Ahad, 9 Oktober 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


ADUN CHANGKAT JONG HADIRI MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN

Posted: 09 Oct 2011 03:17 AM PDT


TELUK INTAN, 9 Oktober - ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah menghadiri majlis penyampaian sumbangan kepada fakir miskin dan pelajar di Surau Tajhizul Mait, Pasir Bedamar. Majlis tersebut adalah anjuran Persatuan Penduduk Pasir Bedamar Teluk Intan.
Pengerusi Persatuan, Tn. Hj. Akram (kiri) bersama kembar beliau Ustaz Aslam adalah antara penggerak persatuan.

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk Pasir Bedmaar, Tn. Hj. Mohamad Akram bin Ayub, seramai 51 orang dari golongan fakir miskin serta 38 orang pelajar dari sekolah agama dan maahad tahfiz telah menerima sumbangan.  Kebanyakan penerima sumbangan adalah dalam kalangan ahli persatuan dan dari luar kawasan yang dikira layak menerima sumbangan. 



Di dalam ucapannya, YB Anuar menyatakan berlakunya segala kepincangan dalam masyarakat kini adalah akibat segelintir masyarakat yang telah silap memilih pemimpin iaitu pemimpin yang tidak mengambil berat akan hukum Allah. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kepada ummah khususnya untuk memilih pemimpin yang senitasa mengambil berat akan perintah Allah SWT.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang