:: cina islam | 2011 :: |
- - Orang ramai terbalik kereta polis selepas dilanggar
- Gambar sekitar BERSIH 3.0 (1)
- Perserta BERSIH dilanggar kereta Polis, Peserta marah dan terbalikkan kereta.
- Orang ramai marah, terbalikkan kereta polis
- Pak Samad terus jadi perhatian
- Dataran Merdeka Ditawan
- Polis tembak gas pemedih mata
- Suasana tegang dan tangkapan di sekitar Mesjid India
- Solat 'Jumaat' di Masjid Negara hari Sabtu
- 100,000 banjiri KL, polis tembak gas pemedih mata
- Polis beri amaran bersurai, tangkapan di KLCC
- Ribuan penyokong Bersih berhimpun di 30 kotaraya
- Unit Amal beri kawalan terbaik
- Ratusan ribu sudah banjiri Kuala Lumpur
- Langsung Himpunan Duduk Bantah Bersih 3.0
- Guna LRT, Monorail dan Komuter ke Dataran Merdeka
- Polis dikesan ramai sekitar ibukota
- Laporan langsung menjelang perhimpunan BERSIH
- Penumpang ugut rampas pesawat ditahan
- Jumlah pelarian Syria di negara jiran meningkat
- Penduduk Palestin dan pendatang haram Yahudi bertempur
- 10 mati akibat banjir di Haiti
- Ribuan sudah banjiri Kuala Lumpur
- 1,000 berkumpul dekat Dataran hingga 2.30 pagi
- BERSIH: Kita akan cuba sedekat mungkin ke Dataran
- Orang ramai terbalik kereta polis selepas dilanggar Posted: 28 Apr 2012 03:58 AM PDT 6Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - LAPORAN LANGSUNG 6.22pm: Jln Sultan Abdul Samad - Konvoi berkereta polis terpaksa membuat pusingan-U berhampiran Masjid Jamek apabila bertembung dengan penyokong BERSIH yang melemparkan kasut dan objek ke arahnya. 6.10pm Jalan dari SOGO ke Dataran dibuka. Bagaimanapun kira-kira 600 peserta masih berlegar di sekitar. 6pm Jalan TAR - Beratus anggota polis berada di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), yang sesak kerana sekatan jalan raya. Para pemandu membunyikan hon tanpa henti, memaksa polis bersurai dan berkumpul semula di persimpangan Jalan Tun Perak. Mereka mula membenarkan lalulintas di situ. 5.50pm: Naib Presiden PKR Tian Chua dakwa melalui Twitter, beliau ditahan polis bersama Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari. Tian juga dakwa ramai dipukul ketika ditahan. 5.45pm Masjid Jamek - Sesetengah peserta masih mahu masuk ke Dataran Merdeka, tetapi polis datang balik dan mengejar mereka. Beberapa peserta ditahan. Ada di antara mereka yang membaling kasut dan botol ke arah polis. 5.30pm: JLN TAR Wartawan Malaysiakini antara 200 ditahan bersama 200 peserta dan wartawan lain. Mereka ditempatkan sementara di Kelab Diraja Selangor. Barangan dirampas dan ditumbuk polis. 5.21pm Dua anggota polis tercedera dan pistol yang hilang dijumpai semula, kata menteri dalam negeri melalui Twitter. 5.20pm Simpang Jalan Tun HS Lee-Jalan Tun Tan Cheng Lock (berhampiran Pasar Seni) - Anggota polis FRU kelihatan mula berehat-rehat selepas Unit Amal PAS membuat pengumuman mengerahkan peserta BERSIH bersurai. | ||
Posted: 28 Apr 2012 02:44 AM PDT | ||
Perserta BERSIH dilanggar kereta Polis, Peserta marah dan terbalikkan kereta. Posted: 28 Apr 2012 02:36 AM PDT 6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - Sebuah kereta yang melanggar 3 seorang peserta perhimpunan Bersih 3.0 dan mengakibatkan kecederaan telah terbalikkan oleh peserta sebentar tadi. Kejadian tersebut belaku di hadapan SOGO sekitar jam 4.45 petang tadi. akibat kejadian itu ratusan Polis telah mengepung kawasan tersebut dan kelihatan 3 ambulance datang untuk membawa mangsa kena langgar. | ||
Orang ramai marah, terbalikkan kereta polis Posted: 28 Apr 2012 02:20 AM PDT 6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - LAPORAN LANGSUNG 5:01pm JLN TAR Kelihatan 4 trak polis menuju Jln Chow Kit. Peserta tidak tunjukkan tanda-tanda mahu bersurai. 5.03pm JLN TAR Seorang gadis pengsan dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance. 455pm JALAN TAR Tapak pasar malam, sekumpulan peserta BERSIH dan polis bertumbuk. 4.45pm Pistol polis dirampas peserta BERSIH di hadapan SOGO, menurut tweet polis. 4.19pm Jalan TAR - Sekumpulan orang ramai yang marah bertindak menterbalikkan kereta polis selepas ia didakwa melanggar peserta di situ. 4.10pm - Jalan TAR - Sekumpulan peserta duduk di sepanjang jalan TAR yang ditutup. Seorang penjual ais-krim laris perniagaannya apabila menjadi tumpuan peserta untuk menghilangkan dahaga mereka. FRU melepas tembakan air bercampur kimia ke arah mereka di depan kedai Kamdar di Jalan TAR. 4.04pm Sebelum itu, beberapa wartawan yang berdiri di belakang FRU turut tertolak polis ke arah peserta ketika gas pemedih mata ditembak, mendedahkan mereka kepada gas yang memedihkan mata. 3.58pm Seorang lelaki berusia 35 tahun mengalami kesukaran bernafas berhampiran Dataran Maybank akibat gas pemedih mata. Dia pulih selepas diberi rawatan oleh pasukan perubatan. 3.58pm Masjid Jamek - Beratus-ratus peserta sedang berehat di taman di belakang Masjid Jamek untuk pulih daripada serangan meriam air dan gas pemedih mata. 3:49pm - JALAN RAJA LAUT Kira-kira 35 peserta BERSIH ditangkap dan dikumpulkan di hadapan bangunan DBKL. Turut ditahan ialah seorang wartawan akhbar Cina Oriental Daily kerana disangka salah seorang penyokong. Bagaimanapun, dia dilepaskan selepas polis mendapat dia sebenarnya wartawan akhbar berkenaan. 3:49pm Seorang peserta perhimpunan cedera di depan bangunan DBKL dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance. 3.50pm Pusat membelibelah Sogo - Beberapa peserta berundur dari Dataran Merdeka di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan dikejar polis. 3.42pm Stesen LRT Dang Wangi - Selepas polis melepaskan tembakan gas pemedih mata di Jalan Tun Perak, beberapa peserta melarikan diri ke Jalan Dang Wangi dan Jalan Ampang. Mereka dilihat berjalan ke arah KLCC melalui Jalan Ampang. Kebanyakan mereka dijangka pulang. 3:29pm Majlis Peguam - Selepas arahan untuk bersurai dikeluarkan, tembakan meriam air dan gas pemedih mata dilepaskan ke atas orang ramai di luar bangunan Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar. 3.24pm Masjid Jamek - Di hadapan stesen LRT orang ramai enggan berganjak dan melaungkan "BERSIH" walaupun gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka. Mereka berundur setiap kali gas pemedih mata ditembak, tetapi kembali semula selepas itu. 3.20pm: Dataran Merdeka - kawat duri di Lebuh Pasar Besar dialih oleh orang ramai. Mereka kemudian mengalihkan penghalang plastik. Kira-kira 30 anggota polis yang bersenjatakan cota, perisai dan topeng gas bergerak membentuk benteng. Peserta dan polis kini bersemuka tanpa apa-apa di antara mereka. Ada yang bergambar manakala yang lain duduk di atas jalan menghadap polis. Komander polis bagi kawasan tersebut duduk di atas trak polis dengan pembesar suara tetapi belum mengeluarkan sebarang arahan. 3.15pm - Lagi gas pemedih mata di tembak di kawasan Coliseum di Jalan TAR. 3.13pm - Sebahagian peserta berundur ke jalan Pudu ekoran tembakan gas pemedih mata. 3.10am Masjid Jamek - lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan berhampiran stesen LRT Masjid Jamek. Difahamkan beberapa peserta yang cuba melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka, telah ditangkap. 3.08pm Polis terpaksa lepas gas pemedih mata apabila peserta cuba rempuh halangan, demikian menurut tweet polis. 3.01pm: Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di persimbangan jalan Tun Perak-Jalan TAR. Difahamkan polis bertindak demikian selepas ada peserta melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka. 2.45pm Pasar Seni - Orang ramai mula bersurai di sekitar ibupejabat Majlis Peguam, yang dianggarkan sekitar 5,000 orang. Satu kumpulan masih berada di hadapan penghalang dan kawat duri yang memisahkan orang ramai dari Dataran Merdeka di seberang sungai. Sekitar 50 anggota FRU bersiap sedia. Orang ramai menjerit slogan BERSIH serta "hancur Rosmah" dan "Buka Pintu". 2:34pm Masjid Jamek - Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata perhimpunan BERSIH 3.0 telah berjaya dan menggesa orang ramai supaya bersurai. Bagaimanapun, orang ramai melaungkan "Dataran! Dataran!" Sebelum ucapan Ambiga, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan politik kotor. Anwar adalah sebahagian daripada kumpulan yang berarak dari Masjid Negara. 2.15pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 dari Masjid Negara sampai ke Puduraya dalam perarakan panjang ke Dataran Merdeka. 2pm Masjid Jamek - Anggota jawatankuasa MCA bahagian Kelana Datuk Lee Hwa Beng dilihat berhampiran restoran McDonalds. Katanya, beliau menyertai perhimpunan tersebut atas kapasiti peribadi dan MCA telah menyatakan dengan jelas bahawa ia tidak menghalang ahli daripada menyertainya. Ditanya mengapa beliau menyertai perhimpunan tersebut, Lee memetik dari buku barunya - PKFZ: A Nation's Trust Betrayed - bahawa berdiam diri bukan lagi satu pilihan. 2pm Orang ramai kini bertumpu di tiga kawasan utama - Jalan Tun Perak (dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka), Lebuh Pasar Besar (berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam) dan Masjid Negara di mana jemaah bersolat Zohor. Ini bermakna Dataran Merdeka sudah dikelilingi sepenuhnya oleh orang ramai dari Utara dan Selatan. Kumpulan lain dijangka menyertai mereka dari Masjid Negara selepas solat. 1.55pm: Pasar Seni - Datuk A Samad Said berkata beliau akan meneruskan protes duduk ke atas sebuah jambatan pejalan kaki dekat sini, daripada menyertai peserta lain di Dataran Merdeka. "Saya menggunakan jambatan ini setiap minggu tetapi ini pertama kalinya dalam hidup saya mereka tidak membenarkan saya lalu, mereka minta saya guna laluan lain. Ini adalah jalan yang saya gunakan untuk pergi ke masjid," katanya mengenai sebab beliau melakukan protes duduk di jambatan itu. 1.50pm Masjid Negara - Sekumpulan 10,000 kini berkumpul di masjid, dan telah mula menuju ke arah bangunan Mahkamah Syariah lama melepasi stesen keretapi lama. Mereka kemudian pusing kiri dan menyeberangi jambatan di atas landasan keretapi menuju ke Dataran melalui belakang stesen keretapi yang mengarah ke Pasar Seni. Dengan diterajui anggota Unit Amal. orang ramai dipercayai mengambil jalan jauh ke Dataran kerana pihak polis telah menutup laluan terus ke sana dengan membentuk benteng manusia. 1.45pm: Pasar Seni - Kira-kira 30 orang telah memutuskan untuk menyertai Pak Samad 'duduk bantah' di atas jambatan pejalan kaki di Pasar Seni LRT. 1.38pm Masjid Negara - Presiden PAS Abdul Hadi Awang tiba. 1.30pm Dataran Merdeka - Kumpulan yang besar dari Kota Raya dan Petaling Street bergerak mendekati Dataran. Kota Raya dan Petaling Street kini kosong. Orang ramai yang paling hampir dengan benteng di Dataran Merdeka duduk di atas jalan raya, dengan lebih melaungkan "duduk" dan menyertai mereka. Anggota Unit Amal PAS membentuk benteng di hadapan benteng polis. Lapisan kawat duri, penghalang plastik dan pagar besi, memisahkan mereka daripada benteng kira-kira 100 anggota polis. Anggota FRU dengan trak meriam air di siap sedia tidak jauh dari situ. 1:33pm Pasar Seni - Polis membuat keputusan untuk meninggalkan sekatan di jambatan pejalan kaki yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni dan Dayabumi. Sesetengah penyokong menyertai Pak Samad bersolat. Pesera mula memenuhi jambatan untuk melihat protes di bawah. 1:30: Pasar Seni - Seorang anggota Unit Amal PAS menjelaskan bahawa Pak Samad tidak ditahan polis tetapi duduk di atas jambatan pejalan kaki sebagai tanda bantahan terhadap tindakan polis menyekat kawasan itu. Dia berdiri di situ atas keputusannya sendiri. 1.40pm Polis keluar kenyataan keadaan sekitar Dataran terkawal. Menurutnya, hingga jam 1pm, peserta 25,000. Menurut kenyatan pusat media polis kontinjen Kuala Lumpur, mereka dalam keadaan berjaga-jaga dan memantau keseluruhan perhimpunan BERSIH. "PDRM bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam terpelihara agar tidak diganggu oleh mana-mana pihak," kenyataan itu dipetik. Pasukan keselamatan juga menegaskan akan bertindak kepada pihak yang melampau batas dan melanggar perintah mahkamah yang melarang orang ramai berkumpul di Dataran. 1.23pm: Pasar Seni - Pengerusi bersama BERSIH isytihar perhimpunan berjaya, akan mara sedekat mungkin kawasan dibenarkan sebelum duduk. 1:13pm: Sejam menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah peserta yang hadir setakat ini dianggarkan telah mencecah sekitar 50,000 orang. - Pudu/Kotaraya/Petaling Street (orang ramai berarak dari KLCC) - 20,000 - Pasar Seni (bergabung dengan orang ramai dari Brickfields) - 15,000 - Masjid Jamek - 10,000 - TAR / Jalan Tun Perak / Jalan Parlimen - 10,000 - Masjid Negara - 5,000 1.09PM MASJID JAMEK Unit Amal membuat benteng manusia bagi memimpin orang ramai berarak ke Dataran Merdeka. 12.50pm Pasar Seni - Kumpulan kedua dari Brickfields, juga berjumlah ribuan orang, tiba di Pasar Seni untuk bersama dengan mereka yang sudah berada di situ. 12.43 thr Masjid Negara - PKR presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama dengan pemerhati antarabangsa. 12.40 thr Pasar Seni - Pengerusi DAP Karpal Singh tiba di hadapan Majlis Peguam, disambut dengan laungan "BERSIH". 12.35 thr Jalan Tun Perak - Senator Australia Nicholas Xenophon hadir, untuk memerhatikan perhimpunan tersebut. "Ini adalah satu suasana yang menarik dengan lebih daripada 10,000 orang. Setiap orang bersemangat tinggi," katanya. "Ini adalah perhimpunan aman tanpa sebarang keganasan. Orang muda dan tua bersama-sama berada di sini. Saya pasti rakyat Australia dan rakyat Malaysia memahami bahawa ini adalah demonstrasi untuk pilihanraya yang bebas dan adil." 12.32pm Pasar Seni - Polis membentuk benteng manusia di Hang Kasturi Walk, laluan baru di sebelah Pasar Seni, walaupun beberapa peserta sudah lama melepasi mereka melalui satu kaki lima di situ Peserta yang berdepan dengan benteng polis itu menyanyikan lagu Negaraku. 12.30pm: Pasar Seni - Pak Samad duduk di atas tikar di belakang barisan polis di jambatan yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni ke Dayabumi, sambil membaca Al-Quran. Apabila ditanya sama ada beliau ditahan, seorang anggota polis menjawab, "Beliau sedang berehat. Beliau mengambil gambar selama dua jam tadi, beliau letih. " Apabila Malaysiakini bertanya kepada sasterawan negara itu sama ada beliau ditahan, beliau hanya mengangkat bahunya. 12.14pm Masjid Negara - Beberapa pemimpin kini berada di Masjid Negara - Mohamad Sabu, Lim Kit Siang and Abdul Kadir Sheik Fadzir. 12.10pm Jalan Sultan - Selepas berehat kira-kira sejam, kira-kira 3,000 orang yang pada mulanya berkumpul di Jalan Sultan, sekarang berjalan melalui Jalan Petaling. 12:07pm Jalan Tun Perak - Kira-kira tiga trak FRU dan dua meriam air kelihatan di Dataran. Sekumpulan 500 penyokong dari Jalan Pudu menuju ke JalanTun Perak sambil melaungkan "BERSIH" dan "Stop Lynas". 12.05 thr Objek diperiksa di Dayabumi didapati bukan bahan letupan, demikian menurut video laporan langsung polis di Youtube. Ia adalah alat ganti kereta di dalam kotak kuning. 12:03 thr Dua jam sebelum perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah pesertanya dianggarkan kira-kira 35,000 orang di lokasi yang berlainan di pusat bandaraya di Kuala Lumpur. Pudu (peserta berarak dari KLCC) - 20,000 Pasar Seni (bergabung dengan peserta dari Brickfields) - 10,000 Jalan Petaling - 3,000 Masjid Negara - 2,000 1155am: Pasar Seni - Peserta yang bergabung sekarang dianggarkan berjumlah 10,000 orang. Tempat letak kereta dibanjiri orang ramai yang menyanyi lagu Negaraku. 11.51am Pasar Seni - Unit Amal PAS (unit keselamatan) meminta peserta berkumpul di luar Pasar Seni kerana perhimpunan BERSIH 3.0 hanya akan bermula pada jam 2 petang. Kelihatan bersama orang ramai di situ ialah pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad. 11.47am Dekat Dataran Merdeka - Di hadapan Majlis Peguam, kumpulan peserta termasuk aktivis wanita Irene Fernandez menyanyikan beberapa lagu, termasuk 'Rasa Sayang'. 11.46am Pasar Seni - Peserta yang berarak dari Brickfields telah sampai ke Pasar Seni dan menerima sambutan gemuruh dari peserta di situ. "Reformasi, reformasi Hidup BERSIH!" jerit mereka. Berikutan itu, jumlah peserta itu di situ mencecah beberapa ribu orang. 1.43am JLN TAR Timbalan Presiden PKR Azmin Ali ketuai peserta berarak ke Jln Tun Perak sambil bersorak "Tolak SPR" 11.40am Pasar Seni - Dari stesen LRT ke arah HSBC Bank Malaysia Berhad, kebanyakan kedai ditutup dan jalan-jalan kosong, nampak seperti zon perang atau kawasan dilanda bencana. Ratusan penyokong BERSIH dalam kumpulan yang bertaburan. Sesetengah restoran yang dibuka dipenuhi pelanggan berkemeja-T kuning. Pak Samad tiba di LRT Pasar Seni dan bergambar di jambatan yang menghubungkan stesen Dayabumi dengan berlatar belakang anggota polis yang berkawal di situ. Stesen tersebut beroperasi tetapi mesin tiket tidak berfungsi. 11.38am Dataran Merdeka - Orang ramai di Persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Parlimen, berjumlah ribuan orang, sekarang berarak di sepanjang Jalan Kinabalu menuju ke arah Masjid Negara. 11.35am Brickfields - Peserta berpegang membentuk rantaian manusia untuk memecahkan benteng polis, dan berjaya mara tanpa banyak tentangan dari polis. 11.30am Brickfields - Kira-kira 1,000 orang cuba untuk berarak tetapi dihalang oleh kira-kira 60 anggota polis di Jalan Tun Sambathan. Kumpulan itu kini duduk di hadapan polis dan menyanyikan lagu Negaraku. 11.25am Jalan Tun Perak - Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 sampai ke Menara Maybank, yang terletak tidak jauh dari Dataran Merdeka. Oleh kerana jalan ke Dataran Merdeka telah ditutup, maka mereka menuju ke arah Pudu Sentral, tumpuan utama perhimpunan BERSIH tahun lepas. 11.19am Masjid Negara - Sembilan trak polis baru melepas Masjid Negara menuju ke Dataran Merdeka. Mereka mendapat tepukan gemuruh orang ramai. 11.15am Masjid India - Jumlah orang ramai semakin bertambah di luar bangunan BSKL. 11.15am Masjid Negara - Empat trak polis meninggalkan kawasan tersebut. 11:13am Jalan P Ramlee - Peserta Himpunan Hijau berarak dari KLCC ke arah Jalan Raja Chulan. Mereka melaungkan "Bersih" dan beberapa peserta membantu memudahkan aliran trafik. Dianggarkan jumlah peserta sudah mencecah 20,000 orang di lokasi berlainan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. 11.10am Pasar Seni - Kira-kira 20 anggota Unit Amal telah ditugaskan untuk melindungi Datuk S Ambiga. Turut bersamanya ialah anggota jawatankuasa pemandu BERSIH, Subramaniam Pillay dan Andrew Khoo. Bercakap kepada media, Khoo berkata BERSIH akan menghormati perintah mahkamah yang menghalang mereka ke Dataran Merdeka tetapi berkata polis telah bertindak di luar perintah mahkamah yang diperolehi. Beliau mendakwa, pihak polis telah memperluaskan sekatan meliputi kawasan yang tidak termasuk dalam perintah mahkamah tersebut. "Saya tidak pernah lihat kawat duri digunakan di Kuala Lumpur. Saya hanya melihatnya di negara-negara seperti Pakistan ... Tapi itu zon perang," katanya sambil menambah beliau amat terkejut dengan tindakan polis menghalang hak rakyat untuk berhimpun secara aman. 11.00am MASJID NEGARA Mat Sabu: Saya dan Isham Rais ke sana untuk mententeramkan peserta BERSIH agar tidak masuk ke kawasan Dataran Merdeka. Kami larang peserta pijak rumput hijau 11.00am MASJID NEGARA Mat Sabu bidas menteri dalam negeri bahawa dia serbu Dataran pagi tadi. 10.55am Masjid Negara - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tiba di Masjid Negara dan diberikan sambutan wira oleh orang ramai. 10.54am KLCC - Beberapa orang ditangkap di sini selepas orang ramai, dianggarkan 10,000 orang, mula berarak ke arah Masjid Jamek. Mereka memecah benteng polis di Jalan Ampang. 10.53am Masjid India - Para anggota Unit Amal menerajui kira-kira 5,000 peserta untuk melepasi benteng polis di persimpangan di luar Public Bank, berhampiran hujung utara Dataran Merdeka. 10.51am Tiga jam sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada jam 2 petang, dianggarkan 15,000 peserta sudah berada di lokasi berlainan di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur. KLCC - 5,000 Jalan Sultan - 4,000 Masjid Jamek - 2,000 Masjid Negara - 1,000 Berhampiran Dataran Merdeka - 3,000 10:44am JLN TUN PERAK Warga emas Cik Ani berkerusi roda turut berhimpun. "Kalau FRU kejar, saya takkan lari... Angkat saya masuk lokap," kata Cik Ani, 56, di Jln Tun Perak. 10.40am: KLCC - Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 mula bergerak. Pengerusinya, Wong Tack dan ahli jawatankuasanya mengetuai kira-kira 5,000 orang berarak di sepanjang Jalan Ampang menuju ke Suruhanjaya Tinggi Australia. 10:40am: Masjid Negara - Datuk S Ambiga dilihat berjalan ke arah stesen lama keretapi lama sekarang. 10.34am Setakat ini, tidak kelihatan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di pusat bandar. Juga tidak kelihatan trak meriam air setakat ini. 10.31am Tweet dari PDRM - 8 objek disyaki bahan letupan dikesan di luar Menara Dayabumi. Sementara itu, polis KL mengumumkan di Facebook bahawa mereka telah menutup 58 jalan di bandaraya KL bermula dari jam 6 pagi sehingga notis selanjutnya. 10.20am: Masjid Negara - Kira-kira 100 orang mendengar ucapan di halaman masjid tersebut. 10.19am Brickfields - Peserta mula mengedarkan belon dalam bentuk permainan popular komputer - Angry Birds. 10.16am Dataran Merdeka - Benteng polis berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam menjadi tumpuan pelancongan untuk bergambar di situ. 10.15am Bangsar - Pengerusi Bersama BERSIH Datuk A Samad Said baru menaiki LRT yang penuh sesak di stesen Bangsar. Orang ramai bertepuk ketika beliau masuk ke dalam koc. 10.05am Brickfields - Kira-kira 50 peserta memaki baju-T BERSIH berhimpun di luar luar Old Town Coffee Shop di Jalan Thambypillai. Menurut sesetengah peserta, mereka sama ada bermalam di hotel berdekatan atau ikut orang ramai apabila tiba di KL Sentral. "Saya tidak tahu bagaimana nak ke di Brickfields. Saya hanya ikut yang lain apabila saya keluar dari stesen kereta api." kata Kelly Tui. 10:03am JLN TUN PERAK Suasana makin meriah dengan sorakan, persembahan silap mata. 9.57am Central Market - Sekumpulan kecil sibuk meneliti salinan perintah mahkamah yang ditampal di tiang lampu. Perintah mahkamah itu melarang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH memasuki Dataran Merdeka. 9.40am Dataran Merdeka - Simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tunku Abdul Rahman merupakan titik perhimpunan utama dengan orang ramai mencecah kira-kira 3,000 orang yang menyanyi dan melaungkan slogan. Kelihatan ratusan anggota polis tetapi tiada kelihatan anggota FRU. 9.42am - Pasar Seni: 60 anggota polis telah membentuk barisan di Leboh Pudu, bagi mencegah kenderaan masuk ke Medan Pasar dan Jalan Lebuh Pasar. Walau Bagaimanapun, peserta berjalan kaki dibenarkan lalu. 9.37am KLCC - Anggota jawatankuasa anti-cyanide Bukit Koman dari Raub, Pahang membawa kain rentang dan poster untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap syarikat perlombongan emas Australia yang menggunakan cyanide untuk mengekstrak emas. Jumlah orang ramai di KLCC meningkat kepada 1,000 dan emosi mereka tinggi dan semakin tinggi. 9.36am Jalan Sultan - Sekumpulan kira-kira 50 anggota polis membentuk benteng manusia di Jalan Sultan dan Jalan Hang Jebat untuk menghalang orang ramai daripada menuju ke Yan Keng Benevolent Dramatic Association di mana penggambaran video muzik untuk lagu tema 'Protect Jalan Sultan' akan diadakan pada jam 10 pagi, oleh pengarah filem Pete Teo. 9.35am: Masjid Negara - Jalan menuju ke Jalan Sultan Hishamuddin dari Jalan Travers ditutup. Terdapat kira-kira 500 peserta berhimpun di sini bersama dengan Unit Amal PAS yang berpakaian merah hati. Lebih ramai datang dari arah stesen KTM untuk menyertai mereka. Kira-kira 50 anggota polis dan sebuah trak polis dilihat berada di situ. 9:36am JLN TUN PERAK Peserta dihiburkan dengan nyanyian lelaki Cina. Seorang OKU India berucap kepada peserta 9.35am JLN SULTAN/JLN HANG JEBAT Polis buat perisai manusia halang orang ramai ke Yang Keng Benevolent Dramatic Association. 9.32am: kemaskini pengangkutan awam - Tweets dari RapidKL, perkhidmatan seperti biasa, semua jalan menuju ke bandaraya KL ditutup. "Bas akan menurunkan penumpang di stesen LRT berdekatan dengan bandaraya KL. Tiada bas masuk ke dalam bandaraya KL." 9:30am Jalan Sultan - Di pasar mini KK, Dr Wong Fort Ping, 57, mula menyanyikan lagu Negaraku, dan kemudiannya diikuti ratusan peserta. Wong kemudian memberitahu orang ramai bahawa beliau turut menyertai perhimpunan BERSIH pertama dan kedua dan memetik kata-kata bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy. 9.36am: Jalan Tun Perak - Seorang lelaki, yang bersama Saw, menyanyi di hadapan orang ramai, dan mendapat tepukan gemuruh. Terdapat kira-kira 500 peserta di persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman-Jalan Tun Perak Jalan Raja-Jalan Parlimen. Seorang lelaki kurang upaya kelihatan memberikan ucapan kepada sekumpulan lagi peserta yang duduk berhampiran di persimpangan tersebut. 9.25am Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) - Beratus-ratus penyokong BERSIH telah berkumpul di lorong belakang Jalan TAR berhampiran Masjid India, ramai di antara mereka memakai baju-T BERSIH atau baju kuning. Terdapat sekumpulan orang muda yang mendiri sebuah gerai di sini untuk menjual baju-T BERSIH dan 'Free Education'. Polis menutup Jalan TAR dan Jalan Parlimen. Manakala kira-kira 100 anggota polis membentuk benteng manusia do Jalan TAR, di hadapan Sogo, peserta dapat mengelak benteng polis dengan menggunakan lorong belakang untuk pergi ke Masjid India dan Jalan Tun Perak. Orang ramai melepak, duduk di hadapan kedai dan berbual sementara menunggu perhimpunan duduk bantah bermula. 9.21am Jalan Tun Perak - Kira-kira 1,000 orang berkumpul di sepanjang jalan tersebut yang ditutup kepada kenderaan. Ramai yang duduk di sepanjang laluan kaki lima dan berdiri di tengah-tengah jalan. 9.20am Masjid Jamek LRT - Sekumpulan peserta BERSIH yang berpakaian kuning, berkumpul di luar stesen LRT, ada yang duduk di tepi jalan. Jalan menuju ke Jalan Tun Perak dan Bangkok Bank ditutup kepada semua kenderaan. Terdapat kira-kira 50 anggota polis di kawasan itu. Kelihatan tiga trak polis dan sebuah van. 9.15am MASJID NEGARA 500 orang berkumpul di perkarangan masjid. 9.18am Pasar Seni - Kira-kira 100 anggota polis berbaris di belakang benteng di Lebuh Pasar Besar. Orang ramai yang berada di depan sekatan jalan bertambah kepada 100 orang. Mereka menonton aktivis mengadakan persembahan muzikal. 920am MASJID JAMEK Jln dari Jln Tun Perak ke Bangkok Bank ditutup. Peserta berhimpun di LRT 9.15am KLCC - Pintu masuk ke KLCC menghadap Bangunan Public Bank dan pintu masuk utama ke Menara Berkembar ditutup. Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota David Choi, walaupun menghadapi tindakan disiplin parti kerana menyokong Himpunan Hijau, dilihat berada di kalangan orang ramai. Pemuda MCA Bahagian Indera Mahkota merupakan satu-satunya bahagian parti itu yang menentang loji nadir bumi yang terletak di Gebeng, Pahang. Peserta yang kini berjumlah kira-kira 500 orang selepas disertai kumpulan lain yang berada di taman KLCC mula melaungkan "Stop Lynas". Kira-kira 100 anggota polis membentuk tembok manusia untuk menghalang orang ramai daripada berhampiran pintu masuk. 9:14am JAN TUN PERAK menghala Jln Datuk Onn ditutup. 50 polis kelihatan berkawal. 9.00am JLN PETALING, DEKAT HOTEL LOK ANN Seorang gadis berbaju kuning beri bunga polis bernama Yap, minta sokong BERSIH. Yap tak ambil dan hanya tersenyum. Orang ramai dan anggota polis lain bertepuk tangan. Anggota polis dilihat mengawal beberapa lokasi utama, termasuk Yang Keng Benevolent Dramatic Association di persimpangan Jalan Sultan dan Hang Jebat. 9.09am KLCC 500 berkumpul di taman dekat pintu masuk Suria & mula melaungkan slogan anti-Lynas. 859am MASJID INDIA Penyokong mula penuhi tempat & bersarapan. Ada juga berdekatan Jalan TAR. 150 polis mengawal. 8.55am SIMPANG MRR1 ke Jln Sultan Salahuddin, sekatan jalan raya. Kenderaan tidak dibenarkan masuk 851am JLN DUTA Sekatan jalan raya, semua kereta dihalang memasuki Jln Parlimen. 8.48am PERSIMPANGAN DEPAN SOGO ditutup. Jalan menuju Dataran ditutup, pemandu dilencongkan ke Jln Dang Wangi. 150 polis berkawal. 840am JLN IMBI, JLN BKT BINTANG menuju Jln Sultan Ismail, lancar tanpa sekatan jalan raya. 8.32am KLCC AVENUE K Ratusan penyokong Himpunan Hijau berkumpul. 150 polis berseragam mendengar taklimat daripada atasan mereka. 8.30am JLN TUN SAMBANTHAN menuju Pasar Seni di tutup. Helikopter berlegar di udara. 8.24am JALAN TRAVERS//BRICKFIELDS Trafik lancar tanpa sekatan jalan raya. Peserta belum kelihatan. 8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak. 8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak. Malaysiakini/- | ||
Pak Samad terus jadi perhatian Posted: 28 Apr 2012 02:15 AM PDT 6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
(Bergambar bersama Pak Samad)
KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersama Bersih, Tan Sri Samad Said atau lebih dikenali dengan nama Pak Samad terus menjadi selebriti sepanjang perhimpunan Bersih 3.0 ini.
Kegigihan beliau dalam menuntut hak rakyat juga menjadi inspirasi kepada anak muda untuk berjuang menuntut hak mereka. | ||
Posted: 28 Apr 2012 02:13 AM PDT Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
Peserta demo tak reti 'duduk diam'! Bangkit bangun melanggar sempadan, FRU naik angin dan turun asap, Pendemo hujung hilang dan pangkal lesap. Dataran Merdeka sudah ditawan! Oleh manusia yang tak serupa orang, Jadi dataran perang dan dataran berang, Kalah menang jadi abu arang. Dataran Merdeka tak merdeka lagi, Dipagar kawat duri dan polis sana sini, Tak bebas berjalan dan berlari, Siapa yang memajak dan menjajah dataran sejarah ini? Dataran usang ini kian berasap dan berair, Bersama harapan rakyat yang meresap dan mengalir. Faizal Riduan 2.30 petang 28 April 2012 Dataran Merdeka Puisi ini terinspirasi ketika melihat insiden demonstrasi Bersih 3.0 sebentar tadi. Penulis adalah Penulis Kanan, Milenia Muslim yang membuat liputan perhimpunan Bersih 3.0 hari ini. | ||
Posted: 28 Apr 2012 02:10 AM PDT 6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
(Polis menembak gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan)
(Wajah-wajah pedih selepas terkena gas pemedih mata di Jalan Raja Laut)
KUALA LUMPUR: Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih 3.0 kira-kira jam 3 petang menyebabkan mereka lari bertempiaran di persekitaran Dataran Merdeka. (Berkongsi garam di dalam masjid India selepas terkena gas pemedih mata) Tidak kurang juga yang terpaksa lari ke lorong-lorong belakang di sekitar Dataran Merdeka.
(Orang ramai memenuhi jalan belakang sebelah Jalan Raja Laut selepas kawasan itu ditembak dengan gas pemedih mata)
Di satu kawasan, polis telah menyekat orang ramai dari lari menembusi sekatan yang mereka buat.
Ada juga yang ditangkap termasuk ahli DAP dari Cheras, Mr Liu Yang, kata anggita Parlimen, Lim Lip Eng menerusi twitternya. (Kiri: Terpaksa berlindung selepas ditembak dengan gas pemedih mata. Kanan: Gas ditembak)
"Baru terkena gas pemedih mata, Perit. Sakit. Ada yang pengsan. Moga Allah balas perbuatan zalim mereka," tulis beliau menerusi twitter. Mereka yang pengsan akibat terhidu gas juga dibawa berlindung di situ. | ||
Suasana tegang dan tangkapan di sekitar Mesjid India Posted: 28 Apr 2012 12:46 AM PDT 6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - Sekitar jam 3.00 petang gas pemedih mata dan air berasid mula dilepaskan kepada peserta himpunan Bersih yang berkumpul di persimpangan jalan Tengku Abdul Rahman dan jalan Tun Perak. Tembakan yang tidak berperi kemanusia kepada rakyat yang berkumpul secara aman itu menyebabkan mereka lari bertempiaran dan ada yang lari berlindung di dalam mesjid. Suasana tegang berlanjutan disekitar mesjid dan dilaporkan berbelas orang Peserta himpunan aman telah ditangkap dan dibawa ke balai polis dang wangi disinim Selain itu seorang peserta yang tidak tahan hiduan gas pemesih mata telah pengsan dan dirawat didalam ruangan mesjid. Secara umum saya mejangkakan lebih 300 ribu orang berkumpul dan Himpunan Bersih kali ini. | ||
Solat 'Jumaat' di Masjid Negara hari Sabtu Posted: 28 Apr 2012 12:39 AM PDT 6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - (Penuh Masjid Negara dengan baju kuning) KUALA LUMPUR: Menjelang perhimpunan rasmi Bersih 3.0 jam 2 petang ini, Masjid Negara penuh dengan jamaah yang berbaju kuning. (Orang ramai bergegas ke dalam Masjid Negara apabila azan berkumandang) Mereka ke sana untuk menunaikan solat Zohor apabila azan dikumandangkan oleh muazzim Masjid Negara. Ini menyebabkan masjid itu penuh sesak umpama solat Jumaat. Sebelum itu, beberapa pemimpin telah membuat ucapan di perkarangan masjid itu. (Mereka yang tidak dapat masuk ke masjid, solat di tepi jalan) harakahdaily | ||
100,000 banjiri KL, polis tembak gas pemedih mata Posted: 28 Apr 2012 12:16 AM PDT 6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - 3pm: Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di persimbangan jalan Tun Perak-Jalan TAR. Difahamkan polis bertindak demikian selepas ada peserta melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka. 2.45pm Pasar Seni - Orang ramai mula bersurai di sekitar ibupejabat Majlis Peguam, yang dianggarkan sekitar 5,000 orang. Satu kumpulan masih berada di hadapan penghalang dan kawat duri yang memisahkan orang ramai dari Dataran Merdeka di seberang sungai. Sekitar 50 anggota FRU bersiap sedia. Orang ramai menjerit slogan BERSIH serta "hancur Rosmah" dan "Buka Pintu". 2:34pm Masjid Jamek - Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata perhimpunan BERSIH 3.0 telah berjaya dan menggesa orang ramai supaya bersurai. Bagaimanapun, orang ramai melaungkan "Dataran! Dataran!" Sebelum ucapan Ambiga, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan politik kotor. Anwar adalah sebahagian daripada kumpulan yang berarak dari Masjid Negara. 2.15pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 dari Masjid Negara sampai ke Puduraya dalam perarakan panjang ke Dataran Merdeka. 2pm Masjid Jamek - Anggota jawatankuasa MCA bahagian Kelana Datuk Lee Hwa Beng dilihat berhampiran restoran McDonalds. Katanya, beliau menyertai perhimpunan tersebut atas kapasiti peribadi dan MCA telah menyatakan dengan jelas bahawa ia tidak menghalang ahli daripada menyertainya. Ditanya mengapa beliau menyertai perhimpunan tersebut, Lee memetik dari buku barunya - PKFZ: A Nation's Trust Betrayed - bahawa berdiam diri bukan lagi satu pilihan. 2pm Orang ramai kini bertumpu di tiga kawasan utama - Jalan Tun Perak (dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka), Lebuh Pasar Besar (berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam) dan Masjid Negara di mana jemaah bersolat Zohor. Ini bermakna Dataran Merdeka sudah dikelilingi sepenuhnya oleh orang ramai dari Utara dan Selatan. Kumpulan lain dijangka menyertai mereka dari Masjid Negara selepas solat. 1.55pm: Pasar Seni - Datuk A Samad Said berkata beliau akan meneruskan protes duduk ke atas sebuah jambatan pejalan kaki dekat sini, daripada menyertai peserta lain di Dataran Merdeka. "Saya menggunakan jambatan ini setiap minggu tetapi ini pertama kalinya dalam hidup saya mereka tidak membenarkan saya lalu, mereka minta saya guna laluan lain. Ini adalah jalan yang saya gunakan untuk pergi ke masjid," katanya mengenai sebab beliau melakukan protes duduk di jambatan itu. 1.50pm Masjid Negara - Sekumpulan 10,000 kini berkumpul di masjid, dan telah mula menuju ke arah bangunan Mahkamah Syariah lama melepasi stesen keretapi lama. Mereka kemudian pusing kiri dan menyeberangi jambatan di atas landasan keretapi menuju ke Dataran melalui belakang stesen keretapi yang mengarah ke Pasar Seni. Dengan diterajui anggota Unit Amal. orang ramai dipercayai mengambil jalan jauh ke Dataran kerana pihak polis telah menutup laluan terus ke sana dengan membentuk benteng manusia. 1.45pm: Pasar Seni - Kira-kira 30 orang telah memutuskan untuk menyertai Pak Samad 'duduk bantah' di atas jambatan pejalan kaki di Pasar Seni LRT. 1.38pm Masjid Negara - Presiden PAS Abdul Hadi Awang tiba. 1.30pm Dataran Merdeka - Kumpulan yang besar dari Kota Raya dan Petaling Street bergerak mendekati Dataran. Kota Raya dan Petaling Street kini kosong. Orang ramai yang paling hampir dengan benteng di Dataran Merdeka duduk di atas jalan raya, dengan lebih melaungkan "duduk" dan menyertai mereka. Anggota Unit Amal PAS membentuk benteng di hadapan benteng polis. Lapisan kawat duri, penghalang plastik dan pagar besi, memisahkan mereka daripada benteng kira-kira 100 anggota polis. Anggota FRU dengan trak meriam air di siap sedia tidak jauh dari situ. 1:33pm Pasar Seni - Polis membuat keputusan untuk meninggalkan sekatan di jambatan pejalan kaki yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni dan Dayabumi. Sesetengah penyokong menyertai Pak Samad bersolat. Pesera mula memenuhi jambatan untuk melihat protes di bawah. 1:30: Pasar Seni - Seorang anggota Unit Amal PAS menjelaskan bahawa Pak Samad tidak ditahan polis tetapi duduk di atas jambatan pejalan kaki sebagai tanda bantahan terhadap tindakan polis menyekat kawasan itu. Dia berdiri di situ atas keputusannya sendiri. 1.40pm Polis keluar kenyataan keadaan sekitar Dataran terkawal. Menurutnya, hingga jam 1pm, peserta 25,000. Menurut kenyatan pusat media polis kontinjen Kuala Lumpur, mereka dalam keadaan berjaga-jaga dan memantau keseluruhan perhimpunan BERSIH. "PDRM bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam terpelihara agar tidak diganggu oleh mana-mana pihak," kenyataan itu dipetik. Pasukan keselamatan juga menegaskan akan bertindak kepada pihak yang melampau batas dan melanggar perintah mahkamah yang melarang orang ramai berkumpul di Dataran. 1.23pm: Pasar Seni - Pengerusi bersama BERSIH isytihar perhimpunan berjaya, akan mara sedekat mungkin kawasan dibenarkan sebelum duduk. 1:13pm: Sejam menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah peserta yang hadir setakat ini dianggarkan telah mencecah sekitar 50,000 orang. - Pudu/Kotaraya/Petaling Street (orang ramai berarak dari KLCC) - 20,000 - Pasar Seni (bergabung dengan orang ramai dari Brickfields) - 15,000 - Masjid Jamek - 10,000 - TAR / Jalan Tun Perak / Jalan Parlimen - 10,000 - Masjid Negara - 5,000 1.09PM MASJID JAMEK Unit Amal membuat benteng manusia bagi memimpin orang ramai berarak ke Dataran Merdeka. 12.50pm Pasar Seni - Kumpulan kedua dari Brickfields, juga berjumlah ribuan orang, tiba di Pasar Seni untuk bersama dengan mereka yang sudah berada di situ. 12.43 thr Masjid Negara - PKR presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama dengan pemerhati antarabangsa. 12.40 thr Pasar Seni - Pengerusi DAP Karpal Singh tiba di hadapan Majlis Peguam, disambut dengan laungan "BERSIH". 12.35 thr Jalan Tun Perak - Senator Australia Nicholas Xenophon hadir, untuk memerhatikan perhimpunan tersebut. "Ini adalah satu suasana yang menarik dengan lebih daripada 10,000 orang. Setiap orang bersemangat tinggi," katanya. "Ini adalah perhimpunan aman tanpa sebarang keganasan. Orang muda dan tua bersama-sama berada di sini. Saya pasti rakyat Australia dan rakyat Malaysia memahami bahawa ini adalah demonstrasi untuk pilihanraya yang bebas dan adil." 12.32pm Pasar Seni - Polis membentuk benteng manusia di Hang Kasturi Walk, laluan baru di sebelah Pasar Seni, walaupun beberapa peserta sudah lama melepasi mereka melalui satu kaki lima di situ Peserta yang berdepan dengan benteng polis itu menyanyikan lagu Negaraku. 12.30pm: Pasar Seni - Pak Samad duduk di atas tikar di belakang barisan polis di jambatan yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni ke Dayabumi, sambil membaca Al-Quran. Apabila ditanya sama ada beliau ditahan, seorang anggota polis menjawab, "Beliau sedang berehat. Beliau mengambil gambar selama dua jam tadi, beliau letih. " Apabila Malaysiakini bertanya kepada sasterawan negara itu sama ada beliau ditahan, beliau hanya mengangkat bahunya. 12.14pm Masjid Negara - Beberapa pemimpin kini berada di Masjid Negara - Mohamad Sabu, Lim Kit Siang and Abdul Kadir Sheik Fadzir. 12.10pm Jalan Sultan - Selepas berehat kira-kira sejam, kira-kira 3,000 orang yang pada mulanya berkumpul di Jalan Sultan, sekarang berjalan melalui Jalan Petaling. 12:07pm Jalan Tun Perak - Kira-kira tiga trak FRU dan dua meriam air kelihatan di Dataran. Sekumpulan 500 penyokong dari Jalan Pudu menuju ke JalanTun Perak sambil melaungkan "BERSIH" dan "Stop Lynas". 12.05 thr Objek diperiksa di Dayabumi didapati bukan bahan letupan, demikian menurut video laporan langsung polis di Youtube. Ia adalah alat ganti kereta di dalam kotak kuning. 12:03 thr Dua jam sebelum perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah pesertanya dianggarkan kira-kira 35,000 orang di lokasi yang berlainan di pusat bandaraya di Kuala Lumpur. Pudu (peserta berarak dari KLCC) - 20,000 Pasar Seni (bergabung dengan peserta dari Brickfields) - 10,000 Jalan Petaling - 3,000 Masjid Negara - 2,000 1155am: Pasar Seni - Peserta yang bergabung sekarang dianggarkan berjumlah 10,000 orang. Tempat letak kereta dibanjiri orang ramai yang menyanyi lagu Negaraku. 11.51am Pasar Seni - Unit Amal PAS (unit keselamatan) meminta peserta berkumpul di luar Pasar Seni kerana perhimpunan BERSIH 3.0 hanya akan bermula pada jam 2 petang. Kelihatan bersama orang ramai di situ ialah pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad. 11.47am Dekat Dataran Merdeka - Di hadapan Majlis Peguam, kumpulan peserta termasuk aktivis wanita Irene Fernandez menyanyikan beberapa lagu, termasuk 'Rasa Sayang'. 11.46am Pasar Seni - Peserta yang berarak dari Brickfields telah sampai ke Pasar Seni dan menerima sambutan gemuruh dari peserta di situ. "Reformasi, reformasi Hidup BERSIH!" jerit mereka. Berikutan itu, jumlah peserta itu di situ mencecah beberapa ribu orang. 1.43am JLN TAR Timbalan Presiden PKR Azmin Ali ketuai peserta berarak ke Jln Tun Perak sambil bersorak "Tolak SPR" 11.40am Pasar Seni - Dari stesen LRT ke arah HSBC Bank Malaysia Berhad, kebanyakan kedai ditutup dan jalan-jalan kosong, nampak seperti zon perang atau kawasan dilanda bencana. Ratusan penyokong BERSIH dalam kumpulan yang bertaburan. Sesetengah restoran yang dibuka dipenuhi pelanggan berkemeja-T kuning. Pak Samad tiba di LRT Pasar Seni dan bergambar di jambatan yang menghubungkan stesen Dayabumi dengan berlatar belakang anggota polis yang berkawal di situ. Stesen tersebut beroperasi tetapi mesin tiket tidak berfungsi. 11.38am Dataran Merdeka - Orang ramai di Persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Parlimen, berjumlah ribuan orang, sekarang berarak di sepanjang Jalan Kinabalu menuju ke arah Masjid Negara. 11.35am Brickfields - Peserta berpegang membentuk rantaian manusia untuk memecahkan benteng polis, dan berjaya mara tanpa banyak tentangan dari polis. 11.30am Brickfields - Kira-kira 1,000 orang cuba untuk berarak tetapi dihalang oleh kira-kira 60 anggota polis di Jalan Tun Sambathan. Kumpulan itu kini duduk di hadapan polis dan menyanyikan lagu Negaraku. 11.25am Jalan Tun Perak - Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 sampai ke Menara Maybank, yang terletak tidak jauh dari Dataran Merdeka. Oleh kerana jalan ke Dataran Merdeka telah ditutup, maka mereka menuju ke arah Pudu Sentral, tumpuan utama perhimpunan BERSIH tahun lepas. 11.19am Masjid Negara - Sembilan trak polis baru melepas Masjid Negara menuju ke Dataran Merdeka. Mereka mendapat tepukan gemuruh orang ramai. 11.15am Masjid India - Jumlah orang ramai semakin bertambah di luar bangunan BSKL. 11.15am Masjid Negara - Empat trak polis meninggalkan kawasan tersebut. 11:13am Jalan P Ramlee - Peserta Himpunan Hijau berarak dari KLCC ke arah Jalan Raja Chulan. Mereka melaungkan "Bersih" dan beberapa peserta membantu memudahkan aliran trafik. Dianggarkan jumlah peserta sudah mencecah 20,000 orang di lokasi berlainan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. 11.10am Pasar Seni - Kira-kira 20 anggota Unit Amal telah ditugaskan untuk melindungi Datuk S Ambiga. Turut bersamanya ialah anggota jawatankuasa pemandu BERSIH, Subramaniam Pillay dan Andrew Khoo. Bercakap kepada media, Khoo berkata BERSIH akan menghormati perintah mahkamah yang menghalang mereka ke Dataran Merdeka tetapi berkata polis telah bertindak di luar perintah mahkamah yang diperolehi. Beliau mendakwa, pihak polis telah memperluaskan sekatan meliputi kawasan yang tidak termasuk dalam perintah mahkamah tersebut. "Saya tidak pernah lihat kawat duri digunakan di Kuala Lumpur. Saya hanya melihatnya di negara-negara seperti Pakistan ... Tapi itu zon perang," katanya sambil menambah beliau amat terkejut dengan tindakan polis menghalang hak rakyat untuk berhimpun secara aman. 11.00am MASJID NEGARA Mat Sabu: Saya dan Isham Rais ke sana untuk mententeramkan peserta BERSIH agar tidak masuk ke kawasan Dataran Merdeka. Kami larang peserta pijak rumput hijau 11.00am MASJID NEGARA Mat Sabu bidas menteri dalam negeri bahawa dia serbu Dataran pagi tadi. 10.55am Masjid Negara - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tiba di Masjid Negara dan diberikan sambutan wira oleh orang ramai. 10.54am KLCC - Beberapa orang ditangkap di sini selepas orang ramai, dianggarkan 10,000 orang, mula berarak ke arah Masjid Jamek. Mereka memecah benteng polis di Jalan Ampang. 10.53am Masjid India - Para anggota Unit Amal menerajui kira-kira 5,000 peserta untuk melepasi benteng polis di persimpangan di luar Public Bank, berhampiran hujung utara Dataran Merdeka. 10.51am Tiga jam sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada jam 2 petang, dianggarkan 15,000 peserta sudah berada di lokasi berlainan di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur. KLCC - 5,000 Jalan Sultan - 4,000 Masjid Jamek - 2,000 Masjid Negara - 1,000 Berhampiran Dataran Merdeka - 3,000 10:44am JLN TUN PERAK Warga emas Cik Ani berkerusi roda turut berhimpun. "Kalau FRU kejar, saya takkan lari... Angkat saya masuk lokap," kata Cik Ani, 56, di Jln Tun Perak. 10.40am: KLCC - Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 mula bergerak. Pengerusinya, Wong Tack dan ahli jawatankuasanya mengetuai kira-kira 5,000 orang berarak di sepanjang Jalan Ampang menuju ke Suruhanjaya Tinggi Australia. 10:40am: Masjid Negara - Datuk S Ambiga dilihat berjalan ke arah stesen lama keretapi lama sekarang. 10.34am Setakat ini, tidak kelihatan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di pusat bandar. Juga tidak kelihatan trak meriam air setakat ini. 10.31am Tweet dari PDRM - 8 objek disyaki bahan letupan dikesan di luar Menara Dayabumi. Sementara itu, polis KL mengumumkan di Facebook bahawa mereka telah menutup 58 jalan di bandaraya KL bermula dari jam 6 pagi sehingga notis selanjutnya. 10.20am: Masjid Negara - Kira-kira 100 orang mendengar ucapan di halaman masjid tersebut. 10.19am Brickfields - Peserta mula mengedarkan belon dalam bentuk permainan popular komputer - Angry Birds. 10.16am Dataran Merdeka - Benteng polis berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam menjadi tumpuan pelancongan untuk bergambar di situ. 10.15am Bangsar - Pengerusi Bersama BERSIH Datuk A Samad Said baru menaiki LRT yang penuh sesak di stesen Bangsar. Orang ramai bertepuk ketika beliau masuk ke dalam koc. 10.05am Brickfields - Kira-kira 50 peserta memaki baju-T BERSIH berhimpun di luar luar Old Town Coffee Shop di Jalan Thambypillai. Menurut sesetengah peserta, mereka sama ada bermalam di hotel berdekatan atau ikut orang ramai apabila tiba di KL Sentral. "Saya tidak tahu bagaimana nak ke di Brickfields. Saya hanya ikut yang lain apabila saya keluar dari stesen kereta api." kata Kelly Tui. 10:03am JLN TUN PERAK Suasana makin meriah dengan sorakan, persembahan silap mata. 9.57am Central Market - Sekumpulan kecil sibuk meneliti salinan perintah mahkamah yang ditampal di tiang lampu. Perintah mahkamah itu melarang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH memasuki Dataran Merdeka. 9.40am Dataran Merdeka - Simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tunku Abdul Rahman merupakan titik perhimpunan utama dengan orang ramai mencecah kira-kira 3,000 orang yang menyanyi dan melaungkan slogan. Kelihatan ratusan anggota polis tetapi tiada kelihatan anggota FRU. 9.42am - Pasar Seni: 60 anggota polis telah membentuk barisan di Leboh Pudu, bagi mencegah kenderaan masuk ke Medan Pasar dan Jalan Lebuh Pasar. Walau Bagaimanapun, peserta berjalan kaki dibenarkan lalu. 9.37am KLCC - Anggota jawatankuasa anti-cyanide Bukit Koman dari Raub, Pahang membawa kain rentang dan poster untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap syarikat perlombongan emas Australia yang menggunakan cyanide untuk mengekstrak emas. Jumlah orang ramai di KLCC meningkat kepada 1,000 dan emosi mereka tinggi dan semakin tinggi. 9.36am Jalan Sultan - Sekumpulan kira-kira 50 anggota polis membentuk benteng manusia di Jalan Sultan dan Jalan Hang Jebat untuk menghalang orang ramai daripada menuju ke Yan Keng Benevolent Dramatic Association di mana penggambaran video muzik untuk lagu tema 'Protect Jalan Sultan' akan diadakan pada jam 10 pagi, oleh pengarah filem Pete Teo. 9.35am: Masjid Negara - Jalan menuju ke Jalan Sultan Hishamuddin dari Jalan Travers ditutup. Terdapat kira-kira 500 peserta berhimpun di sini bersama dengan Unit Amal PAS yang berpakaian merah hati. Lebih ramai datang dari arah stesen KTM untuk menyertai mereka. Kira-kira 50 anggota polis dan sebuah trak polis dilihat berada di situ. 9:36am JLN TUN PERAK Peserta dihiburkan dengan nyanyian lelaki Cina. Seorang OKU India berucap kepada peserta 9.35am JLN SULTAN/JLN HANG JEBAT Polis buat perisai manusia halang orang ramai ke Yang Keng Benevolent Dramatic Association. 9.32am: kemaskini pengangkutan awam - Tweets dari RapidKL, perkhidmatan seperti biasa, semua jalan menuju ke bandaraya KL ditutup. "Bas akan menurunkan penumpang di stesen LRT berdekatan dengan bandaraya KL. Tiada bas masuk ke dalam bandaraya KL." 9:30am Jalan Sultan - Di pasar mini KK, Dr Wong Fort Ping, 57, mula menyanyikan lagu Negaraku, dan kemudiannya diikuti ratusan peserta. Wong kemudian memberitahu orang ramai bahawa beliau turut menyertai perhimpunan BERSIH pertama dan kedua dan memetik kata-kata bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy. 9.36am: Jalan Tun Perak - Seorang lelaki, yang bersama Saw, menyanyi di hadapan orang ramai, dan mendapat tepukan gemuruh. Terdapat kira-kira 500 peserta di persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman-Jalan Tun Perak Jalan Raja-Jalan Parlimen. Seorang lelaki kurang upaya kelihatan memberikan ucapan kepada sekumpulan lagi peserta yang duduk berhampiran di persimpangan tersebut. 9.25am Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) - Beratus-ratus penyokong BERSIH telah berkumpul di lorong belakang Jalan TAR berhampiran Masjid India, ramai di antara mereka memakai baju-T BERSIH atau baju kuning. Terdapat sekumpulan orang muda yang mendiri sebuah gerai di sini untuk menjual baju-T BERSIH dan 'Free Education'. Polis menutup Jalan TAR dan Jalan Parlimen. Manakala kira-kira 100 anggota polis membentuk benteng manusia do Jalan TAR, di hadapan Sogo, peserta dapat mengelak benteng polis dengan menggunakan lorong belakang untuk pergi ke Masjid India dan Jalan Tun Perak. Orang ramai melepak, duduk di hadapan kedai dan berbual sementara menunggu perhimpunan duduk bantah bermula. 9.21am Jalan Tun Perak - Kira-kira 1,000 orang berkumpul di sepanjang jalan tersebut yang ditutup kepada kenderaan. Ramai yang duduk di sepanjang laluan kaki lima dan berdiri di tengah-tengah jalan. 9.20am Masjid Jamek LRT - Sekumpulan peserta BERSIH yang berpakaian kuning, berkumpul di luar stesen LRT, ada yang duduk di tepi jalan. Jalan menuju ke Jalan Tun Perak dan Bangkok Bank ditutup kepada semua kenderaan. Terdapat kira-kira 50 anggota polis di kawasan itu. Kelihatan tiga trak polis dan sebuah van. 9.15am MASJID NEGARA 500 orang berkumpul di perkarangan masjid. 9.18am Pasar Seni - Kira-kira 100 anggota polis berbaris di belakang benteng di Lebuh Pasar Besar. Orang ramai yang berada di depan sekatan jalan bertambah kepada 100 orang. Mereka menonton aktivis mengadakan persembahan muzikal. 920am MASJID JAMEK Jln dari Jln Tun Perak ke Bangkok Bank ditutup. Peserta berhimpun di LRT 9.15am KLCC - Pintu masuk ke KLCC menghadap Bangunan Public Bank dan pintu masuk utama ke Menara Berkembar ditutup. Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota David Choi, walaupun menghadapi tindakan disiplin parti kerana menyokong Himpunan Hijau, dilihat berada di kalangan orang ramai. Pemuda MCA Bahagian Indera Mahkota merupakan satu-satunya bahagian parti itu yang menentang loji nadir bumi yang terletak di Gebeng, Pahang. Peserta yang kini berjumlah kira-kira 500 orang selepas disertai kumpulan lain yang berada di taman KLCC mula melaungkan "Stop Lynas". Kira-kira 100 anggota polis membentuk tembok manusia untuk menghalang orang ramai daripada berhampiran pintu masuk. 9:14am JAN TUN PERAK menghala Jln Datuk Onn ditutup. 50 polis kelihatan berkawal. 9.00am JLN PETALING, DEKAT HOTEL LOK ANN Seorang gadis berbaju kuning beri bunga polis bernama Yap, minta sokong BERSIH. Yap tak ambil dan hanya tersenyum. Orang ramai dan anggota polis lain bertepuk tangan. Anggota polis dilihat mengawal beberapa lokasi utama, termasuk Yang Keng Benevolent Dramatic Association di persimpangan Jalan Sultan dan Hang Jebat. 9.09am KLCC 500 berkumpul di taman dekat pintu masuk Suria & mula melaungkan slogan anti-Lynas. 859am MASJID INDIA Penyokong mula penuhi tempat & bersarapan. Ada juga berdekatan Jalan TAR. 150 polis mengawal. 8.55am SIMPANG MRR1 ke Jln Sultan Salahuddin, sekatan jalan raya. Kenderaan tidak dibenarkan masuk 851am JLN DUTA Sekatan jalan raya, semua kereta dihalang memasuki Jln Parlimen. 8.48am PERSIMPANGAN DEPAN SOGO ditutup. Jalan menuju Dataran ditutup, pemandu dilencongkan ke Jln Dang Wangi. 150 polis berkawal. 840am JLN IMBI, JLN BKT BINTANG menuju Jln Sultan Ismail, lancar tanpa sekatan jalan raya. 8.32am KLCC AVENUE K Ratusan penyokong Himpunan Hijau berkumpul. 150 polis berseragam mendengar taklimat daripada atasan mereka. 8.30am JLN TUN SAMBANTHAN menuju Pasar Seni di tutup. Helikopter berlegar di udara. 8.24am JALAN TRAVERS//BRICKFIELDS Trafik lancar tanpa sekatan jalan raya. Peserta belum kelihatan. 8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak. 8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak. malaysiakini/- | ||
Polis beri amaran bersurai, tangkapan di KLCC Posted: 28 Apr 2012 12:10 AM PDT 6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Walaupun jam baru menunjukkan jam 1 tengahari, iaitu satu jam menjelang perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, polis sudah mengeluarkan amaran bersurai kepada orang ramai. Mereka juga sudah bersiap sedia dengan water canon dan pasukan polis FRU untuk menyerang orang ramai jika arahan itu tidak diendahkan mereka. Amaran polis ini bertentangan dengan janji kerajaan sebelum ini yang mengumumkan kerajaan tidak akan menghalang perhimpunan kali ini sebagaimana yang mereka laku ke atas Bersih 2.0. Di perkarangan KLCC, polis mula menganas dengan menangkap 3 pemuda peserta himpunan sebaik sahaja semua peserta himpunan dari KLCC bergerak menuju Dataran Merdeka. Mereka ditangkap, ditendang dan diheret ke dalam van polis. Peserta lain yang melihat kejadian mengecam tindakan ganas polis. Antara peserta yang lihat kejadian berkata, "Sekiranya mengapa-apakan peserta yang ditangkap, PRU 13 kita tolak Umno. Najib tak layak jadi PM." Polis berkumpul Lebih 500 anggota polis dilihat bergerak menuju ke persimpangan hadapan Bank Rakyat. Mereka berkumpul di bawah jejantas berhampiran medan selera D' Tebing. Pasukan LSF mula membuat sekatan di persimpangan jalan di hadapan medan selera D' Tebing. Di sini dipercayai laluan kumpulan dari Masjid Negara untuk bergabung dengan kumpulan Dataran Merdeka Dianggarkan hampir 1,000 anggota LSF dan polis berhimpun menutup jalan di sini. harakahdaily/- | ||
Ribuan penyokong Bersih berhimpun di 30 kotaraya Posted: 27 Apr 2012 11:57 PM PDT 6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - (Lebih 100 berhimpun menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Sydney, Australia) KUALA LUMPUR: Ketika ratusan ribu rakan-rakan mereka berkumpul di Kuala Lumpur, beribu-ribu penyokong agenda Bersih juga berkumpul di tempat-tempat lain seluruh dunia. Khamis lepas, berpuluh-puluh penyokong Bersih 3.0 melancarkan kempen mereka lebih awal iaitu di dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah. Hari ini perhimpunan itu dilaporkan berlangsung di 30 bandaraya. Di Sydney, Australia, lebih 100 orang berkumpul bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia. (Perhimpunan di Masjid Nabawi, Madinah beberapa hari lalu) Di Melbourne, Australia, peserta perhimpunan di Federal Square mencecah 750 orang, lapor tweet terkini Bersih Oz Twitter. Perhimpunan itu bermula kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan dengan kira-kira 30 orang membawa plakad menyokong pilihan raya bebas dan adil serta menyanyikan lagu 'Negara Ku'. Menjelang tengah hari, semakin ramai menyertai perhimpunan tersebut, dengan topeng Ambiga diedarkan untuk dipakai oleh para peserta. "Topeng Ambiga kini diedarkan, kita semua Ambiga!" tulis satu tweet. Semasa di Perth, Australia, (Himpunan Bersih 3.0 di Kota Kinabalu) 150 rakyat Malaysia dilaporkan berkumpul di hadapan menyanyi konsulat Malaysia, manakala 300 lagi berhimpun di Dewan Bandaran Sydney sekitar jam 2 petang. Di Adelaide, kira-kira 150 orang menyertai perhimpunan menyokong BERSIH di bandar tersebut. Sementara itu di New Zealand, perhimpunan dilaporkan bermula di Christchurch, di Universiti Canterbury sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan. Di Seoul, kira-kira 30 rakyat Malaysia mengadakan perhimpunan itu serentak dengan di Malaysia yang berdepan dengan tembakan gas pemedih mata dan meriam air. "Kami menuntut pilihan raya yang bebas dan adil. Bebaskan semua tahanan," laung peserta perhimpunan itu di persimpangan Gwanghwamun di tengah-tengah bandaraya Seoul (kiri) (Perhimpunan Bersih 3.0 di Kucing) Memakai baju-T kuning, mereka – kebanyakannya pelajar Malaysia dan pekerja yang tinggal di ibu negara Korea Selatan itu – membawa kain rentang dan bergilir-gilir menyampaikan ucapan menuntut pembaharuan pilihan raya di Malaysia. Selain, penyokong Bersih juga berhimpun di Kota Kinabalu, Sabah. Begitu juga di Kucing, mereka juga berhimpun di sana. harakahdaily/- | ||
Unit Amal beri kawalan terbaik Posted: 27 Apr 2012 10:11 PM PDT 6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - (Barisan pasukan Baju Meron membuat benteng di depan perhimpunan) KUALA LUMPUR: Sebagaimana perhimpunan yang disertai PAS sebelum ini, Unit Amal sekali memainkan peranan mereka bagi memastikan keselamatan peserta terkawal. (Pemimpin kanan Unit Amal memberikan taklimat kepada Pengerusi Bersama Bersih 3.0 S Ambiga) Kira-kira 4,000 anggota unit di bawah pantauan Pemuda PAS dari seluruh negara itu dikerahkan ke perhimpunan kali ini. Malah mereka sudah mula bertugas sejak beberapa malam lalu di Dataran Merdeka bagi mengawal keselamatan mahasiswa yang berkhemah di situ. Ia dibuat ekoran serangan samseng ke atas perkhemahan mahasiswa yang menuntut pemansuhan pendidikan percuma di situ. Namun, ekoran peranan mereka, anggota Unit Amal kali ini menjadi sasaran polis. Gambar sebelah menunjukkan risiko tugas mereka bagi mempasti peserta perhimpunan selamat sedang mereka sendiri terdedah kepada risiko ditangkap. (Salah seorang anggota Unit Amal ditangkap polis dalam perhimpunan Bersih 3.0 kali ini) harakahdaily/- | ||
Ratusan ribu sudah banjiri Kuala Lumpur Posted: 27 Apr 2012 09:54 PM PDT 6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - (Ratusan ribu sudah berkumpul menuju ke Dataran Merdeka) KUALA LUMPUR: Hampir ratusan ribu manusia sudah memenuhi ibukota terutama di perkarangan Dataran Merdeka di samping enam lagi lokasi berkumpul sebelum bergerak ke sana. Jumlah kali ini jauh lebih banyak berbanding Bersih 2.0 yang diadakan sebelum ini. Mereka memulakan perhimpunan ini kira-kira dua jam sebelum perhimpunan yang sepatutnya bermula jam 2 - 4 petang ini. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar kanan) sudah berada di kawasan perhimpunan dan akan bergerak ke Dataran Merdeka. Beliau berkumpul bersama-sama pimpinan PAS dan Pakatan yang lain di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Dengan memakai jubah berwarna kuning, lencana bersih 3.0 dan juga headband Bersih 3.0, beliau akan bersama perhimpunan Bersih kali ini. Dalam perhimpunan Bersih 2.0, beliau antara yang ditahan polis dan dibawa naik ke black maria polis. Turut serta dari pejabat Agung PAS adalah Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Dr Hatta Ramli dan Dr Syed Azman Syed Ahmad. Dengan memakai baju kuning Bersih 3.0, mereka mula bergerak beramai-ramai dengan berjalan kaki dari Pejabat Agung PAS ke Dataran Merdeka.(gambar kiri). (Jalan Sultan) (Masjid Negara) (Sedang sampai di Stesen Komuter Kuala Lumpur) (Dari Pudu Raya) harakahdily/- | ||
Langsung Himpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 Posted: 27 Apr 2012 07:49 PM PDT 6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - 12.02 pm: Zunar yang baru tiba di perkarangan CM meminta semua peserta Bersih tunggu di situ sementara menunggu arahan daripada pimpinan Bersih. Menurut zunar para peserta akan bergerak ke Dataran Merdeka jam 1.30 petang. Para peserta Bersih kelihatan bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk ke Dataran Merdeka. Ketika ini suasana di depan CM bertambah meriah dengan iringan sajak yang disampaika oleh salah seorang peserta bersih. Sebelum itu, para peserta turut menyanyikan lagu Negaraku. 12.00 pm: Lebih 5,000 berkumpul di perkarangan Masjid Negara. Sebahagiannya menyanyikan lagu Negaraku. 11.59 am: Kumpulan di Masjid negara melaungkan "Bangkit Melayu, Bangkit Cina, Bangkit India, Kita Sama, Sokong Bersih" 11.57 am: Hampir 1000 orang menghampiri Sogo sambil melaungkan takbir, reformasi dan pelbagai kata-kata semangat. Terdapat beberapa provokasi kecil, bagaimanapun tiada sebarang kekacauan berlaku. 11.55 am: Dianggarkan jumlah peserta di Dataran Merdeka kini mencecah 7,000 orang. Kumpulan dari Masjid Jamek turut bergabung di sini. Sepanjang jalan dari persimpangan Bank Rakyat ke stesen masjid jamek penuh dengan peserta. Mereka kini mula memenuhi simpang jalan tunku abdul rahman pula. 11.52 am: 2 buah helikopter polis berlegar rendah di perkarangan masjid Negara. 11.50 am: Azmin Ali memberikan ucapan dihadapan ribuan peserta. Lokasi Dataran - Alat yang didakwa LARD yg dipasang di tiang lampu isyarat jalan raja berhadapan mahkamah 11.46 am: Kira-kira 300 peserta dari Kajang berarak dari stesen KTM Kuala Lumpur ke Masjid Negara. 11.45 am: Kumpulan dari Masjid Jamek dipimpin Azmin Ali tiba di dataran dengan laungan reformasi. 11.42 am: Kumpulan dari Masjid Jamek kini mula beransur-ansur bergabung dengan kumpulan yang berkumpul di dataran merdeka. 11.40 am: Lebih 1,000 peserta Duduk Bantah berkumpul di perkarangan Masjid Negara sementara menunggu jam 2 petang. 11.37 am: Sebahagian peserta kini mula bergerak dari dataran ke masjid negara. Difahamkan pimpinan Bersih dan Pakatan Rakyat akan berada di sana. Hampir 4,000 peserta sudah berada di sini memenuhi jalan bersebelahan dataran merdeka yang dipagar. Dianggarkan lebih separuh dari peserta di sini sedang bergerak ke masjid negara 11.35 am: Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam mengharap pihak berkuasa memberi ruang kepada peserta berhimpun secara aman sehingga selesai. Perhimpunan aman dijamin perlembagaan. Kedua dua pihak sama ada pihak keselamatan mahupun peserta diharap bersabar dan menahan diri dari melakukan tindakan yang tidak wajar. "Saya lihat semua peserta berhimpun secara aman, dan saya rasa tiada sebab untuk mana-mana pihak bertindak diluar batasan," katanya 11.32 am: Kira-kira lebih 2000 peserta Bersih memenuhi ruang letak kereta di depan Central Market (CM). Beberapa kedai di dalam CM ditutup bagaimanapun orang ramai boleh memasuki bagunan itu tetapi tidak di benarkan bersantai disitu. Kelihatan beberapa anggota RELA mengawal pintu masuk CM. Kira-kira 200 orang anggota Unit Amal Malaysia sedang bersiap sedia untuk mengawal peserta himpunan, mereka kini berkumpul di astaka di hadapan CM. Pengerusi Bersih, Ambiga dan beberapa anggota Bersih turut berada bersama anggota unit amal. 11.30 am Kira-kira 4,000 orang berkumpul di pekarangan Masjid Negara dan stesen KTM Kuala Lumpur. Jumlah dilihat semakin bertambah. 11.25 am 9 trak polis dengan 6 daripadanya dipenuhi anggota tiba di Dataran Merdeka. 11.23 am: Dataran - Seorang pemuda menarik perhatian orang ramai apabila berjalan dihadapan barisan kawalan polis sambil menayangkan kertas bertulis 'Semoga Allah lembutkan hati abg polis'. 11.20 am: Lokasi SOGO - Timb Presiden PKR, Azmin Ali tiba dan bertemu dengan peserta Bersih. 11.12 am: PDRM akan guna LRAD = Long Range Acoustic Device, alat yg akan buat demonstran sakit telinga & hilang imbangan. Bawa earplug/kapas. 11.10 am: Polis terus berkawal di sekitar KLCC. 11.05 am: Jumlah yg tiba di dataran semakin bertambah. Laungan "Bersih, Bersih!, Reformasi, hidup rakyat" kedengaran sejak tadi. Sebahagian peserta ada yang duduk dan berehat sementara menunggu jam 2 petang. Turut dilaungan 'kuning-kuning Najib pening' disamping beberapa ucapan bersemangat dikalangan peserta. 11 am: Dataran Merdeka: Lebih 2,000 peserta sudah berkumpul di sini. Ada yang bermalam dari malam tadi di sini. 10.57 am: Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS "Kita minta semua peserta bersih 3.0, disamping duduk bantah, boleh lah berbelanja RM10 seorang untuk menyemarakkan lagi himpunan pada hari ini." 10.54 am: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tiba di Masjid Negara diiringi dengan laungan "duduk" 10.50 am: Sekita Sogo - Laungan "reformasi" mula kedengaran dari kumpulan orang ramai yang dianggarkan seramai 200 orang di hadapan kompleks Pertama. 10.41 am: Meskipun kawasan Dataran Merdeka ditutup dan dikawal polis, peserta Duduk Bantah duduk santai di kawasan sekitar dengan berpakaian kuning. Laungan "reformasi" dan "bersih bersih" turut kedengaran. Lebih 500 orang di sini. Peserta berehat menunggu detik 2 petang. 10.35 am: Lokasi Dataran Merdeka - dianggarkan melebihi 6 ribu orang berkumpul diatas jalan raya. 10.30 am: Lokasi Masjid India - peserta Bersih memenuhi sekitar masjid india dianggarkan mencecah 3 ribu orang. 10.22 am: Orang ramai beratur untuk membeli tiket di Stesen LRT Titiwangsa 10.20 am: Sekitar Sogo - Pihak polis memperkemas barisan bagi menghadapi sekumpulan peserta di hadapan premis KFC. Beberapa individu yang berjalan dalam kelompok kecil dimita kembali ke kompleks Pertama. 10 am: Pusat Membeli Belah Sogo mula membuka premis perniagaan, bagaimanapun pihak polis meletakkan pita yang dikenali 'tali merah' di kalangan pihak polis di hadapan pintu masuk Sogo. Hanya satu pintu di bahagian tepi kompleks Sogo dibuka. 9.57 am: Sekitar pasaraya Sogo - Sebuah helikopter kelihatan berlegar-legar di udara. 9.35 am: Di pusat membeli -belah Sogo, puluhan polis menghalang laluan masuk ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan mendirikan 'pagar manusia' yang terdiri daripada anggota polis. Kelihatan sekumpulan orang yang dipercayai peserta himpunan Bersih 3.0 berkumpul di hadapan Kompleks Pertama. Bilangan mereka bertambah dari semasa ke semasa. 9.15am: Jalan Tun Razak sesak apabila polis trafik telah menutup susur jalan ke Tabung Haji menghala ke KLCC. 9.10am: Orang ramai mula tiba di stesen LRT KLCC dan kelihatan pihak polis berkawal. 9.05am: Trafik dari Kajang sehingga tol Sungai Besi berjalan lancar setakat ini. Tidak ada sebarang sekatan dibuat. Bagaimanapun trafik mulai sesak di Lapangan Terbang Sungai Besi dan kelihatan tidak bergerak kerana beberapa jalan telah ditutup. 9 am: Laluan ke Kg Baru dari Jalan Semarak ditutup kepada semua pengguna jalan raya. Beberapa pengguna jalan raya dilihat turun dari kenderaan masing2 untuk berbincang dengan pihak polis. Semua kenderaan diarahkan melalui jalan Tun Razak. harakahdaily/- | ||
Guna LRT, Monorail dan Komuter ke Dataran Merdeka Posted: 27 Apr 2012 06:10 PM PDT 6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Penyokong Bersih yang menuju ke Dataran Merdeka dinasihatkan menggunakan kenderaan awam khasnya LRT dan Komuter kerana hampir kesemua jalan raya menuju ke pusat bandar disekat atau sesak. Menurut laporan-laporan yang dibuat melalui twitter dan laporan dari orang ramai, kenderaan yang menuju ke pusat bandar diarahkan keluar dari menuju ke situ. Tony Pua dalam pesanannya meminta orang ramai menggunakan LRT dan Komuter untuk ke Dataran Merdeka kerana jalan menuju ke situ ditutup. Kenderaan yang menuju ke pusat bandar pula diarahkan oleh polis yang bertugas agar keluar dari pusat bandar. Seorang pengguna Twitter, Justine Mei Ern pula melaporkan, Lebuhraya Persekutuan penuh dengan kenderaan yang menuju ke pusat bandar. Mandy Oii pula melaporkan, Monorail yang beliau naiki juga berjalan dengan baik. Beliau turun di stesen Maharajalel dan berjalan kaki menuju ke Dataran Merdeka. Louise La Frouse pula melaporkan, komuter yang beliau naiki pula penuh dengan manusia. "Kelihatan kesemua orang di atas komuter ini menuju ke perhimpinan Bersih," tulis beliau. | ||
Polis dikesan ramai sekitar ibukota Posted: 27 Apr 2012 06:00 PM PDT 6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - (Polis yang ramai di KL Sentral sedang menerima arahan akhir sebelum bertugas) KUALA LUMPUR: Walaupun Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan tidak menyekat perhimpunan Bersih kali ini orang ramai mulai mempunyai pendapat berlainan apabila kehadiran polis yang ramai di beberapa lokasi. Di KL Sentral, puluhan polis dilihat di situ dan ketika mereka sampai mereka sedang diberikan taklimat akhir oleh ketua mereka. Anggota Parlimen DAP, M Kula Segaran melaporkan melalui twitternya, polis sangta ramai di KL Sentral dan sedang mendengar taklimat akhir. Kehadiran polis yang ramai juga dikesan di Jalan Bandar. Namun FRU tidak kelihatan di sini. (gambar atas) Mesej juga mula disebarkan kononnya media tradisional yang dikawal Umno dan BN diarahkan agar tidak merekodkan tindakan ganas pihak polis. Menurut Roket, orang ramai dinasihatkan agar menjaga tingkah laku mereka sepanjang perhimpunan ini kerana KDN telah mengarahkan petugasnya agar merakamkan tingkah laku para peserta perhimpunan kali ini. Tingkah laku buruk mereka akan dijadikan bukti keburukan yang dibawa oleh peserta perhimpunan ini dan kemudiannya menyalahkan Pakatan Rakyat yang didakwa berada di belakang perhimpunan ini. harakahdaily/- | ||
Laporan langsung menjelang perhimpunan BERSIH Posted: 27 Apr 2012 05:59 PM PDT 6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - LAPORAN LANGSUNG Ibunegara hari ini menjadi tumpuan menjelang perhimpunan BERSIH 3.0 yang dirancang berlangsung mulai jam 2 petang ini. Berikutan adalah laporan langsung mengenai perkembangannya mulai pagi ini. 8.32am KLCC AVENUE K Ratusan penyokong Himpunan Hijau berkumpul. 150 polis berseragam mendengar taklimat daripada atasan mereka. 8.30AM JLN TUN SAMBANTHAN menuju Pasar Seni di tutup. Helikopter berlegar di udara. 8.24am JALAN TRAVERS//BRICKFIELDS Trafik lancar tanpa sekatan jalan raya. Peserta belum kelihatan. 8.24am JALAN TRAVERSI/BRICKFIELDs Trafik lancar tanpa sekatan jalan raya. Peserta belum kelihatan. 8AM - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak. 8AM - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak. | ||
Penumpang ugut rampas pesawat ditahan Posted: 27 Apr 2012 05:51 PM PDT 6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - KARACHI 28 April - Sebuah pesawat penumpang yang baru berlepas di lapangan terbang Pakistan, terpaksa melakukan pendaratan dengan serta-merta selepas seorang penumpang penerbangan itu mengugut untuk merampas pesawat terbabit. Jurucakap kata Syarikat Penerbangan Antarabangsa Pakistan (PIA), Sultan Hasan berkata, pesawat domestik itu yang membawa lebih 50 penumpang dan lima krew, dijadualkan dalam penerbangan ke timur bandar Bahawalpur. "Sebaik berlepas, seorang penumpang memberi amaran kepada krew bahawa dia mahu merampas pesawat tersebut. "Kapten pesawat kemudiannya dimaklumkan mengenai situasi itu sebelum pihak menara kawalan mengarahkannya mendarat semula," katanya. Lelaki terbabit ditahan dan diserahkan kepada anggota keselamatan untuk tindakan lanjut. - AFP | ||
Jumlah pelarian Syria di negara jiran meningkat Posted: 27 Apr 2012 05:46 PM PDT 6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - BEIRUT 28 April - Lebih 65,000 penduduk Syria menjadi pelarian sejak pemberontakan menentang Presiden Bashar al-Assad tercetus pada tahun lalu, kebanyakannya melarikan diri ke Turki dan Lebanon, lapor agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Suruhanjaya Tinggi PBB Bagi Orang Pelarian (UNHCR) dalam laman webnya berkata, jumlah pelarian Syria kini meningkat kepada 65,070 di negara-negara berjiran, dengan 49,193 telah mendaftar kepada PBB dan baki 15,877 lagi masih menunggu giliran. Katanya, terdapat 23,942 pelarian Syria di Turki; 22,000 orang di Lebanon; 15,999 orang di Jordan dan 3,129 orang di Iraq. - AFP | ||
Penduduk Palestin dan pendatang haram Yahudi bertempur Posted: 27 Apr 2012 05:40 PM PDT 6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - BAITULMAQDIS 28 April - Kira-kira 150 penduduk Palestin dan Israel bertempur ketika demonstrasi bantahan terhadap tindakan pendatang haram Yahudi merampas dua buah rumah di timur sini semalam. Dalam kejadian itu, penunjuk perasaan Palestin berdemontrasi membawa sepanduk tertulis 'Hentikan Penjajahan' dan 'Hentikan Merampas Tanah Palestin' sebelum berlakunya antara pergelutan antara tiga pihak iaitu pendatang, polis dan penunjuk perasaan. Seorang pendatang Yahudi turut ditahan dalam kejadian tersebut selepas dia bertindak duduk di depan sekatan polis. - AFP | ||
10 mati akibat banjir di Haiti Posted: 27 Apr 2012 05:33 PM PDT 6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - PORT-AU-PRINCE: Kerajaan Haiti berkata, sekurang-kurangnya 10 orang mati minggu ini akibat hujan lebat di selatan dan barat negara itu. Jurucakap Pejabat Perlindungan Awam Haiti, Joseph Edgard Celestin mengeluarkan maklumat terkini mengenai kesan kerosakan kejadian itu. Banjir melanda lebih 3,000 kediaman di kawasan pantai ibu negara Haiti dan lebih 200 mendapatkan perlindungan di pusat penempatan sementara. - AP | ||
Ribuan sudah banjiri Kuala Lumpur Posted: 27 Apr 2012 05:30 PM PDT 6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - (Ribuan manusia sudah penuhi perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur menjelang himpunan Duduk Bantah jam 2 petang ini) KUALA LUMPUR: Ribuan manusia sudah mula berkumpul di sekitar ibu kota Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 walaupun perhimpunan rasmi hanya bermula jam 2 petang ini. Malam tadi, lebih 1,000 datang ke Dataran Merdeka dengan pelbagai ragam bagi menyatakan sokongan mereka kepada tuntutan untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil. Sehingga jam 9.15 pagi ini, ribuan orang sudah mula memenuhi pelbagai pusat perkumpulan sebelum mereka menuju ke Dataran Merdeka. Di Masjid Jamek, Kuala Lumpur, lebih 2,000 sudah berkumpul di situ. (Dataran Merdeka jam 9.45 pagi) Mereka melaungkan takbir, hidup Bersih dan sebagainya. Di persekitaran Dataran Merdeka sendiri, ribuan manusia sudah mula berkumpul di situ walaupun jam baru 9.45 pagi. Ada yang bermain dengan telefon bimbit masing-masing di samping ada yang mula memberikan ucapan menjelang perhimpunan rasmi bermula jam 2 petang nanti. (Petaling Street jam 10 pagi) Di Petaling Street, lautan manusia sudah mula direkodkan di situ. Petaling Street adalah salah satu tempat yang dinamakan sebagai tempat berkumpul sebelum mereka bergerak ke Dataran Merdeka. (Dalam Komuter dari Seremban menuju Kuala Lumpur) Jalan-jalan menuju ke pusat bandar juga penuh dengan kenderaan yang merangkak menuju ke Dataran Merdeka. Kebanyakan jalan menuju ke pusat bandar pula ditutup menyebabkan jalan yang terbuka penuh dengan kenderaan. Ekoran itu, orang ramai diminta menggunakan kenderaan awam khasnya LRT, Komuter dan Monorail yang nampaknya beroperasi dengan baik. Taufek Ghani, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan melaporkan, komuter yang beliau naiki penuh dengan manusia khasnya orang muda. Ramai antara mereka pula memakai baju kuning dan kebanyakan mereka nampaknya menuju ke Dataran Merdeka. Hijau dan Kuning (Para aktivis perhimpunan Hijau membantah Lynas mula berkumpul MBPJ New Urban Parks, Damansara Damai) Sementara itu, pihak yang membantah pembinaan kilang Lynas di Gebeng, Kuantan juga mula berhimpun pagi ini. Mereka akan menuju ke KLCC dan dijangka perhimpunan akan bermula di sana jam 11 pagi. Selepas itu, mereka juga akan berarak ke Dataran Merdeka untuk menjadikan perhimpunan kali ini adalah Hijau dan Kuning. Malam tadi, ribuan sudah berhimpun di Dataran Merdeka. Pelbagai aktiviti dilakukan sehingga ke awal pagi. Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan AJK Bersih 2.0 Hishamudin Rais turut menyertai mereka. (Haji Mohamad Sabu dan Hishamudin di atas trak meraikan perhimpunan pra Bersih 3.0 di Dataran Merdeka awal pagi tadi) harakahdaily/- | ||
1,000 berkumpul dekat Dataran hingga 2.30 pagi Posted: 27 Apr 2012 05:01 PM PDT 6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 28 April: Kira-kira 1,000 orang masih berkumpul berhampiran Dataran Merdeka sehingga jam 2.30 pagi ini. Mereka mulai memasuki kawasan berkenaan sejak jam 9.00 malam tadi bagi menyertai himpunan 'Duduk Bantah' Bersih 3.0 yang akan bermula tengah hari nanti. Ucapan spontan disampaikan oleh beberapa orang yang berada di kawasan itu. Mereka yang menyertai Himpunan Hijau Anti Lynas juga menyertai orang ramai yang berkumpul di kawasan persimpangan menuju ke Dataran Merdeka itu. Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan turut hadir ke situ sekitar jam 1.30 pagi ini. Sementara itu, beberapa jalan menuju ke Dataran Merdeka mulai ditutup secara berperingkat-peringkat sejak jam 12.00 tengah malam. Sehingga jam 2.30 pagi ini, anggota polis trafik masih mengawal jalan-jalan berkenaan.
| ||
BERSIH: Kita akan cuba sedekat mungkin ke Dataran Posted: 27 Apr 2012 04:50 PM PDT 6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - Gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH, tetap akan meneruskan perhimpunan duduk bantah , tetapi akan mematuhi perintah mahkamah melarang mereka berkumpul di Dataran Merdeka. |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan