Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Ibu tunggal menanti bantuan rumah PPRT sejak 2009
- Dialog Md Sabu di Tampin 25 Mac 2012
- Ceramah Umum 25 Mac 2012 di DUN Ampangan, N.Sembilan
Ibu tunggal menanti bantuan rumah PPRT sejak 2009 Posted: 22 Mar 2012 12:48 AM PDT 22 Mac 2012 ; Kepis , Kuala Pilah - Sudah empat tahun seorang ibu tunggal, di sini menunggu permohonan bantuan rumah menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dimohon sejak 2009 diluluskan, namun sehingga kini statusnya masih tidak diketahui. Maznah Mohamad, 47, berkata, kehidupannya kini terhimpit kerana perlu menanggung lima anak di mana dua daripadanya masih bersekolah. Menurutnya, dia tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya bekerja menoreh getah di atas tanah orang. "Jika ada hasil, barulah dapat upah yang tidak seberapa. Jika sepanjang bulan itu cuaca panas, saya peroleh pendapatan RM200 hingga RM300 sebulan. "Kadang-kadang pernah tiada sumber pendapatan kerana musim tengkujuh. Walaupun menerima bantuan RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bantuan persekolahan dua anak saya, namun ia masih tidak mencukupi," katanya. Sebelum ini katanya, dia pernah menyewa di sebuah rumah usang di kampung tersebut, namun sudah diambil semula oleh tuan tanah dan menetap semula di rumah ibunya, Kamariah Nordin, 65, di Kampung Air Kuning, Kepis Tengah. "Saya terpaksa menumpang teduh di rumah ibu memandangkan tiada tempat tinggal dan berhimpit-himpit seramai 15 orang sekiranya adik-beradik lain pulang ke rumah. "Kerana itu saya mahu memohon bantuan melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kepis Hulu untuk memiliki sebuah rumah PPRT tetapi tiada sebarang tindak balas diberikan," katanya. Maznah berkata, dia berasa sedih apabila permohonannya mendapatkan bantuan tidak dilayan sedangkan dia amat memerlukannya. "Pernah dahulu ada pihak JKKK memaklumkan permohonan saya diluluskan sehingga saya menyediakan tanah di belakang rumah ibu untuk didirikan rumah, tetapi hanya indah khabar dari rupa. "Saya sudah puas memohon bantuan dan sehingga kini masih menunggu, namun sampai bila?," katanya. Katanya, berharap pihak berkaitan dapat melihat dan prihatin dengan masalah yang dihadapinya. "Saya tahu senarai nama permohonan bantuan PPRT banyak, tetapi bagaimana ada orang yang baru sahaja memohon bantuan itu sudah diluluskan?. "Justeru itu, saya berharap pihak berkaitan dapat meneliti dan menyemak semula permohonan saya yang dibuat sejak 2009 serta memberi maklum balas segera," katanya. http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/menanti-bantuan-belum-pasti-1.34351 |
Dialog Md Sabu di Tampin 25 Mac 2012 Posted: 21 Mar 2012 02:26 AM PDT |
Ceramah Umum 25 Mac 2012 di DUN Ampangan, N.Sembilan Posted: 21 Mar 2012 02:11 AM PDT CERAMAH UMUM Tarikh : 25 Mac 2012 , Ahad Masa : 9 mlm Tempat : Markas PKR, Taman Bukti Setia, Ampangan, Seremban Bersama : ~ YB Fuziah Salleh , Ahli Parlimen Kuantan / Naib Presiden PKR ~ YB Ahmad Kassim , Ahli Parlimen Kuala Kedah / MPP ~ Dr Mohamad Rafie Ab Malek , Penyelaras DUN Ampangan / MPP Semua dijemput hadir |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan