Nuffnang

:: cina islam | 2011 ::

Posted by Tanpa Nama | Posted on 7:41 PG

:: cina islam | 2011 ::


Jambatan Baru Piasau Menyusahkan Para Nelayan?

Posted: 12 Nov 2011 02:50 AM PST

15 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
PAS Miri

Jambatan Piasau lama yang digunakan oleh penduduk Miri sekarang sudah tentu memberi seribu kenangan kepada mereka yang lalu atau yang tinggal berdekatan dengan jambatan tersebut. Sekarang ini jambatan baru dalam pembinaan dan ini sudah tentu akan memberi sedikit keselesaan kepada mereka yang menggunakan jambatan tersebut bila sudah siap nanti.
Walaupun jambatan baru tersebut mungkin memberi keselesaan kepada sebahagian pengguna tetapi pernahkah pihak yang membina jambatan tersebut memberi laluan alternatif kepada para nelayan atau laluan bagi kapal kecil untuk lalu di bawah jambatan tersebut nanti?
 
Para nelayan dan kapal-kapal kecil sekarang ini menghadapi kesukaran untuk melalui dibawah jambatan tersebut kerana ianya masih dalam proses pembinaan.  Menurut mereka jambatan baru tersebut agak rendah,sempit dan sukar bagi kapal kecil untuk melalui jambatan tersebut.
 
Kita mendesak agar pihak yang bertanggunjawab dalam pembinaan jambatan baru tersebut dapat memikir apakah laluan alternatif sekiranya para nelayan yang menggunakan kapal mereka untuk melalui jambatan tersebut nanti. Sebelum jambatan baru siap sepenuhnya, pihak yang bertanggungjawab perlu memikir juga akan nasib para nelayan yang menggunakan kapal melalui jambatan baru tersebut nanti agar bukan saja jambatan tersebut memberi keselesaan kepada pengguna atas darat tetapi juga mereka yang mengguna sungai juga perlu di ambil kira.
 
Akibat pembangunan yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kebajikan orang ramai, ini menyebabkan bukan saja manusia yang tertekan bahkan buaya dalam sungai sekarang ini pun sudah berani menyerang manusia kerana terdesak untuk mendapat makanan dan habitat mereka juga sudah terganggu akibat pembangunan yang terlalu agresif dan tanpa memikirkan kebajikan dan keselamatan orang ramai.
 
Harapan orang ramai agar jambatan baru tersebut nanti bukan saja memberi keselesaan pada pengguna di darat bahkan yang menggunakan sungai juga dapat manafaat darinya. Di harap pihak yang berkenaan bertindak dengan adil dengan semua golongan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
 
PAS Miri
Jofri Jaraiee
 

Semangat hormat menghormati : Sikap hipokrit BN mestilah dihentikan

Posted: 11 Nov 2011 11:47 PM PST

15 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
Kenyaaan Media

Saya ingin membuat kenyataan media bagi menjelaskan bahawa Umno BN telah berbohong buat kesekian kalinya apabila PM Najib menyatakan antara isi perkara pokok mesyuarat Dewan Tertinggi BN petang semalam adalah membincangkan tentang betapa perlunya parti itu kembali kepada prinsip asal BN iaitu semangat hormat menghormati antara sama lain.

Najib patut sedar bahawa selama ini pun prinsip tersebut sebenarnya telah lenyap berdasarkan rekod amalan pentadbiran BN yang secara jelas mencabuli prinsip itu secara total
.
Sebagai contoh, hak Kelantan itu sendiri dalam isu tuntutan royalti petrolium yang sememangnya menjadi hak mutlak rakyat negeri Kelantan seperti mana perjanjian asal, dimana jaminan itu sendiri datangnya daripada Tun Razak yang merupakan mantan Perdana Menteri juga bapa kepada PM Najib.

Dalam isu ini bukan sahaja beliau selaku pemimpin tertinggi Negara yang juga anak kepada Tun Razak tidak menghormati hak rakyat negeri Kelantan, malah beliau juga tidak menghormati amanat ayahnya sendiri .

Lalu bagaimana dan dimanakah rasionalnya tindakan serta ungkapan PM Najib dalam isu menjaga kepentingan hormat menghormati antara satu dengan lain adalah prinsip dasar BN, tindakan sebegini tidak masuk akal dan tidak rasional.

Hormat sesama komponen BN sahaja bukanlah tarsiran tepat untuk menterjemahkan bahawa BN komited dengan prinsip tersebut.

Parti tua yang kolot seperti BN ini saban hari jelas menzahirkan bahawa mereka tidak akan berubah dan ingin terus berkuasa dalam masa sama bakal menyusahkan warga Malaysia jika rakyat tidak lakukan perubahan melalui undi khususnya.

Jalan paling selamat setakat ini ialah selamatkan Malaysia dari dikuasai BN melalui pemberian undi kepada PAS PKR dan DAP pada PRU13 tidak lama lagi.

Sikap hipokrit BN mestilah dihentikan dengan segera demi menyelamatkan Malaysia dari mereka.

Drs Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 12 November 2011

Halang rakyat Malaysia luar negara mengundi tindakan dangkal

Posted: 11 Nov 2011 03:48 PM PST

15 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 11 NOV: PAS hari ini menempelak MCA dan menyifatkan cadangan parti itu untuk tidak membenarkan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara, mengundi dalam pilihan raya umum sebagai dangkal dan cetek pemikiran.

"Kalaulah atas alasan mereka tidak mendapat maklumat sebenar, maka apa beza dengan masyarakat pedalaman yang hanya mendapat maklumat sehala dari media perdana sahaja.

Ia juga tidak seimbang dan meragukan," kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini.

Ketika membentangkan pandangan parti kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya (PSC), ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Ei Kim Hock berkata, cadangan untuk memperluaskan undi kepada rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara adalah tidak munasabah kerana mereka menerima maklumat yang "meragukan".

"Pengundi yang menetap di luar negara tidak harus dibenarkan untuk mengundi," katanya sambil menambah parti itu memandang serius perkara itu kerana mereka yang tinggal di luar negara tidak mengikut perkembangan dalam negara dan tidak memahami sepenuhnya keadaan di Malaysia.

Tuan Ibrahim berkata hujah MCA tidak boleh dipakai kerana "rakyat Malaysia di luar negara samada sebagai pelajar atau pekerja, mereka mempunyai akses kepada media baru dan mengikuti perkembangan semasa dalam negara."

"Andaian mereka bahawa rakyat Malaysia di luar negara tidak mengetahui apa yang berlaku dalam negara; seolah-olah menggambarkan MCA sendiri yang kolot kerana tidak mengetahui perkembangan media baru yang sudah menjangkaui sempadan global," selar beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Rakyat di mana mereka berada, hujah Tuan Ibrahim kini bebas mendapat maklumat, bahkan kemudahan media alternatif di luar negara lebih baik dari kawasan pendalaman yang hanya bergantung kepada media perdana yang dikuasai oleh BN sahaja.

"Daripada melahirkan kebimbangan terhadap hak undi rakyat Malaysia yang layak mengundi, lebih baik MCA memokuskan bagaimana untuk menghalang konspirasi yang membolehkan warga asing mengundi di negara ini," tambah beliau.

Tuan Ibrahim juga menasihatkan agar Suruhanjaya Pilihan Rayat (SPR) tidak menyekat hak rakyat Malaysia walau di mana mereka berada untuk mengundi sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.

"Sebarang usaha menyekat hak mengundi adalah pencabulan prinsip demokrasi yang menjadi dasar politik negara," terang beliau lagi.

Dana projek lembu beli kondo, NGO lapor pada SPRM

Posted: 11 Nov 2011 03:46 PM PST

15 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

NGO Jingga 13 yang dikaitkan dengan PKR, telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan pinjaman untuk Perbadanan Feedlot Nasional (NFC) untuk membeli sebuah kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur.

Jingga 13, dalam satu kenyataan semalam, berkata setiausahanya, Saifuddin Shafi Muhammad telah membuat laporan tersebut.

Ia ekoran dakwaan PKR bahawa dana daripada pinjaman NFC kepada National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NLMC) telah digunakan untuk pembelian satu unit berharga RM9.8 juta di projek berprestij One Menerung.

NONENGO itu berkata maklumat yang diperolehi itu menunjukkan bukti jelas berlaku pecah amanah.

Semalam, PKR mendakwa syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil itu telah menggunakan dana melalui NFC untuk membeli satu unit kondominium mewah dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta.

Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendakwa, tindakan berkenaan merupakan satu bentuk penyelewengan memandangkan bayaran untuk pembelian unit kondominium mewah itu di Bangsar bertentangan dengan tujuan pinjaman wang kepada NFC.

Beliau mendakwa, bayaran penuh bagi pembelian kondominium itu telah dibuat melalui empat transaksi pindahan akaun NFC kepada satu pemaju hartanah terkemuka pada 2 Disember 2009.

Malaysiakini/-

Ulasan : adakah mungkin disebabkan isu lembu inilah Najib tidak jadi untuk bubarkan perlimen kelmarin.

Panglima ATM dahului senarai

Posted: 11 Nov 2011 03:41 PM PST

15 Zulhijjah 1432H. [MOD] -


Sultan Muhammad V disambut oleh Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat (kiri) ketika hadir pada Majlis Istiadat Letak Kerja dan Perbarisan sempena Ulangtahun Hari Keputeraan baginda di Istana Balai Besar, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 11 Nov. – Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain mendahului senarai 613 penerima darjah kebesaran, bintang, tauliah dan pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V Ke-42 yang akan berlangsung di Istana Balai Besar di sini esok.

Sambutan Hari Keputeraan tersebut pertama kali diadakan selepas Sultan Muhammad dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan menggantikan ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra pada 13 September tahun lalu.

Sultan Muhammad berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi 1) (SPMK) membawa gelaran Datuk kepada Zulkifeli.

Bendahari Majlis Orang-orang Besar Diraja Kelantan, Datuk Dr. Abdullah Sepien pula dianugerahkan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili 1 (SJMK) yang turut membawa gelaran Datuk.

Turut dianugerahkan SJMK ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali; Pengerusi Syarikat Sen Media, Sekh Mohd. Ruzi @ Adnan Sekh Ahamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kuwait Finance House, Jamelah Jamaluddin dianugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi II) (DPMK).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood; Timbalan Dekan (Ijazah Tinggi) Sekolah Perniagaan Pascasiswazah Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya (UM), Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal; dua peguam, Profesor Azmi Mohd. Ali dan Sulaiman Abdullah; pesara, Nik Mustapha Nik Mahmood serta Datuk Saharudin Samsudin pula dianugerahkan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili II) (DJMK).

Pengarah Infantri Markas Tentera Darat, Brigedier Jeneral Datuk Mohamad Khir Abdullah dan Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohamad Zaki Hamzah merupakan dua tokoh yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (Al-Yahyawi II) (DPKK).

Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (Al-Ibrahimi II)(DPSK) pula dianugerahkan kepada sembilan penerima iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Che Mohd. Hashim Abdullah; Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPP), Makhtar Mustapha.

Penerima lain, Ketua Program Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Sains dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff; Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Nik Rahmat Nik Taib.

Turut dianugerahkan DPSK ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha; Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa; Pengarah Tanah dan Galian negeri, Wan Mustapha Wan Ab. Hamid dan Pakar Perunding Kanan Kardiologi Jabatan Perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof. Dr. Zurkurnai Yusof.

Penerima DPSK lain ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin dan Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim. Kesemua penerima di atas menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk.

Sementara itu, isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak @ Tuan Muda yang juga Pengerusi Purnama, merupakan antara enam penerima yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili III) (JMK).

Pegawai Pemerintah 91 Depot Pusat Ordinan Diraja Kem Batu Kentonmen, Kolonel Azlan Othman dan Pegawai Staf 2 Pendidikan Markas 8 Briged, Leftenan Kolonel Ku Mohd. Ali Ku Sulong pula menerima Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (Al-Yahyawi III) (PKK).

Selain itu, 42 orang menerima anugerah Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (Al-Ibrahimi III), Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (Al-Ibrahimi IV) (57), Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (Al-Ibrahimi V) (70).

Seramai 42 penerima pula dianugerahkan Bintang Seri Mahkota Kelantan, Bintang Seri Kelantan (63), Bintang Ahli Kelantan (55), Pingat Bakti (57), Pingat Setia Mahkota Kelantan (69), Pingat Taat (59), Pingat Perangai Baik (52), Surat Kepujian (tiga) dan Jaksa Pendamai (11). Bernama

RM100 sebelum cuti : Untuk apa wang ini ?

Posted: 11 Nov 2011 03:21 PM PST

15 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Pihak pengurusan sekolah akan mengeluarkan surat pekeliling kepada setiap ibu bapa atau penjaga meminta mereka hadir pada tarikh ditetapkan bagi pengagihan wang bantuan persekolahan RM100 seorang yang diberikan kerajaan.

Pengagihan wang yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin, akan diterima secara tunai oleh setiap pelajar dengan ibu bapa atau penjaga perlu hadir bagi menerimanya.

Yang Dipertua Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Ruslan Madon, berkata pengagihan secara tunai terus kepada ibu bapa atau penjaga juga yang terbaik bagi memastikan wang itu diterima dengan selamat dan telus.

"Prosedurnya juga mudah iaitu mereka menurunkan tandatangan dan nombor kad pengenalan bagi pengesahan penerimaan.

Namun yang menghairan dan menimbulkan seribu pertanyaan, apakah sebenarnya tujuan peruntukan RM 100 disalurkan kepada lebih 5 juta pelajar apalagi ianya diagihkan terlalu awal dan secara tergesa-gesa. Miskin sangatkah rakyat pada masa ini sehingga sekolah dipaksa agihkan wang tersebut secara tergesa-gesa.

Kenapakah perlu sangat sebelum cuti wang tersebut mesti diagihkan sedangkan keperluan sebenar wang adalah hampir waktu persekolahan baru akan datang. Apalagi bagi mereka yang berpendapatan rendah dan tinggal di pendalaman, mereka bagi saya melihat rm 100 adalah besar dan mampu membantu menampung keperluan untuk sesei persekoilahan anaknya.

Jelas rm 100 bagi saya adalah gula-gula yang datang dari bajet 2012 sempena pru 13 yang bakal menjelang. Disamping itu pelajar juga dijanjikan bebas yuran persekolahan namun apa yang di bebas belum dapat disahkan.

Selain itu yang seronok tidak lain Bank Simpanan Nasinal (BSN) sebagi satu-satunya bank yang dipilih untuk menyalurkan wang tersebut. Lama atau sebentar wang itu keluar masuk ke BSN jelas ia menambahkan urusan bisnes dan tentunya memberi suntikan kepada urusniaga Bank tersebut.

Tiada pembubaran

Posted: 11 Nov 2011 03:18 PM PST

15 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam tiada kaitan dengan cadangan membubarkan Parlimen seperti khabar angin sejak beberapa hari lalu kononnya beliau akan berbuat demikian pada tarikh 11.11.11.

Memulakan sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu, Perdana Menteri berseloroh: "Tarikh 11.11.11 akan berlalu tanpa Parlimen dibubarkan."

Beliau berkata, mesyuarat itu membincangkan langkah memantapkan parti itu, selain persiapan menjelang pilihan raya umum akan datang

"Tiada perbincangan mengenai pengagihan kerusi atau tarikh kemungkinan pilihan raya diadakan," katanya. Hadir pada mesyuarat itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek; Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas.

Menjelaskan lanjut, Perdana Menteri berkata, pemimpin BN diingatkan kembali kepada semangat dan prinsip parti dengan mengamalkan sikap hormat menghormati.

"Pemimpin BN juga perlu cenderung membincangkan isu berkepentingan bersama secara tertutup untuk mencari kata sepakat dalam menangani isu sensitif dan sebaliknya," katanya.

Mesyuarat juga membincangkan mengenai Bajet 2012, terutama kaedah penyampaian bantuan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah serta RM500 kepada keluarga berpendapatan kurang RM3,000.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata perkara itu turut dibincangkan dalam Jawatankuasa Kabinet Dalam Menangani Kos Sara Hidup Rakyat yang dipengerusikan Muhyiddin

Anggota parti Hosni Mubarak dilarang sertai pilihan raya

Posted: 11 Nov 2011 03:13 PM PST

15 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KAHERAH 12 Nov. – Sebuah mahkamah Mesir memutuskan anggota parti pimpinan bekas Presiden, Hosni Mubarak perlu dihalang daripada bertanding dalam pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada bulan ini.

Agensi berita MENA melaporkan mahkamah pentadbiran di bandar Mansoura, Delta itu kelmarin membuat keputusan Parti Demokratik Kebangsaan (NDP) yang kini telah dibubarkan tidak dibenarkan menjadi calon.

Keputusan tersebut akan menimbulkan gelombang memfailkan tindakan undang-undang sama di seluruh Mesir sebelum pusingan pertama pilihan raya umum pada 28 November ini. - Reuters

Piala Dunia: Jepun, Uzbekistan mara, Australia tewas

Posted: 11 Nov 2011 03:10 PM PST

15 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

DUBAI 12 Nov. – Jepun dan Uzbekistan menjadi pasukan pertama mara ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia zon Asia manakala hasrat Australia pula terencat selepas tewas kepada Oman 1-0.

Jepun berjaya membenam tuan rumah Tajikistan 4-0 manakala Uzbekistan pula menewaskan Korea Utara 1-0 di laman mereka.

Dengan kekalahan itu, Korea Utara menjadi pasukan Piala Dunia 2010 pertama yang terkeluar dari persaingan ke Brazil 2014. - Agensi

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP