. |
- siapa selayaknya jadi PM jika Pakatan Rakyat memerintah.
- Hutang bank: Kes 154 peneroka selesai
- PAS GABUNG DENGAN DAP : SATU ULASAN.....baca dan faham betul2
- JAWI rampas buku Irshad Manji
siapa selayaknya jadi PM jika Pakatan Rakyat memerintah. Posted: 24 May 2012 07:19 PM PDT Penuh inbox KP orang tanya pasal siapa selayaknya jadi PM jika Pakatan Rakyat memerintah. 1. Sahabat sekelian, yang layak pegang amanah kepimpinan ialah mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt. disamping soleh dan memahami selok belok kepimpinan sebagai ungkapan yang pernah disebut oleh Saidina Umar al Khattab : تفقهوا قبل أن تسودوا ... Fahami olehmu [ Islam dan ilmu kepimpinannya ] sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin. 2. Nabi saw pernah menyebut : Hadis dari Abi Hurairah Rha. إذا ضيعة الأمانة فانتظر الساعة قال كيف إضاعتها يا رسول الله قال إذا أسند الأمر إلى غير أهله فانتظر الساعة Apabila berlaku penyelewengan amanah maka tubggu saat kebinasaan. Lalu Abu Hurairah Rha bertanya : Apakah penyelewengan amanah itu Ya Rasullallah ? Sabda Rasulullah saw : apabila diserahkan urusan [ kepimpinan ] kepada orang yang tidak layak menerimanya maka tunggulah detik kebinasaannya. 3. Sementara bangsa menjadi kepentingan no. 2 selepas iman dan taqwa. Bangsa pemimpin tertinggi seperti Perdana Menteri mestilah dirujuk kepada bangsa yang paling berpengaruh pula menepati kepentingan no 1 iaitu Iman dan Taqwa. Antara indikator berpengaruh biasanya dilihat pada kuantiti mereka iaitu bangsa majoriti dan juga aspek - aspek seperti ketuanan dan sebagainya. 4. Nabi saw pernah menyebut : الأئمة من قريش Kepimpinan itu dari Quraisy [ iaitu merujuk kepada bangsa yang paling berpengaruh ada waktu itu ] 5. Bangsa yang menepati Quraisy dalam hadis Nabi saw dalam konteks negara kita ialah melayu. Setelah melihat kepada sistem negara kita sebagai sebuah negara Raja berpelembagaan dan raja itu dari bangsa melayu, majoriti penduduk adalah melayu, maka nilai pengaruh itu masih pada bangsa melayu. 6. Pun begitu saya tegaskan sekali lagi, kepentingan no 1 iaitu Iman, Taqwa dan soleh serta memahami selok belok kepimpinan menjadi prinsip menentukan Perdana Menteri Malaysia yang kita mahu dan dilengkapkan dengan kepentingan no 2 iaitu faktor bangsa yang berpengaruh. 7. Kita tidak mahu pemimpin yang dipilih semata - mata berbangsa melayu tetapi tiada nilai iman, taqwa dan soleh serta faham amanah kepimpinan. Seperti melayu yang korup, tidak bermoral, menyeleweng, pecah amanah,mdiktator dan sebagainya. 8. Kita mahu kepimpinan muslim mukmin yang soleh pula memahami selok belok kepimpinan dengan baik, diambil dari bangsa melayu. 9. Fardhu taqdir tiada kepentingan no 1 itu pada bangsa melayu sebaliknya ada pada bangsa Cina, maka cina yang muslim mukmin dan soleh serta memahami seni kepimpinan dengan baik, maka layaklah ia menjadi Perdana Menteri. 10. Namun untuk mendapat kepimpinan yang sedemikian, kita perlu berjuang mengislahkan sistem dan segenap cabang struktur pembinaan insan dan negara bagi melahirkan pemimpin yang sedemikian. Kepimpinan sedemikian mesti dibina. Ia tidak hadir melalui gosokan lampu ajaib aladin atau harmonika Laksamana Doremi. Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Source: https://www.facebook.com/ | ||
Hutang bank: Kes 154 peneroka selesai Posted: 24 May 2012 10:04 AM PDT KUANTAN, 24 Mei: Seramai 154 orang peneroka semalam berjaya mendapatkan injunksi dari Mahkamah Tinggi Kuantan bagi menghalang CIMB Bank dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka baru-baru ini. Peguam Harris Abdullah berkata, dokumen untuk membeli saham Felda Global Venture Holdings (FGVH) itu terpaksa tandatangan peneroka kerana terpengaruh dengan kenyataan pihak pengurusan Felda di tempat masing-masing untuk mendapat durian runtuh."Selanjutnya kes ini akan diselesaikan di luar mahkamah apabila dua bank berkenaan bersetuju untuk tarik balik borang tersebut," katanya. [Gambar: Harris (tiga, kanan) sedang mendengar penjelasan Mazlan selepas mahkamah selesai memberi keputusan.] Baru-baru ini peneroka di seluruh negara telah dikejutkan apabila mereka diminta menandatangani dokumen pinjaman bank bagi membeli 'blue form' untuk saham FGVH, malangnya mereka dipaksa kerana digambarkan bakal mendapat durian runtuh. Pada 16 Mei lalu 154 orang peneroka sekitar negeri Pahang telah memohon injunksi mahkamah dengan 'inter parte' bagi melarang CIMB dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka baru-baru ini. Mereka juga memohon sekiranya sudah diproses, pihak bank dilarang untuk menyalurkan jumlah pinjaman kepada FGVHB kerana kerana mereka menandatanganinya dalam keadaan terpaksa dan tidak faham. Harris berkata, borang dokumen tersebut dalam bahasa Inggeris dan majoriti peneroka tidak faham sedangkan kakitangan Felda memberitahu dokumen tersebut untuk mendapat durian runtuh. "Tidak ada pegawai atau peguam bank yang hadir untuk memberi taklimat dan penerangan. Bahkan mereka juga dilarang membawa balik borang bagi tujuan diteliti atau mendapatkan nasihat daripada pihak-pihak yang berkenaan. "Tempoh masa yang diberikan singkat dan kena diisi depan pegawai Felda. Jadi proses yang seumpama itu menimbulkan banyak kemusykilan sehingga peneroka-peneroka terasa mereka tertipu...", jelasnya. Difahamkan, ramai peneroka yang marah kerana purata usia mereka sudah melebihi setengah abad dan berusia lanjut jadi sepatutnya mereka tidak diheret dengan hutang bank dan riba' yang tidak dinyatakan jumlahnya, apa cagarannya serta tempoh masa yang mereka kena bayar. Dalam pada itu Harris mengatatakan durian runtuh yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jengka 8 baru-baru ini tidak ada kena mengena dengan saham kerana FGVH belum disenarai di Bursa Malaysia. Sementar itu turut hadir memberi sokongan di mahkamah hari ini ialah Presiden ANAK Mazlan Aliman, Timbalannya Aris Faizul Ismail, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Yusof Embong serta beberapa orang pimpinan PAS Kawasan aktivis peneroka. Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10519-hutang-bank-kes-154-peneroka-selesai | ||
PAS GABUNG DENGAN DAP : SATU ULASAN.....baca dan faham betul2 Posted: 24 May 2012 08:10 AM PDT Ramai yang sangsi dengan tindakan PAS bergabung dengan DAP. Dengan PKR, tidak timbul sangat isu. Kesangsian ini, bukan sekadar berlaku pada orang UMNO, tetapi berlaku juga kepada orang-orang yang berkeahlian PAS, juga dari kalangan mereka yang berada dalam gerakan Islam. Bagi memberikan huraian perkara ini, dikupasnya seperti berikut; SATU : SIKAP BEBERAPA PIHAK Dalam merungkaikan perkara ini, ia terbahagi kepada dua pihak, iaitu; 1) Tidak bersetuju PAS gabung dengan DAP Pendapat ini berhujjah seperti berikut; [1] Firman Allah; Maksudnya; "Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin" (Surah al-Imran, ayat 28) Dalam ayat ini, Allah SWT melarang orang Islam menjadikan non Muslim sebagai wali atau pemimpin. Makanya, tidak sepatutnya PAS bergabung dengan DAP, kerana parti itu adalah parti bukan Islam. [2] Firman Allah; Maksudnya; "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka" (Surah al-Baqarah, ayat 120) Dengan yahudi dan nasrani, Allah SWT nyatakan bahawa mereka tidak akan redha terhadap Islam. Jadi, bergabung dengan mereka adalah bermaksud redha dengan mereka. [3] Seorang Tabiin bernama Sufyan al-Sauri ada berkata; Maksudnya; Perkataan Tabiin ini merupakan asas bahawa tidak boleh bergabung dengan non Muslim. jadi, PAS tidak boleh bergabung tenaga dengan DAP. 2. PAS mesti bergabung dengan DAP Pendapat ini berasaskan penghujahan berikut; [1]Firman Allah; Maksudnya; "Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran" (Surah Al-Maidah, ayat 2) Tolong menolong ini, dilarang dari melakukan permusuhan. Di kala DAP menyeru kepada keadilan, lalu PAS melakukan permusuhan dengan DAP, menyebabkan ia bercanggah dengan konsep ayat ini. Sedangkan dalam masa yang sama, kita disuruh bantu membantu dalam melakukan kebaikan dan ketaqwaan. Dalam ayat ini, Allah SWT menyuruh kita bantu membantu dalam melakukan "al-Bir", sedangkan dalam ayat lain, Allah SWT guna kalimah "al-Bir" ketika menyuruh melakukan kebaikan dan keadilan kepada orang bukan Islam. Firman Allah; Maksudnya; "Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik (al-Birr) dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil" (Surah al-Mumtahanah, ayat 8) Memandangkan ayat ini menyuruh kita melakukan keadilan dan berbuat "al-Birr" kepada orang bukan Islam, maka tidak salah jika PAS bersama-sama dengan DAP dalam usaha saling bantu membantu menegakkan keadilan dan kebajikan. [2] Firman Allah; Maksudnya; "Di antara Ahli kitab ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepadamu" (Surah ali-Imran, ayat 75) Dalam ayat ini, Allah SWT mengiktiraf tentang amanah yang dilakukan oleh orang bukan Islam. Ini ditambahi lagi pengiktirafan Nabi Muhammad SAW terhadap kebaikan yang dilakukan oleh Raja Habsyah. Jadi, tindakan PAS bersama dengan DAP tidak menjadi kesalahan, jika dasar dan tindakan DAP itu menjurus kepada keadilan dan kebaikan, seperti amanah dan melawan rasuah dan sebagainya. Jika al-Quran mengiktiraf amanah kewangan yang dilakukan yahudi, maka tidak ada sebab kita tidak mengiktiraf kebaikan DAP jika mereka menyeru kepada benda yang sama. [3] Dari Talhah bin Abdullah bin Auf bahawa Nabi SAW berkata; Maksudnya; "Aku hadir di rumah Abdullah bin Jad'ad satu pakatan yang aku lebih suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah (barang yang sangat berharga). Sekiranya aku diajak kepadanya di zaman Islam, nescaya aku menyahutinya[2]" Al-Qutaibi menyatakan, "punca berlaku pakatan itu adalah Quraish telah melakukan kezaliman di tanah haram, lalu Abdullah bin Jad'an dan Zubair bin Abd al-Muttalib mengajak mereka kepada pakatan dalam memberi pertolongan dan menyelamatkan orang yang dizalimi. Ajakan itu telah disahut oleh Bani Hasyim dan sesetengah kabilah daripada Quraish[3]" Dari ini, amat nyata bahawa bersama dengan non Muslim dalam berusaha menghapuskan kezaliman adalah satu perkara yang tidak bercanggah dengan Islam, sebaliknya ia diiktiraf oleh Nabi Muhammad SAW. [4] Firman Allah; Maksudnya; "Jangan kamu cenderung kepada mereka yang telah zalim, maka akan menyambar akan kamu oleh neraka" (surah Hud, ayat 113) Kezaliman ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, termasuk mereka beragama Islam. Ada muslim yang zalim, dan ada non Muslim yang adil. Jika kezaliman itu dibuat, maka pembuat itu tidak boleh disokong. Menyokong itu satu kesalahan. Jika menyokong kezaliman sudah disambar oleh Neraka, maka menyokong keadilan adalah satu kewajipan, tidak kira siapa sahaja yang melakukannya. DUA : PENILAIAN Sebelum membuat rumusan terhadap pendapat kedua-dua perkara ini, dihuraikan seperti berikut; [1] Dalam fiqh politik, asasnya adalah capaian kepada maqasid, iaitu kemaslahatan kepada rakyat. Ia merupakan definisi politik, sepertimana yang pernah dinyatakan al-Qaradhawi. Dalam kitab al-Siyasah al-Syariyyah, Qaradhawi mendefinisikan siyasah atau politik itu adalah; Maksudnya; "Melaksanakan terhadap sesuatu dengan perkara yang boleh mendatangkan kemaslahatan[4]" Dengan erti kata yang lain, setiap tindakan yang mencapai kepada maslahah kepada rakyat, maka ia merupakan tuntutan kepada fiqh politik. Dengan maksud, perkara yang boleh mendatangkan mafsadah kepada rakyat, maka perkara itu berada diluar kerangka fiqh politik Islam. Adapun nas-nas yang berkait dengan politik, sifatnya adalah wasail, iaitu elemen penghubung kepada capaian terhadap maqasid. Sesuatu ketetapan yang termaktub dalam Nas tersebut, ia merupakan salah satu cara untuk capaian maqasid, bukan satu-satunya cara sahaja. Dengan maksud, cara yang termaktub dalam nas tersebut, amat sesuai dengan kondusif politik di zaman itu, tetapi mungkin tidak sesuai dengan kondusif di zaman dan tempat yang lain. Antara contoh dalam perkara ini adalah seperti sabda Nabi SAW; Maksudnya; "pemimpin-pemimpin itu dari kalangan Quraish[5]" Hadis ini adalah bersifat wasail, sedangkan maqasid dalam hadis ini adalah untuk mengelak pertembungan dan perbalahan. Ibn Khaldun dalam kitab muqaddimah menyatakan; Maksudnya; "Oleh itu, nyata bahawa syarat quraish adalah untuk menolak perbalahan ekoran kewujudan asabiyyah dan penguasaan"[6]. Dengan maksud, penguasaan dan "respek" pihak rakyat pada zaman itu terhadap Quriash menyebabkan Nabi SAW menyatakan kepimpinan itu dari kalangan Quriash. Dengan erti kata yang lain, jika mengelak dari perbalahan itu tercapai dengan tidak perlantikan Quraish, tetapi tercapai dengan perlantikan bangsa lain, maka melantik bangsa lain itu adalah satu keperluan. [2] Dalam politik Islam, perkara yang paling penting adalah perlaksanaan keadilan, dan berusaha sedaya mungkin dari tersebar kezaliman. Segala tindakan yang menegakkan kezaliman, maka ia wajar dilawan. Firman Allah; Maksudnya; "Jangan kamu cenderung kepada mereka yang telah zalim, maka akan menyambar akan kamu oleh neraka" (surah Hud, ayat 113) Dalam hadis Qudsi, bahawa Nabi SAW berkata yang Allah SWT berfirman; Maksudnya; "Wahai Hamba-Ku, Sesungguhnya Aku haramkan zalim terhadap diri-Ku, dan Aku jadikannya haram di antara Kamu, maka Jangan kamu saling zalim menzalimi[7]" Ibn Taimiyyah menyatakan; Maksudnya; "Allah SWT tolong Negara yang adil, waima ia adalah kafir, Tidak menolong Negara yang zalim, waima ia mukmin[8]" [3]Tentang firman Allah; Maksudnya; "Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin" (Surah al-Imran, ayat 28) Ulasan tentang ayat ini adalah seperti berikut; -1- Ayat ini bersifat Sad al-Zaraie, iaitu menutup segala pintu-pintu haram. Sifat menutup pintu-pintu haram ini, tidak semestinya diharamkan secara mutlak, tetapi dengan meletakkan syarat-syarat juga ia sudah memadai menutup pintu-pintu haram. Ia sama seperti Allah SWT menyatakan; Maksudnya; "Jangan kamu cela mereka yang menyembah selain dari Allah, nanti mereka mencela Allah dengan permusuhan (prejudis), dengan tanpa Ilmu" (surah al-An'am, ayat 108) Ibn Kathir menyatakan bahawa Allah SWT melarang Rasulullah SAW dan orang-orang mukmin dari memaki sembah-sembahan musyrikin, walaupun ia boleh mencapai maslahah. Ini kerana, ia sebenarnya boleh membawa kepada mafsadah yang lebih besar, iaitu makian balas dari orang Musyrikin terhadap tuhan orang mukmin, iaitu Allah yang tiada tuhan kecuali Dia[9]. Menurut Al-Raisuni pula, hukum asal bagi celaan terhadap sembahan musyrikin adalah harus, malahan dalam beberapa ketika ia menjadi wajib. Ini kerana, menyembah selain Allah merupakan jenayah dan penyelewengan yang cukup besar. Namun, melihat kepada implikasi menyebabkan tercapainya mafsadah yang lebih besar, iaitu mereka mencela Allah dalam keadaan hati mereka ada permusuhan, zalim dan kejahilan, menyebabkan mencela sembahan selain Allah itu dilarang[10]. Dengan erti kata yang lain, mencela sembah-sembahan tersebut adalah dibenarkan DENGAN SYARAT ia tidak dilakukan dihadapan non muslim. Sekiranya diyakini tidak mendatangkan implikasi serang balas dari non Muslim tersebut, maka ia tidak menjadi haram. Begitu juga dengan ayat 28 dari surah al-Imran. Larangan orang non Muslim menjadi pemimpin itu kerana bimbang mereka menguasai orang Islam. Dengan maksud, tidak dibawah larangan sekiranya non Muslim itu menjadi pemimpin DENGAN SYARAT pengamalan dan beberapa perkara prinsip bagi umat Islam tidak diganggu gugat. Dalam kerangka demokrasi, sesuatu perlaksanaan dasar tertakluk kepada undang-undang yang termaktub. Ia tidak boleh dilanggar oleh sesiapa sahaja yang memerintah, samada mereka yang beragama Islam atau mereka yang tidak beragama Islam. Sekiranya dalam undang-undang termaktub menyatakan hak orang Islam tidak boleh terhalang, maka sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin, mereka kena akur dengan undang-undang tersebut. Jadi, dengan perlantikan non Muslim sebagai pemimpin politik dalam kerangka politik demokrasi, ia tidak bercanggah dengan maksud ayat di atas. -2- Dalam kerangka monarki, pemimpin itu bersifat wilayah. Sedangkan dalam kerangka demokrasi, pemerintah tidak boleh pandai-pandai menentukan dasar kecuali mendapat persetujuan rakyat majoriti. Dengan erti kata yang lain, pemimpin dalam sesebuah Negara demokrasi, tidak bersifat wilayah, tetapi bersifat wakalah. Wilayah dalam kerangka demokrasi adalah rakyat dan undang-undang yang termaktub. Ekoran