PARLIMEN BUKIT GANTANG |
Nizar tak gentar Zambry dedah projek Vale, Teluk Rubiah. Posted: 31 Mar 2012 12:44 AM PDT IPOH - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengaku pernah berbincang mengenai projek Vale sewaktu pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak. "Namun Teluk Rubiah bukan lokasi dicadangkan kerana ia pengkalan TLDM dan pusat peranginan terindah di negeri ini. "Sebaliknya, kami cadangkan Tanjung Hantu, Segari. Kawasan hutan paya bakau yang jauh dari pembangunan sedia ada dan tidak jejaskan alam sekitar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Katanya, bayaran premium yang rendah juga tidak menyusahkan pihak yang terbabit dalam projek itu. Beliau juga tidak gentar jika Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ingin mendedahkan sebarang dokumen membabitkan projek tersebut. "Jika dia (Zambry) nak dedah silakan kerana apa yang saya buat berhubung pemilihan tempat untuk melaksanakan projek itu dilakukan demi kepentingan rakyat. "Sewaktu pemerintahan PR dulu pun kami memang tidak setuju projek itu dijalankan di Teluk Rubiah," tegasnya. Selain itu, Mohammad Nizar turut mempersoalkan kenapa Vale memberikan RM3 juta kepada Kerajaan Negeri yang didakwa sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat mereka. "Dr Zambry harus jelaskan keperluan RM3 juta yang diberikan Vale itu jika benar projek mereka tidak menjejaskan alam sekitar dan penduduk di kawasan Teluk Rubiah," katanya. |
You are subscribed to email updates from PARLIMEN BUKIT GANTANG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan