:: cina islam | 2011 :: |
- Projek lembu: TPM, Noh juga perlu disiasat, kata DAP
- Nik Aziz nasihat Hasan Ali 'jaga mulut'
- Konvensyen Pakatan Rakyat lambang kebersamaan PR
- Lebih 50,000 hadir Rapat Rakyat Perdana
- Presiden PAS putuskan pengganti Hasan hari ini.
- Puluhan ribu banjiri Rapat Rakyat Perdana
- Jet pejuang Perancis, Arab Saudi bertembung
- Gempa bumi magnitud 5.8 melanda Filipina
- MU pencabar utama City, Spurs tercicir
- Karpal Gesa Peguam Negara Tidak Rayu Terhadap Pembebasan Anwar
- Amaran keganasan: Suspek dipercayai rakyat Sweden
- 3 cedera kereta api pengangkut tergelincir akibat letupan
- Polis Kemboja temui 5 mayat disumbat di dalam beg pakaian
Projek lembu: TPM, Noh juga perlu disiasat, kata DAP Posted: 14 Jan 2012 11:24 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] - Memandangkan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sedang bercuti rehat selama tiga minggu, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata, rakyat Malaysia tidak boleh mengharapkan bahawa beliau kembali. Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata walaupun Shahrizat sepatutnya berbuat demikian secara sukarela memandangkan siasatan polis ke atas kemelut projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), beliau percaya bahawa beliau ditekan untuk berbuat demikian. "Tiada siapa yang percaya Shahrizat akan kembali ke kabinet atau Parlimen selepas tamat cuti tiga minggunya yang berakhir pada 3 Februari ini," katanya. Menurut Lim, ini disebalik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa keputusan bercuti Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu adalah sesuatu yang tepat. "Ya, saya dah berbincang dengan Shahrizat. Keputusan untuk ambil cuti itu adalah keputusan yang tepat untuk membolehkan pihak berkuasa jalankan siasatan yang rapi," kata Najib dipetik berkata di akhbar-akhbar hari ini. Ini, kata Lim, bermakna bahawa Shahrizat berjaya menghalang siasatan dijalankan ke atas peranannya yang didakwa dalam skandal tersebut yang tercetus berikutan pendedahannnya dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 tahun lalu. Sementara itu, Lim juga menggesa kerajaan menubuhkan siasatan awam berhubung skandal NFC yang juga perlu merangkumi peranan yang dimainkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pertanian semasa kejadian itu dan Datuk Seri Noh Omar selaku menteri pertanian dan asas tani sekarang. Lim berkata bahawa pembekuan aset NFC sementara menunggu siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis adalah tidak mencukupi tanpa siasatan penuh dijalankan. Malaysiakini/- |
Nik Aziz nasihat Hasan Ali 'jaga mulut' Posted: 14 Jan 2012 11:21 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat sebagai anggota parti baru-baru ini supaya "jaga mulut" daripada terus mengkritik dasar-dasar parti Islam itu. Mursyidul am PAS berkata, tindakan Dr Hasan yang menyebabkannya dipecat genap seminggu lalu menggambarkan kenyataan yang "tidak cerdik", lebih-lebih lagi apabila bercakap secara terbuka kepada media milik Umno. "Nasihat saya (pada Dr Hasan), jaga mulut. Jaga mulut. (Sepatutnya) kalau ada masalah apa tak betul dengan parti, kita sebut dalam mesyuarat. Ini cakap dalam surat khabar, "Lebih-lebih lagi surat khabar Umno pula. Lepas itu dibesar-besarkan. Tak cerdik kita bila kita cakap bom bang bom bang kepada orang ramai. Nak kata bodoh tak boleh. Tak cerdiklah," katanya. Dr Hasan yang merupakan penceramah motivasi terkenal dipecat serta merta daripada PAS pada 8 Januari lalu kerana tindakannya yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti, seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS. Beberapa jam selepas pemecatannya diumumkan, Dr Hasan (kanan) dalam perhimpunan di rumahnya dilaporkan menyifatkan pemecatannya hanya kerana mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam permainan politik ketua pembangkang. Dalam wawancara dengan Malaysiakinidi kediaman rasminya di Kota Bharu Khamis lalu, mengenai nasib Dr Hasan, Nik Aziz berkata terpulanglah kepadanya sama ada untuk merayu atau tidak atas keputusan jawatankuasa pusat PAS itu. "Ikut dialah. Kita beri peluang pada dia merayu. Bila merayu kita tengok keas macam mana keadaannya," katanya tanpa mahu mengulas panjang isu itu. 'Nasha sudah akil baligh, ikut dialah' Nik Aziz juga mengulangi bahawa pemecatan itu sebagai perkara biasa dan mengumpamakannya sebagai penceraian dalam rumah tangga melibatkan suami dan isteri. "Saya sebut dah, anak ramai, perempuan kaya suami dapat (gelaran) datuk, harta banyak, juga bercerai. "Kerana apa? Ada sebab-sebab tertentu," katanya sambil mengingatkan tentang pemecatan presiden PAS keempat Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda daripada parti itu. "Maknanya tak ada parti yang tak pecat ahlinya bila ada masalah. Di Kelantan ini, dua tiga orang Umno pun dipecat. " Sementara itu, ditanya tentang pendirian bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa (kiri) yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada Dr Hasan, Nik Aziz hanya berkata "itu dia punya pasal". "Saya ini bila ada kes di depan, dalam mesyuarat itu saya buat keputusan. Tetapi saya nak komen luar (mesyuarat) begini saya tak boleh. "Ikut dia, sudah akil baligh. Orang itu dah akil baligh reti apa yang bercanggah dengan peraturan, apa yang tidak," katanya. Nasharudin antara pemimpin PAS yang hadir menyatakan sokongan pada perhimpunan di rumah Dr Hasan di Petaling Jaya pada malam beliau dipecat. Beliau malah dilapor berucap mempertahankan Dr Hasan yang dikatakan menghadapi tugas yang bukan mudah dan diasak daripada pelbagai sudut ketika menegakkan agama. Hasan bayangkan tak merayu Dalam perkembangan berkaiatan, Dr Hasan dilapor membayangkan beliau tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya biarpun ada ruang sehingga 7 Februari depan. Dr Hasan berkata, beliau tidak kesal dengan pendirian itu selepas merasakan perjuangan dalam PAS dikhianati oleh sekumpulan 'parasit' yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain, lapor Sinar Harian. "Saya tak boleh, jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa harus kekal dalam parti," beliau dipetik sebagai berkata dalam Program Bicara Memurnikan Akidah Ummah, anjuran Sekretariat Selamatkan Akidah (HIMPUN) di Kuala Lumpur. Malaysiakini/- |
Konvensyen Pakatan Rakyat lambang kebersamaan PR Posted: 14 Jan 2012 11:16 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] - http://msomelayu.blogspot.com Semasa meninggalkan bandar Alor Star jam 10:30 malam saya memasang angan-angan untuk mengisikan blog dengan memberi ulasan khas kepasa konvensyen ke-3Pakatan Rakyat yang berlangsung di stadium tertutup Sultan Abdul Halim di Suka Menanti Alor Star. Sapaan para penenguk kepada saya di sepanjang berada di konvensyen itu memberi semangat dan kekuatan kepada saya untuk berbuat demikian, menyegerakan ulasan dalam blog. Walhal mana mungkin untuk mengisi blog pada jam 4:20 pagi sebaik setiba dari Alor Star? Tubuh sudah lunyai dan kaki sudah kejam berdenyut. Sementelahan saya tidak dikejar dengan apa-apa tuntutan yang memaksa berbuat begitu kerana berblog semuanya percuma. Walaupun blog saya tidak perlu dibayar dan boleh dihayati dengan percuma, dan boleh juga di hentam dan maki hamun secara percuma oleh sesetengah individu, tetapi rasa tanggungjawab tetap berdiri dalam hati. Saya tetap menjadikan blog Merah Tinta sebagai blog awal menyiarkan laporan. Pertanyaan dan semangat yang diberikan oleh para penjenguk khasnya penjenguk tegar menjadi saya bersalah kalau tidak mengisi blog atau menyegerakan membuat pengeposan apa-apa peristiwa atau pun membuat apa-apa ulasan berhadap sesuatu isu. Saya dapat mersakan betapa penjenguk begitu mengharap kepada laporan dan ternanti-nanti pandangan dari saya. Setiap kali mengingati itulah kadang kala saya mengorbankan masa untuk tidur dan juga makan. Adakanya di meja kecil saya tersedia dua tiga gelas tea atau kopi yang sudah kesejutan disiapkan isteri tanpa sempat menjamahnya kerana keasyikan menulis. Benarlah keasyikan menyebabkan kita kepada dunia lain diluar tumpuan kita. Kalau asyik mengejar perempuan maka akan lupa kepada perjuangan! Realiti ini jarang diketahui dan rakan-rakan atau penjenguk hanya akan bertanya masa mana MSO menulis. Mereka hanya tanya itu tetapi tidak cuba memahami kesulitan dan masalahnya. Sebab itu ada kalanya saya jadi bengkeng kepada mereka yang menegur atau mempersoalkan typo yang berlaku dalam catatan saya. Atas harapan dan penanti penjenguk itu maka saya bertekad dan akan berbuat seperti biasa. Malangnya kadang kala kita ini selalu bersikap egois, tenaga kurang tetapi nafsu kuat. Sebaik sampai rumah belum tanggal baju dan seluar saya terus up-loadkan gambar dari kamera ke dalam laptop sebagai proses awal untuk melapor atau mencatatkan mengenai konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3. Selepas memerhati gambar yang diup-load tidak begitu menghairahkan tiba-tiba semangat menjadi kendur dan terpaksa membatalkan niat. Saya merasa bersalah kalau menghidang sesuatu yang tidak bermutu kepada penjenguk. Kalaulah ada kawan-kawan telah merakam gambar di konvensyen itu dan juga ceramah belah malamnya berhajat nak kongsi dengan saya bolehlah kirim kepada saya untuk digunakan. Sesuatu hasil kerja yang kita lakukan akan menjadi pendorong kepada kita. Disebabkan gambar kurang menarik maka dorongan itu tidak ada, natijahnya laporan dan ulasan mengenai konvensyen itu tidak disegerakan. Mohon maaf kepada penyelek blog Merah Tinta yang kecewa kerana tidak dapat membaca catatan mengenai itu sesegeranya. Berbalik kepada konvensyen di Alor Star semalam ia memberi beberapa keputusan yang dapat dirumuskan di sini. Apa yang saya nampak konvensyen berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan bukan saja menggalkan tetapi penuh keghairahan. Mungkin dari segi angka kehadirannya tidak begitu memberangsangkan, sekitar 3,000 itulah sebab ada media kroni dan PB melaporkan ia hambar dan tawar saja. Kalau orang hanya melalui di hadapan stadium tertutup itu tidak akan dapat membilang angkanya yang sebenar atau merasa gelolak jiwa peserta yang hangat bertepok tangan. Dari luar ia tidak nampak berapa jumlah sebenarnya. Tetapi mengenai konvensyen itu bukan jumlah yang penting, tetapi yang mustahaknya konvensyen itu berjaya memberi satu resolusi terhadap masalah negara dan rakyat pada masa. Kalau hendak melihat atau ukur berjaya atau tidak konvensyen itu dari segi jumlah kehadiran ialah pada ceramah perdana di sebelah malamnya -- saya akan ulas dan memberi pandangan saya secara berasingan selepas ini. Konvensyen itu adalah majlis rasmi di mana pesertanya dijemput. Bukan semua orang boleh menghadirinya. Penyertaannya terbatas. Sebab itu peserta diminta mendaftarkan diri. Konvensyen itu bolehlah dianggap forum untuk membincang kesemua masalah rakyat untuk dicerkainkan dan diuruskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat kelak. Nilai atau pun keistimewaan lain di sebalik konvensyen itu komponen Pakatan Rakyat, Pas, PKR dan DAP duduk dalam satu majlis untuk memdengar ritihan, kehendak dan harapan rakyat dari semua aspek kehidupan. Konvensyen itu saya ruang mendapat input dan memberi input dari pemimpin kepada rakyat dan sebaliknya. Dalam konvensyen ini parti-parti itu tidak bercakap hanya dalam lingkungan mereka saja, soal-soal kepentingan kaum, agama dan budaya tetapi membuka ruang untuk kepentingan semua sesuai dengan nilai kesejagatan hidup dan idealisme jihad Pakatan. Majlis seperti ini adalah memberi keyakinan kepada umum bahawa ketiga parti yang berbeza ideologi dan berbeza pendekatan sebelum ini sudah boleh duduk sekali dan sama-sama mengunyah masalah rakyat secara terbuka, telus dan beterus terang -- demi rakyat. Sebenarnya persepakatan atau kejayaan Pakatan Rakyat mengadakan konvensyen itu sesuatu yang digerumi oleh UBN. Kalau sebelum ini mereka (UBN) mencanangkan Pakatan Rakyat sebagai kahwin mutaah, pakatan yang tidak terikat, gabung bersifat sementara atau pelbagai anologi buruk lagi namun dengan terlaksanakan konvensyen berkenaan menunjukkan ketiga parti itu mempunyai satu komitmen dan mereka dapat membuang sifat mementingkan diri sendiri. Yang menarik pada setiap konvensyen kesemua pemimpin dan peserta yang terdiri dari tiga fraksi (Islami, Sosial, Demokrat) akan melafazkan ikrar, berjanji sesungguh hati dan semurni jiwa untuk bekerjasama demi rakyat. Ikrar ini saya sifatkan sebagai satu tali besar yang memberkaskan mereka (PR) dalam satu ikatan dibuat semata-mata demi rakyat dan negara. Ia lebih penting lagi apabila ikrar itu diterjemahkan dalam gerak kerja mereka dan menjadi bukti ia diterima rakyat apabila satu demi satu meruntuhkan kerajaan negeri pimpinan UBN. Apa yang termasuk dalam ikrar itu dan ini saya kira adalah intipati besar bahawa Pakatan Rakyat berjanji dan berusaha untuk membina Malaysia Baru. Tampaknya semua para pemimpin, ahli dan penyokong PR bersetuju untuk meruntuh Malaysia lama ciptaan UBN dan membina Malaysia Baru yang lebih dituntut oleh rakyat. Ciri-ciri Malaysia baru seperti mana disebut dalam ikrar itu ialah membina negara yang adil, demokratik serta menjujung beberapa prinsip asas yang dipersetujui bersama antaranya akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-Dasar Bersama Pakatan Rakyat, menumpukan sepnuhnya usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat. Apa tercermin dalam ikrar itu Malaysia sebuah negara baru yang mengutamakan prinsip keadilan sosial, demokrarik dan berkebajikan. Tidak dapat tidak dalam pemerhatian saya konvensyen itu ada kecatatan dan kekurangan tetapi soal titik bengkit itu tidaklah mengagalkan tujuan konvensyen itu diadakan. Ia boleh diperkemaskan di masakan datang biarlah bersesuaian dengan proses kematangannya. Sekalung tahniah dan syabas diucapakan kepada Pengarah Konveysen Mahfuz Omar nampaknya beliau berjaya memikul tanggungjawab itu dan sekaligus menunjukkan kemampuannya untuk membantu atau memangku tugas itu yang seharusnya dipikul oleh MB Kedah Azizan Razak. |
Lebih 50,000 hadir Rapat Rakyat Perdana Posted: 14 Jan 2012 11:15 PM PST Safar 1433H. [MOD] - ALOR SETAR, 15 Jan: Lebih 50,000 rakyat di seluruh Kedah hadir pada Rapat Rakyat Perdana yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, malam tadi. Kehadiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat itu menjadikan padang bola Stadium Sultan Abdul Halim penuh sesak sehingga melimpahi ke luar stadium. Keadaan itu menjadikan suasana di padang stadium itu dipenuhi pandangan kopiah yang memutih yang cukup memukau pandangan jika dilihat dari atas tempat duduk di stadium itu. "Macam duduk di Padang Arafah," begitulah reaksi yang dituturkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hendak memulaklan ucapannya. Dalam ucapannya, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan antara lain mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi perintah Allah sepanjang hidup di dunia ini. Sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap antara lain meminta orang ramai mengekalkan sokongan kepada PAS bagi membolehkan Kerajaan Pakatan Rakyat terus memerintah di negeri itu pada PRU Ke-13 akan datang. Program yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar itu turut menampilkan beberapa penceramah lain dari PAS dan Pakatan Rakyat, dengan dimulai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Turut hadir dan menyampaikan ucapan termasuk Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR , Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali. Manakala dari DAP, Pengerusi dan Timbalan pengerusi parti itu, Karpal Singh dan Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong. Ceramah pada malam tadi adalah kemuncak kepada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang diadakan di stadium tersebut bermula jam 8.00 pagi tadi. Harakahdaily/- |
Presiden PAS putuskan pengganti Hasan hari ini. Posted: 14 Jan 2012 11:14 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 15 Jan:Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan membuat keputusan hari ini calon bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, nama itu akan beliau sampaikan kepada Menteri Besar Selangor esok. "Kita jangka, jika tidak ada sebarang masalah, mesyuarat Exco Selangor Rabu ini akan mendapat anggota baru dari PAS," kata Mustafa kepada Harakahdaily. Semalam, Dewan Harian PAS Pusat bermesyuarat di Alor Setar. Antara topik yang dibincangkan adalah pengganti Hasan Ali. Hasan dipecat daripada menjadi ahli PAS pada 8 Januari lepas oleh Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat. Beliau bagaimanapun berpeluang membuat rayuan terhadap keputusan itu kepada Majlis Syura Ulamak dalam tempoh 30 hari selepas dipecat. Bagaimana pun, malam tadi Hasan membuat keputusan tidak akan merayu. Ia diumumkan beliau dalam satu majlis di Gombak. Media hari ini menyiarkan keputusan Hasan itu. Sebelum ini, beberapa pimpinan utama PAS meminta Hasan merayu termasuk Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din. Pada 13 Januari lepas, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan perlantikan exco kerajaan negeri yang baru bagi mengantikan Hasan akan diadakan pada 18 Januari nanti di Istana Kayangan, Shah Alam. Beliau yang hadir pada sidang media selepas mengadap Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberitahu pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan status kedudukan Hasan yang tidak lagi menjadi ahli PAS. "Pagi tadi saya telah mengadap Tuanku Sultan untuk memberi taklimat mengenai status Dr Hasan sebagai exco. "Dalam pertemuan itu saya telah mempersembahkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya telah menerima surat rasmi dari PAS yang memaklumkan bahawa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada 8 Januari yang lalu telah membuat keputusan memecat Dr Hasan dari menjadi ahli PAS berkuatkuasa serta merta," jelasnya. Memandangkan Hasan bukan lagi ahli PAS, maka beliau tidak lagi boleh menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan Khalid telah menasihati Tuanku Sultan untuk membatalkan perlantikan Hasan. "Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan perlantikan Dr Hasan sebagai ahli MMKN. "Pada masa yang sama, Tuanku Sultan telah menurunkan kuasanya pada saya untuk melantik ahli baru MMKN, dalam pada itu baginda juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak," katanya. Harakahdaily/- |
Puluhan ribu banjiri Rapat Rakyat Perdana Posted: 14 Jan 2012 11:02 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] - Puluhan ribu banjiri Rapat Rakyat Perdana Ribuan rakyat di seluruh Kedah dan kawasan sekitar membanjir Rapat Rakyat Perdana yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di Alor Setar, malam semalam. Kereta hadirin berbaris sepanjang dua kilometer akibat kesesakan dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke tapak ceramah yang penuh sesak sehingga ada yang terpaksa duduk di luar stadium. Ketayap putih yang dipakai sebahagian besar hadirin mejadikan suasana di padang stadium itu dipenuhi pandangan putih yang cukup memukau jika dilihat dari atas tempat duduk di stadium itu. Dalam ucapannya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada seteru politiknya agak menghentikan ejekkan terhadap diri dan keluarganya dan berkata "cukuplah" atas apa yang telah mereka lakukan dan mengulangi kesediaannya memaafkan mereka. "Mereka telah lakukan segala-galanya terhadap saya, sepak saya, telanjang dan membogelkan saya tetapi saya bersedia memaafkan mereka. "Jangan ganggu kami lagi kerana kami akan terus berjuang," katanya membayangkan beliau tidak sanggup lagi untuk bertolak ansur dengan serangan kotor dan firnah yang dilemparkan lebih lama. Sebelum itu, orang ramai terpukau dengan kehadiran Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang datang dengan bertongkat, walaupun jelas kelihatan masih uzur. "Macam duduk di Padang Arafah," kata Nik Aziz ketika hendak memulaklan ucapannya, berhubung jumlah yang sebegitu ramai yang hadir. Sambil mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi perintah Allah sepanjang hidup di dunia ini, beliau meminta rakyat untuk menerima kumpulan-kumpulan etnik dan agama yang berbeza di sekeliling mereka. Nik Aziz kemudiannya berkongsi pengalamannya bagaimana masyarakat majmuk hidup aman damai di Kelantan. "Orang-orang Cina telah pun derma kepada masjid. Bila mereka terima apa-apa bantuan kewangan daripada kerajaan, mereka akan derma sebahagiannya kepada kami," katnya. Turut mendapat perhatian hadirin adalah ucapan Pengerusi DAP Karpal Singh yang berucap dari kerusi rodanya mengenai perbicaraan Anwar. "Kami akan terus lawan, sama ada Peguam Negara buat rayuan ataupun tidak," katanya. Beliau turut menyentuh secara ringkas kemelut hukum Hudud di antara ketiga-tiga sekutu Pakatan dan berkata mereka mesti menyelesaikan isu itu sebelum pilihan raya umum ke-13 yang akan datang. "Isu ini kami masih lagi dikaji. Kita mesti bincang dan cuba cari jalan penyelesaian," katanya kepada pemimpin-pemimpin PAS yang juga hadir dan duduk di pentas utama. Antara mereka, termasuk PAS Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. Abdul Hadi ketika berucap antara lain meminta orang ramai mengekalkan sokongan kepada PAS bagi membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat terus memerintah di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. Turut hadir dan menyampaikan ucapan termasuk Presiden dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali serta Dr Tan Seng Giaw yang juga ahli parlimen Kepong. Ceramah malam semalam adalah kemuncak kepada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang diadakan di Alor Setar. MK/- |
Jet pejuang Perancis, Arab Saudi bertembung Posted: 14 Jan 2012 03:43 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] - RIYADH: Pesawat pejuang Perancis, Mirage dan jet pejuang milik Arab Saudi, F-15 bertembung ketika menjalani latihan bersama di wilayah utara Tabuk. Demikian menurut laporan agensi berita Arab Saudi, SPA yang memetik pegawai tentera, Sabtu (waktu tempatan). "Ketika misi latihan udara bersama antara kedua-dua negara, pesawat Mirage milik angkatan tentera Perancis bertembung dengan pesawat F-15, milik angkatan tentera Arab Saudi," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Susulan kejadian itu, katanya, seorang juruterbang Arab Saudi dan dua juruterbang Perancis terselamat dan mereka dibawa ke Pusat Operasi Sektor Utara. Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui punca kemalangan terbabit. - AFP |
Gempa bumi magnitud 5.8 melanda Filipina Posted: 14 Jan 2012 03:40 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] - NEW YORK: Gempa bumi bermagnitud 5.8 melanda wilayah Kepulauan Babuyan, utara Filipina, tengah malam tadi (waktu tempatan), menurut Jabatan Kaji Selidik Amerika Syarikat (USGS), pagi ini. USGS berkata, gempa bumi yang melanda jam 12.36 pagi Ahad dicatatkan pada kedalaman 25.5 kilometer (km), iaitu 511 km utara Manila. Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan atau kerosakan diterima, manakala Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan sebarang amaran susulan kejadian itu. - AP |
MU pencabar utama City, Spurs tercicir Posted: 14 Jan 2012 03:38 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] - LONDON: Manchester United yang mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ke atas Bolton Wanderers semalam, mengesahkan statusnya sebagai pencabar utama terhadap Manchester City dalam saingan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini. Selepas enam bulan mengumumkan pengundurannya, bekas pemain tengah England, Paul Scholes, menjaringkan gol pertama 'The Red Devils' pada minit ke-45. Scholes berusia 37 tahun menjaringkan gol hasil lencongan penyerang Manchester United, Wayne Rooney; sebelum Danny Welbeck dan Michael Carrick menutup tirai jaringan dalam perlawanan semalam. Sementara itu, keputusan seri 1-1 antara Tottenham Hotspur dan Wolverhampton Wanderers membuka ruang kepada pasukan bimbingan Alex Ferguson menambah dua mata berbanding pasukan di tempat ketiga ketika ini (Tottenham). Saingan musim ini bola sepak EPL bertambah menarik apabila apabila Manchester United mencatatkan perbezaan jaringan kepada satu gol berbanding City. Pasukan bimbingan Roberto Mancini hanya akan beraksi Isnin depan menentang Wigan. - AFP |
Karpal Gesa Peguam Negara Tidak Rayu Terhadap Pembebasan Anwar Posted: 14 Jan 2012 03:31 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] - GEORGE TOWN: Peguam utama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh menggesa Peguam Negara (AG) tidak memfail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membebas dan melepaskan ketua pembangkang itu dari tuduhan liwat. Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata sebagai peguam bela beliau juga berhak, berdasarkan keterangan, menggesa AG agar tidak membuat rayuan. "Perbicaraan ini dipanggil ibu segala perbicaraan di Malaysia dan saya kira tiga tahun (perbicaraan) adalah cukup lama dan ia perlu dihentikan demi kebaikan semua," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya semasa pesta Pongal di sini, Sabtu. Pada 9 Januari, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari. Sekalipun rayuan dibuat bapa Mohd Saiful, Azlan Mohd Lazim supaya AG mengemukakan rayuan, Karpal Singh berkata sebagai peguam bela beliau juga mempunyai hak menggesa AG supaya tidak berbuat demikian. "Cukup malang perkara berkenaan telah berlarutan hingga ke peringkat ini buat Saiful, tetapi sebaiknya negara dan semua terlibat menghentikan penghinaan terhadap Anwar dan keluarganya dan terus bergerak menangani isu-isu politik yang lebih penting yang menyentuh setiap orang," kata beliau. - BERNAMA |
Amaran keganasan: Suspek dipercayai rakyat Sweden Posted: 14 Jan 2012 03:29 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] - STOCKHOLM 15 Jan. – Suspek yang ditahan di Thailand selepas satu amaran dikeluarkan mengenai kemungkinan berlakunya serangan pengganas di ibu negara itu, dipercayai merupakan seorang rakyat Sweden. Jurucakap Kementerian Luar, Andre Mkandawire berkata semalam, suspek yang ditahan di Thailand merupakan seorang pemegang pasport Sweden. "Kami telah menerima maklumat mengenai suspek itu namun kedutaan kami di Thailand sedang menyiasat jika maklumat tersebut adalah benar," katanya. - AFP |
3 cedera kereta api pengangkut tergelincir akibat letupan Posted: 14 Jan 2012 03:27 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] - DAMASCUS 15 Jan. – Sekurang-kurangnya tiga cedera semalam selepas sebuah kereta api pengangkut yang dipercayai membawa bahan api, tergelincir lalu terbakar disebabkan oleh letupan bom di wilayah Idlib barat laut Syria. "Bahan letupan itu diletakkan di atas landasan kereta api antara stesen Mahmabil dan Bishmarun di Idlib oleh sekumpulan pengganas bersenjata menyebabkan kereta api yang dimuatkan dengan bahan api, tergelincir lalu terbakar," lapor agensi berita SANA. Katanya, kereta api itu membawa sebanyak 1,000 tan bahan api untuk digunakan bagi penjanaan kuasa. - AFP |
Polis Kemboja temui 5 mayat disumbat di dalam beg pakaian Posted: 14 Jan 2012 03:26 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] - PHNOM PENH 15 Jan. - Polis Kemboja semalam menemui lima mayat termasuk dua daripada mereka disumbat di dalam beg pakaian dan ditinggalkan di dalam sebuah kereta milik seorang lelaki Perancis yang dipercayai telah hilang bersama empat anaknya selama beberapa bulan lalu, kata pegawai. Pengarah Jabatan Keselamatan di bawah Kementerian Dalam Negeri, Chhay Sinarith berkata, kereta itu dimiliki oleh Laurent Vallier, 42, diangkut keluar dari sebuah kolam berdekatan rumah kediamannya di wilayah selatan Kampung Speu. "Lima mayat itu dipercayai merupakan keluarga Perancis yang telah hilang selama beberapa bulan lalu," ujar Sinarith. Katanya, polis masih menyiasat punca kematian mereka. - AFP |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan