Rabu, 25 Januari 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Aduan pelajar Mesir mengenai QAS Management Sdn Bhd

Posted: 24 Jan 2012 11:14 PM PST

Jika diperhatikan laman web QAS Management Sdn Bhd di http://qas.com.my dan facebook syarikat ini, mereka telah beroperasi sejak tahun1992 lagi dan memang mempunyai pengalaman dalam bidang ini serta diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Walau bagaimanapun kita harapkan pihak Kementerian Pengajian Tinggi dapat menyiasat perkara ini, sekiranya benar, dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Jika tidak benar, diharap pihak yang membuat aduan dapat memperbetulkan fakta agar tidak menjejaskan reputasi syarikat tersebut.


QAS Management Sdn Bhd Penipu Besar

Aduan Rakyat Online , 24 Jan 2012

Saya merupakan pelajar tahun dua perubatan Mesir, datang ke Mesir dengan bantuan QAS Management Sdn Bhd. Alhamdulillah, kejayaan peribadi saya dapat datang belajar di bumi anbia ini.

Walau bagaimanapun, ingin saya komen tentang perkhidmatan yang disediakan agensi saya, iaitu QAS Management Sdn Bhd. Betapa banyaknya penipuan dilakukan mereka semata-mata untuk meraih keuntungan.

RM3900 dibayar untuk mendapat rumah serta perabotnya. Dua orang kawan saya tinggal di Kaherah, bayar dengan jumlah yang sama, namun langsung TIDAK MENDAPAT APA-APA kecuali filter air. Terpaksa mereka menumpang di rumah negeri, yang mana sewa rumah dibayar oleh mereka sendiri. Ke mana RM3900 yang mereka bayar untuk mendapat rumah dan perabot yang selesa?

Tidak cukup dengan itu, tahun 2011 bulan 9, lebih kurang 36 orang pelajar QAS diletakkan di asrama universiti dengan bayaran bulanan adalah sebanyak LE1000 = RM500 sebulan. Katanya untuk transport, makanan dan tempat tinggal, dan katanya setahun, sampai ke bulan 7. Namun, bulan 11 2011, pihak asrama universiti telah meminta agar pelajar menjelaskan yuran bulanan sewa mereka. Aik? Ke mana perginya duit yang mereka bayar untuk setahun tu? Tiba-tiba, QAS telah minta lagi ibu bapa pelajar agar membayar RM 5400, katanya, untuk sambung kontrak tinggal di asrama, katanya sebagai tambahan, untuk makanan dan tinggal sampai ke bulan 7. Mesti pembaca tak faham kan? RM3900 mula-mula dibayar untuk sewa, transport dan makanan dari bulan 9 smpi bulan 7, tiba-tiba dalam bulan 12, QAS minta lagi RM5400 untuk teruskan kontrak sampai ke bulan 7.

Banyak lagi sebenarnya. Diharap pihak berwajib dapat membantu pelajar QAS yang sedang ditindas dan ditipu oleh QAS Management Sdn Bhd. DUit dikaut, diri dilarikan. Kepada ibu bapa pelajar, yang sudah datang ke Mesir, bersatu tumbangkan QAS. Yang baru nak datang, tak perlu datang dengan QAS. Memang mengarut.

By: Luqman

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/qas-management-sdn-bhd-penipu-besar

Warga asing bermasalah di Sri Palma Villa, Mantin

Posted: 24 Jan 2012 10:40 PM PST

Kita harapkan pihak yang bertanggungjawab terutamanya Pihak Berkuasa Tempatan samada Majlis Perbandaran Nilai atau Seremban, Majlis Daerah Seremban, PDRM, Imigresen, Kementerian Pengajian Tinggi dapat menyiasat perkara di bawah ini. Sekiranya benar, harap dapat mengambil tindakan yang sewajarnya demi kepentingan rakyat Malaysia. Sekiranya tidak benar, harap pengadu dapat memperbetulkan fakta.

Warga asing bermasalah di Sri Palma Villa, Mantin

Aduan Rakyat Online 24 Jan 2012

Masalah warga asing yang tinggal di apartment, Sri Palma Villa – Mantin, Negeri Sembilan ini memang amat merungsingkan kami semua penduduk di sini. Buat bising sana sini, bergaduh sesama mereka, mabuk. Bukan baru lagi perkara ini, dah lama tapi tindakan jarang dilakukan oleh pihak berkuasa. Telefon pun selalu tak datang atau lambat. Sikap pihak berkuasa ini juga harus diambil tindakan. Makan gaji buta? Malas? Tidur?

Malam tahun baru cina ini, mereka buat hal lagi. Mabuk di kawasan apartment, tepi tasik. Menjerit sana sini, bergaduh. Botol kaca arak mereka baling saja ke tanah. Ada yang baling ke dalam tasik. Macam mana kalau orang Islam yang tidak tahu mengenai hal ini, dan pergi duduk dikawasan dicemari arak itu? Kanak-kanak terpijak serpihan kaca? Penduduk yang memancing ikan di tasik itu, makan ikan nya?

Bila kita tegur, mereka marah kita balik, maki kita pula. Ini negara siapa? Undang-undang siapa? Hak siapa?

Pemberi sewa pun satu masalah juga, sanggup pekakkan telinga, butakan mata, semata-mata kerana wang. Kalau mereka tidak menyewakan kepada warga asing ini memang tak akan ada masalah. Bukan semua warga asing ini bermasalah, hanya mereka yang berasal dari Nigeria. Apartment ini bukan untuk mereka pun. Pihak Kolej dah pun memberi mereka hostel. Sebabkan nak kebebasan, orang lain yang kena tanggung. Malu saya nak mengaku yang rakyat Malaysia ini selalu tidak fikir panjang. Tolong fikir tentang akibatnya sekali sebelum buat sesuatu.

Sudah 3 tahun lebih perkara ini semua asyik berulang. Kami sebagai penduduk sudah pun mengambil tindakan yang kami mampu. Tapi malangnya, bila penyewa dan pihak berkuasa tidak sama-sama memberi kerjasama. Perkara yang sama terus berulang. Kami pembeli rumah yang tinggal di sini pula yang kena tahan? Kene pindah keluar? Dimanakah rasa tanggungjawab? Wang memang membutakan mata manusia..

Diharap pihak yang berkaitan, dapat bawa ke tengahkan hal ini. Sedarkan semua rakyat. Ini negara islam, ada batas yang perlu dijaga atau mereka ketahui. Bukan kita larang mereka untuk minum arak dan sebagainya, tapi jangan sampai melampaui batas. Minum arak dirumah bukan tak boleh. Merata-rata botol arak mereka buang. Tangga, lif, taman, laluan kaki lima, tempat parking. Kadang-kadang balik dari tingkat atas ke bawah. Macammana kami nak tahu tempat yang kami pegang itu suci? Kena pakai sarung tangan pergi kemana-mana?

Ini sahaja aduan yang saya hantarkan walaupun ada banyak lagi. Kalau nak tulis, panjang nya boleh jadi macam satu novel. Anda boleh gelak, anda boleh cakap yang kami ini terlalu cerewet, kami tak kisah. Tak sudi atau rasa tak perlu datang tolong pun kami tak kisah. Janji kami tak berdiam diri dan akan terus mencuba untuk menanggani masalah ini. InsyaAllah, perkara macam ini akan berakahir satu hari nanti. Terima Kasih.

By: Awan

http://www.aduanrakyat.com.my/warga-asing-bermasalah-di-sri-palma-villa-mantin

Tiada ulasan:

Nuffnang