Selasa, 27 Disember 2011

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Urusan tapis filem ; Kerajaan jangan lepas tangan

Posted: 27 Dec 2011 03:13 AM PST


KUALA LUMPUR, 27 Dis: Gesaan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) agar urusan penafisan filem terus dengan kerajaan untuk mengelakkan pihak berkepentingan mengambil kesempatan.

Sehubungan itu, mereka menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik keputusan untuk menyerahkan tugas menapis filem kepada penerbit dan pengimport filem mulai tahun hadapan.

Sebelum ini penapisan filem adalah di bawah tanggungjawab Lembaga Penapis Filem (LPF).

Pendirian Muslimat PAS ini dibantah oleh Wanita MCA dengan andaian ia menggambarkan kerajaan di bawah PAS mahu menyekat kebebasan penerbit filem. 

Namun bagi timbalan ketua Muslimat PAS, Dr. Siti Mariah Mahmud (gambar) , pandangan ini dibuat kerana pihaknya bimbang penerbit dan pengimport mengambil kesempatan untuk sengaja "terlepas menapis" dan menayangkan filem-filem yang mempunyai unsur negatif dan bercanggah dengan norma masyarakat majmuk di Malaysia.

"Kerajaan tidak boleh lari dari tanggungjawab sebagai "gate keeper" kepada Industri Perfileman kerana sebahagian penerbit dan pengimpot filem tidak mempunyai nilai yang sama dengan majoriti rakyat," katanya.

"Sementara menunggu KDN bertindak ke atas penerbit atau pengimpot filem untuk memberi penjelasan sekiranya filem yang ditayangkan tidak menepati syarat-syarat tayangan, pihak-pihak ini sudah pun mengaut keuntungan," kata beliau kepada dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Siti Mariah juga menyifatkan keputusan itu sebagai menidakkan peranan dan tujuan LPF ditubuhkan dan menggambarkan sikap flip flop, ketidaktegasan dan lepas tangan kerajaan BN dalam menangani isu yang amat penting ini.

"Ianya bercanggah dengan semua keputusan  yang telah dibuat oleh kerajaan sebelum ini. Kerajaan sekali lagi menunjukkan sikap yang tidak konsistan apabila berubah kepimpinan utama negara.

"Dasar kementerian yang tidak konsistan ini menyebabkan segolongan masyarakat yang berkepentingan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dan melupakan kesan jangka panjang kepada masyarakat terutamanya aspek nilai kehidupan murni, moral dan keagamaan  rakyat terbanyak," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.

Tegas beliau juga, jika LPF sudah tidak menjalankan tanggungjawab menapis filem lagi, pihak-pihak terlibat akan mudah terlepas daripada tindakan undang-undang atas alasan mereka tidak tahu bahawa sesuatu adegan dalam filem mereka dianggap menyalahi peraturan penapisan.

"Penghapusan penapisan oleh LPF dilihat sebagai jalan mudah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi menghadapi segelintir pengkritik, penggiat seni dan rakyat yang terlalu longgar dan liberal dengan nilai mereka dan menganggap yang rakyat semuanya matang untuk menilai sendiri kesemua perkara," tegasnya.

Sehubungan itu ujarnya, DMPP akan menyerahkan memorandum bantahan kepada KDN dalam masa terdekat dan akan melancarkan Kempen Tanda Tangan Protes Rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan langkah terbaru ini.

'mother of the batle' Mac 2012

Posted: 26 Dec 2011 11:19 PM PST

PAS menjangkakan pilihan raya umum ke 13 akan diadakan Mac tahun depan dan mahu semua peringkat parti membuat persiapan terbaik.

"Kali ini saya agak yakin berbanding dengan tarikh-tarikh sebelum ini," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Beliau membuat andaian itu berdasarkan laporan media dan ramalan awal tentang status ekonomi negara.

SUA berpendapat, Umno akan timbang dua perkara kali ini sebelum mengadakan pilihan raya iaitu keadaan dalam Pakatan Rakyat yang sedang diserang.

"Satu lagi, kedudukan ekonomi yang dijangka bermasalah tahun depan ekoran krisis ekonomi dunia khasnya di Amerika dan Eropah.

"Sebelum Malaysia terasa kesannya, baik buat pilihan raya dulu," kata SUA itu lagi.

Sehubungan itu, beliau meminta semua organisasi dalam PAS membuat persiapan yang terbaik untuk menghadapi pilihan raya kali ini.

"Najib sudah isytiharkan, ini adalah ibu kepada segala peperangan (mother of the batle), yang tidak pernah dirasai BN sebelum ini, jadi kita mesti membuat persiapan terbaik," katanya.

Mustafa bersetuju, ramai pemimpin dan Umno sangat terpengaruh dengan teori R.A.H.M.A.N yang menghasilkan Datuk Seri Najib perdana menteri di kalangan Umno yang terakhir.

Teori R.A.H.M.A.N adalah teori berdasarkan turutan perdana menteri Malaysia dari Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Husein, Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah dan kini Datuk Seri Najib.

Sehubungan itu, Mustafa meminta semua ahli PAS memberikan fokus sepenuhnya untuk memenangi pilihan raya kali.

Tiada ulasan:

Nuffnang