Selasa, 24 Januari 2012

.

.


Janji Pas setiap rakyat dapat tanah jika menang PRU

Posted: 23 Jan 2012 04:20 PM PST


KUANTAN – Setiap rakyat di negeri ini akan mendapat tanah untuk lot rumah sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih p

tuan ibrahim tuan man

entadbiran negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, lot itu akan diberikan kepada rakyat yang masih belum memiliki rumah untuk mengubah cara hidup mereka ke arah lebih baik.
"Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negeri ini, kami akan menyelesaikan isu-isu besar terutama isu tanah yang sudah berlarutan lebih 40 tahun supaya setiap rakyat di negeri ini mendapat hak mereka," katanya.
Beliau berkata, Pakatan Rakyat juga bersedia menempatkan peneroka ke dalam Felda Plantation Sdn Bhd yang sebelum ini diusahakan orang lain kerana kerajaan pernah berjanji untuk berbuat demikian, tetapi sehingga sekarang masih ia belum terlaksana.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menegur proses pembangunan di negeri ini yang tidak seimbang terutama membabitkan kawasan Pa-hang Barat dan Pahang Timur.
Menurutnya, kawasan Pahang Barat jauh ketinggalan berbanding Pahang Timur yang lebih berkembang pesat terutama membabitkan infrastruktur.
"Dengan adanya isu-isu besar membabitkan rakyat, perkara sebegini akan diketengahkan dan Pakatan Rakyat yakin mampu selesaikannya. Rakyat perlu percaya terhadap kepimpinan kami untuk mentadbir kerajaan," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai limpahan skim bantuan diberikan kerajaan kepada rakyat sejak kebelakangan ini, Tuan Ibrahim berkata, inisiatif tersebut dianggap perkara biasa menjelang pilihan raya serta tidak menggugat parti pembangkang.
Beliau berkata, tindakan kerajaan itu bukan perkara baru kerana setiap kali menjelang pilihan raya, taktik tersebut akan digunakan untuk memancing undi.
"Bagi Pas, bantuan seperti ini tidak akan menjadi penghalang untuk kami terus bertanding dalam pilihan raya akan datang kerana kami tidak takut mahupun berasa tergugat dengan tindakan itu," katanya ketika dihubungi semalam.
Katanya, beliau percaya walaupun ramai rakyat berterima kasih dengan pemberian itu, namun masih ada antara mereka tidak berpuas hati terhadap kerajaan.
"Pemberian itu tidak menggambarkan semua rakyat berpuas hati dengan kerajaan.
"Tambahan pula sehingga kini, masih terdapat Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang belum menerima sebarang bantuan yang sepatutnya diterima sama seperti sekolah lain," katanya.
Tuan Ibrahim berkata, kelewatan pemberian bantuan itu secara tidak langsung menjadikan SAR seperti dianaktirikan.
"Bantuan ini seharusnya diagihkan secara adil. Jangan kerana ia SAR, bantuan sengaja dilewat-lewatkan," katanya.
Menurutnya lagi, bantuan tersebut menggunakan duit rakyat dan sememangnya rakyat berhak untuk mendapatkannya.
"Bantuan itu bukan daripada parti, sebaliknya ia duit rakyat sendiri," katanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang