Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Wabak TB melanda negara, pendatang asing puncanya
- Pembaziran duit syiling baru negara, menyusahkan rakyat dan peniaga
- Jadual Kuliah Ustaz Hambali untuk bulan Mei 2012
Wabak TB melanda negara, pendatang asing puncanya Posted: 05 May 2012 08:45 PM PDT 6 May 2012 - TB outbreak in Johor claims 53 lives this year. A total of 53 people have died of tuberculosis in the state so far this year and the authorities want those who suffer from prolonged coughing to seek treatment quickly. As of March, she said 497 cases were reported with 49% involving contagious pulmonary TB which could spread fast and also cause death. She said two deaths caused by the contagious pulmonary TB had been reported in Muar up to yesterday. PATI punca penyakit tibi. Utusan Malaysia - Peningkatan kes Tibi di negara ini dipercayai berpunca daripada kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tahap kesihatan mereka memang diragui. Katanya, kerajaan melakukan pelbagai program bagi membendung wabak itu, tetapi ia muncul kembali akibat kehadiran golongan berkenaan. "Jika di negara terbabit, mereka tidak diberi suntikan pencegahan wajib seperti suntikan bacillus calmette-guerin (BCG)," katanya. TIBI: KEMENTERIAN KESIHATAN PERLU BERTINDAK SEGERA KUALA LUMPUR, 10 Jun 2011 : Kementerian Kesihatan digesa bertindak segera untuk membanteras penyakit Tibi yang sedang menular di Selangor sekarang, terutama di kawasan Ampang Jaya. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Iskandar Abdul Samad menjelaskan, tindakan segera dari Kementerian Kesihatan amat perlu berikutan beberapa kes penyakit Tibi yang dikesan oleh Hospital Ampang baru-baru ini. Menurut beliau, contohnya, seorang pengetua sekolah di Pandah Indah telah koma baru-baru ini selama 28 hari kerana diserang penyakit itu. KES PENYAKIT TIBI MENINGKAT KUALA LUMPUR – Seramai 19,337 penduduk Malaysia dilaporkan mengalami penyakit batuk kering atau Tuber kulosis (Tibi) sepanjang tahun lalu. Justeru, Kementerian Kesihatan mengesa mereka yang mengalami tanda-tanda penyakit TUBERCULOSIS RISES AGAIN IN MALAYSIA Tuberculosis, once under control in Malaysia, is spreading again due to private doctors' failure to realise that the disease has re-emerged and has risen with the migration of people from high-risk countries. TIBI TIDAK MENGENAL MANGSA Utusan Malaysia - KEHADIRAN penyakit ini di kalangan masyarakat memang tidak disedari kerana ia merebak melalui udara dan titisan cecair badan daripada pesakit kepada orang lain. Penyakit ini berjangkit dengan mudah dan tidak mengenal mangsa. Tidak ketinggalan, kebanjiran pendatang asing juga dikaitkan dengan penyebaran tibi secara meluas. |
Pembaziran duit syiling baru negara, menyusahkan rakyat dan peniaga Posted: 05 May 2012 05:26 PM PDT Aduan Rakyat 5 Mei 2012 - Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan jutaan tahniah di atas kejayaan Bank Negara Malaysia mengeluarkan produk duit syiling negara siri yang ketiga. Siri duit syiling terbaru ini sangat mencerminkan keunikan Malaysia dari segi kepelbagaian kaum dan budaya. Pada hemat saya, tidak salah kita mengubah corak rekabentuk dan material yang digunakan. Namun, sebagai rakyat Malaysia dan juga sebagai pengguna yang bertanggungjawab, saya ingin mengesyorkan supaya pengeluaran duit syiling atau wang kertas negara ini yang baru, pada masa akan datang hendaklah mengambil kira faktor saiz dan berat yang sama hendaklah dikekalkan. Maksudnya, walaupun rekabentuk dan material diubah, namun berat dan saiz hendaklah dikekalkan supaya kemudahan awam seperti telefon, mesin parking dan sebarang peralatan yang menggunapakai wang kertas dan duit syiling sedia ada tidak perlu dinaiktaraf dan pengusaha berkaitan juga tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi bagi tujuan pelarasan ini. Hal ini penting diperhalusi bagi mengelakkan permasalahan yang timbul dalam urusan seharian rakyat Malaysia, selaras dengan hasrat Kerajaan, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Besarlah harapan saya sekiranya perkara ini mendapat perhatian pihak berkaitan supaya banyak masalah dapat dielakkan dan penjimatan dapat dibuat. Islam juga menggalakkan kita supaya mempermudahkan urusan, bukan menyukarkan dan membazir itu juga amalan yang tidak baik. Sekian, terima kasih. By: H.A. Lim Comment Abjamal2 Kami yang bersekolah di asrama juga menghadapi masalah besar kerana tidak dapat mengunakan talipon awam disebabkan talipon awam yang ada di asrama sekolah kami tidak menerima wang syiling baru. Perkara ini benar2 menyusahkan kami sebagai pelajar. JANGAN TERGESA-GESA TARIK BALIK DUIT SYILING SELEPAS 20 tahun, Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperkenalkan siri ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada 1 Januari 2012. Siri ketiga duit syiling tersebut adalah bagi denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Itulah berita yang tersiar di dalam Utusan Malaysia baru-baru ini yang pastinya mengundang pelbagai kesan baik dan buruk terhadap masyarakat negara ini. Saya sebagai usahawan bumiputera yang berkecimpung di dalam perniagaan mesin layan diri yang menggunakan duit syiling dan banyak lagi peniaga di negara ini pastinya bimbang dengan berita ini. Mana tidaknya mesin dan teknologi yang digunakan datangnya dari luar negara. Ia pastinya perlu ditukar dengan kos yang tinggi. Sebelum ini, ketika penggunaan syiling RM1 emas ditarik balik dari pasaran, ketika itu saya terpaksa membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk membeli mesin baru bagi membolehkannya menerima syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen. Memang diakui sekarang ini terdapat banyak syiling 50 sen palsu di pasaran yang dikenal pasti oleh pihak bank. Tetapi penukaran semua syiling oleh pihak BNM pastinya akan lebih membebankan. Sepatutnya penguatkuasaan ditingkatkan dan penukaran bukan jalan mudah untuk menangani masalah ini. Walaupun pihak vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu itu tetapi kos penukaran pastinya jauh lebih tinggi. Sebuah alat pembaca duit syiling sekarang bernilai hampir RM1,000. Bayangkan jika terdapat lebih 100 mesin yang perlu diubah suai. Tambahan pula teknologi datangnya dari luar negara dan pasti akan mengambil masa lebih lama untuk proses ubah suai. Bayangkan juga jika syiling ini ditarik balik dan mesin masih belum siap diubah suai, apa akan jadi kepada usahawan ini. Saya berharap jika kerajaan hendak menarik balik syiling daripada pasaran perlulah pihak kerajaan menimbang secara serius untuk memberikan insentif kepada kami yang terlibat. Saya ingin mencadangkan jika perlu ditukar juga syiling ini, saiz dan berat syiling berkenaan dikekalkan cuma warna dan corak ditukar dan diletakkan cip bagi mengelakkan pemalsuan. Adalah diharapkan pihak rakyat didahulukan dan tidak seperti sekarang kerana marahkan nyamuk kelambu di bakar. Ingatlah, setiap tindakan yang bakal diambil akan melibatkan ramai pihak dan kos yang perlu ditanggung amat tinggi. RAKYAT Rawang, Selangor BNM perkenal not, syiling baru http://www.hmetro.com.my/articles/BNMperkenalnot_syilingbaru/Article/ |
Jadual Kuliah Ustaz Hambali untuk bulan Mei 2012 Posted: 05 May 2012 05:21 PM PDT 07 Mei 2012 (Isn) : Kuliah Bulanan Masjid Yusoh Teh, Pedas 08 Mei 2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin 10 Mei 2012 (Kha) : Kuliah Bulanan Tmn Mantau Endah 11 Mei 2012 (Jum) : Kuliah Bulanan Surau Hj. Musa BSS 12 Mei 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin 13 Mei 2012 (Ahd) : Kuliah SubohBahrul Maazi jld 3 G/Home F 14 Mei 2012 (Isn) : Kuliah Bulanan Pengasih K.Lumpur 15 Mei 2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin 17 Mei 2012 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Madrasah Az - Zine 18 Mei 2012 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Bandar Senawang 19 Mei 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin 19 Mei 2012 (Sab) : Kuliah Bulanan Qudwah G/S Home 20 Mei 2012 (Ahd) : Kuliah Suboh Tmn Kolej Height 20 Mei 2012 (Ahd) : Kuliah Bulanan Tmn Desa Melor 21 Mei 2012 (Isn) : Kuliah Hadis Tmn Pinggiran Senawang 21 Mei 2012 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi jld 3 Hanger 6 KLIA 22 Mei 2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin 24 Mei 2012 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Gadong Jaya 25 Mei 2012 (Jum) : Kuliah Hadis Tmn Lavender Height 26 Mei 2012 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin 28 Mei 2012 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi jld 3 Hanger 6 KLIA 28 Mei 2012 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi jld 3 Tmn Rembau Utama 30 Mei 2012 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin 31 Mei 2012 (Kha) : Kuliah Maghrib Bahrul Maazi jld 3 G/Home F Sumber : http://hambalialorstari.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan