Khamis, 26 Julai 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


ROAD MAP TO TAQWA: got it yet?

Posted: 26 Jul 2012 08:13 AM PDT

7 Ramadhan 1433H

Saban tahun kita mengulangi aktiviti yang sama di bulan Ramadhan. Puasa siang hari, tarawikh malam hari.Ada yang membaca al Quran.Ada dengan makna.Ada sekadar membaca atau bertadarus. Ada yang bersedekah.Ada yang rajin membantu orang lain. Ramai juga yang kawal emosi berbanding dengan bulan lain.

Persoalannya, adakah aktiviti ini dilakukan kerana adat kebiasaan atau kerana tujuan yang secara sedar terancang untuk dicapai??!

Bukankah Allah telah menyatakan bahawa matlamat diwajibkan berpuasa ialah untuk mencapai taqwa. Berapa orang yang faham dan ambil langkah yang kritikal untuk mencapai tahap taqwa tersebut? Berapa orangkah yang faham apa sebenarnya taqwa?
Bukankah setiap jumaat diperingatkan agar menjadi orang yang bertaqwa?
Kenapa insan yang keluar 'kursus' berupa solat jumaat ini masih 'status quo' sokmo?!

Sudah diajarkah bagaimana nak capai taqwa? Sudah ada road map? Atau hanya pernyataan. Inilah cabaran bagi yang bergelar da'ie dan Murabbi.

Cukuplah kita melahirkan INSAN ROBOT yang tidak sedar apa yang dilakukan. INSAN ROBOT tidak terkesan dengan apa apa yang mereka lakukan.INSAN ROBOT mustahil boleh bertaqwa dalam ertikata sebenarnya taqwa. INSAN ROBOT tidak boleh mentadbir bumi. INSAN ROBOT bukan khalifah Allah!
Adakah kita INSAN ROBOT itu?
Nastaghfirullah.
Ampunkan kami Ya Rauf
Tunjukkan kami ya RASYID
Amiin....

Tiada ulasan:

Nuffnang