Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Program Kitar Semula, Jualan Amal 30 Jun 2012 di Paroi
- YB Ir Khalid Samad 27 Jun 2012 di Senawang
- Ceramah Israk Mikraj
- Stres melampau guru menyebabkan anak sendiri meninggal dunia, NUTP
- Ramai pesakit mental di N.Sembilan
- Tidak selamat keluar rumah
Program Kitar Semula, Jualan Amal 30 Jun 2012 di Paroi Posted: 23 Jun 2012 09:47 PM PDT PROGRAM JUALAN AMAL, KITAR SEMULA, HI TEA DAN GOTONG ROYONG Tarikh : 30 Jun 2012, Sabtu Masa : 2 ptg - 6 ptg Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang Kepada sesiapa yang ingin menyumbang beg-beg, majalah-majalah, barangan terpakai kegunaan harian yang masih dalam keadaan baik dan bersih boleh diserahkn pada hari tersebut. Hasil jualan amal serta jualan barangan terpakai serta kitar semula ini akan disalurkan untuk program sumbangan Jejak Ukhuwah Ramadhan 1433 Hijrah. Untuk sebarang maklumat, pertanyaan atau sumbangan sila hubungi Pn Wani 0133851202 atau Pn Fauziah 0137779328. Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam DMPKR, No akaun : 05012010061653 Anjuran : Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau |
YB Ir Khalid Samad 27 Jun 2012 di Senawang Posted: 23 Jun 2012 09:44 PM PDT |
Posted: 23 Jun 2012 04:20 PM PDT |
Stres melampau guru menyebabkan anak sendiri meninggal dunia, NUTP Posted: 23 Jun 2012 09:01 AM PDT Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menegaskan bahawa guru-guru di Malaysia ini bekerja dalam keadaan stres atau tekanan yang melampau lebih-lebih lagi apabila jemaah nazir dari Kementerian Pelajaran memantau guru-guru di sekolah. NUTP mengulas mengenai kes kanak-kanak 5 tahun yang meninggal dunia setelah ibunya seorang guru sekolah terlupa anaknya tertinggal dalam kenderaan kerana tergesa-gesa mengejar waktu kerana nazir Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan pada hari kejadian. NUTP: Teachers under huge pressure to deliver 23 June 2012 STRAIN: 'Stress levels shoot up during invigilations to assess performance' JOHOR BARU: Their stress levels were most apparent when they knew of invigilators or inspectorates turning up to assess their performance, she added. Lok was commenting on the case of a teacher who had forgotten about leaving her 5-year-old son alone in her MPV for more than six hours on Wednesday. The boy died. A friend of the boy's parents had said the mother was under tremendous pressure on the day of the incident as Education Ministry officials were at the school to observe teachers in the classrooms. "I have experienced such pressure before, and I know teachers get stressed when officials come to their school to evaluate their performance. "The pressure is such that some of them cannot sleep for two or three nights. Others even get distracted while driving and they don't know where they end up in." She said many teachers wanted to give their full commitment at work and this might cause them to sacrifice their commitment for family and affect their wellbeing. Budak 5 tahun mati dalam kereta ibu 21 Jun 2012 JOHOR BAHRU - Seorang guru sekolah rendah terkejut selepas mendapati anaknya yang berusia lima tahun tidak bernyawa selepas kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta selama beberapa jam. Menurut sumber polis, guru yang mengajar di salah sebuah sekolah di sini keluar dari rumah di Taman Perling, kira-kira jam 7 pagi dan sepatutnya menghantar anaknya ke salah sebuah tadika berhampiran tempat dia bekerja. Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk ke sekolah terlebih dahulu kerana bimbang terlewat untuk mengimbas kad perakam waktu. "Selepas itu dia terlupa yang anaknya ditinggalkan di dalam kereta seorang diri dan hanya menyedarinya kira-kira lima jam kemudian. "Wanita itu bergegas ke keretanya kira-kira jam 1.30 petang dan mendapati kanakkanak terbabit terbaring tidak sedarkan diri di dalam kenderaan itu," katanya. Menurutnya, apabila dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, doktor mengesahkan anaknya itu telah meninggal dunia. Usaha wartawan Sinar Harian untuk menemui keluarga mangsa tidak berhasil apabila mereka enggan ditemu bual. Sumber polis turut mengesahkan kejadian berkenaan dan mengklasifikasikannya sebagai kes mati mengejut. |
Ramai pesakit mental di N.Sembilan Posted: 23 Jun 2012 08:58 AM PDT 23 Jun 2012 GEMENCHEH – Orang ramai dinasihatkan lebih peka dengan tanda-tanda sebagai pesakit mental memandangkan Negeri Sembilan pernah muncul sebagai negeri tertinggi yang mempunyai pesakit berkenaan. Pakar Psikiatri Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), Dr Siti Hazrah Selamat Din berkata, semua pihak perlu memandang serius masalah itu dengan menasihatkan rakan, keluarga atau kenalan mereka yang menghadapi tanda-tanda sebagai sakit mental. Menurutnya, penyakit itu sememangnya berlaku dalam kalangan masyarakat, namun tidak ramai dalam kalangan mereka mengetahui dan mahu mendapatkan rawatan awal dengan berjumpa pakar mahupun kaunselor. "Dalam tempoh tiga tahun, kira-kira 1,000 kes kesihatan mental direkodkan di negara ini dan statistik berkenaan menunjukkan ianya bukanlah penyakit yang perlu diremehkan dalam kalangan masyarakat. "Oleh itu, orang ramai diingatkan agar tidak memandang remeh masalah ini," katanya ketika menyampaikan ceramahnya pada program Kesihatan Mental anjuran Panel Penasihat Klinik Kesihatan (KK) Gemencheh di Dewan Theathreate Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan (Itqan), dekat sini, kelmarin. Dr Hazrah berkata, terdapat empat jenis pesakit mental iaitu Skizofienia, bipolar mood disorder, kemurungan, kerisauan dan was-was serta nyanyuk. "Komuniti setempat boleh memainkan peranan dengan memahaminya iaitu pesakit mental bukan bermaksud gila, buatan orang, perlu dikurung sebaliknya dirawat secara berterusan," katanya. Beliau berkata, pesakit mental boleh diwarisi melalui keturunan di mana setiap anak mempunyai 13 peratus peluang untuk mengalami masalah sama, bagaimanapun ianya tidak semestinya berlaku. "Jika diambil contoh penyakit seperti kencing manis juga boleh menjadi penyakit keturunan. Namun sekiranya individu menjaga dan mengawal pemakanannya, mereka tidak akan mewarisi penyakit berkenaan. "Begitu juga dengan pesakit mental. Sekiranya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan dapat menghindari tekanan, peluang untuk mereka menghidapi penyakit berkenaan adalah kecil," katanya. "Jika di Gemencheh ini dicatatkan seramai 28 orang sedang mendapatkan rawatan pesakit mental di mana 18 daripadanya adalah lelaki dan 10 perempuan," katanya |
Posted: 23 Jun 2012 08:55 AM PDT 23 Jun 2012 SEREMBAN – Kehadiran lori keluar masuk di Jalan Taman Tuanku Jaafar 2/4, Senawang di sini, sejak beberapa tahun lalu mengundang rasa gusar penduduk kerana terdedah bahaya setiap hari. Penduduk mendakwa, sejak sebuah pasar raya di taman terbabit dinaik taraf, kewujudan lori keluar masuk semakin bertambah sehingga mengganggu ketenangan dan keselesaan mereka. Terbaru, seorang warga emas nyaris maut apabila sebuah lori secara tiba-tiba merempuh pagar rumahnya ketika dia sedang berehat bersama ahli keluarganya di pekarangan rumah. Menceritakan kejadian, anaknya, K DhanLachmi, 48, berkata, insiden itu yang menjadi kebimbangannya selama ini kerana lokasi rumahnya berdepan jalan utama. "Saya tidak boleh lupa kejadian ini kerana ia nyaris meragut nyawa ibu saya. Selama ini saya masih boleh bersabar apabila lori melanggar tong sampah penduduk di luar rumah, tapi sekarang pagar rumah pula jadi sasaran," katanya. Bagi M Tamil Arasi, 50, penduduk di situ hanya berasa selamat jika berada di dalam rumah kerana risau dengan kenderaan keluar masuk di hadapan rumahnya tanpa mengira waktu. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, pihaknya akan berhubung dengan pihak pengurusan pasar raya terbabit dalam waktu terdekat bagi mencari penyelesaian. "Jika perlu, kita akan menghantar memorandum kepada Majlis Perbandaran Nilai (MPN) untuk ambil tindakan," katanya ketika melawat kawasan berkenaan bersama Adun Senawang. |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan