N50 Dun Sri Muda |
Posted: 06 Jan 2012 12:39 AM PST
| |||||
Posted: 05 Jan 2012 11:20 PM PST 901: Definisi halatuju politik Malaysia Tiga hari lagi, pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan. Keputusan perbicaraan ini akan menentukan sama ada ahli parlimen Permatang Pauh itu bersalah atau tidak dalam pertuduhan liwat yang dilemparkan terhadapnya. Seluruh negara telah memberikan tumpuan kepada tarikh ini kerana ia dilihat sebagai satu titik penting dalam pendefinisian hala tuju politik negara. PKR di bawah pimpinan mantan timbalan perdana menteri itu merupakan "pengikat" kepada PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Musuh-musuh politik beliau percaya, jika Anwar terpenjara, maka mudahlah mereka untuk memecah belahkan Pakatan. Sebab itu kita boleh melihat bagaimana isu penganti Anwar sebagai calon perdana menteri dari Pakatan ditimbulkan dalam sehari dua ini walaupun Pakatan belum tentu lagi memenangi pilihan raya umum akan datang. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk memecah belahkan pakatan politik pembangkang itu. Jika parti-parti pembangkang terus bersatu, ianya mampu untuk menggugat kekuasaan Barisan Nasional (BN) – dahulu Perikatan yang telah memerintah Negara semenjak 1957. Veteran politik Umno, Tengku Razaleigh Hamzah – juga ahli parlimen Gua Musang sendiri percaya keputusan mahkamah pada Isnin ini akan menyebabkan Anwar terpenjara. Menurut mantan menteri kewangan itu, jika Anwar terus berada di luar, Umno akan hancur. Sejarah 'Black 14' berulang? PKR telah melakukan penyusunan massa untuk menunjukkan solidariti kepada Ketua Umum mereka. Dengan bantuan rakan-rakan Pakatan dari PAS dan DAP, mereka mensasarkan 100,000 rakyat akan bersama pada tarikh keramat itu. Berdasarkan rekod-rekod lepas, jika mobilasasi rakyat dilakukan dengan bantuan PAS, tidak mustahil untuk mencapai angka sasaran atau sekurang-kurangnya menghampiri angka sasaran. Dalam masa yang sama, roadshow Anwar mengelilingi seluruh negara dari Selatan ke Utara mendapat sambutan besar. Ini mengingatkan kembali sejarah tahun 1998, sewaktu Anwar dipecat oleh Tun Dr Mahathir dari kabinet dan Umno sekaligus. Selepas beberapa hari menjadi "rakyat biasa", Anwar memulakan roadshow ke seluruh negara. Hasilnya, lebih 100,000 rakyat membanjiri Dataran Merdeka untuk menyatakan sokongan kepada beliau dan mendesak Dr. Mahathir meletakkan jawatan pada 20 September 1998. Jika Anwar pada ketika itu "terlatih" dengan sedikit "politik kiri" sudah pasti beliau mampu menjadikan Dataran Merdeka ibarat "Dataran Tahrir" di Mesir awal 2011 - sekaligus menjadi Perdana Menteri Malaysia kelima. Hari ini roadshow Anwar ke seluruh negara masih mendapat sambutan. Tidak ada masalah untuk rakyat membanjiri Kuala Lumpur pada 9 Januari ini jika kita lihat dari pengalaman beberapa demonstrasi selepas PRU 12 seperti isu PPSMI, Anti ISA dan terbaru BERSIH 2.0. Promosi percuma himpunan 901 Secara sedar atau tidak, pemerintah melalui media arus perdana memberikan promosi percuma kepada perhimpunan 'Bebaskan Anwar' 901. Akhbar-akhbar dan televisyen memberikan liputan mengenai perhimpunan tersebut hampir setiap hari. Amaran, ugutan dan tohmahan yang dilakukan melalui media arus perdana sampai kepada majoriti rakyat terutamanya – kawasan pendalaman. Secara tidak langsung, rakyat di seluruh negara tahu tentang akan berlakunya satu perhimpunan rakyat di Kuala Lumpur. Rapat dan ceramah umum dianjur oleh Pakatan tidak mampu untuk sampai ke seluruh negara. Apatah lagi rakyat di kawasan pendalaman masih ramai yang belum mempunyai kemudahan internet. Dari satu sisi lain, Umno dan BN tahu, amaran, ugutan dan tangkapan tidak akan mampu menghalang rakyat untuk membanjiri Kuala Lumpur sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan BERSIH 2.0 tahun lalu. Dalam perhimpunan BERSIH 2.0, walaupun seluruh pintu masuk "dikunci" dengan sekatan jalan raya dan mobilisasi anggota polis yang besar, ia tidak dapat menghalang rakyat untuk berkumpul. Oleh kerana itu, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah menukar nada mereka menjadi lebih lunak. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, perhimpunan 'Bebas Anwar 901' dibenarkan, akan tetapi haruslah ditempat lain dan bukan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta. Pengalaman ini berlaku sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 – Najib minta penganjur perhimpunan tersebut untuk berhimpun di stadium. Apabila penganjur bersetuju untuk memilih Stadium Merdeka untuk berhimpun, pemerintah belot dengan perjanjian. Mungkin penganjur perhimpunan pada 9 Januari tidak termasuk ke dalam "lubang biawak" sekali lagi. Signifikan 901 Serangan demi serangan yang dilakukan oleh musuh politik Anwar yang mengatakan ketua pembangkang itu menjadikan agenda peribadinya sebagai isu nasional. Ini turut dinyatakan oleh Exco Selangor, Datuk Hasan Ali yang turut menasihatkan rakyat agar tidak hadir dalam perhimpunan pada 901. Sebenarnya, BN juga tahu, keputusan mahkamah pada 9 Januari ini bukanlah isu peribadi Anwar semata-mata. Ia adalah simbol kepada runtuhnya kebebasan sistem kehakiman negara yang telah berlaku semenjak kes pemecatan Tun Salleh Abas, mantan Ketua Hakim Negara oleh Dr Mahathir. Isu peribadi tidak akan mampu menghimpunkan ribuan rakyat untuk menyatakan solidariti. Anwar adalah tokoh yang mampu menyatukan rakyat dari segenap lapisan masyarakat untuk melawan ketidakadilan dalam negara. Sebab itu kita boleh lihat, walaupun Anwar telah ditinggalkan oleh ramai bekas penyokongnya seperti Chandra Muzaffar, Ezam Mohd Noor, S Gobalakrishnan, N Nalakaruppan, Salehuddin Hashim, Lokman Noor Adam dan ramai lagi – beliau masih lagi mampu bertahan. Tidak dapat dinafikan terdapat pengikut-pengikut setia Anwar yang digelar "Anwarista". Mereka ini seperti juga peminat-peminat setia kepada penyanyi atau pelakon popular yang akan tetap setia kepada idola mereka. Mereka ini hidup dan mati akan bersama Anwar. Terdapat juga yang bersama Anwar kerana mengharapkan imbuhan dan ganjaran. Terbayang jawatan yang bakal dilantik atau kontrak bakal diterima jika Anwar menjadi PM. Golongan jenis ini boleh dibeli apabila kena "harganya". Akan tetapi, majoriti berada di belakang Anwar pada ketika ini adalah golongan yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan dan cuma "menggunakan" pengaruh Anwar untuk melawan segala ketidakadilan dan kezaliman dalam negara pada hari ini. Mereka terus berada bersama Anwar kerana "api" perjuangan yang dibawanya. Golongan ini tidak mampu dibeli kerana mereka jelas mengapa mereka bersama Anwar. Golongan ini akan berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini bukan dengan niat untuk menjadi calon pilihanraya dalam PRU akan datang atau mengharapkan dilantik menjadi ahli majlis jika PKR menang. Mereka berada di mahkamah untuk menunjukkan solidariti mereka kepada seorang pemimpin yang membawa api perjuangan untuk melawan ketidakadilan. BN tahu tentang ini dan sebab itu mereka takut dengan mimpi ngeri yang bakal berlaku pada 901 ini. Seperti apa yang dikatakan oleh Ku Li, jika Anwar tidak dipenjarakan, Umno akan hancur. Jika Anwar dipenjarakan, simpati rakyat terhadap PKR dan PR akan semakin meningkat. BN kini tersepit dalam keadaan "di kiri ada duri, di kanan ada racun, di depan ada lubang dan di bekalang ada gaung". Mereka sudah di "check mate". Apa sahaja keputusan pada 9 Januari nanti, tidak akan membantu memulihkan imej BN. Amin Iskandar | |||||
Posted: 05 Jan 2012 10:50 PM PST Hassan Ali lontar batu pada PKRDr Hassan Ali, ini bukan soal peribadi tapi isu ini soal maruah negara. kerana isu ini menjadi perhatian dunia.Sebagai rakyat yg cintakan keadilan dan kebenaran patut hadir mmberi sokongan kpd pemimpin yg mmperjuangkan nasib rakyat. Dan sebagai rakyat,kita juga mahu sistem perundangan negara bebas dan adil kpd semua, tak kira pada pemimpin mahupun rakyat biasa.. Dr Hassan seorang pemimpin dan sepatutnya beliau bersama-sama rakyat menuntut keadilan bukanya dengan mengeluarkan kenyataan sebegini yang akan membuat ahli PKR tidak lagi menhormati beliau. p/s Gagal dalam PAS kini Hassan Ali... lontar batu ke dalam PKR..cuba untuk lagakan ahli PAS dan PKR.- DP Nota: Kenyataan penuh akan dikeluarkan kemudian.- Editor | |||||
Posted: 05 Jan 2012 10:35 PM PST
| |||||
Posted: 05 Jan 2012 07:11 PM PST Jailing Anwar: Umno poised to make its biggest mistake on Jan 9Written by Nawawi Mohamad, Stan Lee, Malaysia ChronicleThere are many things that Malaysia's ruling party UMNO has done during its 54 years in power. Some are good and some are bad. Sad to say, the bad overwhelms the good not just in terms of quantity or volume but the rot is simply so deep, it has put the country on the road to disaster. And on January 9, UMNO will make the mistake of its life when it jails Opposition Leader Anwar Ibrahim on manifestly fabricated sodomy charges. Whoever wins the 13th general election will have the toughest time cleaning up and straightening out all the kinks from an already kooky, over-stressed and out-of-control system. Just to list down the string of UMNO of bloopers and scandals would take weeks. There have been so many articles written about these scandals, yet little or no action has been taken against the perpetrators who hide behind their UMNO badge. Of course the present UMNO-led government won't open the file on these debacles, especially the recent ones but what can we do about it? The Malaysian Anti-Corruption Commission and police are both working for UMNO at our expense. Police brutality continues unhindered with the latest beating of the UPSI students for demonstrating against an unfair law that bans them from participating in the country's politics. The MACC nabbed the "Datuk Fix-it", a man who is alleged to have been paid by the NFC boss, Salleh Ismail, to bribe the authorities from uncovering corruption at the national cattle livestock company. But why hasn't the MACC arrested Salleh, or is it because he is the husband of UMNO minister Shahrizat Jalil. Getting UMNO to make redress for its wrongdoings - when? The list of the UMNO wrongdoings is really much too long to be detailed, but we all know most of them. The hot question around town now is, should Malaysians wait until those responsible for the misdeeds are too old to answer for their actions, or perhaps even passed on, before there is official acknowledgement that the people have been wronged. As the saying goes, justice must not only be done but be seen to be done. Perhaps, before any redress can take place, there has to be a change in government. If UMNO continues to retain power, Malaysians can rest assured there will be no admission of wrongdoing and citizens can look forward to financial doom, with the country bankrupting soon from the massive corruption taking place even now as we write. UMNO can be expected to do everything it can to sweep everything under the carpet. They will even change the law to re-write history so that their ruling elite can escape scot-free, and all issues safely forgotten. Historians and authors will be hired to write only what UMNO wants on record, omitting all the unpleasant details that might emerge. Imagine the Sodomy I trial pressed by former premier Mahathir Mohamad against Anwar Ibrahim. How will the UMNO version be like? Will it mention the huge international backlash and how former US vice president Al Gore walked out from a dinner given in his honour so as to protest Mahathir's skullduggery? Tortured We shudder to think what would happen to our children and how Malaysia will be remembered if UMNO pursues its current path of excesses and megalomania. PAS and DAP have struggled for years to explain why Malaysia needs to reject the UMNO-led BN ruling coalition, while Opposition Leader Anwar Ibrahim has suffered too much at the hands of an UMNO petrified of his charismatic leadership and ability to galvanize an alternative government. Right now, he is being disgraced by the Sodomy II trial, a reprisal of the manifestly fabricated plot drummed up by Mahathir in 1998 and borrowed by Prime Minister Najib Razak and wife Rosmah Mansor in 2008 to attack and prevent Anwar from challenging their power. From his university days, Anwar has been accused of being anti-establishment, sacked from the post of Deputy Prime Minister, jailed for abuse of power and even received a black eye from ex-Inspector General of Police Rahim Noor. Yes, Anwar was beaten to the brink of death in jail in a bid to extract a false confession from him, asked to strip naked, purportedly fed arsenic-laced food in jail, denied medical treatment for hi slip-disc, incarcerated for 6 years for Sodomy I, then prosecuted since 2008 for Sodomy II. Failed to knock Anwar off his perch But the 64-year-old Anwar continued to stay high in the people's favour. Malaysians recognized a survivor and real fighter when they see one. So it wasn't surprising when they again rejected the Datuk T sex scandal that 3 UMNO members tried to attach to him. Make no mistake, given Najib's paranoia of Anwar, the Opposition Leader can expect to find himself in jail again. Even so, Anwar has remained steadfast and has even prepared for the worst by knocking together an agreement with DAP's Lim Kit Siang and PAS' Hadi Awang on who should replace him when he is jailed. The question of succession, whether temporary until he is out of jail or not, is crucial in view of the imminent GE-13, where Najib is bound to go on a rampage to win the election wielding all the power he can grasp. To have come so far and laid down such preparation is a huge task and responsibility that not many people can effect; indeed it is a very heavy burden for him and it is amazing that he has managed to simultaneously go on a tour of ceramahs or political lectures all across the country to drum up support for PKR and Pakatan. Betrayals Anwar has also face to face hurtful criticism and problems within his own party and the Pakatan coalition. Many of his friends and colleagues have betrayed him, with the latest being blogger Raja Petra Kamaruddin. These former friends have now become his enemies and of course a few like Ezam Mohd Nor were so close and personal it was hard not to doubt Anwar. But by now, it is clear that these people were unworthy, selling out for top dollar from UMNO. So whether Anwar goes to jail or not, Pakatan supporters have their individual role to play. Firstly, do not get distracted from the main aim, which is to effect a change in government. Yes, some may get disheartened by the inordinate number of road blocks and hurdles blocking the way to Putrajaya, but this is a goal and a mission that cannot be compromised. Ultimately it is the voters who will determine the outcome; you and us, the rakyat. So Pakatan supporters must do their part and not give up at the very worst of times. Do your part, convince others, assure the fence-sitters that we have to vote out UMNO-BN and all more if Anwar is jailed. No, Anwar is not perfect nor is he an angel, yet just compare him with Najib - what wrong has Anwar ever done to us the rakyat? No, Pakatan is not perfect either but they have made enormous progress and shown themselves as capable leaders and administrators who are more than ready to govern. The rotten apples have all been removed or clearly identified such as Hasan Ali, the former Selangor PAS commissioner. The cleansing will make Pakatan stronger with less baggage. This alone makes it a clear-cut comparison for the better against the decadent UMNO, which refuses to even admit it has internal problems. Najib's agent provocateurs Lastly, a word of caution to Pakatan supporters attending the 901 Free Anwar rally.They must stay alert and refrain from backstabbing each other because UMNO is bound to fight to death to retain power. Agent provocateurs are bound to be stationed amongst the crowds that will throng the court house on January 9. These can be expected to trigger scuffles just like in the July 9 Bersih rally for free and fair elections and in the recent UPSI students protest against the draconian UUCA Act 1971 that prevents them from participating in the country's politics. The uglier the demonstrations turn out, the happier Najib will be as it would 'prove' his claim that Pakatan was up to no good! But just like in the July 9 Bersih and UPSI protests, Malaysians are expected to point the finger back at Najib, whose under-performance and inability to put in place critically-needed reforms have shocked the nation. Malaysia Chronicle | |||||
Posted: 05 Jan 2012 06:21 PM PST Selangor UMNO's deputy liaison chief Noh Omar (pic) has been told to stop any plans by the party to disrupt municipal councils' garbage collection in the state following the state government's move to take over waste disposal services from private company Alam Flora. Saying Noh and Selangor UMNO could be involved, Selangor PAS information chief said the acts to disrupt garbage collection schedules as reported in many residential neighbourhoods were done to protest the replacement of Alam Flora with companies awarded the contract through open tender. "The issue is deliberately raised when Alam Flora's contract was terminated by the state government," Saari Sungib told a joint press conference with his counterparts from DAP and PKR, Jenice Lee and Shuhaimi Shafiei. UMNO-owned media had earlier reported delays in garbage collection, saying this was due to the state's decision to terminate Alam Flora. Earlier, Harakahdaily reported that Hebat Abadi, a subsidiary of state-owned Kumpulan Darul Ehsan Berhad tasked with rubbish collection in Shah Alam, had lodged three police reports claiming its workers were threatened by several men. Toll-free hotline Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim meanwhile said that his administration had evidences to prove that the sabotage was a well-coordinated effort by certain parties. "A scenario, for instance, when the local authorities come and clear an area of rubbish; within a few hours these parties would unload rubbish enough to fill a lorry. "The state government has found out that this irresponsible act is taking place in housing areas under the jurisdiction of four main local authorities in Selangor - Shah Alam and Petaling Jaya city councils and the Klang and Subang Jaya municipal councils," he told reporters in Shah Alam yesterday. Khalid said the state was mulling the setting up of a toll-free hotline through local authorities to facilitate complaints about municipal services. "The complaints will be immediately directed to the local councils for further action and it must be acted upon within 48 hours from the time it is received," he added. -Harakahdaily | |||||
Posted: 05 Jan 2012 10:21 AM PST Apabila masyarakat Malaysia bercakap isu Nur Amalina Che Bakri dan tudungnya, adakah disebabkan peduli atau menyibuk urusan peribadi orang lain? Sementara apabila masyarakat Malaysia membisu mengenai pelbagai ketempangan dalam negara, adakah ia disebabkan terlalu sibuk atau tidak prihatin? Saya memulakan komentar terhadap isu ini dengan lontaran persoalan ini memandangkan terlalu ramai masyarakat Malaysia yang mengambil bahagian dalam isu tersebut, sambil sebahagian yang lain buat tidak endah dalam isu rasuah, kezaliman dan lain-lain.Isu tudung adalah dosa peribadi, adapun isu penindasan dan kezaliman adalah dosa yang melibatkan kepentingan banyak pihak yang lain. Amalina mempunyai kebebasan dan pilihan untuk menuruti atau melanggar arahan bertudung, dan dalam masa yang sama kita juga mempunyai kebebasan dan pilihan untuk menasihati beliau supaya menjadi seorang Muslimah yang praktis, sementara selebihnya terserah kepada kedua ibu bapanya dan Allah swt. Hal ini sejajar dengan antara asas utama yang menjadi pegangan kita iaitu "Agama itu nasihat" sebagaimana terdapat dalam surah al-'Asr dan hadis nabi saw.Adapun isu rasuah, penyelewengan wang zakat, kezaliman dan lain-lain, melibatkan hak manusia lain, justeru semua kita wajar menentang dan mencegahnya semampu kudrat yang ada. Ia merupakan dosa yang memberi kesan sosial dan melanggar hak manusia yang lain. Justeru konsep nasihat dan mencegah kemungkaran seperti ini berbeza dengan konsep nasihat dalam bab dosa peribadi, kemungkaran sebegini wajar ditentang dan disebar supaya masyarakat awam mengetahui, kerana isu tersebut melibatkan hak mereka juga. Saya melihat, di sinilah kekurangan kita dalam memahami falsafah dosa pahala. Tidak sewajarnya kita menjaja kisah peribadi manusia lain selagimana dosa tersebut hanya berkait dengan dirinya sahaja. Kita wajar menasihati, bukannya mencerca dan memaki tanpa henti. Sementara dalam masa yang sama, segelintir manusia lain buat tidak reti dan peduli dalam isu hak dan kepentingan mereka sendiri sendiri seperti pencabulan demokrasi, kezaliman, rasuah, kronisme dan sebagainya. Aneh. Berbalik kepada isu Amalina, ada beberapa isu yang wajarnya kita perhatikan iaitu perkaitan antara mahasiswa dan budaya ilmu, sejauh mana keberkesanan sistem pendidikan negara dalam memberi jaya, kepentingan peranan institusi keluarga (termasuk kursus perkahwinan yang lebih mementingkan lawak lucah berbanding bab tanggungjawab berkeluarga), apa yang ditumpukan dalam kursus-kursus perguruan (adakah nilaian A semata-mata?) dan seumpamanya, bukannya menyebarkan kesilapan Amalina dan disertai pelbagai cemuhan.Kepada yang mencela, jangan lupa anda ada anak atau setidak-tidaknya bakal mempunyai anak yang akan hidup dalam dunia yang sangat berbeza. Jangan terlalu bermudah-mudah berasa puas hati dengan amalan kita, lantas lupa melihat segala kelemahan diri kita. Seorang tidak bertudung yang berasa malu kepada Tuhan atas dosanya lebih baik daripada seorang yang "soleh" namun takabbur dan memandang hina kesalahan orang lain.Selain itu, apabila membincangkan soal dosa tidak bertudung, kita sentiasa lupa bahawa pertimbangan dosa pahala dalam Islam sangat penting. Contohnya dosa tidak bertudung dan dosa seorang pelajar yang membazir dan menyalahgunakan wang biasiswa dan zakat tidak sama, dosa tidak bertudung melibatkan dirinya dan Tuhannya sementara dosa berkaitan wang biasiswa dan zakat berkaitan dengan amanah yang diberikan oleh para pembayar cukai dan zakat. (Perkara harus masih lagi dibenarkan, termasuk membeli makanan, pakaian dan sebagainya. Bukan bererti hanya membeli kitab dan membayar yuran sahaja. Contoh salah guna dan pembaziran ialah membeli rokok dan untuk tujuan maksiat yang lain. Adapun dalam bab harus, sebaiknya sentiasa dimuhasabah supaya perbuatan harus itu menjadi ibadah. Wallahua'lam.)Kita sentiasa terlebih sentimen dan emosional dalam menilai keburukan dan kelemahan orang lain, namun sebaliknya kita sentiasa bersangka baik dan memujuk diri sendiri apabila menilai keburukan dan kelemahan kita. Sesungguhnya kejujuran kita dalam menasihati dan menegur kesalahan seseorang terbukti menerusi kesungguhan kita mentaati perintah agama. Selain kita diamanahkan untuk emnjadi umat yang saling menasihati dalam persoalan dosa peribadi, kita juga dipinta supaya menentang segala dosa yang memberi kesan kepada sosial dan negara. Akhirnya, marilah kita merenungi dan menginsafi sebuah hadis nabi saw:"Seorang lelaki bernama 'Abdullah, digelar 'himar' (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: "Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap". Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: "Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya". (Riwayat al-Bukhari). Sesungguhnya tugas kita bukanlah untuk menghukum dan memberi pelbagai label kepada manusia, biarlah Allah yang menilainya. Kepada yang berbuat demikian, sudahkah anda membelah dada dan melihat hatinya? Wallahua'lam - http://www.marwanbukhari.com/ | |||||
Posted: 05 Jan 2012 07:00 AM PST Lagi Kesalahan BN : 20 Tahun Membanting Tulang Orang Lain Raih UntungOleh Sheridan Mahavera KLANG 5 JANUARI : Usaha gigih sekumpulan penduduk kampung di sini tidak ke mana apabila tanah yang mereka teroka dan bercucuk tanam selama 20 tahun akhirnya dipercayai diseleweng dan diberi kepada orang lain semasa pentadbiran Barisan Nasional(BN) Selangor yang lalu. Tanah seluas 157 ekar berhampiran Batu Tujuh, Jalan Kebun itu diusahakan 63 orang penduduk Kampung Jalan Kebun sejak tahun 1984. Akan tetapi geran milik tanah tersebut diberikan kepada individu-individu yang tidak kenali pada tahun 2002. Ini berlaku walaupun penduduk kampung telah memohon hak milik tanah itu 18 tahun dulu. Wakil kumpulan peneroka itu, Abdul Aziz Rashid mendakwa lesen hak milik sementara (TOL) telah diberikan kepada individu yang bukan penduduk kampung malahan bukan orang yang mengusahakan tanah itu. Tindakan tersebut menunjukkan bagaimana pemimpin BN dengan sewenang-wenangnya mengurniakan tanah percuma kepada kroni-kroni mereka, dakwanya. Ketika ditemui seorang dari peneroka tanah itu, Haripin Tauhid, 49, menceritakan latarbelakang kawasan tersebut. "Tanah ini dulu hutan terbakar dan belukar. Kita pun tidak ada akitiviti dan kawasan ini tak maju, jalan ini pun jalan mati. Sambil mengisi masa lapang, kita bercucuk tanam dan kalau boleh, masa itu kita nak mohon supaya tanah ini diberikan hak milik pada kita," ceritanya. Sementara itu, seorang lagi peneroka, Manaf Pamar memberitahu mereka meneroka tanah ini di awal tahun 1980an sehingga tahun 2000. "Asal usul tanah ini memang hutan terbakar jadi ramai-ramai penduduk mengerjakannya. Seorang satu ekar. Tetapi akhirnya musnah, tak apa benda yang kita dapat," kata Manaf yang berharap dapat memperjuangkan kawasan yang diteroka dahulu. Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, pada tahun 1984, bekas Adun mereka Datuk T M Thurai berjanji kepada peneroka untuk memohon dan mendapatkan milik tanah itu. Apabila usaha itu menemui jalan buntu, penduduk kemudianya berjumpa dengan bekas Ahli Parlimen Shah Alam, Datuk Salamon Selamat pada 1995 untuk meminta pertolongan tetapi tiada kata putus. Akhirnya, peneroka mengambil keputusan berjumpa dengan bekas Menteri Besar Dr Mohamad Khir Toyo pada tahun 2000. "Saya pergi ke rumah Khir Toyo dan tunggu hampir tiga jam dan akhirnya saya dapat berjumpa dengan Khir Toyo di rumah beliau dan saya memberi surat yang sama. "Dia berjanji dan beritahu pada saya dan rakan-rakan lain, Aziz sekiranya tanah ini tidak dimiliki mungkin akan diluluskan kepada peneroka. Tetapi kalau ada pihak pihak lain mendakwa dia mempunyai milik dia tidak akan meluluskan kepada individu. "Kalau ada permohonan dia akan ambil tanah tersebut untuk dimajukan untuk buat perumahan. "Bermakna seorang akan mendapat rumah pada harga yang berpatutan," Abdul Aziz berkata. Tetapi, permohonan mereka senyap dengan begitu sahaja hingga dua tahun kemudian apabila Abdul Aziz didatangi seorang individu yang bukan daripada kampung itu dan bukan seorang peneroka. "Saya terkejut. Macam mana orang yang tidak meneroka tanah yang tidak tahu lokasi tanah boleh dapat geran tanah dengan pelan. "Di sini saya nampak ada satu penyelewengan dan pemberian hak milik tanah. Itu saya nak kata. Di mana kejujuran kepimpinan dahulu, kepimpinan barisan nasional khususnya yang sepatutnya membela nasib rakyat," Abdul Aziz berkata. Menurut Abdul Aziz, pada masa sekarang sebahagian daripada tanah tersebut telah di wartakan sebagai tanah pertanian revolusi hijau bagi kawasan Johan Setia. Difahamkan pemegang TOL yang bukan dari kumpulan peneroka tersebut telah menjual lesen mereka kepada pihak lain. Abdul Aziz berharap pentadbiran Pakatan Rakyat dapat mengambil perhatian terhadap masalah mereka. Beliau berkata kumpulan peneroka itu sedang meneliti kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang. | |||||
KENYATAAN MEDIA BIRO PENERANGAN, PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SELANGOR Posted: 05 Jan 2012 03:48 AM PST KENYATAAN MEDIA BIRO PENERANGAN, PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SELANGOR 5 JANUARI 2012 KEADILAN Selangor sangat mengalu-alukan kenyataan positif yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Hishamuddin Hussein yang sedia mempertimbangkan untuk membenarkan perhimpunan aman pada 9 Januari di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. Ketua Polis Negara dalam kenyataannya juga membayangkan kesediaan untuk berbincang dengan pihak penganjur. Kenyataan oleh kedua mereka yang berkuasa ini, di lihat sebagai satu cara bagi membolehkan kelancaran perhimpunan yang hanya bertujuan menyatakan sokongan moral secara aman kepada Dato Sri Anwar Ibrahim. KEADILAN Selangor dengan ini menyeru semua anggota parti untuk berhimpun dengan cara seaman yang boleh di Mahkamah Jalan Duta bermula dari 8 Januari depan. Komintmen KEADILAN Selangor ini diterjemahkan dengan cara mengerahkan sekurang kurangnya, 20000 anggota parti dari Selangor duduk secara aman sejak awal pagi lagi di kawasan Mahkamah Jalan Duta. Ditegaskan, perhimpunan rakyat pada 9 Januari di ini bukanlah di atas niat untuk mencetus huru-hara ataupun revolusi sebagaimana yang diputarbelitkan oleh beberapa pihak termasuk PERKASA. Sebagai rakyat yang faham pada Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang Undang sudah tentu keamanan merupakan satu aset penting yang wajib dipertahankan oleh semua pihak termasuklah Polis, anggota parti dan orang awam. Hak untuk berhimpun secara aman adalah dijamin oleh undang undang dan Perlembagaan Negara ini tidak harus disempitkan oleh gesaan PERKASA dan mereka yang tidak matang. Perhimpunan 901 ini merupakan satu manifestasi sokongan rakyat kepada idealisma perjuangan yang dibawa oleh Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai tokoh dunia yang telah banyak berjasa dalam melaksanakan reformasi atas rasa denyut nadi kesusahan rakyat terbanyak. Satu perkara yang sering dilupakan oleh pemfitnah beliau adalah merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang mewakili puluhan Ahli Parlimen Dewan Rakyat yang dipilih rakyat. Harus di sedari, semestinya sokongan padu rakyat yang menyokongnya pada 9 Januari bukan satu perkara yang wajar dihalang secara paksaan. KEADILAN Selangor berasakan sebagai sebuah negara yang rakyatnya menghormati demokrasi berparlimen, sewajarnnya anggota parti turun dan menyatakan sokongan moral kepada Dato Seri Anwar Ibrahim yang jelas di fitnah secara berterusan selama hampir 15 tahun. Deklarasi Permatang Pauh pada 12 September 1998 menyatakan; Gerakan Reformasi untuk membawa bangsa Malaysia ke zaman maklumat dan dunia tanpa sempadan, menjana kebijaksanaan, keyakinan dan keterbukaan untuk menjalin persahabatan sejagat berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan' mestilah terus dipertahan dan diperjuangkan. Kesediaan mendengar oleh Ketua Polis Negara dan nada lembut Menteri Dalam Negeri sudah lama di tunggu tunggu oleh rakyat Malaysia. Besar harapan rakyat negara ini jika kedua dua mereka bijak untuk menggunakan secebis keadilan yang tersisa ini bagi mencuci arang yang sekian lama terpalit di muka agensi keselamatan. Kepada anggota parti, inilah saatnya untuk menunjukkan disiplain tinggi anggota Parti Keadilan Rakyat. SHUHAIMI HJ SHAFIEI KETUA PENERANGAN KEADILAN SELANGOR / ADUN SRI MUDA | |||||
Posted: 05 Jan 2012 03:30 AM PST
05/01/2012 164 View SHAH ALAM 5 JAN: Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei hari ini memberi jaminan untuk mengarahkan 20,000 ahli PKR negeri untuk menyertai himpunan Aman bermula sehari lebih awal dari tarikh 9 Januari ini. "PKR Selangor dengan ini menyeru semua anggota parti untuk berhimpun dengan cara seaman yang boleh di Mahkamah Jalan Duta bermula dari 8 Januari depan. Komintmen KEADILAN Selangor ini diterjemahkan dengan cara mengerahkan sekurang kurangnya, 20,000 anggota parti dari Selangor duduk secara aman sejak awal pagi lagi di kawasan Mahkamah Jalan Duta. Katanya perhimpunan rakyat pada 9 Januari ini bukanlah di atas niat untuk mencetus huru-hara ataupun revolusi sebagaimana yang diputarbelitkan oleh beberapa pihak termasuk PERKASA. "Sebagai rakyat yang faham pada Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang Undang sudah tentu keamanan merupakan satu aset penting yang wajib dipertahankan oleh semua pihak termasuklah Polis, anggota parti dan orang awam. "Hak untuk berhimpun secara aman adalah dijamin oleh undang undang dan Perlembagaan Negara ini tidak harus disempitkan oleh gesaan PERKASA dan mereka yang tidak matang." jelas beliau yang juga Adun Sri Muda. Ujar beliau,Perhimpunan 901 merupakan satu manifestasi sokongan rakyat kepada idealisma perjuangan yang dibawa oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. "Satu perkara yang sering dilupakan oleh pemfitnah beliau adalah merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang mewakili puluhan Ahli Parlimen Dewan Rakyat yang dipilih rakyat. Dalam pada itu beliau menyambut baik usaha Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri untuk berbincang berhubung perhimpunan 9 Januari ini. "Besar harapan rakyat negara ini jika kedua dua mereka bijak untuk menggunakan secebis keadilan yang tersisa ini bagi mencuci arang yang sekian lama terpalit di muka agensi keselamatan. "Kepada anggota parti, inilah saatnya untuk menunjukkan disiplain tinggi anggota Parti Keadilan Rakyat." tegas beliau lagi. |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan