Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Dua suri rumah trauma disamun
- BN sudah tiada peruntukan kewangan?
- Kejadian amuk berhampiran pejabat Perdana Menteri Malaysia
Posted: 09 Jul 2012 11:23 PM PDT Sinar Harian 10 Julai 2012 MANTIN – Dua suri rumah melalui detik cemas apabila disamun empat lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian berasingan, di Taman Pinggiran Bayu, Mantin, di sini, semalam. Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa berada di luar pagar rumah masing-masing. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusoff Awang berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, empat lelaki yang menaiki dua motosikal berhenti di hadapan rumah mangsa pertama, sebelum semua suspek menyerbu mangsa berusia 30 tahun itu. Menurutnya, semua suspek bersenjatakan parang mengacukan senjata itu ke leher mangsa dan terus merentap gelang tangan serta dua loket rantai milik mangsa. "Mangsa yang ketakutan menjerit dan suaminya yang ketika itu di dalam rumah segera keluar untuk membantu isterinya tetapi salah seorang suspek menendang kakinya. "Suspek sama turut menyamun seorang pekerja yang mengecat pagar rumah mangsa, berusia 33 tahun, sebelum melarikan telefon bimbit dan kunci motosikal milik mangsa," katanya. Yusoff berkata, tidak lama kemudian, keempat-empat penjenayah melakukan samun terhadap seorang suri rumah berusia 50-an yang melalui lorong taman perumahan itu. "Penjenayah menghampirinya dan merentap seutas rantai leher yang dipakai mangsa. "Semua kejadian samun ini melibatkan kerugian hampir RM6,000. Bagaimanapun semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 kerana melakukan samun berkawan tanpa senjata api," katanya. |
BN sudah tiada peruntukan kewangan? Posted: 09 Jul 2012 11:22 PM PDT Arahan supaya kertas peperiksaan percubaan PMR dicetak oleh pihak sekolah tidak wajar dan ianya perlu dicetak oleh pihak JPNS sendiri sepertimana kebiasaannya. Arahan ini akan membebankan sekolah khususnya dari segi kos dan biasanya sekolah akan menyerahkan bebanan kos kpd ibubapa dgn kutip yuran. Tindakan ini menggambarkan kerajaan BN sudah tiada peruntukan kewangan bagi pendidikan. Tindakan ini juga mendedahkan kertas soalan PMR Percubaan ini bocor...akan jumpa JPNS secepat mungkin utk bincang isu ini |
Kejadian amuk berhampiran pejabat Perdana Menteri Malaysia Posted: 09 Jul 2012 02:32 AM PDT Sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini, jenayah kini di mana-mana. Atau apakah tahap kesihatan mental rakyat Malaysia makin parah? Suami isteri ditahan polis, mengamuk berhampiran kompleks kerajaan 9 Julai 2012 , 16:36:13 PM PUTRAJAYA: Seorang masing-masing lelaki dan wanita dipercayai suami isteri ditahan polis selepas difahamkan mengamuk dan cuba mencederakan orang ramai yang lalu di Kompleks Kerajaan berhampiran Blok B1 Jabatan Perdana Menteri, di sini, hari ini. Couple brandishing swords shot at outside PM's office complex Monday July 9, 2012 MYT 4:33:00 PM PUTRAJAYA: A couple brandishing samurai swords caused a stir outside the Prime Minister's Office here on Monday. The couple had suddenly appeared at the PMO complex's security post at 2.30pm and waving the swords in an aggressive manner. The policemen rushed out of their post and tried to talk to the couple who appeared to more agitated. Whilst the policemen were talking to the couple, a team of anti-crime personnel arrived. Witnesses said after failing to calm down the couple, the police fired at the man in the left arm while the woman was shot in the left leg. Both were taken to Putrajaya Hospital. |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan