Ahad, 15 Julai 2012

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Perasmian Pembukaan Kebangsaan KOR Siswa/i Pertahanan Awam

Posted: 15 Jul 2012 02:01 AM PDT





Hari ini 15 Julai 2012, telah merasmikan Pembukaan Perhimpunan Kebangsaan KOR Siswa Siswi Pertahanan Awam bertempat di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, Universiti Malaysia Terengganu.

Lawatan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia ke Negeri Terengganu

Posted: 15 Jul 2012 01:54 AM PDT






Pada 13 Julai 2012 yang lalu, Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah melawat negeri Terengganu. Banyak program telah diatur sempena kedatangan Y.A.B Perdana Menteri sempena lawatan beliau kali ini. Antaranya program destini anak bangsa di Arena Square, Dungun. Selepas itu ke Masjid Seri Payung, Bukit Payung untuk menunaikan solat Jumaat bersama-sama penduduk setempat dan jamuan rakyat. Sejurus selepas itu ke Stadium Tertutup Gong Badak program bersama-sama anggota RELA peringkat negeri Terengganu. terima kasih diucapkan kepada Y.A.B Dato' Seri di atas kesudian beliau untuk datang ke negeri Terengganu.

Program Bakti Remaja

Posted: 14 Jul 2012 05:11 PM PDT





Pada 12 Julai 2012 yang lalu, telah berlangsung Program Bakti Remaja Peringkat DUN Seberang Takir 2012 bermula dengan Seberang Takir, Seberang Takir Pantai, Bukit Tok Beng, Kg. Batin dan Hulu Takir untuk sesi 1 dan 2.

Melawat Atlit Taekwando SUKMA 2012

Posted: 14 Jul 2012 05:01 PM PDT





Pada 6 Julai 2012 petang yang lalu, telah meluangkan masa melawat para atlit taekwando SUKMA 2012 di Kuantan dan juga melawat atlit yang cedera di Kuantan Medical Centre. Tahniah diucapkan kepada atlit taekwando yang telah menyumbangkan pingat emas untuk Terengganu.

Program Masuk Kampung

Posted: 14 Jul 2012 04:53 PM PDT





Pada 6 Julai 2012 pagi yang lalu telah membuat program masuk kampung untuk melawat keluarga miskin di Kg. Tok Jembal, gotong-royong di Kg. Pak Tijah dan menziarahi pesakit di Kg. Chenong Jaya, Seberang Takir.

Tiada ulasan:

Nuffnang