dari itu, menjadikan hujjah ayat ini sebagai penghalang untuk mengundi non Muslim adalah tidak tepat. Ini kerana, dalam wakalah boleh diberikan kepada non Muslim. [4] Mereka berhujjah dengan merujuk kepada Firman Allah; Maksudnya; "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka" (Surah al-Baqarah, ayat 120) Kata mereka, "dengan yahudi dan nasrani, Allah SWT nyatakan bahawa mereka tidak akan redha terhadap Islam. Jadi, bergabung dengan mereka adalah bermaksud redha dengan mereka". Bagi menjawab hujjah mereka ini, diperhatikan kepada satu hadis, bahawa Nabi SAW ada menyatakan; Maksudnya; "Ketahuilah bahawa mereka yang menzalimi Mu'ahid (non Muslim yang zimmi) atau mengurangkan (kata al-Tibiy : haknya) atau membebankannya luar dari kemampuannya, atau mengambil darinya sesuatu bukan dari cara yang baik, maka aku akan jadi penghujjahnya pada hari akhirat[11]" Melihat hadis ini, Nabi SAW mempamerkan bahawa Nabi SAW akan mempertahankan non Muslim yang dizalimi. Tindakan Nabi SAW mempertahankan non Muslim, bukan bermakna Nabi SAW redha dengan agama mereka. Maka begitu juga tindakan PAS bergabung dengan DAP, bukan bermakna redha dengan mereka. Dari sudut Islam, tidak boleh kita hendak melahirkan permusuhan politik atas sebab berbeda agama, kerana kepercayaan agama melibatkan hidayah yang merupakan kekuasaan Tuhan, sedangkan menghentikan kezaliman adalah perkara ikhtiyari, iaitu dibawah kawalan kita. Maka ia hendaklah dilawan, waima ia dilakukan oleh muslim sekalipun. Jika Muslim melakukan kezaliman pun wajib dilawan, maka lebih-lebih lagi wajib dilawan, jika yang melakukan kezaliman itu adalah non Muslim. [5]Mereka berhujjah dengan merujuk perkataan Seorang Tabiin bernama Sufyan al-Sauri. Beliau berkata; Maksudnya; Mereka menyatakan, "Perkataan Tabiin ini merupakan asas bahawa tidak boleh bergabung dengan non Muslim. jadi, PAS tidak boleh bergabung tenaga dengan DAP" Dijawab bahawa berbeda kepuakan adalah fitrah. Tetapi, perbedaan puak itu tidak boleh menafikan keperluan bekerjasama dalam menjatuhkan kezaliman. Ia dapat dirujuk dalam hadis Hilf al-Fudhul yang disebut di atas bahawa Nabi SAW akan menyokong gerakan yang bersatu dalam menghapuskan kezaliman, waima ia dilakukan oleh Bani Hashim yang ketika itu tidak beragama islam lagi. [6] Mereka menyatakan, "Bersatu adalah satu keperluan. Dalam al-Quran, banyak ayat-ayat al-Quran menyuruh kita bersatu. Sedangkan berpakat dalam politik, tidak termaktub dalam nas al-Quran. Jadi, apabila bertembung al-Quran dan tidak, maka dahulukan nas al-Quran". Dinyatakan bahawa dalam al-Quran, suruhan bersatu atas asas berpegang dengan tali Allah. Dengan erti kata lain, sekiranya dari pihak muslim ada yang tidak berpegang dengan tali Allah, maka tidak perlu bersatu dengan mereka. Malahan boleh jadi haram, jika bersatu itu mengukuhkan lagi pihak yang zalim. Tanpa dilalaikan, bahawa al-Quran juga menyuruh kita menghindarkan diri dari cenderung kepada kezaliman. Secara istiqra' maknawinya, kezaliman memang wajib dihindari. Adalah satu perkara yang mustahil bahawa al-Quran menyuruh kita menyokong kezaliman. Mendakwa bahawa sesama muslim perlu bersatu adalah perkara benar. Tetapi, adalah salah jika disuruh juga bersama dengan muslim, jika tidak berasaskan kepada keadilan dan menolak kezaliman yang merupakan antara perkara asas bagi tali Islam. Kita dituntut bersatu dalam melakukan keadilan dan menolak kezaliman, tetapi kita dilarang dari bersatu dalam melakukan kezaliman, waima sesama muslim sekalipun. KESIMPULAN Asas bagi Islam, ia adalah rahmat sekelian alam. Ia tidak memberi kasih sayang kepada muslim sahaja, tetapi kasih sayang menurut ajaran Islam melepasi batasan bangsa, warna kulit dan agama. Soal kepercayaan agama adalah soal hidayah, sedangkan hidayah dibawah kekuasaan Allah SWT. Islam tidak menghalang kita bersatu dengan non Muslim dalam usaha menegakkan keadilan. Yang Islam halang adalah, bersatu sesama muslim dalam menegakkan kebatilan dan kezaliman. Juga islam juga menghalang memberi kekuatan kepada pihak batil untuk terus bertapak. Islam menang apabila non Muslim memeluk Islam. Ia tidak akan berlaku, kecuali mereka menyukai Islam terlebih dahulu. Mereka tidak akan suka dengan Islam, jika Islam dipamerkan sebagai agama perkauman, walhal Islam adalah agama untuk semua manusia. Ibn Taimiyyah pernah berkata, "Allah akan tolong Negara yang adil, waima ia kafir sekalipun. Allah tidak akan tolong Negara yang zalim, waima ia mukmin sekalipun[13]" Dengan itu, bersatu kita menegakkan keadilan demi melihat Islam tersebar di muka bumi ini. Hindarkan diri dari bergabung dengan pihak yang zalim, kerana ia menjauhkan manusia dari Islam. WAllahu 'Alam [1] Musannaf Abd al-Razzaq; no, 10234. [2] Sunan al-Baihaqi al-Kubra, hadis no : 12859. [3] Ibid, jld 6, hlmn 367. [4] Al-Siyasah al-Syariyyah fi Dau' Nusus al-Syariah wa maqasiduha, hlmn 29. [5] Musnad Ahmad, hadis no : 11859. [6] Al-Muqaddimah, hlmn 100. [7] Muslim, hadis no : 4674. [8] Al-Hisbah, hlmn 4. [9] Ibni Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azim : 3/314. [10] Dr Ahmad al-Raisuni, Muhadharat fi Maqasid al-Syariah : 219. [11] Sunan Abi Daud, 2654. [12] Musannaf Abd al-Razzaq; no, 10234. [13] Al-Hisbah, hlmn 4. Dicatat oleh Al-Bakistani | ||
Posted: 24 May 2012 08:07 AM PDT JAWI rampas buku Irshad Manji Pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) malam tadi merampas tujuh naskah buku "Allah Liberty & Love - Courage To Reconcille Faith & Freedom" karya penulis kontroversi, Irshad Manji berikutan kandungannya yang menyalahi hukum syarak. Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasa JAWI, Wan Jaafar Wan Ahmad berkata serbuan yang melibatkan lapan pegawai itu dilakukan pada pukul 8.45 malam di sebuah kedai buku di pusat beli belah terkenal di Bangsar. "Kami menerima maklumat terdapat sekurang-kurangnya 500 edisi terjemahannya sudah dicetak dan berada di pasaran di seluruh negara, malah usaha mengesan buku berkenaan sedang dilakukan," katanya kepada pemberita di ibunegara. Irshad, penulis kelahiran Uganda dan memegang kerakyatan Kanada mencetuskan kontroversi kerana menyokong gerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di Malaysia. Wan Jaafar berkata buku berkenaan dirampas dan disiasat mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan atas kesalahan berhubung kesucian Islam dan institusinya, termasuk menghasilkan penerbitan yang bertentangan dengan hukum syarak. - Bernama Source: http://malaysiakini.com/news/198845 |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan