Khamis, 1 September 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


PRU-13: PAS sasar 60 kerusi Parlimen

Posted: 01 Sep 2011 02:26 AM PDT

3 Syawal 1432H. [MOD] -
Harakahdaily

KUALA TERENGGANU, 1 Sept: PAS mensasarkan untuk menang di 60 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, kata Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Strategi 2008, kita nak menang negeri dan kita telah berjaya tadbir tiga negeri. Kali ini disamping nak menang negeri, kita nak tambah kerusi Parlimen," kata beliau di hadapan kira-kira 500 anak perantauan Terengganu.

Majlis perjumpaan Hari Raya ini diadakan di Dewan Datuk Wan Mutalib, Komplek PAS Kuala Terengganu.

Turut menyertai majlis itu adalah pimpinan PAS Terengganu yang dipimpin pesuruhjayanya Mohamad Abdul Wahid Endut.

Seluruh penyokong PAS yang pulang bereya di Terengganu berkumpul di situ bersama keluarga masing-masing.

Di samping menyediakan juadah raya, kanak-kanak diberikan duit raya yang disampaikan oleh Abdul Wahid.

Dalam pilihan raya umum 2008, pemimpin PAS menjadi pemimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak namun Perak jatuh kembali apabila dirampas melalui pembelian tiga Adun Pakatan.

Untuk pilihan raya akan datang, kata Abdul Hadi, PAS mensasarkan untuk mengambil 25 daripada 75 kerusi yang dimiliki oleh Umno sekarang.

"Kita yakin, jika kita mendapat 60 kerusi, sokongan seluruh masyarakat negara akan berpaling kepada PAS dan Pakatan dari Umno dan BN sekarang," katanya.

Dalam usaha untuk mendapat kerusi itu, PAS katanya memerlukan sokongan pengundi Islam dan Melayu sebagai teras.

"Kalau nak undi -slam kena fahami hati budi Melayu melalui pendekatandakwah, budi perkerti dan pujukan...saya yakin mereka boleh berubah.

"Perlu ambil masa, sabar..pujuk mereka.. Perkenal Islam melalui contoh yang baik. Misalnya bila tidak ada seorang pun wakil rakyat PAS yang boleh dibeli, orang bukan Islam beri sokongan kepada kitan," kata Abdul Hadi.

Idham Care rancang bina Kompleks Pendidikan berkonsep senibina Cina.

Posted: 31 Aug 2011 07:32 PM PDT

Gambar Hiasan : Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau Mesjid Beijing di Rantau Panjang Kelantan yang sepenuhnya bercirikan senibina Cina.

3 Syawal 1432H. [MOD] -
Azmi Aziz

PARIT BUNTAR, 1 Sept.:-Idham Care akan melancarkan secara rasmi skim wakaf tanah di sebidang tanah seluas 4 ekar di Titi Serong dengan harga wakaf RM 10 sekaki persegi pada Ahad 25 september ini, demikian seperti yang diumumkan oleh Pengerusi Idham Care dalam Facebooknya kelmarin.

Tanah tersebut adalah bagi membina sebuah pusat pendidikan yang diperkenalkan oleh Drs. Khalil dalam FB nya untuk kali pertama dengan nama Kompleks Pendidikan Darul Anwar yang akan dikelolakan sepenuhnya oleh NGO Idham Care.

Menurutnya yang juga merupakan ADUN Titi Serong bahawa kutipan wakaf tanah tersebut disekitar KL telah bermula sejak 25 Ramadhan lepas.

Kompleks ini antaranya akan mengandungi Maahad Tahfiz Darul Anwar dan Pusat Penjagaan Anak Yatim & Saudara Baru Ummu Aiman.

Harapan beliau dalam FB nya itu supaya siapnya kompleks ini dalam tempoh 2 tahun akan datang. Beliau juga mendoakan semuga Allah mempermudahkan kerja yang telah bermula pada bulan Ramdhan yang mulia.

"Semuga dengan rahmat dan kemulian Ramadhan menyaksikan sebuah kompleks yang bercirikan senibina Cina seperti surau, pejabat dan pintu gerbang " katanya.

Semasa dihubungi beliau memaklumkan usaha untuk membina kompleks ini diharapkan mendapat sokongan dari semua pihak khususnya dalam soal pengumpulan dana yang berjumlah yang besar yang mungkin kos yang mencecah lebih RM 3 juta.

"Saya berharap dalam tempoh terdekat segala persiapan untuk majlis pecah tanah dan pelancaran rasmi skim wakaf itu akan berjalan dengan lancar" Katanya.

Mengenai ciri sebina Cina yang disebutkan dalan FB nya beliau menjelaskan usaha ini adalah untuk menarik minat dan menghilang rasa curiga orang Cina kepada agama Islam yang dianggap sebagai agama orang Melayu.

"Lagipun kita sudah biasa melihat banyak mesjid dan surau menggunakan konsep senibina Arab-Turki, Apalagi tidak ada bentuk khusus yang disebutkan oleh Rasulullah dalam soal membina mesjid atau surau, kerana itu apalah salahnya saya merperbanyakkan koleksi rumah ibadah orang Islam dengan konsep senibina Cina" jelasnya.

"Imej utama bagi kompleks ini ialah Surau yang boleh menampung jemaah sekitar 500 orang dengan bercirikan senibina Cina. Begitu juga pintu gebang dan bangunan pejabat yang juga akan menggunakan konsep yang sama" Jelasnya.

Beliau juga mengharapkan sesiapa yang ingin menyumbang dan membeli tanah wakaf tersebut boleh menghubungi beliau di no talipon 019-4759697, dan sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank atas nama IDHAM CARE No. Akaun : 558417102650.

Kerajaan China Tidak Melarang Masyarakat Islam di Xinjiang Berpuasa

Posted: 31 Aug 2011 08:23 AM PDT

2 Syawal 1432H. [MOD] -
CRI/-

Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling mulia bagi semua masyarakat Islam di seluruh dunia. Di China pula, lebih 20 juta penduduk yang beragama Islam menunaikan ibadah puasa dan bersolat tarawih dalam bulan ini. Bagaimanapun, Ramadan yang suci juga dipolitikkan oleh sebahagian kumpulan antikerajaan China di luar negara yang menganggap mereka mewakili masyarakat Islam di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China. Pada 8 Ogos lalu, Utusan Malaysia menerbitkan rencana dari Kongres Sedunia Uygur yang mengkritik kerajaan China melarang mesyarakat Islam di Urumuqi menjalankan sebarang aktiviti keagamaan. Restoran halal milik etnik Uygur pula dituntut buka pada siang hari.

Sebuah restoran halal di Urumqi, Xinjiang tidak membuka perniagaan pada bulan Ramadan. Pada pintunya dilekatkan notis yang bermaksud "Minta maaf, kami tidak berniaga pada bulan Ramadan".

Baiertiyar, seorang pegawai Jawatankuasa Agama di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang menafikan khabar angin itu dengan mengatakan bahawa, sebagai seorang yang beragama Islam, kakitangan mereka setiap hari telah berkunjung ke puluhan masjid tempatan untuk bersolat dan berbuka puasa bersama-sama masyarakat Islam tempatan. Setiap malam ribuan yang berbuka puasa bersama. Jika benar seperti apa yang didakwa oleh Kongres Sedunia Uygur, sesiapa pun yang mahu masuk ke masjid perlu menunjukkan kad pengenalan dan mendaftar dulu, ini akan menggunakan waktu begitu panjang dan tidak mungkin berlaku. Penduduk etnik Uygur tempatan pula menyatakan, mereka tidak pernah mendengar maklumat tersebut di Urumqi.

Jadi, sumber maklumat Kongres Sedunia Uygur dari mana? Pertubuhan ini yang beribu pejabat di Jerman, merupakan organisasi yang disusun semula dengan beberapa kumpulan pemisah Xinjiang di luar negara, termasuk beberapa kumpulan yang telah disifatkan sebagai kumpulan keganasan oleh masyarakat antarabangsa. Setelah berlakunya peristiwa 11 september, kumpulan-kumpulan tersebut takut menjadi sasaran dalam perang antikeganasan dan menyusun semula pertubuhan dan dikenali dengan nama Kongres sedunia Uygur. Pertubuhan ini mendalangi peristiwa 5 Julai yang berlaku di Xinjiang pada tahun 2009 dan mengakibatkan 197 orang terbunuh. Menjejaskan keamanan dan keharmonian di Xinjiang merupakan kaedah mereka untuk mendapat perhatian masyarakat antarabangsa, khususnya negara barat dan juga mendapat sokongan dana dari sesepihak.

