DUN BUKIT PAYONG |
Erykah Badu : Dimana suara ulama Umno Posted: 02 Mar 2012 06:52 PM PST Petikan Sinar Harian edisi cetak : Bukit Payong : Tindakan sebuah akhbar The Star menyiarkan gambar Erykah Badu yang bertatu kalimah Allah di sisi kiri dan kanan badannya merupakan satu tindakan yang dilihat sengaja dilakukan dengan tujuan menghina Islam. Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menyifatkan akhbar terbabit yang dikatakan milik MCA itu dilihat semakin berani mencabar kesucian Islam sejak kebelakangan ini, khususnya sejak isu hudud mula hangat diperkatakan pada tahun lalu. Malah DPPNT mendakwa selepas dua hari isu ini hangat diperkatakan, masih tiada suara ulama-ulama Umno baik dari golongan tua ataupun muda melaungkan bantahan ataupun menyatakan pendirian mereka behubung perkara ini. Mengulas mengenai isu ini, Ketua DPPNT, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, Umno bukanlah parti yang memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan, oleh itu tindakan-tindakan seperti ini memang sudah dijangkakan. Menurutnya bukti yang jelas dan terbaru ialah minggu lepas, Pemuda PAS Pusat mengajak Umno bersama mereka untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Amerika berkaitan isu pembakaran al-quran, sebaliknya mereka berarak ke pejabat PKR. "Hal ini juga menunjukkan mereka berada dibawah telunjuk MCA yang secara jelas menghina agama Islam. Baru-baru ini MCA dengan bangganya mengatakan bahawa mereka berani melawan Umno bagi isu-isu Islam dalam debat dengan DAP, tapi hal ini juga tiada respon dari ulamak Umno," katanya semalam. Beliau turut bersetuju dengan cadangan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya agar menggantung sementara permit akhbar berkenaan sementara siasatan selesai dijalankan. Menurutnya penyiaran permohonan maaf The Star dengan saiz yang kecil, bukan harganya bagi penghinaan besar seperti ini dan pihak terbabit perlu diajar supaya menghormati sensitiviti umat Islam yang menjadi majoriti di Malaysia. "Kita tidak boleh mengharapkan Umno dalam isu ini kerana MCA adalah rakan kongsi mereka. Walaupun konsert Erykah itu telah dibatalkan oleh kerajaan, namun isu yang berkaitan penyiaran gambar terbabit oleh The Star itu dilihat sepatutnya ditangani dengan lebih serius. Paling kurang kerajaan sepatutnya bertindak sepertimana kes Sarawak Tribune sedikit masa dahulu yang digantung permitnya kerana menyiarkan karikatur menghina nabi Muhammad S.A.W," katanya Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong turut menyifatkan pendekatan Umno berkaitan dengan Islam membabitkan isu-isu sebegini amatlah jauh bezanya berbanding dengan PAS. Buktinya apabila rakan kongsi PAS dalam Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan yang dikatakan sebagai menyokong Israel baru-baru ini, PAS dengan tegas melalui Mursyidul Amnya meminta mereka memberi penjelasan. "Inilah perbezaan yang sangat ketara antara PAS dengan Umno dalam isu-isu agama," katanya. |
You are subscribed to email updates from DUN BUKIT PAYONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan