Isnin, 28 November 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Nurul Izzah Anwar 2 Dis 2011 di Rantau, N.Sembilan

Posted: 27 Nov 2011 09:38 PM PST

CERAMAH PERPADUAN RAKYAT
Tarikh : 2 Dis 2011 , JUMAAT
Masa : 8.45 Malam
Tempat : Bilik Gerakan PKR DUN Rantau, Taman Delima, Pekan Rantau, N.Sembilan (depan Petronas)
PENCERAMAH :
YB Nurul Izzah Anwar ( Naib Presiden PKR )
YB Saifuddin Nasution ( Setiausaha Agung PKR )
Dr. Rafaie Abd. Malek ( MPP PKR )
YB Taufek Abd. Ghani ( ADUN Paroi (PAS) N.Sembilan )
YB Ravi ( ADUN Port Dickson ) CheGUBard (Ketua PKR Rembau )

Dato Mahfuz Omar di Tampin 3 Dis 2011

Posted: 27 Nov 2011 09:37 PM PST

CERAMAH UMUM
Sabtu 3 Dis 2011
Jam 9 mlm
Di No 11, Pkt4, Felda Bukit Rokan, Gemencheh (rumah YDP PAS Tampin)
Bersama Dato Hj Mahfuz Omar

Samun pecah rumah berleluasa di Rembau, berhati-hati

Posted: 27 Nov 2011 09:36 PM PST


Penyamun sempat 'lepas hajat'
November 28, 2011

KOTA – Seorang pembantu am sekolah, Raja Mahadzir Raja Khalid, 55, dari Kampung Titian Akar, di sini, terkejut sebaik menjumpai longgokan najis di bawah ampaian belakang rumahnya dipercayai najis penyamun yang menceroboh kediamannya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, empat penjenayah dipercayai warga asing berjaya melarikan wang tunai lebih RM2,000 melibatkan duit gaji bulanan, selain dua rantai emas, satu gelang tangan emas, satu gelang kaki emas, empat jam tangan berjenama, kamera dan tujuh telefon bimbit.

Menurut Mahadzir, ketika kejadian dia bersama isteri dan tiga anaknya sedang nyenyak tidur di bilik masing-masing dan langsung tidak terdengar bunyi bising seolah-olah dipukau,

sedangkan tombol pintu bilik anak lelakinya yang berusia 28 dan 21 tahun dipecahkan menggunakan tong gas.

"Sebaik tersedar, saya terkejut apabila parang berada betul-betul di leher saya dan ketika itu saya tidak berani melawan kerana bimbang keselamatan kami sekeluarga.

"Ketika itu, dua penyamun berada di sisi katil dan menyuruh saya dan isteri diam. Bahkan, penyamun terbabit mengarahkan kami menunjukkan tempat menyimpan duit dan barang
kemas," katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Katanya, selepas penyamun berkenaan menyelongkar untuk mengambil barang berharga, mereka terus mengikat kaki dan tangannya serta isteri menggunakan tuala isteri yang dipotong dua menggunakan parang.

Menurutnya, penjenayah terbabit dipercayai masuk ke rumah selepas mengumpil tingkap di bahagian bilik jahit isterinya. Keempat-empat penyamun dipercayai berada dalam rumahnya kira-kira 30 minit sebelum melarikan diri mengikut pintu belakang.

"Sebaik sahaja penyamun itu melarikan diri, saya terus membuka ikatan dan menghubungi pihak polis," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/penyamun-sempat-lepas-hajat-1.8283

Harian Metro 28 Nov 2011
'Sedar-sedar parang dah ada di leher'

REMBAU: "Kami sekeluarga yang tidur nyenyak di bilik tidak mendengar bunyi bising seolah-olah dipukau sedangkan tombol pintu bilik anak lelaki saya dipecahkan menggunakan tong gas.

"Sejurus tersedar, saya terkejut melihat parang berada di leher dan berasakan nyawa bagaikan berada di hujung tanduk," kata Raja Mahadzir Raja Khalid, 55.

Rumahnya di Kampung Titian Akar, di sini, dipecah masuk sekumpulan lelaki awal pagi semalam. Sebelum ini, rumah seorang ibu tunggal di Kampung Sawah Raja berhampiran dipecah masuk dipercayai penjenayah sama, baru-baru ini.

Menceritakan detik cemas jam 4 pagi itu, Raja Mahadzir berkata, empat lelaki dipercayai warga asing melarikan wang tunai lebih RM2,000 termasuk barang kemas, jam tangan berjenama, kamera dan telefon bimbit.

Menurutnya, dia dan isteri terperanjat apabila mendapati dua lelaki berada di sisi katil dan meminta mereka mendiamkan diri serta menunjukkan tempat simpanan wang dan barang kemas.

"Selepas lelaki itu menyelongkar laci almari solek, mereka mengikat kaki dan tangan kami menggunakan tuala isteri yang dipotong menggunakan parang.

"Ketika itu, anak kami turut diikat dua lagi rakan mereka yang menyelongkar bilik berasingan," katanya.

Raja Mahadzir berkata, keempat-empat lelaki itu berada di dalam rumahnya kira-kira 30 minit sebelum melarikan diri melalui pintu belakang. "Saya kemudian segera membuka ikatan dan menghubungi polis. Selepas kejadian, saya menjumpai longgokan najis di bawah ampaian belakang rumah dipercayai najis penjenayah berkenaan," katanya yang mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM10,000.

Katanya, berdasarkan dialek penjenayah itu, dia tidak menolak kemungkinan mereka warga asing.

"Saya berharap penjenayah terbabit diberkas secepat mungkin supaya kejadian seumpama itu tidak berulang," katanya yang masih trauma. Beliau membuat laporan di Balai Polis Kota untuk tindakan selanjutnya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2011112803503120111128035031/Article/index_html


Tiada ulasan:

Nuffnang