Ahad, 5 Ogos 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Pakatan Rakyat: Beri Kelantan Royalti, Panel Tak Perlu

Posted: 05 Aug 2012 03:09 AM PDT

Sinar Harian

Rakan-rakan Pas dalam Pakatan Rakyat (PR) berpendirian penubuhan panel khas royalti petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung tidak perlu ditubuhkan, sebaliknya pembayaran sepatutnya diberi secara terus kepada Kelantan.

Naib Presiden PKR, N. Surendran berkata, kerajaan pusat hanya menggunakan nama jawatankuasa khas sebagai taktik Barisan Nasional (BN) membuat persiapan dalam minit-minit terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Hak negeri Kelantan harus diberi secara adil. Jika benar mahu tubuh jawatankuasa khas, kenapa tidak dari dulu saja? Mengapa baru sekarang?” kata beliau.

Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung.

Menurut Najib, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

Jawatankuasa itu akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan, kata Najib.

Surendran yang juga seorang peguam membidas kajian enam bulan, yang akan dijalankan oleh jawatankuasa itu, atas alasan ia tidak masuk akal.

Jelas beliau, PKR menjangkakan tempoh enam bulan akan melepasi tarikh PRU13 dan jelas langkah menubuhkan jawatankuasa dimaksdukan hanya mainan politik BN.

"Jika mahu kaji selama enam bulan, PRU sudah selesai.

“Jawatankuasa hanya berpura-pura mahu selesaikan konflik ini dan bayaran royalti belum tentu lagi akan diberikan secara terus kepada negeri Kelantan," tegas beliau.

Sehubungan itu tegas, beliau yakin yang Kelantan tidak akan tertipu kerana taktik BN ini tidak akan memberi impak yang besar dan tidak akan mempengaruhi undi dalam PRU kelak.

Tambah beliau, penubuhan jawatankuasa khas ini tidak lagi menjadi satu isu kerana apa yang penting, Kelantan mesti mendapatkan semula hak mereka yang selama ini dinafikan oleh Kerajaan Persekutuan.

"Royalti tetap milik Kelantan. Jadi ia mesti diberikan secara adil," tegasnya.

DAP turut berpendapat yang penubuhan jawatankuasa khas yang diumumkan Najib semalam tidak menjadi satu isu jikapun ia tidak ditubuhkan.
Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, pemberian royalti sememangnya hak Kelantan sejak dulu lagi.

"Selama ini hak Kelantan dinafikan oleh Kerajaan Pusat, jadi saya amat berharap mereka dapat kembalikan semula hak Kelantan yang selama ini tidak pernah dirasai oleh rakyatnya," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya lagi, bayaran royalti kelak mesti diberikan secara adil dan saksama kepada Kelantan, bukan menggunakan wang ihsan.

"Saya sendiri berasal dari Kelantan. Perjuangan untuk mengembalikan hak ini sudah terlalu lama. Jadi permainan apa yang ingin dimainkan BN dengan tubuhkan jawatan kuasa ini?" kata Ahli Parlimen Kepong.

Royalti: Tun Razak Janji, Najib Khianati

Posted: 05 Aug 2012 03:07 AM PDT

Harakah

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mencadangkan supaya tindakan kerajaan Umno mengkhianati perjanjian menjadi isu utama perbincangan mengenai royalti minyak kepada negeri Kelantan.

“Pada 12 Disember 1975, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein telah berjanji di dalam Parlimen membayar royalti dalam bentuk tunai sebanyak lima peratus kepada negeri Kelantan dan negeri-negeri lain yang mengeluarkian hasil minyak.

“Perjanjian juga dibuat dengan Petronas pada tahun yang sama di mana Petronas memberi komitmen untuk membayar royalti tunai sebanyak lima peratus setahun bagi hasil minyak yang ditemui di di kawasan pantai Kelantan dan pesisirnya di mana perjanjian itu ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan pada ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah.

“Tetapi, tanpa rasa malu dan rasa bersalah sedikitpun, anak Tun Razak sendiri yang kini menjadi Perdana Menteri mengkhianati perjanjian itu,” katanya.

Bagi Mahfuz, apabila Perdana Menteri mengajak kerajaan Kelantan berbincang mengenai royalti minyak itu, ia jelas memperbodohkan ayahnya sendiri.

Beliau mempersoalkan, adakah Najib hendak memberi gambaran bahawa ayahnya dahulu tidak berbincang sebelum membuat janji di dalam Parlimen itu?

“Ajakan untuk berbincang itu hakikatnya memperbodohkan ayahnya sendri yang membuat keputusan memberikan royalti tersebut berdadarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974,” katanya.

Mahfuz menyifatkan ajakan Najib untuk berbincang itu sebagai tindakan terdesak bagi menghadapi pilihan raya umum.

“Najib yang semakin kelihatan begitu takutkan pilihan raya sengaja berbuat demikian dalam usaha terdesak untuk memberikan gambaran yang positif tentang dirinya.

“Saya yakin usaha terdesak itu akan memakan diri kerana rakyat sudah tidak percayakan Najib yang mengkhianati serta tidak menepati janji yang dibuat oleh ayahnya sendiri.

“Kerajaan Najib hanya pandai berbohong sahaja kononnya janji ditepati” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang yakin rasa sakit hati rakyat kepada Najib kini kian parah berikutan pelbagai tindakan kerajaannya kini termasuk dakwaan terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli semata-mata kerana mendedahkan penyelewengan dalam projek lembu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Semalam, Menteri Besar Kelantan Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepadanya, memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak negeri tersebut.

Tun Salleh Abas Bantu Rafizi Hadapi Kes Bafia

Posted: 05 Aug 2012 03:05 AM PDT

Sinar Harian

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas bersedia menghulurkan khidmat nasihat perundangan kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang berhadapan dengan tuduhan berkaitan projek kontroversi National Feedlot Corporation (NFCorp).

Rafizi mengesahkan ada menerima panggilan daripada Salleh kelmarin, memaklumkan kesediaan untuk memberi pandangan untuk berhadapan dengan tuduhan di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) 1989.

“Ya, betul Tun Salleh Abas ada hubungi saya. Tun berkata beliau bersedia untuk membantu saya memberi khidmat nasihat menghadapi kes ini.

“Setakat ini bukan sebagai peguam tetapi lebih kepada khidmat nasihat… saya akan berbincang dengan peguam saya N. Surendran mengenai perkara ini,” kata beliau ketika dihubungi.

Dalam satu mesej Twitter, Rafizi berkata, “pagi tadi (3 Ogos) dapat 1 panggilan. Sangat teruja sebab yang telefon itu hero saya masa kecil-kecil: Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara, mahu bantu kes.”

Rabu lalu, Rafizi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap pertuduhan mendedahkan penyata akaun projek NFCorp yang menimbulkan kontroversi kepada dua pengamal media.

Rafizi, 35, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square Jalan Tropicana Selatan Petaling Jaya pada 7 Mac lepas.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 97(1) Bafia, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103(1)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, kerani bank Johari Mohamad, 41, yang didakwa bersubahat dengan Rafizi pada tarikh dan di alamat yang sama, juga mengaku tidak bersalah.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, beliau menghargai sokongan sedemikian, lebih-lebih daripada seorang bekas Ketua Hakim Negara.

“Saya akan bertemu dengan beliau dalam waktu terdekat… tarikh belum ditetapkan, beliau pun ada kes, beroperasi di Terengganu. Nanti saya maklumkan kalau ada apa-apa perkembangan,” katanya lagi.

Kes itu akan disebut semula bulan depan.

Kelab Mahasiswa KEADILAN Ditubuh, Siri Jelajah Kampus Dirancang

Posted: 04 Aug 2012 02:51 PM PDT

KeadilanDaily

KEADILAN menubuhkan Kelab Mahasiswa KEADILAN bagi menarik minat mereka terhadap politik semasa, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Berucap pada majlis pelancaran, beliau percaya kelab itu bakal menjadi penggerak 'kuasa tiga' mewakili rakyat khususnya golongan muda dalam isu berkaitan.

"Mahasiswa adalah kuasa ketiga yang bawa suara rakyat. Ini dapat dilihat  dalam demonstrasi Baling sehinggalah mereka ditangkap," katanya ketika melancarkan kelab itu di ibu pejabat, hari ini.

Nurul Izzah berkata, sikap kerajaan Umno yang menghalang hak mahasiswa bersuara bukan perkara baru, malah mahasiswa sentiasa dikawal dengan pelbagai bentuk program 'ampu' kerajaan.

"Pegawai khas Perdana Menteri baru-baru ini dikesan terlibat dalam perancangan menangkan mahasiswa pro Aspirasi. Apa ini? Ini penghinaan kepada mahasiwa.

"Tidak hairanlah pilihan raya kampus tidak berfungsi, kemudian kerajaan gunakan kursus Biro Tata Negara (BTN)  bagi mengawal pelajar di kampus," katanya.

Wakil Kelab Mahasiswa KEADILAN, Ahmad Bakhtiar Amir Zaimi, 24, pula berkata ia sebagai langkah awal mengenali dunia politik berikutan mahasiswa adalah pelapis politik pada masa depan.

Mahasiswa jurusan Kejuruteraan Kimia dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu menyatakan penubuhan kelab itu sudah lama dirancang sejak mereka menyertai program santai bersama Rafizi Ramli.

Rafizi ialah Pengarah Strategik KEADILAN yang menemui formula untuk memansuh pinjaman PTPN, selain membawa kaedah pendidikan percuma kepada pelajar.

Baktiar berkata, siri jelajah dimulakan pada September depan bermula di institusi pengajian tinggi sekitar Lembah Kelang, khususnya mengenai tawaran KEADILAN membabitkan isu mahasiswa.

"Kami akan mulakan jelajah di Universiti Malaya sambil mencari ahli baru di samping menerangkan objektif penubuhan kelab dan penerangan isu PTPTN," katanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang