kita bertepatan dengan kehendak Allah.

Sidang Jemaah Yang dirahmati Allah sekalian,

Timbul satu persoalan kepada kita, apakah kekuatan yang ada pada generasi terdahulu sehingga sanggup bersusah payah berjuang membebaskan negara daripada penjajah ??? Siapakah yang mengerakkan mereka untuk berkorban harta dan jiwa, demi kelangsungan kehidupan anak cucu mereka???

Sedarilah tuan-tuan sekalian, bahawa yang menimbulkan kesedaran kepada generasi terdahulu untuk membebaskan negara ini, dan sanggup berkorban harta dan jiwa adalah Allah SWT. Allah Taala sahajalah yang mampu untuk menimbulkan kesedaran dan memberi kekuatan kepada mereka untuk berjihad membebaskan negara. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk memberi kemudahan dan kemaslahatan kepada kita, untuk melakukan ibadah kepada Allah dan memudahkan urusan seharian kita. Maka, janganlah kita cemari pengorbanan mereka dengan membangkitkan kemurkaan Allah dan mengabaikan segala titah perintah Allah terhadap kita.

Sidang Jemaah Yang dirahmati Allah sekalian,

Tahap kesedaran dan penghayatan kemerdekaan bukanlah dinilai dengan penglibatan kita dalam program sambutan kemerdekaan yang dianjurkan oleh berbagai pihak. Bukan juga dinilai dengan banyaknya kibaran jalur gemilang yang ada di kediaman dan dijalanraya. Tidak hanya dikira dengan imbasan dan penceritaan semula kisah-kisah perjuangan saki baki pejuang yang masih ada. Namun kesedaran dan penghayatan yang lebih bermakna adalah dinilai setakat mana kita mengisi kemerdekaan ini sepanjang kehidupan kita. Pengisian kemerdekaan hendaklah bertepatan dengan kehendak Allah yang telah mengurniakan kemerdekaan kepada kita. Tidak ada kemerdekaan yang lebih besar daripada kemerdekaan hati dan jiwa orang-orang yang beriman yang sentiasa mengingati Allah. Di antara tanda-tanda kita mengingati Allah ialah:

1. Mendirikan solat.
2. Hati merasa gementar apabila disebut nama-nama Allah.
3. Semakin bertambah keimanan kepada Allah, apabila dibacakan ayat-ayat Allah.
4. Lidah sentiasa basah menyebut nama-nama Allah yang indah.
5. Sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah.
6. Merasakan nikmat Allah yang kecil sebagai nikmat yang besar.
7. Sentiasa beristighfar dan memohon taubat di atas maksiat yang dilakukan walaupun dosa-dosa kecil.
8. Merasakan bahawa segala yang kita miliki di atas dunia ini, adalah milik mutlak Allah Taala.
9. Berlumba-lumba melakukan amal kebajikan dan memberi manfaat kepada kedua ibu bapa, ahli keluarga, sanak saudara, rakan taulan dan masyarakat Islam keseluruhannya.
10. Mengambil berat kebajikan saudara seagama yang menerima nasib malang, musibah dan malapetaka.

Maka marilah kita memerdekakan hati dan jiwa kita agar pengorbanan nenek moyang kita memerdekakan Negara tidak menjadi sia-sia. Jangan hanya kita hanya meraikan kemerdekaan yang telah memberi peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah, namun kita isikan kemerdekaan ini dengan aktiviti dan program yang mengundang kemurkaan Allah.
بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُوا اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ.

خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ ِللهِ لِلَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيَظْهِرَهُ عَلى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ،
أَشْهَدُ أَنْ لاَ ِإِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Hari ini adalah hari ulang tahun kemerdekaan tanah air kita yang ke-55. Kemerdekaan tanah air kita adalah merupakan ketetapan daripada Allah Yang Maha Bijaksana, pencipta dan pentadbir alam ini. Segala yang berlaku adalah dengan kehendak dan iradah-Nya. Segala-segalanya telah direncanakan sebelum terciptanya alam raya ini. Apabila Allah berkehendak untuk menjadikan sesuatu, Dia hanya mengucapkan "Jadilah", maka jadilah perkara tersebut. Sesungguhnya, Allah tidak sekali-kali menyalahi janji-janji-Nya kepada makhluk ciptaan-Nya. Segala janji Allah adalah benar dan pasti berlaku.

Kita sebagai makhluk Allah Taala, perlu berusaha untuk mengingati Allah dalam setiap keadaan, menghubungkait segala sesuatu yang berlaku ke atas diri kita adalah datangnya daripada Allah Taala, bersyukur di atas segala nikmat-Nya, sentiasa melakukan amal kebajikan dan memberi manfaat kepada orang lain, dan janganlah kita kufur dan menolak ketentuan dan ketetapan yang datang daripada Allah Taala. Ingatlah, semua perkara yang berlaku ke atas diri sama ada baik atau pun buruk adalah untuk menguji tahap keimanan kita kepada Allah. Ingatlah kita semua kepada Allah, kerana sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang tenteram.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم .
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الْإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ.
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah sepenuhnya nikmat kesihatan dan kelapangan, taufiq dan hidayahmu, kepada Raja kami Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ.
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .

Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak

Najib gagal jadikan Merdeka ke-55 peristiwa bersejarah

Posted: 29 Aug 2012 11:04 PM PDT

11 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin (gambar) memperlihatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menjadikan sambutan 55 tahun kemerdekaan sebagai satu peristiwa yang bersejarah kepada negara ini.

Menurutnya lagi, rakyat telah menunjukkan bantahan mereka terhadap sambutan kemerdekaan tanpa bersembunyi dengan tidak mengibarkan Jalur Gemilang seperti mana yang dilakukan sebelum ini.

"Saya melihat satu yang begitu aneh berlaku apabila rakyat tidak mengibarkan Jalur Gemilang sedangkan esok adalah sambutan hari kemerdekaan negara.

"Mood rakyat cukup muram dan mereka telah menunjukkan bantahan secara terbuka terhadap sambutan kali ini yang dilihat lebih terjurus kepada agenda parti Barisan Nasional," jelasnya ketika ditemui di lobi Mahkamah Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi, rakyat menunjukkan tanda kecewa serta marah mereka terhadap kerajaan apabila sambutan kemerdakaan kali ini telah diperalatkan sepenuhnya oleh Barisan Nasional untuk mencari populariti mereka.

"Malapetaka kepada rakyat Malaysia yang tidak pernah berlaku sebelum ini apabila sambutan kerajaan pincangkan maksud sebenar kemerdekaan.

"Saya melihat rakyat sekarang hanya menunggu untuk membuat perubahan besar pada pilihanraya yang akan datang dan mereka sudah mula bosan dengan apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional tidak meletakkan hak rakyat sepenuhnya tetapi lebih kepada agenda parti," ujarnya yang juga mantan Menteri Besar Perak.

Dalam pada itu, beliau juga turut melahirkan kekesalan apabila wujud paksaan kepada kakitangan awam agar hadir pada himpunan Janji Ditepati di Stadium Bukit Jalil.

"Pada sebelah pagi mereka diarahkan ke Dataran Merdeka tetapi sebelah malamnya pula sekali lagi arahan dikeluarkan agar hadir ke himpunan di Bukit Jalil.

"Kesal kenapa ini berlaku, kakitangan awam ada yang bantah kerana cuti umum sepatutnya digunakan untuk menziarahi saudara mara sempena Hari Raya namun sebaliknya berlaku," kata beliau.

Beliau juga turut menjangkakan sambutan Janji Bersih pada malam ini akan memperlihatkan kehadiran yang cukup ramai kerana rakyat sekarang berada dalam keadaan ingin melakukan perubahan.

harakahdily/-

Derita 30 tahun

Posted: 29 Aug 2012 10:40 PM PDT

11 Syawal 1433H. [MOD] -

KASIH IBU...Sakyah menjaga Selmah yang menghidapi penyakit kulit tahap kritikal di rumahnya.

TEMERLOH: "Apabila melihat keadaan dia saya amat terharu mengenangkan kesakitan yang dialaminya sejak 30 tahun lalu.

"Memang sedih melihat dia terpaksa menahan rasa gatal yang dialami sepanjang masa walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk meredakan kegatalan dan menyembuhkan penyakitnya itu," kata Sakyah Naemat, ibu kepada seorang wanita berusia 56 tahun yang menderita penyakit kulit di sini.

Sakyah, 78, berkata, penyakit yang menyerang anaknya, Selmah Basar mula dikesan ketika wanita itu mengandungkan anak kedua pada usia 26 tahun.

"Pelbagai usaha termasuk menggunakan kaedah perubatan tradisional dan moden dilakukan, tetapi ia tidak mendatangkan perubahan positif, sebaliknya penyakit itu semakin serius sejak akhir-akhir ini.

"Selmah juga sudah mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah) dan Hospital Raub, tetapi penyakit terbabit tidak juga sembuh.

"Sebab itu, dia terpaksa berulang alik ke Hoshah untuk rawatan termasuk membersihkan kulit yang menggelupas di seluruh badan," katanya ketika ditemui di Kampung Mempateh, Lanchang, di sini, kelmarin.

Sementara itu, adik Selmah, Abd Wahid, 54, berkata, segala keperluan termasuk penggunaan lampin pakai buang bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM300 sebulan serta ahli keluarga lain.

Menurutnya, disebabkan penyakit kulit itu yang dikatakan pada tahap kritikal, segala urusan berkaitan keperluan diri terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ahli keluarga.

"Sejak akhir-akhir ini pergerakan kakak agak terbatas, justeru, menyukarkannya melakukan perkara harian termasuk makan dan menukar pakaian.

"Memang sedih apabila melihat keadaannya yang terlantar, tetapi kami sudah melakukan yang terbaik dan mendoakan penyakit kakak sembuh," katanya.

Penderitaan Selmah turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lanchang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin yang melawat Selmah.

Sharkar yang sudah beberapa kali menziarah Selmah belum mendapat pengesahan daripada pakar perubatan berhubung penyakit yang dihadapi ibu tunggal berkenaan.

"Dalam hal ini, saya minta pakar perubatan tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Selmah selain saya berusaha mendapatkan bantuan alternatif lain," katanya.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank Abd Wahid (No. 106053020422).

Artis dan atlit dalam Himpunan Hijau Sarawak Ahad ini

Posted: 29 Aug 2012 10:32 PM PDT

11 Syawal 1433H. [MOD] -

MIRI: PAS Negeri Sarawak akan menganjurkan Himpunan Hijau ke Putrajaya dan Xpresi Muda ke Putrajaya pada 2 September 2012 iaitu pada hari Ahad.

Program ini akan diadakan di kawasan lapang di Jalan Brighton, Miri berhadapan dengan Park City Hotel Miri.

Demikian kata Mohammad Arifiriazul B Paijo, Ketua Pemuda PAS Sarawak merangkap Ketua Penerangan PAS Kawasan Miri dalam kenyataannya hari ini.

Program akan bermula pada jam 1.30 petang dengan konvoi motosikal dan basikal daripada kawasan parkir Stadium Tertutup Miri ke tempat program.

Turut bersama di dalam konvoi ini adalah Atlit Tritalon Sarawak iaitu Jack Ho.

Program Xpresi Hijau ke Putrajaya pula akan diadakan di tempat yang sama dan akan diisi dengan ucapan-ucapan daripada pimpinan Pemuda PAS Malaysia serta persembahan daripada artis jemputan iaitu Zuar Xpdc dan Iwan Syahman.

PAS Sarawak turut mengadakan rumah terbuka aidilfitri pada Xpresi Muda ke Putrajaya ini dimana pelbagai juadah tradisional dan tempatan akan disajikan kepada para pengunjung disamping duit raya yang akan diagihkan kepada anak-anak yang hadir pada program tersebut.

Program kemuncak Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Negeri Sarawak akan berlangsung pada sebelah malam akan bermula pada jam 8.00 malam dan bakal menampilkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (gambar atas) dan beberapa pimpinan PAS Pusat yang lain.

Turut bersama di dalam himpunan ini nanti adalah Datuk Saleh Jafarudin bekas Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, kumpulan anti empangan Baram dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat tempatan.

"Oleh yang demikian, PAS Negeri Sarawak menjemput seluruh rakyat Sarawak khususnya yang berada di Bandaraya Miri dan Sibuti untuk turut sama-sama hadir bagi menjayakan program yang julung-julung kali diadakan ini," kata Mohammad Arifiriazul.

harakahdaily/-

Lynas: NGO berjaya cabar keputusan menteri

Posted: 29 Aug 2012 09:27 PM PDT

11 Syawal 1433H. [MOD] -

KUANTAN: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) berjaya menghalang kerajaan meluluskan Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada Lynas (M) Sdn Bhd sementara menunggu satu perbicaraan.

Mahkamah Tinggi Kuantan kelmarin membenarkan permohonan NGO berkenaan untuk memfailkan permohonan mencabar keputusan Menteri Sains, Telnologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang meluluskan lesen tersebut.

(Gambar: Suasana di luar Mahkamah Tinggi Kuantan sebelum keputusan diumumkan.)

Hakim Datuk Mariana Yahya membenarkan permohonan yang difailkan Pengerusi SMSL Tan Bun Tet, Syed Talib Syed Sulaiman dan Hasemah Ramli dalam kamar yang menamakan Maximus dan AELB selaku responden pertama dan kedua.

Ketika bercakap kepada media, Tan berkata mahkamah telah bersetuju memberikan kebenaran untuk SMSL meneruskan permohonan supaya keputusan yang dibuat oleh menteri dibicarakan.

"SMSL diperuntukkan satu hari perbicaraan ke atas keputusan menteri untuk tidak menarik balik (TOL) itu dan akan dibicarakan di sini (Mahkamah Tinggi Kuantan) di mana kita akan memohon supaya lesen TOL tidak diberikan kepada Lynas sehingga perbicaraan ini tamat.

"Maknanya, kilang tersebut (Lynas) tidak boleh beroperasi hingga kes ini selesai. Lynas tidak akan masuk campur dalam perbicaraan yang dijalankan dan hanya akan terlibat apabila perbicaraan sebenar bermula kelak yang akan diberitahu oleh pihak mahkamah", ujarnya.

Tambahnya, SMSL turut memohon responden pertama dilarang daripada mengeluarkan apa-apa lesen sementara atau lesen tetap kepada Lynas kecuali syarikat tersebut mengemukakan butiran lengkap Laporan Penilaian Kesan Ke Atas Alam Sekitar (DEIA) kepada responden kedua dan tertakluk kepada kelulusan DEIA atau Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Pada 30 Januari lalu, AELB telah meluluskan syarat permohonan Lynas iaitu TOL sementara pada 13 Jun pula Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah membuat keputusan menolak rayuan Ismail Abu bakar, V. Raman Abujavali dan Tan Ah Meng terhadap keputusan AELB (meluluskan TOL).

Mengikut jadual, Lynas akan beroperasi penghujung tahun ini setelah mendapat TOL daripada kerajaan.

SMSL diwakili peguam-peguam Datuk Bastian Pisu Vendagon, Hon Kai Peng, R.Saregapari, Ang Vendargon dan Gene Vendagon manakala Lynas pula diwakili Sunil Abraham dan Wong Kah Hui.

Turut hadir Kamal Azira mewakili Peguam Negara.

Sementara itu turut berada di Mahkamah Tinggi Kuantan semasa perbicaraan berlangsung ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Yusof Embong, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Adun Berserah Syed Mohammad Tuan Lonnik, Ketua Penerangan PKR Pahang Razali Alias serta beberapa pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.

harakahdaily/-

Janji Dicabuli - Kerajaan Pusat Gagal Siapkan Hospital Shah Alam

Posted: 29 Aug 2012 08:41 PM PDT

11 Syawal 1433H. [MOD] -

Saya baru terima laporan kemajuan projek Hospital Shah Alam. Nampak gayanya sudah jauh ketinggalan berbanding dengan yang telah dijadualkan. Sudahlah 2 tahun terbiar terbengkalai begitu sahaja, sudahlah terpaksa ditambah kos dengan harga beratus juta ringgit. Sekarang tergendala lagi?

Sepatutnya Hospital ini siap pada tahun 2011 pada asalnya. Tarikh baru dikatakan hujung 2013.

Dengan kelewatan di tapak, mungkin terlajak lagi! Sila lihat pada laporan Skala JKR yang disertakan dibawah. Ia menunjukkan jumlah hari ketinggalan sebanyak 61 hari. Dari segi % kerja pula, hanya 9.7% dicapai dalam masa 9 bulan! Pukul rata 1% sebulan!

Adalah amat memalukan sekiranya projek seperti ini, ditengah-tengah bandaraya Shah Alam, bukan ditengah hutan, tidak dapat dilaksanakan oleh pihak Kementerian dengan baik. Rasa-rasanya Menteri Kerja Raya kena buat sesuatu kot? Apa? Letak jawatan? Hmmm... kena tunggu kucing bertanduklah jawabnya. Adakah mereka memahami bahawa jawatan datang dengan tanggung jawab dan juga pertanggung-jawaban?

Kalau tanya golongan yang agak kuno, mungkin akan dikatakan tapak itu berhantu. Kena sembelih kambing dan sebagainya. Tapi kita tahu itu semua karut dan bertujuan memindahkan kesalahan dan menutup kegagalan diri. Adakah pihak kementerian juga akan menggunakan alasan yang sama?

WaLlahu 'Alam

YB KHALID SAMAD

Gabungan Janji teruskan perhimpunan di Dataran Merdeka

Posted: 29 Aug 2012 08:39 PM PDT

11 Syawal 1433H. [MOD] -

Gabungan Janji akan meneruskan perhimpunan pada ambang merdeka di Dataran Merdeka, walaupun dilarang oleh pihak polis dan pihak berkuasa DBKL.



Menurut kenyataan bertulis yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider hari ini, Gabungan Janji telah membaca kenyataan dari menteri penerangan, kebudayaan, kesenian dan komunikasi Datuk Seri Dr Rais Yatim berkenaan jemputan untuk perayaan ambang merdeka di Dataran Merdeka.

"Sebagai jemputan dari seorang menteri kabinet, kami mahu datang untuk turut meraikannya.

"Gabungan Janji yang mewakili rakyat, turut menjemput menteri agar memakai baju kuning bersama-sama dengan rakyat di Dataran Merdeka.

"Tetapi kami tidak faham kenapa ketua polis negara dan ketua polis daerah (OCPD) terus menerus mengatakan bahawa kami melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012?

"Kami percaya rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berkumpul dan meraikan hari kebangsaan bersama-sama tanpa perlu meminta kebenaran," kata Gabungan Janji dalam kenyataannya.

"Sehubungan dengan itu, kami menjemput semua rakyat Malaysia agar datang beramai-ramai datang pada malam 30 Ogos, jam 11 malam di Dataran Merdeka bagi menyambut ambang kemerdekaan.

"Kami meminta agar semua memakai baju kuning, tidak membawa sepanduk dan tidak menjerit slogan, dan membawa makanan dan minuman bersama kawan-kawan dan keluarga.

"Gabungan Janji mahu kehadiran semua sebagai menunjukkan komitmen kepada demokrasi untuk meraikan hari kemerdekaan ini," kata Gabungan Janji dalam kenyataannya.

Menurut laporan awal hari ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, OCPD Zainuddin Ahmad hari ini berkata, Gabungan Janji telah gagal memberi notis 10 hari sebelum perhimpunan Janji Demokrasi yang dirancang akan berlangsung di Dataran Merdeka pada malam ambang merdeka.

Menurut beliau, Dataran Merdeka akan ditutup pada malam itu untuk melakukan persiapan untuk upacara perarakan Hari Kebangsaan ke-55 yang akan berlangsung di situ.

"Semua acara Himpunan 55 Tahun Merdeka akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, dan tidak ada apa-apa aktiviti akan berlangsung di Dataran Merdeka. Dan sekiranya mereka (Gabungan Janji) mahu melakukan aktiviti di situ, mereka perlu minta permit 10 hari lebih awal dengan pihak polis.

"Dan setakat ini mereka tidak melakukannya, dan dari situ mereka telah gagal untuk mendapatkan permit," kata OCPD Zainuddin lagi.

Dalam sidang akhbar Jumaat lalu, Gabungan Janji memberitahu bahawa perhimpunan pada malam ambang kemerdekaan akan turut diadakan di negeri lain seperti Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Sasterawan negara, Datuk A Samad Said (gambar) yang juga pengerusi bersama Bersih dijangka akan membaca puisi pada malam itu.

Perhimpunan ini bertujuan untuk menuntut kerajaan menunaikan lapan tuntutan Bersih seperti pembersihan daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, kempen pilihan raya sekurang-kurangnya 21 hari, akses media yang adil kepada semua, pihak kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

selatan online/-

Tahniah! Rakyat Kelantan Boleh Menggunakan Jambatan Baru Hari Ini

Posted: 29 Aug 2012 08:35 PM PDT

11 Syawal 1433H. [MOD] -

harakahdaily/-

Al-Azhar: Tahniah kepada Kerajaan Selangor, Jais

Posted: 29 Aug 2012 08:33 PM PDT

11 Syawal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) Cawangan Selangor mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menerima baik cadangannya agar Jais menguruskan pendaftaran kemasukkan sesi pengajian 2012/2013 bagi pelajar-pelajar persendirian Selangor ke Universiti Al-Azhar Mesir.

Berita baik itu telah dimaklumkn oleh Dr Halimah Ali, Exco Pengajian Tinggi dan Modal Insan negeri kepada Pengerusi Ilmam Selangor, Mohd Farhan Madzlan (gambar) semalam.

Sebelum ini dilaporkan puluhan pemohon yang ingin menyambung ke universiti tertua itu menghadapi kesukaran untuk mendaftarkan diri apabila segala proses pendaftaran dilakukan sendiri ditambah lagi kecelaruan maklumat dari beberapa pihak.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pula tidak menguruskan borang-borang bagi pelajar yang tidak berjaya dalam ujian saringan sebelum ini menambahkan kesukaran mereka untuk melanjutkan pengajian ke sana.

Justeru, Ilmam Selangor berharap kepada seluruh pemohon agar menghantar borang pemohonan ke Jais sebelum 5 September ini agar ia dapat diproses dengan segera.

Menurut Mohd Farhan, penerbangan bagi pemohon ujian saringan kedua di Mesir dijangka akan bertolak sebelum 15 September ini.

Katanya, pihak Persatuan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) juga bersedia menerima kedatangan mereka dan akan mengadakan kelas intensif persediaan sebelum mereka menghadapi ujian saringan akhir September ini.

Beliau berkata, gesaan itu hasil dari mesyuarat Ilmam Cawangan Selangor kelmarin yang telah bersetuju untuk menggesa kerajaan negeri menguruskan kemasukan pelajar persendirian Selangor ke Mesir.

