Ahad, 15 April 2012

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Candid AGM ke10 PAS Kota Raja & Najib Jeneral perang tanpa askar

Posted: 15 Apr 2012 06:37 AM PDT

AGM PAS Kota Raja kali ke 10 pada hari ini begitu penting untuk PAS Kota Raja bagi memastikan PAS Kota Raja terus memacu kemenangan di Kota Raja pada PRU akan datang.

PAS Kota Raja sejak akhir-akhir ini menjelang PRU 13 kali ini mendapat durian runtuh dengan semakin ramai yang menyokong perjuangan Parti ini samaada dari ahli PAS sendiri mahu pun dengan kebanjiran keahlian baru yang menyertai PAS dengan meninggalkan perjuangan Barisan Nasional yang sudah tidak releven lagi bagi mereka.

Dengan setiap ahli PAS begitu komited dengan tugas dan tanggungjawab di Cawangan-Cawangan serta Daerah Mengundi bagi meneruskan kemenangan .... Umno Selangor dan Kota Raja pula seakan lumpuh dengan aktiviti peringkat akar umbi mati begitu sahaja (tambahan Ketua Bahagian pun tak pernah tunjuk muka). Umno tidak mampu menggerakkan parti pada peringkat ini. Harapan mereka hanya pada Najib ... maka Najib bolehlah dianggap sebagai Jeneral perang tanpa askar.

Umno Selangor hanya mengharapkan Najib untuk bergerak begitu juga dengan negeri-negeri lain. Ini bagus untuk Pakatan Rakyat bergerak secara bersepadu bagi menangkis setiap janji-janji Najib menjelang PRU ini. Nampaknya PR khususnya PAS begitu selesa untuk menambah kerusi di Selangor untuk mematikan impian Najib merampas Selangor.

Kukuhkan ukhwah - ikut sunnah Nabi - antara inti pati ucapan TYDP untuk terus mara
25.5.2012 Najib bubar Parlimen, 6.6.2012 hari penamaan calun 7 16.6.2012 hari mengundi
Antara peringatan Pengarah Pilihanraya PAS Selangor

Penuh Iltizam untuk mempertahan Parlimen Kota Raja, Selangor dan mara kePutrajaya
menjadi cetusan membara setiap perwakilan pada mesyuarat agung pagi tadi.
Barisan Nasional meletakkan Kota Raja sebagai tanda aras - TEWAS di Kota Raja maka berkecailah
harapan BN untuk merampas Selangor dan mempertahn Putrajaya : Najib kerap kali berulang ke Kota
Raja bagi tujuan ini, tapi semangat petugas PAS Kota Raja semakin mantap - Umno dan MIC Kota Raja
pasti menyampah melihant barisan hadapan Jentera Pilihanraya PAS Kota Raja ini.

Sokongan mantap dari Jentera DHPP bagi membantu mempertahankan kemenangan
YB Dr Siti Mariah Mahmud walau pun pertambahan pengundi begitu mendadak masuk
ke Kota Raja.

PAS FOR ALL - Ramai bekas wanita MIC kini bersama PAS 



Pengerusi DHPP Kota Raja merangkap Pengerusi DHPP Selangor dan juga Setiausaha
DHPP Pusat memberi jaminan akan bekerja keras bagi memenangkan calun PAS pada
PRU kali ini - komitment dan kerja kuat mereka sukar dinafikan.


Siap sedia melangkah ke Dataran Merdeka pada 28.04.2012 nanti.

Tiada ulasan:

Nuffnang