Untuk mengetahui keadaan benar di Xinjiang, China mengalu-alukan rakan dari masyarakat Islam melawat ke Xinjiang dan menengok dengan mata sendiri. Kebetulan CRI sedang menganjurkan aktiviti "Xinjiang dalam Lensa Kamera", mengundang wartawan dari masyarakat Islam di Afrika dan Asia, termasuk wartawan dari "Bernama" Malaysia untuk membuat liputan ke Xinjiang. Kami berharap gambar-gambar yang diambil oleh mereka di Xinjiang dapat membantu anda memahami Xinjiang yang sebenar.

Satelit "Change II" Dilancarkan dengan Jayanya

Posted: 31 Aug 2011 08:21 AM PDT

2 Syawal 1432H. [MOD] -

Satelit "Chang'e II" telah memasuki orbit bumi-matahari sekitar titik Lagrangian L2, kira-kira 1.5 juta kilometer dari permukaan bulan. China merupakan negara ketiga memasuki titik tersebut selepas Agensi Angkasa Eropah dan A.S.

Demikian dimaklumkan oleh Jabatan Industri Sains dan Teknologi Pertahanan Negara China. Satelit "Chang'e II" dilancarkan 6 bulan lalu untuk tujuan penyelidikan selama setahun.

Satelit "Chang'e II" berjaya memasuki permukaan bulan lagrangian L2 pada 8 hingga 9 Jun lalu dan mencapai sasarannya pada 20 Jun lalu.CRI/-


Kaum Islam Wunan Tunaikan Solat Aidilfitri

Posted: 31 Aug 2011 08:21 AM PDT

2 Syawal 1432H. [MOD] -
CRI/-

Imam Masjid Wunan, Wang Jinyu sedang menyampaikan khutbah Hari Raya Aidilfitri yang bertajuk: "Pendidikan Keluarga Tidak Boleh Diabaikan".

Umat Islam tempatan kelihatan keluar dari Masjid Wunan selepas selesai menunaikan solat Aidilfitri. Menurut tradisi, selepas bersolat, kaum lelaki setiap keluarga akan bertolak untuk menziarahi kubur keluarga.


Makanan Hari Raya di Ningxia China.

Posted: 31 Aug 2011 08:19 AM PDT

2 Syawal 1432H. [MOD] -
CRI/-

Huahua, sejenis gorengan yang diperbuat daripada tepung gandum, telur dan gula merupakan makanan yang paling popular dalam kalangan umat Islam sempena Hari Raya Aidilfitri.

Sanzi, sejenis gorengan yang diperbuat daripada tepung gandum, telur dan gula merupakan makanan yang paling popular dalam kalangan umat Islam sempena Hari Raya Aidilfitri. Sanzi amat laris dijual di Yinchuan, Ningxia.


Masyarakat Islam di Beijing Sambut Hari Raya Aidilfitri di Jalan Niujie

Posted: 31 Aug 2011 08:15 AM PDT

Ramadhan 1432H. [MOD] -
CRI/-


Suasana yang meriah di kawasan Masjid Niujie, Beijing pada hari raya Aidilfitri 2011


Suasana yang meriah di kawasan Masjid Niujie


Kaum wanita juga meramaikan Masjid Niujie pada hari raya Aidilfitri


Hari Raya Aidilfitri Disambut Meriah oleh 10 Etnik Minoriti Xinjiang yang Beragama Islam

Posted: 31 Aug 2011 08:14 AM PDT

2 Syawal 1432H. [MOD] -

Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China yang mempunyai 11 juta penduduk beragama Islam. Penduduk beragama Islam yang terdiri daripada 10 etnik minoriti di Xinjiang menikmati dua hari cuti sempena Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 31 Ogos ini.

Di bandar Urumqi, ibu kota Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, pasar raya tempatan dibanjiri para pelanggan yang datang membeli kuih-muih tradisional dan barangan kegunaan untuk menyambut hari raya. Seorang pelanggan memberitahu wartawan: "Kami amat berpuas hati dengan pasar raya ini kerana semua barang dapat dibeli di sini. Saya bersyukur kerana gaji semakin meningkat dan rezeki pun bertambah murah."

Syarikat Aerman kini mengusahakan rangkaian pasar raya makanan halal yang paling besar di Xinjiang. Sebulan sebelum hari raya, pasar raya mula membuat persiapan untuk menyediakan lebih 20 ribu jenis barangan serta 15 ribu jenis makanan untuk memenuhi permintaan pelanggan Islam. Petugas pasar raya Aerman berkata: "Bekalan kuih-muih tradisional lebih banyak berbanding dengan Hari Raya pada tahun lepas. Ini kerana pihak pengeluar telah meningkatkan jumlah pengeluaran sempena sambutan hari raya. Maka, harganya pun lebih rendah berbanding masa dahulu."

Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini membawa lebih banyak kebahagiaan kepada penduduk Islam Xinjiang yang dapat merayakannya di rumah baharu. Encik Ma Xuejun, pemilik sebuah restoran kecil di Xinjiang antara seorang penduduk tempatan yang baru berpindah ke rumah baharu atas inisiatif kerajaan yang memperbaiki penginapan penduduk. Beliau memberitahu wartawan: "Berbanding dengan masa dahulu, rumah sekarang memang lebih baik, bukan sahaja besar, tetapi juga kawasan perumahannya lebih bersih. Kami berasa amat gembira kerana boleh menjamu tetamu pada Hari Raya Aidilfitri di rumah baharu. CRI/-


Selepas 50 tahun, Singapura serah kemudahan loji air

Posted: 31 Aug 2011 08:09 AM PDT

2 Syawal 1432H. [MOD] -

JOHOR BAHRU 31 Ogos – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menyaksikan majlis penyerahan kemudahan loji rawatan air dan rumah pam secara rasmi oleh Lembaga Perbekalan Awam Singapura (PUB) kepada kerajaan negeri Johor.

Majlis menandatangani penyerahan dua loji rawatan air dan dua rumah pam milik PUB disempurnakan secara bersama oleh Pengerusi PUB, Tan Gee Paw dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Obet Tawil di Loji Air Gunung Pulai di sini.

Turut hadir pada majlis bersejarah itu ialah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Sekitaran dan Sumber Air Singapura, Dr Vivian Balakrishnan.

Selain Loji Air Gunung Pulai, PUB menyerahkan Loji Air Sungai Skudai, Rumah Pam Tebrau dan Rumah Pam Pontian berikutan kontrak bekalan air selama 50 tamat antara PUB dan kerajaan negeri Johor di bawah Perjanjian Air 1961 hari ini.

Dalam ucapan pada majlis itu, Abdul Ghani mengucapkan terima kasih kepada PUB kerana mengurus dan menjaga semua kemudahan loji rawatan air dan rumah pam berkenaan dalam keadaan baik sepanjang tempoh perjanjian tersebut.

"Loji rawatan air Gunung Pulai adalah berkualiti tinggi dan kerajaan Johor bercadang meneruskan usaha baik PUB itu," katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri menimbang untuk menaiktaraf semua kemudahan berkenaan demi menampung permintaan bekalan air bagi penduduk Johor Bahru dan Pontian. – Bernama

Ribut Nanmadol landa China

Posted: 31 Aug 2011 08:07 AM PDT

2 Syawal 1432H. [MOD] -

SHANGHAI: Ribut Nanmadol menyebabkan hujan lebat dan tanah runtuh di selatan China awal pagi tadi, namun tiada sebarang kematian dilaporkan.

Sekurang-kurangnya 16 terkorban dalam Ribut Nanmadol di Filipina pada hujung minggu lalu manakala seorang penunggang motosikal maut dan tanah runtuh mengakibatkan lebih 300 orang terperangkap di kampung terpencil di Taiwan, Isnin lalu.

Namun, ribut mula perlahan selepas melanda wilayah Fujian, selatan China awal pagi tadi, kata Pusat Meteorologi Kebangsaan China. - AFP

Tiada ulasan:

Nuffnang