Rabu, 28 September 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Madrasah Darussyifa Tampin lahirkan ramai hafiz

Posted: 27 Sep 2011 11:51 PM PDT





Madrasah Darussyifa Tampin lahirkan ramai hafiz
Harakahdaily

TAMPIN, 28 Sept 2011 : Madrasah Tahfiz Al-Quran Darussyifa kampung Seri Repah Tampin merupakan sekolah agama rakyat yang di uruskan oleh jawatan kuasa yang di bentuk oleh madrasah tahfiz sendiri tanpa mendapat sumber kewangan dari kerajaan.

Mereka mampu melahirkan para pelajar yang mahir dalam tahfiz al-Quran kerana mampu menghafal al-Quran dalam tempoh masa yang singkat sekitar 3 tahun pelajar di madrasah berkenaan.

Selain itu pelajar-pelajar juga di ajar fardu ain dan tauhid.

Madrasah ini telah di tubuhkan pada 1996 di mana pada awal penubuhan hanya seramai tiga pelajar dan seorang guru yang ketika itu beroperasi di bangunan rumah kayu.

Kini atas sumbangan bantuan dari masyarakat, telah terbinanya bangunan batu yang lebih selesa yang menempatkan seramai 113 pelajar dan sembilan guru sepenuh masa mengajar.

Pada 16.6.2011 madrasah telah menerima kunjungan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Tunku Besar telah bekesempatan melihat sendiri operasi pengajaran al-Quran yang di ajarkan di situ dan sempat melawat ke berapa kawasan di sekitar kawasan madrasah untuk lebih mengetahui keadaan di madrasah tersebut. Madrasah hanya terletak 10 kilometer dari Pekan Tampin.

Madrasah Tahfiz Al-Quran Darussifa di kampung Seri Repah Tampin telah berjaya melahirkan pelajar yang mahir dalam menghafal al Quran.

Pelajar yang di lahirkan dari madrasah berkenaan telah berjaya menjadi guru agama yang terkenal bila memasuki bulan Ramadhan pihak luar juga negara asing memohon untuk mendapatkan imam untuk solat tarawih.

Pihak Madrasah pernah menghantar pelajar untuk menjadi iman ke negara Afrika Selatan juga ada pelajar berjaya memasuki pusat pengajaran agama yang terkena termasuk di Indonesia bagi memperolehi pengetahuan mengenai al-Quran dan fardu ain lebih mendalam.

Yang Dipertua Madrasah Tahfiz Al-Quran Darussifa, Haji Suhaimi bin Hj. Othman mengatakan tanah di mana terdirinya Madrasah ini adalah tanah yang di wakafkan oleh seorang individu sejak tahun 1996.

Kini pihak madrasah juga telah di berikan seluas 6.1 ekar tanah lagi oleh individu berkenaan untuk tujuan mendirikan bangunan bagi tujuan pembelajaran al-Quran juga hadis yang akan memberikan peluang lebih ramai pelajar dapat pelajar di Madrasah berkenaan.

Pelajar yang belajar di situ terdiri dari mereka yang berlainan latar belakang keluarga dari seluruh negeri di Malaysia juga dari luar negara.

Individu-individu juga pihak syarikat-syarikat besar yang mahu menyumbang kepada madrasah amat di alu-alukan. Sumbangan boleh di salurkan terus kepada pihak Madrasah Al-Quran Darussifa Kg Seri Repah, Tampin, Negeri Sembilan.

Oleh Sapar Sutir saparsutir@yahoo.com

Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5644--madrasah-darussyifa-lahirkan-ramai-hafiz

N.Sembilan utama pemain import, pinggir anak tempatan

Posted: 27 Sep 2011 06:24 AM PDT


Skuad hoki Yayasan Negeri Sembilan mempunyai 11 pemain import dari India dan Pakistan. Apakah N.Sembilan meminggirkan kebolehan anak tempatan terutamanya anak Negeri Sembilan. Kenapa perlu sampai 11 pemain import, berapakah wang yang dihabiskan oleh Yayasan Negeri Sembilan (YNS) untuk mengambil 11 pemain import ini?

Lebih teruk lagi prestasi YNS dalam Liga Hoki Malaysia 2011 adalah amat-amat mengecewakan di mana setakat 27 September 2011 , YNS menduduki tempat 3 tercorot dalam Liga Premier.

Kekalahan yang paling memalukan ialah tewas kepada KLHC dengan keputusan KLHC menewaskan YNS 8 gol tanpa balas (SIFAR !).

Lebih-lebih memalukan lagi semua pemain KLHC ini adalah anak tempatan warganegara Malaysia yang mempunyai Mykad yang sah.

Apa komen Pengerusi YNS prestasi buruk YNS dan berbaloikah pelaburan YNS dengan 11 pemain import ini?

*********************
Skuad YNS Harapan Baru N.Sembilan
December 17, 2010

SEREMBAN, 17 Dis – Kemunculan semula skuad Yayasan Negeri Sembilan (YNS) dalam kancah liga hoki tempatan pasti menjanjikan persaingan yang rancak untuk disaksikan peminat setia hoki negara. Menteri Besar YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan berkata dalam majlis Pelancaran Pasukan YNS 2010/2011 di Kelana Resort, di sini hari ini.

Bagi memantapkan pasukan, pasukan YNS turut tidak ketinggalan menggunakan pemain asing dalam pasukan. Seramai 11 pemain import telah disenaraikan dalam pasukan di mana pemain-pemain tersebut merupakan pemain yang profesional dari India dan Pakistan.
http://n9kini.com/?p=17997

Semua keputusan yang dilaksanakan di Yayasan Negeri Sembilan adalah diputuskan oleh Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Negeri Sembilan yang dipengerusikan oleh YAB. Dato' Menteri Besar Negeri Sembilan.
http://www.yns.gov.my/v6/index.php?option=com_content&view=article&id=72&Itemid=163

MHL Premier Division 2011
http://www.tnbmhl.com.my/

Tiada ulasan:

Nuffnang