"Mereka ke sana mempunyai beberapa lagi peluang untuk menuntut di Universiti Al-Azhar, kita tidak boleh membiarkan mereka tanpa kita memberikan kebajikan untuk mereka menuntut ilmu di sana. Ini adalah kewajipan sebagai seorang pemerintah," ujar Farhan.

Pihak Ilmam Selangor juga, ujarnya berusaha akan membantu semaksimum yang mungkin dalam membantu Kerajaan Negeri Selangor dan agensi-agensi di bawahnya seperti evakuasi pelajar ketika negara Mesir bergolak, program-program dakwah dan pendidikan negeri dan lain-lain yang pernah dijayakan bersama.

Selain itu, jelasnya Ilmam Selangor akan menganjurkan majlis kesyukuran dan doa selamat untuk meraikan pelajar-pelajar ke Mesir bersama ibu bapa pada 7 September ini.

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pengerusi jawatankuasa prihatin membantu pelajar-pelajar ke Mesir, Mohd Firdaus Madzlan di talian 018-460 1497.

harakahdaily/-

Himpunan Hijau Kelantan serentak majlis Aidilfitri

Posted: 29 Aug 2012 08:25 PM PDT

11 Syawal 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: PAS Kelantan akan menganjurkan dua program serentak pada 15 September ini, iaitu Himpunan Hijau ke Putrajaya dan majlis Jamuan Aidilfitri peringkat negeri.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kedua-dua program berkenaan akan diadakan di Dewan Majlis Daerah Machang dan Padang Majlis Daerah Machang.

Katanya, program Himpunan Hijau antara lain akan diisi dengan ceramah perdana yang akan disampaikan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan parti yang lain.

"Selain itu program untuk Ekspresi Hijau Anak Muda juga akan dipenuhi dengan program ceramah, motivasi anak muda, persembahan hiburan.

"Pada masa yang sama program khas yang akan diisi oleh muslimat bermula sebelah pagi,"ujarnya.

Bagaimanapun program yang bakal dianjurkan oleh Dewan Ulama yang dikenali Mimbar Ulama' akan diadakan sehari sebelum majlis penuh, selama dua malam berturut-turut.

Beliau memberitahu program Mimbar Ulama' bermula pada hari Khamis malam Jumaat melalui program khas di peringkat UPU.

Sambungnya, program ini akan dikendalikan Anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Kelantan peringkat negeri dengan kerjasama kawasan.

"Hari Jumaat malam Sabtu program khas untuk UPU Kawasan Machang disamping kuliah Maghrib pada hari Sabtu,"ujarnya.

harakahdaily/-

Enam das jarak dekat

Posted: 29 Aug 2012 08:05 PM PDT

11 Syawal 1433H. [MOD] -

MANGSA...polis mengusung mayat Archuthan yang ditembak lelaki bermotosikal di hadapan

Sekolah Menengah Darul Ehsan, Selayang Baru, semalam.
TEMBUS...kesan tembakan enam das jarak dekat.
TEMBUS...kesan tembakan enam das jarak dekat.

GOMBAK: Seorang lelaki bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) maut manakala isterinya cedera parah selepas ditembak dua lelaki dari jarak dekat ketika kedua-duanya sedang menunggu anak lelaki mereka pulang di depan Sekolah Menengah Darul Ehsan, Selayang Baru, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa, K Archuthan, 41, yang dikenakan tindakan buang daerah ke Perlis sebelum dibebaskan Jun lalu, maut di tempat kejadian selepas ditembak dua lelaki menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Suspek melepaskan enam das tembakan dari jarak dekat ketika mangsa berada di dalam Toyota Camry berwarna perak.

Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Yen, 28, berkata ketika kejadian, dia berada di dalam kedai berhampiran terdengar bunyi beberapa das tembakan.

metro/-

Tiada ulasan:

Nuffnang