Sabtu, 30 Jun 2012

PARLIMEN BUKIT GANTANG

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Akhbar Sinar Harian jangan jadi alat parti politik-DS Nizar

Posted: 29 Jun 2012 05:29 AM PDT

IPOH:  Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengharapkan akhbar Sinar Harian mengekalkan pemberitaan adil dan telus sekalipun menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.


Katanya, setakat kini keterbukaan akhbar itu yang memberi ruang kepada laporan program PAS dan Pakatan Rakyat, boleh dipuji dan sikap itu diharap terus kekal.


"Saya berharap akhbar ini teruskan memberikan berita yang telus dan tulus kepada rakyat dan berharap menjadi akhbar rujukan utama orang Malaysia khususnya Melayu bagi menggantikan Utusan dan Berita Harian yang semakin tidak relevan," ujar beliau.


Beliau berkata demikian sewaktu mengadakan kunjungan tidak rasmi ke Pejabat Sinar Harian Perak, Grentown, dekat sini hari ini.


Beliau juga berharap akhbar berbahasa Melayu itu tidak menjadi alat mana-mana parti politik khususnya menjelang pilihan raya bagi kepentingan mereka.


Sementara itu, mengulas kunjungan hari ini Nizar berkata ianya bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik antara PAS dan pihak akhbar dibawah naungan Karangkraf itu.


Terdahulu kunjungan tersebut disambut ceria oleh staff pejabat yang diketuai oleh Saifullah Ahmad yang juga Ketua Wartawan Sinar Harian Perak.



Kunjungan tersebut turut disertai oleh Ketua Penerangan PAS Negeri, Ustaz Nuri Al-Amin dan pimpinan Pemuda PAS Perak.

Tiada ulasan:

Nuffnang