Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Gotong Royong DUN Kota 25 Mac 2012
- Dasar kerajaan galakkan syarikat untung atas angin, tindas syarikat jati
- Nyaris Rentung Beli Proton Exora
- Tak mampu lagi bekerja selepas hidap kanser
- Solidariti Mahasiswa 18 Mac 2012 di Seremban
Gotong Royong DUN Kota 25 Mac 2012 Posted: 17 Mar 2012 12:07 AM PDT PAS DUN Kota, Negeri Sembilan akan mengadakan program gotong royong di Bilik Gerakan UPU Pekan Chengkau pada hari Ahad 25 Mac 2012 bermula jam 9 pagi. Kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan sila hubungi Pengarah MTD DUN Kota, Sdr Izamri Med 013-2124086 atau salurkan ke akaun CIMB, Akaun No. 05020693061526 |
Dasar kerajaan galakkan syarikat untung atas angin, tindas syarikat jati Posted: 16 Mar 2012 05:35 PM PDT Mengapa JPA perlu letak orang tengah? - 15 Mac 2012 - KEMELUT Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan formula gaji baru Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang berat sebelah telah dapat diredakan oleh Perdana Menteri kita baru-baru ini.
Namun bagi kami pembekal ubat dan peralatan perubatan amat kesal dan sedih dengan JPA yang baru-baru ini telah melantik satu syarikat baru untuk menjadi orang tengah bekalan ubat dan peralatan perubatan. Sebelum ini kami hanya perlu mendaftar dengan JPA untuk menyediakan ubat-ubat dan peralatan perubatan secara terus kepada kakitangan bersara JPA setelah mendapat pengesahan pegawai perubatan dari hospital kerajaan dan kami mendapat bayaran terus dari JPA. Dengan peraturan baru ini, kami diwajibkan mendaftar dahulu dengan syarikat itu sebelum dibenarkan menyediakan ubatan dan peralatan perubatan kepada pesara kakitangan JPA. Kami juga akan dikenakan caj yang tinggi sebanyak 7 peratus di atas harga produk yang dibekalkan. Ini amat merugikan kami kerana untung bersih kami adalah rendah dalam kadar 10 hingga 15 peratus. Saya tidak faham kenapa kerajaan masih lagi membenarkan syarikat orang tengah untuk beroperasi bagi pihak mereka yang hanya tahu mengaut untung di atas angin, padahal Perdana Menteri kita telah menjelaskan bahawa beliau mahukan jentera operasi kerajaan yang efisien dan bersih. BUMIRUGI - KL http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm |
Nyaris Rentung Beli Proton Exora Posted: 16 Mar 2012 03:55 PM PDT Aduan Rakyat Online 16 Mac 2012 - Saya terpanggil untuk membuat aduan tentan keselamatan Proton Exora kepada pengguna selepas berlakunya kemalangan yang melibatkan kematian terhadap Penolong Pegawai Daerah (ADO) Kota Marudu, Hilde Primus Peki @ Hilde Primus Kayau selepas Proton Exora miliknya terbakar di Jalan Ulu Tandek pada 15 April 2012. Ini disebabkan kerana pada 26 2011 saya mungkin mendapat nasib yang serupa kerana Proton Exora yang saya beli pada hari tersebut mengalami kerosakan pada wayar 'injector' yang tidak dipasang dengan kemas. Ini menyebabkan minyak petrol keluar dari wayar yang tercabut, mencurah-curah di dalam ruang enjin. Saya terus mematikan enjin dan memasang semula wayar yang tercabut dan menghantar kepada pusat servis proton pada keesokan harinya untuk pemeriksaan semula semua pendawaian elektrik. Bayangkan jika terdapat percikan api yang boleh menyambar minyak petrol tersebut, pasti kereta yang baru dibeli rentung dimamah api. Saya hairan bagaimana ini boleh berlaku. Adakah tahap keselamatan kereta dari pengeluar kereta Malaysia yang kita bangga-banggakan ini tidak lagi boleh dipercayai? Saya harap pihak Proton memandang serius perkara ini, kerana berapa banyak Proton Exora telah dikeluarkan pada masa ini dan juga pihak Proton perlu memastikan keselamatan kepada semua jenis kereta keluaran Proton akan datang terjamin. By: Mohd Imran http://www.aduanrakyat.com.my/nyaris-rentung-beli-proton-exora#more-11464 |
Tak mampu lagi bekerja selepas hidap kanser Posted: 16 Mar 2012 03:53 PM PDT 16 Mac 2012, ALOR GAJAH - Seorang ibu tunggal menjalani kehidupan sukar dan tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan selepas disahkan menghidap kanser pangkal rahim awal Januari lalu.
Masitah Md Isa, 44, disahkan menghidap penyakit berkenaan selepas berlaku tumpah darah pada Oktober tahun lalu dan menjalani pemeriksaan susulan di Hospital Alor Gajah.
Menurutnya, pihak hospital mengesahkan dia menghidap fibroid sebelum diberi cuti berehat dan dirujuk pula ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan.
"Pihak Hospital Melaka mengesan fibroid yang ada dalam rahim saya sudah merebak menjadi kanser tahap kedua dan saya kemudiannya menerima rawatan susulan di Pusat Perubatan Mahkota untuk menjalani rawatan radioterapi serta kimoterapi. Sepanjang rawatan selama sebulan, saya masih mampu berjalan seperti biasa, namun segalanya menjadi lebih getir apabila bahagian alat sulit menjadi hitam seperti kesan terbakar dan buasir sejak seminggu lalu," katanya yang sudah berpisah dengan suami sejak 16 tahun lalu.
Masitah yang bekerja di sebuah kilang di Tangga Batu dengan pendapatan kira-kira RM600 kini terpaksa menyara ibunya bersama tiga anak dan dua anak saudaranya.
"Anak kedua saya, Noratikah Baharudin, 19, akan melanjutkan pelajaran di sebuah kolej di Simpang Ampat dan yuran pengajian masih tertunggak sebanyak RM800. Dalam keadaan saya sukar bergerak, masa lebih banyak dihabiskan terlantar di atas katil dan tidak mampu bekerja," katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, dia ada mengikhtiarkan pelbagai cara untuk mengubati kesan rawatan radioterapi yang menimpanya akibat kanser rahim yang dihidapi, namun tiada sebarang perubahan.
"Seminggu lalu, saya menjalani pemeriksaan dan doktor memaklumkan kanser yang dialami sudah tiada namun bimbang sekiranya ia merebak di bahagian dalam. Saya buntu dengan masalah yang berlaku dengan keadaan terlantar sakit, saya tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan. Persekolahan anak-anak perlu diteruskan," katanya.
Masitah menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan selain dibantu anak keduanya yang sempat bekerja sementara menunggu pendaftaran pengajiannya April ini. |
Solidariti Mahasiswa 18 Mac 2012 di Seremban Posted: 16 Mar 2012 08:41 AM PDT CERAMAH UMUM Tarikh : 18 Mac 2012, Ahad Masa : 9 mlm Tempat : Markas PAS Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam) Penceramah : Adam Adli, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Razab, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Nazree Yunus, Ketua AMK N.Sembilan Zulkefly Mohamad Hj Omar, AJK PAS Pusat Semua dijemput hadir |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan