Direct Free Kick |
Posted: 21 Jan 2012 04:09 AM PST Tanda tanya timbul apabila Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat telah menjalankan operasi pemeriksaan ke atas restoran-restoran di kawasan Dewan Negeri Chempaka satu minggu sebelum Tahun Baru Cina. Hasil dari operasi tersebut 5 restoran telah ditutup. Sebagai Ahli Dewan Negeri kawasan tersebut dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, saya menyokong sebarang usaha untuk memastikan premis-premis yang menyedia dan menghidang makanan berada di dalam keadaan bersih. Tetapi apabila operasi dijalankan pada waktu yang paling ramai pengunjung maka sudah tentu pemilik-pemilik perniagaan tersebut akan menanggung kerugian yang besar jika premis mereka terpaksa ditutup. Saya tidak mempertikaikan peraturan-peraturan kesihatan tetapi hanya mencadangkan agar operasi-operasi sedemikian dilakukan lebih awal. Ia juga dapat mengelakkan tanggapan buruk bahawa operasi ini dilakukan terlalu hampir dengan Tahun Baru Cina agar pemilik-pemilik membayar "ang pow" jika mahu premis mereka dibuka semula. Saya yakin tanggapan ini tidak benar tetapi pihak yang berkaitan tidak seharusnya mendedahkan diri mereka kepada sebarang tuduhan. Iskandar A. Samad Ahli Dewan Negeri Chempaka Selangor D.E. 21 Januari 2012 |
Jom Shopping di Giant Pandan Indah 21 Jan 2012. Posted: 21 Jan 2012 01:26 AM PST |
You are subscribed to email updates from Direct Free Kick To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan