:: cina islam | 2011 :: |
- Najib, Rosmah selesai tunai ibadah haji
- Banjir kini hampiri bahagian tengah Bangkok
- Pakatan tidak bincang kurangkan kakitangan awam
- 11 maut, 27 cedera bas pelancong terbalik di Kaherah
- Gunung berapi dasar laut aktif hasilkan gelembung buih
- 22 maut tanah runtuh di Colombia
Najib, Rosmah selesai tunai ibadah haji Posted: 06 Nov 2011 08:26 PM PST ![]() Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah haji bersama jutaan umat Islam lain. "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai," kata Perdana Menteri menerusi laman Twitternya. Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di Malaysia. Najib dan Rosmah ialah antara 28,000 rakyat Malaysia yang menyempurnakan ibadah haji tahun ini. Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim. - Bernama | ||
Banjir kini hampiri bahagian tengah Bangkok Posted: 06 Nov 2011 08:24 PM PST 11 Zulhijjah 1432H. [MOD] - ![]() Masyarakat Islam Thai menyambut Aidiladha hari ini ketika timbul kebimbangan bahawa banjir terburuk dalam lima dekad akan menuju ke bahagian tengah bandaraya ini. ![]() Sebelum ini, pemindahan besar-besaran seumpamanya dijalankan di ibu negara itu di daerah Don Mueang, Bang Phlad, Sai Mai, Thawi Wattana, Lak Si, Taling Chan, Bang Khen dan Bang Khae. Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra hari ini mengarahkan pemindahan penduduk di beberapa kawasan di daerah Min Buri dan Nong Chok di bahagian timur Bangkok. Pasar hujung minggu Chatuchak, paling popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong yang menempatkan 10,000 kedai dan menjana perolehan 10 bilion Baht (kira-kira RM1 bilion) setahun dibuka semula hari ini sekalipun kawasan sekelilingnya masih banjir. Bilangan pelawat merosot teruk walaupun keretapi landasan bertingkat dan 'subway' terus beroperasi di kawasan itu. ![]() Masyarakat Islam di wilayah Nakhon Sawan dan Ayutthaya dapat melakukan korban haiwan sempena sambutan Aidiladha berikutan banjir yang surut, sementara di Bangkok aktiviti tersebut dilakukan di kawasan-kawasan tidak banjir. Kira-kira satu pertiga dari kawasan negara ini masih digenangi air, dengan lebih 3 juta penduduk di 25 wilayah di bahagian utara dan tengah terjejas oleh banjir yang melanda negara ini sejak 25 Julai. Jumlah kematian meningkat ke 506 hari ini . - Bernama | ||
Pakatan tidak bincang kurangkan kakitangan awam Posted: 06 Nov 2011 08:22 PM PST 11 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
| ||
11 maut, 27 cedera bas pelancong terbalik di Kaherah Posted: 06 Nov 2011 08:15 PM PST 11 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KAHERAH: 11 pelancong Hungary terbunuh manakala 27 mengalami kecederaan apabila bas pelancong terbalik di bandar peranginan Laut Merah di tenggara Mesir lewat petang semalam, kata polis dan pegawai perubatan. Menurut agensi berita Mesir MENA, nahas itu berlaku di pintu masuk Hurghada, kira-kira 510 kilometer di tenggara Kaherah. Mangsa yang terbunuh dan juga penumpang yang parah termasuk empat kanak-kanak dibawa ke hospital Hurghada oleh ambulans untuk rawatan lanjut. - AP | ||
Gunung berapi dasar laut aktif hasilkan gelembung buih Posted: 06 Nov 2011 08:11 PM PST ![]() MADRID: Aktiviti gunung berapi dasar laut di luar Pulau El Hierro, Kepulauan Canary boleh dilihat di permukaan laut dengan kewujudan gelembung buih. Gas, asap dan objek panas terapung dilihat dari gunung berapi dasar laut itu. Aktiviti di gunung berapi dasar laut itu bermula sejak 17 Julai lalu dan lebih 10,000 gegaran berjaya direkodkan. - AP | ||
22 maut tanah runtuh di Colombia Posted: 06 Nov 2011 08:08 PM PST ![]() 11 Zulhijjah 1432H. [MOD] -PENDUDUK membawa barangan peribadi masing-masing ke tempat selamat selepas penempatan mereka musnah akibat tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat berpanjangan di perkampungan Cervantes, Manizales, Colombia, semalam. Setakat ini 36 mangsa terbunuh dalam kejadian itu. - Foto AP MANIZALES, Colombia: Mangsa yang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh dan banjir kilat yang menimpa sebahagian besar bandar di barat Colombia kelmarin meningkat kepada 22 orang hari ini manakala berpuluh lagi masih hilang. Pegawai bahagian pengurusan risiko kerajaan, Sandra Calv, berkata enam mayat ditemui hari awal pagi tadi menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 22 manakala 17 yang lain cedera parah. Sementara itu, media tempatan melaporkan kira-kira 70 orang masih hilang. - AFP |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan