. |
Susulan Pengarah Besar diarah cuti, Felda rombak pengurusan kanan Posted: 19 Dec 2011 11:52 PM PST Susulan Pengarah Besar diarah cuti, Felda rombak pengurusan kanan December 20, 2011 KUALA LUMPUR, 20 Dis — Pengurusan kanan Felda sedang melalui rombakan besar-besaran susulan keputusan kerajaan mengarahkan Pengarah Besarnya Datuk Dzulkifli Abdul Wahab bercuti sembilan bulan - didakwa sebahagian usaha menyingkirkan mereka yang dikatakan menjadi 'penghalang' kepada proses penyenaraian tahun depan. The Malaysian Insider difahamkan salah satu tindakan drastik susulan selepas Dzulkifli diminta bercuti mengikuti pengajian di United Kingdom ialah menghantar Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) Abidin Abd Rahman, yang akan bersara dalam beberapa bulan lagi, ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Abidin juga merupakan Setiausaha Koperasi Permodalanan Felda (KPF). Dzulkifli pula merupakan pengerusinya sebelum ini dan dilaporkan digantikan oleh Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad. Difahamkan lebih banyak perubahan akan disaksikan susulan mesyuarat lembaga pengarah Felda. "Timbalan Pengarah Besar Felda Abidin Abd Rahman pula yang jadi mangsa (sekarang). Dia ditukarkan ke Putrajaya untuk dipetisejukkan padahal dia akan pencen Jun depan. Surat belum sampai tetapi dia sudah terima makluman lisan," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider dengan merujuk kepada surat arahan cuti yang diberi kepada Dzulkifli dua minggu lalu. Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan dan Kewangan) Datuk Suhaimi Zanuddin dilantik sebagai pemangku pengarah besar sementara Dzulkifli berada di luar negara. "Saya difahamkan, ada terima maklumat bahawa akan ada lebih banyak perubahan selepas ini, di peringkat pengurusan kanan, ada usaha untuk membawa mereka yang seiring dengan kepimpinan Tan Sri Isa," kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider. Menurut sumber itu, ini kali pertama Felda melalui perubahan besar-besaran di peringkat atasan sejak ia ditubuhkan lebih empat dekad lalu. "Kami tidak tahu tujuan langkah ini diambil, tetapi dipercayai ada kaitan dengan proses penyenaraian Felda Global Ventures di Bursa Malaysia tahun depan," katanya sambil menambah, perubahan yang jelas akan diketahui selepas mesyuarat lembaga pengarah, dipercayai akan diadakan dalam sehari dua ini. "Saya percaya lembaga akan membuat keputusan melakukan perubahan," katanya lagi yang kelihatan agar terkejut dengan perkembangan itu. Minggu lalu, Kesatuan Pekerja-pekerja Felda berkata akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung isu cuti Dzulkifli. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Datuk Omar Osman berkata pihaknya turut terkejut dengan arahan bercuti itu ketika perkhidmatan Dzulkifli masih diperlukan oleh Felda. "KPF akan mengutus surat kepada Datuk Seri Najib melalui Cuepacs berhubung perkara ini, untuk satu pertemuan dengan Perdana Menteri," katanya. Beliau berkata, Cuepacs bersedia menjadi orang tengah bagi menyelesaikan perkara itu. PKR juga mendakwa Dzulkifli digantung tugas sebagai pengarah besar Felda bagi membolehkan kerajaan meneruskan urusan penyenaraian tahun depan, yang turut mendapat bantahan sebahagian besar peneroka baru-baru ini. Bekas timbalan presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali berkata, arahan daripada perdana menteri agar Dzulkifli mengambil cuti selama lapan bulan bertujuan memastikan beliau tidak menjadi penghalang kepada Isa. Katanya, Dzulkifli digantikan sebagai Pengerusi KPF ketika beliau berada di Mekah untuk menunaikan umrah. Malah minggu lalu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan menyerahkan memorandum sokongan kepada Dzulkifli meminta Perdana Menteri kekalkan jawatan pengarah besar beliau dengan membatalkan surat arahan bercuti. Pengerusinya Mazlan Aliman berkata Najib mesti menarik balik cadangan menyenaraikan Felda Global Ventures jika benar-benar mahu membela kepentingan warga Felda. Penyenaraian yang dijangka dijalankan pertengahan tahun depan turut dibantah oleh peneroka atas alasan mereka tidak mendapat maklumat tepat dan menyeluruh. Pihaknya juga berhasrat untuk bertemu dengan Najib bagi menuntut Najib memecat Isa sebagai Pengerusi Felda yang didakwa menyebabkan "huru-hura" dalam pengurusan Felda dan mengekalkan kedudukan Dzulkifli sebagai Pengarah Besar Felda. Source: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/susulan-pengarah-besar-diarah-cuti-felda-rombak-pengurusan-kanan/ |
Lebih RM1,000 Billion Wang Negara Lesap Dibawah BN Posted: 19 Dec 2011 02:28 PM PST Lebih RM1,000 Billion Wang Negara Lesap Dibawah BN. Mahu Pilih Mereka Lagi?RM1,077 bilion wang negara dibawa lari, lapor GFI KUALA LUMPUR, 16 Dis: Rakyat Malaysia kehilangan "satu dekad yang telah hancur dek korupsi", di mana wang haram sebanyak RM1,077 bilion telah dibawa keluar dari negara kita dalam tempoh 10 tahun dari 2000-9. Mengikut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI), wang haram sebanyak RM150 bilion (USD47 bilion) telah dikeluarkan dari Malaysia dalam tahun 2009 sahaja. RM150 bilion ini adalah tambahan kepada kerugian besar RM927 bilion (USD291 bilion) dalam tempoh 9 tahun dari 2000 hingga 2008. Laporan GFI ini telah mengejutkan kita semua, terutamanya apabila Malaysia kini berada di kedudukan 5 negara yang tertinggi untuk pelarian modal haram yang terbesar. Demikian kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan medianya hari ini. Menurut Lim, laporan terkini GFI yang bertajuk "Aliran Kewangan daripada Negara Membangun Dalam Dekad Berakhir 2009" telah disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang pernah menjadi ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa. Mengikut penulisnya, kata Lim Guan Eng, unjuran tersebut adalah berdasarkan kira-kira bayaran, perdagangan dua hala dan data hutang luar negeri yang dilaporkan negara-negara ahli IMF dan Bank Dunia. Kata Lim, mereka menekankan bahawa aliran haram ini merupakan "ketirisan modal yang tidak direkod melalui... pemindahan wang secara haram yang terhasil daripada rasuah, pencurian, sogokan dan pengelakan cukai. Dalam erti kata lain, ia merujuk kepada wang rasuah yang diperolehi secara haram dan tambahan pula tidak diedar semula ke dalam ekonomi negara, katanya. Bagi Ketua Menteri Pulau Pinang itu, ketirisan lebih RM1,000 bilion yang amat besar dan tidak bertanggungjawab ini adalah akibat daripada rasuah dan sukar untuk ditebus semula. "Hakikat bahawa hasil rasuah sebanyak RM1,000 bilion telah dialirkan keluar daripada negara kita dalam tempoh 10 tahun yang lalu bermakna bahawa rakyat Malaysia telah kehilangan satu dekad yang telah hancur dek korupsi. "Sudah tiba masa untuk menghapuskan lanun-lanun yang telah merompak negara kita," tegas Lim. Antaranya, projek-projek seperti Port Klang Free Trade Zone (PKFZ), skandal saham Bumi RM52 bilion, skandal "lembu dan kondo" RM250 juta NFC, "komisyen" setengah bilion untuk pembelian dua kapal selam kelas Scorpene, dan banyak lagi projek kaitan kerajaan yang penuh dengan kos "overrun" atau kos berlebihan tanpa apa-apa kebertanggungjawaban. Ia termasuk juga pendedahan Lapora Ketua Audit Negara terkini tentang RM3.7 bilion yang terlebih dibelanja oleh jabatan-jabatan kerajaan, yang telah menjadikan Malaysia sebagai raja wang haram, tambahnya. "Tidak hairanlah kenapa prestasi negara kita telah merosot mengikut laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2011 badan pemerhati rasuah Transparency International (TI) yang menunjukkan bahawa Malaysia telah jatuh kepada tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri. "CPI Malaysia pula telah menurun kepada 4.3 pada tahun ini, dan Timbalan Presiden TI Malaysia Mohammad Ali juga berkata bahawa CPI Malaysia terus merosot kerana "unsur-unsur kerajaan" yang memudahkan "rasuah besar" masih lagi tersebar luas," katanya. Pendedahan terkini oleh GFI tentang wang haram sebanyak RM1,077 bilion yang telah dialirkan keluar daripada negara kita sedikit sebanyak menunjukkan betapa banyak kerugian yang dialami rakyat Malaysia. "DAP menyesal kerana Kerajaan BN mengambil ringan kajian bereputasi ini yang telah dijalankan oleh sebuah badan yang bebas dan berprestij. "Rakyat Malaysia harus bersatu untuk menyelamatkan negara kita daripada BN, membersihkan rasuah yang berleluasa dan mendapatkan balik RM1,077 bilion yang telah kehilangan ini," tegas beliau. Satu dekad yang telah hancur dek korupsi |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (uye) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan